Adsense

Khamis, 18 November 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


"Selepas Kahwin, Mizz Nina Tak Boleh Seksi" - Noh (Hujan)

Posted: 17 Nov 2010 05:15 PM PST


KUALA LUMPUR: Teka teki gosip pertunangan pasangan Mizz Nina atau Shazrina Azman,30, dan penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh,26, terjawab apabila mereka membuat pengumuman telah pun bertunang pada 6 November lalu.

Majlis pertunangan tersebut diadakan di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, dekat sini yang dihadiri kira-kira 50 orang sanak-saudara termasuklah keluarga Noh dari Miri, Sarawak.

Menurut Nina, tujuan mereka merahsiakan majlis pertunangan tersebut adalah untuk menghormati permintaan keluarga yang inginkan majlis dilakukan secara privasi.


Antara barang hantaran kedua-dua belah pihak ketika majlis pertunangan Mizz Nina dan Noh pada 6 Novemebrn lalu.
"Pada majlis pertunangan itu, pakaian inilah yang kami kenakan. Baju kurung moden saya ini direka oleh Lady Jane dan Noh pula daripada Saiful Baharim. Ia merupakan sebuah majlis yang sangat sederhana.

"Mengikut perancangan, kami akan bernikah sempena tarikh lahir saya iaitu 1 Julai 2011. Kemudian bagi majlis resepsi pula kami akan bahagikan kepada dua iaitu pada 3 Julai 2011 untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat di Hotel Shangri-La dan pada 6 Julai 2011 untuk rakan-rakan dan para media di Hotel Doubletree, Kuala Lumpur.

"Di Sarawak pula majlis resepsi diadakan pada 15 Julai 2011. Sebenarnya kami ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun ini juga, tetapi kerana kesuntukan masa dan jadual karier yang padat, kami terpaksa menukar tarikh," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Restoran Seri Melayu, di sini, Selasa.

Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.

Sementara itu menurut Noh, cinta mereka mula berputik selepas menerbitkan lagu duetnya bersama Nina berjudul Kurnia.

"Ramai yang menyangka lagu Kurnia dicipta ketika kami sedang bercinta tetapi sebenarnya kami bercinta selepas lagu itu dihasilkan.


"Nina seorang yang sangat tenang dengan dalam apa juga keadaan. Berbeza pula dengan saya yang sangat kecoh. Paling penting, dia menghormati orang yang lebih tua," jelasnya.

Ditanya mengenai imej Nina selepas berumah tangga nanti, kata Noh, dia tidak melarang bakal isterinya itu untuk bergaya tetapi secara berseloroh dia mahu Nina tidak kelihatan seksi.

"Hmm... Sebelum ini saya ada nasihatkan tentang imej dia. Jadi rasanya dia tak boleh seksi selepas ini," katanya sambil ketawa.

Kedua mereka bercadang untuk berbulan madu ke Mauritius atau London selepas majlis perkahwinan nanti.

Bagaimanapun, pasangan ini tidak bercadang untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini selepas kahwin kerana ingin mengukuhkan kerjaya masing-masing.

"Mungkin kami akan memiliki anak pada tahun 2013," kata Noh.

google: noh hujan dan mizz nina, noh hujan dan mizz nina bertunang, gambar noh hujan dan mizz nina, majlis pertunangan noh hujan dan mizz nina, hantaran tunang noh hujan dan mizz nina, wang hantara noh hujan dan mizz nina, gambar hantaran tunang noh hujan dan mizz nina, terkini noh hujan dan mizz nina, terbaru noh hujan dan mizz nina

Penyanyi Aman Shah & Janda Anak Dua Ditangkap Khalwat, Mengaku Tidak Bersalah

Posted: 17 Nov 2010 05:11 PM PST


Rupa-rupanya, kes khalwat yang melibatkan artis veteran era 80-an pernah dipaparkan tidak lama dulu rupanya melibatkan penyanyi yang tidak asing lagi, Aman Shah.

Aman Shah, popular dengan lagu Cinta Tak Seindah Yang Diucapkan telah ditangkap khalwat bersama pasangan'nya, janda anak dua di Presint 15, Putrajaya. Ketika ditangkap, Aman Shah memberikan alasan mengunjungi wanita tersebut sempena hari raya Aidilfitri.

Dikatakan Aman Shah mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat dan minta dibicarakan. Manakala, pihak JAWI & pendakwa raya telah bersedia mengemukakan fakta yang berkaitan dengan kes khalwat ini.

google: aman shah, aman shah khalwat, aman shah tangkap basah, aman shah di bicara, aman shah di mahkamah, terkini aman shah, terbaru aman shah, aman shah tangkap khalwat, aman shah dan janda, gambar aman shah dan janda, aman shah kantoi, lagu aman shah, album aman shah

(Gambar) Siti Saerah, Adik Dato’ Siti Nurhaliza Kahwin

Posted: 17 Nov 2010 05:09 PM PST


Musim selebriti kahwin, selepas Baizura Kahar, giliran Siti Saerah pula. Seingat kami, perkahwinan Siti Saerah memang tidak diwar-warkan dalam mana-mana media, malah kebanyakan media hanya mendapat tahu kisah beliau kahwin selepas beberapa hari majlis persandingan berlangsung. Ada juga timbul gossip liar di mana Siti Nurhaliza, dikatakan tidak hadir pada majlis perkahwinan'nya.

Sebelum Siti Saerah berkahwin, gossip cinta'nya dengan Imran Ajmain menjadi perhatian umum. Namun, gossip tersebut bagai tidak diendahkan, akhir'nya terpadam begitu sahaja. Hari ini, kami paparkan beberapa set gambar Siti Saerah pada hari majlis persandingan'nya berlangsung, tema putih menjadi pilihan. Kalau dilihat daripada gambar, majlis kahwin Siti Saerah diadakan dalam suasana keserdahanaan. Apa pun, kami ucapkan tahniah dan mendoakan agar perkahwinan Siti Saerah & suami kekal bahagia sampai bila-bila.





google: siti saerah, gambar kahwin siti saerah, siti saerah dan suami, foto siti saerah dan suami, gambar perkahwinan siti saerah, tarikh kahwin siti saerah, terkini siti saerah, terbaru siti saerah, majlis perkahwinan siti saerah, siti saerah dan siti nurhaliza, siti saerah dan keluarga, siti saerah sosial, siti saerah seksi, siti saerah hot,

Akim ‘Gelojoh’ Ketika Bikin Lagu

Posted: 17 Nov 2010 05:06 PM PST


SHAH ALAM: Peningkatan Akim dalam industri seni agak drastik apabila rezekinya dalam bidang nyanyian dan lakonan tidak pernah putus.

Selepas memenangi tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), pemuda berusia 19 tahun ini kerap muncul dengan lagu terbarunya.

Selepas lagu Bengang, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad tampil dengan lagu Inilah Cinta hasil ciptaan sepenuhnya oleh diri-sendiri.

Kini, dia semakin galak muncul dengan lagu-lagu terbaru lain termasuklah Bawa Kau Pergi dan Janji.

Akim akui dia seorang yang 'gelojoh' apabila tiba saat berkarya. Lebih-lebih lagi bila dia sudah mendapat melodi sesebuah lagu itu.


"Saya akan terus cepat-cepat buat lirik selepas memikirkan melodi lagu kerana saya memang gelojoh dengan lagu.

"Kadangkala idea untuk membuat melodi datang sekali imbas apabila saya memegang gitar. Jadi, selepas itu saya tak tunggu lama-lama untuk menyiapkan sesebuah lagu itu," ujarnya yang bercita-cita besar dalam bidang gubahan lagu ini.

Mendengar setiap ilham dan cetusan idea yang dirasai dalam setiap lagunya, Akim lebih terdedah dengan lirik-lirik berbaur cinta.

Sengaja menduga sama ada pemuda tinggi lampai ini sedang dilamun cinta, namun dia hanya membalas dengan senyuman yang manis.

"Saya memang dilamun cinta dan wanita itu adalah mak saya. Dia berada jauh daripada saya iaitu di Johor. Jadi, saya dedikasikan lagu-lagu tersebut untuk dia dan berjanji untuk membahagiakannya.

"Mak sentiasa berada dalam hati saya. Setakat ini, saya belum boleh terima untuk bercinta dengan wanita lain kerana tidak mahu ada apa-apa ikatan tetapi saya lebih suka berkawan," kata Akim.

Menyentuh tentang perancangan masa hadapan, Akim mahu mengembangkan bakatnya dalam bidang gubahan lagu.

Kata Akim, dia tidak mahu menjadi seorang yang tamak dengan melakukan semua perkara tetapi lebih memfokuskan kepada karier sebagai seorang komposer dan penyanyi.

Memandangkan ramai pihak yang mula memerhatikan Akim, tidak dinafikan ada penyanyi yang mula meminta untuk menyanyikan lagu ciptaannya.

"Saya terpaksa tolak permintaan beberapa penyanyi yang minta untuk menyanyikan lagu saya kerana saya belum berani membuat lagu untuk mereka. Mungkin pada masa akan datang, saya akan cuba.

"Saya sentiasa belajar cara-cara membuat lirik lagu yang baik dengan mendapatkan tunjuk ajar penulis lirik lagu Bengang dan Noktah Cinta iaitu Sheikh Qalam," ujar pelakon drama bersiri Kau Dan Aku 2 ini.

Erti Pengorbanan Artis Di Aidiladha

Posted: 17 Nov 2010 05:06 PM PST


PETALING JAYA: Hari Raya Aidiladha yang disambut meriah oleh seluruh umat Islam pada tahun ini turut dirasai oleh rakan artis tempatan.

Namun, di sebalik kemeriahan itu, ada juga beberapa rakan artis yang tidak bernasib baik kerana terpaksa bekerja pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 17 November tahun ini.

Inilah yang dikatakan sebagai pengorbanan yang harus ditempuhi oleh mereka.

Bagi pasangan suami isteri, Zila dan Along, mereka menyambut perayaan tersebut di lokasi penggambaran filem Hello.

"Pada Hari Raya Aidiladha tahun ini, saya terpaksa menemani Along berlakon filem Hello arahan A.R Badul. Jadi kami tidak dapat menyambut Hari Raya bersama-sama keluarga.

"Sepatutnya kami akan ke kampung Along di Kedah tetapi niat tersebut terpaksa dibatalkan," kata Zila yang turut berasa gembira kerana perayaan tersebut bersamaan dengan tarikh Hari Lahirnya.

Sementara aktres Ayu Raudhah yang sedang menanti masa diijabkabulkan dengan pemain bola sepak Zaquan Adha turut mengalami nasib yang sama dengan pasangan tersebut.

Dia ke Singapura pada Hari Raya Aidiladha itu untuk menjalani penggambaran filem Empayar yang akan dihasilkan dalam bentuk DVD.

"Ini merupakan pertama kali saya menyambut Hari Raya Aidiladha tidak semeriah seperti sebelum ini. Saya rasa perayaan Aidiladha sangat penting dan tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama keluarga.

"Walaupun Raya Haji, tetapi saya biasanya beria-ia menyambutnya dan lebih seronok apabila dengan keluarga," katanya yang akan pergi ke Singapura selama tiga hari.

google:
zila af dan along raja lawak, gambar zila af dan along raja lawak, foto zila af dan along raja lawak, terbaru zila af dan along raja lawak, terkini zila af dan along raja lawak, rumahtangga zila af dan along raja lawak, zila af, zila af facebook, zila af twitter, zila af blog, zila af myspace, zila af wiki, zila af mengandung, zila af hamil, zila af berbadan dua, zila af seksi, zila af hot, lagu baru zila af, album baru zila af, single terbaru zila af, along raja lawak, along raja lawak facebook, along raja lawak twitter, along raja lawak blog, along raja lawak myspace, along raja lawak wiki, along raja lawak profile, along raja lawak biodata, kisah along raja lawak

Wardina Ajak Guna Produk Halal

Posted: 17 Nov 2010 05:03 PM PST


PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mengambil pendekatan untuk berubah dan menyokong produk keluaran Muslim dan halal.

Bukan bermakna kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan setelah dia dilantik sebagai duta produk ubat gigi Mu'min.

Namun sebenarnya, dia telah lama memikirkan tentang perkara tersebut lantas sanggup menolak untuk bekerjasama dengan dua buah syarikat bertaraf antarabangsa.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk berubah menggunakan produk Muslim yang halal dan berkualiti. Jadi, tak perlu rasa hebat kerana memakai barangan buatan lain sebaliknya kita perlu rasa hebat kerana menyumbang kepada ekonomi Islam.

"Saya tidak nafikan, sebelum ini saya ada mendapat tawaran daripada sebuah syarikat yang berkait dengan Israel di Amerika Syarikat tetapi akhirnya saya tolak sebab saya rasa sangat bersalah," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: "Jadi, saya memilih untuk menyokong syarikat yang membangun dari kecil kerana bukan mudah untuk lawan pasaran yang besar dengan modal berjuta-juta ringgit.

"Lagipun bukan mudah untuk memasuki pasaran terbuka yang didominasi oleh kaum Cina. Saya sangat tersentuh dengan cara mereka bangunkan syarikat tersebut. Atas dasar itu, saya ingin sama-sama membantu mereka."

Dalam masa yang sama, dia berharap agar semua pihak memberikan sokongan kepada ubat gigi Mu'min.

Wardina secara rasminya dilantik sebagai duta produk tersebut pada 30 Oktober lalu. Selain bergelar duta, Wardina turut muncul dalam sebuah iklan komersil di televisyen.

google: wardina, wardina dan produk halal, wardina duta produk halal, wardina dan iklan, wardina dan iklan komersil, wardina dan produk muslim, jenama duta wardina, gambar duta wardina, wardina produk wardina