Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


4,000 seniman dapat polisi insurans

Posted: 11 Mar 2013 04:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 11 Mac - Sebanyak 3,000 hingga 4,000 orang seniman yang terlibat dalam industri kreatif tanah air menerima polisi insurans kemalangan diri dan hayat berkelompok. Menteri Penerangan Komunikasi...

Suki terkilan dengan tindakan bekas pihak pengurusan

Posted: 11 Mar 2013 03:34 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 11 Mac - Penyanyi Low Sook Yee, 24, atau lebih dikenali sebagai Suki terkilan dengan tindakan bekas pihak pengurusannya, Galaxy Music Sdn. Bhd., yang sehingga kini masih berdiam diri mengenai...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Demi wira Lahad Datu

Posted: 10 Mar 2013 07:24 AM PDT

Insiden serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah mengejutkan rakyat Malaysia.

Ramai tersentuh hati melihat ketabahan perajurit mempertahankan kedaulatan negara. Sedih dan sayu tatkala membaca laporan perajurit yang terkorban ketika menentang penceroboh.

Paling menyedihkan apabila mengenang nasib isteri yang menjadi balu dan anak-anak yang kehilangan bapa dalam peristiwa itu. Seperti insan lain, anak seni juga merasai derita, erti kehilangan dan rasa cemas dalam berdepan serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Sehubungan itu, atas dasar mahu berkongsi rasa dan membantu sekadar mampu, majlis tahlil dan solat hajat dianjurkan Jawatankuasa Pengelola Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Studio Sound Stage, Kompleks FINAS, malam kelmarin. Dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil.

Kalimah suci memuji kebesaran Ilahi dan Rasulullah SAW berkumandang memecah keheningan di studio besar itu. Semua hadirin khusyuk menadah tangan memohon supaya perwira negara yang gugur di medan perang ditempatkan roh mereka di sisi insan beriman. Majlis juga mendoakan Malaysia terus aman dan makmur serta bebas daripada ancaman anasir luar.

Lebih 20 artis hadir

Lebih 20 artis termasuk calon Top 5 ABPBH 2012 seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Johan As'ari, Shah Iskandar, kumpulan Sleeq, Nabila Huda, Enot dan Didie Alias meluangkan masa menghadiri majlis itu. Turut serta, penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, artis veteran, Datuk Mustapha Maarof, Along Cham, Kilafairy, Iz Sulaini, Zarul Umbrella, Betty Banafe, Stellar Band dan Rohana Jalil.
Hadir sama pada majlis tahlil dan solat hajat itu, Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan; Ketua Pengarah FINAS, Raja Rozaimie Dalnish Shah dan Ketua Pengarang Berita BH, Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Majlis tahlil dan solat hajat itu diimamkan Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd, Zamanuddin Jusoh.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Tidak lupakan rakyat Malaysia

Posted: 10 Mar 2013 07:09 AM PDT

Dia sedar ada sesetengah pihak mengatakan dirinya lebih mementingkan rakyat di luar negara apabila menumpukan aktiviti amal untuk penduduk Islam di Palestin.

Namun bagi pelakon, Haryati Hamzah atau Yatt, 33, dia tidak mengetepikan saudara seagama di negara sendiri. Malah, bersama-sama Usrah Fitrah dia sedaya upaya cuba membantu meringankan beban seluruh umat Islam yang memerlukan.

"Saya tahu ada orang yang cakap kenapa nak bantu orang luar, sedangkan orang kita pun ada yang susah? Tapi di Palestin itu juga, kami membantu umat Islam dan mahu membebaskan Masjid Al-Aqsa. Itu kewajipan semua umat Islam. Isu di Gaza ialah isu kemanusiaan.

Teruja beramal ditemani keluarga

"Cuma, dengan situasi yang melanda Sabah ketika ini, kita semua rakyat Malaysia perlu berfikiran positif. Keputusan pemimpin untuk melancarkan operasi terhadap penceroboh adalah keputusan yang berat dan perlu kita semua hormati.

"Kita sama-sama bantu dengan berdoa dan sentiasa melangkah ke hadapan," katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Felinna, bersama suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 33, dan anaknya, Suci Hanania Malika yang berusia tiga tahun.

Yatt bersama keluarganya dan wakil daripada Felinna juga akan berkunjung ke Gaza pada 25 Mac hingga 1 April untuk memberikan sumbangan berjumlah RM50,000. Kali pertama ke sana, Yatt teruja dapat beramal ditemani keluarga.
Terus aktif berlakon

Sementara itu, Yatt turut menegaskan dirinya tidak pernah mempunyai niat untuk berhenti berkarya walaupun selepas bertudung.

Bahkan, dirinya masih aktif berlakon, mengacara, menjadi model serta duta kepada beberapa produk.

Menolak tanggapan artis bertudung tidak laris, Yatt berasakan industri seni kini semakin pesat dan terbuka, malah ramai artis wanita sekarang yang sudah berhijrah.

"Rezeki dalam dunia seni ini luas, bukan setakat berlakon saja. Selepas berhijrah, syukur rezeki saya lebih murah. Contohnya, sekarang saya sibuk dengan program Amal Palestin.

"Saya dijemput sebagai jurucakap, ahli motivasi ke surau, masjid, institut pengajian awam dan banyak lagi. Saya diminta berkongsi pengalaman dan ilmu sebagai selebriti.

Pengacara program travelog

"Saya tak pernah ada niat untuk berhenti kerana cinta saya adalah di dalam bidang seni. Tak semua orang dikurniakan anugerah, jadi buat apa saya nak sia-siakan anugerah ini? Saya akan terus berkarya, cuma caranya saja sedikit berubah," katanya yang mengaku lebih memilih watak dalam lakonan sesuai dengan dirinya.

Terbaru, Yatt akan muncul mengacarakan program travelog, Sajian Sunah yang akan disiarkan di RTM selain terikat dengan penggambaran telefilem sempena Israk Mikraj mulai esok.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS