Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


(Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Umum Bertunang, Nikah Jun 2011

Posted: 16 Nov 2010 06:15 AM PST

mizzninatunang1 (Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Umum Bertunang, Nikah Jun 2011

Memilih 1 Jun 2011 sebagai tarikh pernikahan, Mizz Nina & Noh Hujan ada masa kurang dari 7 bulan untuk membuat persiapan perkahwinan. Kami pasti, kedua-dua belah pihak keluarga memang teruja untuk menyambut menantu yang menjadi pujaan ramai, artis-artis'lah katakan.

Hubungan yang terjalin bermula penghujung tahun lalu membangkitkan bibit-bibit cinta, namun mereka berdua pandai menyimpan rahsia, sehinggakan kami tidak dapat menghidu sebarang jejak. Cis, terkena kami!

mizzninatunang2 (Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Umum Bertunang, Nikah Jun 2011

Menurut Mizz Nina, majlis pertunangan dilaksanakan secara tertutup atas permintaan keluarga. Mungkin sesi tersebut digunakan untuk oleh kedua-dua keluarga untuk mengenali lebih rapat antara satu sama lain. Bertanya pula soal hantaran, kami dimaklumkan pihak perempuan akan menerima sejumlah RM11,000 beserta mas kahwin RM888.

Kami tertanya juga, tak terganggu'kah kareer yang sedang meningkat naik apabila sudah berkahwin?

mizzninatunang3 (Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Umum Bertunang, Nikah Jun 2011

Mizz Nina mengakui perkahwinan sedikit sebanyak akan mengehad perjalanan kareernya, namun semua'nya masih bergantung kepada caranya untuk menguruskan masa & kerjaya.

Oh ya, dalam artikel yang lepas, puas kami mencari gambar Mizz Nina & Noh Hujan bertunang. Nah, jangan bising-bising lagi, kami sudah jumpa.

pixel (Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Umum Bertunang, Nikah Jun 2011
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ucapan Heliza, Faezah Elai & Program Menarik Sempena AidilAdha Di TV3

Posted: 16 Nov 2010 05:23 AM PST

Screen shot 2010 11 16 at 9.12.59 PM Ucapan Heliza, Faezah Elai & Program Menarik Sempena AidilAdha Di TV3

OHBULAN! mengucapkan Selamat AidilAdha buat semua pembaca yang beragama Islam, semoga sambutan raya korban tahun ini memberikan kita 1000 keinsafan di samping itu anda boleh menyumbang wang atau tenaga kepada mereka yang lebih memerlukan.

Sempena AidilAdha juga, kami dimaklumkan oleh pihak TV3 terdapat'nya rancangan menarik yang mampu melekatkan anda di depan tv. Pelbagai bentuk rancangan seperti bual bicara, Al Hidayah UK, Al Kuliyah, Syahadah Cinta termasuklah telemovie terpilih seperti Sebening Keringat dan Karma Salina akan ditayangkan di set tv anda bermula 17 November (Rabu) – 21 November (Ahad).

Kami juga sempat singgah di beberapa laman Facebook milik selebriti tempatan untuk share sedikit ucapan mereka kepada peminat. Antara yang menarik ialah video ucapan oleh penyanyi Heliza & status Facebook Faezah Elai. Dekati mereka, mana tahu untung nasib boleh temu jodoh dengan fans lain. :-p

pixel Ucapan Heliza, Faezah Elai & Program Menarik Sempena AidilAdha Di TV3
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Telemovie & Program Sempena Aidil Adha di TV3

Posted: 16 Nov 2010 07:56 AM PST

MENGHAYATI ERTI 'KORBAN' & PENGORBANAN
TV3 Saji Pelbagai Program Menarik & Hebat Sempena Hari Raya Haji

Ketika berjuta umat Islam seluruh dunia berkumpul di Mekkah Al Mukarramah sedang mengerjakan ibadah haji demi menunaikan rukun kelima, Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Korban juga disambut penuh makna bagi memperingati kisah pengorbanan besar Nabi Ibrahim A.S. dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S. dalam menunaikan perintah Allah SWT.

Sempena sambutan Aidiladha yang bakal tiba, istimewa buat semua penonton setianya, TV3 bakal menyajikan pelbagai program dan rancangan menarik dan hebat mulai 17 November (Rabu) sehingga 21 November, 2010 (Ahad).

Logo Sesuci Aidil Adha

Menurut Pn. Nurul Aini Abu Bakar selaku Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, "10 Zulhijjah merupakan tarikh yang cukup istimewa bagi semua umat Islam di dunia, justeru ini merupakan platform terbaik bagi kami dan juga kesempatan yang sempurna bagi para penonton untuk sama-sama belajar dan menghayati erti dan perbezaan korban dan pengorbanan melalui pengisian kanduangan yang cuba disampaikan.

Tidak kira samada menerusi rancangan bual bicara seperti MHI & WHI, mahupun magazine & documentary yang menampilkan Al Hidayah UK, Al Kuliyah, Syahadah Cinta termasuklah telemovie terpilih seperti Sebening Keringat dan Karma Salina yang diterbitkan khas sebagai kesinambungan telemovie Airmata Nur Salina yang mendapat sambutan hebat ketika disiarkan sewaktu minggu Raya, kesemua program yang bakal dipertontonkan di TV3 sempena Aidiladha ini sememangnya sarat dengan nilai murni dan dapat memberikan inspirasi kepada penonton dengan mesej positif yang disampaikan dan sesuai untuk hiburan seisi keluarga."

Berikut ialah program-program istimewa di TV3 sempena minggu sambutan Aidiladha/Hari Raya Haji kali ini:-

TELEMOVIE TERBARU RAYA HAJI
Gosok, Rabu, 17 November, 3.00ptg

Mengisahkan persahabatan akrab di antara Tam, Iman dan Bob yang membesar dalam suasana ceria kampung mengumpul labah-labah, bermain sungai, menikmati buah rambutan sambil memikat hati gadis comel bernama Eton. Namun mereka sentiasa mengimpikan kehidupan yang berbeza di mana tam ingin menjadi seorang penghibur, Iman seorang pelakon manakala Bob ingin mengusahakan perniagaan telur. Meningkat dewasa, impian masing-masing masih belum tercapai kerana Tam masih bekerja di kedai kopi ibubapanya manakala Iman dan Bob juga tidak berganjak ke mana. Nekad untuk mengubah nasib, ketiga mereka bertindak meninggalkan kampung dan berhijrah ke Bandar demi mengejar cita-cita masing-masing. Berjayakah mereka menempa nama di kota?
Pelakon: Tam Spider, Nurul Iman Boy, Yusof Jaafar, Hamid Ghurka

Sebening Keringat, Rabu, 17 November, 10.00mlm
Keinginan untuk menunaikan fardhu Haji ke Mekah membuatkan warga emas, Mak Putih bekerja keras mencukupi tabungannya. Mak Putih membesarkan cucu-cucunya yang kematian ibu bapa dengan penuh kepayahan dan meredah kesengsaraan. Selama 15 tahun, Mak Putih melakukan kerja sebagai pengumpul sampah dari rumah ke rumah. Dengan menggunakan kereta tolak yang dibuat sendiri, Mak Putih mengutip sampah dari rumah yang memberinya upah, lalu mengumpulkan ke tong sampah Majlis Perbandaran. Hasil kerja keras dan usahanya dia dapat membeli pangsapuri kos rendah. Akhirnya tabungan Mak Putih mencukupi dan dikhabarkan berita gembira itu kepada semua pelanggannya apabila dia berjaya terpilih mengikuti kursus Tabung Haji. Kepada cucu sulungnya, Aman dia berpesan agar menjaga adik-adiknya. Pangsapurinya juga ditukar nama kepada Aman kerana khuatir jika apa-apa terjadi kepadanya di Mekah. Namun pemergian Mak Putih mengubah pendirian Aman sehingga dia sanggup mengkhianati kepercayaan neneknya sendiri. Apakah yang terjadi seterusnya?
Pelakon: Norlia Ghani, Ryzal Jaafar, Fezrol Khan, Nabila Huda

Karma Salina, Sabtu, 20 November, 10.00mlm (Cerekarama)
Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Salina termasuklah Nora Asyikin, peguam yang menerajui Biro Tata Syariah. Nora Asyikin tekad untuk memperjuangkan nasib wanita mengikut hukuman Allah. Ketika Nora mengunjungi keluarga Salina, Intan datang dan menyerahkan surat yang diberikan Salina sebelum dia dijatuhkan hukuman. Barulah mereka mengetahui Salina sebenarnya redha dengan hukuman itu lantaran rasa berdosanya terhadap ibu bapanya, cintanya yang mendalam terhadap Afkar hingga mengizinkan dirinya dianiya oleh suaminya dan menjadi pembunuh. Nora Asyikin tetap membela kematian Salina dan akhirnya masyarakat mula memahami mengapa Salina mati di tali gantung dan betapa mulianya pengorbanan Salina.
Pelakon: Adi Putra, Sofea Jane, Norish Karman, Sharifah Amani, Aaron Aziz

TELEMOVIE ULANGAN RAYA HAJI SABAR,
Rabu, 17 November, 10.00 pagi

Sabariah atau nama panggilannya Saba mempunyai sebuah kedai jahit. Kedainya, Sabariah Fashion tidak begitu besar dan sederhana tetapi kedai jahitnya itu popular. Pelanggan-pelanggannya terdiri daripada artis, mak datin, orang kebanyakan dan korporat. Saba mengendalikan kedai jahitnya bersama suaminya Iman dan pekerjanya Manja dan Wati. Dia banyak mendapat tempahan ketika waktu raya mahupun bukan waktu raya. Saba mempunyai kelebihan di mana dia boleh menyiapkan baju dalam masa satu hari. Namun ada juga kelemahannya apabila baju-baju yang dihantar adakalanya tidak sempurna ataupun tidak siap seperti yang dijanjikan.Tahun ini Saba dan suaminya, mahu mengumpul wang yang melebihi apa yang mereka dapat pada raya tahun lalu. Mereka bercadang mahu membesarkan kedai. Mereka mula mengambil tempahan sebelum Ramadan lagi sehinggalah pada bulan Ramadan sehinggakan tempahan sudah melebihi kemampuan. Saba dan Iman mula panik dan mereka mahu menambah pekerja seorang lagi. Berjayakah Saba dan Iman mengupah pekerja yang dapat membantu mereka menyiapkan semua tempahan sebelum Hari Raya?
Pelakon : Abby Abadi, Norman Hakim, Remy Ishak, Juliana Evans

Sandaran Kasih, Jumaat, 19 November, 10.00 pagi
Anna telah berpisah dengan suaminya dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Faiz berumur 6 tahun. Anna menguruskan sebuah syarikat hiasan dalaman bersama Sam, kawannya yang sangat prihatin akan masalah kesihatan Anna. Malangnya, doktor mengesahkan yang penyakit barah tulang yang dihadapinya kini semakin serius dan tiada pilihan lain, Anna terpaksa memulakan misi untuk mencari Pak Mat, bapanya yang telah lama terpisah supaya dia dapat menjaga Faiz setelah pemergian Anna nanti. Banyak perkara yang telah berlaku di antara kedua beranak yang menyebabkan masing-masing terguris hati dan tidak bertegur-sapa sehingga sekarang. Walaupun bimbang tentang penerimaan bapanya mengenai situasi dirinya dan Faiz, Anna sedar bahawa dia perlu berusaha keras untuk merapatkan kembali jurang di antara dirinya dan bapanya yang sudah renggang bertahun lamanya demi kebahgiaan dan keselesaan Faiz yang masih kecil dan mengharapkan kasih sayang. Berjayakah Anna menemui bapanya dan apakah yang akan terjadi seterusnya?
Pelakon: Ida Nerina, Yalal Chin, Haikal JohariI Azmi, Maizurah Hamzah, Hj Baharuddin Hj Omar

Korban Kasih Marlisa, Jumaat, 19 November, 1.30petang
Marlisa adalah ribuan wanita moden yang telah berjaya mencipta kejayaan tersendiri di dalam kerjayanya. Atas kredibiliti yang dimilikinya itulah ayahnya Datuk Ibrahim tidak teragak-agak menyerahkan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar di Excellent Holdings Sdn Bhd yang menguruskan syarikat pembinaan. Atas kesibukan itulah Marlisa masih belum berkahwin. Antara strategi syarikatnya adalah melatih eksekutif muda yag dinamik dan mempunyai potensi untuk berjaya. Antara eksekutif muda itu adalah Adam Rais yang mempunyai potensi untuk membantu kejayaan Matrix Holdings. Adam adalah seorang anak kampung yang mengkagumi kegigihan Marlisa dan berani mendekati Marlisa untuk belajar sesuatu yang boleh meningkatkan prestasinya. Semakin hari hubungan mereka semakin rapat. Marlisa begitu terkejut apabila pemuda itu berani meluahkan rasa cintanya dan Marlisa keras mengingatkan jarak usia mereka yang terlalu ketara. Namun, Adam tetap mahu meneruskan perhubungan dan Marlisa tiday berupaya lagi menidakkan perasaannya terhadap Adam. Malangnya, perhubungan tidak mendapat sokongan dan kurang disenangi oleh keluarga Adam, terutama, ibunya yang bercadang untuk menjodohkan Adam dengan gadis pilihannya. Dapatkah Marlisa mengecapi kebahagiaan bersama Adam, akhirnya?
Pelakon : Umie Aida , Awal Ashaari, Tiz Zaqyah , Fadilah Mansur, Datuk Rahim Razali, Aida Khaleda

ISTIMEWA AIDIL ADHA
Malaysia Hari Ini (MHI), Rabu, 17 November, 6.30pagi

Mulakan sambutan hari yang penuh makna kali ini bersama barisan pengacara, Ally Iskandar dan Fedtri Yahya yang akan bersiaran secara langsung dari Studio A, Sri Pentas. Ikuti bingkisan menarik sekitar sambutan Aidiladha di Malaysia dan kenali dengan lebih dekat hukum hakam dan kepentingan upacara menyembelih lembu sebagai ibadah korban seperti yang dijalankan secara langsung di Masjid Al-Ghuffran, Sungai Penchala.

Pengacara: Ally Iskandar & Ahmad Fedtri Yahya
Wanita Hari Ini (WHI), Rabu, 17 November, 12.00tengahari

Wanita Hari Ini akan bersiaran istimewa Hari Raya Aidiladha daripada restoren Duchess Place, Jalan Ampang yang cukup terkenal dengan pelbagai majlis perkahwinan, rumah terbuka, hari jadi dan sebagainya. Berkonsepkan 'pengorbanan' WHI merayakan Hari Raya Korban dengan tetamu istimewa iaitu penerima dan juga penderma organ buah pinggang dan jantung bersama keluarga mereka serta Ustaz Zawawi Yusoh sebagai panel motivasi yang menjelaskan signifikan pengorbanan. WHI turut berlintas langsung daripada Masjid Kampung Baru berkaitan ibadah korban yang dijalankan di masjid tersebut. Selain itu, WHI juga akan berlintas langsung dari Kedah untuk majlis korban yang dilaksanakan oleh Kumpulan Media Prima Berhad kepada mangsa banjir.

Pengacara: Azizah Ariffin, Irin Putri Azmi dan Hasfizza Sabjahan
Setulus Sinar Aidiladha, Rabu, 17 November, 5.30ptg

Dokumentari ini memaparkan kisah Muhammad Abdullah, 34 tahun, seorang pengamal undang-undang syariah, ahli perniagaan dan pendakwah yang membawa sumbangan derma rakyat Malaysia kepada penduduk miskin berketurunan Islam Champa di Kampung Pees, Kemboja. Muhammad berpeluang mendekati kehidupan masyarakat di sana dan menyelami kesempitan hidup seperti menziarahi kematian warga emas, berkongsi pengalaman tukang gunting yang cacat anggota badan dan meninjau keunikan hidup seorang bilal buta dan pasangan keluarga miskin yang mendiami pondok usang dengan sembilan anggota keluarga.

Syahadah Cinta, Khamis, 18 November, 5.30ptg
Memaparkan kisah seorang pemuda Bidayuh bernama Saifullah yang memeluk Islam setelah mengalami beberapa peristiwa penting dalam hidupnya. Sejak kecil, dia gemar membaca kisah-kisah pahlawan dan perubatan Islam. Namun, ini semua belum lagi menggerakkan hatinya untuk memeluk Islam. Terjadi peristiwa bilamana dirinya disantau oleh seseorang. Lantas dia menanam azam, sekiranya sakitnya pulih, dia mahu memeluk Islam. Dengan takdir Allah, dia pulih seperti yang diharapkan berkat perubatan Islam yang diamalkan. Saifullah berhijrah ke Semenanjung dan beliau terus diuji Allah apabila dibuang keluarga dan terpaksa menempuh kehidupan yang sebatang kara sebaik mungkin. Walaupun buta huruf dalam jawi, beliau nekad belajar demi menghayati kitab Al-Quran. Akhirnya dia bertemu cinta dengan seorang wanita yang lebih berusia darinya tetapi sanggupkah Saifullah menerima wanita itu yang kini sedang berperang dengan barah ovari peringkat ketiga?

Al-Hidayah UK, Jumaat, 19 November, 1.00ptg
Ikuti pengembaraan kru produksi menziarah saudara Islam kita di United Kingdom seperti ke Bicester, Oxford berkongsi pengalaman bersama Shamsinar Abd. Karim, anak kelahiran Johor yang telah lebih 30 tahun menetap di perantauan. Beliau menjadi tunggak utama mendidik 9 orang anak dalam mengekalkan cara hidup dan budaya Melayu Muslimdi bumi Eropah. Di Durham, mereka berkenalan dengan seorang "mat saleh" yang memeluk agama Islam pada tahun 1985, Ibrahim Brian Thomson. Walaupun dipulau masyarakat sekeliling, namun kehadiran pelajar-pelajar Islam di Universiti Durham memberi ruang kepada keluarga Ibrahim untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. Krew Al-Hidayah juga sempat singgah beraya di rumah personaliti Agama Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Salleh di Stoke yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PHD. Beliau berkongsi tips tentang pengorbanan dalam menuntut Ilmu.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Program Khas Aidil Adha di Saluran Muzik Aktif RTM
  • Program Khas Aidiladha di RTM
  • Telemovie PANAS Lakonan Fizo, Effa Narisha, Sheila Mambo
  • 22 PROGRAM SAJIAN KHAS AIDILADHA DI TV1
  • Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Nikah
  • Pernikahan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan SAH
  • Dokumentari Inside Mecca Di TV1
  • Gambar Bayi Anak Lelaki Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
  • Gelagat Lucu Adik Aidil Solehin Anak GAMAT
  • Raikan Aidil Adha Bersama Tv9
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Telemovie PANAS Lakonan Fizo, Effa Narisha, Sheila Mambo

    Posted: 16 Nov 2010 07:40 AM PST

    TELEMOVIE PANAS KONGSI PENGAJARAN ANAK DERHAKA MENGISI SLOT CITRA KHAS AIDIL ADHA DI RTM

    Kita sering mendengar isu-isu masalah akhlak dan moral di kalangan remaja yang kian menular di dalam masyarakat kita pada masa kini. Persekitaran sosial dan budaya yang merangkumi tradisi, tingkah-laku dan rangsangan yang berbentuk akhlak kerap kali mempengaruhi manusia.

    Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tiba ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyajikan telemovie Panas bagi mengisi slot Citra Khas Aidil Adha. Telemovie yang berkisar kehidupan seorang remaja yang lupa diri ini bakal menyentuh hati dan perasaan para penonton. Telemovie yang sarat dengan pengajaran berguna ini di bawakan istimewa untuk tatapan penonton setianya pada 19 November 2010, jam 10.00 malam di TV 2.

    Panas mengisahkan tentang Aina seorang anak angkat yang menyangkakan dirinya berasal dari keluarga yang kaya raya dan mempunyai kedudukan. Ketika Datin Maria, ibu angkatnya meninggal dunia, Aina baru mengetahui kebenaran mengenai statusnya. Dia tidak dapat menerima kenyataan apabila Badrul, abang angkatnya yang sulong berbincang dan ingin menyerahkan Aina kepada ibu dan keluarga kandungnya.

    Badrul juga berharap, Tipah, ibu kandung Aina dapat membetulkan perangai dan pergaulan bebas Aina. Kehidupan Aina menjadi 'panas' di rumah keluarga kandungnya. Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarga kandungnya dan hidup dengan caranya yang tersendiri.

    Kemelut hidup yang melanda Aina telah menyebabkan dia hanyut apatah lagi apabila dia berkenalan dengan Sham, seorang penipu yang hanya mempergunakan wanita untuk kepentingan dirinya.

    Ibu bapa kandungnya,Tipah dan Hamid berjaya mengesan rumah Aina. Aina bimbang dengan kehadiran Tipah dan Hamid akan mengganggu serta menggugat kehidupan dan aktivitinya di situ. Dia menolak kehadiran Tipah malah tidak mengaku bahawa Tipah adalah ibunya. Ketika itu, Aina yang tak habis-habis menyebut bahawa kehadiran Tipah menyebabkan hidupnya 'panas' lalu meninggalkan tempat itu bersama Sham dengan kenderaan mewah mereka.

    Semasa di dalam kereta, Aina merasa dirinya panas, walaupun penghawa dingin di dalam kenderaan tersebut telah dibuka pada tahap maksima. Kulit muka dan tubuh Aina mengering, menggelupas bagaikan udang dibakar. Dia merasa sangat panas lalu memaksa Sham mencari air untuknya. Sham yang ketakutan apabila melihat perubahan pada muka dan kulit Aina itu segera menghentikan keretanya dan terus mengusir Aina keluar dari situ.

    Dalam keadaan separa sedar, Aina cuba diselamatkan oleh para media. Aina tidak habis-habis menyebut nama ibunya walaupun dalam nada yang sangat perlahan. Tipah, Hamid dan Badrul bergegas ke wad kecemasan. Mereka tidak sanggup melihat keadaan wajah Aina yang kelihatan seakan rentung itu. Tipah mendekati telinga Aina lalu membisikkan kalimah syahadat dan juga menyatakan dia telah mengampunkan Aina.

    Adakah takdir akan menyebelahi nasib Aina atau sebaliknya? Saksikannya pada 19 November ini pada jam 10.00 malam di TV 2. Telemovie ini di bintangi oleh Fizo Omar, Effa Narisha, Hasnol Rahmat, Shila Mambo, Azad Jazmin dan John Louis.

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Fizo Omar di Red Carpet FFM23
  • Fizo Omar, Fatiha & Kuna Dalam Drama Bila Musang Berjanggut
  • Drama Romeo Arahan Aziz M. Osman di TV3
  • Gambar Fizo Omar di Sidang Media Drama Bila Musang Berjanggut
  • Trivia Album Raya Paling Mahal di Dunia
  • DRAMA JAMU CIK SEMAH URUT PAK ALI LAKONAN EIZLAN YUSOF, DATO' AZIZ SATTAR, SHEILA MAMBO
  • Fizo Omar dalam Drama Jersi 9
  • Sheila Majid Berduet Dengan Chandra
  • Sheila Rusly, Roy Azman dalam Masam Manis Ramadan
  • Gambar Sheila Rusly Bertudung
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    Gambar Pertunangan Noh Hujan & Mizz Nina

    Posted: 16 Nov 2010 12:52 AM PST

    GAMBAR PERTUNANGAN NOH HUJAN DAN MIZZ NINA

    Lagi gambar sekitar majlis pertunangan Noh Hujan dan Mizz Nina.

    GAMBAR PERTUNANGAN NOH HUJAN DAN MIZZ NINA

    GAMBAR PERTUNANGAN NOH HUJAN DAN MIZZ NINA

    GAMBAR PERTUNANGAN NOH HUJAN DAN MIZZ NINA

    Mengikut perancangan, mereka akan bernikah pada 1 Julai tahun hadapan. Majlis persandingan tertutup yang bakal dihadiri tetamu kenamaan, sahabat dan keluarga terdekat bakal berlangsung pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Manakala majlis resepsi untuk teman industri dan rakan media pula bakal diadakan pada 6 Julai di Doubletree by Hilton Kuala Lumpur.

    + Credit gua.com.my

    PSSTT: Meh baca maksud simbol nombor 6 yang selalu dibuat oleh Lady Gaga

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Aksi pemandu wanita lempang pemandu lelaki

    Posted: 16 Nov 2010 09:15 PM PST








    Tak bagi aku tak payah sampai dok lempang-lempang..
    terutama pemandu wanita....fikirkan nyawa...

    55 anak daripada 55 perempuan

    Posted: 16 Nov 2010 08:01 PM PST

    Seorang lelaki yang tinggal di Paris, Perancis, yang mendaftar 55 anak dari 55 ibu yang berbeza akan menjalani 10 tahun penjara dan denda kerana didakwa melakukan penipuan.Dia disyaki telah mengaku sebagai ayah anak-anak itu dan membantu orang mendapatkan tempat tinggal dengan alasan palsu.

    Lelaki berumur 54 tahun berasal daripada Afrika itu, yang dirahsiakan identitinya, ditangkap di sebuah flat dua bilik di Paris dalam sebuah serbuan oleh pihak polis. Dalam serbuan tersebut, polis menemukan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa lebih dari 50 orang berdaftar di alamat itu.

    Polis mensyaki, lelaki itu terlibat penipuan untuk mendapatkan jaminan sosial yang boleh mendapatkan wang negara lebih dari 1 juta euro per tahun ketika para ibu itu meminta bantuan. Ketika ini 42 wanita telah mengaku yang lelaki itu merupakan bapa kandung anak mereka.Tetapi pihak berkuasa tidak mempercayainya dan akan melakukan ujian DNA.

    Lelaki itu mengaku, dia bertemu dengan perempuan- perempuan itu di bar, tempat hiburan malam, dan kadang-kadang dalam kunjungan ke negera mereka, seperti Senegal, Cameroon, dan Mali. Dengan membayar sebanyak 150-200 euro, dia mendaftarkan anak-anak itu dan ibu mereka pada pihak berkuasa Perancis, yang memungkinkan mereka untukmembolehkan mereka tinggal dan meminta bantuan daripada pihak kebajikkan di Peranchis.-kompas

    Mangsa gunung Merapi minta 'kamar asmara'

    Posted: 16 Nov 2010 07:49 PM PST

    JAKARTA: Selepas beberapa minggu hidup bersesak-sesak di pusat perlindungan sementara dengan bekalan dan minuman yang mencukupi, mangsa letupan Gunung Merapi kini amat memerlukan 'kamar asmara.'

    "Jika ada kamar asmara mungkin bagus," kata pengantin baru, Ari Margareta, 18, kepada wartawan akhbar Republika.

    Dia adalah antara ratusan ribu penduduk sekitar Merapi yang terpaksa tinggal di pusat perlindungan sementara, termasuk di sebuah stadium di Yogyakarta sejak Merapi meletup akhir Oktober lalu.

    Kesesakan di pusat perlindungan sementara itu tidak memungkinkan mereka memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia.

    Pentadbir di bandar Yogyakarta masih memikirkan sama ada mahu membina 'kamar asmara', konsep yang pernah diketengahkan ketika daerah itu dilanda gempa bumi besar pada 2006. Petugas kumpulan sukarelawan tempatan yang membantu penduduk menangani trauma kejadian melalui pemulihan psikologi, Insan Nurrohman berkata, selain menyediakan bantuan makanan dan pakaian, ruang peribadi juga adalah keperluan asas yang perlu disediakan untuk mangsa yang sudah berkahwin.

    Katanya, ia boleh dibina dalam bentuk khemah atau pondok kayu. Insan berkata, pengalaman selepas gempa bumi pada 2006 menunjukkan kamar berkenaan adalah selamat dan tidak menimbulkan masalah sosial. "Ada jadual dan tempoh masa yang ditetapkan untuk orang menggunakannya," kata Insan.

     Menurutnya, sesetengah penduduk berasa malu untuk meminta keperluan itu.-myMetro

    Aksi datuk brutal,langgar kereta yang menghalangnya

    Posted: 16 Nov 2010 06:45 PM PST

    Datuk yang bernama Ronald Pemberton, 83,telah melanggar kereta
    yang menghalang keretanya untuk keluar daripada garaj keretanya...
    Malangnya kejadian ini telah berjaya di Rakam CCTV serta orang ramai..dan dia telah
    dihadapkan ke Makhamah....





    Mangsa simbah asid kini jadi model menawan

    Posted: 16 Nov 2010 05:30 PM PST

    Seorang model dan hos televisyen, Katie Piper berusia 27 tahun yang mengalami kecacatan muka akibat disimbah asid kini tampil menawan dalam sesi fotografi majalah Reveal.

    Sebelum ini, dia dirogol, dipukul dan ditikam beberapa kali di lengannya oleh bekas kekasihnya yang cemburu, Daniel Lynch pada Mac 2008.

    Dia kemudian menjalani lebih 40 pembedahan dan memakai topeng 23 jam sehari untuk mengurangkan parut di wajahnya.

    "Ia merupakan satu perasaan yang mengagumkan untuk menjadi model dan saya mempunyai perasaan seperti seorang gadis yang normal semula.

    "Saya sepatutnya menjadi seorang mangsa serangan asid tetapi akhirnya saya menjadi diri saya yang sebenar," kata Piper.

    Menurutnya, dia berharap wanita lain yang wajah mereka mengalami kecacatan akan melihat wajahnya supaya mereka berasa yakin pada diri sendiri.

    Piper yang telah menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu wanita lain yang menjadi mangsa melecur dan kecacatan wajah berkata, dia kini berasa gembira dengan kehidupannya.-kosmo online

    Motor pemadam kebakaran pertama di dunia

    Posted: 16 Nov 2010 04:00 PM PST

    Kalau kereta atau lori pemadam kebakaran, mungkin sudah menjadi hal yang lumrah dan biasa untuk memadamkan kebakaran di suatu tempat. Akan tetapi, kalau motor pemadam kebakaran, inilah hal yang baru dan tidak biasa dilakukan di dunia.

    Baru-baru ini di England, dua motor pemadam kebakaran akan mulai di operasikan. Motor tersebut akan berfungsi layaknya mobil pemadam kebakaran pada umumnya, namun kerana ini adalah motor, maka hanya mengurusi kebakaran yang bersifat dalam skala kecil.


    Motor pemadam kebakaran yang saat ini masih dalam tahap di uji adalah dua motor RT1200 yang telah dipasang dua buah tanki yang memuat 25 liter air, dan paip bercabang sepanjang 30 meter, yang boleh mengeluarkan air dan buih. Campuran dari buih dan air dirancang untuk mematikan api dengan cepat.

    Wanita ini alergi dengan air,hidupnya seperti di'neraka' jika terkena

    Posted: 16 Nov 2010 10:01 AM PST

    Mendengar seseorang mengalami alergi makanan atau alergi debu sudah sangat biasa. Tapi, pernahkah mendengar seseorang mengalami alergi air?

    Lisa Melland, seorang penjual daging berasal dari Derbyshire, England merasa kesakitan ketika bersentuhan dengan air. Kulitnya seperti terbakar dan timbul ruam ketika setelah bersentuhan dengan air.

    Keadaan yang dialami Melland termasuk penyakit  yang disebut aquagenic urticaria. Kes semacam ini dikatakan hanya ada 40 kes di dunia.

    Penyakit itu mulai menyerang Melland sejak tujuh tahun silam. "Saya tiba-tiba mengalami ruam setelah bersentuhan dengan air. Saya fikir air yang saya gunakan terkena bahan kimia, namun ketika saya menyentuh air untuk kali berikutnya, gejala yang sama timbul kembali," kata Melland .

    Sejak penyakit itu terdiagnosis, Melland  terperangkap ke dalam penderitaan yang dalam. Dia tak boleh berenang. Bahkan,dia juga mungkin tak boleh menangis kerana air mata boleh menimbulkan ruam di wajah.

    Dia juga harus mengurang mandi kerana aktiviti itu sangat menyakitkan. Efek alergi biasanya berlangsung beberapa jam jika air tak segera di keringkan dari tubuhnya. Dan, setelah terkena air, ia harus segera menyapu lotion hypoallergenic hingga tubuhnya kembali normal.

    Kemanapun ia selalu membawa payung , khuatir air hujan menyentuh tubuhnya. Tisu juga selalu tersedia dalam tas untuk membersihkan wajah dan tangan setiap kali bersentuhan dengan air. Alergi itu hanya di kulit. Mereka tak memiliki masalah ketika minum air.

    Nina Goad dari British Association of Dermatologist mengatakan, alergi air kemungkinan terjadi akibat tingginya kadar histamin dalam darah. Namun sejauh ini, para ahli belum mengetahui dengan pasti apa penyebab keadaan  itu sehingga pengubatannya juga belum ditemukan.

    Bunuh,setubuh kemudian gantung jenazah isteri

    Posted: 16 Nov 2010 09:01 AM PST

    Eko Santoso (27), dari Jawa Timur, sanggup mencekik isterinya sampai meninggal. Dia kemudian menggantung jenazah  isteri, Rahayu Tri Wahyuni (19), di dalam rumah.

    Sebelum menggantung jenazah Rahayu setinggi sekitar tiga meter di ruang tengah rumahnya, Eko dikatakan sempat menyetubuhi jenazah tersebut.

    Polis, yang menangani kes ini, menduga bapa kepada satu anak perempuan berusia dua tahun tersebut mengalami gangguan jiwa sehingga sanggup meniduri jenazah.

    Dia membunuh Rahayu setelah terjadi pertengkaran lantaran Rahayu cemburu kepada Eko. Rahayu mengetahui bahawa suaminya selalu pergi ke tempat pelacuran.

    Merasa tidak terima dengan tuduhan  isterinya,Eko menangkap isterinya dari arah belakang, mengikat leher Rahayu dengan selendang sehingga lemas dan akhirnya meninggal.

    Setelah itu, pemuda itu meniduri jenazah Rahayu. Dia kemudiannya menaikkan tubuh istrinya di ketinggian sekitar tiga meter dengan tangga, kemudian mengikat lehernya dengan tali  yang disambung dengan selendang.

    Empat jam kemudian, Eko mengunjungi rumah orangtuanya, Sumaji dan Mujiati, yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. Dia berpura-pura memberi tahu mereka bahwa Rahayu gantung diri.Setelah kejadian ini dilaporkan ke polis dan akhirnya, terbongkar bahawa Rahayu ternyata dibunuh oleh suaminya Eko.-kompas.com

    Kerana nak menang Nintendo ibu sanggup tahan kencing

    Posted: 16 Nov 2010 08:35 AM PST

    Pada tahun 2007, sebuah stesen radio KDND 107.9 di California mengadakan sebuah pertandingan bertajuk "Hold Your Wee For a Wii". Dalam pertandingan ini peserta diminta menahan kencing selama mungkin setelah minum beberapa botol air Dan sebagai hadiahnya tidak lain adalah konsol Nintendo wii. Mainan yang lagi hot" nya waktu itu.

    Pertandingan itu menarik perhatian seorang ibu bernama Jennifer, apalagi sebagai seorang ibu yang mempunyai anak. Dia ingin menghadiahkan Nintendo itu kepada anaknya. Tetapi dia bernasib malang.

    Jennifer meninggal kerana apa yang disebut dengan "Water Intoxication" atau keracunan air. Kerana terlalu banyak air yang masuk kedalam tubuh terjadi ketidak seimbangan elektronik yang akut didalam otak.

    Dan pada akhirnya Jennifer tidak memenangkan pertandingan itu, dan semua pihak di radio yang terlibat dalam menganjurkan pertandingan itu dipecat.(link)

    Adakah pengemis dinegara kita seberani pengemis ini?

    Posted: 16 Nov 2010 07:25 AM PST

    Sungguh berani....Walaupun jalanraya sibuk,dia tetap
    redah...asl dapat duit.....nyawa dah tak ada harga...
    yang penting dapat duit.....










    Anjing halang lembu liar daripada membunuh seorang lelaki

    Posted: 16 Nov 2010 06:00 AM PST

    Jom tengok rupa kura-kura goreng

    Posted: 16 Nov 2010 05:00 AM PST

    Inilah bentuk kura-kura goreng....


    Sudu dan garpu boleh masuk beg duit?

    Posted: 16 Nov 2010 04:33 AM PST

    Betul ke boleh?ahaa...satu gadjet telah dibuat
    untuk menyenangkan kepada para pengguna untuk membawa sudu  dan
    garpu setiap masa...Cuba kita lihat gadjet dibawah ini...



    cuma tahan ke tak???

    Beginilah keadaan dalam bas bila pemandunya perempuan

    Posted: 16 Nov 2010 03:00 AM PST



    di hias dengan rapi.....

    dan yang penting kasut tumit tingginya tak tinggal




    Bungkus buah tembikai guna kondom

    Posted: 16 Nov 2010 02:00 AM PST

    Sampai macam ni sekali kegunaan kondom...
    boleh digunakan untuk membungkus buah tembikai..


    Cara nak sejukkan CPU anda

    Posted: 16 Nov 2010 01:00 AM PST

    Amacam agak-agak boleh dipratikkan tak?
    cara unuk nak sejukkan CPU...


    Lemak manusia di buat sabun

    Posted: 16 Nov 2010 12:30 AM PST

    Tujuan orang melakukan  sedut lemak biasanya hanya untuk mengurangi berat badan. Tapi di tangan seorang seniman berasal dari Switzeland, kelebihan lemak yang dibuang lewat operasi tersebut dimanfaatkan untuk membuat sabun.

    Sabun tersebut kini tengah dipamerkan di Migros Museum of Contemporary Art. Nyaris tak ada yang istimewa, bentuk sabun itu hanya batangan berwarna putih seperti sabun mandi biasa.

    Yang membuatnya penuh sensasi adalah bahan yang digunakan iaitu lemak manusia. Bukan sembarang manusia, lemak tersebut bahkan diambil dari seorang tokoh iaitu Perdana Menteri Italia, Silvio Berlusconi.

    Gianni Motti, seniman asal Swiss yang membuat sabun lemak manusia itu mengaku mendapatkan lemak Berlusconi dari sebuah klinik di Swiss.  Berlusconi pernah melakukan sedut lemak di klinik tersebut sekitar tahun 2004.

    Sabun yang akan dipamerkan untuk umum hingga 28 November 2010 ini memang tidak benar-benar digunakan untuk mandi atau cuci tangan.

    Membuat sabun dari lemak manusia memang dimungkinkan dengan reaksi kimia yang disebut saponifikasi. Reaksi ini melibatkan asam lemak baik berupa lemak nabati mahupun haiwan, dengan larutan khusus yang bersifat basa atau alkali.

    Keajaiban dan pentingnya senyuman bila bergambar

    Posted: 15 Nov 2010 11:49 PM PST

    Dengan senyuman sekurang-kurangnya kita wujud ketika bergambar

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS