Adsense

Selasa, 16 November 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Umum Bertunang, Nikah Jun 2011

Posted: 16 Nov 2010 06:15 AM PST

mizzninatunang1 (Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Umum Bertunang, Nikah Jun 2011

Memilih 1 Jun 2011 sebagai tarikh pernikahan, Mizz Nina & Noh Hujan ada masa kurang dari 7 bulan untuk membuat persiapan perkahwinan. Kami pasti, kedua-dua belah pihak keluarga memang teruja untuk menyambut menantu yang menjadi pujaan ramai, artis-artis'lah katakan.

Hubungan yang terjalin bermula penghujung tahun lalu membangkitkan bibit-bibit cinta, namun mereka berdua pandai menyimpan rahsia, sehinggakan kami tidak dapat menghidu sebarang jejak. Cis, terkena kami!

mizzninatunang2 (Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Umum Bertunang, Nikah Jun 2011

Menurut Mizz Nina, majlis pertunangan dilaksanakan secara tertutup atas permintaan keluarga. Mungkin sesi tersebut digunakan untuk oleh kedua-dua keluarga untuk mengenali lebih rapat antara satu sama lain. Bertanya pula soal hantaran, kami dimaklumkan pihak perempuan akan menerima sejumlah RM11,000 beserta mas kahwin RM888.

Kami tertanya juga, tak terganggu'kah kareer yang sedang meningkat naik apabila sudah berkahwin?

mizzninatunang3 (Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Umum Bertunang, Nikah Jun 2011

Mizz Nina mengakui perkahwinan sedikit sebanyak akan mengehad perjalanan kareernya, namun semua'nya masih bergantung kepada caranya untuk menguruskan masa & kerjaya.

Oh ya, dalam artikel yang lepas, puas kami mencari gambar Mizz Nina & Noh Hujan bertunang. Nah, jangan bising-bising lagi, kami sudah jumpa.

pixel (Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Umum Bertunang, Nikah Jun 2011
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ucapan Heliza, Faezah Elai & Program Menarik Sempena AidilAdha Di TV3

Posted: 16 Nov 2010 05:23 AM PST

Screen shot 2010 11 16 at 9.12.59 PM Ucapan Heliza, Faezah Elai & Program Menarik Sempena AidilAdha Di TV3

OHBULAN! mengucapkan Selamat AidilAdha buat semua pembaca yang beragama Islam, semoga sambutan raya korban tahun ini memberikan kita 1000 keinsafan di samping itu anda boleh menyumbang wang atau tenaga kepada mereka yang lebih memerlukan.

Sempena AidilAdha juga, kami dimaklumkan oleh pihak TV3 terdapat'nya rancangan menarik yang mampu melekatkan anda di depan tv. Pelbagai bentuk rancangan seperti bual bicara, Al Hidayah UK, Al Kuliyah, Syahadah Cinta termasuklah telemovie terpilih seperti Sebening Keringat dan Karma Salina akan ditayangkan di set tv anda bermula 17 November (Rabu) – 21 November (Ahad).

Kami juga sempat singgah di beberapa laman Facebook milik selebriti tempatan untuk share sedikit ucapan mereka kepada peminat. Antara yang menarik ialah video ucapan oleh penyanyi Heliza & status Facebook Faezah Elai. Dekati mereka, mana tahu untung nasib boleh temu jodoh dengan fans lain. :-p

pixel Ucapan Heliza, Faezah Elai & Program Menarik Sempena AidilAdha Di TV3
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.