Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Rozita Che Wan di Anugerah Stail EH! 2012

Posted: 13 Jul 2012 10:37 PM PDT

Gambar Rozita Che Wan di Anugerah Stail EH! 2012

Sape kata Rozita Che Wan tak cantik? GIlerlah korang yang cakap macam tu, Rozita Che Wan cantek & gojer dowh!

Masih mengenakan busana rekaan dari pereka kegemarannya, Qudin, dramatis ini begitu elegan. Kadang-kadang tu menggoda you!

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Noh Hujan & Mizz Nina di Anugerah Stail EH 2012

Posted: 13 Jul 2012 10:23 PM PDT

Gambar Noh Hujan & Mizz Nina di Anugerah Stail EH 2012

Walaupun warna pakaian mereka pakai ni tak sedondon, tapi tak bermakna rumahtangga mereka kucar kacir. Ternyata kalau ada anugerah pasangan selebriti paling sweet together, pastinya budiey akan kasi kat Mizz Nina dan Noh Hujan nih.

Noh Hujan & Mizz Nina

Noh Hujan & Mizz Nina

Noh Hujan & Mizz Nina

Noh Hujan & Mizz Nina

Noh Hujan & Mizz Nina

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Lisa surihani dijangkiti penyakit mata berbahaya daripada suaminya Yusry

Posted: 13 Jul 2012 01:58 AM PDT


 
 
Pelakon Lisa Surihani terpaksa bercuti daripada berlakon selama dua minggu gara-gara mengalami viral conjunctivitis iaitu sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh virus.
 
Lisa berkata, masalah itu berpunca daripada suaminya, Yusry Abdul Halim yang dijangkiti penyakit berkenaan pada hujung Jun lalu sehingga mengambil masa selama tiga minggu untuk pulih.

"Lisa menghidap penyakit itu berpunca daripada Yusry. Disebabkan dia alah kepada ubat, dia hanya pulih selepas tiga minggu. Selepas itu, penyakit tersebut merebak pula kepada Lisa.

"Ia bermula dengan mata sebelah kiri. Kemudian merebak kepada mata kanan. Kedua-dua mata Lisa merah dan pedih. Nak buka pun sakit," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas pelancaran portal perniagaan dalam talian iaitu 701pages.com di Hotel Westin di sini, Khamis.

Lisa memberitahu penyakit yang dialaminya itu amat berbahaya dan pihak doktor memberikannya cuti sakit selama dua minggu sehingga menyebabkan dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita.

Kata Lisa, sakit mata itu menyebabkan dia sukar membuka mata ketika hendak bangun tidur selain mata menjadi berair serta pedih.

Katanya, doktor turut menasihati agar dia tidak menggunakan kanta lekap selain perlu mengelak daripada menggunakan solekan di kawasan muka bagi mengelakkan penyakit berkenaan sukar untuk sembuh.

"Kerana nasihat doktor itu, saya terpaksa membatalkan banyak sesi fotografi untuk Hari Raya yang telah diatur sebelum ini," katanya yang bersyukur penyakit itu beransur pulih dan dia terpaksa memakai cermin mata buat sementara waktu.

Sementara itu Lisa turut menasihatkan peminatnya supaya tidak menyentuh mata masing-masing sesuka hati kerana ia boleh menjadi punca kepada jangkitan.
Katanya, mata adalah aset yang amat bernilai dan pancaindera itu haruslah dijaga dengan rapi agar tidak mengalami masalah.
"Kalau nak sentuh mata, gunakanlah kapas dan cucikannya dengan air yang bersih,. Jangan amalkan sikap suka menggosok mata serta menyentuhnya dengan jari," nasihat Lisa.

20 koleksi Raya dari Rizalman bakal dijual di Tesco

Posted: 13 Jul 2012 01:52 AM PDT

Tak lama lagi Bulan Ramadhan yang mulia,kemudia Hari Raya..Pasti ramai yang dah mula membeli barang-barang untuk raya. Baju Kurung,Baju Melayu,kasut,beg dan macam-macam lagi yang baru untuk raya kan. Yang sering menjadi tarikan tentulah fesyen terbaru yang menjadi trend baru untuk baju Kurung. Jom tengok antara ilham dari Rizalman..kalau berminat nanti bolehlah dapatkan di Tesco.

Kolaborasi di antara pereka tempatan yang sudah berkecimpung lebih dari 16 tahun dalam industri fesyen, Rizalman Ibrahim dengan kerjasama pasaraya terbesar Malaysia, Tesco bakal mengilhamkan koleksi baju raya bagi tahun 2012. 
Sudah pasti mereka yang menanti rekaan dari Rizalman tidak sabar untuk melihat sendiri 20 pasang koleksi raya yang direka khas untuk dijual di pasaraya itu nanti. Majlis pelancaran eksklusif bakal dibuat pada 7 Julai ini nanti. 
Potongan kurug kedah menggunakan warna merah jambu sebagai daya penarik
Koleksi kali ini memperlihatkan sofistikated moden dengan corak terang bewarna merah, merah jambu dan juga hitam putih menjadi pilihan Rizalman. Kebaya dan baju kurung moden yang dijual nanti turut memperlihatkan rekaan lebih segar dengan memasukkan corak polkadot dan garis melintang. 

Bagi mereka yang masih mencari rekaan paling sesuai bagi raya tahun ini, apa kata pergi ke Tesco berhampiran anda untuk memiliki sendiri baju raya rekaan pereka fesyen terkenal dengan harga berpatutan yang berharga dari RM180 hingga RM250.


Kain lace yang digunakan untuk baju kurung in tampak begitu tradisional namun ditambah dengan potongan juraian dibawah ditambah dengan riben tampak lebih moden
Menggunakan warna kontra sebagai taruhan, fesyen ini pasti menarik mata  sesiapa yang melihat!
baju tradisional melayu namun ditambah sedikit dengan rekaan ala perancis!
Tidak menyangka corak garisan sebegini boleh dijadikan sebagai corak baju kurung, namun Rizalman berjaya menyakinkan pelanggan!

Sasha Elite bercerai dengan suami setelah 5 tahun berumahtangga

Posted: 13 Jul 2012 01:46 AM PDT


Selepas lima tahun menjalani kehidupan sebagai suami isteri, akhirnya bekas ahli kumpulan Elite, Sasha Saidin dan suami Salyo Priyanto telah sah bercerai dengan talak satu pada Selasa.

Menurut kenyataan yang dipetik daripada laman mStar, Salyo,37, yang merupakan warga Indonesia telah melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Shasha,36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara baik.

Salyo yang membuat lafaz dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah menyabitkan lafaz cerai itu sah dan memerintah Sasha menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Sasha dan Salyo mengambil keputusan untuk berpisah dengan alasan tidak mempunyai persefahaman lagi selain berhadapan dengan kemelut rumah tangga yang berpanjangan. Pasangan yang berkahwin pada tahun 2007 ini telah dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Sasha pernah berkahwin dengan Jason Skinner atau nama Islamnya Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 di London, namun mereka telah bercerai empat tahun kemudian.

Gambar-gambar Neelofa menunaikan Umrah

Posted: 13 Jul 2012 01:45 AM PDT

Neelofa baru setahun jagung dalam arena industri hiburan tanah air,namun sentiasa diselubungi kontroversi.
Satu persatu adakah kerana neelofa sendiri mencari kontroversi? Atau kontroversi datang melanda dirinya?

Menurut pandangan Sensasi,Neelofa mungkin masih muda dan kurang matang dalam memberi kenyataan sehingga menimbulkan kontroversi.Dan mungkin juga Neelofa merasakan diri nya "lebih baik" dari artis lain.

Apapun,gossip-gossip nie semua menjadi bualan hangat para pengikut hiburan tanah air.Tanpa gossip mesti korang bosan kan..huhu..

Neelofa telah berkongsi gambarnya ke Umrah di twitter untuk tatapan peminat..






Punca sebenar perceraian Tom Cruise dan Katie Holmes: Tom layan Katie seperti robot

Posted: 13 Jul 2012 01:29 AM PDT

Pasangan Hollywood , Tom Cruise dan Katie Holmes akhirnya menfailkan perceraian..

Pada awalnya,agama yang dianut Tom Cruise iaitu Scientology yang dikatakan menjadi punca perceraian mereka.

menurut ajaran scientology,kanak-kanak berumur 6 tahun harus menjalani satu sesi 'interogation" (soal siasat) yang dasyat dimana kanak-kanak itu dipaksa menjawab samada pernah berbohong,atau mencuri dan mcm-mcm lagi dengan cara yang begitu menakutkan .

Katie dikatakan tidak bersetuju dengan agama tersebut dan hendak menyelamatkan Suri daripaada mengalami trauma.

Namun sebenarnya punca perceraian mereka adalah kerana Tom Cruise terlalu mengongkong Katie,sehinggakan Katie tidak dibenarkan menaiki kapal terbang bersama crew,dan memaksa Katie menaiki Jet peribadi Tom.Katie dikatakan dilayan seperti robot dan disuruh mengikut setiap kata Tom sehingga Katie merasakan kalau nak bernafas sekalipun perlu keizinan Tom.

 Rakan-rakan artis mengatakan pasangan ini mempunyai hubungan yang tidak sihat berikutan sikap Tom yang terlalu obses dengan Scientogy.

Bahkan perceraian sebelum ini dengan Nicole Kidman juga disebabkan oleh agama nya.

menurut E news,Katie telah membeli telefon secara sulit dari pengetahuan Tom untuk berhubung dengan peguamnya untuk menfailkan perceraian.Sebenarnya sudah agak lama Katie merancang perceraian mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


“Pleats Please” Wangian Terbaru Issey Miyake

Posted: 13 Jul 2012 02:50 AM PDT

Issey Miyake merupakan sebuah jenama antarabangsa yang berasal daripada negara Jepun. Jenama ini telah lama mendominasi pasaran antarabangsa sejak tahun 1971 lagi. Jenama Issey Miyake merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen, kerana ia bukan sahaja menonjolkan rekaan pakaian yang cantik, malah turut menonjolkan produk wangian untuk jenamanya.

Pagi tadi bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur, Issey Miyake telah melancarkan produk wangian terbaru daripadanya yang dikenali sebagai "Pleats Please". Wangian ini diilhamkan untuk menyerlahkan lagi aura feminin dan kegembiraan wanita sebenar.

Produk wangian ini telah dihasilkan melalui gabungan beberapa elemen seperti Nashi, sejenis buah daripada negara Jepun, buah pear, kayu cedar dan juga vanila. Gabungan empat unsur ini dikatakan mampu menyerlahkan lagi personaliti feminin, ceria, dan emosi yang stabil buat wanita.

Fashion Show Raya 5 Stars II : Hatta Dolmat

Posted: 13 Jul 2012 01:18 AM PDT

Hatta Dolmat merupakan seorang pereka fesyen tempatan yang tidak asing lagi. Ramai selebriti-selebriti tempatan gemar menggunakan khidmat beliau bagi menghasilkan busana yang menarik dan elegan untuk diperagakan pada majlis-majlis berprestij dan bersejarah.

Untuk Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II tahun ini, Hatta Dolmat telah menampilkan rekaan lebaran  yang berkonsepkan "La Dolce Von Teese" yang diadaptasi daripada seorang ikon fesyen. Hatta Dolmat turut menonjolkan rona-rona ceria untuk rekaannya pada kali ini seperti rona pastel, neon, merah dan juga loyal blue.

Berikut merupakan foto koleksi Hatta Dolmat pada malam Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II baru-baru ini:

Pembukaan untuk koleksi Hatta Dolmat telah dimeriahkan dengan jemputan khas penyanyi kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam. Bagi koleksi Hatta Dolmat, Izzue telah memperagakan Baju Melayu berpotongan leher  cekak musang. Busana daripada rona loyal blue ini kelihatan sungguh menarik dengan penyatuan corak baju yang bermotifkan polca dot dan seluar plain daripada rona senada. Padanan kain samping daripada material songket turut membangkitkan lagi aura tampan buat si jejaka.

Busana berpotongan top peplum rona loyal blue ini kelihatan sangat menawan dan cantik dengan padanan kain bermotifkan flora. Sematan kain di bahagian pinggang menampilkan ilusi langsing buat si pemakai. Selain itu, potongan busana yang agak singkat turut memberikan ilusi tinggi buat si gadis.

Busana rona hitam potongan Baju Kurung Moden ini kelihatan sungguh elegan dan cantik. Bahagian kaki busana yang dipadankan dengan sedikit renda menampilkan elemen klasik dan glam untuk koleksi Hataa Dolmat kali ini.

Busana rona nude daripada potongan Baju Kurung ini kelihatan sungguh anggun dan menawan. Bahagian kaki busana yang dipadankan dengan elemen ombak turut menyerlahkan lagi kejelitaan dan pesona si pemakai.

Busana potongan kurung moden ini kelihatan sungguh cantik dengan paduan rona hitam dan nude.  Bahagian kaki busana dan pergelangan tangan kelihatan sungguh klasik dengan padanan kain lace bermotifkan flora. Selain itu, potongan kain yang dimuatkan dengan renda di bahagian kaki menonjolkan pergerakan yang cantik dan menarik buat si gadis.

Busana potongan kurung moden ini kelihatan sungguh anggun dan menawan. Walaupun ia kelihatan ringkas, dengan adanya padanan kain lace rona hitam di bahagian bahu yang direka ala kot membangkitkan elemen anggun dan pesona wanita melayu. Bahagian kain yang direka sedikit berombak mencantikkan lagi pergerakan baju kurung moden ini.

Busana potongan top peplum rona hitam dan putih ini kelihatan sungguh elegan dan menarik. Paduan fabrik bermotifkan polca dot turut menyuntik eleman klasik dalam rekaan Hatta Dolmat ini. Penambahan sematan reben dan flora dibagaian bahu menonjolkan lagi keanggunan dan pesona si gadis.

Busana potongan kurung moden ini kelihatan sungguh mempesonakan dengan padanan fabrik bermotifkan polca dot. Kombinasi rona hitam dan pink membangkitkan lagi suasana ceria buat si gadis di pagi lebaran. Selain itu, potongan kain yang direka sedikit kembang menampilkan keayuan dan kesopanan sebenar gadis melayu.

Busana rona putih ini menonjolkan penampilan suci dan ayu buat si gadis. Padanan fabrik bermotifkan polca dot menyuntik elemen klasik dalam rekaan Hatta Dolmat ini. Padanan sematan renda di bahagian leher menyerlahkan lagi pesona dan kejelitaan si pemakai.

Busana rona merah ini kelihatan sungguh menyerlah dengan padanan fabrik bermotifkan flora. Bahagian kaki busana yang direka sedikit berombak membuatkan si gadis kelihatan sungguh anggun dan cantik.

Sebagai penutupan koleksi lebaran Hatta Dolmat, beliau telah menampilkan aktres terkenal Tasha Shila. Penampilan Tasha Shila kelihatan begitu menyerlah dan mempesonakan dengan persalinan rona merah. Busana potongan top peplum ini kelihatan sungguh menarik dengan sematan kain bertingkat di bahagian kaki busana. Ini dapat menonjolkan lagi aura anggun dan kejelitaan sebenar Tasha Shila. Penambahan perincian jemeki di bahagian dada turut menyuntik elemen elegan buat si pemakai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Bergaun Seksi, Kelly Brook Bingung dengan Payu****nya yang nak tersembul

Posted: 13 Jul 2012 09:15 PM PDT


infospesial.net -  Mengingat bahawa lekuk tubuhnya membantu mendorong dia untuk meraih, itulah sebabnya Kelly Brook sangat gemar berpakaian seksi. tak terkecuali kali ini ketika Kelly tengah hadir di acara sambil menikmati makan malam di Itali pada Selasa malam, ia tampil dengan menenakan gaun berbelahan dada rendah.

Model, 32 tahun itu, terlihat mengenakan gaun malam super seksi saat ia menikmati makan di atas meja dengan tamu termasuk kekasihnya Thom Evans. Namun di satu sisi Kelly terlihat kurang nyaman dengan bajunya yang sempit sehingga membuatnya tak selesa.



Bahkan Kelly tertangkap kamera terlihat sibuk sendiri mengatur payudaranya agar tak melompat dari balik gaunnya. Pada saat tu Kelly terlihat dalam balutan gaun berwarna pastel dengan motif warna-warni.

Sungguh indah ciptaan Tuhan

Posted: 13 Jul 2012 09:00 PM PDT


Sungguh indah ciptaan kuasa Tuhan seperti yang terlihat di daerah pegunungan Murodo-Daira di Tateyama, Jepun. Daerah gunung api ini merupakan salah satu tempat di Jepun yang selalu dilanda salji supertebal khususnya saat musim dingin.

Lihatlah pemandangan menakjubkan yang (mungkin) tidak akan pernah ditemui di tempat lain:








Indah sekali, bukan. lihatlah salji tersebut membentuk dinding bagai benteng yang membentengi jalanan yang berkelok-kelok. Itu terjadi secara alami. 

 Subhanallah. Maha Besar Allah!

Apakah ini membuat anda takut (untuk mengunjungi Murodo-Daira)?
*Thanks to Naohiro

Edan, 20 Tahun Perempuan Ini Makan Batu

Posted: 13 Jul 2012 08:45 PM PDT

VIRGINIA - Seorang perempuan di Amerika Syarikat (AS) memiliki hobi aneh memakan batu. Hobinya itu sudah berlangsung sejak lama, sekira 20 tahun lamanya.

Teresa Widener selama ini menganggap batu dan kerikil sebagai makanan yang membuat nyaman. Batu-batu ini bahkan selalu di simpannya di dalam almari makan di rumahnya.

Menurut perempuan berusia 45 tahun itu, kebiasaannya tersebut tidak dapat terkendal sebelum menikah. Tetapi setelah menikah dengan Jim, Widener berhasil menahan kebiasaannya.

"Jim membuat saya bahagia, hingga akhirnya sayat mengurangi kebiasaan saya. Tetapi kadang saya tetap memakan bebatuan itu, hanya batu yang bisa membuat saya senang," ujar Widener, seperti dikutipMetro, Jumaat (13/7/2012).

Widener menghancurkan batu yang lebih besar hingga ke ukuran yang lebih boleh dimakannya. Tetapi dirinya lebih menyukai batu yang memiliki kontur halus.(faj)

Kanibal di Papua , Makan Otak dan Penis Korban

Posted: 13 Jul 2012 08:30 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM, - Sebanyak 27 anggota sekte kanibal ditangkap oleh otoritas, di wilayah hutan rimba Papua New Guinea, atas tuduhan membunuh tujuh orang dukun.

Komandan Polis Madang, ,Anthony Wagambiemengatakan mereka diduga memakan otak korban-korban mereka, dan membuat sup dari penis dari tubuh korban mereka.

"Mereka tidak berfikirtelah melakukan sesuatu yang salah, mereka mengakui apa yang mereka lakukan secara terbuka," ujarnya, seperti dikutip dari the Jakartapost.com, Jumaat (13/7/2012).

Mereka menyasar para dukun, lantaran berlatih ilmu sihir yang dijuluki sanguma oleh masyarakat lokal, dan kerap memeras dan menuntut layanan seks bagi penduduk desa yang meminta 
bantuan mereka.
Selain itu dengan memakan organ penyihir,para anggota kultus tersebut meyakini akan mendapatkan kekuatan gaib serta kebal dari peluru.

Polis, terangnya saat ini tengah mengumpulkan keterangan dari para saksi, sebelum menetapkan tuduhan kepada seluruh tersangka. 

Kanibalisme diketahui merupakan bagian dari budaya tradisional di Papua New Guinea, di mana daging manusia dikenal disana sebagai babi panjang. 

Budaya itu terus bertahan hingga saat ini, lantaran letak Papua New Guineai yang terisolasi dari dunia luar.

Gila...guru ini suka rakam murid perempuan kencing

Posted: 13 Jul 2012 08:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM,  -Seorang mantan guru di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Yuhua, Singapura, dibawa ke pengadilan. Didakwa kerana merakam aksi buang hajat para murid perempuannya di toilet sekolah.
Seperti diberitakan oleh Channelnewsasia, Jumaat (13/7/2012), aksi bejat itu dilakukan Bertrand Ngien Wen-Tseah, secara diam-diam, pada bulan Januari hingga Februari tahun ini.
Dengan menyelinap ke dalam toilet perempuan, Betrand meletakan kamera di dalam tiga bilik toilet, guna merakam aksi buang hajat murid perempuannya.
Perbuatannya diketahui oleh pihak sekolah, ketika salah satu kamera itu ditemukan oleh rakan  sesama guru.
Ia lalu berusaha menghapus jejak kejahatannya, dengan mengambil kad memori yang berada di dalam kamera itu, dari tangan kawannya tersebut.
Bertrand, kemudian membuang kad memori tersebut, ke dalam terowong yang ada di wilayah Jurong West, Singapura. Mengetahui hal tersebut, pihak sekolah segera melaporkan perbuatannya ke pihak berwajib.
Tak hanya membuang kad memori, Bertrand juga membuang laptopnya, ke dalam tempat sampah yang berada di depan rumahnya yang terletak di wilayah Clementi, Singapura.
Ia biasa menggunakan laptop tersebut untuk menonton rakaman video yang sebelumnya ia ambil di dalam toilet perempuan.
Atas perbuatannya, ia disangkakan telah melakukan perbuatan tidak senonoh yang telah menghina norma kesopanan perempuan, tiga tindak pidana masuk tanpa izin, dan upaya merosak bahan bukti tindak pidana. (channelnewsasia)

Menikah kerana Rasa Cinta Dilarang di India

Posted: 13 Jul 2012 08:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM, - Asara,sebuah desa di utara Negara Bahagian Uttar Pradesh, India mengeluarkan sebuah peraturan yang sangat kontroversi iaitu larangan pernikahan yang dilandaskan rasa cinta. 

Bagi mereka yang melanggar, akan dibuang dari desa, dan tidak diperkenankan kembali.
Aturan itu dikeluarkan oleh Dewan Tokoh Adat Desa, bersama dengan sejumlah aturan lainnya, yang bersifat sangat diskriminasi terhadap kaum perempuan.

Diantaranya larangan terhadap wanita berusia di bawah 40 tahun, pergi belanja seorang diri,dan menggunakan handphone di luar rumah.

Selain itu, kaum perempuan juga diwajibkan menggunakan penutup kepala, ketika berada di luar rumah.

Menurut sejumlah pejabat provinsi, dikutip oleh BBC, Jumaat (13/7/2012), aturan tersebut dikeluarkan di hari Rabu kelmarin, guna mengurangi angka pelecehan seksual terhadap perempuan. 

Walau demikian, aturan-aturan tersebut dinilai telah melanggar hak asasi manusia, dan tengah diselidiki oleh polis India.

Bieber punca wanita pekak

Posted: 13 Jul 2012 07:45 PM PDT


LOS ANGELES: Bintang remaja, Justin Bieber disaman hampir AS$10 juta (RM30 juta) selepas seorang ibu mendakwa mengalami masalah kekal pada pendengaran akibat daripada jeritan peminat penyanyi itu pada satu konsert.
Stacey Wilson Betts membawa anaknya ke konsert Bieber dan mendakwa jeritan kuat peminat Bieber atau Beliebers menyebabkan pendengarannya rosak.
"Jeritan peminat penyanyi itu mengatasi tahap kekuatan bunyi dan menyebabkan wanita itu hilang pendengaran dan bunyi berdengung pada kedua-dua telinga," menurut laman web hiburan, TMZ.

Kejadian dikatakan berlaku di konsert Bieber di Portland, Oregon, Amerika Syarikat dua tahun lalu.



Ketika berada di atas pentas yang berbentuk hati, dia mengajak penonton supaya menjerit lebih kuat, kata wanita itu.


Stacey menyaman penyanyi itu sebanyak AS$9.23million (RM28 juta). - DM



sumber : myMetro

Beg RM100 bernilai RM1.8j

Posted: 13 Jul 2012 07:30 PM PDT


LONDON: Seorang lelaki berusia 73 tahun seolah-olah tidak percaya selepas menyedari beg tangan yang dibelinya dengan harga �20 (RM100) di Oxfam sebenarnya bernilai hingga RM1.8 juta.
John Richard dari West Hampstead, London, tidak tahu nilai sebenar beg rekaan Philip Treacy itu ketika membelinya dalam jualan amal di Oxfam cawangan Kingston. 
Treacy, pereka terkenal warga Ireland mereka topi untuk golongan kaya dan terkenal, termasuk Lady Gaga dan pengarang Tatler, majalah fesyen berpengaruh, Isabella Blow.

Dia terpaksa membela diri apabila topi yang direkanya untuk Puteri Beatrice di majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton tahun lalu dikritik hebat.




Richard berkata, dia terkejut mendapati beg tangan Treacy di dalam kotak ketika mengunjungi Oxfam untuk mencari barangan jualan murah.

Beg tangan itu mempunyai rekaan wajah Elvis Presley oleh artis pop Andy Warhol dan dipercayai satu daripada 10 saja yang dihasilkan.

Richard mengambil keputusan untuk memeriksa sama ada ia asli atau tidak dua bulan selepas membelinya.

Richard memberitahu akhbar tempatan, Hampstead and Highate Express: "Saya memutuskan untuk membawanya ke kedai Philip Treacy dan mereka mengesahkan ia asli."

Beg tangan itu dijual dengan harga antara RM1,000 hingga RM2,000 apabila ia mula dibuat.

Lelaki itu berharap untuk menjualnya bagi membelikan sebuah kedai gunting untuk temannya walaupun pakar lelong memberitahunya supaya menyimpan beg itu untuk sementara waktu. - DM



sumber : myMetro

Remaja parah pam angin dirodok ke dubur

Posted: 13 Jul 2012 07:15 PM PDT


BEIJING: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di bandar Dezhou, di wilayah Shandong yang cedera parah apabila dua pekerja memasukkan pam angin ke dalam duburnya, dipindahkan ke bandar raya ini untuk rawatan lanjut, semalam.
Du Chuanwang yang mengalami kerosakan di kebanyakan organnya segera dikejarkan ke Hospital Xiajin selepas kejadian itu. Ketua unit rawatan rapi hospital itu, Ai Qingze berkata, keadaan remaja itu adalah serius. "Tekanan dalam perutnya sangat tinggi hingga kakinya bertukar menjadi ungu. Pakar bedah segera membedah perutnya bagi membuang keluar angin dan menemui usus kecilnya mengalami pendarahan teruk," katanya.

Du menjalani pembedahan untuk merawat ususnya di hospital. Ai berkata, tekanan angin merosakkan hati, buah pinggang dan perut Du. Wajah dan hidungnya turut menunjukkan tanda nekrosis, tetapi Ai berkata, punca keadaan itu belum dipastikan lagi. "Kami menyarankan kepada keluarga pesakit supaya memindahkannya ke hospital lebih baik kerana sebagai hospital daerah, hospital kami tidak mempunyai peralatan perubatan yang lengkap untuk merawatnya," katanya.


Du mengalami kecederaan itu ekoran insiden pada 30 Jun lalu. Du sedang bekerja di garaj di Xiajin, Dezhou ketika diserang dua lelaki terbabit. Polis di Xiajin kemudian menahan dua pekerja berkenaan kerana disyaki mencederakan Du.

"Dua suspek bernama Zhao dan Chen mencederakan Du dengan menolaknya hingga dia rebah ke lantai sebelum mengepam angin menerusi duburnya dengan pam angin," kata polis kepada Sina Weibo, semalam. - DM



sumber : myMetro

Makan otak tujuh dukun

Posted: 13 Jul 2012 07:00 PM PDT


SYDNEY: Polis di kawasan terpencil di Papua New Guinea menahan sekumpulan anggota pengamal kanibal yang dituduh membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, memakan otak mereka mentah-mentah dan membuat sup daripada organ sulit mangsa, lapor akhbar, semalam.
Suspek seramai 29 orang itu adalah sebahagian daripada kumpulan 1,000 orang yang dibentuk untuk melawan dukun sesat dan dilaporkan akhbar The National, mula mengenakan yuran yang tinggi.

Kos bagi dukun untuk mendedahkan punca kematian atau membuang roh jahat biasanya adalah 1,000 kina (RM1,503) dibayar tunai, ditambah dengan seekor babi dan sekampit beras, tetapi sesetengahnya juga menuntut khidmat seks sebagai bayaran. "Ia bertentangan dengan moral dan etika tradisional kami untuk seorang dukun melakukan hubungan seks dengan isteri atau anak perempuan seseorang, kata seorang pemimpin tempatan di Tangi, kawasan pedalaman di wilayah Madang di pantai timur laut negara itu. "Ia menjadi punca utama kekecewaan yang mendorong kepada pembentukan kumpulan untuk memburu dukun seumpamanya.


"Selepas beberapa waktu, apabila mereka dibebaskan untuk menjalankan kegiatan rawatan itu, kami mula berasa letih dan bosan," katanya.

Terdapat kepercayaan yang meluas dalam ilmu hitam di Papua New Guinea di mana kebanyakan orang tidak dapat menerima keadaan semula jadi menjadi punca kepada nasib malang, penyakit, kemalangan ataupun kematian. Penduduk berazam untuk membalas dendam terhadap dukun yang mengambil kesempatan melalui latihan kuasa ghaib daripada ketua kampung, menggunakan pisau "dijampi' untuk memburu dan membunuh tujuh orang sejak April lalu, lapor akhbar itu. - AFP



sumber : myMetro

Lawan tarik beg dengan peragut

Posted: 13 Jul 2012 06:45 PM PDT


PETALING JAYA: Seorang lelaki bertindak nekad mengejar dua peragut yang terjatuh daripada motosikal ketika cuba meragut beg isterinya dalam kejadian di Jalan Klang Lama berhampiran Taman Petaling Utama, di sini, semalam.
Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Arif, 30-an, lelaki berkenaan bersama isterinya sedang menunggang motosikal apabila dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dari arah belakang dalam kejadian jam 10 pagi.

Katanya, seorang lelaki terbabit tiba-tiba bertindak meragut beg tangan diletakkan atas riba pembonceng wanita menyebabkan mangsa cuba mempertahankan beg tangannya dan berlaku tarik-menarik dengan lelaki itu.


"Ini menyebabkan motosikal ditunggang peragut terbabit hilang kawalan lalu terjatuh sebelum pasangan suami isteri itu memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengejar mereka. "Namun, kedua-dua peragut itu tidak dapat melarikan diri kerana kaki mereka dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda (MPV) yang tiba sejurus kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan dua lelaki terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.


"Semakan awal mendapati kedua-dua suspek berusia 20-an itu tiada rekod kesalahan lampau. Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada mereka ada kaitan dengan jenayah ragut dan samun di kawasan berkenaan," katanya.



sumber : myMetro

‘Balai maksiat’

Posted: 13 Jul 2012 06:30 PM PDT


BETONG: Wanita pekerja seks dari daerah ini atau digelar 'wanita kawad cam' menjadi pilihan golongan lelaki 'hidung belang' dari Malaysia untuk dilanggan dengan bayaran antara RM200 dan RM300 bagi tempoh 12 jam kerana didakwa boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu berbanding wanita dari daerah lain di selatan Thailand.
Pada kebiasaannya, pekerja seks berkenaan akan dikumpulkan dalam bilik khas di sepanjang deretan premis pelacuran di kawasan itu yang dimiliki tauke warga Thailand sebelum dipilih pelanggan melalui kaedah 'duduk dan pilih'. 
Pelanggan yang berminat akan dibawa masuk ke dalam premis sebelum dipelawa duduk di sofa disediakan pemilik premis sebelum pekerja seks yang ditempatkan di tingkat atas premis dipanggil dan diarah berdiri dalam barisan di depan pelanggan.

Perbuatan kumpulan antara lapan hingga 15 wanita terbabit yang berdiri tidak ubah seperti proses kawad cam penjenayah dilakukan polis terhadap suspek kes jenayah.



Bapa ayam kemudian akan memperkenalkan nama setiap wanita berkenaan sambil memberitahu harga bayaran dikenakan.


sumber : myMetro

Remaja maut tercampak atas bumbung kereta

Posted: 13 Jul 2012 06:15 PM PDT


KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menemui ajal di atas bumbung kereta apabila motosikal ditunggangnya berlanggar sebuah kereta di hadapan Masjid Al-Taqwa, Paya Bemban, Jalan Hospital, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Elfie Farhan Mohd Nasir, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125Z bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke Kota Bharu sebelum berlanggar sebuah kereta Proton Saga BLM menyebabkan mangsa tercampak ke atas bumbung kereta itu.


Bagaimanapun, rakan mangsa cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku apabila kereta dari arah lampu isyarat Berek 12 menghala lampu isyarat Kampung Cherang secara tiba-tiba membelok ke kanan sebelum motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian hadapan kereta itu.


"Mangsa tercampak di atas bumbung kereta dan meninggal dunia," katanya.




Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Nasir Zaminuddin, 39, berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh anak sulungnya ketika dalam perjalanan untuk berniaga di pasar.

"Saya berpatah balik menuju tempat kejadian untuk melihat anaknya.


"Pada mulanya saya ingatkan ia kemalangan biasa, tetapi apabila tiba di tempat kejadian saya lihat anak saya terbaring di atas bumbung kereta dan sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di HUSM, semalam.

Menurutnya, dia dan anak kedua daripada empat beradik itu rapat seperti rakan karib.


"Kami rapat dan masih terngiang-ngiang hasrat arwah yang mahu menyambung pelajarannya selepas memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian. Pemergiannya amat dirasai, tetapi saya reda," katanya.



sumber : myMetro

Penari gelek Melayu dibayar lumayan,15 minit RM500

Posted: 13 Jul 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan," kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.
Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.
Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.



Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.


sumber : myMetro

Tangan ditetak lelaki mengamuk

Posted: 13 Jul 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang abang mahu menyelamatkan adik perempuan dan anak saudaranya berusia empat bulan daripada ditetak seorang lelaki yang mengamuk berdekatan Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, membawa padah apabila bahu kanannya ditetak dalam kejadian berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Mohd Fauzi Yu Amril, 25, ditetak di bahu kanan hingga menyebabkan urat bahunya putus manakala adik iparnya, Azrul Zainal Abidin, 24, bengkak di muka akibat diserang lelaki sama.

Menceritakan kembali kejadian berkenaan, adik mangsa, Noraini Yu Amril, 24, berkata sebelum kejadian, mereka sekeluarga pergi membeli barang dapur di Pasar Chow Kit sebelum pulang ke rumah ibu mentuanya di Cheras.


Katanya, ketika hendak keluar dari simpang jalan menghala ke Jalan Cheras, kereta dinaiki mereka dihimpit lori pasir yang enggan memberi laluan menyebabkan mereka memperlahankan kenderaan.

"Namun, pemandu lori itu seperti tidak puas hati dengan kami dan asyik menjeling hingga tidak perasan lampu isyarat sudah bertukar ke warna merah sebelum melanggar sebuah kereta di hadapannya.


"Selepas berlanggar, pemandu lori itu tidak melihat kerosakan kenderaan di hadapannya sebaliknya menuju ke arah kenderaan kami dan mengetuk cermin pemandu sebelum menumbuk muka suami saya bertubi-tubi sebaik dia menurunkan cermin," katanya kepada Harian Metro, semalam.



Menurutnya, suaminya sempat menolak lelaki itu ke belakang sebelum membuka pintu kereta dan abangnya yang duduk di bahagian penumpang hadapan turut membantu suaminya daripada terus menjadi mangsa amukan lelaki itu.

Katanya, dengan tiba-tiba lelaki itu kembali ke lorinya sebelum membawa sebilah parang dan melibas ke arah suaminya namun bernasib baik sempat mengelak.


"Berang kerana sasarannya tidak mengena, lelaki itu menjerit akan melibas saya dan anak berusia empat bulan yang sedang duduk di perhentian bas berdekatan sebelum berlari menuju ke arah saya.

"Abang saya yang risau dengan keadaan saya mendukung anak ketika itu cuba menahan lelaki berkenaan dan akibatnya terkena tetakan di bahu kanannya," katanya.


Beliau berkata, walaupun cedera, abangnya sempat melarikan diri ke arah pondok polis berdekatan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan membantu memujuk lelaki terbabit supaya bertenang.


"Selepas memujuk lebih 30 minit, lelaki itu akhirnya menyerahkan parang sebelum orang ramai menghubungi polis," katanya.



sumber : myMetro

Akak ni pakai seluar ke tak?

Posted: 13 Jul 2012 05:30 PM PDT





[Hebat] Lihatlah kegigihan lelaki ini

Posted: 13 Jul 2012 05:15 PM PDT






Lelaki ini membuktikan dengan usaha dan kerajinan
pasti akan mendapatkan kejayaan....


Kesian..Gadis ini boleh mati jika sikat rambut

Posted: 13 Jul 2012 05:00 PM PDT



Bagi remaja, mencantikkan rambut adalah segala-galanya. Terkadang, mereka boleh melakukannya beberapa kali sehari. Namun bagi Megan Stewart (13), menyikat rambut boleh jadi hal yang mematikan.

Tak hanya menyikat, Megan juga tak boleh menyentuh belon getah atau baju hangat (sweater) berbahan polyester. Gadis ini menghidap kelainan yang menyebabkan kontak dengan lektrik statis menjadi hal yang boleh mematikannya.

Keadaan medik amat aneh yang disebut Hair Brushing Syndrome ini baru didiagnosa padanya sekitar tiga tahun lalu. Ia diketahui ketika dari ibunya, Sharon (41), menyikat rambut Megan. Tiba-tiba, puterinya itu pengsan dan bibirnya biru.



?Saya mengira ia kena serangan (jantung), yang belum pernah ia alami. Kami memanggil paramedis dan benar-benar ketakutan. Saat diberi tahu, kami semua terkejut dengan kondisi Megan, apalagi dokter baru pernah mendengarnya sekali,? ujar Sharon kepada Mirror.

Kalangan medis menduga Megan mengidap kondisi aneh ini karena terlahir prematur dan mengalami komplikasi. Megan mengidap hernia diafragma yang menekan perutnya, sehingga hanya satu paru-parunya yang bisa tumbuh.
Megan sempat ditahan di Royal Hospital selama 18 bulan karena tak cukup kuat untuk pulang. Sindrom aneh itu juga memaksa Megan menjauhi listrik statis. ?Meski begitu, ia gadis yang amat gembira dan penuh semangat. Ia mengalahkan segalanya,? ujar Sharon, didukung suami sekaligus ayah Megan, Ian.

Gambar lelaki bunuh diri

Posted: 13 Jul 2012 04:45 PM PDT




Restoran bertemakan hospital

Posted: 13 Jul 2012 04:30 PM PDT


Sebuah restoran yang bertema di Taiwan telah berniaga dengan gaya yang luarbiasa, iaitu pelayan berpakaian kostum jururawat,di atas meja makan terdapat 'drip' yang membekalkan minuman.


Setelah memasuki restoran ini,pelanggan boleh meminta untuk duduk di atas kerusi roda dan menyuruhpelayan menolak mereka masuk kedalam.Terdapat gambar sinara -X dan carta menguji penglihatan,manakala minuman dibekalkan dalam botol drip.


Selain itu terdapat juga minuman dalam drip yang dibekalkan.Minuman diletakkan pada kereta sorong yang ditolak oleh pelayan,kemudian pelayan akan menggunakan picagari untuk memasukkan minuman ke dalam mulut pelanggan.
Nama minuman juga amat menarik contohnya RU486,tranquilizer,asid uronik,pil pencegah kehamilan ,viagra dan sebagainya.

Akibat gila tak bertempat,lelaki telanjang ini dibelasah orang ramai

Posted: 13 Jul 2012 04:15 PM PDT

Pemuda Rusia yang berusia 24 tahun ini merasakan aksi gilanya yang terkinja-kinja diatas bumbung beberapa buah kenderaan penduduk sambil berbogel mungkin tidak menyakitkan hati. Namun dia salah. Gilanya tak bertempat. Gilanya yang menyusahkan ramai orang membuat pemilik kenderaan membelasah beliau sehingga lembik.







sumber : bestoneoffour.wordpress.com

Wow, Lihat Tubuh Model Ini dari Seksi Menjadi Super Berotot

Posted: 13 Jul 2012 04:00 PM PDT


Jodie Marsh seorang model asal Inggris berusia 32 tahun. Ia dikenal seantero negara itu sebagai model bertubuh bahenol. Namun, kini terlihat perubahan besar dari tubuh model ini.

Dari body bahenol ke tubuh berotot ia tampilkan saat ikut pertandingan the Natural Physique Association (NPA) Mike Williams Classic and Pro-Am Bodybuilding Championships pada minggu lalu.

Ia terlihat berbeza dan mengaku melalui proses diet yang berat dan pelatihan untuk membentuk tubuh seperti ini.

"Ini adalah tubuh terbaik yang pernah saya miliki. Dalam waktu 50 hari, lemak tubuh saya berkurang dari 25 peratus ke 10 peratus, otot bertambah 8 pounds, kehilangan 20 pounds lemak. Dalam waktu lapan minggu saya boleh memperoleh tubuh seperti ini yan normalnya bisa didapatkan dalam waktu 6-9 bulan," jelasnya.

Lawak punya awek bogel untuk majalah Playboy tak nak,majalah lain boleh

Posted: 13 Jul 2012 11:00 AM PDT

berita2.com: Irina Shayk, kekasih superstar pemain bola sepak Cristiano Ronaldo, menolak berpose bogel untuk majalah Playboy walapun mendapat tawaran wang banyak dari bos majalan itu, Hugh Hefner. Tapi dia bersedia berpose tanpa baju untuk majalah  Esquire. Dan foto-foto telanjangnya sudah mulai beredar menghiasi internet.

"Saya seorang model, tapi saya memiliki kelas ... dan tidak akan buka baju di 'Playboy," kata kekasih Ronaldo Irina Shayk saat dia pose semi-telanjang di pemotretan terbarunya. Ia adalah model berasal dari Rusia.



Dia mungkin telah membuat namanya meloncak dengan membuka baju, tapi Irina Shayk mengatakan dia tidak akan pernah menjadi model untuk majalah Playboy. Lucunya, dia membuat pernyataan berani saat berpose topless untuk majalah lelaki Esquire.

Dia berpose  menutupi dada telanjangnya dengan tangan. Pose telanjang seperti ini dikenal dengan istilah 'topless tersirat'. Ia menatap ke lensa kamera dan menempatkan tangan kirinya di bibir bawahnya.

Dia berkata: "Saya suka kasut tinggi dari usia 10 tahun. Juga menyukai skrit  pendek."

Kerana internet dan buka 13 blog bapa jumpa anak yang telah hilang selama 3 tahun

Posted: 13 Jul 2012 10:30 AM PDT

Pencarian serta kempen skala besar di internet oleh lelaki ini untuk menemukan anak hilang berakhir bahagia. Anak berusia enam tahun yang hilang itu kembali ke ayahnya setelah tiga tahun menghilang.

Pertemuan berlangsung dengan penuh kegembiraan dan terharu. Si ayah, Peng Gaofeng, bermukim di Shenzhen China. Dia tak dapat membendung air mata ketika bertemu anak lelakinya, Peng Wenle. Wenle ditemukan di Pizhou.

"Dia anakku. Tak salah lagi. Dia mengenaliku dan tahu bagaimana berbicara dengan dialek kami," ujar Peng.

Wenle diculik sejak 25 March 2008. Awalnya keluarga Wenle berputus asa sang anak boleh ditemukan lagi. Namun, berkat upaya si ayah menghebohkan pencarian anaknya melalui internet, Wenle dapat berjumpa lagi dengan keluarga. "Ini keajaiban, keajaiban yang tak mungkin menjadi nyata tanpa pertolongan orang ramai," kata Peng.

Peng mengaku membuka 13 blog internet dan menaruh foto anaknya di tiap tempat dia online, termasuk blog mikro sina.com. Kini, usahanya terbayar. Peng mengatakan, pengguna internet melaporkan mengetahui keberadaan anaknya.

Bersama polis, Wenle pun ditemukan dalam keadaan selamat di tempat yang telah di beritahu. [mor]

sumber :http://teknologi.inilah.com

Restoran dengan motto 'Makan Sepuasnya, Bayar Seikhlasnya'

Posted: 13 Jul 2012 10:15 AM PDT

Konsep restoran 'all you can eat' atau buffet dengan hanya membayar harga tertentu, mungkin sudah biasa dimana mana tetapi restoran yang satu ini unik, kerana berani mengambil risiko yang merugikan perniagaannya


Deewan Resturant, sebuah restoran masakan Pakistan di Wina menawarkan konsep'makan sepuas Anda, bayar semahu Anda'. Bayangkan, Anda makan banyak, tapi hanya bayar sedikit. Wah, apa jadinya restoran seperti itu?




Namun ternyata nasib Deewan tak sejalan dengan logik prinsip ekonomi untuk memaksimakan keuntungan. Buktinya, dari tahun ke tahun, Deewan terus beroperasi. Para pelanggannya pun datang, makan, dan membayar dengan harga lebih dari yang sepatutnya di bayar.


Lokasinya di Schottentor, restoran ini pun menjadi tempat kegemaran para mahasiswa yang berlajar di daerah tersebut. Mahasiswa yang tak mempunyai banyak bujet  restoran ini memang menjadi pilihan utama.
Tapi bagi yang bukan pelajar, restoran ini menjadi tempat persinggahan untuk makan seperti pelancong dan *backpacker* .


Restoran ini diusahakan oleh seorang lulusan falsafah, Natalie Deewan, konsep restoran ini diinspirasikan daripada keikhlsan tanpa mengharap imbuhan dan pada awal pembukaannya dia sendiri tidak berasa yakin tetapi kerana niat untuk beramal ,pelanggannya semakin ramai .


Lalu berapakah 'fair fare' yang masuk akal jika makan di sini? Jika melihat menunya, memang Deewan tak terlalu banyak menyediakan macam-macam masakan.Di meja buffenya, hanya ada 2 pilihan makanan utama.


Pertama,makanan kari dari bahan ayam, kambing hingga lembu dan kedua, makanan vegetarian saja serupa kebab sandwich. Juga disediakan makanan pencuci mulut bernama Halla, iaitu sejenis nasi manis
yang diolah menggunakan susu dan minyak.


Selain itu, Deewan juga menghidangkan nasi dan juga kentang. Sementara, untuk minum, Deewan telah menyenaraikan harga tersendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS