Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Gambar budak berpura-pura menyusui adiknya dibuang dari Facebook

Posted: 28 Jul 2012 09:00 PM PDT

Anak kecil mudah sekali meniru kelakuan orangtua termasuk pura-pura menyusui seperti yang dilakukan sang ibu. Celakanya, si ibu dengan polosnya memotret dan mengunggah foto anaknya yang sedang pura-pura menyusui adiknya.

Foto yang menghebohkan yang dianggap penuh unsur seksualiti dan boleh membuat kejahatan pedofil itu terpaksa dihapus oleh Facebook.

Foto yang dimaksud menunjukkan seorang anak perempuan usia 5 tahun bernama Lauren Ferrari yang berpura-pura menyusui adiknya dengan membuka baju dan lalu si adik menyusu di dada kakaknya.

Dalam waktu 24 jam, setelah foto itu diup load ibunya, Facebook dengan cepat menghapus foto-foto tersebut. Sang ibu Ferrari dan puterinya juga dilarang menggunakan jejaring sosial selama 7 hari.

Seperti dilansiir huffingtonpost, Sabtu (28/7/2012), Facebook menganggap foto itu memberikan efek negatif dan mengandung unsur seksual.

Keterangan ibunya bahawa, Lauren hanya bermain-main menjadi pengasuh adiknya yang berusia 2 tahun dan berpura-pura seperti sedang menyusui ditolak.

Pakar anak juga menilai foto tersebut tidak pantas disebarkan melalui jejaring sosial kerana berakibat buruk bagi anak-anak yang melihatnya.

Kes foto gadis-gadis kecil yang berpura-pura menyusui bukan pertama kalinya terjadi dan facebook telah melakukan upaya penghapusan yang dinilai tidak pantas tersebut. Pada bulan Januari, beberapa foto gadis kecil yang menyusui bonekanya juga sempat menjadi masalah serupa.

Stefanie Thomas dari Seattle Police Department's Internet Crimes Against Children menyatakan bahwa keputusan Ferrari untuk mengupload foto tersebut merupakan kesalahan dari orangtuanya yang tidak mampu memberikan kawalan terhadap aktiviti anaknya di jejaring sosial.

Namun sekelompok masyarakat memperdebatkan masalah tersebut dan memandang bahwa gadis-gadis muda yang bermain dengan menirukan proses menyusui cenderung mengarah ke perawatan bayi dan bukan mengarah ke seksualitas.

Beberapa orang mengomen bahawa anak-anak hanya menirukan apa yang dilakukan oleh ibunya dan tidak ada yang salah dengan kegiatan menyusui. Anak hanya melakukan permainan keperawatan yang sama sekali tidak mengarah kepada tindak susila kerana dilakukan oleh anak kecil.

Namun para pakar anak menilai, sebaiknya orangtua tidak menyebarkan foto anak terlebih foto yang mengandung unsur negatif. Orangtua juga diharapkan terus memantau kegiatan anak di jejaring sosial kerana banyak penjahat yang mengincar anak-anak melalui jejaring sosial.

Sumber : http://health.detik.com

Jika Tertidur, Perempuan Ini Mati

Posted: 28 Jul 2012 08:45 PM PDT


Emma Chell.

Dia adalah perempuan tertua kedua di Inggris yang hidup dengan penyakit sindrom bawaan hipoventilasi pusat.


Emma Chell hidup selama 24 tahun dengan penyakit yang akan membunuhnya jika dia ketiduran.


Emma Chell, memiliki penyakit tidur sangat langka. Ia tidak pernah tertidur di depan televisyen atau ketiduran di kereta.


Penderita penyakit langka ini lupa bernafas ketika mereka tertidur kerana kesalahan dalam refleks saraf yang mengawal pernafasan.


"Saya tahu saya tidak pernah boleh sembarangan tidur di suatu tempat kerana saya akan mati," ujar Chell, yang menggunakan ventilator oksigen di malam hari.


"Jika saya mengantuk di siang hari, saya berjalan-jalan agar tetap terjaga."


Chell, dari Cheadle, Staffordshire, adalah salah satu penderita penyakit langka tertua di Inggris.


Ketika ia pergi tidur, dia menggunakan ventilator dengan masker khusus untuk membantunya bernafas.


sumber 

Budak Aneh, Hobi Aniaya Budak kecil

Posted: 28 Jul 2012 08:30 PM PDT

Mississippi – Seorang kanak-kanak di Vicksburg, Mississippi, AS berperangai aneh dan kasar. Ia menganiaya dan menyiksa anak kecil di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Aksi kejamnya itu terakam kamera CCTV.

Fox News, Jumat (27/7/2012) memberitakan, peristiwa tersebut terjadi di Kiddie City Child Care Center in Vicksburg, Mississippi, AS. Dari rakaman tersebut, terlihat anak 9 tahun memukuli sejumlah anak lain yang lebih kecil, termasuk bayi 11 bulan yang dia tinju dan gigit.

Namun, saat pengawas  anak itu datang, ia pura-pura mengasuh anak itu, memujuk bayi-bayi yang meraung-raung kesakitan. Setelah pengawas itu pergi, si anak nakal tadi kembali beraksi. Ia  menendang si bayi hingga jatuh terjengkang. Ia juga menendang dada seorang bayi lainnya.

Sejumlah orang tua menyatakan perbuatan anak tersebut bukan sekali ini saja. Ia memiliki catatan buruk kerana sering menganiaya anak lain.

Atas perbuatannya, anak itu dilaporkan ke polis dan disidang di pengadilan. Namun, kerana ia masih di bawah 12 tahun, ia didampingi ibunya. Hukumannya adalah pembinaan, bukan kurungan atau hukuman pidana lainnya.

Polis Vicksburg juga menangkap pekerja penitipan anak itu, Sandra Trevillion, dan mendakwanya berperanan pada terjadinya tindakan menyimpang anak tersebut. Ia juga dipecat oleh pengurusan pusat asuhan anak itu.

Jamie Williams, salah satu orang tua yang anaknya mengalami luka gigitan di lehernya menyatakan ia mendapati anaknya berdarah di leher.Dan kepalanya juga menderita luka. "Anak saya bisanya hanya menangis, dia belum boleh bicara jadi dia tidak boleh memberitahu apa yang terjadi," kata Williams.Ia kemudian mendatangi tempat  tersebut dan melaporkannya pada pekerja di sana. Namun para pekerja menyatakan tidak tahu. Tapi, ia kemudian mendatangi seorang anak yang dia kira pelakunya lalu menamparnya. Belakangan, diketahui ia menampar anak yang salah. Akibat perbuatan itu, Williams juga harus duduk di kerusi pengadilan.

sumber

Atlet Olimpik Mesir pakai jenama tiruan

Posted: 28 Jul 2012 08:15 PM PDT

Pasukan Olimpik Mesir diduga memakai perlengkapan olahraga tiruan saat bertanding di London.

Dugaan ini diungkapkan oleh seorang atlet renang berirama yang mengaku diberikan perlengkapan Nike palsu.

Yomna Khallaf mengatakan beg olahraganya memiliki logo Nike yang besar di depan tetapi zipnya berjenama Adidas.

Khallaf kemudian dalam situs mikroblog Twitter menulis bahawa dia kini harus mengeluarkan wang sendiri untuk membeli perlengkapan olahraga yang lebih memuaskan.
Motaz Sonbol, sekretaris jenderal Komite Olimpik Mesir, EOC, mengaku terkejut saat menyedari bahawa perlengkapan yang mereka pakai tidak 'berasal langsung dari Nike'.

Anggaran terbatas
Nike sendiri mengatakan 'prihatin' kerana atlet mungkin menerima produk yang tidak memenuhi standard kualiti perusahaan.

Juru bicara Nike mengatakan mereka baru-baru ini menyedari bawa EOC telah menunjuk sebuah penjual perlengkapan olahraga yang menyediakan kasut dan pakaian palsu dengan memakai logo Nike.

Nike dilaporkan kini tengah berdiskusi dengan EOC untuk mencari jalan keluar yang boleh dicapai.

Tetapi ketua Komite Olimpik Mesir, Jenderal Mahmoud Ahmed Ali, membela keputusan untuk tetap memakai perlengkapan "palsu' dengan alasan anggaran negara yang terbatas.

"Kami menandatangani kontrak dengan sebuah distributor asal China dalam keadaan ekonomi Mesir yang sulit,' katanya.

Insiden ini menyebabkan kontroversi di sosial media yang oleh kebanyakan orang digambarkan sebagai peristiwa yang memalukan.
Dalam Olimpik London 2012, Mesir diwakili oleh 112 atlet.

Sebelumnya seragam pasukan AS juga sempat dikritik kerana diproduksi di China meski didesain oleh seorang perancang asal Amerika.

Sumber : http://www.tribunnews.com

Lee Si Young Artis Seksi Korea Juara Tinju Nasional

Posted: 28 Jul 2012 08:00 PM PDT


infospesial.net -  
Cantik, seksi dan feminim tak selalu lemah lembut dan manja, artis Korea Lee Si Young ini berbeza, di balik wajah cantiknya dan badan seksinya terpendam jiwa petarung. Siapa yang menyangka jika Lee Si Young adalah seorang petinju profesional!
Seperti dilansir dari laman Soompi, Si Young sukses memenangkan final kejuaraan tinju Annual National Female Amateur Boxing Championship ke-33 kelas 48 Kg, pada 26 Julai 2012 waktu setempat. Artis yang bermain dalam serial drama Boys Over Flowersdan Mischievous Kiss ini berhasil mengalahkan pemenang tahun lalu, Ji Yoon Jin.
Ia juga tercatat pernah mengikuti kejuaraan National Amateur Boxing Championships ke-7 pada tahun lalu, dan hanya berhasil meraih juara dua. Si Young juga pernah menunjukan kemampuan tinjunya dalam sejumlah drama seperti di Poseidon ia beradu akting dengan personel Super Junior, Choi Siwon dan juda dalam drama Wild Romance

Meski serius menjalani profesi barunya sebagai petinju amatur, artis yang pernah menjadi model untuk majalah Maxim Korea ini tak meninggalkan kariernya di dunia akting.  Dalam waktu dekat, Si Young dikhabarkan akan shooting filem terbarunya berjudul Male Instruction Manual.

Gorila ditemui tergantung

Posted: 28 Jul 2012 07:45 PM PDT


PRAGUE, Republik Czech - Pihak pengurusan Zoo Prague menyatakan, seekor gorila jantan mati selepas tergantung secara tidak sengaja.
Menurutnya, gorila jantan berusia lima tahun bernama Tatu ditemui tergantung dengan tali melilit leher haiwan itu pagi kelmarin di kurungan zoo berkenaan.
Jurucakap Zoo Prague, Michal Stastny berkata, usaha menyelamatkan Tatu gagal. Menurutnya, tiada kamera video dipasang di kurungan itu tetapi Tatu ditemui tergantung selepas bermain struktur bertali di tempat tersebut.
Pengarahnya, Miroslav Bobek kelmarin memberitahu bahawa kematian Tatu adalah yang paling tragis selepas bencana banjir membunuh lebih 100 haiwan di zoo berkenaan pada 5 Mei 2007. - Agensi

sumber : kosmo online

Madonna dicemuh

Posted: 28 Jul 2012 07:30 PM PDT


PARIS - Bintang pop, Madonna dicemuh pada sebuah konsert mini di Perancis kerana meninggalkan pentas selepas melakukan persembahan cuma 45 minit.
Sebahagian penonton yang tidak berpuas hati ekoran tempoh singkat konsert berkenaan, menjerit: "Kembalikan wang kami."
Berlangsung di Dewan Olympia di sini, Khamis lalu, konsert tersebut turut disiarkan secara langsung di laman perkongsian video YouTube.
Kelmarin, saluran yang menyiarkan konsert itu menutup komen untuk klip video berkenaan selepas ruangan tersebut mencatat 12,000 komen negatif. - Agensi

sumber : kosmo online

Ratu Elizabeth berlakon ‘Gadis Bond’

Posted: 28 Jul 2012 07:15 PM PDT


LONDON: Ratu Elizabeth II buat kali pertama berlakon sebagai 'Gadis Bond' dan ia dilakukan dengan satu kali rakaman saja.
Elizabeth, 86, mempamerkan bakatnya apabila muncul untuk melakonkan wataknya sendiri dalam filem pendek untuk majlis perasmian Olimpik London bersama-sama dengan aktor James Bond, Daniel Craig. Dalam filem berkenaan, Craig tiba di pejabat Elizabeth di Istana Buckingham dengan ratu itu mengucapkan 'Selamat sejahtera Encik Bond' sebelum kedua-duanya menaiki helikopter.

Tidak berapa lama selepas filem itu berakhir, pelakon aksi berani pasangan itu terjun dengan payung terjun di Stadium Olimpik. Akhbar The Telegraph memetik Pengarah Penerbitan Drama BBC, Nicholas Brown sebagai berkata, ratu itu memberi persembahan profesional. Elizabeth kemudian merasmikan Olimpik London.


Persembahan pembukaan sukan itu yang diatur oleh penerbit filem Britain, Danny Boyle dengan kos RM135 juta itu mendapat pujian dari dalam dan luar negara. - DM


sumber : myMetro

Tonton tv sama mayat

Posted: 28 Jul 2012 07:00 PM PDT


JACKSON: Seorang wanita yang tinggal beberapa bulan dengan mayat seorang rakan semalam didakwa di mahkamah atas tuduhan menunaikan cek pencen dan keselamatan sosialnya.
Linda Chase, 71, diheret ke mahkamah tiga minggu selepas mayat Charles Zigler ditemui di atas kerusi di ruang tamu rumah mereka di Jackson, 64 kilometer ke selatan Lansing, selatan Michigan. 
Linda tidak didakwa dengan sebarang tuduhan jenayah berkait dengan kematian Zigler atau kegagalannya untuk melaporkan kematian lelaki itu.

Polis yakin Zigler, 67, mati kerana penyakit biasa pada Disember 2010 walaupun Linda berkata, temannya itu mati tahun lalu.



Wanita berkenaan dituduh menipu dengan menunaikan cek berjumlah AS$28,000 (RM74,000) atas nama Zigler.


Hakim membebaskannya selepas menasihatinya supaya muncul di mahkamah pada setiap hari yang telah ditetapkan.

Polis memasuki rumah Linda pada 6 Julai selepas anggota keluarga Zigler berkata, mereka sudah lama tidak menemuinya.

Linda berkata, dia enggan berpisah daripada mayat itu dan mahu terus berbual dengannya sambil menonton lumba kereta Nascar menerusi televisyen.

"Dia tahu apa yang sebenarnya dia mahukan. Dia tidak merinduinya atau dia tidak boleh hidup tanpanya. Dia hanya mahukan wangnya. Keluarga kami mahukan dia dipenjara," kata anak saudara Zigler, Aaron Dryer. - AP



sumber : myMetro

Mayat berulat dalam longkang

Posted: 28 Jul 2012 06:45 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia dibunuh dengan kejam apabila mayatnya dicampak ke dalam parit sedalam 2.4 meter dengan dua jarinya dipotong selain cedera di kepala, dahi, paha dan patah tangan kiri di ladang kelapa sawit di Kampung Tapah Payung, Sungai Tong, Setiu, kelmarin.
Mayat mangsa dikenali sebagai Hary yang hanya berseluar panjang ditemui dalam keadaan berulat di dalam parit, 70 meter dari lokasi jari hantu dan telunjuknya ditemui rakannya yang juga pengadu iaitu orang lelaki tempatan berusia 32 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mangsa dikatakan meminjam sebuah motosikal milik sepupu pengadu pada Rabu lalu.


Menurutnya, apabila mangsa tidak memulangkan motosikal, rakannya yang bekerja sendiri itu cuba mencari mangsa kelmarin sebelum mendapat maklumat daripada orang kampung bahawa motosikal milik sepupunya berada di kawasan ladang kelapa sawit.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian jam 11 malam, rakannya yang menemui motosikal sepupunya terkejut melihat jari telunjuk dan jari hantu berhampiran motosikal selain ternampak kesan darah lalu segera menghubungi polis.


"Polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui satu mayat, dipercayai mayat mangsa, di dalam parit, 70 meter dari lokasi motosikal.



"Mayat berulat itu hanya dapat dikeluarkan jam 7.30 pagi tadi dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat, dan kemudian dibawa ke Hospital Setiu," katanya di sini, semalam.


SUMBER : MYMETRO

Susah nak cakap betul atau tidak

Posted: 28 Jul 2012 06:30 PM PDT


PERMAISURI: "Sampai sekarang susah saya nak cakap, nak kata betul pun tidak, nak kata tidak pun tidak," kata Sitinah Dollah, 51, anak sulung pasangan Allahyarham Dollah Seman, 92, atau lebih mesra dengan panggilan Pok Loh dengan isterinya, Fatimah Hamid, 74.
Pok Loh sebelum ini mendakwa, Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mungkin anak kandungnya yang diserahkan kepada keluarga angkat.

Sitinah yang bekerja mencari lokan berkata, seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi memikirkan perkara itu kerana kesannya sangat besar sehingga diperkatakan orang serta media.


Malah, katanya, dia juga tak tahan diperli penduduk kampung ketika isu berkenaan ditimbulkan enam tahun lalu.

Katanya, sebelum bapanya meninggal dunia kerana sakit tua pada hari kedua Aidilfitri 2010, arwah tidak pernah lagi bercerita mengenai Erra.


"Kami adik-beradik tak tahu sangat hal itu. Kalau nak tahu cerita sebenar, kena tanya Erra sendiri. Lagipun bapa sudah dua tahun meninggal dunia dan emak pula sering ke rumah anak, termasuk ke Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor.



"Syukur emak masih sihat. Dia sekarang ada di Tanah Merah, Kelantan dan tinggal di rumah seorang ahli keluarga untuk mengurut orang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu.

Menurut laporan dalam Metro Ahad pada 2 Julai 2006, pasangan warga emas itu mendakwa Erra mungkin anak kandung mereka yang diserahkan kepada satu keluarga angkat, 36 tahun lalu.


Fatimah dan Pok Loh dikurniakan 14 anak, iaitu enam lelaki dan lapan perempuan yang kini berusia antara 29 hingga 51 tahun, tiga diserahkan kepada orang dijadikan anak angkat.

Mereka menyerahkan anak pada orang lain bukan kerana miskin, tetapi disebabkan keluarga angkat terbabit ingin sangat kerana tiada anak dan semua mereka ada pertalian saudara jauh.



SUMBER : MYMETRO

Dahaga belaian gadis muda

Posted: 28 Jul 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ketika individu seusia sibuk bertadarus atau melakukan ibadat sunat sementara menunggu sahur, sekumpulan warga emas yang mengunjungi beberapa pusat hiburan di Lembah Klang terus hanyut dengan gelekan alunan irama dangdut premis berkenaan sambil dibelai pelayan pelanggan (GRO) muda.
Lebih memalukan, ada di antara warga emas terbabit tanpa segan silu meneguk minuman keras, seolah-olah tiada langsung perasaan bersalah melakukan maksiat di bulan puasa.

Malah, difahamkan, ada di kalangan GRO berkenaan boleh dibawa 'tidur' jika bayaran ditawarkan warga emas itu memuaskan.


Tinjauan Metro Ahad di dua kelab dangdut di ibu negara awal pagi semalam mendapati, meskipun bilangan pengunjung tidak seramai hari biasa, kelab berkenaan masih tidak sepi daripada kunjungan warga emas yang dahagakan hiburan dan belaian gadis muda.

Agak menggelikan hati apabila ada di kalangan warga emas itu seolah-olah jalan bertatih kerana kepenatan akibat terlalu lama berdangdut bersama wanita muda di pentas tarian.


Selain hanyut menari dangdut bersama perempuan muda, ada juga yang asyik bercengkerama dengan GRO di sofa masing-masing dalam kelab berkenaan.




Pemerhatian mendapati ada antara mereka yang datang bersendirian, ada juga berdua dengan rakan. Di satu penjuru kelab malam ini, ada juga meja diduduki beberapa pemuda yang asyik meneguk arak.

Wartawan bersama sumber, dikenali sebagai Rahim, 54, diberitahu kebanyakan warga emas berkenaan adalah pelanggan tetap yang turut membawa kenalan mereka.


Menurutnya, yang dikesalkan, masih ada pengunjung tidak menghormati bulan puasa kerana sanggup meneguk arak, sedangkan kebanyakan mereka adalah lelaki berusia yang bergelar ketua keluarga.

"Ramai warga emas gemar berkunjung ke situ memandangkan bayaran GRO hanya semurah RM40 dan kebanyakan mereka muda serta bergetah.


"Jika mahu berdangdut sampai ke sahur pun tidak mengapa, malah jika hendakkan lebih privasi, boleh tempah bilik karaoke dan buatlah apa saja dengan GRO berkenaan," katanya.


Rahim tidak menafikan rata-rata GRO terbabit tidak hanya sekadar peneman untuk berdangdut, sebaliknya jika kena harga, mereka boleh dibawa ke ranjang.


"Jika hendakkan wang lebih, mereka tiada pilihan melainkan memujuk pelanggan untuk 'tidur' bersama," katanya.


Dalam pada itu, wartawan mengambil peluang mendekati seorang GRO dikenali sebagai Liza, 26, yang baru setahun bekerja di situ.


Difahamkan, Liza antara GRO 'panas' yang menjadi rebutan pelanggan tetap kelab itu, termasuk warga emas.


Selepas menempah minuman bersama, Liza tanpa segan silu menunjukkan sedikit aksi dangdut pemanas badan bersama rakan wanitanya.



sumber : myMetro

Kurang ajar!

Posted: 28 Jul 2012 06:00 PM PDT


TANGKAK: Kurang ajar dan tidak menghormati sensitiviti agama! Itulah dilakukan pengurusan sebuah pusat tuisyen di sini, apabila menggunakan pelbagai karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam nota ringkas subjek Sejarah yang diajar kepada pelajarnya.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, dalam nota itu ada 16 sahabat nabi yang disamakan dengan karikatur dan mencerminkan perwatakan tidak baik.

Katanya, nota tingkatan empat, bab lima, Kerajaan Islam di Madinah memaparkan karikatur 16 sahabat nabi dan paling menyedihkan, watak Zubir Al-Awwam disamakan dengan haiwan berwajah khinzir.


"Lebih biadab apabila menantu Rasulullah iaitu Saidina Uthman Affan dihina dengan karikatur dan digambarkan sebagai lelaki kaki perempuan serta menghina institusi perkahwinan umat Islam.

"Gambaran dilakukan guru sejarah pusat tuisyen itu boleh menimbulkan kemarahan orang Islam kerana rasa terhina atas perbuatan yang dianggap melampaui batas itu.


"Zubir Al-Awwam antara 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga dan pengiktirafan itu menggambarkan kedudukan tinggi Zubir Al-Awwan di sisi Allah.



"Jadi, adalah tidak wajar sahabat nabi itu digambarkan dengan karikatur haiwan haram berkenaan," katanya ketika ditemui di Pejabat Agama Daerah, di sini, semalam.

Menurutnya, pejabatnya menerima aduan berbentuk nota yang diserahkan oleh seorang lelaki pada 4 Julai lalu.


Katanya, nota itu ditemui di tepi longkang sebuah sekolah menengah di Tangkak oleh pelajar sekolah itu.

"Ia kemudian diserahkan kepada guru agama sekolah berkenaan sebelum diserahkan kepada anggota kami.


"Berikutan penemuan itu, kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang pada 26 Julai lalu dan mahu polis mengambil tindakan sewajarnya," katanya.


Selain itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas.


Katanya, sebagai pusat tuisyen yang bertanggungjawab, pengurusan premis itu perlu meminta maaf secara terbuka kerana perbuatan itu menyinggung umat Islam negara ini.


"Kami bimbang perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang mempermainkan agama Islam menjadi serius.


"Ini nota yang kita jumpa, yang kita tidak jumpa mungkin lebih teruk lagi. Mungkin mereka melukis karikatur yang lebih teruk.


"Secara peribadi, saya sedih dan marah kerana tindakan menghina sahabat nabi sama seperti menghina Rasulullah.


"Ini kerana mereka (sahabat nabi) adalah pejuang Islam yang mendapat gelaran Radhiallahu 'anhu yang dijamin syurga," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.



sumber :" myMetro

Rajuk anak setan

Posted: 28 Jul 2012 05:45 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Merajuk kerana si bapa tidak membenarkannya menggunakan motosikal, seorang pelajar tingkatan dua tergamak berpakat dengan rakan sebayanya kononnya diculik sebelum meminta wang tebusan RM8,000 daripada bapanya untuk membeli motosikal.
Penipuan remaja berusia 14 tahun itu bersama rakannya terbongkar apabila bapanya berusia 42 tahun dan bekerja sebagai tukang besi terserempak dengan anaknya berjalan di depan sebuah pasar raya di Kuala Ibai, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, remaja itu meninggalkan rumah mereka menaiki basikal di Kampung Machang Lada, Paya Resak, Bukit Payong, Marang selepas merajuk dengan bapanya yang tidak membenarkan dia menggunakan motosikal, jam 3 petang Selasa lalu.


Menurutnya, bapa mangsa menyangka anaknya akan pulang sebelum menerima satu panggilan seorang menggunakan dialek Terengganu paKUALA TERENGGANU: Merajuk kerana si bapa tidak membenarkannya menggunakan motosikal, seorang pelajar tingkatan dua tergamak berpakat dengan rakan sebayanya kononnya diculik sebelum meminta wang tebusan RM8,000 daripada bapanya untuk membeli motosikal.
Penipuan remaja berusia 14 tahun itu bersama rakannya terbongkar apabila bapanya berusia 42 tahun dan bekerja sebagai tukang besi terserempak dengan anaknya berjalan di depan sebuah pasar raya di Kuala Ibai, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, remaja itu meninggalkan rumah mereka menaiki basikal di Kampung Machang Lada, Paya Resak, Bukit Payong, Marang selepas merajuk dengan bapanya yang tidak membenarkan dia menggunakan motosikal, jam 3 petang Selasa lalu.


Menurutnya, bapa mangsa menyangka anaknya akan pulang sebelum menerima satu panggilan seorang menggunakan dialek Terengganu pada keesokan harinya mendakwa anaknya di Bukit Diman, Marang dan meminta wang RM8,000.

"Bapa mangsa membuat laporan pada hari sama jam 11.20 malam dan sekali lagi menerima panggilan jam 7.50 malam pada Khamis lalu yang mengarahkannya meletakkan duit tebusan itu di belakang sebuah kedai 24 jam di Kuala Ibai, di sini.


"Kerana tidak menerima panggilan seterusnya, si bapa yang bimbang keadaan anaknya cuba mencari sebelum ternampak remaja itu berjalan dengan seorang rakan di depan sebuah pasar raya di Kuala Ibai, di sini, jam 5 pagi kelmarin, lalu memaklumkan kejadian itu kepada polis.



"Hasil soal siasat, remaja itu mengaku merancang penculikan bersama rakannya yang tidak lagi bersekolah dan meminta wang tebusan itu untuk membeli motosikal sebelum mereka ditahan di rumah masing-masing di Kampung Machang Lada, Paya Resak, Bukit Payong, Marang dan Taman Perpindahan Tok Adis, Kuala Ibai pada hari sama, jam 1 tengah hari.

"Sepanjang kejadian itu, remaja itu memaklumkan tinggal di rumah rakannya di Taman Perpindahan Tok Adis, Kuala Ibai, di sini.


"Kedua-dua remaja kini direman sehingga Selasa depan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kepada seseorang ketakutan bencana dengan tujuan melakukan pemerasan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam kejadian berasingan, Manoharan berkata, rahsia seorang wanita berusia 22 tahun yang baru melahirkan seorang bayi lelaki di biliknya di Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, Marang, kelmarin, terbongkar selepas adik lelakinya melihat darah mengalir melalui lantai di rumah mereka.



Menurutnya, sebaik dimaklumkan kejadian itu oleh anak bongsunya, pengadu yang juga ibu mangsa berusia 49 tahun segera melihat keadaan anaknya dan membuat laporan polis, jam 2 petang untuk tindakan lanjut.da keesokan harinya mendakwa anaknya di Bukit Diman, Marang dan meminta wang RM8,000.

"Bapa mangsa membuat laporan pada hari sama jam 11.20 malam dan sekali lagi menerima panggilan jam 7.50 malam pada Khamis lalu yang mengarahkannya meletakkan duit tebusan itu di belakang sebuah kedai 24 jam di Kuala Ibai, di sini.


"Kerana tidak menerima panggilan seterusnya, si bapa yang bimbang keadaan anaknya cuba mencari sebelum ternampak remaja itu berjalan dengan seorang rakan di depan sebuah pasar raya di Kuala Ibai, di sini, jam 5 pagi kelmarin, lalu memaklumkan kejadian itu kepada polis.



"Hasil soal siasat, remaja itu mengaku merancang penculikan bersama rakannya yang tidak lagi bersekolah dan meminta wang tebusan itu untuk membeli motosikal sebelum mereka ditahan di rumah masing-masing di Kampung Machang Lada, Paya Resak, Bukit Payong, Marang dan Taman Perpindahan Tok Adis, Kuala Ibai pada hari sama, jam 1 tengah hari.

"Sepanjang kejadian itu, remaja itu memaklumkan tinggal di rumah rakannya di Taman Perpindahan Tok Adis, Kuala Ibai, di sini.


"Kedua-dua remaja kini direman sehingga Selasa depan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kepada seseorang ketakutan bencana dengan tujuan melakukan pemerasan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam kejadian berasingan, Manoharan berkata, rahsia seorang wanita berusia 22 tahun yang baru melahirkan seorang bayi lelaki di biliknya di Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, Marang, kelmarin, terbongkar selepas adik lelakinya melihat darah mengalir melalui lantai di rumah mereka.


Menurutnya, sebaik dimaklumkan kejadian itu oleh anak bongsunya, pengadu yang juga ibu mangsa berusia 49 tahun segera melihat keadaan anaknya dan membuat laporan polis, jam 2 petang untuk tindakan lanjut.

Gara-Gara iPad, Wanita Ini Alami Patah Gigi

Posted: 28 Jul 2012 05:30 PM PDT

Perangkat iPad dapat digunakan bilapun dGara-Gara iPad, Wanita Ini Alami Patah Gigian dimanapun, termasuk ketika Anda sedang dalam posisi berbaring di tempat tidur. Namun, siapa sangka seorang wanita mengalami patah gigi lantaran memegang perangkat  Apple itu di atas kepalanya, lalu iPad itu terjatuh dan tepat mengenai bahagian mulutnya.

Dilansir Gizmodo, Sabtu (5/5/2012), seorang wanita  Taiwan ini mendapatkan efek gravitasi dari perangkat iPad miliknya. Bukan berupa aplikasi atau software yang ada di dalamnya, tetapi iPad itu sendiri yang mengenai dirinya.

Alhasil, perangkat itu menyebabkan kedua gigi wanita tersebut patah. Tampaknya peristiwa itu tidak hanya memberikan efek sakit yang ditimbulkannya, tetapi juga rasa malu kerana kejadian itu diangkat pada berita lokal setempat.

Tentunya, peristiwa ini memberikan pelajaran bagi semua pemilik perangkat atau gadget, agar berhati-hati dalam menggunakan perangkat miliknya tersebut.

iPad adalah sebuah produk komputer tablet buatan Apple Inc. iPad memiliki bentuk tampilan yang hampir serupa dengan iPod Touch dan iPhone, hanya saja ukurannya lebih besar ketimbang kedua produk tersebut. Perangkat ini memiliki fungsi-fungsi tambahan seperti yang ada pada sistem operasi, Mac OS X.

Sumber : http://techno.okezone.com

Mak Cik Guna Beg LV Untuk Mengutip Sampah

Posted: 28 Jul 2012 05:15 PM PDT




Apa ada pada JENAMA...mak cik ini guna
untuk kutip sampah aje...

Siapakah dia yang penuh misteri ini?

Posted: 28 Jul 2012 05:00 PM PDT


berjalan sorang-sorang dengan penuh misteri...
Siapakah dia ini?
klik open

Spoiler:


Photobucket

rupanya pak cik...ingat perempuan mana tadi.....




Magic bus driver

Posted: 28 Jul 2012 04:45 PM PDT

Macam ni punya patent pun ada..hebat abang ni

Lelaki ini terpengaruh dengan Lady Gaga

Posted: 28 Jul 2012 04:30 PM PDT

semuanya gara-gara Lady Gaga..
sampaikan lelaki ini pun terpengaruh...


Saman US$50,000 kerana anak kepedasan

Posted: 28 Jul 2012 04:15 PM PDT

Beberapa orang memang tidak tahan makanan pedas tetapi restoran di saman kerana kepedasan itu yang aneh.


Restoran Steak 'n Shake di Cleveland, Tennessee, disaman oleh sepasang ibubapa dari seorang anak kecil. Mereka mengatakan telah disajikan sos pedas sehingga anak mereka harus dirawat di hospital.


Tim dan Mary Katherine Gann mengatakan, restoran itu memberikan anak mereka yang masih kecil sebotol sos sambal Blair's Mega Death dan menyuruh anak itu menikmatinya tetapi si anak kepedasan hingga sesak nafas dan sakit perut. Sos sebenarnya jarang disajikan di restoran tersebut.


Pengeluar Mega Death sudah memperingatkan bahawa sos sambal buatan mereka 500 kali lebih pedas daripada jalapeno (Capsicum annuum) sejenis cili dari Mexico yang terkenall sangat pedas. Pasangan itu menuntut bayaran sebanyak 10.000 dollar AS . Selain itu, mereka juga menuntut ganti rugi sebanyak 50.000 dollar AS  untuk penderitaan yang anak mereka alami.

Tahu gigi tumbuh di telinga selepas 33 tahun

Posted: 28 Jul 2012 04:00 PM PDT

Siapa sangka bahawa sakit puluhan tahun di telinga yang dirasakan oleh seorang lelaki merupakan penyakit yang tergolong aneh, kerana doktor ternyata menemukan gigi tumbuh di rongga telinganya.


Stephen Hirst berusia 47 tahun dari Torksey Road, Shiregreen. Stephen pertama kali mengeluh meras kesakitan yang amat sangat di telinga kanannya sejak berusia 14 tahun.


Stephen sering merasakan sakit yang begitu menyiksaSudah banyak kali dia berjumpa dengan doktor untuk mengetahui penyakitnya ini tetapi setelah 33 tahun, doktor di Royal Hallamshire Hospital baru  menemukan penyebab penyakitnya. Dan yang aneh tentang penyebab penyakitnya ialah gigi yang tertanam di rongga telinga.


Doktor  tidak percaya dengan situasi aneh yang dialami Stephen dan selama 20 tahun dia menjadi doktor dia belum pernah menjumpai jenis kejadian begini.


Selalu doktor memberikan ubat anti septik untuk merawat kesakitan telinga yang disapukan menggunakan cotton bud.


Stephen juga menjelaskan, ia yang tinggal bersama istrinya Denise (43 tahun) serta dua anaknya, Rebecca (20 tahun) dan Kai (9 tahun), berhenti kerja disebabkan keadaan penyakitnya.


Kini, sakit di telinga Stephen benar-benar sembuh setelah gigi yang tumbuh dikeluarkan dari telinganya.Dia sudah tidak pernah merasakan sakit yang luar biasa lagi. Dan dia begitu gembira dengan keadaannya sekarang.(link)

Video kes ragut dalam lif

Posted: 28 Jul 2012 11:00 AM PDT

Melihat kepada video memang si peragut tiada rasa belas kesian terhadap mangsa.Dia akan melakukan apa saja agar mendapatkan 'hasil'.....






Aneh tapi nyata gajah memanjat pokok menyelamatkan diri daripada banjir

Posted: 28 Jul 2012 10:30 AM PDT

 Gajah Memanjat Pokok Menyelamatkan diri dari Banjir .Ada seekor anak gajah tertangkap gambarnya memanjat sebuah pokok di Sri Lanka ketika banjir. Bolehkah gajah naik pokok??? Benar benar satu kekuatan dahsyat yang timbul ketika terdesak. Pokok yang dipanjatnya setinggi 18 kaki di tepi sungai Galoya.Entah bagaimana gajah itu boleh memanjatnya. ANEH Tapi NYATA!!

Kalau macamnilah gaya orang buat tahu,tak naklah makan

Posted: 28 Jul 2012 10:15 AM PDT

dahsyat betul pakcik ni buat tahu...sampai bogel..
keluar semua peluh jantan...

[Tanggung sendiri] Pemandu kena tahan guna plat ‘surga’

Posted: 28 Jul 2012 10:00 AM PDT




gambar hiasan

JAKARTA: Polis menahan seorang pemandu kerana menggunakan nombor plat bermaksud 'syurga' dalam bahasa Indonesia.

Penguat kuasa undang-undang Polis Trafik, Johanson Simamora memberitahu Jakarta Globe semalam, Ali Imron ditahan selepas kereta miliknya memaparkan plat yang dieja 'Surga' walaupun dokumen pendaftaran menunjukkan plet nombor S42641. "Plat berkenaan disusun supaya nombor 4 kelihatan seperti U dan nombor 2 kelihatan seperti R," katanya. – Agensi

sumber : mforum2.cari.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS