Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Kontroversi Rihanna : Tatu Jawi Arab Di Badan Rihanna Untuk Cover Album What’s My Name

Posted: 18 Nov 2010 09:20 PM PST

Rihanna Whats My Name feat Drake FanMade1 500x500 Kontroversi Rihanna : Tatu Jawi Arab Di Badan Rihanna Untuk Cover Album Whats My Name

Ada orang kata tatu bertulisan jawi, tetapi kami kata tatu bertulisan arab. Kenapa kami berani berkata begitu? Ada sebab musabab yang akan kami rungkaikan selepas ini.

Ada pemilik blog mendedahkan tulisan jawi yang terdapat di bahagian rusuk Rihanna membawa maksud Aheret Fi Mesiah , di-translate bulat-bulat ikut bacaan jawi. Kami tidak dapat tangkap maksud ayat tersebut, bunyi pun ala-ala bahasa hebrew yang dimiliki oleh bangsa Yahudi. Nak dijadikan cerita, tulisan jawi tersebut diolah dalam bentuk bahasa Melayu, sehingga berbunyi seperti Akhirat Pergi Malaysia. LOL!

tatoo91 Kontroversi Rihanna : Tatu Jawi Arab Di Badan Rihanna Untuk Cover Album Whats My Name

Nak dijadikan isu, penulis blog melibatkan isu Freemason dengan agenda kebencian terhadap orang Melayu. Ya, tidak dinafikan agenda Freemason giat diperkatakan oleh orang kita sejak kebelakangan ini, namun jangan sampai setiap perkara pun nak dijadikan isu. Kalau orang Yahudi atau orang luar baca, buat gelak kuat-kuat, membayangkan keobsesan bangsa terhadap Freemason yang tak sudah-sudah, sedangkan bangsa mereka pun tak heran.

freedom in christ arabic tattoo thumb4 Kontroversi Rihanna : Tatu Jawi Arab Di Badan Rihanna Untuk Cover Album Whats My Name

Ini spesial'nya OHBULAN!, kami menyiasat perkara ini dan mendapati perkataan di atas sebenarnya berbunyi seperti ini, Alhoreyah fi almasih, yang bermaksud, Freedom is god. Horeyah = Freedom, Almasih = Nabi Isa (Dalam konteks Kristian, Jesus/christ)

Fuh, butthurt! Rihanna guna tulisan arab sebagai tatu di badan, ini sudah kes menghina! Sudah'lah album berbaur seks, kehidupan liar bagai. Untuk pengetahuan, Rihanna ada 13 tatu di seluruh badannya, baca Sexy Rihanna Tattoo.

Jadi rakan-rakan, jangan sokong Rihanna, boikot lagu Rihanna dalam bentuk apa jua pun. Orang kata, kalau tak dapat melawan, tolak dalam hati pun sudah bagus.

Apa tujuan artikel ini? Untuk sedarkan kalian supaya tak dibodoh-bodohkan dengan unsur Freemason lagi. Cukup-cukuplah.

pixel Kontroversi Rihanna : Tatu Jawi Arab Di Badan Rihanna Untuk Cover Album Whats My Name
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kutipan Tiket Hari Pertama Filem 2 Alam RM2 Juta, Biar Betul?

Posted: 18 Nov 2010 07:24 PM PST

x2 3711a70 Kutipan Tiket Hari Pertama Filem 2 Alam RM2 Juta, Biar Betul?

Keliru kami dibuatnya, menurut AndyHowtt yang gigih melakukan kajian tapak di pawagam-pawagam sekitar Lembah Klang tempoh hari, beliau mendapati jualan tiket filem 2 Alam kurang memberangsangkan, di mana rata-rata dalam 20 penonton yang hadir bagi setiap tayangan.

Cerita panjang pun tak guna, nah kami tadahkan kepada anda dengan screenshot yang memaparkan kekosongan tempat duduk filem 2 Alam.

2alamvsHarryporter Kutipan Tiket Hari Pertama Filem 2 Alam RM2 Juta, Biar Betul?

Ok, logik akal. Mungkin disebabkan Times Square lebih ramai bangsa Cina, tak keterlaluan kalau kami kata filem 2 Alam kurang diberi perhatian – lokasi salah & target market, fail.

Apa kata, kita tinjau pula pawagam di Alamanda. Umum tahu ramai pekerja gomen bershopping di sana, dikelilingi dengan bangunan kerajaan, simple say, ramai bangsa Melayu – lokasi betul, target market, yeay!

alamanda Kutipan Tiket Hari Pertama Filem 2 Alam RM2 Juta, Biar Betul?

Eh, sama kosong je bang?

Untuk tidak bersikap berat sebelah, racist & seumpamanya, rakan kami siasat pula jualan tiket di One Utama (OU), Damansara. Logik akal, OU pada hari bekerja atau tidak bekerja, tetap ramai orang. Tadaaa!

OU Kutipan Tiket Hari Pertama Filem 2 Alam RM2 Juta, Biar Betul?

Apa strategi kumpulan produksi 2 Alam sampai boleh kutip RM2 Juta dalam masa sehari? Kalau anda nak lihat orang-orang tengah mengila melawak pasal 2 Alam, ikuti twitter #2alam & @2alamsarcasm untuk lebih lulz!

pixel Kutipan Tiket Hari Pertama Filem 2 Alam RM2 Juta, Biar Betul?
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Wow! Fauzi & Lisda Beli Rumah Harga Setengah Juta Ringgit

Posted: 18 Nov 2010 11:16 PM PST

GAMBAR RUMAH FAUZI NAWAWI DAN LISDAWATI

Tabik spring kami kat Fauzi Nawawi dan Lisdawati sebab walaupun rumah tangga mereka dilanda dengan pelbagai gosip serta kontroversi yang boleh dikatakan agak melampau, mereka masih mampu bertahan dan yang terbaru, mereka dikhabarkan telah membeli sebuah rumah yang berharga lebih dari setengah juta ringgit. Fuh! Setengah juta tu beb.

Menurut Fauzi, rumah yang dibeli itu adalah hasil daripada titik peluhnya bersama Lisdawati dalam bidang lakonan dan mereka gembira kerana akhirnya dapat memiliki rumah tersebut.

Kami tumpang gembira dan tahniah kami ucapkan kat Fauzi dan Lisdawati kerana telah memiliki sebuah rumah yang boleh dikatakan agak mewah itu. Moga anda semakin bahagia dengan rumah baru.

Sebelum terlupa, Fauzi dan Lisdawati juga dikhabarkan bakal menjadi duta produk Vianco Natura dalam masa terdekat nanti. Alhamdulillah, makin murah rezeki mereka suami isteri.

PSSTT: Jom terjah BLOG SENGAL GILER NI

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Idola Kecil TV9 Kini Sudah Masuk Musim Ke-3

Posted: 18 Nov 2010 06:04 PM PST

IDOLA KECIL TV9

Setelah mendapat sambutan yang amat mengagumkan sepanjang dua musim berturut-turut, kini Idola Kecil kembali lagi di TV9 untuk musim ketiga. Pastinya lebih keseronokan dan cabaran yang menghiburkan. Usia muda juga bukanlah penghalang bagi mereka untuk menempa nama dalam industri seni Malaysia dan pihak TV9 percaya bahawa program realiti kanak-kanak No 1 Malaysia ini sudah pun mempunyai pengaruh tinggi dalam industri muzik tanahair dan ia akan terus melahirkan generasi penghibur yang berkualiti suatu hari nanti.

Setelah menjalani ujibakat di serata Malaysia, 10 peserta berbakat besar telah dipilih untuk berentap di atas pentas Idola Kecil musim ketiga (IK3) yang bersiaran di kaca televisyen pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam dan ianya sudahpun bermula pada 6 November lalu. Para peserta bukan sahaja dipilih berdasarkan bakat nyanyian mereka yang hebat, malah kehandalan dan kemahiran mereka dalam bidang tarian dan juga lakonan.

Menurut Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Nordin, beliau amat kagum dengan bakat serta kebolehan adik-adik kecil yang datang ke sesi uji bakat yang telah diadakan pada Julai dan Ogos yang lalu. Proses pemilihan Idola Kecil pada musim ini juga dikatakan lebih sukar dan daripada hampir 1000 peserta yang datang ke sesi uji bakat, akhirnya 10 peserta yang terbaik dipilih berdasarkan kebolehan seni mereka tanpa mengambil kira usia mahupun jantina. Untuk musim ke-3 ini, ada seorang peserta dari Sabah dan seorang dari Sarawak.

Tambah beliau lagi, pada tahun lalu, Idola Kecil 2 berjaya menggegarkan dunia seni hiburan dan mendapat sambutan di luar jangkaan di mana jumlah penontonnya berjaya mencecah 2.3 juta pada konsert akhir Idola Kecil 2 sementara 1.2 juta bagi episod mingguan. Kesinambungan daripada itu, pada musim ini, pihak Idola Kecil berusaha untuk memberikan yang terbaik dengan meningkatkan lagi kandungan program supaya penonton terutamanya adik-adik di rumah lebih terhibur setiap hari, sepanjang minggu. Pada masa yang sama, Klip Mini Idola Kecil 3 dan juga Klip Ekstra Idola Kecil 3 juga dihasilkan supaya penonton dapat melihat dengan lebih dekat lagi setiap cabaran yang dilalui oleh kesepuluh peserta ini dalam menggapai cita-cita mereka.

Berikut adalah barisan peserta Idola Kecil Musim Ketiga:

IDOLA KECIL TV9

1. Nurhamilya Adiba Bt. Hamzaidi (Adiba)
Umur: 10 tahun
Asal: Perlis

2. Muhammad Afif B. Abdul Halim (Afif)
Umur: 10 tahun
Asal: Kuala Lumpur

3. Farra Noradzlina Bt. Safwan (Farra)
Umur: 10 tahun
Asal: Kedah

4. Nor Harris Alif B. Nor Rashidi (Harris)
Umur: 11 tahun
Asal: Pulau Pinang

5. Angelica Paujin (Angel)
Umur: 11 tahun
Asal: Sabah

6. Abdul Hadi B. Abdul Mazlan (Hadi)
Umur: 11 tahun
Asal: Kuala Lumpur

7. Nor Balqis Bt. Ahmad Tajudin (Balqis)
Umur: 11 tahun
Asal: Terengganu

8. Nadeera Allysha Bt. Aminudin (Deera)
Umur: 11 tahun
Asal: Johor

9. Shazlin Bt. Salamat (Shazlin)
Umur: 12 tahun
Asal: Sarawak

10. Puteri Aszfaryna Khareeza (Puteri)
Umur: 12 tahun
Asal: Kuala Lumpur

Kebanyakan peserta cilik ini sudah pun mempunyai pengalaman dalam membuat persembahan dan ada juga yang pernah berganding dengan penyanyi-penyanyi popular Malaysia. Farra Noradzlina, yang baru sahaja berumur 10 tahun, pernah berkongsi pentas bersama dengan ratu rock Malaysia, Ella. Begitu juga dengan Puteri Aszfaryna Khareeza yang pernah berduet dengan penyanyi popular era 70an hingga 90an iaitu Salamiah Hassan.

Bagi Nor Harris Alif pula, beliau pernah membuat persembahan di Hard Rock Café, Pulau Pinang, bersama kumpulan muziknya sendiri. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa mereka semua mempunyai bakat luar biasa yang akan terus digilap dan sekaligus memperkukuhkan posisi program ini sebagai sebuah platform pencarian bakat utama di Malaysia. Malah ia menjadi satu landasan terbaik dalam pencarian bakat cilik di Malaysia.

Klip Mini Idola Kecil 3 akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis selama 3 minit pada 7.00 petang manakala Klip Ekstra Idola Kecil 3 pula akan bersiaran selama setengah jam pada setiap hari Jumaat jam 9 malam. Klip Ekstra Idola Kecil akan dikendalikan oleh DJ HotFM, Ikhwan yang akan membawa penonton di sebalik tabir aktiviti-aktiviti peserta di luar kelas.

IDOLA KECIL TV9

Sementara itu, Alif Satar terus dikekalkan sebagai hos pada musim ini setelah berjaya menambat hati jutaan penonton setia Idola Kecil musim lalu. Kemesraan, keramahan dan kebijaksanaan Alif dalam menangani situasi kerenah peserta Idola Kecil 2 amat terserlah dan memuaskan semua pihak.

IDOLA KECIL TV9
Dari kiri: Atilia, cikgu Alfa dan cikgu Delly. Hadapan: cikgu Affizal

Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia binti Raja Haron turut dikekalkan sebagai juri tetap berdasarkan kepada pengalamannya yang pandai berkomunikasi dengan adik-adik ketika di atas pentas. Beliau juga menunjukkan sikap profesional di mana setiap teguran dan pendapat beliau amat bernas serta saksama. Setiap minggu Atilia akan berpasangan dengan seorang juri tempatan dalam menilai prestasi kesepuluh peserta Idola Kecil 3 ini.

Seperti biasa, rutin harian Idola Kecil tidak lengkap tanpa kelas-kelas vokal, tarian dan persembahan. Musim ini, tiga tenaga pengajar berpengalaman dibawa kembali untuk memberi "sentuhan emas" mereka dalam membentuk penghibur yang versatil. Mereka adalah Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian) yang sudah pun menurunkan ilmu tidak ternilai mereka pada musim-musim sebelum ini.

Untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan Idola Kecil 3 serta aktiviti-aktviti menghiburkan yang terdapat di dalam Idola Kecil 3 ini, jangan lupa untuk melayari laman web rasmi www.tv9.com.my/idolakecil3. Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik menerusi HotFM yang juga merupakan radio rasmi bagi Idola Kecil 3.

Idola Kecil 3 kali ini mencetus fenomena baru di kalangan penonton cilik TV9. Jangan lupa untuk menonton Idola Kecil 3 bersama keluarga tersayang pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam, mulai 6 November, hanya di TV9, saluran Di Hatiku!

IDOLA KECIL TV9

Selamat menonton!

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Bersiri Ayoub Lakonan Iqram Dinzly & Fizz Fairuz

Posted: 18 Nov 2010 07:56 AM PST

KESABARAN ITU SATU KEIMANAN

Terbaru di TV3, AYOUB terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd bakal menghiasi slot Samarinda mulai 23 November 2010, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam. Drama bersiri 25-episod yang diarahkan oleh pengarah berbakat, Hilter M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato' Rahim Razali dan Mak Jah.

Nukilan skrip oleh Faznita Md Nor mengisahkan Ayoub (Iqram Dinzly) yang sentiasa bersabar terhadap segala rintangan dalam hidupnya. Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun (Rosnah Johari) dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel (Razak Ahmad) lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil (Fizz Fairuz) sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Sadeli), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim).

Mereka dikurniakan 4 orang anak selepas berkahwin. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Syarikat Ayoub mula menghadapi masalah setelah beberapa pekerjanya berpaling tadah. Anak yatim yang pernah dibantunya pula menuduh Ayoub mencabul kehormatannya.

Imej Ayoub sebagai seorang dermawan dan usahawan yang berjaya tercalar. Namun, Ayoub dan Tengku Zarima masih sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Wan Aidil bertindak lebih agresif sehingga tergamak membunuh anak-anak Ayoub serta menyebabkan Ayoub menderita dengan penyakit kulit akibat sisa bahan toksik.

Ayoub telah menyepi diri di dalam hutan. Dia enggan menerima sebarang bantuan daripada sesiapa dan mula menyalahkan Tuhan tentang nasib malangnya. Zahra, seorang anak yatim yang pernah dibantu oleh Ayoub hadir dalam hidupnya dan tekad memulihkan semangat Ayoub. Mampukah Ayoub bangkit semula? Bagaimana pula dengan kesudahan Wan Aidil?

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, "Kali ini, slot Samarinda menampilkan kelainan iaitu memaparkan sikap kesabaran & gemar bersedekah pada watak utamanya, Ayoub selain daripada mengisahkan pergolakan dunia korporat. TV3 sering menerima maklum balas daripada para penonton kami supaya menerapkan elemen-elemen baru dalam drama-drama yang disajikan menerusi slot Samarinda. Lakonan mantap Iqram Dinzly dan juga watak antagonis Fizz Fairuz pasti memberikan impak dalam siri drama AYOUB."

Ikuti siri drama AYOUB di slot Samarinda mulai 23 November 2010, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam, hanya di TV3!

Ayoub

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jawapan Trivia: Jam Casio G-Shock Milik Iqram Dinzly
  • 25 Selebriti Peraga Baju T Ulangtahun TV3
  • Gambar Iqram Dinzly Dengan Putri Aurora
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • Iqram Dinzly Pelakon Rempit VS Impak Maksima
  • Jawapan Trivia: Pasangan Romantis Iqram Dinzly & Fouziah Gous
  • Sekitar Pra Tonton Drama Demi Masa Lakonan Sheila Rusly
  • Konsep Anugerah Skrin 2009 Lebih Meriah?
  • Drama Puteri Aurora Beradu
  • Gambar Faezah Ilai Pelakon Drama La Dolce Amira
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Filem Akeelah and The Bee di TV2

    Posted: 18 Nov 2010 07:35 AM PST

    PERJUANGAN KEHIDUPAN DALAM FILEM AKEELAH AND THE BEE DI TV2

    Cuti sekolah merupakan waktu yang paling dinantikan setelah beberapa bulan menghadapi peperiksaan dan pembelajaran. Para pelajar sepatutnya menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah ataupun melancong ke destinasi pilihan. Bagi ibu bapa pula, kehadiran musim cuti sekolah dimanfaatkan dengan membuat persediaan untuk persekolahan yang bakal tiba juga meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

    Memahami keperluan untuk menyediakan rancangan bermutu sempena cuti sekolah, Radio Television Malaysia (RTM) menyiarkan filem – filem menarik khas untuk menenami masa terluang pelajar sekolah di rumah.

    akeelah

    Khas Cuti Sekolah: Akeelah And The Bee akan menemui adik-adik pada 2 Disember 2010 (Khamis), jam 1.30 petang di saluran TV2. Kisah perjuangan Akeelah dalam mengatasi masalah keluarga ketika menyertai pertandingan mengeja kebangsaan (spelling bee).

    Lakonan berkesan pelakon berbakat Keke Palmer dan Laurence Fishburne berjaya menyampaikan karektor mereka di dalam filem ini. Meniti usia 11 tahun, kehidupan Akeelah yang berasal dari selatan Los Angeles tidak seperti kanak-kanak lain.

    Rencah keluarga Akeelah yang mengalami kematian seorang ayah, ibu yang tidak menghiraukannya dan abang yang menyertai kumpulan samseng. Biarpun semua perkara buruk ini melanda dan menyukarkan Akeelah, remaja perempuan ini dikurniakan pemikiran yang genius.

    Akibat sering tidak hadir ke sekolah, Akeelah menyahut cabaran pengetua sekolahnya dengan menyertai pertandingan mengeja hanya untuk lari daripada didenda. Berdiri di hadapan ramai penonton nyata memerlukan keberanian yang jitu. Tanpa disangka, Akeelah berjaya mengenepikan perserta-peserta lain dan muncul pemenang untuk pertandingan itu.

    Lantas menyedari kebolehan Akeelah, pengetua sekolahnya meminta Akeelah mendapat latihan intensif di bawah latihan seorang professor mata pelajaran Inggeris yang bernama Dr. Larabee untuk persediaan memasuki petandingan mengeja peringkat yang lebih tinggi. Filem yang menitikberatkan kesungguhan seorang pelajar perempuan diteruskan apabila Akeelah menyedari potensinya untuk menyinar di dalam pertandingan tersebut.

    Remaja bercita-cita tinggi ini juga mahu mengharumkan nama kawasan perumahannya dengan seseorang yang berjaya dan boleh dibanggakan. Namun, untuk mecapai semua itu, Akeelah mesti mengharungi segala perkara yang melibatkan keselamatannya dan gangguan daripada masalah peribadi di rumah.

    Masalah kian mengejar Akeelah apabila terpaksa menghadapi tekanan daripada Dr. Larabee yang amat digeruninya. Disebalik perkara-perkara yang berlaku, Akeelah tahu yang pengalaman akan mendewasakan dirinya. Mampukah Akeelah meneruskan perjuangan pertandingan mengeja nanti? Adakah ahli keluarganya akan berubah? Tontoni filem khas cuti sekolah pada 2 Disember 2010 (Khamis), jam 1.30 petang di saluran TV2, Dunia Ria.

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • Filem Orang Minyak: Filem Paling Teruk Tahun 2007
  • Filem 'A Case De Alice' dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008
  • Gambar Eman Manan dan Pelakon Filem Wayang
  • Peraduan Mencipta Poster Filem Anak Halal
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Movie Carnical 2007 Kembali Lagi
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Trailer Filem Syirik Lakonan dan Arahan M. Subash
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    sumber :-

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Fauzi-Lisda Beli Rumah Harga Setengah Juta Ringgit

    Posted: 18 Nov 2010 06:38 PM PST

    Lisda dan Fauzi kini lebih tenang tanpa kehadiran gosip masalah rumah tangga mereka.

    KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun menyimpan duit dalam simpanan, kini pasangan selebriti Fauzi Nawawi dan Lisdawati gembira dengan pembelian rumah baru mereka yang bernilai lebih daripada setengah juta ringgit.

    Menurut Fauzi, rumah yang dibeli itu hasil daripada titik peluhnya bersama isteri dalam bidang lakonan dan mereka gembira kerana akhirnya dapat memiliki rumah tersebut.

    "Alhamdulillah, impian kami untuk berumah sendiri termakbul. Dulu kami tinggal bersama keluarga Lisda. Bila dah dapat rumah sendiri, kepuasannya lain.

    "Tambah pula bila di rumah mentua, takkan kami nak duduk menonton televisyen sambil berpelukan, nampak kurang manis. Kini, kami lebih bebas.

    "Memang agak sukar juga kami nak menyimpan wang untuk membeli rumah. Maklumlah, sebagai pelakon, ada masanya kita senang, ada adakalanya kita susah, semuanya bergantung kepada keadaan.

    "Apapun, kami bersyukur kerana tawaran kerja kami tidak putus, semua ini rezeki anak-anak," katanya pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidiladha serta majlis marhaban dan Aqiqah, Rabu, untuk anak keduanya,Nur Aina Fazneesya, setahun.

    Fauzi yang baru saja habis penggambaran telefilem komedi, Duda berhias (Astro Ria) dan Kecoh Bendol (TV9) kini mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan kecantikan pula bersama Lisda dan dua orang rakan kongsi mereka, Glam beauty Studio.

    Keluarga bahagia, Lisda dan Fauzi mendukung anak mereka. Nur Aina Fazneesya, dan Nur Aini Farhana,2.

    Malah pasangan suami isteri itu juga bakal menjadi duta produk Vianco Natura dalam masa terdekat nanti.

    "Sebagai seorang artis, kami perlu membuat rawatan muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jadi kami fikir, bukankah lebih baik jika kami membuka sendiri perniagaan kecantikan. Selain dapat merawat wajah kami, orang lain juga turut dapat merawat wajah mereka.

    "Dalam pada itu, sudah tiba masanya untuk kami memikirkan sesuatu untuk masa depan kami sekeluarga andai kata rezeki kami sebagai pelakon tidak diperlukan lagi.

    "Saya percaya, kami tidak mungkin berada di tahap selesa dalam bidang lakonan selama-lamanya. Jadi, Glam Beauty Studio adalah permulaan kami," ujarnya.

    Sementara itu, Fauzi dan Lisda kini gembira dan lebih tenang kerana diri mereka semakin kurang dikaitkan dengan sebarang kontroversial yang remeh, lebih-lebih lagi mengenai pergolakan rumah tangga.

    "Biasalah...bagi saya, kontroversial sekadar usikan daripada pihak media. Sebelum ini, mungkin kerana kami terlalu sibuk dengan kerja, kami jarang hadir bersama untuk ke mana-mana majlis.

    "Alhamdulillah, biarpun kontroversial mengulit diri, kami tetap bahagia seperti biasa. Lebih-lebih lagi sekarang, kami tidak lagi mendengar gosip saya skandal dengan wanita itu dan ini, mungkin ia sudah reda," tutur Fauzi sambil melihat gelagat Lisda yang sibuk melayani para tetamu yang hadir.

    AYOUB Siri Terbaru Samarinda

    Posted: 18 Nov 2010 06:38 PM PST

    PETALING JAYA: Drama terbaru di TV3, AYOUB terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd bakal menghiasi slot Samarinda mulai 23 November pada setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10.30 malam.

    Drama bersiri 25 episod yang diarahkan oleh pengarah, Hilter M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato' Rahim Razali dan Mak Jah.

    Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, drama ini bakal memaparkan elemen-elemen baru dengan berteraskan pergolakan dunia korporat yang sememangnya sinonim dengan slot Samarinda.

    "Kali ini, slot Samarinda menampilkan kelainan iaitu memaparkan sikap kesabaran dan gemar bersedekah pada watak utamanya, Ayoub selain daripada mengisahkan pergolakan dunia korporat.

    TV3 sering menerima maklum balas daripada para penonton kami supaya menerapkan elemen-elemen baru dalam drama-drama yang disajikan menerusi slot Samarinda.

    Lakonan mantap Iqram Dinzly dan juga watak antagonis Fizz Fairuz pasti memberikan impak dalam siri drama AYOUB," katanya.

    Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung.

    Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

    Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.

    Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

    Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.

    Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

    Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah. Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub.

    Dewi Remaja Tak Tiru Program Realiti Lain

    Posted: 18 Nov 2010 06:37 PM PST

    Azrin Mohd Noor bersama tiga peserta Dewi Remaja

    PETALING JAYA: Pertandingan Dewi Remaja menerusi majalah remaja sejak tahun 80an sememangnya menjadi platform para remaja wanita untuk melangkah ke dunia hiburan.

    Ramai nama-nama besar dalam dunia lakonan dan peragaan muncul dari pertandingan popular ini seperti Aleeza Kassim, Juliana Banos, Annahita Bakavoli, Scha Al-Yahya dan ramai lagi.

    Apa yang menarik kali ini ialah ini akan dibawa menerusi saluran Astro Ria bermula 24 November ini, pukul 9.30 malam.

    Menerusi Oranje TV, anak syarikat SEDANIA Group, program realiti ini mempunyai konsep tersendiri tanpa maniru mana-mana program realiti lain di Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sedania TV,Azrin Mohd Noor, berkata menyedari pertandingan ini mempunyai pengikut tersendiri, mereka percaya ia mampu memberi kepuasaan kepada pengikutnya.

    "Kalau dulu hanya boleh dilihat menerusi majalah sahaja kini peminat Dewi Remaja boleh melihat dan menilai sendiri perwatakan peserta-peserta yang bertanding di kaca tv.

    "Dari segi sambutan memang sangat menggalakkan. Kita juga akan menggunakan acuan sendiri tanpa meniru mana-mana program realiti tv yang sudah ada," katanya.

    Selain itu, pertandingan ini bukan sahaja menilai kecantikan semata-mata malah menilai dari segi pengetahuan dan personaliti yang ada pada peserta.

    Anzalna Md Nasir

    "Program ini akan menampilkan 12 peserta yang akan bersaing untuk merebut gelaran Dewi Remaja 2010. Tujuan kami bukan sahaja mencari ratu cantik tetapi juga mencari pekej lengkap yang lebih baik dalam diri juara. "Dalam program ini juga kita memberi pendedahan dari pelbagai aspek termasuk grooming. Kami juga membuat rakaman untuk enam episod yang membabitkan aktiviti mereka sewaktu berada di tempat tinggal khas yang disediakan. Seperti biasa sudah tentu ada unsur-unsur dramatik yang akan dipaparkan," ujarnya.

    Setiap episod peserta akan diadili oleh seorang juri. Peserta dinilai berdasarkan markah yang terkumpul dari episod pertama hingga ke lima. Tiada sebarang penyingkiran dibuat dalam setiap episod.

    Pertandingan akhir pula bakal berlangsung 5 Januari 2011 yang akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

    Sementara itu, tiga peserta yang bertanding mengakui menjadikan pertandingan ini sebagai landasan kepada mereka untuk menonjolkan bakat yang ada.

    Ramona Ros Ramona Qudira

    Bagi Anzalna Md Nasir, 22, mengakui teruja diberi peluang untuk berada di pertandingan ini. Percaya kepada diri sendiri Anzalna mahu dirinya berada sebaris dengan pemenang Dewi Remaja terdahulu.

    "Saya mengetahui pertandingan ini melalui teman lelaki. Selain mempunyai kelebihan iaitu mampu menguasai pelbagai bahasa, saya berharap dapat mengecapi impian yang terpendam," katanya.

    Ramona Ros Ramona Qudira, 20, mahu bakat sebagai peragawati dapat diketengahkan lagi.

    "Sejak kecil lagi saya sudah berjinak-jinak dalam dunia peragaan. Ini merupakan peluang yang baik kerana apa yang saya lihat ramai peragawati terkenal lahir melalui pertandingan Dewi Remaja ini," katanya.

    Shaagleharee Nadarajan

    Shaagleharee Nadarajan, 21, gembira kerana terpilih menjadi salah seorang peserta dalam pertandingan ini. Dia yang menuntut dalam bidang perubatan di sebuah kolej swasta di ibu kota mengakui meminati bidang pengacaraan sejak kecil lagi.

    "Saya seorang yang banyak cakap, kalau boleh saya mahu menceburi bidang pengacaraan dan mempunyai program bual bicara tersendiri," katanya.

    Luna Maya Kembali Selesaikan Hutang

    Posted: 18 Nov 2010 06:36 PM PST

    Gambar terbaru Luna Maya ketika mempromosi single terbarunya di stesen-stesen televisyen Indonesia

    ARTIS jelita yang sedang berhadapan dengan kes video lucah bersama vokalis Peterpan, Ariel, Luna Maya kini sudah berani untuk muncul semula di dunia hiburan setelah beberapa bulan bersembunyi.

    Luna kini muncul dengan single terbarunya berjudul Tak Bisa Bersamamu dan tampil untuk membuat promosi.

    "Ini adalah permintaan dari pihak label saya. Saya ada kontrak dengan mereka dan masih berhutang dengan beberapa lagu. Mereka sudah keluarkan bajet untuk siapkan album penuh saya," katanya seperti dipetik KapanLagi.com.

    Bekas pengacara program hiburan popular Dahsyat itu sudah memulakan operasi promosinya dan datang ke setiap stesen televisyen di Indonesia.

    "Setakat ini saya sudah buat promosi ke semua stesen televisyen dan bakal ke stesen radio pula selepas ini. Saya tidak kisah apa yang masyarakat anggap tentang saya sama ada kebangkitan atau apa. Saya hanya menjalankan tanggungjawab dan selesaikan hutang-hutang saya sahaja," katanya.

    Ketika ditanya tentang kerja yang dilakukan ketika menghilangkan diri dari media, Luna memberitahu dia mempunyai kerja yang terbengkalai dan menyiapkannya sedikit demi sedikit dikelapangan itu.

    Poster Aishwarya Rai Merokok Dikecam

    Posted: 18 Nov 2010 06:35 PM PST

    POSTER filem Bollywood terbaru Guzaarish yang memaparkan gambar pelakon jelita Aishwarya Rai merokok telah dikecam hebat oleh pihak media India.

    Poster promosi filem tersebut dikatakan mampu memberi kesan kepada kaum muda yang seringkali menganggap bintang filem sebagai idola mereka.

    Selain itu, sebuah organisasi Doctor For You juga membuat bantahan dengan memakai lencana hitam pada hari tayangan perdana filem tersebut, Jumaat.

    Terdahulu, pengarah filem ini, Sanjey Leela Bhansali memberitahu Aishwarya terpaksa menjadi perokok bagi mendapatkan gaya perokok tegar yang asli. Dia juga memberitahu pelakon tersebut sering terbatuk-batuk ketika cuba merokok.

    Mulan Jameela Turut Kurban Kambing

    Posted: 18 Nov 2010 06:34 PM PST

    PENYANYI Mulan Jameela tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadah kurban. Dia telah mengorbankan seekor kambing yang diimport dari Australia.

    Menurut sumber yang dipetik dari KapanLagi.com, Mulan membeli haiwan tersebut dari penjual kambing di sebelah rumahnya di Pinang Mas, Pondok Pinang, Jakarta Selatan.

    Tambah sumber lagi, kambing tersebut dibeli oleh ibu Mulan, Siti Aisyah mewakili putrinya itu.

    "Ya Mulan membeli kambing import dari Australia, jenis Etawa dengan berat 80 kg, harganya RM 1,200," ujarnya.

    Tambahnya lagi daging kurban tersebut telah dibahagikan kepada penduduk setempat. Belum sempat untuk bertanya tentang kehamilan anaknya, Siti aisyah segera masuk ke dalam rumah.

    Manakala di persekitaran rumah penyanyi lagu Cinta Mati itu juga kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian hitam mengawasi rumahnya.

    Pernah ka Rozita bersederhana?

    Posted: 18 Nov 2010 05:20 PM PST

    Rozita sentiasa bergaya dan melaram.

    Setiap kali muncul di khalayak ramai, pelakon Rozita Che Wan selalu tampil dengan imej solekan mapan. Pernah ke Rozita bersederhana? Maksudnya muncul di depan orang ramai tanpa solekan tebal ataupun hanya santai berpakaian.

    Ada peminat yang mahu lihat bagaimana agaknya gaya Rozita kalau bersederhana. Artis lain kalau hadir sesi fotografi ataupun pulang daripada acara glamor akan menukar pakaian dan pulang dengan santai. Tapi Rozita akan tetap tampil glamor walaupun semasa pulang ke rumah.

    "Pernah ke you lihat Rozita bersederhana? Bagaimana agaknya kalau dia tampil dengan gaya santai? Saya ingin juga nak lihat," tanya seorang kawan yang juga ada tempias sikit dengan dunia seni.

    Bukan apa... sebab baru-baru ini dia ada terserempak dengan Rozita yang mahu pulang daripada sebuah majlis yang turut dia hadiri. Rakan itu hadir ke majlis tersebut dengan seorang teman artis. Bila lihat Rozita mahu pulang dengan gaya yang sarat hiasan dan baju bergemerlapan, dia ada tanya Rozita sama ada pelakon itu ada acara lain selepas ini.

    "Tapi dia kata mahu pulang ke rumah. Saya ingatkan dia nak pergi undangan lain selepas itu, rupa-rupanya dia mahu pulang ke rumah. Kebetulan dalam majlis itu ada artis lain juga yang sempat menukar pakaian sebelum pulang," kata kawan itu. Dia bukan mengumpat sebaliknya bertanya secara jujur. Jangan salah anggap pula.

    Agaknya Rozita tak selesa menukar pakaian di dalam bilik persalinan atau di belakang pentas, sebaliknya lebih selesa melakukannya di rumah. Ataupun dia jenis yang cerewet semasa membersih solekan, sebab itu mahu melakukan segala-galanya di rumah. Setiap orang ada cara yang tersendiri.

    Kerana jarang kelihatan bersederhana, ada yang bertanya, bagaimana agaknya penampilan Rozita semasa keluar rumah membuang sampah. Adakah dia bersolek dahulu takut-takut ada orang lalu depan rumah. Malah semasa menghadiri majlis sukan sekolah anaknya pun ada yang cakap Rozita tetap muncul dengan solekan lengkap. Tak tahulah kita.

    Tapi elok jugalah kalau dia bersolek sebab di sekolah itu pasti ada peminat yang mahu bergambar dengannya. Kalau tak bersolek karang ada pula yang kata Rozita tak pandai jaga penampilan. Lain cerita pula yang jadi.


    CINTA LOKASI Zarina - Ungku Ismail

    Posted: 18 Nov 2010 05:18 PM PST

    Syurga Ramadhan menemukan keduanya. Bermula hanya menjadi pasangan suami isteri, hubungan Zarina Zainordin dan Ungku Ismail Aziz mula berputik diluar lokasi. Enggan mengulas lanjut kisah perhubungan mereka, Zarina mengakui masih terlalu baru untuk mendedahkannya.


    "Memang saya mengaku rapat dengan Ungku Ismail kami bertemu buat kali pertama menerusi Syurga Ramadhan. Namun hanya rapat sejak tiga bulan lepas. Mungkin juga boleh katakan cinta lokasi, namun bagi saya jika sudah jodoh kami nak buat macam mana.

    "Walaupun dia lebih muda setahun dari saya, namun sikapnya yang matang dan soft spoken amat menyenangkan perhubungan kami. Semuanya masih di peringkat awal lagi, saya tak berani nak komen lebih lanjut. Tapi kami sudah berjumpa keluarga kedua belah pihak dan mereka merestui hubungan kami.

    "Tak dinafikan wanita selalunya mahukan pasangan yang lebih tua, tapi kalau dah jodoh tak boleh nak kata apa. Umur hanyalah nombor.

    "Saya pun sudah 26 tahun, kalau boleh hubungan yang dibina ini saya mahu bawa ke jinjang pelamin," ujarnya yang digandingkan bersama kekasihnya dalam drama terbaru berjudul Saka Jentayu.

    Kedua-duanya tidak mengelak atau menafikan hubungan mereka. Bagi Ungku Ismail sendiri, tiada apa yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan ramai. Berharap agar hubungan ini kekal sehingga ke alam perkahwinan, pelajar lepasan Mechanical Engineering dari Scotland ini lebih selesa sekiranya hubungan ini tidak mendapat publisiti meluas.

    "Cukuplah kami amalkan simple relationship. Saya mengaku tertarik dengan Zarina sebab dia sempoi dan pandai membawa diri.

    "Tak dinafikan kadang kala timbul masalah bila berlakon bersama sebab terbawa-bawa sehingga ke luar set. Namun masing-masing kena profesional bezakan tugas dan hubungan.

    "Sebelum kahwin saya harap dapat stabilkan dulu karier sama ada dalam bidang kerjaya atau lakonan," katanya yang tidak mempunyai masalah menjalin hubungan dengan wanita lebih berusia.

    Konsert Solo Francissa Peter

    Posted: 18 Nov 2010 05:17 PM PST

    Jarang sekali kedengaran kisah diva pada era 80-an ini. Alih-alih penyanyi yang popular dengan lagu Aku Hanya Pendatang dan Sekadar Di Pinggiran ini mahu bikin konsert pada awal tahun depan. Pastinya konsert ini menjanjikan kehebatan tersendiri, sementelah pula, diva ini sudah 33 tahun mengabdikan diri kepada dunia seni.


    Kesempatan berjumpa diva ini di majlis pelancaran album Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan yang turut memuatkan lagu-lagunya digunakan ManggaOnline (MO) sepenuhnya membicarakan aktiviti terbaru dan kehidupannya kini. MO sendiri membesar dengan lagu-lagu Francissa Peter yang ketika itu popular dengan gaya rambut kembang.

    "Walau jarang muncul dalam media, saya tetap aktif dengan aktiviti seni dan selalu memenuhi jemputan korporat. Dan sebagai memenuhi permintaan peminat yang tak putus-putus memberi sokongan, ada pihak yang sudi menaja untuk mengadakan konsert solo saya sebagai menyambut ulang tahun ke-33 dalam dunia seni.

    "Konsert ini mungkin akan diadakan pada awal tahun depan. Memang tak sabar nak buat konsert dan harapnya akan ada peminat yang sudi hadir. Saya jarang muncul di kaca televisyen dan inilah peluang untuk bersua semula dengan peminat.

    "Ramai yang bertanya kenapa tidak buat konsert kerana masih ramai yang rindukan lagu dan suara saya. Sekarang impian ini bakal direalisasikan. Peminat amat penting untuk kerjaya saya," ujarnya yang bakal muncul di pra Anugerah Juara Lagu dengan Sekadar Di Pinggiran.

    Berjauhan Dengan Suami

    Raut wajahnya tidak banyak berubah daripada yang MO kenali dulu di kaca tv. Peramah dan lantang ketika berbicara kisah kehidupan yang dilaluinya kini. Lebih senang memenuhi hari-hari dengan kesibukan kerja, Fran nyata cuba menyembunyikan kesunyiannya lantaran suami tercinta jauh terdampar di kota London.

    "Bukannya sengaja duduk berjauhan. Suami saya bekerja dan tinggal di London. Dia memang biasa travel dan bekerja di pelbagai tempat. Selalunya kami berjumpa dua atau tiga kali dalam setahun.

    "Saya tak mahu ikut suami sebab hati dan keluarga saya di Malaysia. Lagipun saya tak sanggup tinggalkan peluang yang ada di sini.

    "Memang susah untuk kekalkan perkahwinan yang dibina sejak 1993, namun adalah amat penting untuk ada pasangan yang memahami. Namun saya amat bertuah ada ibu dan ibu mertua yang sangat baik. Pada merekalah selalunya saya rujuk masalah dan cuba mencari perspektif dalam perkahwinan.

    "Nasihat saya untuk mereka yang belum berkahwin supaya kenali diri sendiri sepenuhnya. Kalau boleh stabilkan karier dulu sebelum membina keluarga," ujar duta The International Aid Organisation World Vision in Malaysia.

    Salam Terakhir Memang Dibuat Untuk Sudirman - Habsah Hassan

    Posted: 18 Nov 2010 05:16 PM PST

    "Saya memang rapat dengan allahyarham Sudirman. Bila rapat banyak perkara yang kami kongsi bersama dan di situ uniknya setiap lirik yang saya cipta untuk dia. Bila buat lirik kami boleh menangis bersama kerana setiap lagu ada cerita tersendiri.

    "Sebenarnya Salam Terakhir dibuat lama sebelum allahyarham sakit lagi. Lirik ini memang saya buat khas untuk dia sebab Sudirman katakan dia mungkin tak akan hidup lama. Bila saya tanya kenapa, katanya dia hanya dapat merasakan perkara tersebut. Lirik itu dibuat sambil saya membayangkan apabila Sudirman sudah meninggal dunia.

    "Lagu itu tak popular ketika keluar di pasaran. Salam Terakhir hanya menjadi siulan selepas allahyarham meninggal dunia," begitulah luahan penulis lirik terkenal, Habsah Hassan pada majlis pelancaran album Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan.

    Salam Terakhir turut dimuatkan dalam album kompilasi istimewa bersama 32 buah lagu popular seperti Aku Hanya Pendatang (Francissa), Cinta Beralih Arah (Aishah), Cukuplah Sekali (Jay Jay), Cinta Nusantara (Sheqal), Suratan Atau Kebetulan (Kenny Remy & Martin), Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud) dan banyak lagi.



    Seindah Nukilan Habsah Hassan

    Penglibatannya hanyalah sekadar kebetulan. Peluang mencuba bakat datang daripada penerbit dan komposer Din Osman dengan lagu Terkenang. Enggan menoleh ke belakang lagi, Habsah Hassan mula bergiat aktif menghasilkan lirik untuk Sudirman, Salamiah Hassan dan Dahlan Zainuddin. Sehingga kini lebih 1000 lirik telah dihasilkan sepanjang 30 tahun pembabitannya dalam bidang ini.

    Petuanya hanya satu, mengungkap perasaan yang wujud dalam setiap insan. Itulah indahnya nukilan rasa insan yang lebih mesra disapa Kak Chah ini sehingga yang berjaya menyentuh lubuk hati yang mendengar dan merasa.

    "Kak Chah tak ada rahsia dalam penulisan lirik. Apa yang penting adalah kita tahu sasaran pendengar yang terdiri daripada pelbagai jenis. Cuba cari apa yang ada pada semua pendengar iaitu perasaan.

    "Cinta itu luas dan tafsirannya pelbagai. Kita perlu bersedia dengan hati dan perasaan untuk selaminya. Tahap sensitiviti kepada hidup dan apa yang berlaku di sekeliling membantu mendapatkan lirik yang bagus. Tak mungkin kita dapat merasai pelbagai perasaan seperti marah, sayang, benci dan cinta jika kita hanya dengan diri sendiri.

    "Selalunya Kak Chah akan dengar melodi berkali-kali sehingga lagu itu hidup dalam diri, ketika itu senang untuk bekerja untuk lirik. Tapi kalau diri tak dapat menjiwai melodi itu, Kak Chah akan tolak sebab hasilnya tentu tak bagus nanti.

    "Namun sebagai seorang wanita, Kak Chah tak dapat lari daripada perasaan emosi. Dan waktu emosi terganggu adalah yang paling sesuai untuk buat lirik kerana ekspresi terhadap perasaan adalah yang paling tinggi ketika itu.," ujarnya bersyukur diberikan penghargaan oleh Warner Music yang membantu merealisasikan impian mengumpulkan lagu tulisannya dalam sebuah album.



    Masih mengekalkan seni berbahasa dalam nukilannya, wanita berusia 61 tahun ini amat mementingkan kehalusan makna dalam setiap melodi. Namun luahnya, zaman berlalu menyebabkan lirik semakin hilang seninya.

    "Banyak perbezaan lirik dulu dengan sekarang. Bahasa yang digunakan juga semakin jelas membayangkan maksudnya. Dulu ada kiasan atau perbandingan. Mungkin juga pendekatan yang digunakan sesuai dengan keadaan sekarang.

    "Muzik adalah tren dan sentiasa berubah. Namun pada akhirnya, orang tetap mahukan lagu yang boleh membuai perasaan. Lagu yang menyentuh hati tetap akan dikenang sepanjang zaman seperti lagu allahyarham P. Ramlee," katanya yang akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-38 pada 18 November ini bersama suami tercinta Mohamad bin Jusoh, 63.


    Razis yang lama hilang

    Posted: 18 Nov 2010 05:06 PM PST

    Bekas penyanyi Razis Ismail sudah lama tak muncul dalam majlis berbau hiburan. Dia sememangnya mahu meninggalkan terus dunia seni. Razis kini menguruskan perniagaan makanan.

    Malah apabila didekati media, Razis yang popular dengan lagu Mawar Bukan Milikku dan Kepulangan itu enggan lagi berbicara pasal dunia seni yang kini bukan lagi dunianya.

    Razis zaman muda dulu

    Saya dah bersara...

    Kalau ada temu bual dengan pihak media pun, hanyalah bersama rakan wartawan otai yang sama-sama dengannya semasa dia masih aktif menyanyi dulu. Itupun ceritanya lebih menjurus kepada keluarga dan aktivitinya hari ini.

    Tapi semasa Warner Music, syarikat rakaman yang pernah menaunginya mengadakan majlis pelancaran album Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan yang turut memuatkan lagu-lagunya, kelibat Razis kelihatan.

    Razis hadir sebagai memberi sokongan kepada album itu dan juga menghormati penulis lirik terkenal yang pernah menaikkan namanya melalui ilham lirik Kepulangan yang masih segar dan diminati sehingga kini walaupun penyanyinya sudah bersara awal sebagai anak seni.

    Inilah dia Razis Ismail hari ini. Masih kacak dan cool orangnya.

    Dua beradik yatim dipelihara datuk

    Posted: 18 Nov 2010 05:05 PM PST


    SHAHAR (kanan) menemani cucunya, Firdaus yang cedera di Kampung Guar Badak, Lenggong semalam. Gambar kecil, Fatihah masih dirawat di HRPB, Ipoh.


    IPOH – "Selagi hidup, saya akan jaga cucu-cucu saya." Itu kata Shahar Mohd. Ariffin, 61, datuk kepada dua adik-beradik, Firdaus Shaiful Fadzilah, 8, dan Fatiha, 4, yang menjadi yatim piatu setelah kedua-dua ibu bapa mereka terbunuh selepas sebuah kereta dirempuh treler di Slim River kelmarin.

    Kedua-dua kanak-kanak itu akan tinggal bersama Shahar dan isterinya di Kampung Guar Badak, Lenggong.

    "Saya dan ahli keluarga tidak sesekali akan membenarkan dua cucu saya itu dipelihara oleh orang lain selepas ibu bapa mereka meninggal dunia," ujarnya ketika dihubungi semalam.

    Shahar berkata, dia akan menguruskan pertukaran sekolah Firdaus yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Integrasi di Salak Tinggi, Nilai, Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

    "Saya mahu dia meneruskan tahun tiga persekolahan di Sekolah Kebangsaan Lenggong. Selagi hayat dikandung badan, saya akan memastikan dia dan adiknya mendapat pendidikan sewajarnya sehinggalah ke menara gading," ujarnya.

    Shahar berkata, Fatiha yang masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini akan didaftarkan di Taman Bimbingan Kanak-Kanak berdekatan kediamannya.

    Jenayah: Perasaan bimbang rakyat menurun

    Posted: 18 Nov 2010 05:04 PM PST


    KAJIAN mendapati perasaan bimbang rakyat Malaysia terhadap kejadian jenayah seperti ragut di jalanan semakin menurun. - Gambar hiasan


    KUALA LUMPUR - Kajian oleh TNS Research International merumuskan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kemungkinan menjadi mangsa jenayah kini berkurangan.

    Kajian kumpulan penyelidikan pasaran antarabangsa itu mendapati perasaan bimbang menjadi mangsa jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol dan rompak serta jenayah harta benda seperti samun dan curi kenderaan menurun daripada 58.5 peratus pada Disember lepas kepada 55.1 peratus pada Mei tahun ini.

    Menurut Pengarah Urusan TNS Research International, Yazid Jamian, penurunan sebanyak 3.4 peratus dalam tempoh yang singkat itu adalah signifikan.

    "Ia menunjukkan peningkatan yang baik kerana menandakan rakyat Malaysia kini tidak lagi bimbang kemungkinan menjadi mangsa jenayah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Nyawa remaja direntap ketika senja

    Posted: 18 Nov 2010 05:03 PM PST


    PELESIT rempit melakukan aksi wheelly untuk menunjuk-nunjuk kehebatan kepada rakan-rakan mereka. - Gambar hiasan


    KUALA TERENGGANU - Keseronokan tiga pelesit rempit berlumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang belum dibuka dekat sini dengan membuat aksi berbahaya ala Superman berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka terbunuh selepas motosikal yang dinaiki bertembung sesama sendiri kelmarin.

    Kejadian pukul 6.50 petang berdekatan Kampung Bukit Guntong di sini itu mengakibatkan seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun, Solihhuemi Harun dari Kampung Hulu Jeram, Tepu; Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dari Kampung Raja, Tepu; dan Mohd. Firdaus Nawi, 20, dari Kampung Sungai Ikan, Tepu dekat sini maut.

    Kesemua mangsa cedera parah dengan kepala dan tangan kiri salah seorang daripada mereka hampir putus. Seorang mati di lokasi kejadian. Dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

    Ketika kejadian kesemua mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, Honda Cub C70 dan Honda EX5 yang telah diubahsuai dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam. Honda EX5 itu dipercayai kenderaan curi.

    Difahamkan, sebelum kejadian, penunggang Honda Cub C70 dan Honda EX5 dari arah yang sama telah bergesel ketika berlumba sambil membuat aksi Superman manakala penunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah bertentangan yang juga sedang melakukan aksi sama merempuh mereka.

    Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Alias Hashim berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika kesemua mereka menunggang pada kelajuan tinggi sambil membuat aksi berbahaya.

    Mati sebelum tamat A-Level

    Posted: 18 Nov 2010 05:02 PM PST


    ANGGOTA polis mengusung mayat seorang remaja untuk dibawa ke hospital di Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR – Seorang pelajar sebuah sekolah antarabangsa maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26 Kondominium Mont Kiara dekat Seri Hartamas di sini semalam.

    Dalam kejadian pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 17 tahun dan berdarah campuran Jepun-Filipina ditemui mati di dalam longkang di tingkat bawah bangunan tersebut.

    Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak pengurusan kondominium berkenaan 10 minit selepas kejadian itu.

    "Siasatan awal mendapati mangsa telah terjatuh dari tingkat 26. Kita menemui beberapa buah buku miliknya di situ.

    "Mangsa tinggal bersama keluarganya di tingkat 17 dan merupakan seorang pelajar A-Level di sebuah sekolah antarabangsa di Brickfields," katanya ketika dihubungi semalam.

    Tambahnya, enam jam sebelum kejadian, ibu mangsa telah menghantarnya ke sekolah tetapi mangsa tidak menyatakan apa-apa.

    Menangis sebelum mati nahas

    Posted: 18 Nov 2010 05:01 PM PST


    MOHD. Nazri (kiri) dan Aisyah membaca berita mengenai kematian Intan Safiah yang disiarkan Kosmo! di rumahnya di Kerinchi, Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR – Seorang pelajar sebuah sekolah antarabangsa maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26 Kondominium Mont Kiara dekat Seri Hartamas di sini semalam.

    Dalam kejadian pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 17 tahun dan berdarah campuran Jepun-Filipina ditemui mati di dalam longkang di tingkat bawah bangunan tersebut.

    Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak pengurusan kondominium berkenaan 10 minit selepas kejadian itu.

    "Siasatan awal mendapati mangsa telah terjatuh dari tingkat 26. Kita menemui beberapa buah buku miliknya di situ.

    "Mangsa tinggal bersama keluarganya di tingkat 17 dan merupakan seorang pelajar A-Level di sebuah sekolah antarabangsa di Brickfields," katanya ketika dihubungi semalam.

    Tambahnya, enam jam sebelum kejadian, ibu mangsa telah menghantarnya ke sekolah tetapi mangsa tidak menyatakan apa-apa.

    Rusuk patah kereta rempuh batu

    Posted: 18 Nov 2010 05:00 PM PST


    KERETA MyVi yang dinaiki Mohamad Radzuan dan anaknya yang terlanggar satu bongkah batu yang tiba-tiba jatuh dari tebing bukit di lebuh raya berhampiran Terowong Menora, Selasa lalu.


    IPOH - Seorang pesara patah tulang rusuk kanan selepas kenderaan dipandu anaknya merempuh seketul batu besar yang jatuh di laluan ke arah Selatan berdekatan Terowong Menora, Lebuh Raya Utara-Selatan pagi Selasa lalu.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, Mohamad Radzuan Taib, 53, turut cedera di kaki kanan akibat tertusuk papan pemuka kereta manakala anaknya, Shafiq Affandi, 24, pula cedera ringan.

    Menceritakan kejadian, Shafiq berkata, dia dan bapanya dalam perjalanan dari Taiping ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

    Katanya, setelah 500 meter melepasi Terowong Menora, dia ternampak seketul batu besar di atas jalan namun tidak sempat mengelak lalu merempuhnya.

    "Bongkah batu itu sama saiznya dengan kereta MyVi saya," katanya.

    FRIM Tapak Warisan UNESCO 2015

    Posted: 18 Nov 2010 05:00 PM PST


    KAKITANGAN FRIM, Hazli Abdul Rahim (kiri) dan Azmarizawati Zainal Azhar menunjukkan buku FRIM Tapak Warisan Semula Jadi di Kepong, Kuala Lumpur semalam.


    KEPONG – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) meletakkan sasaran untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selewat-lewatnya menjelang tahun 2015.

    Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, pihaknya yakin pengiktirafan itu berjaya dicapai kerana FRIM sudah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2009.

    "Usaha untuk mendapatkan status FRIM sebagai tapak warisan telah dimulakan pada tahun 2008 dan akhirnya telah diperoleh pada 10 Februari 2009 dan kini kami menyasarkan agar FRIM diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO menjelang tahun 2015 pula," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengisytiharan FRIM sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini semalam.

    Facebook laman paling popular

    Posted: 18 Nov 2010 04:59 PM PST

    KUALA LUMPUR - Laman sosial, Facebook merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya, kata Persatuan Digital Malaysia (MDA).

    MDA dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan itu berkata, blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati.

    "Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain.

    "Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti yang paling popular adalah di antara 15 hingga 30 tahun," kata MDA dalam satu kenyataan di sini semalam.

    Carrefour Malaysia tidak dijual

    Posted: 18 Nov 2010 04:08 PM PST

    KUALA LUMPUR – Peruncit besar Perancis, Carrefour, semalam membatalkan rancangan menjual rangkaiannya di Malaysia dan Singapura dan berjanji untuk meningkatkan penguasaan pasaran di negara-negara Asia.

    Carrefour yang juga peruncit kedua terbesar dunia berkata, minggu ini ia akan melepaskan 42 rangkaiannya di Thailand dan berhasrat menjual sebanyak 23 cawangan Malaysia dan dua di Singapura.

    Tetapi syarikat itu membuat keputusan untuk mengekalkan kehadirannya di Malaysia berikutan satu 'kajian strategik', kata Ketua Eksekutif Carrefour, Lars Olofsson dalam satu kenyataan di Malaysia

    "Kami memutuskan untuk tidak menjual operasi di Malaysia dan Singapura kerana posisi pasaran dan prospek pertumbuhan yang konsisten dengan strategi kami," katanya.

    The Wall Street Journal sebelum ini melaporkan Oloffon berkata, bidaan yang dirancang sebelum ini tidak menarik tawaran yang cukup tinggi.

    Penyanyi ternama sumbang ilmu

    Posted: 18 Nov 2010 04:07 PM PST


    KELAINAN. Tiada sebarang penyingkiran peserta dalam Kamilah Bintang.


    SERAMAI lima personaliti ternama daripada pelbagai genre muzik akan menyumbangkan ilmu mereka kepada bintang muda masa depan dalam rancangan Kamilah Bintang.

    Bertindak sebagai pembimbing bintang atau star guide, minggu pertama yang akan ke udara setiap Jumaat pukul 5.30 petang bermula pada hari ini menyaksikan kemunculan rocker tersohor, Amy Search.

    Diikuti dengan Stacy pada minggu kedua, sementara Aizat, kumpulan Hujan dan Farah Asyikin, masing-masing dari minggu ketiga hingga minggu kelima.

    Mereka semua bakal membimbing dan berkongsi ilmu serta pengalaman sebagai persediaan kepada peserta sebelum membuat persembahan mingguan.

    Enam bintang muda yang yang terpilih ialah Dayang Nazillah Awang Astillah atau Dayang.

    Seorang lagi ialah Syazwani Sapari (Wani) yang amat meminati Ramlah Ram. Mula menyanyi dari umur tujuh tahun, gadis kecil bersuara dewasa ini pernah menyertai rancangan Tom Tom Bak sebelum ini.

    Sementara, Qistina atau nama penuhnya, Qistina Amira Rohaizad yang bercita-cita menjadi pengarah filem pula berasa bersyukur kerana dia turut terpilih menjadi salah seorang daripada enam peserta yang terpilih diseluruh Malaysia.

    Bakal menyanyikan lagu popular Fiq Mentor, Tiga Malam Tanpa Bintang Mentor pada konsert pengenalan, Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi atau mesra dipanggil Farhan pula pernah menyertai persembahan tarian di Turki sempena Festival Kanak-kanak Sedunia.


    DAYANG


    Peserta lelaki lain ialah Mohammad Aiman Azli Aziz atau Aiman pula akan membawa lagu Awie, Terima Kasih.

    Peserta keenam ialah Raja Mohd. Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah, mesra dipanggil Faisal pula menegaskan akan berlatih bersungguh-sungguh untuk konsert minggu pertama. Faisal bakal mengalunkan lagu popular Search, Fantasia Bulan Madu.

    Dalam pada itu, Amy Search berkata, dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap bakat-bakat realiti TV kerana mereka pelapis industri seni di masa hadapan.

    Vokalis Hujan, Noh pula memberi tip kepada para peserta cara untuk menghilangkan gemuruh ketika sebelum menyanyi iaitu dengan banyakkan berselawat dan membuat latihan.

    "Peserta juga jangan lupa untuk merasa seronok ketika menyanyi," ujarnya.

    Peserta Kamilah Bintang akan mengadakan persembahan pada setiap konsert mingguan.

    Setiap minggu seorang pemenang akan dipilih dan pemenang menerima hadiah bernilai RM10,000 untuk disumbangkan kepada sekolah pemenang.

    Tiada penyingkiran peserta dan juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan termasuk konsert akhir yang akan berlangsung pada 24 Disember 2010 kelak.

    Menarik mengenai Kamilah Bintang, peserta yang berasa mereka berada pada kedudukan yang tidak selamat akan diberi tiga pilihan talian hayat iaitu bantuan penyanyi latar, hiasan pentas dan tambahan kelas vokal.

    Namun, markah peserta akan ditolak sebanyak dua markah jika menggunakan talian hayat.


    ENAM remaja bertuah yang terpilih sebagai peserta Kamilah Bintang musim pertama.


    "Para peserta akan berfikir secara serius untuk membuat keputusan kerana ia akan melibatkan pemotongan markah peserta," ujar Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh di Majlis Sidang Media Kamilah Bintang di Full House Cafe.

    Tiga orang juri tetap Kamilah Bintang ialah Aznil Nawawi, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi dan penghibur terkenal, Adibah Noor.

    "Kami akan menerapkan pendidikan muzik kepada peserta untuk mendapatkan nada yang bagus. Supaya mereka akan menjadi penyanyi yang baik kelak," ujar Cikgu Shafi yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia.

    Kamilah Bintang menyaksikan gandingan pertama kali Zoey dan Nora Danish sebagai pengacara.

    "Ini satu cabaran bagi saya untuk mengacara tetapi ia satu lagi langkah saya untuk ke hadapan di bidang seni.

    "Malah, saya memang suka dengan kanak-kanak kerana sudah berstatus ibu," ujar Nora yang turut menjadi pengacara rancangan Bolly 10.

    Mel B tidak bayar penari

    Posted: 18 Nov 2010 04:07 PM PST


    SIKAP keterbukaan Mel B dan suaminya, Stephen terhadap seks telah mendatangkan impak negatif kepada mereka.


    SIKAP keterbukaan Melanie Brown atau lebih dikenali sebagai Mel B dan suaminya, Stephen Belafonte terhadap seks akhirnya telah menjerat diri mereka berdua.

    Seorang penari bogel dari Australia mendakwa bahawa dia tidak dibayar setelah diminta untuk membuat persembahan di hadapan pasangan tersebut di sebuah kelab malam.

    Menurut penari berkenaan, dia telah membuat aksi tarian bogel di sebuah kelab malam, Nevermind setelah diundang sendiri oleh pengawal peribadi Mel B. Bagaimanapun, dia akhirnya kecewa setelah tidak mendapat sebarang bayaran.

    "Ketika bersetuju untuk beraksi, saya fikirkan itu adalah peluang keemasan sekali seumur hidup. Mulanya saya tidak mahu tetapi mereka telah menghantar pengawal peribadi untuk menjemput saya," ujarnya.

    Kejadian tersebut berlaku ketika bekas anggota kumpulan Spice Girls itu dan suaminya itu berkunjung ke Sydney untuk mempromosikan program realiti TV mereka, It's A Scary World.

    Namun, sehingga kini masih belum ada kenyataan balas daripada penyanyi berkenaan.

    MCR Bukan Grup Spiritual

    Posted: 18 Nov 2010 04:06 PM PST




    SIAPA yang tidak kenal dengan kumpulan My Chemical Romance atau lebih dikenali dengan singkatan MCR yang hebat memperjuangkan genre muzik neo-punk dan rock moden.

    Kumpulan yang terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Gerard Way (vokalis) dan adiknya Mikey Way (bass), selain Ray Toro (gitar) , Frank Lero (gitar) dan Bob Bryar (dram) itu bagaimanapun kini tinggal berempat apabila Bob mengumumkan keluar daripada MCR pada 13 Mac tahun ini.

    Dalam kenyataan yang diumumkan menerusi laman web rasmi band itu, gitaris, Frank Lero menulis: "Sebagai sebuah band, kami dirundung malang pada tahun ini dan ingin mengumumkan bahawa Bob (Bryar) telah mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama MCR.

    "Kami ingin memberitahu perkara yang benar kepada semua peminat MCR sebab itu kami menulis di sini, supaya berita tentang Bob itu bukan anda dapati daripada laman web gosip."

    Tambahnya: "Ia suatu keputusan yang sangat memeritkan bagi kami dan bukan dibuat dengan sewenang-wenangnya. Kami mendoakan yang terbaik buat Bob di masa-masa depan dan begitu juga kami harap anda semua memperolehi perkara yang sama."


    BOB (kiri) meninggalkan MCR sejak 13 Mac tahun ini, namun tiada sebarang kenyataan rasmi tentang sebab di sebalik pengunduran dirinya itu.


    MCR bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang faktor di sebalik keputusan Bob untuk meninggalkan kumpulan itu.

    Namun menurut majalah Notifi Radios, Bob meninggalkan MCR selepas terbabit dengan perselisihan faham dengan anggota lain MCR.

    Begitu juga belum ada sebarang pengumuman tentang siapakah yang bakal menggantikan tempat Bob. Sehinggalah kemunculan album terbaru mereka itu, MCR masih dianggotai hanya empat ahli.

    Biarpun hanya berempat, namun MCR tetap muncul dengan album terbaru mereka.

    Justeru, penantian peminat untuk album studio keempat MCR selepas album ketiga mereka, The Black Parade (2006) telah berakhir apabila MCR mengumumkan bahawa Reprise Records bakal melancarkan album studio keempat mereka yang sangat dinanti-nantikan, berjudul Danger Days: The True Lives Of The Fabulous Killjoys pada 22 November ini.

    Menurut wajah penting grup itu yang merangkap posisi vokalis kumpulan tersebut, Gerard Way, "Lagu-lagu dalam album ini adalah himpunan material yang kami telah bincangkan beberapa tahun lalu.


    IMEJ baru My Chemical Romance sempena kemunculan album keempat mereka.


    "Lagu-lagu yang sepatutnya telah dimasukkan ke dalam album terdahulu sebagai single pertama dan kedua. Kami menulis semula kesemua lagu-lagu ini".

    Gerard turut mengakui bahawa mereka bersikap lebih 'ganas' dalam menentukan bahan yang wajar dimasukkan ke dalam album keempat itu.

    Antara orang kuat yang sama-sama berusaha keras bagi penghasilan album itu termasuklah Dave Matthews Band, Jawbreaker dan The Goo Goo Dolls. serta pengerusi baru Warner Bros. Records, Rob Cavallo yang sebelum ini juga terbabit dengan album The Black Parade.

    Jemaah melontar, tawaf dalam hujan lebat

    Posted: 18 Nov 2010 04:05 PM PST


    SEJUMLAH jemaah berjalan dalam hujan di Mina pada malam kelmarin.


    MINA, Arab Saudi - Hujan membasahi jemaah yang sedang melakukan ibadah melontar jamrah dan tawaf malam kelmarin. Walaupun tidak terlalu lebat, angin yang bertiup kencang menambahkan impak hujan tersebut.

    Ada juga jemaah yang tidak mencari tempat berteduh, sebaliknya menikmati hujan itu.

    "Ia adalah petanda daripada Allah bahawa haji kami telah diterima. Ini adalah rahmat," kata seorang jemaah dari Iran, Ibrahim Mohammadi.

    Kadangkala terdapat petir dan kilat sabung-menyabung. Di dalam khemah, bunyi hujan kedengaran.

    Kebanyakan jemaah mengambil peluang untuk membaca al-Quran selain menghubungi rakan-rakan lain dengan menggunakan telefon bimbit bagi meminta mereka supaya tidak keluar.

    Jalan-jalan juga menjadi licin manakala kedai-kedai sementara yang dibina oleh peniaga dari Mekah dan Jeddah terpaksa ditutup.

    Khemah plastik yang didirikan jemaah hampir koyak disebabkan tiupan angin itu.

    Jemaah haji yang basah kuyup cuba berteduh di beberapa lokasi.

    Lokasi yang lazimnya sesak dengan jemaah untuk melakukan ibadah melontar juga lengang kerana hujan.

    Dianggarkan seramai tiga juta umat Islam melaksanakan ibadah haji pada tahun ini.

    Sebahagian daripada mereka telah menyempurnakan ibadah haji semalam dan bakinya akan meneruskan ibadah masing-masing pada hari ini.

    Semalam, jemaah haji masih melontar di jamrah sebelum musim haji berakhir pada hari ini.

    Amah Indonesia yang bibirnya digunting majikan kian pulih di hospital Madinah

    Posted: 18 Nov 2010 04:04 PM PST


    GAMBAR menunjukkan wajah Sumiati selepas mulutnya digunting oleh majikannya di Madinah.


    MADINAH – Tahap kesihatan seorang amah Indonesia, Sumiati Salan Mustapa, berusia 23, yang bibirnya digunting oleh isteri majikannya pada 8 November lalu di Madinah, Arab Saudi semakin pulih, lapor sebuah akhbar semalam.

    Pendedahan itu dibuat ketika Menteri Hal Ehwal Wanita Indonesia, Linda Agum Gumelar akan mengetuai sepasukan pegawai untuk memantau siasatan kes tersebut di Arab Saudi hari ini.

    Pegawai dari Konsulat Indonesia di Jeddah, Didi Wahyudi menyatakan pemulihan Sumaiti adalah mengagumkan.

    Sumiati yang dimasukkan ke sebuah hospital di Madinah pada 8 November lalu juga didapati sudah berhenti menangis dan mula bercakap.

    "Sumiati semakin pulih dari segi fizikal dan mental. Selera makannya sudah ada. Ketika saya melawatnya, dia meminta nasi dan bakso. Ekoran restoran Indonesia di Arab Saudi ditutup kerana cuti, kami di konsulat membuat bakso untuknya," kata Didi.

    Pihak hospital tidak menyediakan roti kerana bimbang makanan itu akan mengingatkan Sumiati terhadap penderaan yang dialaminya.

    Selepas didera, majikannya memberinya sekeping roti dan air.

    Sumiati mengalami kecederaan serius terutama di bahagian muka dan bibirnya yang dipercayai digunting, jari tengahnya retak, badannya mempunyai kesan dibakar selain banyak kecederaan dalaman.

    Wahyudi menyatakan, laporan telah dibuat di balai Polis Faisaliah pada 10 November lalu berhubung kejadian itu.

    Menurutnya, majikan Sumiati dan seorang anak lelaknya telah ditahan untuk disoal siasat.

    "Mereka ditahan di Madinah kerana disyaki terbabit melakukan penyeksaan terhadap Sumiati," katanya.

    Menurut Didi, mereka ditahan selepas aduan rasmi dibuat oleh Kedutaan Besar Indonesia selain laporan hasil pemeriksaan doktor dan siasatan polis Arab Saudi berhubung keadaan mangsa.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS