Adsense

Khamis, 18 November 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Lukisan bogel dilelong RM213 juta

Posted: 17 Nov 2010 12:00 PM PST

du 07.1 Lukisan bogel dilelong RM213 juta

LUKISAN seorang wanita bogel yang dihasilkan oleh Amedeo Modigliani di New York kelmarin.


NEW YORK – Satu lukisan seorang wanita bogel yang dihasilkan oleh Amedeo Modigliani dilelong di sini pada harga AS$68.9 juta (RM213 juta) kelmarin.

Rumah Lelongan Sotheby's menyatakan lima pembida bersaing untuk membeli lukisan yang berjudul La Belle Romaine itu.

Lukisan itu pada awalnya dilelong pada harga AS$40 juta (RM123 juta).

Pembeli lukisan baru itu tidak didedahkan.

Pelukis lukisan itu hidup di antara 1884 hingga 1920.

Pada mulanya, pelukis itu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja mengukir tetapi mengubah untuk melukis kerana masalah kesihatan. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

PM Itali langgan pelacur kelas atasan

Posted: 17 Nov 2010 12:00 PM PST

du 04.1 PM Itali langgan pelacur kelas atasan

NADIA MACRI


ROM – Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang cukup terkenal dengan sikap suka berfoya-foya berdepan satu dakwaan terbaru apabila beliau dikatakan membayar seorang pelacur kelas atasan untuk mendapatkan khidmat seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelacur cantik bernama Nadia Macri itu memberitahu dia menghabiskan masa bersama Berlusconi sebanyak dua kali di rumahnya dengan bayaran mencecah AS$14,495 (RM44,738), selain diberi barangan kemas.

Nadia yang berusia 28 tahun itu turut mendakwa melihat Berlusconi melakukan hubungan seks dengan beberapa orang wanita di dalam sebuah jakuzi.

Dakwaan itu dibuat dalam satu kenyataan kepada pihak pendakwa raya yang melakukan siasatan berhubung parti-parti seks dan dadah yang diadakan di rumah percutian milik Berlusconi.

Nadia menyatakan, ganja ditawarkan kepada wanita-wanita pada parti itu.

Menurutnya, dadah itu ada di dalam pesawat rasmi Berlusconi.

Jika benar, dakwaan tersebut boleh menjejaskan karier Perdana Menteri itu.

Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.

"Tiada perkara yang tidak senonoh berlaku di rumah Berlusconi," katanya.

Kenyataan Nadia setebal 300 muka surat itu bocor kepada media Itali.

Sebelum ini, Berlusconi mendapat liputan meluas berikutan hubungannya dengan seorang penari gelek, Karima Keyek yang berumur 18 tahun. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.