Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Marsha Kecewa Dengan Bidang Nyanyian

Posted: 28 Apr 2012 10:15 PM PDT

MARSHA MILAN LONDOH PROPAGANZA

Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh berasa kecewa kerana bidang nyanyian yang paling diminatinya itu kurang menyerlahkan bakatnya berbanding karier lakonannya. Menurut Marsha, sejak keluar daripada program realiti yang disertainya iaitu Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), banyak tawaran berlakon yang diterimanya berbanding karier nyanyian.

Seperti kata Marsha:-

"Sebenarnya saya sudah putus asa dan seperti tiada harapan lagi untuk saya meneruskan karier di bidang nyanyian walaupun pada mulanya muzik adalah keutamaan.

"Pada tahun lalu, album pertama saya yang berjudul "Yang Pertama" kurang mendapat sambutan. Dan memandangkan saya sering menerima tawaran berlakon, saya ambil peluang itu sebagai mengisi masa kosong,"

Tambah Marsha yang baru sahaja selesai berlakon filem Dr. K Kahwin Lima terbitan KRU Studios, buat masa ini dia akan meneruskan karier lakonannya dan akan menyanyi berdasarkan tawaran yang diberi oleh penerbit drama atau filem untuk membawakan lagu runut bunyi (OST).

Rasanya anda semua juga sudah tahu, Marsha kini turut menceburi bidang baru sebagai pengacara menerusi program gosip hiburan yang bersiaran secara langsung setiap ahad iaitu Propaganza bersama Reza (AF).

Kata Marsha, dia menganggap "Propaganza" memberikan satu kelainan dan cabaran buatnya di mana dia perlu mengendalikan program itu secara langsung. Dalam pada masa yang sama, dia juga perlu menjaga tingkah laku agar dirinya tidak diperkatakan dalam program tersebut.

"Bayangkan, sudahlah kita kendalikan program itu, tiba-tiba nama kita pula yang menjadi bahan gosip. Oleh itu saya perlu menjaga tingkah laku dan tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh mengundang kontroversi. Ia salah satu cara untuk mengelak untuk tidak digosipkan,"

Sementara itu, Marsha bakal berduet bersama penyanyi DJ Dave untuk beberapa lagu pada konsert Journey Through Song, Ingin Bersama DJ Dave yang akan berlangsung pada Jun depan.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Tayangan Eksklusif BERANI PUNYA BUDAK

Posted: 28 Apr 2012 11:07 PM PDT

Pertama kali tonton filem Berani Punya Budak memang kita akan rasa semacam bila tengok ucapan dialog tak selari atau tak sama dengan gerakan bibir pelakon. Tapi itu yang bestnya. Skrip pula merapu dan kadang-kadang tu mengarut pun ada tapi bagi Budiey, itulah kelainan dari filem BERANI PUNYA BUDAK yang seharusnya wajib menjadi tontonan ramai.

Pada 12 April lalu, Budiey telah menonton filem ini buat pertama kalinya di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada jam 8 malam. Rata-rata semua penonton kata, mereka sangat terhibur.

Gambar Pelakon Berani Punya Budak

Filem arahan Afdlin Shauki ini mengisahkan mengenai Mike B (Pairote) dalam misi menyelamatkan abang iparnya, Tong (Afdlin Shauki) yang telah ditangkap satu kumpulan Mafia.

Dia terpaksa menceroboh sebuah syarikat kad kredit antarabangsa Bank Wealthy dan menawan penolong presiden syarikat itu, Lita (Supaksorn) untuk mendapatkan data maklumat pelanggan. Namun, usahanya sia-sia apabila kumpulan Mafia itu bertindak ingin membunuh Pairote dan Tong setelah mendapat data yang dicuri.

Kalau nak ikutkan filem acuan asal filem BERANI PUNYA BUDAK INI iaitu filem Brave sebenarnya tidaklah kelakar langsung sebab ia lebih serius dan tidak memaparkan sebarang unsur komedi pun. Jadi untuk tidak menjadikan penonton rasa bosan dan jemu, elemen ini disuntik dalam filem BERANI PUNYA BUDAK agar ia selari dengan citarasa orang Malaysia.

Bagaimanapun, setelah perubahan dilakukan dia mengambil keputusan untuk menerbitkannya dalam bentuk aksi komedi.

"Filem ini masih lagi memaparkan banyak aksi terutamanya yang membabitkan pergaduhan, tetapi elemen komedi yang diterapkan menerusi dialognya yang sangat kelakar setelah dialih suara ke bahasa Melayu. Kalau dalam filem Brave semua dialog menggunakan bahasa Thai, untuk filem ini pula 100 peratus menggunakan bahasa Melayu dan itulah kelainan yang cuba ditampilkan dalam filem ini," ujarnya.

Menurut Afdlin, sekiranya Berani Punya Budak meraih sambutan yang sangat baik daripada penonton, dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sekuel filem tersebut.

Jadi, jika anda ingin melihat filem sekual BERANI PUNYA BUDAK, apa kata ajak kawan ramai-ramai datang pawagam. Lagi ramai-lagi bagus.

Berani Punya Budak

Gambar Pelakon Berani Punya Budak

Gambar Pelakon Berani Punya Budak

Gambar Pelakon Berani Punya Budak

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Awie Sebagai John Dalam Filem Berani Punya Budak
  • Filem Berani Punya Budak
  • Budiey Mencari 10 Pembaca ke Tayangan Eksklusif BERANI PUNYA BUDAK
  • Sinopsis Poster Filem Berani Punya Budak
  • Trivia: Belakang Siapa Ini?
  • Video Klip Lagu Jika Engkau Pergi Imran Ajmain
  • Foto Sekitar Jamuan Makan Malam Filem Puaka Tebing Biru
  • Gambar Seksi Fasha Sandha di Pelancaran Majalah Lisa
  • Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza & Datuk Khalid?
  • Gambar Faezah Ilai Masa Budak-Budak
  • Cinta Luar Biasa Eizlan Yusof, Natasha Hudson & Rozita Che Wan

    Posted: 28 Apr 2012 09:29 PM PDT

    13 Episod Cinta Luar Biasa Antara Eizlan Yusof, Natasha Hudson Dan Rozita Che Wan Di TV1

    Lina Rahman, penyanyi terkenal dan mempunyai ramai peminat, dan salah seorang peminat setianya Datuk Sharul Lamin. Mereka mula mesra ketika kereta Lina rosak dan kebetulan Datuk Sharul yang selalu mengunakan jalan itu terserempak dengan Lina dan menolongnya.

    Perhubungan Lina dan Datuk Sharul dapat dihidu oleh wartawan tetapi Lina selalu menafikan kerana bimbang isteri Datuk Sharul mengetahui cerita yang sebenarnya. Namun hakikatnya cinta Datuk Sharul hanya bertepuk sebelah tangan kerana Lina sebenarnya hanya menganggap Datuk Sharul sebagai teman rapatnya.

    Rumah tangga Datuk Sharul mula bergolak dan perkara itu berlaku bukan disebabkan kehadiran Lina sebaliknya Datin Mona yang mula berubah sikap terhadap suaminya. Datuk Sharul cuba menyelamatkan rumahtangganya tetapi tidak berjaya. Akhirnya mereka bercerai dengan talak satu. Setelah bercerai, Datuk Sharul melamar Lina untuk menjadi isterinya tetapi Lina meminta tempoh kerana dia baru saja hendak mengembangkan sayapnya untuk menjadi seorang pelakon setelah berjaya menjadi penyanyi. Datuk Sharul terus mendesak, sehingga hubungan mereka juga mula retak.

    Babak dalam Cinta Luar Biasa 1

    Drama bersiri terbaharu 13 episod bertajuk Cinta Luar Biasa yang dibintangi oleh Natasha Hudson dan Eizlan Yusof sebagai watak utama di samping Zachery F, Zain Saidin, Rozita Che Wan dan Tia Fatihah ini menemui penonton mulai 1 Mei 2012, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi di TV1.

    Konflik berkembang apabila Lina mula menjalinkan hubungan Romzi Zahid, artis lelaki terkenal setelah mereka sama-sama membintangi sebuah filem. Lina jatuh cinta pada Romzi dan begitu juga sebaliknya.

    Cerita itu sampai ke pengetahuan Datuk Sharul yang kemudiannya cuba untuk memutuskan hubungan keduanya. Datuk Sharul menyiasat latar belakang Romzi dan mendapat tahu yang Romzi telah berkahwin tetapi dia merahsiakan perkahwinannya kerana takut peminatnya akan lari apabila tahu dia telah berkahwin. Lina sedih dengan apa yang berlaku dan telah memutuskan hubungannya dengan Romzi. Cubaan Datuk Romzi memujuk Lina masih gagal dan membuatkannya kecewa dan cuba melupakan Lina.

    Datin Mona telah menubuhkan syarikat rakaman dan meminta Lina menjadi penyanyi syarikatnya yang pertama. Lina menerima tawaran daripada Datin Mona dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat. Datuk Sharul pula tidak dapat menganggu Lina lagi kerana bekas isterinya selalu bersama dengan Lina.

    Namun Lina terperanjat apabila Datin Mona memperkenalkan Romzi sebagai kekasihnya. Sebenarnya Romzi hanya inginkan duit Datin Mona. Apabila Lina mengetahui tujuan Romzi, dia menceritakan semuanya namun Datin Mona tidak mempercayai dan menuduh Lina dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas dan mula memusuhi Lina.

    Sejak itu kehidupan Lina mula suram. Tawaran menyanyi dan berlakon mulai berkurangan kerana Datin Mona telah memburuk-burukkan nama Lina kepada semua wartawan malah ramai penerbit takut hendak mengambil Lina untuk mengambil bahagian di dalam pertunjukan pentas dan juga di dalam drama mereka.

    Datuk Sharul bersimpati dengan keadaan hidup Lina lalu cuba membantunya dengan menggunakan orang lain, Zaidi Hussin untuk dipertanggungjawabkan bagi membantu menaikan nama Lina semula. Zaidi telah berusaha dengan sedaya upaya dengan bantuan Datuk Sharul sehinggalah nama Lina kembali terkenal. Segalanya atas usaha Datuk Sharul yang sememangnya mencintai Lina.

    Saksikan kesudahan drama menarik mengisi slot Bidadari hiburan pagi hari anda ini hanya di TV1.

    Babak dalam Cinta Luar Biasa 2

    Babak dalam Cinta Luar Biasa 3

    Cinta Luar Biasa

    Natasha Hudson dan Eizlan Yusof dalam Cinta Luar Biasa

    Tags: , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Natasha Hudson Pakai Rekaan Zery Zamry di ABP2010
  • Movie Date Natasha Hudson Bersama Peminat SEKALI LAGI
  • Trivia: Nur Fatimah & Datin Natasha Hudson
  • Gambar Isteri Eizlan Yusof & Baby Baru
  • AC Mizal & Eizlan Yusof Dapat Gelaran Datuk
  • Carleed featuring Natasha Hudson Jika Ku Boleh Ubah Dunia
  • Gambar Eizlan Yusof & Vie Shanti di Majlis Puteri Aurora Beradu
  • Natasha Hudson Pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri Hamil 4 Bulan
  • Gambar Wedding Natasha Hudson & Mohd Faiz
  • Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari Berkahwin 4 Ogos?
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    ugo de Rana: Minuman dari Katak Mentah untuk Meningkatkan Ghairah Seksual

    Posted: 28 Apr 2012 09:30 PM PDT


    Buat mereka yang suka mencuba makanan atau minuman eksotis dan kebetulan sedang berjalan-jalan di Lima, Peru, jangan lupa singgah ke sebuah restoran yang menjual jus katak ini sebagai salah satu menunya.

    Bagi kita minuman ini mungkin terdengar menjijikkan, tetapi bagi beberapa penduduk setempat, ini merupakan minuman wajib. Mereka meminumnya setiap hari kerana menurut mereka minuman tersebut dapat memberi kekuatan.

    Selama 15 tahun , pemilik restoran, Carmen Gonzales, dan pemilik berbagai kedai jus lainnya telah melayani Jugo de Rana atau jus katak milik Gonzales kepada penduduk tempatan mahupun pelancung yang berani untuk mencubanya.

    Bisnis milik Gonzales ini berjalan lebih baik dari sebelumnya. Dia menjual sekitar 80 minuman dengan bahan asas katak mentah setiap hari. Biasanya para pelanggan meminum minuman tersebut pada ketika sarapan pagi kerana dapat memberi mereka tenaga sepanjang hari.

    Cara membuat jus katak cukup sederhana. Katak yang didatangkan dari Danau Titicaca, Peru bahagian selatan, diambil dari sebuah akuarium kecil, dibunuh dengan cara memukul mereka ke ubin, disiat kulit, dan dimasukkan ke dalam blender bersama 20 jenis bahan lainnya, termasuk kaldu dari kacang putih, madu, lidah buaya mentah, malt, maca (akar Andes yang boleh meningkatkan stamina dan ghairah seksual), dan terkadang ditambahkan wine.Kerana khasiatnya, minuman ini juga biasa disebut sebagai "Peruvian Viagra".-idbite.com

    Sumber: Oddity Central



    Adegan pasangan bergaduh depan 7-eleven

    Posted: 28 Apr 2012 09:15 PM PDT





    sumber : stomp.com.sg

    STOMPer kai kai was waiting for his bus at Geylang when he suddenly heard shouts. It turns out a couple was fighting -- a woman was struggling to hit a man while he pinned her down on the ground.

    The STOMPer tells us more about the incident (June 1):

    "I was waiting for the bus at Geylang Lorong 16 last night, around 9 or 10pm and all of a sudden I heard shouts.

    "So I went over to take a look and I saw a couple shouting and fighting.

    "This was near the 7-Eleven store.

    "The woman was punching and kicking the man aggressively yet the men was stopping her. 

    "The couple also knocked down a rubbish bin during the fight.

    "I'm not sure who pushed it down, but it happened while they were pushing each other.

    "There were quite a few bystanders watching, but they didn't do anything to stop the couple.

    "I think the couple fought for about one minute.

    "The man was trying to stop the woman by pinning her to the ground, but she kept trying to attack him.

    "The man did not seem to attack the woman.

    "I do not know what they were shouting about."

    Polis Cantik Ber-Roller-Blade siap Menangkap Penyeluk Saku

    Posted: 28 Apr 2012 09:00 PM PDT


    Satu pasuakan sukarelawan polis wanita ber-roller-blading kini disiagakan di tiap sudut keramaian. Mereka - bukan polisi tapi dipembantu polis - mempunyai tugas khusus: melakukan pengejaran terhadap pelaku kejahatan jalanan.


    Di pusat perbelanjaan mewah Tianfu Square di Chengdu, misalnya, lapan petugas patroli bersepatu roda meronda. Di kawasan ini, belakangan banyak kejadian pencopet dan pemabuk yang memangsa pelancung.

    Mereka akan berputar di lokasi yang mereka awasi dengan sepatu rodanya.Selesai bertugas, mereka kembali mengenakan kasut tinggi.

    Salah seorang dari mereka,Fengyu Chen, menyatakan suka menonton polis wanita dalam serial TV Hong Kong. "Jadi ketika saya melihat iklan untuk polis berkasut roda, aku mencubanya. Ini sangat hebat."
    Salah satu penggagasnya, Song Bin mengaku puas dengan kerja polis wanita berkasut roda ini. "Sangat efisien, efektif dan lebih ramah lingkungan dibandingkan meronda dengan kereta peronda," katanya.

    Facedrink minuman yang terinspirasi daripada Facebook

    Posted: 28 Apr 2012 08:45 PM PDT


    London – Merasa lelah memandangi Facebook di komputer?

    Mengapa tak mencuba meminumnya? Kini ada minuman 'rasa persahabatan'.
    Seperti apa?



    Minuman bernama 'Facedrink' dilancarkan dengan janji memberi Anda 'rasa persahabatan' dan tambahan 'energi sosial'. Minuman 75ml ini nampaknya dirancang sedemikian rupa agar menyerupai jejaring sosial itu, bahkan terdapat kalimat 'Add as friend'.



    Minuman 'energi dengan rasa buah tropikal' ini khabarnya mampu meningkatkan fokus mental. Menurut situs pembuat minuman ini, Facedrink LLC, minuman ini hanya memiliki tiga kalori dan tak menggunakan gula melainkan taurine seperti dikutip DM.



    "Facedrink merupakan suplemen energi revolusioner dengan rasa unik dan memberi energi untuk mengatur semua kegiatan dalam hidup Anda," tulis Amazon.com di situsnya.
    Minuman ini dijual seharga US$18  dan saat ini baru ada di situs tersebut.




    Selain skema warna biru dan putih yang sudah menjadi ciri khas Facebook, produk tersebut terkesan tidak terlalu Facebook-ish. Tapi tampaknya saat ini marketing boleh menjual apa saja, meski mungkin tidak akan terlalu lama, sampai Facebook mengetahui dan mengajukan gugatan hukum untuk menghilangkan produk tersebut dari peredaran.

    Pemandu Lori Tak Sedar Kehilangan Roda Depan

    Posted: 28 Apr 2012 08:30 PM PDT

    PRAHA - Entah tengah serius memandu atau dalam keadaan mengantuk, seorang pemandu lori tidak sedar lori yang dikendarainya kehilangan satu roda depannya. Hal itu pun membuatnya diberhentikan oleh seorang polis.

    Ales Stastna, mengaku terlalu lelah saat dirinya tidak menyedari salah satu roda depan hilang. Tentunya hal ini amat membahayakan dirinya sendiri, saat menyusuri jalan di Republik Chezko.

    "Sumpah, saya melihat sendiri roda itu ketika saya berangkat," ujar Stasna kepada polis, seperti dikutipOrange, Sabtu (28/4/2012).

    Beruntung pemandu berusia 38 tahun tersebut tidak mengalami kemalangan ketika memandu lori itu. "Dia beruntung tidak membunuh dirinya sendiri, ataupun menyebabkan kemalangan serius," tutur juru cakap Polis Gabriel Holcakova.

    Akibat kelalainnya, Stastna diberikan saman. Sementara lorinya disita oleh polis, mengingat dirinya sudah pernah disaman sebanyak tiga sebelumnya.
    (faj)

    Mati kebuluran akibat diet rohani

    Posted: 28 Apr 2012 08:15 PM PDT


    GENEVA - Akhbar Switzerland, Tages-Anzeiger, kelmarin melaporkan seorang wanita di Wolfhalden mati kebuluran gara-gara mengamalkan diet rohani( tidak makan atau minum dan hanya mendapat bekalan nutrien daripada cahaya matahari) pada tahun lalu.
     
    Wanita malang berumur dalam lingkungan 50-an itu dipercayai terpengaruh dengan dokumentari dari Austria memaparkan gaya hidup seorang sami India yang mengamalkan diet rohani tersebut selama 70 tahun.
     
    Akhbar tersebut juga mendedahkan beberapa kes sama melibatkan beberapa individu turut dilaporkan di Jerman, Britain dan Australia.

    sumber : sinar harian

    Lelaki 20 isteri tinggal 658 waris

    Posted: 28 Apr 2012 08:00 PM PDT

    KAMPALA - Seorang lelaki di Uganda meninggal dunia pada umur 103, November lalu, sememangnya bertuah kerana dikurniakan 158 anak serta kira-kira 500 cucu.

    Veteran Perang Dunia Kedua, Jack Kigongo dari kampung Kateera di daerah Kiboga didakwa mempunyai anak seramai itu, hasil perkahwinannya bersama 20 isteri.

    Menurut salah seorang anaknya, Patrick Bulira Kigongo, keluarga mereka kini berhadapan masalah kesempitan hidup selepas bapanya meninggal dunia.

    "Adik-beradik saya terpaksa menjual buah-buahan di kampung. Kami masih tinggal di dua rumah agam usang tinggalan bapa yang dibahagikan mengikut ibu masing-masing," menurutnya lagi.

    Pada 1997, kisah Kigongo yang pada ketika itu berumur 80 tahun dan baru berkahwin dengan isteri termuda berumur 18 tahun pernah dipaparkan di media tempatan.

    Difahamkan, anak sulung Kigongo berumur 60 tahun, manakala, bongsu berumur 15 tahun.



    sumber : sinar harian

    Air 'sirap' telaga Pasir Puteh berbahaya

    Posted: 28 Apr 2012 07:45 PM PDT


    KOTA BHARU - Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan semalam mengingatkan orang ramai supaya jangan meminum air daripada sebuah telaga di Kampung Pintu Gerbang, Pasir Puteh kerana dipercayai mengandungi kandungan besi yang berlebihan dan boleh mendatangkan komplikasi buah pinggang.
    Timbalan Pengarahnya, Abd. Rashid Ahmad berkata, fenomena air bertukar merah itu bukan peristiwa aneh khususnya di negeri ini memandangkan bentuk buminya mempunyai banyak kandungan mineral termasuk besi.
    Menurutnya, mengikut Standard Kualiti Air Minuman 2009 Kementerian Kesihatan, kadar kandungan besi dalam air yang selamat diminum hanya 0.3 miligram seliter.

    sumber : kosmo online

    Surat ketua kumpulan muzik atas kapal Titanic dilelong

    Posted: 28 Apr 2012 07:30 PM PDT


    LITTLETON, Colorado, Amerika Syarikat (AS) - Sekeping surat yang ditulis oleh seorang ketua kumpulan muzik dari Britain di atas kapal Titanic kepada ibu bapanya di England lima hari sebelum kapal itu tenggelam dijual pada harga mencecah AS$155,000 (RM471,432) dalam satu bidaan dalam talian kelmarin.
    Sebuah syarikat pelaburan AS membeli surat yang ditulis oleh Wallace Hartley, 33. Hartley dikatakan bermain muzik untuk menenangkan para penumpang ketika kapal itu mulai tenggelam.
    "Surat ini adalah sebahagian kecil daripada tragedi Titanic," kata eksekutif firma lelongan RR Auction yang berpangkalan di New Hampshire, England, Bobby Livingston.
    Hartley menghantar surat itu pada 11 April 1912 ketika Titanic berlabuh di Queenstown, Ireland. Titanic karam pada pagi 15 April dalam pelayaran sulungnya yang mengorbankan 1,517 nyawa.
    "Kami ada kumpulan muzik yang bagus. Kapal ini cantik dan kami dapat banyak duit selepas membuat persembahan di sini," tulis Hartley di atas sekeping kertas dengan kepala surat bertulis "On board R.M.S. Titanic."
    Menurut Livingston, duit tip adalah sumber pendapatan utama Hartley dan pemuzik lain di atas Titanic. Banyak mata wang ditemui di dalam poket Hartley ketika mayatnya ditemui terapung di lautan Atlantik dua minggu selepas tragedi itu berlaku. - Reuters
    sumber : kosmo online

    Pembunuh ibu, anak bakal didakwa hari ini

    Posted: 28 Apr 2012 07:15 PM PDT


    LAS VEGAS: Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam serangan ganas menyebabkan seorang wanita dan anak perempuannya mati, manakala suami mangsa kritikal.
    Menurut polis, Bryan Clay, 22, ditangkap atas kesalahan mendera kanak-kanak dan dijangka didakwa secara rasmi atas tuduhan membunuh hari ini.

    Clay dituduh membunuh Ignacia Martinez, 38, dan anaknya, Karla Martinez, 10.


    Pembunuhan itu diketahui polis pada 16 April lalu apabila anak lelaki Ignacia yang berusia sembilan tahun bercerita mengenai kematian ibunya di sekolah.

    Suami Ignacia, Arturo Martinez, 39, masih dirawat di hospital sehingga kini.


    Polis percaya, Clay turut terbabit dalam serangan seksual ke atas seorang wanita berusia 50 tahun pada 15 April lalu. - AP



    SUMBER : MYmetro

    Rihanna ‘meratap’ dalam lagu

    Posted: 28 Apr 2012 07:00 PM PDT


    LOS ANGELES: Penyanyi seksi, Rihanna, berkata sebahagian daripada lagunya bersifat lucah apabila dia tidak mendapat kepuasan seks.
    Menurut penyanyi berusia 24 tahun itu, dia memang mengalami masalah mendapatkan kepuasan di ranjang.

    Justeru, kata Rihanna, dia mengalihkan rasa tidak puas itu dengan menyanyikan lagu lucah untuk dikongsi bersama peminatnya.


    Katanya, dia menganggap dirinya sebagai "kekasih yang tidak takut apa-apa" dan sifat itu antara lain dapat dilihat pada karya seninya.

    "Album terbaru saya, Talk That Talk, adalah lagu yang jujur bercerita mengenai apa yang ada dalam fikiran.


    "Malah, semua album terdahulu saya dihasilkan begitu," katanya.



    Dilahirkan di Barbados, Rihanna pernah menjalin hubungan cinta dengan ramai selebriti, termasuk Chris Brown, Jay Z, Ne-Yo, Eminem, Kanye West dan Drake.

    Kekasih terkininya ialah petinju Britain, Dudley O'Shaughnessy, 22, yang muncul dalam klip video We Found Love.


    Ketika berpacaran dengan Brown, Rihanna pernah menarik perhatian ramai apabila menjadi mangsa serangan fizikal artis terbabit.

    Rihanna dianggap antara penyanyi paling berani dalam persembahan dan pada tahun lalu, lagunya, Red Lipstick, menarik perhatian kerana liriknya yang lucah.


    Kata Rihanna, dia mempunyai banyak fikiran nakal tetapi sering kecewa untuk menjadikannya kenyataan.


    "Akhirnya kekecewaan itu dilahirkan dalam muzik," katanya.


    Rihanna berkata, biasanya seseorang hanya memberi perhatian untuk menggembirakan pasangan masing-masing sehingga melupakan hak diri sendrii.


    "Saya fikir, kualiti terbaik yang ada pada saya adalah sifat spontan, berani mengambil risiko dan tak tahu takut.


    "Ia memberi anda kekuatan apabila bersikap begitu.


    "Bagi saya, seks adalah kuasa," katanya. - TS



    SUMBER : MYMETRO

    Rancang dapat anak cantik

    Posted: 28 Apr 2012 06:45 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Perancangan dalam kehamilan dapat membantu ibu bapa mendapatkan bayi sihat, sekali gus boleh membesar sebagai anak cantik.
    Pakar Perunding Kanak-Kanak dan Pakar Genetik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Prof Dr Zilfalil Alwi berkata, perancangan kehamilan bermakna wanita tahu bila mereka akan hamil dan membantu mereka lebih bersedia untuk menjaga kandungan.

    "Dalam kehamilan, tempoh tiga bulan pertama adalah kritikal kerana waktu itu berlaku pembentukan mata, anggota badan dan jantung bayi. Jika kandungan tidak dirancang, ada wanita tidak tahu mereka hamil walaupun kandungan mencecah dua bulan.


    "Dalam tempoh itu, wanita yang tidak menyedari mereka hamil mungkin tidak menjaga kandungan, terutama membabitkan pemakanan dan kawasan persekitaran yang boleh menjejaskan pembentukan bayi. Lebih teruk jika wanita itu perokok dan mengambil alkohol," katanya ketika dihubungi.

    Dr Zilfalil berkata, faktor genetik turut memainkan peranan kerana wujud gen tertentu yang boleh menentukan pembentukan bayi, termasuk wajahnya. "Setiap manusia memiliki kira-kira 25,000 gen dan beberapa ribu daripadanya terbabit dalam pembentukan bentuk badan. Gen juga ditentukan faktor ibu dan bapa atau keturunan.


    "Jika bayi dilahirkan tidak normal, mungkin ia berpunca daripada ibu atau bapa sebagai pembawa dan kita tidak boleh mengawalnya," katanya.



    Beliau berkata, kejadian bayi dilahirkan tidak sempurna seperti lelangit sumbing atau berpenyakit kemungkinan berpunca daripada gen tidak normal dibawa ibu bapa.

    Menurutnya, pembentukan setiap bayi itu diwarisi, jika ibu bapa berhidung penyek, bermata sepet atau berkulit gelap, ia akan turun kepada anak mereka.


    "Maksud cantik itu juga subjektif. Sesetengah orang mungkin melihat bangsa dari benua Afrika yang berkulit hitam, bibir tebal dan berambut kerinting halus tidak cantik, tetapi di kalangan mereka ia tetap cantik," katanya.


    sumber : myMetro

    Tak guna kalau tiada iman

    Posted: 28 Apr 2012 06:30 PM PDT


    KUALA LUMPUR: "Semua orang suka kecantikan dan mahukan anak cantik. Namun, apa gunanya berwajah cantik dan tampan tapi melawan ibu bapa. Jadi kecantikan dalaman sebenarnya lebih penting," kata perunding motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh.
    Mohd Zawawi berkata, manusia boleh berusaha bagi mendapatkan keturunan cantik, namun ia ditentukan Allah.

    Katanya, pembentukan muka, anggota badan dan pembesaran ditentukan Allah.


    Beliau berkata, antara usaha yang boleh dilakukan ialah ibu mengandung digalakkan membaca surah Yusuf untuk mendapatkan anak cantik, surah Luqman bagi anak bijak dan surah Maryam untuk mendapatkan anak soleh.

    Ini termasuk menjaga pemakanan dan kandungan supaya anak yang bakal dilahirkan sihat.


    "Jika mahukan keturunan cantik, mungkin boleh memilih pasangan cantik seperti orang kulit putih yang berhidung mancung, berambut perang dan berbibir nipis.



    "Namun, kecantikan itu tidak ada gunanya jika ia tidak seiring dengan sikap kita, lebih-lebih lagi jika langsung tidak beriman kepada Allah.

    "Ambil contoh sahabat Rasulullah SAW iaitu Bilal bin Rabah. Bilal adalah hamba daripada bangsa kulit hitam dan kerap diejek kerana keadaan itu," katanya.


    "Namun Bilal antara individu terawal memeluk Islam dan diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran hingga dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah SAW," katanya.


    sumber : myMetro

    Jumpa selepas 30 tahun

    Posted: 28 Apr 2012 06:15 PM PDT


    KUALA TERENGGANU: "Yang lepas tu, biarlah berlalu... perasaan saya kini bercampur-baur antara sedih dan gembira apabila bertemu semula dengan bapa selepas hampir 30 tahun berpisah," kata Abd Wahab Omar, 49, yang menemui bapanya, Omar Muhammad, 82, di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, awal pagi semalam.
    Abd Wahab berkata, sejak ibu bapanya bercerai ketika dia berusia enam tahun, mereka sekeluarga tidak pernah bertemu kerana ibu dan bapanya masing-masing berkahwin lain.

    Dia yang dilahirkan di Segamat, Johor dan dibesarkan di Tawau, Sabah sebelum menetap di Puncak Alam, Kuala Selangor berkata, perpisahan keluarga yang memeritkan terjadi ketika dia dan seorang adiknya yang sudah meninggal dunia, masih kecil serta memerlukan tempat bergantung.


    Katanya, sukar untuk dia menceritakan perselisihan faham yang berlaku sehingga menyebabkan keluarganya berpisah dan tidak menyangka rutin hariannya membaca Harian Metro kelmarin membawa khabar gembira apabila melihat wajah seorang lelaki yang hidup merempat di hentian bas mirip bapanya.

    "Sebaik membaca berita disiarkan, terdetik di hati, lelaki itu bapa saya dan terus menelefon pejabat Harian Metro untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum mengenal pasti dia ayah saya selepas bercakap dengannya menerusi telefon.


    "Tanpa berlengah, saya terus menaiki kereta bersama dua anak ke Kuala Terengganu untuk bertemu bapa dan tidak menyangka pertemuan ini berlaku pada awal pagi selepas azan Subuh, menjadikan lidah saya kelu untuk berkata-kata ketika memeluk bapa sehingga menitiskan air mata," katanya yang bekerja sebagai pemandu bas.



    Menurut bapa kepada enam anak itu, dia berterima kasih kepada Harian Metro kerana membantu mempertemukan semula bapanya yang terputus hubungan sejak 30 tahun lalu.

    Katanya, dalam tempoh itu dia pernah mencuba mencari bapanya tetapi tiada maklumat sama ada masih hidup atau mati kerana sering berpindah, menyebabkan usaha mereka terbantut.


    "Selepas bapa bercerai dengan ibu, saya dibesarkan bapa tiri dan hanya bertemu dengannya ketika melawat bapa di Kampung Gong Pak Jin, Mengabang Telipot ketika berusia 19 tahun.

    "Bagaimanapun, bapa tidak terus menetap di situ serta merantau semula ke beberapa negeri dan sejak itu kami terputus hubungan serta tidak pernah berjumpa lagi," katanya sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai hadiah awal sempena ulang tahun ke-10 anak bongsunya, Mohd Ashraf esok.


    Sementara itu, Omar yang kelihatan ceria ketika bergurau dengan dua cucunya, Asrul Safuan, 23, dan Mohd Ashraf berkata, dia terharu apabila mendengar cucunya memanggil dia 'atuk'.


    Menurutnya, dia tidak menduga hidupnya yang terpaksa mengemis untuk mengisi perut sejak empat bulan lalu itu kini berubah selepas anak sulungnya menawarkan untuk tinggal bersama.


    "Lidah saya kelu dan sukar meluahkan perasaan terharu apabila melihat Abd Wahab sudah besar dan membawa anaknya untuk menjemput saya ke rumah mereka," katanya sambil mengesat air mata dan saling bermaafan antara mereka berdua.


    Kelmarin, Harian Metro melaporkan kisah penderitaan seorang warga emas yang terpaksa mengemis dan mengumpul kotak untuk mengisi perut serta menjadikan hentian bas sebagai tempat kediamannya.


    Lebih malang, Omar berkata, rumahnya terpaksa dirobohkan akhir tahun lalu kerana didirikan atas tanah milik orang lain, menyebabkan dia hilang tempat berlindung.


    Dia yang pernah bekerja sebagai nelayan mendakwa hanya membawa sehelai selimut, tikar, tuala, sejadah dan beberapa helai pakaian ke hentian bas berkenaan selepas keluar dari rumahnya, empat bulan lalu.


    Menurutnya, segala makan minumnya setiap hari adalah daripada belas ihsan orang ramai yang simpati dengan nasibnya.



    sumber : myMetro

    Mak lawa,anak cun

    Posted: 28 Apr 2012 06:00 PM PDT


    BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.
    Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.
    Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.

    Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.



    Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.


    "Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya," katanya kepada Metro Ahad.



    sumber : myMetro

    Tersepit pembajak

    Posted: 28 Apr 2012 05:45 PM PDT


    ALOR SETAR: Seorang lelaki terbunuh apabila tersepit antara jentera pembajak kecil dengan lantai kayu rumah selepas mesin itu terjungkit secara tiba-tiba ketika cuba dikeluarkan dari ruang bawah rumah neneknya, kelmarin.
    Difahamkan, kejadian berlaku jam 4.20 petang di Simpang Empat Kangkung, di sini, ketika Mohd Hishammudin Yusoff, 22, mahu mengeluarkan mesin itu bagi menggantikan minyak hitam untuk kerja-kerja membajak sawah.

    Bapa mangsa, Yusoff Ayob, 59, berkata, dia yang berada berhampiran terkejut apabila mendapati jentera itu terjungkit menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk terangkat lalu tersepit antara lantai kayu dan jentera itu.


    Menurutnya, dia mendapati dada anaknya dihimpit besi jentera dan belakangnya tersepit pada kayu lantai lalu cuba menurunkan jentera itu, tetapi gagal kerana berat.

    "Saya bergegas meminta bantuan jiran dan jentera hanya berjaya diturunkan tidak lama kemudian dan arwah tidak sedarkan diri.


    "Arwah sebenarnya mahu keluar berniaga di pasar malam berhampiran, tetapi dia tetap mahu membantu mengeluarkan jentera pembajak berkenaan kerana ingin membantu saya," katanya.



    sumber : myMetro

    Mitos tua-tua keladi rupanya benar

    Posted: 28 Apr 2012 05:30 PM PDT

    Tua-tua keladi semakin tua semakin menjadi..
    mitos ini rupanya benar.......





    fuuhhh..dahsyat atuk-atuk ni....

    Mangsa simbah asid kini jadi model menawan

    Posted: 28 Apr 2012 05:15 PM PDT

    Seorang model dan hos televisyen, Katie Piper berusia 27 tahun yang mengalami kecacatan muka akibat disimbah asid kini tampil menawan dalam sesi fotografi majalah Reveal.


    Sebelum ini, dia dirogol, dipukul dan ditikam beberapa kali di lengannya oleh bekas kekasihnya yang cemburu, Daniel Lynch pada Mac 2008.


    Dia kemudian menjalani lebih 40 pembedahan dan memakai topeng 23 jam sehari untuk mengurangkan parut di wajahnya.


    "Ia merupakan satu perasaan yang mengagumkan untuk menjadi model dan saya mempunyai perasaan seperti seorang gadis yang normal semula.


    "Saya sepatutnya menjadi seorang mangsa serangan asid tetapi akhirnya saya menjadi diri saya yang sebenar," kata Piper.


    Menurutnya, dia berharap wanita lain yang wajah mereka mengalami kecacatan akan melihat wajahnya supaya mereka berasa yakin pada diri sendiri.


    Piper yang telah menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu wanita lain yang menjadi mangsa melecur dan kecacatan wajah berkata, dia kini berasa gembira dengan kehidupannya.-

    Hebat..nyanyian seorang kakak selamatkan adiknya

    Posted: 28 Apr 2012 05:00 PM PDT

    Kisah nyata ini terjadi di sebuah Hospital di Tennessee , USA Seorang ibu muda, Karen namanya sedang mengandung bayinya yang ke dua. Sebagaimana layaknya para ibu, Karen membantu Michael anaknya pertama yang baru berusia 3 tahun bagi kehadiran adik bayinya. Michael senang sekali akan punya adik. Kerap kali ia meletakkan telinganya diperut ibunya. Dan kerana Michael suka bernyanyi, ia pun sering menyanyi bagi adiknya yang masih diperut ibunya itu. Nampaknya Michael amat sayang sama adiknya yang belum lahir itu. Tiba saatnya bagi Karen untuk melahirkan. Tapi sungguh diluar dugaan, terjadi komplikasi serius. Baru setelah perjuangan berjam-jam adik Michael dilahirkan. Seorang bayi puteri yang cantik, sayang keadaannya begitu buruk sehingga doktor yang merawat dengan sedih berterus terang kepada Karen; bersiaplah jika sesuatu yang tidak kita inginkan terjadi. Karen dan suaminya berusaha menerima keadaan dengan sabar dan hanya boleh pasrah kepada yang Kuasa. Mereka bahkan sudah menyiapkan acara penguburan buat puterinya sewaktu-waktu dipanggil Tuhan. Lain halnya dengan kakaknya Michael, sejak adiknya dirawat di ICU ia merengek terus! Mami, … aku mahu nyanyi buat adik kecil! Ibunya kurang tanggap. Mami, … aku ingin nyanyi! Karen terlalu larut dalam kesedihan dan kekhuatirannya. Mami, … aku nak nyanyi! Ini berulang kali diminta Michael bahkan sambil meraung menangis. Karen tetap menganggap rengekan Michael rengekan anak kecil. Lagi pula ICU adalah daerah terlarang bagi anak-anak. Baru ketika harapan menipis, sang ibu mahu mendengarkan Michael. Baik, setidaknya biar Michael melihat adiknya untuk yang terakhir kalinya. Mumpung adiknya masih hidup! Ia ditahan oleh jururawat didepan pintu bilik ICU. Anak kecil dilarang masuk!. Karen ragu-ragu. Tapi, jururawat tetap juga melarang, ini peraturan! Anak kecil dilarang dibawa masuk! Karen menatap tajam jururawat itu, lalu katanya: Cik, sebelum menyanyi buat adiknya, Michael tidak akan kubawa pergi! Mungkin ini yang terakhir kalinya bagi Michael melihat adiknya! Jururawat terdiam menatap Michael dan berkata, tapi tidak boleh lebih dari lima minit!. Demikianlah kemudian Michael dibungkus dengan pakaian khusus lalu dibawa masuk ke ruang ICU. Ia didekatkan pada adiknya yang sedang tergolek dalam keadaan maut. Michael menatap lekat adiknya … lalu dari mulutnya yang kecil mungil keluarlah suara nyanyian yang nyaring "… You are my sunshine, my only sunshine, you make me happy when skies are grey …" Ajaib! si Adik langsung memberi respon. Seolah ia sedar akan sapaan sayang dari kakaknya. You never know, dear, How much I love you. Please don't take my sunshine away. Denyut nadinya menjadi lebih teratur. Karen dengan terharu melihat dan menatapnya dengan tajam dan terus, … terus Michael! teruskan sayang! … bisik ibunya … The other night, dear, as I laid sleeping, I dream, I held you in my hands … dan sang adikpun meregang, seolah menghela napas panjang. Pernafasannya lalu menjadi teratur … I'll always love you and make you happy, if you will only stay the same … Sang adik kelihatan begitu tenang … sangat tenang. Lagi sayang! pujuk ibunya sambil mencucurkan air matanya. Michael terus bernyanyi dan … adiknya kelihatan semakin tenang, relax dan damai … lalu tertidur lelap. Jururawat yang tadinya melarang untuk masuk, kini ikut terisak-isak menyaksikan apa yang telah terjadi atas diri adik Michael dan kejadian yang baru saja ia saksikan sendiri. Hari berikutnya, satu hari kemudian si adik bayi sudah diperbolehkan pulang. Para tenaga medik tak habis fikir atas kejadian yang menimpa pesakit yang satu ini. Mereka hanya boleh menyebutnya sebagai sebuah therapy ajaib, dan Karen juga suaminya melihatnya sebagai Mujizat Kasih Ilahi yang luar biasa, sungguh amat luar biasa! tak bisa mengungkapkan dengan kata-kata. Bagi sang adik, kehadiran Michael berarti soal hidup dan mati. Benar bahwa memang Kasih Ilahi yang menolongnya. Dan ingat Kasih Ilahi pun membutuhkan mulut kecil si Michael untuk mengatakan "How much I love you".
    Dan ternyata Kasih Tuhan memerlukan pula hati tulus seorang anak kecil "Michael" untuk memberi kehidupan. Itulah kehendak Tuhan, tidak ada yang mustahil bagiNYA bila IA menghendaki terjadi.
    Kadang hal-hal yang menentukan, dalam diri orang lain … Datang dari seseorang yang kita anggap lemah … Hadir dari seseorang yang kita tidak pernah fikirkan …
    sumber

    Parah..Kerana Keasyikan Bermain, Kepala Lelaki ini Tersangkut di Toilet

    Posted: 28 Apr 2012 04:45 PM PDT


    Freaky News- Seorang lelaki 26 tahun dari Britain harus menanggung malu saat pemadam kebakaran harus mengunjungi dirinya setelah kejadian aneh menimpanya Khamis lalu.

    Entah apa yang telah diperbuat oleh lelaki ini sehingga kepalanya tersangkut kedalam toilet, menurut informasi lelaki ini bersama dengan teman-temanya memainkan sebuah permainan aneh yang mengharuskan pemain memuat sebuah objek diatas kepala, dan kemungkinan besar lelaki ini memilih objek yang salah iaitu lubang toilet.

    Pemadam kebakaran harus memerlukan sekitar 2 jam untuk melepaskan kepala sang korban dari toilet dengan memotong toilet tersebut.
    Sebagai kenang-kenangan lelaki tersebut membawa potongan toilet tersebut untuk dia simpan dirumahnya.(rm)

    Inilah Mulut Tiruan yang Boleh Bercakap

    Posted: 28 Apr 2012 04:30 PM PDT


    INILAH.COM. Jepun – Mulut ini bukan betul. Tapi boleh bercakap seperti mulut manusia.

    Profesor Sawada dari Universiti Kawaga, Jepun menciptakan robot mulut yang boleh bercakap. Ia mempertunjukan hasil karyanya itu pada pameran Robotech 2011, baru-baru ini.

    Robot buatannya tidak hanya menghasilkan suara yang diputar dari hasil rakaman, melainkan juga menciptakan gerak mulut yang alami, seperti mulut manusia.

    Robot ini boleh melakukan gerak mulut berdasarkan suaranya, kerana dibuat dari organ tiruan yang dibangun di dalamnya. Organ tiruan itu antara lain paru-paru, tenggorokan, serta sistem pita suara tiruan.

    Saat ini, robot ciptaannya baru berbentuk mulut saja, jadi agak menyeramkan. Menurut ubergizmo, hasil akhir robot ini adalah figure wajah . Mungkin akan bagus jika robot mulut ini dipadukan dengan robot Showa Hanako 2.

    Kesian..pemuda termasuk ke lubang saluran kerana penutupnya dicuri

    Posted: 28 Apr 2012 04:15 PM PDT


    Terjadi kejadian aneh di China, sebuah motor sedang laju mengalami kecelakan yang unik,motor tersebut masuk ke lubang Saluran!! ternyata lubang menuju saluran bawah tanah itu kehilangan penutup yang dibuat dari besi kerana dicuri...


    Penunggang motor bernama Zhang Bo tidak melihat kalau tutup lubang tersebut tidak ada, ketika dia menyedarinya itu semua sudah terlambat..

    Zhang dibawa kehospital setelah menderita patah rahang dan retak akibat kejadian itu

    Motor tersebut terlihat "terperosok" , sadis namun lucu.. walaupun zhang terluka parah namun warga sekitar prihatin sekaligus geli melihat kemalangan yang unik itu

    Polis setempat menyatakan bahawa tutup lubang saluran itu dicuri untuk dijual ke tempat pengumpulan besi buruk.

    Pelik...Ini Dia Terapi Kereta Api Berbahaya

    Posted: 28 Apr 2012 04:00 PM PDT




    Meskipun mungkin terlihat seperti mereka memprotes sesuatu atau aksi bunuh diri beramai-ramai yang mengerikan tetapi sebenarnya orang-orang Rawa Buaya benar-benar mencari untuk menyembuhkan penyakit mereka dengan meletakkan di atas rel kereta api.

    Di negara-negara Barat, kebanyakan orang berfikir tingkat tinggi menyebabkan kanser energi elektrik, tetapi untuk penduduk Rawa Buaya, di Indonesia itu Jawa Barat,elektrik adalah ubat utama. Dari anak-anak untuk orang-orang tua, mereka semua berbaring di rel kereta api yang melewati pemukiman mereka, berharap energi elektrik dari mereka akan menyembuhkan penyakit masing-masing.

    Jangan kau ikut apa aku buat boleh?

    Posted: 28 Apr 2012 11:00 AM PDT

    PADAH TAK IKUT CAKAP TUAN..
    jangan ikut apa dia buat..






    [Gila] Seluar jeans tidak dicuci 15 Bulan dipakai untuk kuliah setiap hari

    Posted: 28 Apr 2012 10:30 AM PDT

    Josh Le, seorang mahasiswa di University of Alberta, menggunakan seluar jeans ketat dari bulan September 2009 sampai Desember 2010, tanpa mencucinya sama sekali, hanya untuk melihat seberapa banyak bakteria yang boleh hidup di seluar jeans itu.



    Sebagaimana dikutip dari odditycentral.com, bahawa seluar itu terbuat dari seluar jeans yang tidak menggunakan bahan kimia apapun, sehingga Le fpikir ini akan membuat sarang yang "nyaman" bagi bakteria selama 15 bulan. Dia menyatakan dia mengenakan seluar jeans hampir setiap hari. Dan yang cukup menakjubkan, celana jeans itu katanya tetap nampak tetap bersih dan mempesona. Wah..

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS