Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


6 Foto ‘Honeymoon’ Terbaru Fasha Sandha & Jejai

Posted: 09 May 2012 11:15 PM PDT

Bahagia sangat melihat pasangan pengantin baru ini yang sedang berbulan madu. Tidak perlu sampai ke luar negara, pasangan ini sekadar memilih Pulau Redang sebagai destinasi percutian mereka.

Wahh, bertambah ramai lah pengunjung ke Pulau Redang selepas ini ya. Gambar-gambar Fasha Sandha bercuti benar-benar membuatkan OHBULAN! pula mahu bercuti.

Kredit : Facebook WeLoveFS

Hijabster : Tampil Lebih Glamor

Posted: 09 May 2012 08:24 PM PDT

Bila? dan dimana sesuai bertudung gaya glamor dengan manik yang sarat selalu bermain di fikiran hijaber diluar sana. Penyelesaian yang mudah sudah pun ditemui. Ini jugalah masa nya untuk anda tampil ekslusif dan kelihatan berlainan dari hari-hari biasa.

                    

Gaya tudung yang sarat dengan manik yang berkilauan adalah pilihan yang tepat untuk digayakan ke majlis yg formal. Majlis formal yang dimaksudkan adalah sebagai contoh majlis perkahwinan dan juga majlis makan malam. Majlis yang ekslusif seperti ini adalah sangat bersesuaian dengan pemakaian yang elegent dan glamor. Sedikit sebanyak sentuhan glamor yang digayakan ia mampu membuatkan si pemakai tampak lebih ekslusif seiring dengan majlis yang diraikan.

Warna-warna terang seperti oren, biru, merah, kuning dan hijau menjadi pilihan yang sangat tepat untuk digayakan ke majlis formal. Daya tarikan warna seperti ini mampu menyerlahkan kehadiran anda pada majlis tersebut. Harus di ingatkan juga padanan baju/blause yang bersesuaian juga hendaklah dititikberatkan. Dari hujung kepala ke hujung kaki haruslah kelihatan seiringan dengan majlis tersebut.

Untuk anda para hijabers kelihatan lebih feminin namun masih glamor , tampillah dengan penampilan memakai tudung dari fabrik yang lembut. Hasil dari pengayaan tudung lembut tersebut akan mampu menarik mata diluar sana untuk memandang anda. Secara tidak langsung anda mungkin akan menjadi topik perbualan orang disekeliling anda.

Nota: Gambar sekadar hiasan, sumber Facebook.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ramli Sarip Berduet Dengan Raihan Untuk Konsert SADAQA

Posted: 09 May 2012 08:32 PM PDT

RAMLI SARIP BERSAMA RAIHAN UNTUK SADAQA

Konsert amal dan kerohanian yang pertama dari Raistar Entertainment

Selepas 27 tahun Ramli Sarip kini kembali dalam konsert persembahannya sendiri yang bercorak amal dan kerohanian. Diberi nama SADAQA sempena nama album terbarunya yang mengandungi 14 lagu-lagu pilihan lama dan baru yang berala religi, konsert 2-jam anjuran Raistar Entertainment ini akan berlangsung di Dewan Konsert Esplanade pada hari Sabtu, 16 Jun 2012, jam 8.30 malam.

Album Sadaqa yang dilancarkan baru-baru ini merupakan usaha mengumpul dana bagi Masjid Hasanah di Teban Gardens. Konsert SADAQA dianjurkan bagi menyokong penjualan album tersebut sekaligus menjadi satu-satunya konsert amal dan kerohanian di Singapura pada tahun ini.

Menurut ikon musik Singapura Ramli Sarip yang juga dikenali ramai sebagai Papa Rock, "SADAQA sebagai sebuah album dan konsert sungguh bertepatan dengan masanya. Kita juga sedang menghadapi kedatangan Ramadhan dan sedekah atau sadaqa ini merupakan antara ciri-ciri utama amalan kita sebagai umat Islam khususnya pada bulan yang paling mulia. Lagu-lagu yang akan dipersembahkan diharap dapat memberi pengertian dan kesan mendalam kepada para penonton terhadap hubungan kita dengan Tuhan dan sesama manusia." Kali terakhir Ramli membuat persembahan konsert secara solo 'Perjalanan Hidup' ialah pada tahun 1985 di World Trade Centre (sekarang dikenali sebagai Harbour Pavilion).

Ramli Sarip Berduet Dengan Raihan Untuk Konsert SADAQA

SADAQA akan mempersembahkan lagu-lagu hit seperti Kau Yang Satu, Bukan Kerana Nama dan Doa Buat Kekasih. Selain itu SADAQA juga menghidangkan lagu-lagu baru seperti Iqra dan Kekasih Ku.

Konsert SADAQA juga menampilkan artis undangan kumpulan Raihan yang juga merupakan persembahan sulung mereka di Esplanade.

Bagi pihak penganjur Raistar Entertainment, pengarahnya Cik Sulaimah Abdul Kadir berkata, "Ini peluang kami untuk meneruskan konsert-konsert sulung kami sambil beramal. Kami berharap masyarakat dapat memberi sokongan hebat kepada SADAQA seperti mana kejayaan konsert-konsert kami yang lalu."

Tiket-tiket berharga $58, $78, $98 dan $108 boleh didapati di semua cawangan Sistic dan dari lelaman www.sistic.com.sg mulai 11 Mei 2012. Album SADAQA akan dijual semasa konsert nanti pada harga $30. Bagi tiket-tiket khas yang berharga $148 (termasuk tempat duduk khas $118 dan CD SADAQA yang telah diautograf Ramli Sarip sendiri) boleh didapati secara langsung dari pihak penganjur Raistar Entertainment di talian 82888982 atau 93299352. Semua hasil jualan CD SADAQA yang hanya diedarkan di Singapura buat masa ini, akan didermakan kepada Masjid Hasanah.

Stesen radio Mediacorp Warna 94.2 merupakan Radio Rasmi dan Sungguh.com serta Selebriti.sg sebagai media online rasmi. Konsert SADAQA juga disokong saluran MediaCorp Suria dan ditaja MCC Makan Place.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ramli Sarip Live At Hard Rock Café Kuala Lumpur
  • Gambar Ramli Sarip di Konsert Tafsiran Alam: Wisdom of Nature
  • Gambar Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri Astro 2010
  • Konsert 2 Raksasa Sweet Charity & Blues Gang
  • Program Khas Aidil Adha di Saluran Muzik Aktif RTM
  • Yuni Shara, Kakak Kris Dayanti Bawa Lagu Melly Goeslow
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia 7 – Minggu 5
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung & M. Nasir Berduet Malam Nur Citra
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Gambar Aizat di Konsert Satu Suara di Istana Budaya
  • Nora Bakal Melancarkan Album Terbaru Berjudul HIKMAH

    Posted: 09 May 2012 08:21 PM PDT

    Penyanyi yang kini bertudung litup bersuara gemersik, Nora akan melancarkan abum terbaru NORA berjudul HIKMAH tak lama lagi.

    Album berbentuk kerohanian ini merupakan gabungan lagu-lagu lama dan baru hasil produksi Johan Nawawi Sdn Bhd (JNSB Publishing).

    Good luck buat Nora! Korang jangan lupa beli album HIKMAH ini yang akan berada di pasaran ya.

    HIKMAH - Invitation Card(front)

    Tags: ,

    Comments

    comments

    Powered by Facebook Comments

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Nora Danish di Karpet Merah ABPBH2011
  • Lirik Lagu Raya Duet Hafiz Hamidun dan Haziq Mentari Syawal
  • Persembahan The Secret Life of Nora Dilanjutkan
  • Album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun
  • Joe Flizzow Lancar Album Baru The President
  • Persembahan Imran Ajmain di Plaza Pelangi Johor Bahru
  • Lirik Lagu Terukir Di Bintang Yuna
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Album Terbaru Disagree To Prevent the Earth from Moving With You Akan Dilancarkan
  • CD Album Chandra, Mr Gambus & Hans Anwar dari EQ Music
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    Bekas Isteri Ajai, Nurul Bakal Nikah Pada 6 Jun Ini

    Posted: 09 May 2012 06:02 AM PDT

    GAMBAR BAKAL SUAMI NURUL

    Ini berita baik daripada Nurul yang pernah bergelar isteri kepada komposer Ajai (sekadar pengenalan) dimana dia sendiri telah memaklumkan yang dia akan mengakhiri zaman solonya, atau lebih tepat akan berkahwin tidak lama lagi.

    Jejaka yang bakal bergelar suami Nurul tu merupakan seorang jejaka Perancis dan dikenali dengan nama Eric. Tarikh 6 Jun 2012 dipilih untuk mereka diijabkabulkan manakala Dutchess Place, Jalan Ampang pula menjadi lokasi upacara pernikahan dilangsungkan.

    Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Nurul ketika majlis pra-dengar album terbarunya yang berlangsung pada petang tadi. Menurut Nurul, dia mengenali Eric sejak September 2010 dan mereka mula serius pada Januari 2011.

    .

    IKLAN: Mari terjah blog ni ~> www.apadehal.com

    Related Posts with Thumbnails

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Taeyeon, Tiffany & Seohyun 'SNSD' Tetap Cantik Meski Tanpa Make-Up

    Posted: 09 May 2012 09:00 PM PDT


    infospesial.net -  Menurut majoriti selebriti make up adalah senjata penting untuk mendukung penampilan sempurna mereka. Namun nampaknya hal tersebut tak berlaku untuk tiga personel SNSD Taeyeon, Tiffany, dan Seohyun, mereka pun tampil percaya dengan kecantikan alami mereka.

    Ketiga personel SNSD yang tergabung dalam sub-unit TaeTiSeo, memilih tampil polos saat menghadiri sebuah acara radio MBC 'Jung Oh's Request Line Sweet Sorrow'.

    Seperti dilansir Soompi, Rabu (9/5/2012) foto itu di-posting melalui akaun Twitter program radio tersebut. Terlihat TaeTiSeo tanpa bulu mata palsu dan eyeliner yang biasanya melingkar tebal.

    Baru Dinyatakan Hamil, 5 Jam Kemudian Melahirkan

    Posted: 09 May 2012 08:45 PM PDT

    Sepasang suami isteri di Tennessee, Amanda dan Billy Prentice telah menunggu selama empat tahun untuk hamil. Ketika doktor menyatakan bahawa Amanda sedang mengandung, 5 jam berikutnya, Amanda langsung melahirkan seorang bayi perempuan.

    Beberapa hari sebelumnya Amanda mengalami kejang, kemudian Billi bergegas membawanya ke rumah sakit. Amanda tidak sedarkan diri selama dua hari dan ketika dirinya bangun, doktor mengatakan bahwa Amanda menderita komplikasi di bulan-bulan terakhir kehamilannya.

    Kehamilan tersebut menjadi berita yang menggembirakan sekaligus mengejutkan kerana Amanda tidak mengalami gejala kehamilan yang biasa sama sekali.

    "Saya tidak pernah merasa ada sesuatu bergerak dalam perut bahkan saya memakai baju yang sama selama dua tahun tanpa mengalami perubahan ukuran pakaian," kata Amanda seperti dilansir huffingtonpost, Rabu (9/5/2012).

    Amanda telah hamil selama beberapa bulan tanpa disedarinya dan sampai pada waktu melahirkan 5 jam setelah mengetahui dirinya hamil. Bayinya, Allie McKinley Rose, lahir sehat dengan berat 5,5 pounds.

    "Di antara perempuan hamil, 1 dari 450 wanita tidak tahu atau terlambat mengetahui status kehamilannya sampai minggu ke-20 dan 1 dari 2.500 wanita tidak sedar sampai mendekati masa kehamilan" kata Jena Pincott penulis buku Do Chocolate Lovers Have Sweeter Babies? dan The Surprising Science of Pregnancy.

    Setelah menggali fenomena tersebut yang dikenal dengan kehamilan samar, Pincott menemukan bahawa penyakit mental tidak sesuai untuk menjelaskan mengapa kehamilan tidak diketahui.

    Beberapa wanita kadang benar-benar tidak mengalami gejala kehamilan, bahkan ada yang masih mengalami menstruasi pada awal-awal kehamilannya.

    Singkatnya, Pincott menemukan bahawa kehamilan samar terkait dengan tingkat stres seorang ibu. Dalam kes Amanda, satu-satunya tanda kehamilan yang dialaminya adalah kaki bengkak.

    Meskipun kelahiran yang mendadak itu begitu mengejutkan, tetapi baik ibu mahupun bayi dalam keadaan sihat.



    Sumber : http://health.detik.com

    Aduh..beli roti ada plaster berdarah didalamnya

    Posted: 09 May 2012 08:30 PM PDT

    RIYADH - Roti umumnya berisi cokelat atau daging. Namun, di Arab Saudi ternyata ada roti yang berisikan plaster. 

    Roti ini secara tidak sengaja ditemukan oleh seorang perempuan di sebuah restoran popular di Arab Saudi.

    Cerita berawal ketika sekelompok guru di sebuah sekolah perempuan mendatangi sebuah restoran popular di Arab Saudi. Salah satu dari mereka pun diketahui memesan roti.

    "Namun, ketika perempuan itu menggigit rotinya ia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Ternyata roti yang dipesannya itu berisikan plaster yang masih berlumuran darah," tulis Daily Kabar dalam laporannya yang dikutip Emirates247 Rabu, (9/5/2012).

    Sekelompok perempuan itu pun mengeluhkan kejadian itu kepada pengelola restoran. 

    Manajer restoran itu khabarnya cuba berdamai dengan memberikan mereka sejumlah juga makanan percuma. Namun, upaya damai itu ditolak oleh sekelompok guru tersebut.

    "Para guru tetap berkeinginan untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa. Mereka sangat menyayangkan adanya kejadian ini. Mereka juga berharap agar restoran itu segera ditutup kerana kejadian ceroboh itu dapat menyebabkan terancamnya nyawa seseorang," muat Daily Kabar dalam laporannya.

    Tidak dijelaskan lebih lanjut bagaimana plaster yang masih berlumuran darah itu boleh berada di dalam roti.(rhs)

    Televisyen Unik dengan Tenaga Basikal

    Posted: 09 May 2012 08:15 PM PDT

    BROCKENHURST - Program ramah lingkungan yang diterapkan oleh penginapan Cottage Lodge amat menarik. Penginapan itu menyediakan televisyen yang elektriknya berasal bertenaga basikal. 

    Para tamu diruangan masing-masing boleh menonton televisyen dengan menjaga kesihatan tubuh dengan cara berbasikal. Mereka harus mengayuh pedal basikal untuk menghasilkan energi agar televisyen itu tetap menyala.

    Penginapan yang terletak di desa Brockenhurst, Inggris ini juga dilengkapi dengan panel surya dan kompor pembakaran kayu untuk menghasilkan air panas dan shower untuk menjimat penggunaan air. Sementara itu, tempat tidur, meja rias, almari pakaian dan cermin dibuat dari pohon lokal yang sudah tumbang.

    Christina Simons, pemilik hotel, telah menghabiskan waktu hampir lapan tahun untuk mengubahnya menjadi bangunan yang ramah lingkungan. Dia juga menjelaskan bagaimana dia boleh mengubah bangunan yang sudah ada itu sejak 360 tahun yang lalu. 

    "Bangunan ini sudah ada sejak tahun 1650 yang dikenal sebagai bangunan kapal reklamasi. Saya hanya fokus pada tiga hal ketika mendirikan sebuah bangunan, yakni mengurangi limbah, meminimalkan polusi dan menggunakan sumber daya dengan impak serendah mungkin," ujar Simons, seperti dikutip dari The Telegraph, Rabu (9/5/2012) 

    "Saya juga ingin menunjukkan bahawa pola ramah lingkungan sangat menarik dan ternyata para tamu senang berbasial," imbuhnya.

    Penginapan itu telah memenangkan beberapa penghargaan untuk penerapan pola ramah lingkungan, termasuk penghargaan dari Visit Britain dan AA. Penginapan itu dihargai per malam  129 per poundsterling .

    Michael Bunuh Diri Setelah Kucing Kesayangan Mati

    Posted: 09 May 2012 08:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki memilih bunuh diri kerana tak tahan menanggung penderitaan setelah kematian kucing kesayangannya akibat stroke. Demikian dilapor The Sun, Rabu (9/5/2012).
     
    Lelaki bernama Michael McAleese (44) tidur bersama kucing bernama Sophoe selama tiga hari setelah terkena stroke dan mati dalam pelukannya. Ia juga mem-posting video yang didedikasikan kepada kucing betina berusia 13 tahun itu.
    "Ini adalah kenangan tentangnya. Ia adalah kucing yang sungguh luar biasa," tulis McAleese tentang Sophie yang mati pada 8 Disember 2011. Tubuh lelaki ini ditemukan lapan hari kemudian pada  21 Disember di rumah sewanya di Poole, Dorset, Inggris.
    Dalam persidangan koroner di Bournemouth Coroner's Court, saudara perempuannya bernama Juliet Willmore, memberikan kesaksian. "Ia mengatakan siapapun yang ingin melakukan kremasi terhadap kucing itu maka ia akan bunuh diri," jelas sang adik. Hasil keputusan pengadilan koroner menyatakan jika penyebab kematian McAleese adalah bunuh diri.

    Wanita lumpuh cipta sejarah maraton

    Posted: 09 May 2012 07:45 PM PDT


    LONDON, Britain - Seorang wanita lumpuh, Claire Lomas menjadi manusia pertama menamatkan perlumbaan maraton dengan menggunakan sut bionik apabila tiba di garisan penamat di sini kelmarin, 16 hari selepas dia memulakan larian.
    Lomas, 32, mengalirkan air mata kegembiraan ekoran berjaya menamatkan larian Maraton London sejauh 42.2 kilometer dengan bantuan sut bionik ReWalk.
    Sut berkomputer berkenaan meniru tindak balas sendi manusia bagi membantu orang lumpuh bergerak.
    "Pada mulanya, saya sangsi dapat menamatkan larian ini," kata Lomas yang lumpuh akibat terjatuh semasa menunggang kuda lima tahun lalu.
    "Saya berusaha setiap hari dan setiap langkah membawa saya semakin hampir ke garisan penamat," tambahnya. Kehadiran suami dan anak perempuannya yang berusia 13 bulan, Maisie membakar semangat wanita itu untuk berjalan lebih dua kilometer sehari.
    Dia yang bekerja sebagai pereka barangan kemas berjaya mengumpulkan sumbangan lebih £86,000 (RM426,034) untuk sebuah tabung amal bagi membiayai penyelidikan rawatan lumpuh akibat patah tulang belakang atau leher.
    Berharga sekitar £43,000, sut ReWalk direka oleh seorang usahawan Israel, Amit Goffer. - AFP
    sumber : kosmo online

    Lukis Ferrari pada garaj untuk hilangkan kecewa

    Posted: 09 May 2012 07:30 PM PDT


    LONDON: Peminat kereta, Chris Smart tidak mampu membeli sebuah Ferrari idamannya yang berharga �15 juta (RM75 juta).
    Untuk mengubati kekecewaannya, dia melukis gambar kereta berkenaan di pintu garajnya.

    Smart, 32, menghabiskan masa dua minggu melakar dan mengecat gambar Ferrari 250 GTO yang dikeluarkan pada 1962 dengan cat kalis cuaca. Kereta itu kini sukar diperoleh. Jiran dan orang ramai yang melintasi depan garajnya boleh dimaafkan sekiranya beranggapan pekerja perkhidmatan sokongan pelanggan itu menjual BMW 1 Seriesnya untuk mendapatkan kereta sport klasik itu.


    Beberapa pemandu dikatakan brek mengejut untuk melihat 'kereta' itu ketika melintasi garaj Smart di Bishopstoke, berhampiran Eastleigh, Hants.

    Chris yang sudah berumah tangga dan pernah belajar melukis di sebuah kolej berkata: 'Sebelum ini saya benci melihat pintu garaj itu kerana ia membosankan.


    "Saya melihat pintu depan garaj yang menarik di Internet dan mahukan sesuatu yang unik," katanya. - TS



    sumber : myMetro

    Lelaki kedua dakwa dicabul Travolta

    Posted: 09 May 2012 07:15 PM PDT


    LOS ANGELES: Seorang lagi tukang urut tampil mengemukakan tuntutan saman bernilai AS$2 juta (RM6 juta) ke atas John Travolta, semalam.
    Menurut lelaki itu, aktor terbabit melakukan serangan seksual dalam dua kejadian berasingan ketika dia memberikan perkhidmatan kepadanya.

    Dakwaan itu terkandung dalam dokumen mahkamah difailkan semalam.


    Lelaki kedua - yang tidak didedahkan identitinya itu - hanya dirujuk sebagai John Doe No 2 dan menetap di Georgia. Menurutnya, Travolta meraba kakinya, menyentuh kemaluan dan cuba memulakan aksi seks dalam temu janji di bilik hotel disewa aktor terbabit di Atlanta pada 28 Januari lalu. Dakwaan itu selari dengan kenyataan John Doe No 1, seorang tukang urut di Texas, yang memfailkan aduan awal pada minggu lalu.

    Kata lelaki terbabit, Travolta melakukan serangan seksual ketika dia mengurutnya di Hotel Beverly Hills pada 16 Januari.


    Peguam Travolta, Martin Singer, berkata dakwaan kedua itu sama mengelirukan dan mengarut seperti tuduhan pertama.




    "Pelanggan kami akan membuktikan dia tidak bersalah di mahkamah," katanya.

    Jurucakap Travolta pula menganggap saman itu "rekaan semata-mata." Sementara itu, peguam plaintif, Okorie Okorocha, berkata sejak aduan awal difailkan minggu lalu, dia dihubungi ramai individu yang mengadu berdepan masalah sama.


    "Saya akan failkan aduan bagi setiap mangsa.

    "Travolta sebelum ini berjaya mengelak diadili dan dia akan mencabar saya, tetapi saya tak gentar dan akan menghadapinya," katanya.


    Menurut Okorcha, kes itu tidak dirujuk kepada polis kerana mereka tidak yakin pihak berkuasa itu akan mempercayainya.


    Nama Travolta, 58, menjulang pada 1970-an melalui siri komedi Welcome Back Kotter sebelum muncul dalam pelbagai filem, termasuk Saturday Night Fever, Grease dan Pulp Fiction. - Reuters



    sumber : myMetro

    Tawar isteri rakan untuk dimakan

    Posted: 09 May 2012 07:00 PM PDT


    LONDON: Seorang ahli politik sadis menawarkan isteri dan anak rakannya untuk dimakan menyelamatkan rakannya daripada berdepan dengan kes perceraian yang rumit.
    Hans Ulrich Rudel, 53, yang didapati bersalah kerana membunuh, dituduh menyiarkan iklan dengan menggunakan nama wanita itu dan anak perempuannya berusia 12 tahun.

    Dia menulis dalam iklan itu: "Mencari orang yang tegas dan berpengalaman atau sadis yang boleh mengubah menjadi haiwan tanpa kerelaan sendiri." Kandungan iklan itu seterusnya berbunyi: "Juga berminat untuk menemui lelaki yang bersedia untuk menyembelih dan 'dolce' serta suka untuk memanggang kami pada pencucuk." Rudel didakwa menyiarkan iklan itu menerusi Internet untuk membantu rakannya, anggota polis, Peter Joachim, 50, yang berdepan dengan kes perceraian bersama isteri, Patricia, 27.


    Rudel yang menggunakan nama Marquis el Diablo di kelab S&M miliknya, memberitahu polis: "Saya berharap Patricia akan hilang dari radar dan Joachim mendapat hak memelihara anak mereka." Rudel yang berasal dari Winterthur, Switzerland, kemudian memberitahu polis, 'dolce', yang bererti makanan pembasuh mulut dalam bahasa Itali, adalah perkataan yang digunakannya untuk kegiatan kanibal.

    Dia ditahan selepas seorang ejen polis menjadi seorang daripada 20 orang yang memberi reaksi terhadap iklannya.


    Rudel ditahan pada 2010 kerana disyaki menyebabkan satu pembunuhan.




    Joachim yang mengasaskan cawangan tempatan untuk Parti Konservatif Switzerland, BDP, bersama-sama Rudel, ditahan berhubung iklan itu dan dipenjara selama beberapa minggu sebelum polis menyedari dia tidak tahu menahu mengenai rancangan jahat itu.

    Rudel yang bekerja di pejabat perancang bandar memberitahu polis, dia memasukkan iklan itu dengan harapan ada orang yang akan membunuh Patricia.


    Katanya, dia yakin wanita itu akan terdorong untuk menyertai permainan seks sadis tanpa menyedari ia akan menyebabkan kematiannya.

    "Saya berharap Patricia akan diambil oleh seorang penyembelih dan tidak muncul lagi.' Rudel yang akan dibicarakan hari ini, sudah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana terbabit dalam pembunuhan ritual seorang wanita muda pada 1998.


    Dia menembak mangsa sebelum memaku mayat itu pada dahan pokok.


    Kes itu dijangka mendedahkan lebih banyak fantasi kanibal di Eropah yang mula terbongkar pada perbicaraan kanibal Jerman, Armin Meiwes pada 2003. - TS



    sumber : myMetro


    Lelaki ‘buta’ ilmu farmasi menyamar pakar ubat

    Posted: 09 May 2012 06:45 PM PDT


    TANJUNG MALIM: Biarpun 'buta' pengetahuan berhubung ubat-ubatan dan farmasi, seorang lelaki dikesan berani menyamar sebagai pakar perubatan moden untuk memperdaya orang ramai sejak sekian lama.
    Lelaki berusia 42 tahun itu dikesan licik menjalankan kegiatan di sebuah kedai ubat di bandar Tanjung Malim, di sini, dengan berlakon kononnya mempunyai kelayakan sah untuk menjualnya kepada orang ramai.

    Penipuan itu bagaimanapun terbongkar selepas beberapa pegawai Bahagian Penguat kuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), cawangan Perak melakukan penyamaran sebelum berpura-pura memasuki premis itu untuk membeli ubat-ubatan.


    Sumber BPF berkata, hasil bukti diperoleh itu, pihak BPF kemudian melakukan serbuan sebelum menyoal siasat suspek lelaki warga tempatan itu dalam operasi dilakukan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

    Menurutnya, lelaki terbabit yang disoal siasat gagal menunjukkan bukti kelayakannya sebagai ahli farmasi bertauliah, selain gagal menunjukkan Mykad miliknya kepada pegawai BPF.


    "Lelaki itu memberi pelbagai alasan kononnya Mykad miliknya hilang, manakala lesen memandu turut didakwa lesap entah ke mana.



    "Lelaki itu memberitahu kedai ubat itu adalah milik adiknya yang berusia 38 tahun," katanya.

    Menurutnya, adik lelaki suspek didakwa menyerahkan tugas menjaga kedai ubat itu kepada suspek sementara dia berurusan di luar negara.



    SUMBER : MYmetro

    Anak hilang di pusat jagaan

    Posted: 09 May 2012 06:30 PM PDT


    KUALA LUMPUR: "Saya risaukan keselamatan anak saya yang hilang sejak 25 Mac lalu di pusat jagaan dan sehingga kini tiada khabar mengenainya dan apa membimbangkan adalah dia mengalami penyakit hilang ingatan," kata Mohd Masrokhin Masruri.
    Mohd Masrokhin, 55, berkata anaknya, Muhammad Izzuddin atau Din, 21, hilang ketika masih dalam pengawasan di Pusat Jagaan Darul Atiq selepas sepuluh hari berada di pusat berkenaan.

    "Saya dan isteri masing-masing bekerja dan adik-beradiknya yang lain pula sibuk bekerja dan bersekolah. Saya menghantarnya ke pusat jagaan dengan harapan kebajikan serta keselamatannya lebih terjamin," katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.


    Masrokhin berkata, dia diberitahu penjaga pusat terbabit bahawa anaknya hilang sejak jam lapan pagi apabila datang ke pusat itu untuk menjenguk Muhammad Izzuddin.

    Katanya, anak keempat daripada lima beradik itu mengalami masalah hilang ingatan sejak 2007 dan pernah hilang dari rumahnya pada April 2009 sebelum ditemui anggota polis peronda berhampiran sebuah restoran di Bukit Jelutong.


    "Dia seorang yang tidak pandai berdikari dan ini yang sangat merisaukan kami sekeluarga dan sudah sebulan lebih dia belum ditemui," katanya.



    Sehubungan itu, dia meminta orang ramai yang menemui Din segera menghubunginya di talian 019- 3313225, 013-3595916 atau mana-mana balai polis berhampiran.


    sumber : myMetro

    Dimamah mesin

    Posted: 09 May 2012 06:15 PM PDT


    MERSING: Seorang penyelenggara mesin di sebuah kilang sawit di sini, Mohd Sharil Sidik, 21, putus pergelangan tangan kanannya yang terperosok ke dalam mesin pengangkut ketika melakukan kerja pembersihan.
    Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Ahad lalu, mangsa dikatakan sedang bertugas seorang diri dan berada di atas mesin berkenaan sebelum tangannya dipercayai tersangkut pada mesin itu menyebabkan pergelangan tangannya terputus dan tercampak ke lantai. 
    Jeritan kuat mangsa menyebabkan rakannya dikenali sebagai Wan, 20-an yang berada di stor kilang berkenaan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui pergelangan tangan mangsa yang terputus.

    Wan berkata, melihatkan kecederaan parah dialami mangsa, dia menghubungi pengurus kilang memaklumkan kejadian itu sebelum membawa mangsa serta bahagian tangan yang putus ke Hospital Mersing (HM).



    Sebaik mangsa tiba di HM, pengurusan kilang itu menghubungi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan serta Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan kecemasan.



    sumber : myMetro

    Ibu dan siksa suami bergilir-gilir

    Posted: 09 May 2012 06:00 PM PDT


    LIMBANG: Siasatan polis berhubung kes seorang warga emas terlantar sakit yang didera isteri dan anak lelakinya di Kampung Tanggung Unggar, di sini, membawa kepada penemuan mengejutkan apabila dua beranak itu didapati turut merakam perbuatan zalim mereka menggunakan kamera telefon bimbit.
    Tindakan wanita dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun itu terbongkar selepas polis menemui tiga rakaman video memaparkan perbuatan keji mereka dalam komputer riba 1Malaysia milik pelajar berkenaan di rumah mereka, semalam.
    Lebih mengejutkan, rakaman video itu memaparkan wanita berkenaan yang berusia 50 tahun memukul suaminya dengan rotan manakala anak lelakinya 'tumpang sekaki' mendera bapanya, termasuk menarik alat sulit lelaki berusia 64 tahun itu.

    Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, jiran keluarga terbabit menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Khamis lalu, melaporkan perbuatan kejam dua beranak itu.



    "Keesokannya, pegawai JKM bersama polis pergi ke rumah mereka yang mengambil masa sejam perjalanan dengan bot dari sini," katanya ketika dihubungi, semalam.



    sumber :  myMetro

    Pencuri motor lambai tangan langgar pasu bunga

    Posted: 09 May 2012 05:45 PM PDT


    ALOR GAJAH: Seorang pencuri motosikal sempat melambai tangan kepada pemilik motosikal yang cuba mengejarnya sebelum suspek diberkas dengan bantuan polis selepas merempuh pasu bunga dalam kejadian di Kuala Sungai Baru, dekat sini, malam kelmarin.
    Dalam kejadian jam 8.25 malam, pemilik motosikal berkenaan, Lim Chuan Kai, 20, dari Kampung Lubok Redan, di sini, datang ke sebuah kedai runcit di sebuah taman perumahan untuk membaiki kereta rakannya yang rosak.

    Katanya, dia meletakkan motosikal Honda EX5 miliknya di hadapan kedai runcit dalam keadaan kuncinya masih terlekat pada kenderaan itu.


    "Tiba-tiba saya dengar enjin motosikal dihidupkan dan seorang lelaki cuba melarikannya lalu saya mengejar suspek dengan menaiki kereta rakan.

    "Setibanya di pekan Kuala Sungai Baru, saya meminta bantuan anggota polis trafik yang melakukan sekatan jalan di situ untuk mengejar lelaki terbabit," katanya.


    Katanya, ketika memecut motosikalnya suspek melambai tangan ke arahnya sebelum lelaki itu membuat satu pusingan di hadapannya dan menuju Kuala Sungai Baru.



    "Lelaki terbabit berpatah balik dan membuat satu pusingan di hadapan kami tanpa memakai topi keledar sebelum memecut ke pekan sebelum kami mengejarnya," katanya.

    Menurut Lim, lelaki itu tiba di jalan mati di kawasan perumahan penduduk kampung sebelum merempuh beberapa pasu bunga di hadapan rumah penduduk dan tersungkur.


    "Melihatkan suspek terjatuh, saya bersama tiga rakan yang mengejarnya cuba mengepung, tetapi dia bertindak agresif sebelum seorang anggota polis menahannya dan dibawa ke Balai Polis Kuala Sungai Baru," katanya ketika di temui.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan laporan berhubung tangkapan seorang suspek ketika cuba melarikan motosikal curi.


    Katanya, ketika kejadian empat anggota polis diketuai Inspektor Marzooki Abd Fatah serta tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) melakukan sekatan.


    "Selepas menerima maklumat awam berhubung kejadian, sebuah kereta peronda polis membuat rondaan di kawasan sekitar sebelum terserempak suspek yang menunggang motosikal curi.


    "Ketika diarahkan berhenti, suspek melarikan diri sebelum terperangkap di jalan mati.


    "Berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis sebelum orang awam datang membantu dan dia mengalami kecederaan," katanya ketika ditemui semalam.


    Katanya, suspek warga tempatan berusia 22 tahun itu direman empat hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan



    sumber : myMetro

    Lima Bedah Plastik Paling Aneh

    Posted: 09 May 2012 05:30 PM PDT

    Bedah plastik adalah usaha untuk mempercantik Penampilan tubuh dan wajah. Sebenarnya, banyak prosedur bedah plastik yang unik dan berfungsi memperbaiki penampilan bahagian tubuh lain.

    Prosedur ini memang tidak umum dan tidak diketahui ramai orang. Seperti lima jenis bedah plastik berikut, yang dilansir dari Foxnews.

    1. Voice Lift
    Anda mungkin sudah biasa mendengar metodeface lift atau eye lift dalam operasi plastik. Seperti dua jenis operasi plastik tersebut, voice lift merupakan metode bedah untuk memperbaiki suara dengan menghilangkan suara serak. Biasanya prosedur ini dilakukan untuk para penyanyi.

    Tetapi saat ini orang biasa juga mulai  tertarik melakukannya demi mendapatkan suara yang indah. Dalam beberapa kes, implan pita suara juga dimasukkan melalui sayatan di leher. Dokter juga menyuntikkan lemak atau kolagen ke dalam pita suara untuk membuatnya lebih bulat dan lentur dan menghasilkan suara yang terdengar lebih muda.

    2. Toe Tuck
    Sulit untuk mendapatkan saiz di kaki? Operasi toe tuck mungkin boleh jadi solusi. Dalam prosedur ini bahagian ibu jari kaki sedikit dipotong, sehingga menimbulkan efek kaki yang lebih kecil dan cantik.

    Operasi ini disebut-sebut sebagai jenis operasi kaki yang paling sakit. Tetapi banyak wanita yang melakukannya demi tampil maksima saat menggunakan kasut tumit tinggi.

    3. Ear Pointing
    Prosedur ini bisa dikatakan yang paling aneh. Iaitu sedikit bahagian daun telinga atas akan dipotong, kemudian hujungnya dijahit. Hasilnya, daun telinga bahagian atas terlihat lebih runcing.

    4. Tongue Patch
    Jika diet anda tak berhasil, mungkin boleh mencuba tongue patch. Prosedur operasi ini adalah alternatif cara untuk menurunkan berat badan dan hanya boleh dilakukan oleh segelintir ahli bedah di Amerika Syarikat.

    Iaitu dengan sedikit mematikan rasa di lidah dengan menjahit selembar plastik, tipis bertekstur kasar seukuran setem pada lidah. Hasilnya, pesakit akan merasa tidak nyaman dan tidak ingin memakani makanan padat, serta melakukan diet cairan sampai 30 hari.

    5. Knee Lift
    Prosedur knee lift popular setelah Demi Moore dikhabarkan melakukannya. Tujuannya adalah membuat kulit sekitar lutut tetap cantik. Caranya dengan menghilangkan kulit lutut yang kendur di atas tempurung lutut.

    Kekenduran kulit di sekitar lutut memang akan terjadi seiring bertambahnya usia atau ketika berat badan turun secara drastis. Efek sampingnya adalah kemungkinan timbulnya parut dan waktu penyembuhan yang panjang kerana kulit dipotong di bahagian persendian yang aktif bergerak.

    Aksi Panas Dan Menggoda Model Di Pinggir Pantai

    Posted: 09 May 2012 05:15 PM PDT


    v



    v



    v




    v




    v




    v




    v



    awek yang cun-cun belaka...hahahaha

    Wanita hamil terjun dari tingkat tiga selamat

    Posted: 09 May 2012 05:00 PM PDT



    "Tanpa kekuasaan tangan Tuhan, tidak mungkin kami dan bayi kami boleh selamat," kata Sun Yanqing (20). 


    Kejadian ini berlaku ketika Sun yang hamil 5 bulan bersama dengan suaminya berada di sebuah gedung di Changchun, Jiling.Tanpa diduga api membakar bangunan tersebut dan mereka terperangkap di tingkat tiga bangunan tersebut. Akhirnya keduanya nekad untuk terjun ke bawah untuk menyelamatkan diri.


    Dari sinilah keajaiaban terjadi, sesampai di bawah mereka berdua dilarikan ke hospital. Ajaibnya setelah dibuat pemeriksaan oleh doktar , Sun Yinqing dalam keadaan sihat begitu juga dengan kandungannya


    Mereka suami isteri bersyukur sampai menangis seolah tidak percaya dengan hasil pemeriksaan tersebut.-



    Kerana asyik berpelukan ,orang seluk saku pun tak sedar

    Posted: 09 May 2012 04:45 PM PDT





    Memang betul-betul berani penyeluk saku.....


    Poster-poster Filem Yang Serupa Tapi Tak Sama [Pics]

    Posted: 09 May 2012 04:30 PM PDT

    Orang kata industri perfileman adalah industri kreatif, apa benar begitu? Tentu saja! Asal kamu tidak menghitung desain poster filem mereka sebagai sebuah ukuran kekreatifi. Mengapa? Lihat gambar ini dan kamu akan tahu mengapa.








    sumber : http://christophecourtois.blogspot.com

    Usia 10 Tahun, Anak Cindy Crawford jadi Model Versace

    Posted: 09 May 2012 04:15 PM PDT


    Anak dari super model Cindy Crawford, Kaia Gerber sepertinya memiliki bakat yang sama dengan sang ibu. Baru berusia 10 tahun, ia pun menjadi model untuk rumah mode ternama Versace.


    Dalam sebuah foto, Kaia nampak berpose dengan mengenakan jaket kulit, atasan putih serta skirt lipit karya Donatella Versace. Foto tersebut merupakan kempen iklan untuk debut Young Versace, lini busana dan aksesori untuk anak-anak berusia hingga 12 tahun.


    Pada akhir tahun 90-an, Cindy Crawford sendiri merupakan muse untuk Gianni Versace. Oleh kerana itu, tak hairan jika Kaia dipilih menjadi model dalam kempen iklan rumah mode asal Itali tersebut. Hal itu juga membuat Crawford merasa bangga, kerana puterinya mahu mengikuti jejaknya.


    "Saya sangat senang Kaia dipilih untuk menjadi sebahagian dari kempen pertama Young Versace. Saya punya banyak kenangan indah yang dihabiskan bersama Gianni dan Donatella. Ada sesuatu yang spesial tentang Versace," ujar model yang kini berusia 45 tahun itu, seperti yang dikutip dari Daily Mail.


    "Seperti ibunya, Kaia memiliki bakat yang spesial. Kamera benar-benar mencintainya. Kehadiran Cindy membawa saya kembali ke masa lalu yang luar biasa, saat kita bekerja bersama. Sangat senang melihat Kaia berjalan mengikuti jejak ibunya," terang Donatella, direktur kreatif rumah mode Versace.




    Sumber : http://www.wolipop.com

    Kesian adik ini tubuh 'terbakar' setiap kali makan

    Posted: 09 May 2012 04:00 PM PDT


    VIVAnews - Ella Campbell, 5, berteriak kesakitan setiap kali makan. Tubuhnya seperti terbakar. Bahkan, boleh juga pengsan. Demi bertahan hidup, gadis dari Aylesbury, Buckinghamshire, Inggris, itu terpaksa mengasup makanan cair berformula khusus melalui tiub yang menembus perutnya.

    Ella menghabiskan sebahagian besar waktunya di hospital. Selama lebih dua tahun, penyakitnya menjadi misteri hingga akhirnya doktor Great Ormond Street Hospital berhasil mendiagnosisnya mengalami Eosinofilik.

    Eosinofilik merupakan penyakit langka di mana eosinofil, sejenis sel darah putih, ditemukan di atas jumlah normal di berbagai bahagian organ tubuh. "Keadaan ini rentan membut peradangan dan kerosakan jaringan," kata sang ibu, Karen Campbell, 31, seperti dikutip dari Daily Mail.

    Karen pernah kecewa melihat keadaan Ella. Belasan doktor ia datangi, tapi tak boleh menjawab keadaan puterinya yang boleh pengsan 8-10 kali sehari. "Sampai usia dua tahun adalah saat-saat menakutkan, dia (Ella) sangat lemah, kurus, dan kerap dehidrasi kerana tak boleh makan. Tak ada diagnosis jelas, yang muncul cuma dugaan kanser atau tumor otak."

    Setelah misteri kesihatan Ella terjawab, Karen lebih boleh melakukan kawalan agar puterinya tumbuh normal. Selain rutin menyuntikkan makanan cair melalui perut, Karen juga menyiapkan kek dan biskuit khusus yang tak mengandung gandum, gluten, susu, telur dan kedelai.

    Kek spesial itu biasanya menjadi bekal makan siang Ella di sekolah. "Ella kerap stress setiap kali makan siang bersama, ia sangat ingin boleh makan seperti teman-temannya, tapi baginya itu akan sangat menyakitkan. Tak jarang, dia pengsan saat saya jemput kerana memaksakan diri 'membakar' tubuhnya di sekolah."

    Satu-satunya makanan yang tak membuat Ella terkapar adalah daging panggang. Ella sangat menikmati sajian ayam panggang bercampur sayuran dan kentang rebus tanpa perisa untuk makan malam.

    Manusia kalau dah mabuk

    Posted: 09 May 2012 11:00 AM PDT

    Beginilah aksi-aksi manusia kalau dah mabuk.Dah tak kira tempat untuk nak 'landing'.....













    Agaknya inilah baju pengantin yang paling daring

    Posted: 09 May 2012 10:30 AM PDT

    relaks kasi susspen sikit....


    v




    v




    v




    v





    v





    memang berani...daring habis baju pengantin ini....

    Haah..cara nak selamatkan komputer dari gangguan budak kecil

    Posted: 09 May 2012 10:15 AM PDT


    Tragedi Somalia: Ibu Harus Pilih, Anak Mana yang Akan Mati

    Posted: 09 May 2012 10:00 AM PDT


    Perjalanan para penduduk Somalia menuju negara tetangga untuk mencari makan kadang menghabiskan waktu berhari-hari. Dalam perjalanan, seorang ibu terpaksa meninggalkan anak mereka yang tidak berdaya, demi kelangsungan hidup anak yang lainnya.

    Kenyataan pahit ini harus dijalani oleh Wardo Mohamud Yusuf, seorang ibu berusia 29 tahun. Wardo telah berjalan selama dua minggu di tengah terik menuju perbatasan Kenya. Di tempat ini, dia berharap mendapatkan makanan dan minuman di khemah pelarian yang disediakan negara jiran.

    Wardo menggendong anak perempuannya yang berusia satu tahun di punggungnya, sementara anak lelakinya yang berusia empat tahun berjalan bersamanya. Dua minggu berjalan dengan makanan dan minuman yang sedikit, anak lelaki malang tersebut pengsan.

    Wardo langsung memberikan sedikit minuman yang dia bawa di kepalanya kepada putranya. Namun, kerana tidak sedarkan diri, anak itu tidak dapat meneguk air untuk menghilangkan dahaga. Wardo berteriak minta tolong, keluarga dan kerabatnya tidak ada yang berhenti. Mereka tetap berjalan, mengkhuatirkan diri mereka sendiri.

    Akhirnya, Wardo harus memilih. Sebuah pilihan yang ibu manapun pasti sulit melakukannya.

    "Akhirnya, saya putuskan untuk meninggalkan dia, menitipkannya kepada Tuhan, di tengah jalan," ujar Wardo ketika diwawancara di khemah pelarian di Dadaab, Kenya, dilansir dari lamanDaily Mail, Jumaat, 12 Ogos 2011.

    Pengalaman serupa pernah dialami oleh Faduma Sakow Abdullahi, janda 29 tahun. Dia mengaku berjalan berhari-hari dari kampung menuju Dadaad bersama lima orang anaknya yang berusia 5, 4, 3, 2 dan seorang bayi yang baru dia lahirkan.

    Tinggal sehari lagi sampai di khemah pelarian, putra dan putrinya yang berusia 5 dan 4 tahun tidak bangun setelah istirahat sejenak di bawah pohon. Air yang dia bawa tinggal sedikit, Faduma mengaku tidak ingin mensia-siakan air yang boleh diberikan kepada anak-anaknya yang lain itu.

    Dia harus memilih, memberikan air kepada anak-anaknya yang sekarat dan membiarkan bayinya kehausan, atau meninggalkan kedua anaknya di jalan dan memberikan air kepada anaknya yang lain. Akhirnya dia memilih untuk meninggalkan mereka berdua. Ragu, Faduma sempat balik untuk memastikan kedua anaknya telah tewas.

    Baik Faduma mahupun Wardo sedar betul apa yang mereka lakukan. Mereka mengaku selalu dihantui rasa bersalah yang teramat besar. Wardo mengatakan dia selalu terbayang putranya ketika melihat anak sebayanya bermain. Dr. John Kivelenge, ahli masalah kejiwaan di Dadaad mengatakan keputusan mereka adalah keputusan yang normal.

    "Itu adalah reaksi normal di tengah situasi yang abnormal. Mereka tidak mungkin duduk dan menunggu lalu mati bersama-sama," kata Kivelenge.

    "Namun setelah beberapa bulan, mereka akan mengalami post-traumatic stress disorder. Mereka akan mendapatkan mimpi buruk dan kilas balik peristiwa tersebut," lanjut Kivelenge lagi.

    Menurut laporan pemerintah Amerika Syarikat, kelaparan di Somalia telah menewaskan 29.000 anak-anak di bawah umur lima tahun dalam tiga bulan terakhir. Kelaparan antara lain disebabkan kemarau panjang, mahalnya harga pangan, dan konflik berkepanjangan.

    Bagi yang ingin memberikan bantuan, boleh melalui Program Food for Somalia yang digagas ACT [fimadani.com]

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS