Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Pelangi Kasih Lakonan Nabila Huda Beto Kushairy

Posted: 17 Jan 2012 11:41 PM PST

SAMARINDA PELANGI KASIH DIKHIANATI SAHABAT KERANA CEMBURU & SANGSI

Ikatan persahabatan yang kukuh dan murni menimbulkan persoalan apabila salah seorang daripada mereka mengambil keputusan menghilangkan diri dan membina kehidupan baru di sebuah daerah pedalaman. Menyusuli Bunga April, saksikan drama bersiri terbaru terbitan Global Station mulai 19 Januari 2012, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Nabila Huda, Puteri Sarah, Beto Kushairy, Johan Ariff Asa'ri, Wati Sadali, Fathil Dani, Abu Bakar Juah dan ramai lagi, drama bersiri 25 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Mohamed Feroz Kader dan penulis skrip Zahirah Hassan.

Drama Pelangi Kasih

Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin (Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.

Zafrul (Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka berumur 2 tahun lebih tua daripada Azlin dan Sofea banyak membantu mereka dalam pelajaran. Malah, Zafrul yang cemerlang dalam pendidikan menjadi teladan kepada Azlin dan Sofea untuk berjaya.

Setelah tamat pengajian di universiti, Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global Sdn. Bhd. Di bawah pengurusan dua wanita muda in,i GREEN GLOBAL SDN.BHD meningkat dengan pantas. Azlin memang cekap dalam pentadbiran dan perhubungan dengan pelanggan. Sementara Sofea begitu bijak membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dan melabur dalam bidang hartanah.
Hubungan erat Azlin, Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan untuk mengahwini Azlin. Sofea terluka kerana cintanya kepada Zafrul dipermainkan.

Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus.

Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa'ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea.

Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk 'menghapuskan' Sofea dan Omar dari dunia korporat.

Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin? Saksikan kesudahan Pelangi Kasih di slot Samarinda mulai 19 Januari 2012, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Drama Pelangi Kasih

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Nabila Huda di Shout! Awards 2010
  • Jawapan Trivia: Nabila Huda HOT!
  • Gambar Nabila Huda di ABP 2009
  • Gambar Terbaru Nabila Huda Play Hard Camelia Yang Tak Feminine
  • Gambar Nabila Huda dan Nora Danish di Malam Gala PISAU CUKUR
  • Gambar Seksi Nabila Huda di Festival Filem Malaysia 21
  • Jehan Miskin dan Nabila Huda Bercinta?
  • Drama Tihany Lakonan Nabila Huda di TV9
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Gambar Nabila Huda & Liyana Jasmay di Prebiu DUHAI SI PARI-PARI
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Lokasi Ujibakat ON AIR di Pulau Pinang Dapat Sambutan

    Posted: 17 Jan 2012 11:32 PM PST

    LOKASI UJIBAKAT PERTAMA DI PULAU PINANG TERIMA SAMBUTAN HANGAT

    Pelbagai ragam dan gelagat dapat dilihat di sepanjang sesi ujibakat yang telah berlangsung di Pulau Pinang pada hujung minggu lepas. Rata-rata dari lebih 200 orang yang hadir ke sesi ujibakat selama dua hari itu mempunyai impian yang sama iaitu untuk menjadi pengacara yang berkaliber dan serba boleh.

    Sesi ujibakat di Pulau Pinang menerima sambutan yang hangat daripada orang ramai apabila kaunter pendaftaran mula dipenuhi seawal jam 8 pagi. Kebanyakkan daripada mereka yang hadir dilihat ditemani oleh ahli keluarga dan sahabat-handai bagi menandakan tanda sokongan.

    Kehadiran juri jemputan, Datin Seri Normala Shamsudin ternyata telah memberikan semangat kepada orang ramai untuk memberanikan diri untuk diuji bakat di hadapan ikon pengacaraan yang terkenal, Aznil Hj Nawawi dan Suhaimi Sulaiman.

    gelagat para juri semasa proses ujibakat

    Ketua juri, Aznil Hj Nawawi yang tamat terharu dengan sambutan yang diberikan walau bagaimanapun mengingatkan mereka yang berminat untuk menghadiri sesi ujibakat di lokasi seterusnya agar datang dengan keadaan yang lebih bersedia.

    "Saya ingin mengingatkan mereka yang akan hadir untuk diuji bakat di lokasi yang seterusnya supaya tidak meniru gaya pengacara yang sedia ada tetapi tampil dengan gaya yang bersahaja tetapi menyakinkan. Gaya penyampaian seperti seorang pendebat dan pakar motivasi juga harus dielakkan.

    Penampilan memainkan peranan yang penting dalam menambat hati para juri. Ramai yang gagal di Pulau Pinang kerana ada yang datang dengan berselipar yang secara tidak langsung menampakkan keperibadian yang tidak serius dalam menempah tempat ke arena pengacaraan," ujar Aznil lagi.

    Program ON AIR ini akan melihat seramai tujuh peserta lelaki dan wanita yang terpilih menerusi siri ujibakat di beberapa buah negeri akan ditempatkan di sebuah lokasi tertentu di ibukota untuk menjalani kursus melalui silabus yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka daripada pelbagai genre pengacaraan. Mereka akan diberi tunjuk ajar, pendedahan serta tugasan tertentu selama 10 minggu yang berlandaskan format televisyen iaitu Berita, Majalah dan Hiburan.

    Juara bakal memenangi kontrak sebagai Artis Residen Astro selama tiga tahun dan pelbagai hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kelak.

    Kehadiran dua ikon dalam bidang pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu, Aznil Hj Nawawi yang akan bertindak selaku ketua juri dan dibantu oleh Suhaimi Sulaiman. Selain bertindak sebagai juri, mereka juga bertanggungjawab untuk melatih dan membimbing para peserta menjadi seorang pengacara yang versatil.

    Kejayaan Aznil memenangi Anugerah Bual Bicara Terbaik di Anugerah Televisyen Asia di Singapura pada tahun 2005 menerusi rancangan Macam Macam Aznil selain mengekalkan kemenangan sebagai Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama lapan tahun sejak 2003 sehingga kini meletakkan beliau individu yang paling layak mengemudi rancangan ini.

    Suhaimi Sulaiman pula bukanlah satu nama baru dalam bidang pengacaraan malah karier beliau dalam industri penyiaran sudah bermula seawal tahun 1990. Beliau kini mengendalikan rancangan temubual Agenda Awani dan Focus Economy dan merupakan pelopor strategi media Astro Awani dan bertanggungjawab membimbing dan melatih para penyampai dan pengacara di saluran berita dan informasi 24 jam yang pertama di Malaysia itu.

    Selepas Pulau Pinang, pihak produksi akan mengunjungi empat tiga buah lagi negeri bagi mengenal pasti peserta-peserta yang dilihat layak untuk menyertai program ini di lokasi-lokasi berikut:

    NO. NEGERI TEMPAT TARIKH
    1. Johor Bahru The Puteri Pacific, Johor Bahru 21 & 22 Januari 2012
    2. Sarawak Merdeka Palace, Kuching 28 & 29 Januari 2012
    3. Kuala Lumpur Pusat Penyiaran Asia (Astro), Bukit Jalil, 4 & 5 Februari 2012

    ** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

    Peserta mestilah seorang lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin dan mestilah seorang warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai personaliti yang menarik. Para paserta ujibakat perlu membawa salinan kad pengenalan, resume dan sekeping gambar berukuran 4R.

    Program realiti On Air ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) pada 25 Januari ini. Butir-butir lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.

    peserta bersemangat untuk menjalani sesi ujibakat oleh para juri

    peserta mula beratur seawal jam 8 pagi

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Ujibakat Idola Kecil Musim 4 di Sri Pentas
  • Siti Nurhaliza Jayakan Konsert Sambutan Hari Malaysia
  • UJIBAKAT BINTANG RTM 2009
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • Ujibakat Raja Lawak Astro Di Pulau Pinang
  • Gambar Kahwin Dekna AF
  • Gambar Sekitar Ujibakat My Starz LG di The Curve Damansara
  • Ujibakat Mencari Pelakon Filem RATU
  • Full content generated by Get Full RSS.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Komen