Adsense

Jumaat, 13 Julai 2012

Sensasi

Sensasi


Lisa surihani dijangkiti penyakit mata berbahaya daripada suaminya Yusry

Posted: 13 Jul 2012 01:58 AM PDT


 
 
Pelakon Lisa Surihani terpaksa bercuti daripada berlakon selama dua minggu gara-gara mengalami viral conjunctivitis iaitu sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh virus.
 
Lisa berkata, masalah itu berpunca daripada suaminya, Yusry Abdul Halim yang dijangkiti penyakit berkenaan pada hujung Jun lalu sehingga mengambil masa selama tiga minggu untuk pulih.

"Lisa menghidap penyakit itu berpunca daripada Yusry. Disebabkan dia alah kepada ubat, dia hanya pulih selepas tiga minggu. Selepas itu, penyakit tersebut merebak pula kepada Lisa.

"Ia bermula dengan mata sebelah kiri. Kemudian merebak kepada mata kanan. Kedua-dua mata Lisa merah dan pedih. Nak buka pun sakit," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas pelancaran portal perniagaan dalam talian iaitu 701pages.com di Hotel Westin di sini, Khamis.

Lisa memberitahu penyakit yang dialaminya itu amat berbahaya dan pihak doktor memberikannya cuti sakit selama dua minggu sehingga menyebabkan dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita.

Kata Lisa, sakit mata itu menyebabkan dia sukar membuka mata ketika hendak bangun tidur selain mata menjadi berair serta pedih.

Katanya, doktor turut menasihati agar dia tidak menggunakan kanta lekap selain perlu mengelak daripada menggunakan solekan di kawasan muka bagi mengelakkan penyakit berkenaan sukar untuk sembuh.

"Kerana nasihat doktor itu, saya terpaksa membatalkan banyak sesi fotografi untuk Hari Raya yang telah diatur sebelum ini," katanya yang bersyukur penyakit itu beransur pulih dan dia terpaksa memakai cermin mata buat sementara waktu.

Sementara itu Lisa turut menasihatkan peminatnya supaya tidak menyentuh mata masing-masing sesuka hati kerana ia boleh menjadi punca kepada jangkitan.
Katanya, mata adalah aset yang amat bernilai dan pancaindera itu haruslah dijaga dengan rapi agar tidak mengalami masalah.
"Kalau nak sentuh mata, gunakanlah kapas dan cucikannya dengan air yang bersih,. Jangan amalkan sikap suka menggosok mata serta menyentuhnya dengan jari," nasihat Lisa.

20 koleksi Raya dari Rizalman bakal dijual di Tesco

Posted: 13 Jul 2012 01:52 AM PDT

Tak lama lagi Bulan Ramadhan yang mulia,kemudia Hari Raya..Pasti ramai yang dah mula membeli barang-barang untuk raya. Baju Kurung,Baju Melayu,kasut,beg dan macam-macam lagi yang baru untuk raya kan. Yang sering menjadi tarikan tentulah fesyen terbaru yang menjadi trend baru untuk baju Kurung. Jom tengok antara ilham dari Rizalman..kalau berminat nanti bolehlah dapatkan di Tesco.

Kolaborasi di antara pereka tempatan yang sudah berkecimpung lebih dari 16 tahun dalam industri fesyen, Rizalman Ibrahim dengan kerjasama pasaraya terbesar Malaysia, Tesco bakal mengilhamkan koleksi baju raya bagi tahun 2012. 
Sudah pasti mereka yang menanti rekaan dari Rizalman tidak sabar untuk melihat sendiri 20 pasang koleksi raya yang direka khas untuk dijual di pasaraya itu nanti. Majlis pelancaran eksklusif bakal dibuat pada 7 Julai ini nanti. 
Potongan kurug kedah menggunakan warna merah jambu sebagai daya penarik
Koleksi kali ini memperlihatkan sofistikated moden dengan corak terang bewarna merah, merah jambu dan juga hitam putih menjadi pilihan Rizalman. Kebaya dan baju kurung moden yang dijual nanti turut memperlihatkan rekaan lebih segar dengan memasukkan corak polkadot dan garis melintang. 

Bagi mereka yang masih mencari rekaan paling sesuai bagi raya tahun ini, apa kata pergi ke Tesco berhampiran anda untuk memiliki sendiri baju raya rekaan pereka fesyen terkenal dengan harga berpatutan yang berharga dari RM180 hingga RM250.


Kain lace yang digunakan untuk baju kurung in tampak begitu tradisional namun ditambah dengan potongan juraian dibawah ditambah dengan riben tampak lebih moden
Menggunakan warna kontra sebagai taruhan, fesyen ini pasti menarik mata  sesiapa yang melihat!
baju tradisional melayu namun ditambah sedikit dengan rekaan ala perancis!
Tidak menyangka corak garisan sebegini boleh dijadikan sebagai corak baju kurung, namun Rizalman berjaya menyakinkan pelanggan!

Sasha Elite bercerai dengan suami setelah 5 tahun berumahtangga

Posted: 13 Jul 2012 01:46 AM PDT


Selepas lima tahun menjalani kehidupan sebagai suami isteri, akhirnya bekas ahli kumpulan Elite, Sasha Saidin dan suami Salyo Priyanto telah sah bercerai dengan talak satu pada Selasa.

Menurut kenyataan yang dipetik daripada laman mStar, Salyo,37, yang merupakan warga Indonesia telah melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Shasha,36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara baik.

Salyo yang membuat lafaz dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah menyabitkan lafaz cerai itu sah dan memerintah Sasha menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Sasha dan Salyo mengambil keputusan untuk berpisah dengan alasan tidak mempunyai persefahaman lagi selain berhadapan dengan kemelut rumah tangga yang berpanjangan. Pasangan yang berkahwin pada tahun 2007 ini telah dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Sasha pernah berkahwin dengan Jason Skinner atau nama Islamnya Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 di London, namun mereka telah bercerai empat tahun kemudian.

Gambar-gambar Neelofa menunaikan Umrah

Posted: 13 Jul 2012 01:45 AM PDT

Neelofa baru setahun jagung dalam arena industri hiburan tanah air,namun sentiasa diselubungi kontroversi.
Satu persatu adakah kerana neelofa sendiri mencari kontroversi? Atau kontroversi datang melanda dirinya?

Menurut pandangan Sensasi,Neelofa mungkin masih muda dan kurang matang dalam memberi kenyataan sehingga menimbulkan kontroversi.Dan mungkin juga Neelofa merasakan diri nya "lebih baik" dari artis lain.

Apapun,gossip-gossip nie semua menjadi bualan hangat para pengikut hiburan tanah air.Tanpa gossip mesti korang bosan kan..huhu..

Neelofa telah berkongsi gambarnya ke Umrah di twitter untuk tatapan peminat..






Punca sebenar perceraian Tom Cruise dan Katie Holmes: Tom layan Katie seperti robot

Posted: 13 Jul 2012 01:29 AM PDT

Pasangan Hollywood , Tom Cruise dan Katie Holmes akhirnya menfailkan perceraian..

Pada awalnya,agama yang dianut Tom Cruise iaitu Scientology yang dikatakan menjadi punca perceraian mereka.

menurut ajaran scientology,kanak-kanak berumur 6 tahun harus menjalani satu sesi 'interogation" (soal siasat) yang dasyat dimana kanak-kanak itu dipaksa menjawab samada pernah berbohong,atau mencuri dan mcm-mcm lagi dengan cara yang begitu menakutkan .

Katie dikatakan tidak bersetuju dengan agama tersebut dan hendak menyelamatkan Suri daripaada mengalami trauma.

Namun sebenarnya punca perceraian mereka adalah kerana Tom Cruise terlalu mengongkong Katie,sehinggakan Katie tidak dibenarkan menaiki kapal terbang bersama crew,dan memaksa Katie menaiki Jet peribadi Tom.Katie dikatakan dilayan seperti robot dan disuruh mengikut setiap kata Tom sehingga Katie merasakan kalau nak bernafas sekalipun perlu keizinan Tom.

 Rakan-rakan artis mengatakan pasangan ini mempunyai hubungan yang tidak sihat berikutan sikap Tom yang terlalu obses dengan Scientogy.

Bahkan perceraian sebelum ini dengan Nicole Kidman juga disebabkan oleh agama nya.

menurut E news,Katie telah membeli telefon secara sulit dari pengetahuan Tom untuk berhubung dengan peguamnya untuk menfailkan perceraian.Sebenarnya sudah agak lama Katie merancang perceraian mereka.