Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Antara Tanda-tanda jodoh

Posted: 14 Oct 2010 03:37 PM PDT

Okey nie sensasi dpt dari someone...Takdela tanda tanda jodoh sgt pun sensasi rasa,sebab kadang-kadang ada yg ada jodoh berkahwin tapi tak bahagia pun kan..

lepas tue ada juga yang dijodohkan oleh org tua...so tak kenal hati budi pasangan tue...

Tapi sensasi rasa kat bawah nie just mcm sebagai tanda-tanda keserasian untuk hidup bersama...



Petanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat
memiliki usia hubungan yang panjang
adalah dengan adanya saling kerjasama.
Kamu dan dia selalu dapat saling
membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu
berdua selalu dapat melalui segala
aspek kehidupan secara bersama-sama.
Dan semuanya terasa amat menyenangkan
meskipun tanpa harus melibatkan orang
lain. Apakah kamu sudah merasakan
perkara tersebut? Jika ya, selamat...
kerana ada harapan bahawa dia adalah
calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan
sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh
kamu atau bukan adalah kemampuannya
bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba
sekarang perhatikan, apakah gerak-
gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta
tertawanya mengesankan apa adanya?
Apakah setiap ucapannya selalu tampak
spontan dan tidak dibuat-buat? Jika
tidak, (maaf) kemungkinan besar dia
bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati
kamu berdua dapat selalu saling tahu.
Dan bila kamu atau si dia dapat saling
membaca fikiran dan menduga reaksi
serta perasaannya satu sama lainnya
pada situasi tertentu. Selamat!
Sebenarnya dialah destini kebahagian
kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa
perasaan tertekan. Berjam-jam
bersamanya, setiap waktu dan setiap
hari tanpa membuat kamu merasa
bosan... Inilah petanda bahawa kamu
berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam
situasi apapun. Dan dia selalu dapat
memahami situasi dalam hati kamu baik
dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat
bersama. Sekarang, ingat-ingat
kembali. Apakah dia orang pertama yang
datang memberi bantuan tatkala kamu
dirundung musibah? Dia selalu faham
saat emosi kamu terganggu? Dia tahu
keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak
salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa
lalu keluarga kamu, dia tak peduli
dengan masa lalu kamu saat bersama
kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-
malu menceritakan masa lalunya... Nah,
kalau begitu ini bisa berarti dia
sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki
kekurangan, dan kamu tak malu-malu
memperlihatkannya pada si dia. Bahkan
pada saat kamu tampil buruk di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu
bangun tidur atau saat kamu sakit dan
tak mandi selama dua hari. Ataupun
menceritakan sejujurnya kepada kamu
tentang kelemahan dan kekurangannya...
Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan
untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih
selamat di tangannya daripada di
tangan sahabat-sahabat kamu yang lain.
Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi
menyimpan rahsia apapun darinya, maka
berbahagialah! Kerana ini bererti
pasangan sejati telah kamu temukan!

Kemalangan ngeri 10.10.10 ada kaitan dengan hantu wanita berbaju putih?

Posted: 14 Oct 2010 03:34 PM PDT

Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.

Tinjauan mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.

Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.

Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.

Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.
"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.
"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya

Cara Kenal pasti PC atau Laptop korang Jantan atau betina

Posted: 14 Oct 2010 02:53 PM PDT

ini cuma suka-suka je...walaupun ada jantan betinanya,tak boleh la korang nak bagi laptop atau PC korang buat anak..

begini cara-caranya...



1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:--->>

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
Save as =

love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Kalau suara perempuan maka,Komputer atau laptop korang tue betina..Kalau keluar suara lelaki,so laptop korang tue jantan...ehehe..

Sensasi dah try...PC sensasi nie jantan rupenyer...grrr

Gambar menarik :Anjing kacuk panda,dan kacuk harimau

Posted: 14 Oct 2010 02:44 PM PDT

Ok..lu kena beb...
sebenarnyeeee..nie bukanlah anjing kacuk panda ..semua tue hanya propa semata-mata..

Ini adalah anjing yang dicat seperti Panda dan harimau sempena Festival di China,Dog Painting Day...

Comel sgt kan..nampak mcm real panda plak..










Irwanshah bakal berkahwin dengan Zaskia pada 11.11.11

Posted: 14 Oct 2010 02:35 PM PDT



SELEPAS menghadiri majlis pernikahan pelakon Indra Bekti dan Adilla Jelita pada 10 Oktober lalu di Sampoerna Strategic, Sudirman, Jakarta, penyanyi dan pelakon, Irwanshah mendapat satu inspirasi.

Dia mahu menjadikan tarikh 11.11.2011 untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Zaskia Sungkar.

"Memilih tarikh yang unik memudahkan kita untuk mengingati hari yang bersejarah. Jadi, majlis pernikahan Indra sememangnya memberikan saya inspirasi baru selain dekorasi yang menarik pada majlis pernikahan saya nanti.

"Jika ada jodoh saya akan menikahi Zaskia. Dia seorang wanita yang begitu memahami saya," katanya sambil menoleh ke arah Zaskia yang menemaninya saat ditemu bual

Tambah Irwanshah, dia berharap agar pernikahannya dengan Zaskia dapat bertahan sehingga ke akhir hayat.

Apatah lagi Zaskia sememangnya ciri-ciri wanita yang diidamkan oleh jejaka tersebut.

Sementara itu, Zaskia pula berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada bekas kekasih Acha Septriasa itu.

"Setiap pasangan sebenarnya sudah ditugaskan dengan peranan masing-masing. Begitu juga dengan kami yang tahu peranan kami sebagai sepasang kekasih.

"Justeru itu, dari segi zahirnya, kami memang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga," ujarnya yang meminta para peminat untuk merestui perhubungan mereka.




Sensasi:
Teringat lagu-lagu cinta duet antara Irwansyah dengan Acha Septriasa...Lagu ?My heart yang meletop masa tue

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


(Gambar) Alahai, Buruknya Fesyen Ala Lady Gaga Alyah Ni

Posted: 14 Oct 2010 08:19 PM PDT

GAMBAR ALYAH PAKAI BAJU MACAM LADY GAGA

Serius, buruk sangat nengok fesyen ala Lady Gaga Alyah ni. Macam dah takde fesyen lain naik pakai. Paling tak tahan tang rambut. Rasa nak muntah je nengok. Lagi gambar Alyah dengan fesyen ala Lady Gaga kat bawah ni.

AD:iPhone 3G ini mungkin menjadi milik anda.. Tak nak ke?

GAMBAR ALYAH PAKAI BAJU MACAM LADY GAGA

GAMBAR  FESYEN ALYAH MACAM LADY GAGA

GAMBAR FESYEN ALYAH MACAM LADY GAGA

+ Pic taken from www.budiey.com

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Kontroversi Datuk Siti Nurhaliza Buat Konsert Di Melbourne Hari Ini

Posted: 14 Oct 2010 09:28 PM PDT

Hari bersejarah, Datuk Siti Nurhaliza akan membuat konsert live di Melbourne, Australia hari ini.

Ada pihak yang tidak berpuas hati dengan Siti Nurhaliza. Kalau anda ingat, Siti Nurhaliza sepatutnya membuat persembahan pada 25 September lepas di Penang, namun doktor menyarankan Siti agar berehat untuk beberapa hari. Namun, hari ini timbul pula isu di'mana beliau boleh pula buat persembahan di Australia. Kata orang, macam ada something fishy!

Macam biasa, penyokong kuat Siti Nurhaliza akan berhempas pulas backing-without-charges. Antara yang paling menarik ialah luahan seorang peminat'nya yang membuat penjelasan bagi pihak Siti Nurhaliza.

Why on earth must we take everything so literally ? Siti cancelled the Penang concert on doctor's order because of her (then) current situation and effort AT THAT PARTICULAR TIME was going against the physical requirement needed for the concert…. and it was "so happened". It wasnt planned; it was something like… she initially agreed,.. made all technical prep, took the money .. and then her trying-to-heat-my-womb thingy came up and the doctor said heyy your oven looks like its getting hot in this coming weeks so u better stay home have yaknowwhat with your husband as much as you can so stay home lady!!!… so she had to pull out. Cancelled.

This stuff happens. And it happens alot to people who are trying to get pregnant or prepping for sexual intimacy during which their ovulation watever is at the best watevercrap state it can be. And of course doctors will give a more-than-ample time duration for their patients to rest and pleaseeeee by god the word "rest" means stay-home-and-do-it-with-ur-hubby-and-do-not-move-too-much-so-they-all-can-swim!!!  Its a common practice aje pun. Benda nye seminggu je dah ok. Tp di kasiknye secara betulis anggaran 2 ke 3 minggu.

And this goes to the haters out there, be you haters of Siti ke Syura ke Pasa Sanda ker Hetty Koes Endang kerrr:  ……Its ssssoooooo funny and saddening at the same time to see the distance that some people would go to make other people look bad. The effort yall put in to make other people look bad. It is what it is, read as much as what is written and said BY tuanpunyebadan cukupla. Tak sesak dada ke nak mengeji ngeji mengata ngata membuat crita2 yg entah betul entah tidak .. out of thin air of most of the time … ?

Kami suka kenyataan "stay-home-and-do-it-with-ur-hubby-and-do-not-move-too-much-so-they-all-can-swim", period!

Blog Widget by LinkWithin
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pengacara Bang Bang Boom Khalwat Isteri Orang Terima Hukuman

Posted: 14 Oct 2010 08:54 PM PDT

Azahari (kiri)

"Sedia terima hukuman", itulah yang dikatakan oleh pengacara Bang Bang Boom, Ahmad Azahari berkenaan kes tangkap khalwat bersama isteri orang beberapa minggu lalu. Beliau mengaku berada di tempat kejadian, namun atas sebab-sebab menolong wanita tersebut mengemas barang di rumah sebelum berangkat ke Sabah.

Ahmad Azahari juga meminta penonton supaya terus memberikan sokongan kepada program Bang Bang Boom & mengenepikan masalah yang melanda diri'nya. Beliau berjanji kes ini adalah yang pertama & yang terakhir berlaku dalam hidupnya.

Perbicaraan kes khalwatnya akan berlangsung tahun hadapan, manakala keterangan sudah diambil oleh pihak berkuasa.

Blog Widget by LinkWithin
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Movie Day Out Filem WALL STREET MONEY NEVER SLEEPS

Posted: 14 Oct 2010 09:11 AM PDT

Salam buat semua pembaca budiman,

Mahu menonton filem WALL STREET MONEY NEVER SLEEPS bersama pembaca Budiey.com? Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti yang berminat untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti – WALL STREET MONEY NEVER SLEEPS.

PERCUMA! SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

WALL STREET MONEY NEVER SLEEPS adalah filem penuh konspirasi tipu helah lakonan Michael Douglas, Shia LaBeouf ramai lagi.

Pôster Wall Street: Money Never Sleeps

SINOPSIS FILEM:

As the global economy teeters on the brink of disaster, a young Wall Street trader partners with disgraced former Wall Street corporate raider Gordon Gekko on a two-tiered mission: To alert the financial community to the coming doom, and to find out who was responsible for the death of the young trader's mentor.

Tarikh: Hari Sabtu ini, 16 OKTOBER 2010, Jam 12.15 tengahari.

Waktu Tayangan: 12.50 tengahari

Tempat: Pawagam GSC, One Utama, New Wing, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

Kategori: PG13

Runtime: 133 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249479 sekarang! Siapa cepat dia dapat!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Tonton trailer filem ini:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mad Money Trailer, Synopsis & Movie Poster
  • Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti A Nightmare On Elm Street
  • About Ah Long Pte Ltd Movie Fann Wong & Mark Lee
  • LIST OF HOLLYWOOD'S BEST AND WORST MOVIE STARS 2008
  • Movie Day Out Pembaca Budiey.com – A Nightmare on Elm Street
  • T-4: Terminator Salvation Set for May 22, 2009 Release
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem A Nightmare on Elm Street
  • Senarai Filem 2008
  • Movie Carnival 2008
  • Sinopsis Filem Forbidden Kingdom Lakonan Jet Li & Jackie Chan
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Senarai Pencalonan Festival Filem Malaysia 23

    Posted: 14 Oct 2010 09:10 AM PDT

    Setelah lama tertangguh, akhirnya pada 24 Oktober 2010 ini Festival Filem Malaysia ke 23 akan berlangsung di Shah Alam Convention Centre. Untuk penonton di rumah, anda boleh menonton siaran langsung di saluran RTM dan Astro PRIMA. Pertama kali dalam sejarah, FFM dibuat di SACC, Shah Alam.

    Pada jam 11 pagi tadi, telah berlangsung Sidang Media Pengumuman Top 5 di Dewan Plenary, Shah Alam Convention Centre, Shah Alam.

    Filem Magika mendahului senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke 23 dengan 12 pencalonan. Mengekori rapat filem terbitan KRU Studios itu adalah filem arahan Azahari Mohd Zain, Santau dengan 11 pencalonan.

    Filem Estet arahan Mamat Khalid pemenang trofi Pengarah Terbaik FFM21 menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang mengekori rapat dengan 8 pencalonan bersama filem Haq. Kedua-dua filem itu belum ditayangkan kepada umum. Diikuti rapat filem Belukar dan Legenda Budak Setan dengan 7 pencalonan, Niyang Rapik dengan 6 pencalonan dan Evolusi KL Drift 2 dengan 5 pencalonan.

    Senarai pencalonan akhir Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik tidak diumumkan

    Mamat Khalid turut dicalonkan dalam kategori Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik menerusi filem yang bakal ditayangkan di Tayangan Perdana FFM 23 sempena Majlis Perasmian festival itu yang berlangsung 20 Oktober depan.

    Pelakon Shamsul Datuk Yusof mengejutkan hadirin apabila disenaraikan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Evolusi KL Drift 2 mengenepikan calon favourite Shaheizy Sam menerusi filem Adnan Sempit. Turut tercalon dalam kategori itu ialah Bront Palare menerusi filem Belukar, Esma Daniel (Santau), Farid Kamil (Legenda Budak Setan) dan Zulhuzaimy (Haq).

    Manakala dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik, nama pelakon Sharifah Amani yang menampilkan lakonan berkesan menerusi filem Muallaf dan Fazura dalam filem Pisau Cukur turut dipinggirkan. Antara pelakon wanita yang tersenarai dalam kategori tersebut ialah Jasmine Michael menerusi filem Estet, Lisa Surihani (Legenda Budak Setan), Maya Karin (Pisau Cukur), Mislina Mustaffa (Karaoke) dan Putri Mardiana (Santau).

    Selain dicalonkan sebagai Pengarah Harapan, filem muzikal Magika turut tercalon dalam kategori Poster Terbaik, Pereka Kostum Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ziana Zain), Filem Komedi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.

    Turut mengejutkan apabila pelakon filem Anak Halal, Remy Ishak tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Evolusi KL Drift 2 walaupun filem itu bukan filem pertamanya. Turut tersenarai dalam kategori itu ialah Kamal Adli menerusi Niyang Rapik, Redza Minhat (Pisau Cukur), Shashi Taran (Estet) dan Sheikh Bolkiah Sheikh Ahmad (Pulau Asmara).

    Tersenarai dalam kategori Pengarah Harapan ialah pengarah filem yang berjaya meraih pencalonan yang banyak seperti Magika, Haq dan Belukar iaitu Edry Abdul Halim, Hor Chee Leong dan Jason Chong Chia Shien. Turut tersenarai ialah Rozihan Zain (Hooperz) dan pelakon berpengalaman Farid Kamil (V3:Samseng Jalanan).

    Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki pula, Bront Palare dicalonkan menerusi filem V3:Samseng Jalanan, K.S. Maniam (Estet), Que Haidar (Legenda Budak Setan), Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2) dan Zul Suphian (Santau).

    Manakala bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita pula, Lisa Surihani dicalonkan menerusi filem V3: Samseng Jalanan, Norliana Shamsudin (Adnan Sempit), Nur Fazura (Legenda Budak Setan), Raja Farah (Haq) dan Ziana Zain (Magika).

    Kembali diperkenalkan di FFM 23 adalah kategori Filem Komedi Terbaik yang menampilkan Adnan Sempit, Kapoww, Magika, My Spy dan Pisau Cukur sebagai calon akhir.

    Senarai pencalonan diumumkan Nancie Foo, Urusetia Penjurian FFM 23. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Mahyuddin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS. Antara selebriti yang hadir ialah Mamat Khalid, Norman Abdul Halim, Iqram Dinzly, Shamsul Datuk Yusof, Sharifah Shahirah, Bront Palare dan ramai lagi. – kredit: Portal GUA

    Pelakon Lelaki Terbaik
    1. Bront Palarae – Belukar
    2. Esma Daniel – Santau
    3. Farid Kamil – Lagenda Budak Setan
    4. Shamsul Yusof – Evolusi KL Drift 2
    5. Zul Huzaimy – Haq

    Pelakon Wanita Terbaik
    1. Jasmine Micheal – Estet
    2. Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan
    3. Maya Karin – Pisau Cukur
    4. Mislina Mustaffa – Karaoke
    5. Putri Mardiana – Santau

    Lakon Layar Terbaik
    1. Ahmad Idham – Niyang Rapik
    2. Azahari Zain – Santau
    3. Jason Chong – Belukat
    4. Jumaatun Azmi – Haq
    5. Mamat Khalis – Estet

    Cerita Asal Terbaik
    1. Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan
    2. Brian Iskandar – Haq
    3. Edry Abdul Halim – Magika
    4. Mamat Khalid – Estet
    5. Uttam Kumar – Pulau Asmara

    Sinematografi Terbaik
    1. Indra Che Muda – Estet
    2. Indra Che Muda – Santau
    3. Mohd Noor Kassim – Magika
    4. Raja Mukhriz – Niyang Rapik
    5. Ramli A. Bakar – Belukar

    Penyunting Terbaik
    1. Ahmad Mustadha – Niyang Rapik
    2. Brian Ng – Santau
    3. Brian Ng – V3: Samseng Jalanan
    4. Hisham Jupri – Evolusi KL Drift 2
    5. Lim Sheu Fen – Belukar

    Skor Muzikal Asal Terbaik
    1. Brian Ng – Santau
    2. Brian Ng – Niyang Rapik
    3. Brian Ng – V3: Samseng Jalanan
    4. Edry Halim – Magika
    5. James Baum – Evolusi KL Drift 2

    Filem Animasi Terbaik
    1. Atok Poie Pekan – Animagis Sdn Bhd
    2. Buas – Charukphong
    3. Chellup – Elite Animation
    4. Ramadhan Mat Jo – Elite Animation
    5. A Day In A Life of Mr. Teddy – Arshad Noor

    Filem Pendek Terbaik
    1. Hargai Sejarah Anda – Yellow Pictures
    2. Srok – Syaabani
    3. Sub Rosa – Nadiah Hamzah
    4. Projek Genex – Ainotek
    5. The Five Rules – UiTM Shah Alam

    Poster Terbaik
    1. Belukar
    2. Estet
    3. Magika
    4. Pisau Cukur
    5. V3: Samseng Jalanan

    Pereka Busana Terbaik
    1. Haq
    2. Jin Notti
    3. Magika
    4. My Spy
    5. Santau

    Lagu Tema Asal Terbaik
    1. Penyembuh Rindu – Magika
    2. Syurga Seketika – Niyang Rapik
    3. Menggegar Dunia – My Spy

    Pelakon Harapan Lelaki
    1. Kamal Adli – Niyang Rapik
    2. Redza Minhat – Pisau Cukur
    3. Remy Ishak – Evolusi KL Drift 2
    4. Shashi Taran – Estet
    5. Sheikh Bolkiah – Pulau Asmara

    Pelakon Harapan Wanita Terbaik
    1. Daphne – Belukar
    2. 2 Alam (to be updated)
    3. Lagenda Budak Setan
    4. Putri Mardiana – Santau
    5. Pulau Asmara (to be updated)

    Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
    1. Bront Palarae – V3: Samseng Jalanan
    2. KSManiam – Estet
    3. Que Haidar – Lagenda Budak Setan
    4. Shaheizy Sam – Evolusi KL Drift 2
    5. Zul Huzaimy – Santau

    Pelakon Pembantu Wanita
    1. Lisa Surihani – V3: Samseng Jalanan
    2. Norliana Samsudin – Adnan Sempit
    3. Fazura – Lagenda Budak Setan
    4. Raja Farah – Haq
    4. Ziana Zain – Magika

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jawapan Trivia 7 Ogos: Fasha Sandha
  • Sidang Media Penyertaan Festival Filem Malaysia 21
  • Chermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Senarai Penuh Pencalonan Lima Tempat Teratas Anugerah Festival Filem Malaysia ke 21
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • Short Shorts Film Festival & Asia 2010
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Pemenang Festival Filem Malaysia 20
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    sumber :-

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    'Bayar RM3,000 jika mahu bebas'

    Posted: 14 Oct 2010 11:08 PM PDT


    NUR FARLIHIN kini dipercayai berada di Bangkok selepas hilang sejak Februari lalu.


    GEORGE TOWN – Keluarga Nur Farlihin Yahya, 20, yang hilang sejak 14 Februari lalu kini semakin bimbang apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan menuntut wang 'pembebasan' gadis itu sebanyak RM3,000 daripada individu yang tidak dikenali.

    Menurut kakak Nur Farlihin, Fazeliyatun, 30, dia menerima SMS itu kira-kira pukul 2 petang, 11 Oktober lalu iaitu pada hari laporan berita mengenai kehilangan adik bongsunya itu keluar di akhbar.

    SMS itu menyebut: "Untuk pengetahuan mak cik sekeluarga, anak mak cik ada sama kami, dan dia sudah jadi keldai kami untuk bawa barang dengan upah yang tinggi. Kalau nak dia keluar dari jadi ahli, mak cik kena bayar RM3,000. Ini syarat keluar ahli".

    Fazeliyatun berkata, selepas menerima SMS daripada talian bernombor 017-9320324 itu, dia cuba menghubungi semula nombor berkenaan tetapi tidak dijawab.

    "Sejak itu, kami tidak menerima sebarang panggilan telefon atau SMS daripada adik saya kecuali orang ramai yang ingin memberi bantuan termasuk memberi kata-kata semangat.

    "Kami sekeluarga bertambah bimbang dengan nasib yang menimpanya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

    Pesta kempen halal di Seremban

    Posted: 14 Oct 2010 04:56 PM PDT


    KOMPLEKS Belia dan Sukan Paroi menjadi lokasi penganjuran Kempen 1Malaysia 1Halal di Negeri Sembilan yang bermula hari ini.


    SEREMBAN - Kempen 1Malaysia 1Halal (1M1H) yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi di sini hari ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Kempen itu yang julung kali diadakan di negeri ini merupakan edisi keempat selepas kejayaan siri jelajah di Masjid Negara, Kuala Lumpur, Perlis dan Teluk Danga, Johor.

    Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Johani Hassan, pihaknya menyasarkan seramai 20,000 pengunjung pada kempen selama tiga hari yang akan berakhir pada 17 Oktober ini.

    "Kita harap orang ramai dapat menambah ilmu pengetahuan selepas melawat gerai pameran dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.

    "Kita juga telah mengatur pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen ini yang mendapat sokongan pelbagai pihak," katanya di sini semalam.

    Aktiviti tersebut termasuk pameran produk halal oleh 70 usahawan selain kempen derma darah, pertandingan mewarna, dekorasi kek dan persembahan artis.

    Antara artis yang bakal memeriahkan kempen itu termasuk juara Akademi Fantasia (AF) musim lalu, Shahir; kumpulan muzik alternatif, 6ixth Sense dan penyanyi veteran, Datuk Ahmad Jais.

    Selain itu, orang ramai boleh mengunjungi gerai Kosmo! yang turut menempatkan sudut buku Utusan Publications & Distributors (UP&D) bagi menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

    Kepala bayi ditimpa siling hospital

    Posted: 14 Oct 2010 04:54 PM PDT


    KEADAAN kepala Putri Nursofea Humaira yang bengkak didakwa akibat ditimpa serpihan siling Hospital Batu Gajah pada 25 September lalu.


    IPOH – Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sulung bertukar pilu selepas bayi perempuan yang dilahirkan sihat pada 25 September lalu, didakwa 'menderita' akibat kecuaian dua buah hospital.

    Bapa bayi terbabit, Sahmani Dolmat, 29, mendakwa sehari selepas isterinya, Nur Aisyah Ahmad Syukri, 21, melahirkan Putri Nursofea Humaira, kepala bayi itu ditimpa serpihan kecil siling di wad bersalin Hospital Batu Gajah yang tiba-tiba jatuh.

    "Kejadian itu saya maklumkan kepada ketua jururawat namun tanpa pemeriksaan teliti dia memberitahu anak saya tidak mengalami apa-apa masalah," katanya di sini semalam.

    Sahmani mendakwa, sehingga isteri dan anaknya keluar dari hospital itu tiada rawatan diberikan kepada bayi tersebut.

    Menurutnya, kepala bayi itu semakin membengkak selepas majlis mencukur jambul baru-baru ini dan dia telah membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan susulan.

    Kongsi pengalaman bersama peserta

    Posted: 14 Oct 2010 04:54 PM PDT




    PROGRAM realiti TV terbaru terbitan Astro, Mari Menari yang akan mula menemui penonton mulai esok, 16 Oktober ini pastinya sangat-sangat dinantikan. Ini kerana program TV terbaru ini sememangnya memiliki sedikit kelainan meskipun menggunakan konsep yang hampir sama dengan Sehati Berdansa.

    Mungkin ramai yang sudah tahu, peserta yang bakal bertanding dalam rancangan ini merupakan khalayak yang terdiri daripada pasangan adik-beradik, ibu atau bapa dan anak serta pasangan suami isteri. Ia berbeza dengan Sehati Berdansa sebelum ini yang mengenengahkan pasangan selebriti sebagai peserta.

    Selain pemilihan Awal Ashaari dan Lisa Surihani sebagai kali pertama digandingkan sebagai pasangan pengacara sudah diketahui ramai, nama-nama juri tetap yang juga merangkap mentor kepada pasangan yang bertanding telah diumumkan sebelum ini.

    Bagaimanapun, program realiti TV yang buat julung-julung kalinya diadakan ini pastinya menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak. Ini kerana empat orang selebiti iaitu Ferhad, Zul Huzaimi, Erra Fazira dan Lisdawati telah dipilih untuk memikul tugas sebagai juri tetap dan mentor kepada 12 peserta yang bertanding.


    FERHAD


    Umum mengetahui bahawa keempat-empat selebriti tersebut langsung tidak pernah terbabit secara serius dalam bidang tarian.

    Misalnya, Lisdawati yang lebih terkenal sebagai seorang model dan pelakon, Ferhad yang dikenali sebagai seorang penyanyi sepenuh masa, manakala Erra Fazira pula lebih banyak terbabit dalam lakonan dan nyanyian serta Zul Huzaimy yang juga merupakan seorang dramatis yang cukup terkenal dengan kewibawaan lakonannya.

    Meskipun menyedari akan ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan pemilihan keempat-empat selebriti ini sebagai juri dan mentor, tetapi masing-masing ada alasan tersendiri untuk menggalas tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka.

    Salah seorang juri dan mentor yang juga pemenang program Sehati Berdansa musim pertama, Lisdawati memberitahu dia akan menggunakan segala pengalaman yang diperoleh ketika menyertai program tersebut. Menurutnya, dengan pengalaman yang ada diharap sedikit sebanyak dapat membantu dirinya menjadi seorang juri dan mentor yang baik.

    "Sudah tentu saya sangat teruja kerana saya sememangnya langsung tidak memiliki asas dalam tarian. Apatah lagi minat dalam bidang tarian sudah ada dalam diri sejak dahulu lagi tetapi tidak dapat mempelajarinya kerana tentangan keluarga.

    "Dengan peluang yang diberikan ini, saya akan gunakan sebaik mungkin untuk memberikan segala ilmu dan pengalaman yang telah diperoleh semasa menyertai Sehati Berdansa musim kedua kepada peserta yang berada di bawah saya," ujar Lisda yang berpasangan dengan suaminya, Fauzi Nawawi ketika menjuarai program tersebut.

    Menilai langkah tarian

    Menurut Lisdawati lagi, sebagai langkah persediaan sebelum rancangan ini bermula, dia mengakui kerap menyaksikan program-program tarian di kaca TV dan video untuk mendapatkan lebih banyak lagi info serta maklumat tentang perkara-perkara yang baru dalam bidang tarian.


    LISDAWATI


    Sementara Ferhad yang turut dilantik sebagai juri dan mentor untuk rancangan tersebut pula memberitahu pemilihannya itu dianggap sebagai satu penghormatan buat dirinya meskipun ia merupakan sebuah program realiti TV yang khusus kepada bidang tarian.

    "Seperti yang sedia maklum, saya hanya dikenali sebagai seorang penyanyi tetapi itu tidak bermakna saya tidak layak untuk terbabit dalam program ini. Kalau dilihat program-program realiti TV di luar negara, pemilihan juri tidak hanya tertumpu pada sesuatu bidang sahaja. Pada pandangan saya, langkah yang diambil oleh pihak Astro ini adalah supaya program ini nampak lebih menarik lagi.

    "Lagipun peranan saya sebagai juri nanti adalah untuk memberi komen kepada peserta daripada segi persembahan mereka sahaja, bukan dari sudut teknikal kerana pada pertandingan itu nanti telah dilantik seorang juri yang profesional dalam bidang tarian," ujar Ferhad yang popular dengan lagu Kasih Berubah.

    Sementara itu, dramatis terkenal, Zul Huzaimy pula merasakan tanggungjawab untuk menjadi juri dan mentor dalam program dilihat bukan satu masalah yang besar buat dirinya. Walaupun pada asalnya dia sendiri tertanya-tanya kenapa dirinya dipilih, tetapi dia melahirkan rasa gembiranya dan begitu bersemangat untuk terbabit dalam program ini.


    BARISAN peserta musim pertama Mari Menari.


    "Sudah tentu saya akan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran sebagai seorang pelakon serta sedikit ilmu asas dalam tarian yang pernah saya pelajari dahulu ketika menuntut dalam jurusan teater di Akademi Seni Kebangsaan.

    "Lagipun penglibatan saya sebagai seorang juri nanti bukan hanya menilai gerak tarian, tetapi keseluruhan persembahan mereka ketika beraksi di atas pentas. Untuk pertandingan itu nanti, saya bukan hanya mahu melihat peserta yang dapat menghafal langkah tarian sahaja, malah mampu untuk menjadi penghibur," ujarnya.

    Beritahu Zul Huzaimy pula, tugasnya bersama juri-juri yang lain nanti adalah memberikan kritikan kepada semua 12 peserta yang bertanding semasa hari persembahan setiap minggu.

    Sementara, peranannya sebagai mentor pula adalah untuk memberikan bimbingan seperti teguran.

    Zac malu dengan Vanessa

    Posted: 14 Oct 2010 04:53 PM PDT


    ZAC EFRON


    AKTOR Zac Efron menyatakan kejelitaan teman wanitanya, Vanessa Hudgens telah membuatkan dirinya berasa janggal apabila dia berdiri di sebelahnya. Pelakon berusia 22 tahun yang bercinta dengan Vanessa sejak tahun 2005 mendedahkan dia selalu berasa tidak selesa di sebelah kekasihnya itu.

    Jelas Zac: "Bercinta dengan Vanessa membuatkan semua benda lebih mudah kerana kami saling memahami tanpa perlu banyak penjelasan. Saya seorang cerewet, malah lebih teruk berbanding wanita.

    "Itu yang membuatkan ramai orang menyampah dengan saya kecuali Vanessa. Dia amat memahami saya. Satu-satunya kelemahan adalah dia selalu kelihatan menarik yang membuatkan saya kelihatan pelik."

    Zac mengakui walaupun dia tahu Vanessa merupakan calon isterinya, namun dia tidak mahu terburu-buru untuk mengikat tali perkahwinan dengan Vanessa dalam masa terdekat ini.

    Malah, dia mempunyai perancangan untuk menunggu sehingga berusia 40 tahun sebelum berkahwin. Tambahnya kepada majalah Joy: "Kami pastinya tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Sekarang kami berdua masih terlalu muda.

    "Bila saya akan berkahwin? Rasanya umur 40 tahun adalah masa terawal saya akan mendirikan rumah tangga."

    Dilema perkahwinan Jac

    Posted: 14 Oct 2010 04:52 PM PDT


    JACLYN VICTOR


    BERTUNANG sejak Disember 2006, ramai sebenarnya yang tertanya-tanya apakah status penyanyi, Jaclyn Victor bersama kekasih hatinya, Chris Bellamy. Belum lagi mahu mendirikan rumah tangga, Jaclyn yang mesra dengan panggilan Jac memberitahu mereka selesa dengan kehidupan sekarang.

    Walaupun pernah berbincang mengenai perkahwinan, hubungan jarak jauh antara Jac dan Chris menjadi penghalang utama. Chris sedang bekerja di London dan Jac pula sibuk dengan kariernya di Malaysia.

    "Kami ada berbincang mengenai perkahwinan tetapi dia tidak boleh menetap di Malaysia dan saya juga tidak boleh meninggalkan karier saya di sini. Jadi jika kami kena berpisah, mengapa perlu berkahwin?

    "Lebih baik kami mengekalkan hubungan sebegini. Lagipun berkahwin bukan satu keputusan yang senang dibuat. Ia satu langkah besar dan banyak aspek yang perlu diambil kira.

    "Maka, adalah lebih baik kami mengekalkan hubungan pertunangan sahaja buat masa ini," kata Jac ketika ditemui pada sidang media mempromosikan persembahannya bersama Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia, baru-baru ini.

    Kali terakhir melawat Jac adalah April lalu dan Chris selalunya akan menghabiskan masa sebulan bersama penyanyi itu. Berkenalan dengan Chris pada tahun 2003 ketika Jac menyanyi di KL Plaza, Jac menyatakan dirinya sudah biasa berjauhan dengan tunangnya.

    "Keadaan ekonomi di United Kingdom tidak begitu baik. Jadi saya juga tidak boleh meninggalkan Malaysia dan bekerja di sana. Lagipun saya sudah biasa berjauhan dengan dia. Pada mulanya saya memang sedih.

    "Tapi lama-kelamaan, saya sudah biasa. Lagipun kami berhubung setiap hari. Ia bukan satu masalah besar," jelas Jac lagi.

    Dilihat menerusi teater muzikal Cuci 2, Jac akan berlakon jika diberi peluang. Cuma menyanyi merupakan keutamaan buat dia. Jac juga baru-baru ini telah menolak tawaran berlakon dalam drama kerana jadual kerja yang padat.

    "Setakat ini saya belum mendapat sebarang tawaran untuk filem. Tapi anda akan melihat saya dalam karya Apalam arahan Afdlin Shauki. Ia merupakan versi filem Tamil, Papadom. Selain daripada itu, saya ada ditawarkan untuk berlakon dalam dua drama. Cuma saya menolak kerana jadual kerja yang padat," ujarnya lagi.

    Bakal melancarkan album 3 Suara yang merupakan kerjasama antara Ning Baizura dan Sheila OIAM, mereka bertiga memulakan rakaman sejak Mac lalu. Ia dijangka menemui peminat sekitar hujung tahun ini.

    Sebelum menghiburkan peminat dengan album baru, peminat Jac boleh menyaksikan persembahannya pada 31 Oktober ini, pukul 11 malam, di Hard Rock Cafe. Persembahan itu yang merupakan kerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia diadakan untuk meningkatkan kesedaran ramai mengenai kanser payu dara.

    "Saya mempunyai kawan yang baru menjalani pembedahan akibat kanser payu dara. Tidak kira berapa usia anda, anda perlu menjalankan pemeriksaan. Selalunya orang tidak akan mengambil kisah sehingga sakit.

    "Selain boleh menyalurkan maklumat, saya juga berpeluang untuk menghiburkan peminat saya. Sudah lama saya tidak mengadakan showcase. Kali terakhir adalah pada September 2007. Jadi saya boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra dengan mereka," katanya yang akan menyampaikan kira-kira 20 buah lagu.

    Bagi mereka yang berminat, anda boleh membeli tiket

    dengan harga RM55 (termasuk satu minuman ringan). Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Hard Rock di talian 03-2715 5555.

    Perancis berdepan kekurangan minyak

    Posted: 14 Oct 2010 04:52 PM PDT


    BEBERAPA pekerja Pelabuhan Marseille memasak semasa mereka menyertai mogok dengan menghalang laluan depot minyak ke Fos-sur-Mer di selatan Perancis semalam.


    PARIS - Pemerintah Perancis semalam menggesa orang ramai supaya tidak tergesa-gesa membeli petrol manakala pengendali trak pengangkutan menuntut bekalan kecemasan memandangkan banyak loji penapisan minyak ditutup akibat mogok bagi menentang peningkatan had umur persaraan anjuran Presiden Nicolas Sarkozy.

    Dalam mogok itu, pelajar-pelajar membuat halangan ke sekolah dan ada sebahagiannya melontar batu ke arah polis. Para pegawai turut memberi amaran bahawa protes menentang tindakan menaikkan umur persaraan dari 60 kepada 62 tahun itu mungkin tidak terkawal.

    Pemerintah menyatakan sebanyak 342 sekolah menengah di Perancis terjejas namun pihak kesatuan sekerja pula memberitahu angkanya mungkin mencecah 500 buah sekolah.

    Dengan lapan daripada 12 loji penapisan minyak ditutup, kesatuan pekerja pengendali trak menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri supaya tidak mengehadkan bekalan minyak rizab kepada pengusaha pengangkutan.

    Ketika Sarkozy mahu melanjutkan had umur persaraan yang kini sedang didebatkan di Dewan Senat, Menteri Pengangkutan Perancis, Dominique Bussereau cuma menenangkan kebimbangan kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan bahan api.

    Kebimbangan itu berlaku ekoran mogok yang bermula sejak beberapa hari lalu menjejaskan 70 peratus kapasiti loji penapisan minyak.

    Sarkozy mahu meningkatkan had umur persaraan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan defisit awam Perancis.

    Drama cinta pelombong di Chile

    Posted: 14 Oct 2010 04:51 PM PDT


    SEORANG pelombong yang diselamatkan, Yonni Barrios memeluk kekasihnya, Susana Valenzuela selepas dia tiba di atas permukaan tanah dengan kapsul penyelamat di lombong San Jose, Chile kelmarin.


    LOMBONG SAN JOSE - Drama percintaan antara seorang pelombong dengan isterinya dan seorang perempuan simpanannya hampir menenggelamkan kegembiraan operasi menyelamatkan 33 orang pelombong yang berjaya dilakukan di sini selepas mereka terperangkap 622 meter di bawah tanah selama 69 hari akibat dinding gua yang runtuh.

    Pelombong itu, Yonni Barrios, 50, telah menjemput isteri dan perempuan simpanannya untuk menyambutnya semasa dia tiba di atas permukaan tanah dengan kapsul penyelamat kelmarin.

    Namun, hanya perempuan simpanannya yang datang dan tidak isterinya.

    Isteri yang dikahwininya selama 28 tahun, berikrar tidak mahu melihat suaminya itu walaupun di televisyen.

    Ketika seluruh negara meraikan peristiwa bersejarah itu, Salina Barrios memberitahu dia tidak mahu berkongsi saat gembira itu dengan perempuan simpanan suaminya, Susana Valenzuela.

    "Ini sangat jelas, sama ada dia atau saya. Melalui perbualan di telefon dan surat yang dihantarnya, jelas bahawa suami saya sihat. Itu sudah mencukupi buat saya," kata Salina yang keputusannya turut disokong oleh Cecilia Morel, isteri Presiden Chile, Sebatian Pinera.

    Barrios yang nampak kecewa memberikan reaksi dingin kepada Valenzuela.

    Salina dan Valenzuela berjumpa pada Ogos lalu di lombong tersebut.

    Mereka terkejut kerana berada di lombong itu untuk lelaki yang sama. Malah, para pekerja Palang Merah pernah terpaksa menyuraikan pergaduhan mereka.

    Adik Barrios, Lidia berkata: "Dia mencintai kedua-duanya. Mereka sangat penting dan mahu mereka berbaik-baik di antara satu sama lain."

    Sementara itu, seorang anggota penyelamat, Manuel Gonzales menjadi orang terahir keluar dari dalam lombong bawah tanah tersebut dalam operasi penyelamat yang mendapat perhatian daripada ramai penduduk dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

    Pertandingan tidur sekejap di Madrid

    Posted: 14 Oct 2010 04:50 PM PDT


    SEORANG doktor memeriksa seorang peserta yang tidur di atas bangku pada pertandingan tidur sekejap di Madrid semalam.


    MADRID - Sejumlah peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tidur sekejap di sebuah pusat beli-belah di sini. Peserta-peserta dalam lima kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk tidur di atas bangku berwarna biru dalam pertandingan itu.

    Sebuah kumpulan, Persatuan Rakan-Rakan Tidur Sekejap menganjurkan pertandingan itu yang bermula semalam dan berlangsung selama sembilan hari.

    Hadiah utama ialah wang tunai AS$1,410 (RM4,349).

    Matlamat pertandingan itu adalah untuk mempromosikan tidur selepas waktu makan yang merupakan tradisi Sepanyol yang semakin terhakis akibat gaya hidup moden.

    Peserta-peserta akan mendapat markah bagi kategori individu pertama yang terlelap, berdengkur paling kuat, kedudukan tidur terbaik dan pakaian tidur terbaik.

    Doktor-doktor hadir untuk memeriksa sama ada para peserta itu betul-betul tidur.

    Ramai lihat UFO di New York

    Posted: 14 Oct 2010 04:50 PM PDT


    GAMBAR menunjukkan objek terbang tidak dikenali (UFO) di langit Manhattan, New York kelmarin.


    NEW YORK - Satu kumpulan objek misteri yang bersinar berlegar di langit Manhattan, New York kelmarin sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) terbang di sekitar bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.

    Polis dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Amerika Syarikat (AS) dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai yang melaporkan melihat objek itu.

    Beberapa sumber penguat kuasa undang-undang menyatakan, ia dipercayai sebagai belon tetapi sehingga lewat kelmarin, identiti sebenar objek itu tidak diketahui.

    Menurut jurucakap FAA, Jim Peters, tidak ada objek ganjil seperti itu dilihat pada radar.

    Seorang wartawan akhbar New York Daily News dapat melihat satu titik kecil dan terapung di langit dari jalan Eight Avenue yang turut disaksikan puluhan orang lagi.

    Imej misteri itu muncul selepas sebulan satu kenyataan akhbar dikeluarkan yang mengumumkan penerbitan sebuah buku oleh seorang bekas pegawai Pusat Pemerintahan Aeroangkasa Amerika Utara yang meramalkan UFO akan muncul di beberapa buah bandar raya utama dunia pada 13 Oktober lalu.

    Remaja Nepal jadi lelaki paling pendek

    Posted: 14 Oct 2010 04:49 PM PDT


    MAGAR mengangkat tangan selepas diumumkan pemegang rekod lelaki paling pendek dunia.


    POKHARA, Nepal - Seorang remaja Nepal, Khagendra Thapa Magar diisytiharkan sebagai lelaki paling pendek di dunia oleh seorang pegawai Guinness Book of World Records, Marco Frigatti semalam.

    Magar yang setinggi 67 sentimeter (sm) dan berat 5.5 kilogram (kg) mengambil alih gelaran itu daripada Edward Nino Hernandez dari Colombia yang setinggi 70sm.

    Dia diumumkan sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas umurnya genap 18 tahun sekali gus menepati syarat Guinness Book of World Records yang hanya menyenaraikan individu berumur 18 tahun ke atas sebagai pemegang rekod dunia.

    Majlis pengisytiharan itu diadakan di sebuah hotel di Pokhara barat Kathmandu, Nepal.

    Semasa dilahirkan, beratnya cuma 600 gram.

    Pada tahun depan, dia menjadi duta muhibah yang dilantik pemerintah sempena Tahun Melawat Nepal.

    "Saya sangat gembira dan teruja," kata Magar yang merupakan anak seorang penjual buah-buahan.

    Dia mempunyai adik lelaki berusia 13 tahun yang mempunyai ketinggian normal.

    Doktor-doktor tempatan gagal menjelaskan punca yang menyebabkan tubuh Magar tidak membesar.

    Dr. Hum Prasad Newpane yang menjadi doktor Magar sejak lima tahun lalu berkata, struktur tubuh remaja itu seperti budak tiga tahun dan dia berfikir serta berkelakuan seperti kanak-kanak.

    Telur ayam bulat seperti bola

    Posted: 14 Oct 2010 04:48 PM PDT


    GAMBAR menunjukkan telur ayam berbentuk bulat.


    CORNWALL - Seorang chef masakan berusia 27 tahun, James Church terkejut apabila dia terjumpa sebiji telur ayam unik yang berbentuk bulat seperti bola ketika sibuk memasak di Hotel Bristol di Newquay, Cornwall baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

    "Saya sedang bekerja pada waktu pagi dengan memecahkan telur dan membuat sarapan seperti biasa. Saya kemudian mengeluarkan satu bekas dan kemudian terlihat telur ini," kata Church yang menceritakan penemuan unik itu.

    Menurutnya, dia berasa tergamam seketika sebelum memanggil semua orang yang berada di dapur untuk melihatnya.

    Dia berkata, mereka turut kagum kerana tidak pernah melihat telur unik itu.

    Church yang bekerja selama lapan tahun sebagai tukang masak membuat keputusan untuk menyimpan telur unik itu.

    Pembayar cukai dihiburkan dengan tarian

    Posted: 14 Oct 2010 04:47 PM PDT


    DUA pegawai pengutip cukai menari di depan pembayar cukai di pejabat Dewan Bandar Raya Cebu, Filipina kelmarin.


    CEBU, Filipina - Rutin harian kakitangan-kakitangan pengutip cukai di dalam pejabat di sini yang menari di depan pembayar-pembayar cukai telah berjaya meningkatkan hasil kutipan.

    Seramai 320 kakitangan menyertai rutin harian bergilir-gilir menari di depan pembayar cukai dengan mengikut irama lagu Waka Waka nyanyian Shakira, Earth Wind dan Boogie Wonderland.

    Menurut seorang pegawai pengutip cukai, Ofelia Oliva, kutipan harian cukai tempatan meningkat sebanyak 42.8 peratus kepada AS$115,000 (RM354,430) sejak pelancaran rutin menari itu pada Isnin lalu.

    Dia berkata, persembahan tarian itu dibuat atas arahan Datuk Bandar Cebu, Michael Rama.

    Pakaian yang dipakai oleh pekerja-pekerja itu semasa menari adalah bertemakan keceriaan.

    Persembahan tarian itu dilakukan pada waktu pagi dan tengah hari.

    Bola sepak satu budaya

    Posted: 14 Oct 2010 04:46 PM PDT




    JIKA anda berada berhampiran hospital bersalin Montevideo, Uruguay, kedengaran jeritan suara bayi-bayi kecil menangis sekuat hati. Eduardo Galeano yang merupakan penulis tersohor Uruguay menggambarkan teriakan bayi-bayi kecil itu menunjukkan keghairahan negara tersebut terhadap sukan bola sepak.

    "Jeritan itu menunjukkan bayi-bayi yang baru dilahirkan sedang menjerit gol!" kata Galeano yang merupakan peminat setia sukan bola sepak dalam dokumentari televisyen mengenai sukan berkenaan di Uruguay.

    Sukan bola sepak Uruguay kecil sahaja tetapi keghairahan terhadap sukan berkenaan amat besar.

    Bahkan, sebuah kelab divisyen pertama, Rampla Juniors yang diasaskan di Aduana negara berkenaan dikatakan mempunyai padang bola sepak terluas di dunia kerana anda tidak boleh melihat tempat duduk penonton dari kerusi penonton bertentangan.

    Dengan pemandangan Montevideo merentasi teluk berlatar belakang langit biru, padang bola sepak yang terletak di tepi sungai itu hanya mempunyai dua tempat duduk utama untuk penonton menyaksikan sukan kegemaran mereka.

    Pada masa dahulu, tendangan bola yang melambung tinggi ke udara dengan angin kuat mampu membuatkan bola berkenaan tersasar ke dalam sungai. Malah seorang pendayung akan sentiasa bersedia mengutip bola berkenaan dengan penuh sabar menggunakan sampan untuk memastikan perlawanan dapat diteruskan semula.

    Hector Moran, yang pernah bermain bersama pasukan Nacional mengalahkan PSV Eindhoven dari Belanda pada perlawanan akhir Piala Antara Benua 1988 menggambarkan kemuraman mengenai pendapatan yang diperoleh pemain-pemain liga domestik negara berkenaan.

    "Sebanyak 70 peratus pemain bola sepak di Uruguay tidak hanya bermain sukan kegemaran mereka tetapi terpaksa mencari pendapatan lain. Gaji amat rendah dalam liga domestik," katanya yang kini bekerja bersama kesatuan pemain ketika ditemuramah Reuters.


    STADIUM Centenario pernah menjadi saksi Uruguay menjulang Piala Dunia pertama pada tahun 1930.


    "Kita mengenali pemain-pemain yang bekerja pada waktu malam dan akan menjalani latihan bola sepak keesokan harinya. Pendapatan minimum bagi pemain-pemain divisyen pertama adalah sebanyak AS$1,100 (RM3,400) manakala pemain divisyen kedua pula adalah AS$549 (RM1,699).

    "Pendapatan purata pemain-pemain di kelab pertengahan seperti Defensor dan Liverpool pula adalah di antara AS$1 (RM3) sehingga AS$1,990 (RM6,157) .

    "Bola sepak di Uruguay adalah sesuatu yang luar biasa. Di mana-mana sahaja di dunia ini anda akan berjumpa dengan pemain Uruguay kerana mereka mempunyai teknik bermain bola sepak yang baik. Pemain-pemain ini akan memberikan persembahan yang terbaik di mana-mana sahaja mereka berada.

    Juara kelab dunia

    Pengulas radio El Espectador, Ricardo Pineyrua memberitahu: "Kejayaan bola sepak negara ini tidak melibatkan isu ekonomi sebaliknya ia adalah satu budaya.

    "Uruguay sering menjadi calon untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia dan ia adalah fakta. Ini kerana daripada 11 kejohanan yang disertai Uruguay, pasukan kebangsaan telah berjaya menduduki tempat keempat hampir separuh daripada pembabitan dalam Piala Dunia.

    Dengan kira-kira 3.5 juta penduduk, Uruguay dilihat mempunyai kekurangan apabila berdepan negara jiran yang mempunyai penduduk lebih besar seperti Brazil dan Argentina.

    Dua kelab ternama liga tempatan Penarol dan Nacional yang masing-masing pernah menjadi juara Amerika Selatan sebanyak lapan kali dinobat sebagai juara kelab dunia beberapa kali turut menggunakan modal sedikit untuk terus beroperasi.

    Kebanyakan kelab terbaik pula hanya mempunyai padang yang kecil seperti liga bawahan di negara kuasa bola sepak Eropah.

    Stadium Centenario yang terkenal selepas menjadi lokasi perlawanan akhir edisi pertama Piala Dunia pada tahun 1930 hanya mampu menarik 5,000 penonton apabila Penarol beraksi menentang kelab-kelab kecil.


    PEMINAT setia Rampla Juniors setia menyaksikan perlawanan kelab kesayangan mereka di Stadium Olimpico, Uruguay.


    Bagaimanapun, apabila melibatkan perlawanan klasik di antara Penarol dan Nacional ia akan dipenuhi dengan penonton yang mencecah sehingga 60,325.

    Bekas jurulatih dan pemain tengah Uruguay, Juan Ramon Carrasco percaya negara berkenaan boleh mengekalkan reputasi sebagai antara pasukan terbaik dunia sekiranya menggunakan taktik menyerang.

    "Sudah tentu anda boleh membawa lebih banyak wang dalam sukan bola sepak tetapi ia adalah isu lain," katanya sebelum memberi pandangan bagaimana Uruguay patut bermain bola sepak.

    "Saya bermain sebagai pemain tengah penyerang dan sentiasa mempunyai sikap bahawa pasukan kami bermain dengan 11 pemain lawan," kata Carrasco.

    Carrasco, 54, memberi nafas baru dalam permainan bola sepak Uruguay awal dekad lalu bersama pasukan kecil, Fenix dengan mengenengahkan strategi serangan.

    Falsafahnya membantu Carrasco menjawat jawatan ketua jurulatih Uruguay tetapi terpaksa melepaskan kerusi panas berkenaan. Walaupun strategi serangan yang ditekankan Carrasco merubah permainan Uruguay tetapi bahagian pertahanan masih lemah.

    Kejayaan pasukan

    Dia turut merasakan penglibatan Carrasco bersama pasukan River Plate Montevideo banyak menyumbang kepada kejayaan pasukan kebangsaan pada Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan baru-baru ini.

    "Uruguay telah mengharungi Piala Dunia yang sangat baik. Peminat-peminat turut membuat tuntutan selepas apa yang kami telah melakukan di River Plate, rakyat sentiasa dahagakan permainan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak menarik dan berkesan."


    KANAK-KANAK pengutip bola melalui terowong yang menghubungkan bilik persalinan dan padang di Stadium Olimpico.


    Sementara itu, pegawai akhbar Rampla Juniors, Marcos Paredes, memberitahu, kelab berkenaan berkembang bersama komuniti pendatang-pendatang Eropah yang menaiki bot mencari rezeki dalam industri pengeluaran daging lembu di kawasan bukit Montevideo.

    Kelab berkenaan yang mempunyai stadium berkapasiti 6,000 penonton dinamakan Olimpico oleh seorang dermawan berbangsa Yunani masih mengekalkan suasana pekan kecil kerana pasukan itu merupakan sebahagian daripada komuniti di kawasan tersebut.

    "Oscar El Maestro Tabarez, jurulatih yang bertanggungjawab membawa Uruguay memasuki peringkat separuh akhir pada Piala Dunia di Afrika Selatan merupakan guru besar di sekolah tempatan. Saya juga belajar di sekolah berkenaan," kata Paredes.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF), Sebastian Bauza, berminat untuk meneruskan momentum kecemerlangan Uruguay dalam Piala Dunia dan mengekalkan Tabarez selama empat tahun lagi sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

    "Uruguay merupakan antara empat negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak bawah-17, bawah-20 dan Piala Dunia. Ia sangat penting untuk sekali lagi memberi impak dalam penglibatan Piala Dunia," kata Bouza.

    Usah bermegah wang hantaran

    Posted: 14 Oct 2010 04:45 PM PDT


    WANG hantaran perlu dipersetujui tanpa membebankan mana-mana pihak. - Gambar hiasan


    SEMUA orang perlu mengetahui bahawa hantaran bukanlah mas kahwin. Mas kahwin adalah ketetapan syariat dan wajib dibayar sementara hantaran adalah ketetapan adat yang menjadi budaya turun-temurun. Hantaran terbahagi dua bentuk iaitu wang tunai dan barangan.

    Secara mudah hantaran merupakan hadiah pemberian suami atau isteri kepada pasangannya sebagai tanda persetujuan dan kegembiraan untuk hidup bersama. Kebiasaannya sebahagian daripada hantaran ini akan diberikan pada hari pertunangan dan sebahagian lagi akan diberikan pada hari akad nikah dijalankan.

    Barangan hantaran inilah yang mesti dipulangkan semula sama ada dalam bentuk asal atau nilainya sekiranya berlaku pemungkiran pertunangan iaitu pertunangan diputuskan dan perkahwinan dibatalkan.

    Hantaran bukan wajib tetapi tidak haram diadakan. Malah, ketetapan adat ini diterima pakai sebagai satu kewajipan bukan saja sebagai tanda menerima pasangan tetapi juga sebagai permulaan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri.

    Hantaran tidak perlu mahal, sudah nama pun sebagai hadiah, biarlah jumlah hantaran dalam kemampuan pihak terlibat. Jika untuk melunaskan hantaran memaksa pihak-pihak terlibat berhutang, pasti lebih sukar dan payah untuk meneruskan kehidupan selepas bergelar suami isteri sedangkan hakikatnya kehidupan sebenar suami isteri bermula selepas sah ijab dan kabul.

    Saya bukan menolak amalan masyarakat hari ini tetapi saya sekadar berusaha menjelaskan satu kebenaran yang telah dipinggirkan. Ramai ahli masyarakat kini yang berbangga bila hantaran anaknya tinggi tanpa mempedulikan cara yang digunakan oleh bakal menantu untuk memenuhi kehendak tersebut.

    Disebabkan kita hari ini lebih cenderung mengikuti lenggok langkah masyarakat sekitar, kesannya ditanggung oleh raja sehari itu pada belakang hari. Pengalaman saya mengendalikan kes rumah tangga daripada 10 pasangan, empat hingga lima kes perkahwinan berakhir sebelum hutang hantaran (kepada bank atau individu) berjaya diselesaikan.

    Ini kerana pasangan tersebut memasuki alam rumah tangga dengan masalah kewangan (hutang untuk memenuhi tuntutan hantaran) dan semua maklum masalah kewangan adalah pemangkin kepada masalah perkahwinan lainnya. Apakah ini yang ibu bapa inginkan?

    Jika hantaran disepakati oleh kedua-dua pihak tetapi ada pihak yang ingkar atau gagal menyelesaikan jumlah yang dipersetujui tersebut hingga perkahwinan berakhir, pihak yang satu lagi berhak menuntut agar jumlah yang belum dilunaskan tersebut dibayar. Ya! Hantaran yang disepakati tetapi tidak dipenuhi boleh menjadi hutang yang perlu dibayar.

    Bawa ke mahkamah

    Undang-undang yang diguna pakai di Mahkamah Syariah memperuntukkan hantaran yang tidak dijelaskan boleh menjadi hutang yang boleh dituntut oleh pihak yang belum menerima hantaran.

    Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tuntutan hutang hantaran ini.

    Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah untuk membicarakan perkara yang berkaitan dengan perhubungan suami dan isteri.

    Menerusi Arahan Amalan di Mahkamah Syariah, Kod Tambahan Kes (49) memperuntukkan perkara berkaitan ganti rugi perkahwinan dan hutang dalam perkahwinan.

    Hantaran yang tidak dijelaskan termasuk dalam kategori hutang dalam perkahwinan dan pihak yang masih belum menerima haknya dalam hantaran yang telah dipersetujui, boleh menuntut di Mahkamah Syariah agar hutang hantaran tersebut dijelaskan.

    Jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

    Sinonim dengan Roha Collection

    Posted: 14 Oct 2010 04:45 PM PDT




    PADA usia sembilan tahun, Raha Ismail sudah mula mengekori ibunya, Asmah Awang Chik menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah dengan menjual pelbagai jenis barangan serbaneka.

    Walaupun tidak pernah dipaksa untuk berbuat demikian, namun Raha melakukan semua itu dengan kerelaan sendiri. Tanpa disuruh, dia juga akan menyusun barang-barang untuk diperaga pada pelanggan.

    Malah, berbanding lapan adik-beradik lain yang kesemuanya perempuan, dia boleh dianggap peneman setia kepada ibunya.

    Siapa sangka bermula dengan minat, kemudian dipupuk dengan kesungguhan, rutin tersebut akhirnya menjadikan Raha atau lebih mesra dipanggil Roha seorang usahawan wanita yang berjaya apabila meningkat dewasa.

    Jenama Roha Collection cukup dikenali di daerah Kluang kerana ia merupakan butik pemborong dan penjual pakaian yang beroperasi sejak awal tahun 2006.

    "Butik kami menawarkan pelbagai jenis kain pasang, tudung, baju siap termasuk kurung dan kebaya, blaus, jubah, telekung, aksesori serta kelengkapan raja sehari.


    Tiga pekerja Roha Collection menunjukkan beberapa koleksi terbaru jenama tersebut.


    "Alhamdulillah, dalam tempoh kurang lima tahun, butik saya sudah mempunyai tiga cawangan di Johor iaitu dua di Kluang dan satu lagi di Mersing," ujar Roha ketika ditemui Kosmo! di Kluang, Johor baru-baru ini.

    Butik itu turut menerima tempahan baju pelbagai jenis fabrik dan bersedia menjahit rekaan yang diingini pelanggan.

    "Kami mampu menyiapkan tempahan tersebut dalam masa sehari jika mereka mahu. Jadi, pelanggan tidak perlu menunggu dalam tempoh yang lama terutama mereka yang datang dari luar daerah Kluang," jelas wanita yang berusia 32 tahun itu.

    Sambil menunjukkan beberapa koleksi terbaru Roha Collection, ibu kepada Mohd. Hishamuddin, 9, memberitahu, dia menceburi dunia perniagaan secara serius sejak umur 22 tahun.

    Ketika itu Roha memilih untuk menjadi salah seorang usahawan dalam dunia skim jualan langsung (MLM). Selepas empat tahun, barulah dia memulakan bisnes butik Roha Collection dengan modal sebanyak RM2,000.

    Banyak rintangan

    Memegang kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, Roha membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai jika kita sentiasa berusaha.

    "Bukan mudah untuk berjaya hingga ke tahap sekarang. Banyak rintangan dan cabaran yang dilalui. Dalam dunia perniagaan, kita akan berjumpa dengan pelbagai karakter manusia.

    "Adakalanya kita akan tertipu dengan mereka dan begitulah sebaliknya. Tetapi, itu bukan penghalang untuk kita mencapai impian. Apa yang penting, setiap apa yang dilakukan perlu jujur," tegas Roha yang berkahwin pada usia 23 tahun.


    PELANGGAN yang berkunjung ke butik ini pasti rambang mata dalam membuat pilihan dek variasi tudung yang ditawarkan.


    Bertemu jodoh dengan seseorang jejaka dari Padang, Indonesia, perkenalannya dengan suami, Jamaluddin Johan, 32, bermula atas urusan perniagaan.

    Roha mengakui suaminya merupakan tulang belakang kejayaan yang dikecapinya.

    "Tanpa sokongan suami, tidak mungkin saya mampu menempuh pelbagai dugaan dunia perniagaan ini," tuturnya.

    Apakah pengalaman getir sepanjang menjalankan perniagaan? Roha berkata, dia pernah ditipu pelanggan dan rakan niaga serta berdepan dengan pekerja yang tidak jujur iaitu mencuri idea di butiknya dan kemudian memberitahu kepada pesaing perniagaannya.

    Bagaimanapun, Roha tidak gentar dengan persaingan kerana dia percaya dengan rezeki yang diatur Allah. Dia juga yakin dengan bakat dan kreativiti yang dikurniakan kepadanya dan jenama pakaiannya

    Bawa staf bercuti

    Satu petua yang sempat dititipkan Roha untuk berjaya dalam perniagaan ialah tidak lokek berkongsi rezeki dengan pekerja dan mereka yang memerlukan.

    Justeru, setiap tahun dia akan menutup operasi semua cawangan butik semata-mata untuk membawa pekerja dan keluarganya bercuti di seluruh negara.

    "Sejak dua tahun bekerja di sini, saya gembira kerana mendapat majikan seperti kak Roha. Dia sangat sporting dan sentiasa berkongsi masalah dengan kami.


    KEJAYAAN Roha sebagai usahawan wanita boleh dicontohi ramai kaum hawa di luar sana.


    "Paling seronok apabila kami dibawa bercuti ke destinasi peranginan terkenal seperti di Langkawi, Genting Highlands serta negara jiran, Singapura dan Indonesia," ujar pekerja Roha, Wan Noraila Mohd. Jaafar, 20.

    Bagi meneruskan kesinambungan perniagaan butiknya, Roha berazam untuk memiliki bangunan sendiri pada masa akan datang.

    "Buat masa ini, saya masih menyewa lot-lot kedai pada kadar di antara RM6,000 hingga RM12,000 sebulan. Insya-Allah, jika diizinkan saya mahu mempunyai bangunan perniagaan sendiri yang lebih moden dan canggih.

    "Kepada wanita yang mahu menceburkan diri dalam perniagaan, jangan cepat berputus asa jika apa yang diusahakan tidak menjadi. Sebaliknya, terus berusaha dengan gigih," kata Roha mengakhiri bicara.

    Cuci tangan nyahkan kuman

    Posted: 14 Oct 2010 04:44 PM PDT


    ROSNAH dan Ziana bersama pelajar Sekolah Wawasan USJ15 menyertai demonstrasi mencuci tangan dengan betul anjuran Kementerian Kesihatan dan Antabax.


    DALAM usaha mengubah tabiat mencuci tangan dalam kalangan rakyat Malaysia, rangkaian penjagaan diri antibakteria Antabax dan Kementerian Kesihatan melancarkan program kesedaran dan pendidikan bersama menerusi Kempen Kebersihan Tangan 1Malaysia sepanjang bulan Oktober ini.

    Kempen tersebut dijangka membabitkan penyertaan lebih dua juta orang dan dipercayai menjadi kempen kebersihan tangan kolaborasi jabatan kerajaan dan syarikat swasta yang terbesar di negara ini.

    Usaha murni Kementerian Kesihatan dan Antabax turut mendapat sokongan Hospital Sungai Buloh serta hospital-hospital di seluruh negara, hab pengangkutan Semasa Sentral, pengusaha-pengusaha restoran dan 33 sekolah dari seluruh negara.

    Kempen tersebut menumpu perhatian kepada golongan muda yang paling kerap terdedah dengan risiko jangkitan virus dan penyakit berjangkit berkaitan tangan.

    Sejajar dengan tema 1Malaysia, kempen berkenaan dilancarkan baru-baru ini di Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor yang menempatkan tiga aliran sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tun Tan Cheng Lock dan SJK (Tamil) Tun Sambanthan.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilaporkan 1.5 juta kanak-kanak meninggal dunia akibat keracunan makanan dan cirit-birit setiap tahun dengan sebahagian besar kes berkenaan dilaporkan dalam kalangan mereka yang berusia lima tahun ke bawah.


    DARI kiri: Kuek Bak Heng, Ziana Zain, Rosnah dan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim membuat demonstrasi membasuh tangan dengan sabun Antabax di majlis perasmian Kempen Kebersihan Tangan 1 Malaysia di Sekolah Wawasan, USJ 15, Subang Jaya.


    Mencuci tangan dengan sabun dapat mengurangkan penyakit cirit-birit sehingga 44 peratus iaitu hampir separuh daripada kes yang dilaporkan.

    Pada tahun 2009 sebanyak 17,000 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Malaysia dengan kira-kira 18,000 kes batuk kering dan kes berkaitan virus A(H1N1) sehingga Ogos 2010 adalah 15,584 kes manakala kes keracunan makanan pula berleluasa.

    Tabiat kebersihan mudah seperti membersih tangan menggunakan sabun atau cecair sanitasi tangan dapat mengurangkan peratusan kes ini dengan mendadak.

    Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Kempen Kebersihan Tangan 1Malaysia yang berlangsung sepanjang bulan berusaha menjadikan amalan mencuci tangan sebagai satu tabiat dalam kalangan rakyat Malaysia.

    "Mencuci tangan dengan menggunakan sabun adalah antara cara paling berkesan dan murah untuk mencegah penyakit cirit-birit dan radang paru-paru.

    "Malah, kebersihan tangan dapat mengurangkan jangkitan penyakit HFMD, influenza, selesema, demam dan banyak lagi penyakit berjangkit kerana tangan adalah perantara atau vektor dalam penyebaran kuman," katanya.

    Kempen itu bakal melibatkan pengedaran produk, poster dan risalah pendidikan kepada sekolah, hospital, restoran dan hab pengangkutan di seluruh negara dengan kerjasama antara Kementerian Kesihatan serta Antabax.

    Selain itu, seminar dan demonstrasi mencuci tangan oleh profesional perubatan dari hospital terbabit dalam program tersebut turut diadakan di beberapa lokasi terpilih bagi mendidik dan menggalakkan masyarakat mencuci tangan dengan teknik yang betul.

    Pengurus Pemasaran Lam Soon (Divisyen Pemasaran Produk Isi rumah dan Penjagaan Diri), Carmen Foo memberitahu, Antabax menganjurkan kempen selama sebulan itu selepas mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada program tanggungjawab sosial korporat sebelum ini.


    DUTA Antabax, Ziana Zain tidak ketinggalan menunjukkan teknik mencuci tangan yang betul untuk mencegah jangkitan bakteria.


    "Sebagai jenama Malaysia yang komited terhadap penjagaan kesihatan dan kebersihan, kami memperuntukkan sejumlah dana khas untuk program seperti ini bagi memastikan mesej menjaga kebersihan tangan ini dicapai dan difahami sepenuhnya oleh seluruh rakyat Malaysia.

    "Kami yakin, tema 1Malaysia untuk Kempen Bulan Kebersihan Tangan ini akan menjadi amalan menjaga kesihatan, kebersihan dan gaya hidup sihat selain dalam masa yang sama dapat menyatukan masyarakat majmuk di negara ini," ujarnya.

    Tambah beliau, sehari dalam setahun tidak mencukupi untuk mengubah sikap atau tabiat seseorang. Ingatan atau pesanan sedemikian perlu diulang setiap hari.

    "Sebab itulah kami menganjurkan kempen ini selama sebulan dengan mengadakan pelbagai aktiviti di seluruh negara," katanya.

    Kemuncak acara pelancaran hari itu adalah majlis pembacaan ikrar diketuai oleh Rosnah, Pengarah Eksekutif (Pemasaran dan Jualan) Lam Soon Edible Oils, Kuek Bak Heng, Carmen dan wakil pelbagai pertubuhan bersama lebih 2,300 pelajar dan guru-guru Sekolah Wawasan USJ15.

    Bantuan hentikan tabiat merokok

    Posted: 14 Oct 2010 04:43 PM PDT


    NIQUITIN berkesan jika ditampal pada bahagian tubuh yang tiada bulu roma.


    "SUSAH nak berhenti merokok. Rasa lesu dan tak bermaya. Berhenti sebulan kemudian nak merokok semula, tak tahanlah! Keluarga pula menjauhkan diri daripada saya, mungkin saya bau asap rokok dan mereka tak suka bau asap rokok pada pakaian mereka," keluh Hamzah mengenai masalah ketagih rokoknya.

    Beliau sedar perbuatannya mengeluarkan asap putih yang berkepul-kepul semasa menghisap rokok boleh memudaratkan mereka yang berada di sekelilingnya. Malangnya beliau sukar berhenti merokok.

    Hari ini terdapat pelbagai kaedah diperkenalkan untuk membantu seseorang menolak nikotin. Cara yang paling mudah ialah melalui sebatang rokok.

    Kenaikan harga rokok sebanyak 70 sen baru-baru ini untuk setiap kotak berisi 20 batang rokok jenis premium menjadikan harga sekotak rokok kini ialah RM10. Dengan kenaikan harga itu, diharap ia dapat mengurangkan pembelian rokok.

    Terapi menghisap gula-gula mentol atau mengunyah gula-gula getah antara kaedah yang paling popular untuk menghentikan tabiat merokok, tetapi ramai yang mengaku ia hanya sementara.

    Bau rokok

    "Paling lama saya dapat bertahan tidak merokok ialah di antara empat hingga enam minggu. Tetapi, bila saya terhidu bau rokok di tempat awam, saya dah tak boleh tahan.

    "Saya hanya perlukan satu sedutan saja dan keinginan merokok saya melampaui motivasi keluarga dan rakan-rakan yang berkongsi kesan buruk tabiat merokok ini," kata Mohd. Afizi Aziz.

    Beberapa syarikat farmaseutikal memperkenal kaedah yang boleh mengurangkan ketagihan perokok secara perlahan-lahan.


    PROSES menyukat nikotin dalam nafas perokok yang ingin menjalani proses kaunseling. - Gambar hiasan.


    Antaranya termasuklah ubat-ubatan, semburan dan tampalan. Sejenis semburan yang disembur di bawah lidah dapat menghentikan ketagihan rokok kerana asap tembakau dirasakan begitu manis bila dihidu.

    Satu lagi opsyen yang diperkenal baru-baru ini ialah kaedah tampalan yang boleh mengurangkan kebergantungan perokok kepada nikotin secara berkesan.

    Ketagihan terhadap rokok dikatakan dapat dilenyapkan dalam masa lima minit dengan tampalan NiQuitin.

    Tampalan itu ialah produk baru keluaran Glaxo Smith Kline (GSK). Ia boleh didapati di dalam tiga pek berlainan dos iaitu 7 miligram (mg), 14 mg dan 21 mg.

    Harga sekotak NiQuitin yang mengandungi tujuh keping tampalan tidak melebihi RM75.

    Tampalan itu dikatakan lebih berkesan apabila ia ditampal di bahagian badan yang kurang atau tidak berbulu roma.

    "Ia perlu ditampal di bahagian badan yang berbeza-beza termasuk bahagian belakang dan atas punggung supaya sel-sel kulit boleh tumbuh semula dan rasa tidak selesa atau gatal pada kulit dapat dielakkan," kata Pengetua Akademi Farmasi Malaysia, Prof Madya Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamad.

    Haniki yang juga setiausaha Kumpulan Kerjasama dan Bersekutu Profesional Kesihatan Malaysia untuk Memberhentikan Tembakau (IMPACT) menjelaskan : "Setiap sesi rawatan hanya mengambil masa tiga bulan. Seseorang itu tidak boleh menggunakan tampalan seperti ini melampaui tempoh masa enam bulan.

    "Tampalan yang digunakan di dalam tiga peringkat itu mengambil masa 12 minggu untuk selesai dan melihat hasilnya." Tampalan NiQuitin digunakan dalam tiga peringkat. Untuk enam minggu pertama, tampalan yang digunakan ialah bagi dos 21mg. Kemudian diikuti dengan tampalan berdos 14mg untuk dua minggu. Tampalan NiQuitin 7mg pula ialah untuk dua minggu yang terakhir.


    KETAGIHAN merokok boleh diatasi dengan pelbagai kaedah pada hari ini.


    Tampalan itu digunakan selama 24 jam.

    Satu lagi cara ialah di dalam bentuk gula-gula lozenges. Gula-gula itu boleh didapati dalam pek dua dan empat miligram pada harga RM52.80 sen dan RM69.60 sen untuk satu kotak berisi 48 biji.

    Lozenges tidak berperisa dan tidak mengandungi gula, maka ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan sesuai untuk pesakit diabetes.

    Bagaimanapun, lozenges mengandungi dos nikotin yang memberikan kepuasan kepada perokok yang cuba menolak tabiat merokok tetapi gagal.

    Perokok yang tinggi kadar hisapan rokoknya, perlu mengambil sebiji gula-gula 4mg setiap satu hingga dua jam sekali untuk 6 minggu, kemudian setiap dua hingga empat jam sekali untuk tiga minggu selanjutnya.

    Tampalan NiQuitin memerlukan kos RM750 untuk memulihkan tabiat merokok. Kos lozenges di antara RM634 sehingga RM835 untuk rawatan di antara 10 hingga 12 minggu.

    Cabaran taman tema Acer dan Intel

    Posted: 14 Oct 2010 04:41 PM PDT


    PROGRAM sehari yang diadakan berjaya menarik penyertaan kira-kira 1,500 mahasiswa dari 10 buah universiti dan kolej dari seluruh negara.


    JENAMA Acer dan Intel bukanlah satu nama asing dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini. Mendekati golongan belia dengan cara tersendiri, Acer Sales & Services dan Intel Malaysia bergabung untuk menganjurkan Cabaran Air Acer & Intel Unicol 2010 yang diadakan di Taman Air Desa Water Park, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Program sehari itu berjaya menarik kira-kira 1,500 penyertaan mahasiswa dari 10 buah universiti dan kolej di seluruh negara.

    Antara universiti dan kolej yang mengambil bahagian ialah Universiti Help, Kolej Antarabangsa KBU, Kolej KDU, Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU), Universiti Monash, Kolej Stamford, Kolej Universiti Taylor, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Sunway.


    KEGEMBIRAAN jelas terserlah apabila setiap kumpulan berjaya menyelesaikan cabaran yang diberikan.


    Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bertanding dalam sembilan cabaran air antaranya cabaran tarzan air, perlumbaan air, kayu gayat dan LRT air.

    Pemenang bagi setiap cabaran berpeluang memenangi plak, medal dan baucar bernilai RM500. Bagi pemenang bertuah yang berjaya menjumpai kertas tertera perkataan Acer dan Intel dalam permainan belon, mereka memenangi 100 peralatan urut mata tajaan OSIM bernilai RM219 setiap satu.

    Pada akhir pertandingan, Kolej Stamford diumumkan sebagai pemenang keseluruhan. Pasukan itu berjaya memenangi piala pusingan dan sebuah komputer Acer Aspire 4741G bernilai RM2,299. Tempat kedua pula dimenangi Kolej Universiti Monash manakala ketiga Kolej KDU yang membawa pulang komputer Acer Aspire 4741G.

    Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Pelanggan Mobil Acer Sales & Services, Low Gah Luen berkata, aktiviti diadakan selaras dengan prinsip syarikat itu dalam membudayakan teknologi kepada masyarakat.


    CABARAN yang disediakan mampu memupuk semangat kerjasama dalam kalangan para peserta.


    "Cabaran yang disediakan mampu menguji minda para peserta. Pada masa yang sama ia juga mampu memupuk semangat kerjasama meningkatkan daya kepimpinan di antara dalam pasukan," katanya.

    Selain bertanding, peserta juga turut dihiburkan dengan persembahan khas daripada juara beatboxer kebangsaan, Shawn Lee, kumpulan B Boys serta keletah juruhebah Fly FM, Izwan dan Kat.

    Pengurus Pembangunan Pemasaran Intel Malaysia, Karen Chow pula berkata, pihaknya gembira dapat berkerjasama dengan Acer Malaysia dalam menganjurkan program yang julung-julung kali diadakan itu.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS