Adsense

Sabtu, 28 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Tayangan Eksklusif BERANI PUNYA BUDAK

Posted: 28 Apr 2012 11:07 PM PDT

Pertama kali tonton filem Berani Punya Budak memang kita akan rasa semacam bila tengok ucapan dialog tak selari atau tak sama dengan gerakan bibir pelakon. Tapi itu yang bestnya. Skrip pula merapu dan kadang-kadang tu mengarut pun ada tapi bagi Budiey, itulah kelainan dari filem BERANI PUNYA BUDAK yang seharusnya wajib menjadi tontonan ramai.

Pada 12 April lalu, Budiey telah menonton filem ini buat pertama kalinya di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada jam 8 malam. Rata-rata semua penonton kata, mereka sangat terhibur.

Gambar Pelakon Berani Punya Budak

Filem arahan Afdlin Shauki ini mengisahkan mengenai Mike B (Pairote) dalam misi menyelamatkan abang iparnya, Tong (Afdlin Shauki) yang telah ditangkap satu kumpulan Mafia.

Dia terpaksa menceroboh sebuah syarikat kad kredit antarabangsa Bank Wealthy dan menawan penolong presiden syarikat itu, Lita (Supaksorn) untuk mendapatkan data maklumat pelanggan. Namun, usahanya sia-sia apabila kumpulan Mafia itu bertindak ingin membunuh Pairote dan Tong setelah mendapat data yang dicuri.

Kalau nak ikutkan filem acuan asal filem BERANI PUNYA BUDAK INI iaitu filem Brave sebenarnya tidaklah kelakar langsung sebab ia lebih serius dan tidak memaparkan sebarang unsur komedi pun. Jadi untuk tidak menjadikan penonton rasa bosan dan jemu, elemen ini disuntik dalam filem BERANI PUNYA BUDAK agar ia selari dengan citarasa orang Malaysia.

Bagaimanapun, setelah perubahan dilakukan dia mengambil keputusan untuk menerbitkannya dalam bentuk aksi komedi.

"Filem ini masih lagi memaparkan banyak aksi terutamanya yang membabitkan pergaduhan, tetapi elemen komedi yang diterapkan menerusi dialognya yang sangat kelakar setelah dialih suara ke bahasa Melayu. Kalau dalam filem Brave semua dialog menggunakan bahasa Thai, untuk filem ini pula 100 peratus menggunakan bahasa Melayu dan itulah kelainan yang cuba ditampilkan dalam filem ini," ujarnya.

Menurut Afdlin, sekiranya Berani Punya Budak meraih sambutan yang sangat baik daripada penonton, dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sekuel filem tersebut.

Jadi, jika anda ingin melihat filem sekual BERANI PUNYA BUDAK, apa kata ajak kawan ramai-ramai datang pawagam. Lagi ramai-lagi bagus.

Berani Punya Budak

Gambar Pelakon Berani Punya Budak

Gambar Pelakon Berani Punya Budak

Gambar Pelakon Berani Punya Budak

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Awie Sebagai John Dalam Filem Berani Punya Budak
  • Filem Berani Punya Budak
  • Budiey Mencari 10 Pembaca ke Tayangan Eksklusif BERANI PUNYA BUDAK
  • Sinopsis Poster Filem Berani Punya Budak
  • Trivia: Belakang Siapa Ini?
  • Video Klip Lagu Jika Engkau Pergi Imran Ajmain
  • Foto Sekitar Jamuan Makan Malam Filem Puaka Tebing Biru
  • Gambar Seksi Fasha Sandha di Pelancaran Majalah Lisa
  • Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza & Datuk Khalid?
  • Gambar Faezah Ilai Masa Budak-Budak
  • Cinta Luar Biasa Eizlan Yusof, Natasha Hudson & Rozita Che Wan

    Posted: 28 Apr 2012 09:29 PM PDT

    13 Episod Cinta Luar Biasa Antara Eizlan Yusof, Natasha Hudson Dan Rozita Che Wan Di TV1

    Lina Rahman, penyanyi terkenal dan mempunyai ramai peminat, dan salah seorang peminat setianya Datuk Sharul Lamin. Mereka mula mesra ketika kereta Lina rosak dan kebetulan Datuk Sharul yang selalu mengunakan jalan itu terserempak dengan Lina dan menolongnya.

    Perhubungan Lina dan Datuk Sharul dapat dihidu oleh wartawan tetapi Lina selalu menafikan kerana bimbang isteri Datuk Sharul mengetahui cerita yang sebenarnya. Namun hakikatnya cinta Datuk Sharul hanya bertepuk sebelah tangan kerana Lina sebenarnya hanya menganggap Datuk Sharul sebagai teman rapatnya.

    Rumah tangga Datuk Sharul mula bergolak dan perkara itu berlaku bukan disebabkan kehadiran Lina sebaliknya Datin Mona yang mula berubah sikap terhadap suaminya. Datuk Sharul cuba menyelamatkan rumahtangganya tetapi tidak berjaya. Akhirnya mereka bercerai dengan talak satu. Setelah bercerai, Datuk Sharul melamar Lina untuk menjadi isterinya tetapi Lina meminta tempoh kerana dia baru saja hendak mengembangkan sayapnya untuk menjadi seorang pelakon setelah berjaya menjadi penyanyi. Datuk Sharul terus mendesak, sehingga hubungan mereka juga mula retak.

    Babak dalam Cinta Luar Biasa 1

    Drama bersiri terbaharu 13 episod bertajuk Cinta Luar Biasa yang dibintangi oleh Natasha Hudson dan Eizlan Yusof sebagai watak utama di samping Zachery F, Zain Saidin, Rozita Che Wan dan Tia Fatihah ini menemui penonton mulai 1 Mei 2012, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi di TV1.

    Konflik berkembang apabila Lina mula menjalinkan hubungan Romzi Zahid, artis lelaki terkenal setelah mereka sama-sama membintangi sebuah filem. Lina jatuh cinta pada Romzi dan begitu juga sebaliknya.

    Cerita itu sampai ke pengetahuan Datuk Sharul yang kemudiannya cuba untuk memutuskan hubungan keduanya. Datuk Sharul menyiasat latar belakang Romzi dan mendapat tahu yang Romzi telah berkahwin tetapi dia merahsiakan perkahwinannya kerana takut peminatnya akan lari apabila tahu dia telah berkahwin. Lina sedih dengan apa yang berlaku dan telah memutuskan hubungannya dengan Romzi. Cubaan Datuk Romzi memujuk Lina masih gagal dan membuatkannya kecewa dan cuba melupakan Lina.

    Datin Mona telah menubuhkan syarikat rakaman dan meminta Lina menjadi penyanyi syarikatnya yang pertama. Lina menerima tawaran daripada Datin Mona dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat. Datuk Sharul pula tidak dapat menganggu Lina lagi kerana bekas isterinya selalu bersama dengan Lina.

    Namun Lina terperanjat apabila Datin Mona memperkenalkan Romzi sebagai kekasihnya. Sebenarnya Romzi hanya inginkan duit Datin Mona. Apabila Lina mengetahui tujuan Romzi, dia menceritakan semuanya namun Datin Mona tidak mempercayai dan menuduh Lina dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas dan mula memusuhi Lina.

    Sejak itu kehidupan Lina mula suram. Tawaran menyanyi dan berlakon mulai berkurangan kerana Datin Mona telah memburuk-burukkan nama Lina kepada semua wartawan malah ramai penerbit takut hendak mengambil Lina untuk mengambil bahagian di dalam pertunjukan pentas dan juga di dalam drama mereka.

    Datuk Sharul bersimpati dengan keadaan hidup Lina lalu cuba membantunya dengan menggunakan orang lain, Zaidi Hussin untuk dipertanggungjawabkan bagi membantu menaikan nama Lina semula. Zaidi telah berusaha dengan sedaya upaya dengan bantuan Datuk Sharul sehinggalah nama Lina kembali terkenal. Segalanya atas usaha Datuk Sharul yang sememangnya mencintai Lina.

    Saksikan kesudahan drama menarik mengisi slot Bidadari hiburan pagi hari anda ini hanya di TV1.

    Babak dalam Cinta Luar Biasa 2

    Babak dalam Cinta Luar Biasa 3

    Cinta Luar Biasa

    Natasha Hudson dan Eizlan Yusof dalam Cinta Luar Biasa

    Tags: , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Natasha Hudson Pakai Rekaan Zery Zamry di ABP2010
  • Movie Date Natasha Hudson Bersama Peminat SEKALI LAGI
  • Trivia: Nur Fatimah & Datin Natasha Hudson
  • Gambar Isteri Eizlan Yusof & Baby Baru
  • AC Mizal & Eizlan Yusof Dapat Gelaran Datuk
  • Carleed featuring Natasha Hudson Jika Ku Boleh Ubah Dunia
  • Gambar Eizlan Yusof & Vie Shanti di Majlis Puteri Aurora Beradu
  • Natasha Hudson Pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri Hamil 4 Bulan
  • Gambar Wedding Natasha Hudson & Mohd Faiz
  • Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari Berkahwin 4 Ogos?