Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Pelangi Kasih Lakonan Nabila Huda Beto Kushairy

Posted: 17 Jan 2012 11:41 PM PST

SAMARINDA PELANGI KASIH DIKHIANATI SAHABAT KERANA CEMBURU & SANGSI

Ikatan persahabatan yang kukuh dan murni menimbulkan persoalan apabila salah seorang daripada mereka mengambil keputusan menghilangkan diri dan membina kehidupan baru di sebuah daerah pedalaman. Menyusuli Bunga April, saksikan drama bersiri terbaru terbitan Global Station mulai 19 Januari 2012, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Nabila Huda, Puteri Sarah, Beto Kushairy, Johan Ariff Asa'ri, Wati Sadali, Fathil Dani, Abu Bakar Juah dan ramai lagi, drama bersiri 25 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Mohamed Feroz Kader dan penulis skrip Zahirah Hassan.

Drama Pelangi Kasih

Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin (Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.

Zafrul (Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka berumur 2 tahun lebih tua daripada Azlin dan Sofea banyak membantu mereka dalam pelajaran. Malah, Zafrul yang cemerlang dalam pendidikan menjadi teladan kepada Azlin dan Sofea untuk berjaya.

Setelah tamat pengajian di universiti, Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global Sdn. Bhd. Di bawah pengurusan dua wanita muda in,i GREEN GLOBAL SDN.BHD meningkat dengan pantas. Azlin memang cekap dalam pentadbiran dan perhubungan dengan pelanggan. Sementara Sofea begitu bijak membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dan melabur dalam bidang hartanah.
Hubungan erat Azlin, Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan untuk mengahwini Azlin. Sofea terluka kerana cintanya kepada Zafrul dipermainkan.

Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus.

Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa'ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea.

Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk 'menghapuskan' Sofea dan Omar dari dunia korporat.

Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin? Saksikan kesudahan Pelangi Kasih di slot Samarinda mulai 19 Januari 2012, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Nabila Huda di Shout! Awards 2010
  • Jawapan Trivia: Nabila Huda HOT!
  • Gambar Nabila Huda di ABP 2009
  • Gambar Terbaru Nabila Huda Play Hard Camelia Yang Tak Feminine
  • Gambar Nabila Huda dan Nora Danish di Malam Gala PISAU CUKUR
  • Gambar Seksi Nabila Huda di Festival Filem Malaysia 21
  • Jehan Miskin dan Nabila Huda Bercinta?
  • Drama Tihany Lakonan Nabila Huda di TV9
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Gambar Nabila Huda & Liyana Jasmay di Prebiu DUHAI SI PARI-PARI
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Lokasi Ujibakat ON AIR di Pulau Pinang Dapat Sambutan

    Posted: 17 Jan 2012 11:32 PM PST

    LOKASI UJIBAKAT PERTAMA DI PULAU PINANG TERIMA SAMBUTAN HANGAT

    Pelbagai ragam dan gelagat dapat dilihat di sepanjang sesi ujibakat yang telah berlangsung di Pulau Pinang pada hujung minggu lepas. Rata-rata dari lebih 200 orang yang hadir ke sesi ujibakat selama dua hari itu mempunyai impian yang sama iaitu untuk menjadi pengacara yang berkaliber dan serba boleh.

    Sesi ujibakat di Pulau Pinang menerima sambutan yang hangat daripada orang ramai apabila kaunter pendaftaran mula dipenuhi seawal jam 8 pagi. Kebanyakkan daripada mereka yang hadir dilihat ditemani oleh ahli keluarga dan sahabat-handai bagi menandakan tanda sokongan.

    Kehadiran juri jemputan, Datin Seri Normala Shamsudin ternyata telah memberikan semangat kepada orang ramai untuk memberanikan diri untuk diuji bakat di hadapan ikon pengacaraan yang terkenal, Aznil Hj Nawawi dan Suhaimi Sulaiman.

    gelagat para juri semasa proses ujibakat

    Ketua juri, Aznil Hj Nawawi yang tamat terharu dengan sambutan yang diberikan walau bagaimanapun mengingatkan mereka yang berminat untuk menghadiri sesi ujibakat di lokasi seterusnya agar datang dengan keadaan yang lebih bersedia.

    "Saya ingin mengingatkan mereka yang akan hadir untuk diuji bakat di lokasi yang seterusnya supaya tidak meniru gaya pengacara yang sedia ada tetapi tampil dengan gaya yang bersahaja tetapi menyakinkan. Gaya penyampaian seperti seorang pendebat dan pakar motivasi juga harus dielakkan.

    Penampilan memainkan peranan yang penting dalam menambat hati para juri. Ramai yang gagal di Pulau Pinang kerana ada yang datang dengan berselipar yang secara tidak langsung menampakkan keperibadian yang tidak serius dalam menempah tempat ke arena pengacaraan," ujar Aznil lagi.

    Program ON AIR ini akan melihat seramai tujuh peserta lelaki dan wanita yang terpilih menerusi siri ujibakat di beberapa buah negeri akan ditempatkan di sebuah lokasi tertentu di ibukota untuk menjalani kursus melalui silabus yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka daripada pelbagai genre pengacaraan. Mereka akan diberi tunjuk ajar, pendedahan serta tugasan tertentu selama 10 minggu yang berlandaskan format televisyen iaitu Berita, Majalah dan Hiburan.

    Juara bakal memenangi kontrak sebagai Artis Residen Astro selama tiga tahun dan pelbagai hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kelak.

    Kehadiran dua ikon dalam bidang pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu, Aznil Hj Nawawi yang akan bertindak selaku ketua juri dan dibantu oleh Suhaimi Sulaiman. Selain bertindak sebagai juri, mereka juga bertanggungjawab untuk melatih dan membimbing para peserta menjadi seorang pengacara yang versatil.

    Kejayaan Aznil memenangi Anugerah Bual Bicara Terbaik di Anugerah Televisyen Asia di Singapura pada tahun 2005 menerusi rancangan Macam Macam Aznil selain mengekalkan kemenangan sebagai Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama lapan tahun sejak 2003 sehingga kini meletakkan beliau individu yang paling layak mengemudi rancangan ini.

    Suhaimi Sulaiman pula bukanlah satu nama baru dalam bidang pengacaraan malah karier beliau dalam industri penyiaran sudah bermula seawal tahun 1990. Beliau kini mengendalikan rancangan temubual Agenda Awani dan Focus Economy dan merupakan pelopor strategi media Astro Awani dan bertanggungjawab membimbing dan melatih para penyampai dan pengacara di saluran berita dan informasi 24 jam yang pertama di Malaysia itu.

    Selepas Pulau Pinang, pihak produksi akan mengunjungi empat tiga buah lagi negeri bagi mengenal pasti peserta-peserta yang dilihat layak untuk menyertai program ini di lokasi-lokasi berikut:

    NO. NEGERI TEMPAT TARIKH
    1. Johor Bahru The Puteri Pacific, Johor Bahru 21 & 22 Januari 2012
    2. Sarawak Merdeka Palace, Kuching 28 & 29 Januari 2012
    3. Kuala Lumpur Pusat Penyiaran Asia (Astro), Bukit Jalil, 4 & 5 Februari 2012

    ** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

    Peserta mestilah seorang lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin dan mestilah seorang warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai personaliti yang menarik. Para paserta ujibakat perlu membawa salinan kad pengenalan, resume dan sekeping gambar berukuran 4R.

    Program realiti On Air ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) pada 25 Januari ini. Butir-butir lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.

    peserta bersemangat untuk menjalani sesi ujibakat oleh para juri

    peserta mula beratur seawal jam 8 pagi

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Ujibakat Idola Kecil Musim 4 di Sri Pentas
  • Siti Nurhaliza Jayakan Konsert Sambutan Hari Malaysia
  • UJIBAKAT BINTANG RTM 2009
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • Ujibakat Raja Lawak Astro Di Pulau Pinang
  • Gambar Kahwin Dekna AF
  • Gambar Sekitar Ujibakat My Starz LG di The Curve Damansara
  • Ujibakat Mencari Pelakon Filem RATU
  • Full content generated by Get Full RSS.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Video: Malaysia Airlines Missing You Flashmob at KLIA

    Posted: 17 Jan 2012 06:20 AM PST



    Menarik jugak Flashmob oleh Malaysia Airlines yang dibuat kat KLIA nie.

    Video Mat Salleh menyanyi lagi Ziana Zain-anggapanmu

    Posted: 17 Jan 2012 06:06 AM PST



    Tengah tengok facebook tetiba ada member post video nie..haha..
    Richard nie menyanyi mesti dia perasan suara dia mcm ziana zain sebab tue dia record video,cube kening pun angkat-angkat masa nyanyi..

    ada yang komen kata nak lempang mamat nie..haha..layan..

    Rozita mengaku sukakan lelaki muda dan tak kisah cakap-cakap orang

    Posted: 17 Jan 2012 07:23 AM PST

    Gambar Rozita dengan anak-anak lelakinya utk edisi Back To School..macam remaja gitu

    Rozita merupakan salah seorang artis jelita yang sering dikaitkan dengan bulu mata palsu,mekap tebal,tayang kaki, kekasih muda dan kish bersara berlakon yang menjadi kontroversi apabila tak jadi bersara selepas perancangan Rozita untuk menamatkan zaman mudaa dengan jejaka bernama "S" dari Singapura tak kesampaian.

    Jom kita dengar komen Rozita:

    "Saya tak kisah langsung dengan apa orang nak cakap pasal saya. Yang paling penting saya tahu apa yang saya buat itu betul dan cakap-cakap orang tu saya biarkan sahaja.

    "Dulu heboh orang kutuk saya pakai bulu mata palsu. Nak ke mana-mana pun kata saya kena ada bulu mata palsu sampai jadi isu besar.

    "Untuk pengetahuan semua, saya memang pakai bulu mata palsu sebelum bergelar artis lagi. Bila dah jadi artis bulu mata palsu tu dah jadi perkara biasa pada saya.

    "Sampaikan tok saya pernah tegur kenapa nak pakai bulu mata palsu 13 tingkat walaupun nak ke kedai. Saya tak kisah pun orang nak cakap apa," kata Rozita sambil ketawa.

    Isu tak jadi bersara ...

    "Memang saya pernah pasang niat nak bersara lebih awal. Bila hajat nak bersara tu tersebar, ramai pula yang memberikan tawaran berlakon pada saya. Orang pujuk untuk saya batalkan hasrat bersara.

    "Ada sebab kenapa perkara tu tak menjadi. Tapi orang tetap kata saya macam-macam. Ratu propa, ratu kontroversi dan macam-macam gelaran yang saya dengar.

    "Saya tak kisah pun apa yang orang nak cakap. Apa yang penting, saya tahu apa yang saya lakukan. Kalau nak dengar cakap orang sampai bila-bila pun tak habis.

    "Lagi satu, saya tak pernah baca pun apa yang orang tulis di dalam Internet. Kalau baca buat sakit hati buat apa? Saya pun tak ada Facebook atau Twitter.

    "Kalau keluar surat khabar tu memang ada saya baca. Memang ada kalanya apa yang ditulis tu pedih tapi saya terima kritikan mereka," ulas Rozita panjang lebar.

    Komen Rozita tentang kekasih muda Shahir dan Zain Saidin..

    "Salah seorang daripada mereka pernah hadir dalam hidup saya. Cuma saya tak akan mendedahkan yang mana satu dan kalau boleh biar saya simpan sahaja untuk diri sendiri.

    "Memang saya suka berkawan dengan lelaki muda. Golongan ni lebih mudah mendengar kata dan lebih senang untuk didekati. Kalau dengan lelaki berusia dah tentu saya yang kena ikut kehendak mereka.

    "Apa yang paling penting saya tak rampas hak orang. Lelaki muda, bujang dan bukan milik sesiapa. Kalau yang berusia selalunya suami orang.

    "Jadi tak payah nak risau pasal saya nak rampas hak sesiapa. Sebab tu saya lebih suka lelaki bujang kerana dia bukan milik sesiapa," kata Rozita.

    Gambar kenangan Rozita dan Shahir..

    Rozita pernah mengaku bahawa mereka adalah pasangan kekasih namun,Shahir sentiasa cuba menafikan dan berdolak dalih,perbezaan umur mereka adalah 16 tahun,jadi mungkin shahir sebenarnya dillemma nak meneruskan hubungan atau tak,atau mungkin keluarga shahir tak setuju? ini semua spekulasi sensasi jer..hanya mereka je yang tahu punca perpisahan sebenar..



    gambar sesat nie bukan gambar shahir..




    Zain Saidin memang meninati Rozita dan berusaha untuk mendekati Rozita,Gossip terbaru Zain dikatakan pergi bersama Rozita dan anak-anak ke Genting Highland.Menurut Rozita Zain rapat dengan anak-anaknya jadi apa salahnya pergi bersama.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Penampakan Hantu Puteri Diana Terakam Kamera Pelancung

    Posted: 17 Jan 2012 09:00 PM PST


    Para penyelidik kejadian Paranormal saat ini sedang mempelajari sebuah video yang menunjukkan hantu yang tampak menyerupai Puteri Diana dalam jendela kaca mosaik.


    Video ini dirakam pada sebuah gereja di Glasgow oleh pelancung China yang tidak menyedari gambar penampakan hantu Putri Diana sampai mereka memutar kembali videopercutian tersebut, ketika mereka pulang.


     Penulis kejadian Paranormal, Michael Cohen  yang dikirim video tersebut mengatakan itu adalah salah satu dari gambar paranormal "paling jelas" yang pernah ia lihat.


    "Rakaman itu saat ini sedang diperiksa oleh saya bersama beberapa peneliti lain untuk memastikan apakah itu adalah sebuah penampakan hantu asli. Kerana itu boleh saja sebuah ilusi optik yang aneh, dan boleh saja itu memang merupakan hantu asli, dan kemungkinan besar adalah mungkin Puteri Diana." tutur Cohen.



    Bill Gates Berduka Atas Kematian Gadis Genius Komputer Dari Pakistan

    Posted: 17 Jan 2012 08:30 PM PST


    Seorang remaja yang pada usianya yang ke-sembilan tahun menjadi Microsoft Certified Professional termuda di dunia telah meninggal dunia pada Sabtu (14/01).


    Arfa Karim Randhawa, seorang genius komputer berusia 16 tahun dari Faisalabad, Pakistan, menghembuskan nafas terakhirnya pada Sabtu malam setelah menderita komplikasi akibat stroke epilepsi.


     Diketahui, penghargaan Microsoft Certified Profesional adalah gelaran yang diberikan kepada mereka yang menguasai program-program perusahaan dan sering digunakan oleh orang dewasa untuk menunjang karier mereka di bidang teknologi.


    Setelah diberikan sertifikasi, Arfa kemudian diundang untuk mengunjungi pejabat pusat Microsoft di Redmond, Washington, oleh pendiri perusahaan itu sendiri, yakni Bill Gates.


     Karim, yang saat itu berumur sepuluh tahun bertemu dengan Gates dan eksekutif Microsoft lainnya selama kunjungan, dan membuat mereka terkesan terhadap pengetahuannya tentang pemrograman pada usianya yang masih begitu muda.


    Menurut Geo.TV, setelah Arfa dibawa ke hospital, Gates mengulurkan tangan untuk membantu keluarganya dan menawarkan untuk membayar untuk perawatan medis. Dilaporkan juga ia mengusulkan membawa Karim ke AS untuk perawatan lebih baik.




    Ayahnya, Amjad Karim, mengungkapkan bahawa Gates berduka mengetahui kematian puterinya dan atas kehilangan gadis dengan bakat yang langka itu.


    Arfa disemayamkan di Lahore pada hari Minggu sebelum tubuhnya dibawa ke desa Ram Dewali, Faisalabad, untuk dikebumikan.


    Puluhan orang, termasuk Ketua Menteri Shahbaz Sharif, menteri, politisi, teman dan sesama teman sekolah Arfa berkumpul untuk mendukung keluarganya yang berduka selama prosesi.


    Menurut laporan setempat, Arfa jatuh koma pada 22 Disember setelah mengalami serangan epilepsi dan serangan jantung.


     Dia kemudian dirawat di Hospital Militer Gabungan di Lahore dan menggunkan alat pendukung kehidupan di Unit Perawatan Intensif ketika ia mengalami komplikasi trakeostomi pada Sabtu malam, yang mengakibatkan pendarahan di tenggorokannya.




    Meskipun pada laporan sebelumnya keadaan Arfa dikhabarkan mengalami kemajuannya dan telah membaik, namun dokter tidak mampu menyelamatkannya.


    Arfa menjadi buah bibir internasional ketika ia menjadi MCP termuda pada usia sembilan tahun di tahun 2005 silam.


     Dikutip dari Mail Online, Arfa menerima Medali Emas Fatimah Jinnah di bidang Sains dan Teknologi, yang diserahkan oleh Perdana Menteri Pakistan pada tahun 2005, dan juga penerima Penghargaan Presiden atas prestasinya itu.


    Menurut laporan media lokal, IT Media City di Karachi akan berganti nama untuk mengenang Arfa, dan sekarang akan dikenal sebagai Arfa Karim IT Media City, Karachi.

    Ketua kampung bakar pejabat kerajaan kerana rasuah

    Posted: 17 Jan 2012 08:15 PM PST


    HONG KONG: Polis China menahan seorang ketua kampung di utara negara itu selepas dia membakar hangus pejabat kerajaan bagi membantah amalan rasuah, kata satu pertubuhan hak asasi manusia semalam.
    Akibat tindakan Gao Jinje itu, dua cedera parah.

    Bertugas di Kampung Beitai di wilayah Hebei, Gao mempertikaikan pihak berkuasa tempatan di bandar Chengde atas amalan rasuah dan salah guna kuasa pada Ahad.


    Pusat Hak Asasi Manusia dan Demokrasi berkata, selepas bertengkar, Gao mencurah cecair mudah terbakar ke kompleks kerajaan dan menyalakan api.

    "Kebakaran itu memusnahkan lebih 20 pejabat," katanya.


    Gao kini ditahan polis tetapi tidak diketahui berada di mana. - AFP



    sumber : myMetro

    Wow, Beyonce Tampil Seksi dan Berkulit Putih?

    Posted: 17 Jan 2012 08:00 PM PST


    infospesial.net -  Dia kembali menghadapi kontroversi di tahun 2008 dimana saat itu kulitnya muncul dengan nuansa lebih cerah dalam sebuah iklan. Tetapi tampaknya Beyonce atau produsernya tidak belajar dari pengalaman sebelumnya. Sebuah gambar promosi telah muncul, Beyonce terlihat dengan kulit lebih putih dari biasanya.


    Foto baru tersebut diambil sebelum Beyonce hamil dan melahirkan puteri pertamanya 'Blue Ivy Carter'. Dan foto tersebut digunakan untuk iklan album keempatnya, yang telah dirilis tahun lalu. Dalam gambar tersebut Beyonce terlihat berpose menggoda, dengan wig pirang dan berbaring di sofa bermotif harimau bintang mengenakan rajutan monokini minim hitam dan juga mengenakan suspender dan seksi dengan lipstik merah gelap.




    Para ahli mengatakan kepada The Sun, penampilannya tersebut mungkin telah diatur dengan diturunkan pencahayaannya saat di studio. Ini bukan pertama kalinya istri rapper Jay-Z itu telah dituduh muncul dengan mencerahkan warna kulitnya.


    Diduga bahwa saat memenangkan penghargaan bersama Destiny's Child, ayah Beyonce, Mathew Knowles memujuknya agar menggunakan perawatan kulit agar menjadi anggota dengan kulit paling cerah-langsat diantara Destiny's Child.
    (Dailymail)

    Pelajar dakwa dipukul guru hingga pengsan

    Posted: 17 Jan 2012 07:30 PM PST


    TELUK INTAN - "Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."
    Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.
    Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.
    "Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.
    "Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.
    sumber : kosmo online

    Guru besar guna peranti penyesak untuk halang pelajar tiru

    Posted: 17 Jan 2012 07:15 PM PST


    SALZBURG: Seorang guru besar sebuah sekolah menengah di Austria nyaris dikenakan tindakan mahkamah selepas bertindak untuk mengesan bakal peniru satu peperiksaan dengan menggunakan idea berteknologi tinggi, tetapi salah di sisi undang-undang.
    Gerhard Klampfer dilapor membeli dan memasang peranti penyesak yang cukup kuat untuk menghalang pelajar tahun akhir meniru daripada Internet dengan menggunakan telefon pintar mereka ketika peperiksaan akhir musim panas lalu.

    Radio ORF melaporkan dalam laman webnya semalam, tindakan itu cukup berkesan untuk menarik perhatian sebuah syarikat pengendali khidmat telefon. Ia memaklumkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengawasi aliran radio selepas menyedari perkhidmatannya terjejas.


    Mereka kemudian memaklumkan kepada pegawai undang-undang yang mengancam untuk mendakwa Klampfer atas tuduhan kesalahan kecil.

    Menurut undang-undang Austria, hanya polis, tentera dan pihak berkuasa mengenai keselamatan boleh menghalang isyarat. Klampfer berkata dia tidak tahu perbuatannya itu salah di sisi undang-undang. Dia dibebaskan dengan amaran. - AFP



    sumber : myMetro

    Parah...5 bulan simpan mayat bapa kerana wang

    Posted: 17 Jan 2012 07:00 PM PST


    LONDON: Seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara selepas dia ditemui tinggal bersama-sama mayat bapanya selama lima bulan bagi membolehkan dia menuntut wang bantuan sara hidup si mati.
    Christopher Blackburn, 28, ditangkap tahun lalu selepas polis yang bertindak berdasarkan maklumat daripada orang ramai, menyerbu rumahnya dan menemui mayat bapanya, Guy Blackburn.

    Hasil bedah siasat menunjukkan Guy Blackburn, 54, bekas pemandu lori, mati kerana penyakit biasa pada November 2010.


    Semalam, anaknya, dari Huddersfield, West Yorks, mengaku menghalang pengebumian mayat bapanya.

    Dia juga mengaku mencuri 1,869 (RM9,345), wang bantuan sara hidup milik bapanya. Mahkamah Preston diberitahu, Guy Blackburn tinggal di rumahnya di Penwortham, Lancaster sejak 26 tahun lalu tetapi kesihatannya semakin teruk dan dia hanya tinggal di rumah selepas menghabiskan masa seketika di hospital.


    Mayatnya ditemui Mac tahun lalu selepas jiran semakin bimbang mengenai keadaannya selepas tidak melihatnya sejak Oktober 2010.



    Mereka menghubungi Persatuan Perumahan Eaves Brook, pemilik rumah berkenaan.

    Polis kemudian melakukan siasatan di rumah itu dan menemui mayat Guy Blackburn di katil di bilik depan. - Daily Mail



    sumber : myMetro

    Wanita pakai pakaian daripada kubis jadi tumpuan

    Posted: 17 Jan 2012 06:30 PM PST


    BANGKOK - Seorang wanita memakai pakaian diperbuat daripada kubis semasa dia berada di laluan pejalan kaki di sini semalam.
    Dia turut memegang kad yang mempunyai mesej bagi meminta penduduk menjadi pemakan sayur-sayuran.
    Kelibat wanita itu mendapat perhatian orang ramai yang melalui kawasan pejalan kaki tersebut.
    Wanita itu merupakan aktivis pertubuhan Orang Ramai Untuk Layanan Beretika Ke Atas Haiwan (PETA).
    Beberapa rakannya turut membantu dia memakai pakaian yang diperbuat daripada kubis itu.- Agensi
    sumber : kosmo online

    Gila..Bunuh zirafah hanya untuk suka-suka

    Posted: 17 Jan 2012 06:15 PM PST


    LONDON: Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati semata-mata untuk berseronok.
    Pelancong seperti keluarga itu membayar ratusan ribu ringgit untuk memburu secara sah haiwan berkenaan.

    Ramai yang membawa pulang kepala haiwan itu untuk sebagai kenang-kenangan bercuti di Afrika.


    Pakar zirafah, Dr Julian Fennessey berkata: "Ada yang datang dari Britain, tetapi sebahagian besarnya dari Amerika Utara, Jerman, Russia dan Scandinavia.

    "Ada pemburu hanya berminat untuk bergambar bersebelahan dengan bangkai haiwan itu. "Tetapi yang lain, mengupah pengawet haiwan memenggal kepala binatang itu supaya mereka boleh membawanya pulang sebagai cenderamata. Ada yang mahukan kulitnya.


    Pemburu terbabit membayar sehingga 10,000 (RM50,000) untuk ekspedisi memburu zirafah. Kelab Safari dan Taman Negara mengenakan bayaran sebanyak 1,500 (RM7,500) untuk yuran trofi dan tambahan 1,000 (RM5,000) sehari untuk mengupah jurupandu.



    Populasi zirafah berkurangan sebanyak separuh sejak 1988, daripada 140,000 kepada kurang 80,000.

    Haiwan itu kini dipercayai semakin pupus di negara seperti Angola, Mali dan Nigeria.


    Tetapi di Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe, memburu zirafah masih dibenarkan. - The Sun


    sumber : myMetro

    Pemandu lori syok tengok vcd lucah punya kemalangan

    Posted: 17 Jan 2012 06:00 PM PST



    JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.
    Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.


    Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.
    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.


    Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).


    "Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
    Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.


    Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.
    "Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun," katanya.


    sumber : myMetro

    Pemain bola buat hal lagi

    Posted: 17 Jan 2012 05:45 PM PST


    JITRA: Seorang pemain bola sepak Perlis ditahan akibat memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis selepas disaman kerana tidak memiliki lesen menunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Jalan Jenan-Kepala Batas, di sini, semalam.
    Pemain penyerang berusia 26 tahun itu yang menunggang motosikal Honda EX-5 berwarna hitam ditahan ketika melalui sekatan dilakukan Bahagian Trafik dan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
    Difahamkan, pemain terbabit kini beraksi bersama kesebelasan utama pasukan Liga Perdana Perlis untuk musim kedua berturut-turut.

    Menurut sumber, ketika pemeriksaan dia didapati tidak memiliki lesen menunggang motosikal dan polis mengeluarkan saman kerana kesalahan itu.



    Menurutnya, selepas menerima surat saman, pemain berasal dari Bandar Darulaman, di sini, menyuarakan rasa tidak puas hati, namun tidak diendahkan polis yang tegas melaksanakan tugas mereka.



    sumber : myMetro

    Tauke butik pakaian nyaris putus jari ditetak perompak

    Posted: 17 Jan 2012 05:30 PM PST


    KOTA KINABALU: Seorang peniaga butik pakaian menempuh detik cemas apabila ditetak dua lelaki berparang yang menerjah masuk ke dalam premisnya sebelum melarikan beg mengandungi wang RM2,000 dan telefon bimbit dalam kejadian di Jalan Kingfisher, di sini, semalam.
    Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Norezai Awang Sham, 36, nyaris putus jari kanan ketika cuba menyelamatkan beg tangannya, manakala pembantunya berusia 16 tahun yang turut berada dalam premis itu tidak cedera.

    Difahamkan, sebaik berjaya menyamun, kedua-dua lelaki terbabit mengunci mangsa yang mengerang kesakitan bagi melengahkan usaha mendapatkan bantuan.


    Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama seorang pekerjanya sedang mengemas butik sebelum didatangi dua lelaki bersenjatakan parang.

    Menurutnya, mangsa yang terkejut cuba berlari meminta bantuan, tetapi dihalang lelaki terbabit yang terus mengacu parang ke arah mangsa.


    "Seorang daripada suspek yang melihat beg mangsa cuba merampasnya namun mangsa menghalang menyebabkan berlaku pergelutan sebelum suspek menetak jari hantu mangsa dan melarikan diri.



    "Mangsa berjaya memecahkan pintu menggunakan batang besi bagi meminta bantuan sebelum membuat laporan polis," katanya.

    Sementara itu, ibu mangsa, Datin Zainab Yunus ketika ditemui berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan anaknya yang menghubunginya mendakwa dirompak dua lelaki berparang.


    "Saya bergegas ke butiknya dan mendapati anak saya cedera di jari lalu menghantarnya ke Hospital Likas.

    Harian Metro difahamkan, mangsa anak kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Sandakan, Datuk Awang Sham Amit.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan masih menjalankan siasatan.



    sumber : myMetro

    Cium kaki mangsa rogol 11 tahun untuk minta maaf

    Posted: 17 Jan 2012 05:15 PM PST


    SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai pendakwa mencium kaki anak tirinya selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun berikutan mengaku salah merogol kanak-kanak berusia 11 tahun itu di rumahnya di Seksyen 17, di sini.
    Tertuduh berusia 59 tahun itu berbuat demikian bagi memohon maaf terhadap mangsa yang dirogolnya sejak berusia enam tahun. Sambil menangis teresak-esak di atas lantai, lelaki itu melahirkan perasaan kesal terhadap perbuatannya sambil disaksikan isterinya yang juga ibu mangsa.

    Berdasarkan fakta kes, hubungan terlarang itu pernah disaksikan isterinya, tetapi tidak diendahkan.


    Bagaimanapun, 'drama' tidak berakhir di situ apabila ibu mangsa memeluk erat anaknya tidak rela berpisah dengan mangsa yang diletakkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Lelaki itu yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Seksyen 17, di sini, pada waktu pagi, antara 2005 dan 30 April tahun lalu.


    Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan tertuduh pada 8 Mei tahun lalu. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim memohon hukuman berat kerana tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya sebaliknya merogol mangsa. Malah, mangsa pernah mengadu kepada ibunya, tetapi dimarahi.



    Katanya, kejadian menyebabkan mangsa trauma dan memberi tanggapan negatif terhadap anaknya.

    itu, katanya, hukuman berat perlu bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.


    Bagaimanapun, peguam bela, Mohd Hidir memohon hukuman ringan.

    atas alasan anak guamnya tua dan menghidap penyakit jantung, kencing manis serta buah pinggang.


    Katanya, pengakuan salah lelaki itu juga sudah menjimatkan masa dan kos mahkamah. "Tiada alasan atas apa yang berlaku, cuma tertuduh amat kesal. Dia bertanggungjawab (atas kesalahan itu)," katanya. Berdasarkan fakta kes, tembelang tertuduh pecah apabila mangsa menceritakan kepada ustazahnya bahawa dia 'berzina' dengan bapanya selepas mempelajari perkara yang membatalkan puasa ketika pendidikan agama.


    Ustazah itu merujuk kepada guru kelas sebelum membuat laporan polis.


    Siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika ibu mangsa tiada di rumah. Malah, ibu mangsa mengetahui kejadian itu tetapi mendiamkan diri dan berpura-pura ia tidak berlaku, malah memarahi anaknya.


    Mangsa menyatakan tertuduh mengugut menghentak kepalanya ke dinding jika tidak memenuhi permintaan mengadakan hubungan seks, selain mengemukakan kondom diberikan tertuduh kepadanya.



    sumber : myMetro

    Azwan Ali ugut bunuh dan bakar adiknya

    Posted: 17 Jan 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.
    Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.
    Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

    "Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.



    "Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis 'Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar'.


    "Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan," katanya ketika dihubungi, semalam.



    sumber : myMetro

    Janda kena ugut

    Posted: 17 Jan 2012 04:45 PM PST


    MIRI: Gara-gara mahu memutuskan hubungan cinta dengan teman lelakinya, seorang ibu tunggal berusia 30 tahun kini terpaksa hidup dalam ketakutan apabila menerima ugutan bunuh dan dicederakan, sejak seminggu lalu.
    Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 4 petang kelmarin, mangsa mendakwa menerima SMS daripada teman lelakinya berusia 24 tahun yang sekali lagi mengugut perkara sama jika wanita berkenaan masih mahu memutuskan hubungan cinta mereka. 
    Difahamkan, mangsa yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan sebelum ini, baru saja menjalin hubungan cinta dengan lelaki terbabit sejak lebih sebulan lalu, tetapi nekad memutuskan hubungan selepas sering bertengkar kerana pasangan barunya itu dikatakan panas baran.

    Menurut sumber, meskipun suspek sering kali merayu supaya diberikan peluang kerana mahu meneruskan hubungan cinta mereka, namun mangsa bertegas menyebabkan suspek berang, lalu mengugut ibu tunggal itu.



    "Suspek juga dikatakan pernah menemui mangsa beberapa kali sebelum ini selepas tidak puas hati dengan keputusan wanita itu.


    "Namun, sikap dingin mangsa enggan melayannya menyebabkan suspek naik angin dan terus bertindak mengugut bunuh dan mencederakannya menerusi panggilan telefon dan SMS," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam



    sumber : myMetro

    Syarikat Apek (Khairul Fahmi Che Mat) Tak Daftar Dengan SSM

    Posted: 17 Jan 2012 04:30 PM PST


    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek supaya mendaftarkan segera syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) dan Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dengan SSM selepas semakan SSM mendapati syarikat itu belum berbuat demikian.
    Ketua Perhubungan Awam SSM, Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, syarikat itu yang menawarkan beberapa pakej sebagai syarat keahlian dengan yuran serendah RM10 hingga RM750 didapati menyerupai penganjuran Skim Kepentingan iaitu seseorang penganjur menerusi skim ditawarkan itu memberi pulangan dari segi hasil atau perkhidmatan kepada ahlinya. 
    "Kita mendapati pulangan dijanjikan lebih menyerupai kad diskaun, bagaimanapun kita akan kaji apa yang ditawarkannya," katany.

    Muka depan Harian Metro kelmarin melaporkan Apek bakal bergelar jutawan dengan pelancaran KFR dan KKFCM yang menawarkan pakel keahlian di antara RM10 hingga RM750.



    Mereka menyasarkan keahlian 300,000 orang dalam tempoh sebulan selain yakin mampu mencapai lebih sejuta ahli dalam tempoh beberapa tahun. Berdasarkan kenyataan itu dan perkiraan dengan mengambil jumlah paling rendah iaitu pakej RM10 dengan sasaran 300,000 ahli, KFR dijangka mampu memberi pulangan RM3 juta.



    sumber : myMetro

    Kaki berlipat hingga ke muka kena hempap dinding konkrit

    Posted: 17 Jan 2012 04:15 PM PST


    GEORGETOWN: Mayat seorang pekerja kontrak ditemui dalam keadaan kakinya berlipat hingga ke muka selepas dihempap dinding konkrit pondok pengawal yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan di Sungai Ara, Bayan Lepas, dekat sini, semalam.
    Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Maksum, 37, berasal dari Jawa, Indonesia, meninggal dunia di tempat kejadian.

    Rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Dany, 24, pula parah apabila cedera di kaki, tangan dan kepala.


    Mangsa terperangkap selepas tersepit di bawah dinding konkrit yang dibina untuk bumbung pondok pengawal keselamatan di kawasan pembinaan perumahan berkenaan.

    Difahamkan, mangsa dan rakannya itu menampal simen sebelum dinding konkrit berkenaan runtuh lalu menghempap mereka.


    Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tertindih.



    Ketika tinjauan di tempat kejadian, seorang rakan mangsa yang dipercayai tinggal sekampung dengannya di Indonesia bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan daripada rakan sekerja mangsa. Dia yang bekerja di Bayan Baru itu sedih dengan kejadian terbabit dan enggan ditemu bual.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya.


    "Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat, manakala rakannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

    "Ketika ini kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


    Menurutnya, berdasarkan maklumat awal didapati mangsa yang sudah berkahwin dipercayai baru seminggu ke sini untuk bekerja.



    sumber : myMetro

    Ketua Polis Belanda Ditangkap kerana Mabuk

    Posted: 17 Jan 2012 04:00 PM PST

    ROTTERDAM - Seorang ketua polis seharusnya mampu memberikan contoh yang baik bagi warga. Tetapi tidak bagi seorang Ketua Polis di Rotterdam, Belanda. Dirinya ditangkap kerana mabuk.

    Kejadian ini berlangsung di saat malam  tahun baru lalu. Jang Hoogstraten ditangkap kerana pada darah terdapat alkohol yang kadarnya empat kali melebihi dari batas normal. Demikian diberitakanRadio Netherlands Worldwide, Selasa (17/1/2012).

    Sebelum ditangkap, Hoogstraten diketahui sedang membantu isterinya jatuh saat keduanya berjalan di trotoar. Dirinya pun bergegas mengambil kereta untuk membantu sang istri. 

    Tetapi ketika Hoogastraten hendak menjemput isterinya yang tengah menunggu di trotoar, ternyata sudah ditunggu oleh petugas polis. Polis pun menyedari bahawa suami isteri tersebut dipenuhi bau alkohol yang amat menyengat.

    Polis kemudian melakukan serangkaian tujian kadar alkohol pada keduanya. Ternyata diketahui lewat pemindai nafas, kadar alkohol Hoogstraten memang tinggi.

    Kes ini pun dialihkan kepada pihak pengadilan Rotterdam. Polis bahkan melakukan penyelidikan kes indispliner kepada Hoogstraten.
    (faj)

    Duit Baitulmal untuk beli susu anak diguna suami beli dadah

    Posted: 17 Jan 2012 03:45 PM PST


    JOHOR BAHRU: "Wang RM200 sumbangan Baitulmal membeli susu Syafiqah yang juga orang kelainan upaya (OKU) diguna suami bagi membeli dadah.
    "Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami ketagihan keluar rumah dengan alasan mahu membawa Syafiqah bersiar sebelum melencong ke tempat penagih," kata suri rumah, Norazlina Samad atau Ina, 30, semalam.
    Menurut Ina, sudah hampir setahun dia terpaksa memberi susu manis kepada anak perempuan bongsunya yang berumur empat tahun itu yang tidak sesuai bagi kanak-kanak seusianya.

    Ina yang berkahwin suami hanya dikenali sebagai Amran, 35, sejak lapan tahun lalu, mempunyai dua anak iaitu Syafinah, 6, dan Syafiqah.



    Menurut Ina, Syafiqah pernah menjalani pembedahan usus, jantung serta hati sejak dua tahun lalu dan pemberian susu manis kepada anaknya itu mungkin menyebabkannya mengalami masalah tumbesaran selain lemah pertuturan.



    sumber : myMetro

    Pengemis Jujur Kembalikan Wang Sebanyak 7,000 euro yang dijumpainya

    Posted: 17 Jan 2012 03:00 PM PST

    WINA - Apa yang dilakukan oleh seorang pengemis di Austria ini mungkin jarang sekali terjadi. Menemukan wang sebanyak  7.000 euro , boleh saja dia simpan sendiri namun justru dikembalikan.

    Hermann Schleichert hanya memiliki sisa wang USD1 dan sebuah bungkus rokok yang sudah kosong dalam saku seluarnya. Keberuntungan sepertinya akan menghampirinya saat menemukan bungkusan wang .

    Tetapi bukan menyimpan wang tersebut,lelaki berusia 48 tahun ini justru mengembalikan penemuannya ke balai polis. Polis pun menerima bungkusan wang dari lelaki yang tinggal di tempat penampungan dan pusat rehabilitasi alkohol.

    "Saya mengambil sampul surat dan melihat ada tumpukan wang di dalamnya. Semuanya dalam pecahan 500 euro," jelas Schleichert seperti dikutip AFP, Isnin (16/1/2012).

    "Tidak sedetik pun saya berfikiran untuk menyimpan wang tersebut. Itu sama saja dengan perbuatan mencuri," imbuhnya.

    Sang pemilik wang akhirnya datang untuk melaporkan kehilangannya kepada pihak polis. Polis pun memberikan wang tersebut kepada pemiliknya, tetapi dia belum menyatakan terima kasih kepada Schleichert.
    (faj)

    Cegah Model Terpeleset di Catwalk: Kaki Digam dengan Kasut

    Posted: 17 Jan 2012 10:00 AM PST


     Lenggok model di pentas fashion dunia kerap mengundang kekaguman. Langkahnya , penuh percaya diri. Saking percaya dirinya, aksi mereka tak jarang berbuah petaka memalukan. Mulai dari terpeleset, terjatuh, hingga terjengkang keluar pentas. 


     Semua model berisiko mengalaminya. Pada 2010 lalu, Nina Porter, seorang model muda terpeleset dan jatuh terduduk saat tampil sebagai penutup show koleksi spring/summer 2011 Burberry Prorsum di London Fashion Week.



     Tak hanya model amatur supermodel Naomi Campbell pun pernah mengalaminya. Campbell terjengkang ketika sedang memeragakan koleksi busana Vivienne Westwood di Paris, tahun 1993.
    Lindsey Wixson
     Sedangkan yang terbaru adalah Lindsey Wixson. Ia jatuh sampai tiga kali di tengah fashion show amal yang diadakan di Cannes, Perancis, akhir tahun lalu. 


     Banyak faktor yang membuat insiden konyol semacam itu. Ada yang tidak memiliki perhitungan ukuran catwalk. Ada yang terjerat gaun panjang. Namun, yang jamak adalah pemakaian kasut yang tak nyaman sehingga membuat kaki mudah bergeser dari alasnya. 


     Marc Jacobs, direktur kreatif untuk rumah busana Louis Vuitton, menyadari risiko itu. Tak ingin menodai fashion show karyanya, ia memilih cara ekstrem untuk memastikan kaki para model tak bergeser dari alas sepatu. Ia meminta para model melekatkan kaki ke kasut dengan gam agar tak terpeleset.

    Gambar..balik kampung naik motor ramai-ramai di China

    Posted: 17 Jan 2012 09:30 AM PST








    Jenis Kulit Tentukan Kepuasan Seks Wanita

    Posted: 17 Jan 2012 09:15 AM PST


    Ada banyak cara memberikan kepuasan seksual terhadap pasangan. Mulai dari mengekplorasi posisi seks, bermain dengan sex toys, hingga mengetahui kebiasaan seks pasangan.


    Tetapi, percaya atau tidak, kepuasan seks wanita sebenarnya boleh  juga dilihat dari jenis kulit yang ia miliki. Menurut kutipan yang dilapor dari Redbook, jenis kulit wanita dapat bercerita tentang kepuasan dan bahagian tubuhnya yang paling sensitif.  Berikut perinciannya:


    1. Berkulit Putih


    Wanita berkulit putih memiliki bahagian sensitif di seluruh tubuhnya. Jika Anda merabanya akan memberikan rasa puas pada dirinya. Selain itu ada bahagian lain yang paling sensitif, iaitu bagian  peha dalam sampai pangkalnya, payudara, dan bibirnya.


    2. Berkulit Kuning Langsat


    Wanita yang berkulit seperti ini, bahagian paling sensitif terletak pada batang lehernya, daerah sekitar payudara menuju perut bahagian bawah dan punggung.


    3. Berkulit Kemerahan


    Wanita berkulit kemerahan sama seperti wanita berkulit putih, jika disentuh bahagian payudaranya dan paha dalam akan bergejolak birahinya. Selain itu, wanita berkulit kemerahan mempunyai kelebihan yang unik. Wanita ini akan sensitif bila disentuh bagian punggungnya.


    4. Berkulit Hitam Manis


    Wanita berkulit hitam manis ini sangat berbeza dengan wanita berkulit lainnya. Wanita jenis ini, bahagian paling sensitif berpusat hanya di daerah sekitar Mrs V. Untuk itu anda harus pintar 'bermain-main' di sekitar Mrs V.

    (Foto + video)..pelajar Asia di Amerika dibelasah seramai 7 orang

    Posted: 17 Jan 2012 09:00 AM PST





    Asian Students in America after school hit the beat by 7] recently broke a video online, a Chicago Asian students studying in schools after school was hit seven students, schools have been reported to the police. Video on the Internet burst and release the batterer's real name.

    Lagu Yang Sering Membuat Terjadinya Pembunuhan

    Posted: 17 Jan 2012 08:45 AM PST




    Masih ingatkah anda dengan lagu My Way yang dinyanyikan oleh penyanyi legenda Frank Sinatra?


    Ya lagu ini kini menjadi pusat perhatian ditempat-tempat karaoke di Filipina.Kerananya bahawa jika ada yang menyanyikan lagu ini, sering terjadi pembunuhan di tempat karaoke itu.Akibatnya banyak tempat karaoke menghapus lagu "My Way" dari senarai lagu yang hendak dinyanyikan. Para penggemar karaoke, seperti Rodolfo Gregorio, 63 tahun, juga memaksa diri tidak bernyanyi lagu "My Way" meski ia penggemar Sinatra.


    Gregorio mengatakan sudah sering menyaksikan perkelahian di bar-bar karaoke. Ia dahulu suka menyanyikan lagu klasik Frank Sinatra, "My Way". "Tapi setelah banyak masalah, saya berhenti menyanyikannya," katanya. "Anda bolehtewas."


    Tapi pembela lagu "My Way" mengatakan bahawa lagu ini sangat populer. Kerana sangat popular, peluang terjadinya pembunuhan di karaoke saat lagu ini dinyanyikan sangat tinggi.Mungkinkah hanya itu penyebabnya atau kerana memang Filipina memiliki kultur kekerasan yang akut. Yang jelas ada urban legeng "Pembunuhan My Way".


    Kalau  Frank Sinatra tahu tentang ini mungkin saja dia akan kecewa kerana lagu yang dia nyanyikan dapat membuat pembunuhan.


    Sumber : Tempointeraktif

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS