Adsense

Khamis, 22 September 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Que Haidar Kembali Dengan MISTERI JALAN LAMA

Posted: 22 Sep 2011 09:55 PM PDT

Que Haidar Kembali Dengan MISTERI JALAN LAMA

Sebelum Que Haidar membuat keputusan untuk bersara dari bidang lakonan, pelakon berkaliber ini sempat berlakon sebuah filem bersama Tayangan Unggul Sdn Bhd berjudul Misteri Jalan Lama (MJL). Filem yang ditunggu-tunggu oleh penonton tanah air setelah Que mengambil keputusan untuk bersara. Kali terakhir membuat kemunculan menerusi filem Lagenda Budak Setan.

Selain Que Haidar antara pelakon yang terlibat adalah Hans Isaac, Dato' Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khan, Afdlin Shauki, Vanida Imran , Marion Counter, Namron, Liyana Jasmay, Sari Yanti, Sabrina Hassan, Adam Corrie Lee, Sobri Anuar, Yalal Chin. Jika sebelum ini Afdlin lebih terarah kepada filem komedi, tetapi kali ini beliau tampil membuat kelainan dengan filem Fantasi Drama.

Misteri Jalan Lama

Membawakan watak Ilya, bergandingan dengan Hans Isaac (Indra) sebagai pasangan adik-beradik yang berseteru lebih dari 15 tahun. Apabila kematian ayah mereka, mereka berjumpa demi melunaskan wasiah arwah bapa mereka. Pelbagai kejadiah aneh yang berlaku sepanjang penerokaan mereka melalui jalan lama.

Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar merupakan salah seorang pelakon terbaik di Malaysia. Dia yang dilahirkan pada 30 Mei 1979 di Felda Taib Andak, Kulai, Johor merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia teater sebelum terjun ke layar perak. Penampilan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Toll Gate Girl arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2001 ketika berusia 23 tahun bersama aktres Amy Mastura & Rita Rudaini. Filem pertama lakonan beliau berjudul Haru Biru arahan Shadan Hashim pada tahun 2004 namun hanya pada tahun 2007 filem itu ditayangkan.

Debut beliau di layar perak adalah menerusi filem KL Menjerit 1 pada tahun 2005 yang terus meledakkan nama beliau. Filem-filem popular beliau adalah Zombie Kampung Pisang, Castello, Cinta, Setem dan banyak lagi. Populariti Que di layar lebar dibuktikan dengan kemenangan 2 tahun berturut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 2008 dan 2009. Que juga pernah memenangi 2 buah trofi kategori lakonan terbaik di Anugerah Skrin TV3 menerusi dua buah drama TV lakonannya Tuhan Pun Tahu(2007) & Terlerai Takbir Kasih(2009). Di Festival Filem Malaysia beliau pernah dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello serta 2 kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM19) menerusi filem KL Menjerit 1. Manakala bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dia pernah dicalonkan bagi filem Castello(FFM19) Papadom. (FFM22) dan Lagenda Budak Setan (FFM23).

Misteri Jalan Lama

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Terkini Vanidah Imran di Prebiu Filem Lu Fikirlah Sendiri
  • Sinopsis Misteri Jalan Lama
  • Saksikan Episod Akhir Drama Sindarella di TV3 Malam Ini
  • Que Haidar Buka Bisnes Ikan Masin
  • Misha Omar Jadi Pekak Sebab Pendarahan Dalam Telinga?
  • Unveil The Truth
  • LOST, Siri TV Amerika Popular Kini Kembali di 8 TV
  • Que Haidar Pelakon Malaikat Maut Raja Bling-Bling Malaysia?
  • QUE HAIDAR MABUK?
  • Gambar Terbaru Que Haidar di Sidang Media Cinta Untuk Ain
  • KL Tower International Jump Malaysia 2011

    Posted: 22 Sep 2011 09:38 AM PDT

    KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2011

    "KL Tower International Jump Malaysia 2011" kembali lagi. Acara sukan ekstrim Menara Kuala Lumpur yang dikenali di peringkat antarabangsa ini akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh : 28 September – 2 Oktober 2011
    Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
    Tempat : Menara Kuala Lumpur

    Objektif utama KLTIJM 2011 adalah untuk mempromosi dan meningkatkan industri pelancongan di Menara Kuala Lumpur serta mempromosi sukan terjunan BASE kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

    Acara kali ke-11 ini akan menyaksikan seramai lebih 100 orang para penerjun antarabangsa dan tempatan yang terdiri daripada Australia, New Zealand, Ireland, Switzerland, Finland, USA, Russia, Ukraine, Sweden, Oslo, Chile, United Kingdom, Holland, Norway, France, Poland, Germany, Nerthelands, New Zealand, Canada, England, Jepun dan Malaysia mempamerkan aksi-aksi menarik dan mendebarkan untuk tatapan pengunjung Menara Kuala Lumpur.

    "Tahun ini, lokasi terjunan akan tertumpu di Menara Kuala Lumpur bagi memberikan peluang kepada para penerjun membuat terjunan di lokasi kegemaran mereka di rantau ini" kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

    Kemahiran, keberanian dan keazaman serta pengetahuan dalam objek geometri, kawasan pendaratan dan keadaan cuaca mendorong penerjun-penerjun ini membuat terjunan dari menara ini, dengan 'jatuh bebas' ('free fall') selama tiga saat, yang memberikan debaran dan kejutan kepada pengunjung yang menyaksikannya.

    Terjunan diwaktu malam yang telah diperkenalkan pada tahun lalu, akan turut teruskan pada tahun ini mulai 7.00 malam hingga 10.00 malam iaitu pada 30hb September 2011 dan 1hb Oktober 2011.

    Tiket-tiket eksklusif ke Pelantar Terbuka untuk menyaksikan terjunan ekstrim ini boleh diperolehi di Kaunter Tiket bermula dari 28 September sehingga 2 Oktober 2011 mulai jam 9.00 pagi hingga 9.30 malam. Dengan 15 minit pengalaman menyaksikan penerjun secara langsung, pengunjung boleh membeli tiket-tiket ini serendah dari RM100.00 hingga RM150.00 untuk tontonan waktu siang dan RM150.00 hingga RM200.00 untuk tontonan waktu malam.

    Pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana para penerjun ini mempersembahkan aksi-aksi yang mendebarkan dari Pelantar Terbuka dengan ketinggian 310 meter dan hanya mengambil masa enam saat sahaja untuk membuka payung terjun tersebut.

    Marilah berkumpul ke Menara Kuala Lumpur dan menyaksikan sendiri aksi-aksi yang mendebarkan daripada para penerjun yang luar biasa ini.
    Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-2020 5499 atau layari laman web www.menarakl.com.my

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011
  • KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2009
  • Drama 21 Jump Street Lakonan Johnny Depp di 8TV
  • Monumental Challenge
  • Kilauan Jalur Gemilang Di Menara Kuala Lumpur
  • Universal Networks Enters Licensing Agreement NBC Universal International
  • Battleground 2011 Auditions
  • Gambar Sekitar Majlis Ramah Mesra Pelakon Drama Tower 13
  • Amnesty International Malaysia Anjur Kembara Ke Johor
  • Crotchets And Cloth Fashion Theatre