Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Majlis Nikah Ezlynn & Adam

Posted: 03 Dec 2011 07:14 PM PST

Rasanya ramai yang dah ingat-ingat lupa dengan penyanyi Hi Hi Bye Bye ni yang kini menanti untuk diraikan dalam satu majlis resepsi tajaan Rafflesia. Wah, beruntung sungguh Ezlynn, walaupun dah tak aktif mana dalam industri, masih ada yang sudi menaja majlis resepsi. Dengarnya, majlis resepsi anjuran Rafflesia nanti akan diadakan di Crowne Plaza Mutiara dan tidaklah sebesar atau sama grand nya dengan majlis resepsi Norman Hakim dan Memey.

Pada majlis akad nikah ini, Ezlynn menerima wang hantaran berjumlah RM 20,020.20 dengan lima dulang hantaran, manakala, pihak Adam Fahmi menerima tujuh dulang hantaran. Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Oscar Jeprey, manakala solekan Nurul Shukor.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan pasangan ini akan diadakan pada Januari tahun depan dengan berkonsepkan Arab serta Inggeris. Esok, Ezlynn dan Adam turut hadir di satu sidang media yang akan mengumumkan tentang penajaan majlis resepsi dan juga senarai penaja yang turut memberi sumbangan. Tahniah Ezlynn dan Adam.

Budiey hanya mahu berkongsi gambar-gambar majlis nikah Ezlynn dan Adam Fahmi. Kredit : RED Photography

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Tags: , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Penyanyi Ezlynn Bertunang
  • Majlis Pertunangan & Akad Nikah Ezlynn & Adam
  • KRU Pecat Adam AF2?
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikah
  • Gossip: Ezlynn dan Taufik Batisah Bercinta?
  • Gambar Hantaran & Dekorasi Akad Nikah Siti Sarah & Shuib
  • Mesranya Ixara Dewi Remaja dengan Adam
  • Gambar Majlis Akad Nikah Zaffrina Penyampai Suria FM
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Show STOMP ’11 Sangat Memukau & Genius

    Posted: 03 Dec 2011 09:51 AM PST

    Bak kata Allahyarham P. Ramlee, irama dan lagu tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah lagu. Begitu juga dengan muzik dan bunyi, ia satu perkataan yang sinonim dan tak boleh dipisahkan. Dari bunyilah muzik dihasilkan, betul tak? Sebagaimana yang semua sedia maklum, bunyi pula dihasilkan dari geseran dan pergerakan objek.

    Dan, mungkin dengan formula ini juga maka dipersembahkan teater muzikal STOMP '11 kepada warga Malaysia. Bagi Budiey, STOMP sebuah persembahan yang genius menggunakan pelbagai jenis peralatan yang kita selalu guna dan jumpa dalam kehidupan seharian. Atau lebih tepat lagi, STOMP ini menggunakan kombinasi unik alatan perkusi, pergerakan dan komedi. Ya, sudah tentu performernya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang tahu dan pakar dalam bidang muzik.

    Ia mula dipersembahkan di Brighton, UK pada musim panas 1991. Antara objek dan peralatan digunakan, tong sampah, sinki, tayar, tin cat, penyapu, baldi, botol, tin coca-cola, sudu, Zippo Lighter dan banyak lagi. Prop yang digabungkan dengan tap-dance ini sebenarnya menjadikan performance mereka begitu menarik untuk ditonton kerana ia tak sikit pun menggunakan peralatan muzik lain yang rata-rata menggunakan gitar, bas, dram, perkusi dan sebagainya.

    Bukan itu sahaja, STOMP menggunakan pergerakan badan seperti hentakan kaki, tepukan, drum tangan dan lain-lain lagi. Hinggakan bunyi nak keluarkan kahak pun boleh dibuat irama muzik. Sungguh luar biasa. Ia direka khas oleh tenaga kreatif yang diterajui oleh pengarah berkaliber iaitu Luke Cresswell dan Steve McNicholas.

    Cuma, mungkin ada yang pelik bila menyaksikan persembahan ini kerana ia bukannya ada jalan cerita yang khas kerana ia terlalu fokus kepada lagu dan persembahan unik mereka. Dialog pun memang tak banyak. Melodi pula taklah spesifik sangat. Ia lebih kepada ritma dan susunan irama yang lebih santai dan berjiwa loud.

    STOMP

    Semasa pertama kali dijemput, Budiey teringat dengan persembahan Nanta di Korea. Ya, Budiey pernah menyaksikan persembahan Nanta semasa berkunjung ke negara Korea bersama Awal Ashaari pada bulan Oktober lalu, dan Budiey dapati antara persembahan Nanta dan STOMP ada persamaan ketara iaitu Nanta menggunakan peralatan memasak di dapur, manakala STOMP pula bersifat umum di mana ia memaksimakan pelbagai bunyian menjadikan satu muzik dan irama yang sungguh kreatif.

    Pada 30 November lalu, Budiey sempat menyaksikan dengan mata dan menikmati dengan telinga sendiri sebuah persembahan STOMP yang sungguh memukau di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Untuk pengetahuan pembaca, STOMP '11 telah pun memulakan persembahan di Malaysia dari 29 November hingga 4 Disember iaitu semalam. STOMP dilakonkan dan dipersembahkan oleh seramai 8 orang perkusi dan pelakon yang berbakat besar. Mereka diterbangkan dari Austria, UK, Australia, Italy, Denmark, Kanada dan USA minggu lepas.

    Yang menarik, mereka yang buat persembahan tak lupa untuk berkomunikasi dengan penonton. Ini menjadikan persembahan mereka tak lah bosan sangat sebab ada respon dan tidakbalas dari penonton juga. Tak lupa, penonton diajar macamana untuk memberi impak dan ritma lagu dari hasil tepukan dan hentakan kaki. Budiey yakin ramai pemonton rasa berbaloi beli tiket dan enjoy dengan pertunjukan ini.

    Fresher, Faster dan Funnier – itulah yang boleh diungkapkan dari persemabahan selama 2 jam ini. Persembahan ini dikatakan sempena dengan sambutan ulangtahun yang ke-20 STOMP dipersembahkan kepada umum. Dikatakan STOMP telah menghiburkan seramai 15 juta orang di 48 buah negara dan 5 buah benua.

    Beberapa rangkaian medley disampaikan dengan penuh semangat oleh semua performer. Bagi Budiey, persembahan mereka sangat bertenaga dan tak henti memukau penonton. Budiey paling suka bila mana mereka menggunakan sinki untuk menghasilkan bunyi dan lagu medley. Kreatif giler.

    Dikatakan juga persembahan untuk kali ini menampilkan lagu-lagu baru dan lebih segar. Gaya dan mutu penyampaian juga diubah untuk menjadikan persembahan ini lebih menghiburkan. Oh ya, lupa pulak, diorang ni juga semuanya boleh menari juga. Dengan koreografi yang ringkas dan yang penting penuh energi, mereka begitu berpadu tenaga untuk menjiwai watak dan begitu pakar dalam membuatkan penonton semua terpukau. Ternyata, persembahan mereka seolah-olah satu konsert dan juga orkestra. Memang gempak & superb.

    STOMP '11 secara rasminya ditaja oleh MIX FM sebagai radio rasmi, Lite FM selaku official supporting Radio Station, The Star, Renaissance Hotel KL, OOCL dan Allied Pickfords.

    Tiket yang dijual juga agak berpatutan iaitu antara RM75 hingga RM305.

    Tahniah kepada semua yang menjayakan persembahan STOMP. Terima kasih kerana sudi menjemput budiey.com untuk turut sama-sama menyaksikan persembahan berprestij tahap antarabangsa yang tolak bandingnya ini.

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Showcase Imran Ajmain di Annexe Gallery
  • Trivia: Kasut Tinggi Seorang Pelakon Wanita
  • Surprise Oprah A Farewell Spectacular
  • PALESTINIAN ENVOY TO SPEAK OVER SPECIAL RADIO TALK SHOW
  • Ellen Degeneres
  • Show Imran Ajmain di No Black Tie 19 Mei 2009
  • Daphne Iking Dalam The Breakfast Show di NTV7
  • Video Youtube Paris Hilton at The Late Show David Letterman
  • Show Your Love, Pass Your Cornetto
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Juara Lagu 24
  • Full content generated by Get Full RSS.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Seorang ibu terkejut brooch yang dibelinya di pasar lambak bernilai tinggi

    Posted: 03 Dec 2011 09:00 PM PST

    berita2.com: Brooch murah seharga £ 20 dibeli seorang ibu di pasar lambak kerana bentuknya yang menarik. Sang anak begitu menyukai brooch ini dan sering dipakai ketika mengenakan gaun atau sebagai hiasan ikatan rambutnya.

    Batu oranye-merah muda yang cantik, dikelilingi oleh berlian tiruan dan bersinar. Itulah brooch seharga £ 20.

    Suatu ketika,ibu yang membeli brooch ini memperlihatkan cincin pertunangannya dan minta ditaksir harga cincin tersebut oleh pihak insurans. Ternyata barang yang menarik perhatian mereka adalah brooch tersebut.

    Brooch itu diperiksa dan dinyatakan bahawa brooch ini terdiri dari 27 berlian yang konduktivitinya sangat tinggi.

    Jelas terkejut dan masih pelik apakah brooch tersebut memang perhiasan yang begitu bernilai.

    Kemudian,ibu ini mengirimkan foto brooch kepada jabatan perhiasan di Bonhams. Dan hasilnya adalah bros ini bernilai antara £ 1.500 dan £ 2000.

    Setelah diteliti lebih lanjut,ternyata bros ini bernilai £ 3.000 sampai £ 4.000. Batu itu adalah topaz sempurna seberat 20 karat . Dan warnanya adalah yang paling diinginkan untuk Topaz, merah muda yang bersinar.

    Bayi Perempuan 10 Bulan Ini Tetap Hidup Berkat Bantuan Viagra

    Posted: 03 Dec 2011 08:00 PM PST

    Cerys kecil lahir dengan cacat jantung dan tanpa limpa

    Seorang bayi perempuan berhasil bertahan hidup setelah berjuang menjalani tiga kali operasi jantung terbuka, berkat pertolonganViagra.

    Cerys kecil lahir dengan cacat jantung berat, tanpa limpa dan masalah dengan perut dan usus besarnya. Namun setelah berjuang untuk bertahan hidup selama 10 bulan, sang bayi perempuan itu sekarang berada dalam keadaan stabil, dan semuanya berkat bantuan ubat impotensi itu.


    Viagra yang lebih dikenal secara luas untuk mengubati disfungsi seksual, ternyata berhasil meningkatkan sirkulasi darah Cerys. Dan diharapkan pengubatan ini akan terus dilanjutkan sampai Cerys cukup besar dan kuat untuk menjalani operasi lebih lanjut.

    "Kami tertawa ketika mereka (doktor) katakan kepada kami tentang ubat apa yang ia perlukan, tapi ramai orang yang tidak menyedari bahawa pada awalnya viagra dikembangkan sebagai ubat jantung." tutur sang ibu, Kerrie dari Newport di South Wales, yang dikutip Mail Online.

    "Ubat ini menjaga Cerys tetap hidup dengan meningkatkan aliran darah yang bererti membantu sirkulasinya. Selama Viagra terus bekerja, operasi berikutnya harus diantara tiga dan lima tahun. Tapi hanya tubuhnya yang dapat menentukannya." tambahnya.


    Sementara itu, keluarga Cerys, termasuk sang ayah Gareth (31 ) dan saudara kandungnya yaitu Evan dan Megan, telah mengumpulkan wang sebanyak 1.750 pound untuk menambah peralatan pengujian jantung di hospital Bristol yang menyelamatkan hidupnya.

    "Kami telah menghabiskan begitu banyak waktu di hospital di Bristol dan mendapat dukungan dari tenaga ahli serta dukungan dari staf. Kami ingin mengumpulkan wang untuk mengucapkan terima kasih atas semua yang telah mereka lakukan bagi keluarga kami dan bagi orang lain." jelas Kerrie.

    Aktres Pakistan yang cun ini nafi bogel untuk majalah

    Posted: 03 Dec 2011 07:00 PM PST

    LONDON, Britain - Seorang aktres Pakistan terpaksa menafikan dia berbogel untuk majalah FHM edisi India yang turut melihatnya mempamer tatu dengan singkatan ISI pada lengannya, lapor akhbar MailOnline semalam.

    Aktres berkenaan, Veena Malik yang beragama Islam tampil tanpa seurat benang untuk kulit majalah FHM isu Disember 2011.

    Dianggap melanggar batas agama, tindakan Veena membangkitkan kemarahan dalam kalangan penduduk Pakistan. Mereka turut berang kerana dia menjadikan Agensi Perisikan Pakistan (ISI) sebagai bahan jenaka.

    Namun, Veena, 33, menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia bergambar bogel untuk majalah lelaki itu.

    Dia sebaliknya mendakwa gambar tersebut palsu dan dihasilkan melalui teknik pertindihan imej.

    "Saya tidak pernah bergambar bogel. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu. Pengurus saya dan pasukan peguam saya sedang meneliti isu ini. Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka (FHM)," kata Veena dalam wawancara bersama agensi berita PTI.

    Pengarang FHM India, Kabeer Sharma bagaimanapun menegaskan bahawa gambar itu adalah tulen. Dia turut mendakwa dapat membuktikan perkara tersebut.

    "Kami memiliki klip video sesi fotografi Veena selain e-mel daripada aktres berkenaan menyatakan dia teruja untuk menjadi penghias muka depan FHM," kata Sharma dalam temu bual dengan media Britain.

    Imej seksi Veena disiar di laman web FHM India, akaun Facebook dan Twitter majalah berkenaan secara serentak semalam.

    Gambar telanjang itu menunjukkan Veena menggunakan tangan dan kaki untuk menutup payu dara dan kemaluannya. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Ditahan daripada naik pesawat kerana hiasan beg berbentuk pistol

    Posted: 03 Dec 2011 06:00 PM PST

    VIRGINIA: Seorang remaja ditahan daripada menaiki pesawat kerana dia mempunyai pistol - rekaan di tepi beg tangannya.

    Vanessa Gibbs 17, terperanjat apabila pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), menahannya di pintu keselamatan kerana beg tangannya mempunyai rekaan pistol 'Wild West.'

    Menurut Vanessa, dia tidak mempunyai masalah ketika melalui pintu keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jacksonville. Kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari Virginia.

    Katanya, "Ini gaya saya. Beg tangan ini ada rekaan pistol lama 'western' tiruan."



    Walau bagaimana pun, staf di Norfolk tidak menyukainya dan menahan dia daripada menaiki pesawat.


    "Mereka berkata, ia adalah kesalahan besar kerana beg itu mempunyai bentuk pistol," kata Vanessa. "Saya berkata, ia hanya rekaan di beg tangan, bagaimana pula ia boleh jadi kesalahan besar?"

    Selepas pegawai penyiasat memeriksa begnya dan mendapati ia hanya pistol tiruan, Vanessa diminta daftar masukkan atau menyerahkan begnya itu.

    Pemeriksaan itu menyebabkan remaja yang sedang mengandung itu terlepas penerbangannya dan dia terpaksa menaiki pesawat Southwest ke Orlando.

    Jurucakap TSA berkata, replika pistol diharamkan sejak 2002.

    Seorang lagi pegawai TSA di Lapangan Terbang Antarabangsa Jacksonville berkata, tidak mustahil ada penumpang yang membawa barang yang mungkin dianggap sebagai replika pistol dan dia menasihatkan orang ramai untuk melihat senarai barang yang diharamkan yang boleh didapati secara online atau di lapangan terbang sebelum melalui pintu keselamatan. - Agensi

    sunber : myMetro

    Bomoh RM10k paksa beli ubat

    Posted: 03 Dec 2011 05:00 PM PST

    KUALA LUMPUR: Mereka menggelarkan diri sebagai pasangan yang pakar urut urat tradisional selain mampu memulihkan pelbagai jenis penyakit zahir dan batin lelaki atau wanita, namun proses dan kos rawatan sungguh mengejutkan apabila ia didapati tidak masuk akal.

    Selain urutan, pasangan itu menawarkan perkhidmatan penawar jampi serapah, resdung, mandi bunga dan pelbagai perkhidmatan perubatan alternatif lain menggunakan kaedah pelik dan menakutkan.

    Perkara itu didedahkan sepasang suami isteri yang mendapatkan khidmat tukang urut di sebuah rumah yang dijadikan pusat urut di Gombak, dekat sini, apabila si isteri mengalami sakit tulang belakang selepas berurut dengan seorang wanita di pusat urut berkenaan.

    Mangsa yang juga jurutera dan hanya mahu dikenali sebagai Amir, 45, berkata ketika membawa isterinya ke pusat itu, seorang tukang urut wanita yang memberikan perkhidmatan kepada mereka berjanji akan memberikan rawatan sehingga isterinya pulih dengan bayaran RM675.



    "Sebenarnya, ketika proses urutan lagi, saya mula sangsi apabila tukang urut mengurut sambil merokok serta menghembuskan asap ke badan isteri dengan membaca mantera pelik yang sukar difahami.


    "Bagaimanapun, saya tidak mempedulikannya, terutama selepas dimaklumkan ia sememangnya kaedah biasa yang digunakannya untuk mengurut pesakit, kononnya untuk menghalau 'benda tak elok' yang menumpang di badan pesakit," katanya kepada Metro Ahad.

    sumber : myMetro

    Bekas bintang porno ini dikecam kerana larang berikan wang pada pengemis

    Posted: 03 Dec 2011 04:40 PM PST

    LOS ANGELES- Rachel Marie Oberlin atau lebih dikenal sebagai Bree Olson menuai kecaman. Bekas kekasih Charlie Sheen itu menyerukan agar orang jangan membantu para pengemis dan orang tiada rumah.

    Kontroversi itu bermula ketika Olson memposting gambar pengemis di akaun Twitternya. Dia lalu menulis agar orang-orang ditempatnya tinggal di Fort Wayne untuk tidak memberi wang kepada mereka.

    "Berhenti memberi mereka wang Fort Wayne! Semakin Anda memberi mereka wang, maka tempat ini akan nampak seperti kawasan kotor," tulis Olson di akaun Twitternya seperti dikutip TMZ, Sabtu (3/12/2011).

    "Fort Wayne punya banyak ruang di tempat penampungan dan hampir setiap Gereja punya penampungan dan tempat makan. Tidak ada alasan untuk dia (pengemis) atau yang lain ada disini," lanjutnya.

    Meski banyak yang menganggap tulisan Olson berupa kritikan, tapi tetap saja wanita 25 tahun itu dikecam banyak orang. Bahkan, ada yang menyindir profesi Olson sebagai bintang porno jauh lebih hina ketimbang mereka.

    "Sebahagian orang mungkin lebih nyaman untuk meminta bantuan daripada menghisap kemaluan lelaki demi wang," kata salah seorang pengguna Twitter.

    Sejak berpacaran dengan Charlie Sheen, Olson memang berhenti sebagai bintang filem porno beberapa waktu lalu. Tapi setelah hubungan mereka kandas, banyak penggemar Olson memintanya kembali menjadi ratu bintang filem porno.(rik)

    Foto Ini Sungguh Luar Biasa

    Posted: 03 Dec 2011 10:01 AM PST

    Lihat bagaimana Glencairn Tower, yang merupakan satu di antara gedung terbesar di North Lanarkshire, Scotland




    Ayah pengsan pelacur yang dipesan rupanya anak sendiri

    Posted: 03 Dec 2011 09:30 AM PST

    BULAWAYO - Seorang lelaki Zimbabwe memesan seorang pelacur ke bilik hotelnya. Namun dirinya pengsan seketika kerana pelacur yang dipesan adalah puterinya sendiri.

    Titus Ncube mengatakan, dirinya sangat terkejut ketika menyaksikan puterinya yang berusia 20 tahun itu menjadi pelacur dan dikirim ke biliknya. Menurut Suratkhabar Zimbabwe News, Titus menyewa pelacur itu kerana memiliki masalah dalam pernikahannya.

    "Saya meminta maaf atas apa yang saya lakukan, saya membicarakan ini kepada isteri dan juga puteri saya. Saya minta maaf atas perlakuan saya. Saya hanya ingin keluarga saya kembali," ujar Titus, seperti dikutip Huffington Post, Jumaat (2/12/2011).

    Saat ini putri Ncube juga sudah tidak bekerja lagi sebagai pelacur dan dirinya pun berniat akan kembali ke sekolah.

    "Masalah pernikahan saya tidak berakhir, namun kami memiliki seorang konsultan pernikahan yang membantu kami untuk memecahkan masalah-masalah yang muncul dalam keluarga kami," tambahnya.

    Sementara itu, isteri dari Titus juga memberikan pernyataan terkait masalah pernikahannya.


    "Kalau bukan kerana puteri saya, saya pasti sudah menceraikan dia sejak dahulu," ujar isteri Titus.(rhs)

    Gila...Pasangan Tertangkap Berhubungan Seks di Seluncuran Air (water slide)

    Posted: 03 Dec 2011 08:45 AM PST

    Pasangan kekasih ini tertangkap sedang melakukan hubungan seks di sebuah taman hiburan, tepatnya diatas sebuah seluncuran air (water slide).

    Aksi keduanya terakam kamera CCTV saat sang gadis mengangkangi kekasihnya sebelum mereka meluncur kebawah seluncuran air di Opoczno, Poland.


    Namun ketika mereka tiba dibawah, keduanya dikawal langsung ke pintu keluar taman oleh pihak keselamatan, dan tanpa diperbolehkan untuk mengambil pakaian mereka.

    "Mereka melakukan hal itu selama lima minit sebelum orang menyedari apa yang sebenarnya terjadi di atas sana. Tindakan keduanya melanggar peraturan taman air ini," kata salah seorang penjaga taman yang dikutip Mail Online.

    "Ini adalah kolam renang keluarga dan taman bermain, kami ingin semua orang bersenang-senang, tapi tidak semacam itu." tambah seorang juru bicara taman rekreasi tersebut.

    Gilalah..kanak-kanak disiram dengan minyak panas kerana habiskan makanan

    Posted: 03 Dec 2011 07:00 AM PST

    TRIBUNNEWS.COM - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Singapura disiram minyak panas oleh keluarganya kerana menghabiskan seluruh makanan di rumah. Demikian diberitakan Sin Chew Daily dan Nanyang Siang Pau, minggu ini.

    Kejadian itu berlangsung antara Januari dan Februari di sebuah flat di Ang Mo Kio. Pasangan masing-masing berusia 44 dan 45 beserta tiga anak perempuannya berumur 14 tahun, 20 tahun, dan 24 tahun, dikenai dakwaan berkait dengan kes ini.

    Dalam laporan itu disebutkan, perempuan berusia 44 tahun itu meminta anaknya yang berumur 14 tahun memegang kanak-kanak itu ketika ia menyiramkan minyak panas ke tubunya.

    Si gadis itu mengaku bersalah, Khamis lalu, di pengadilan. Ia mengatakan dirinya merasa bersalah namun tidak berani menentang keinginan ibunya. Kes ini kembali akan disidangkan.

    Kanak-kanak itu terpaksa tinggal dengan sanak keluarganya kerana sang ibu mendekam di penjara dan ayahnya sudah meninggal dunia.

    Pemain Muda Terbaik Catur Australia Disuruh Pindah Sekolah Kerana Bertanding

    Posted: 03 Dec 2011 06:00 AM PST

    TRIBUNNEWS.COM - Dua pemain catur muda terbaik Australia disuruh pindah ke sekolah lain setelah meninggalkan sekolah tanpa izin selama dua minggu kerana mengikuti kejuaraan dunia, World Youth Chess Championships, di Brazil.

    Dilapor Sydney Morning Herald, Sabtu (3/12/211), dua pelajar yang menuntut ilmu di SD Sydney Grammar iaitu Kevin Willathgamuwa (8) dan saudaranya Rowan (9) juga dikeluarkan dari pasukan catur sekolah ketika mengikuti kejuaraan catur Australian Schools Teams Championships di Knox Grammar meski hanya tak hadir sehari di pertandingan panjang ini.

    Anak-anak ini tidak masuk sekolah selama 10 hari. Di Brazil, Kevin mendapat tempat ke-10 dari 90 peserta di bawah usia 8, dan Rowan memenangkan setengan dari permainan. Grand Master Australia Ian Rogers yang berada di pertandingan itu mengatakan jika Kevin adalah pemain terbaik di usianya di Australia.

    "Ini sesuatu yang sungguh luar biasa di mana pelajar dihukum kerana tidak hadir selama dua minggu kerana mewakili Australia di kejuaraan ternama," kata Rogers. Ia menambahkan, sangat penting bagi pemain muda untuk menghadiri kejuaraan dunia bukan hanya untuk turnament itu sendiri melainkan melihat pencapaian yang dilakukan anak lain.

    "Seperti yang sudah jelas kami katakan, anak-anak ini harus meninggalkan sekolah akhir tahun jika Anda membawanya ke perjalanan (pertandingan)," demikian tulis Guru Besar sekolah Grammar's St Ives, Rowena Lee, saat sang ayah Ignatius Willathgamuwa meminta izin untuk mengikuti pertandingan di Brazil.

    Grammar adalah satu dari sejumlah sekolah swasta di Sydney yang menerapkan peraturan yang ketat.

    Kesian..janggut Santa tersangkut di cerobong asap

    Posted: 03 Dec 2011 05:02 AM PST

    PALM BEACH, KOMPAS.com — Bulan Disember telah tiba. Santa Klaus pun mulai beredar. Tidak terkecuali dengan Santa Klaus dari Florida ini. Dia benar-benar ingin melaksanakan tugas sebaik-baiknya, semirip-miripnya dengan kisah dogeng, termasuk perihal datang dari cerobong asap.

    Santa yang bekerja untuk sebuah mall di Florida ini bermaksud datang dari atap mall tersebut. Sayangnya, upaya itu terhenti kerana janggut panjangnya tersangkut. Padahal, Santa itu seorang pemanjat profesional yang disewa pengelola mall untuk membuat video natal. Video natal itu akan diputar untuk anak-anak.

    Akhirnya, Santa yang tersangkut itu harus melepaskan janggut panjangnya agar dapat turun dengan selamat. Pengelola mall mengatakan, Santa itu tidak ingin namanya dipublikasikan. Dikatakan pula, pada saat latihan, Santa itu dapat meluncur dengan mulus dari atap mall, tetapi ketika itu tidak mengenakan janggut.

    Sumber : Kompas Cetak




    Ilmu Memikat Wanita

    Posted: 03 Dec 2011 04:00 AM PST

    Ada beberapa hal yang tidak pernah diajarkan disekolah dan tidak pernah diwariskan oleh orang tua, salah satunya adalah...ilmu memikat hati seseorang.

    Bicara mengenai Imu memikat Hati, mungkin kita akan mengingat nama Casanova, namun dia bukanlah sang guru besar melainkan seorang wanita bernama Ninon de Lenclos.


    Ninon adalah seorang Pelacur Perancis di abad pertengahan yang sangat hebat dan sangat menguasai permainannya, ia sangat mengerti hati lelaki dan wanita.Kerana kepandaiannya ini, banyak keluarga bangsawan yang mengirimkan anak-anaknya untuk belajar Ilmu Cinta daripadanya.

    Salah satu "murid" Ninon adalah seorang pemuda bangsawan yang sedang jatuh cinta kepada seorang Countess cantik yang angkuh.Apapun usaha yang dilakukan oleh sang pemuda tak berhasil menarik perhatian si Countess.


    Saat pemuda ini menceritakan semuanya kepada Ninon, ia benar-benar ditertawakan kerana Ninon tahu bahawa semua yang dilakukan olehnya sangat amat lugu dan bodoh.

    Ninon berkata pada pemuda itu bahawa Cinta seperti sebuah peperangan, dan gadis itu adalah sebuah benteng yang kukuh, yang menunggu untuk dihancurkan.


    Untuk melakukannya, harus ada strategi yang cerdas.

    Inilah yang kemudian diajarkan Ninon kepada sang pemuda...

    1. Mulai dekati sang Countess tanpa menunjukkan niat untuk memiliki atau mengejar, gunakan Aura acuh tak acuh, menjaga jarak sambil tetap berteman secara biasa.
    Dengan cara ini sang Countess akan kebingungan dan bertanya-tanya dalam hati, apa sebenarnya maksud dibalik semua sikap sang pemuda bangsawan itu.
    Seorang yang teguh sekalipun akan berdiri goyah saat hatinya bimbang, saat seorang kehilangan kewaspadaan, itulah saat terlemah dimana ia mudah diserang dan dikalahkan.

    Setelah strategi tahap pertama berhasil dilaksanakan, maka berikutnya adalah...

    2. Bangkitkan kecemburuan dalam hati sang Puteri.
    Ninon meyakinkan sang pemuda yang sedang jatuh cinta itu bahwa ia harus terlihat bersama-sama gadis-gadis cantik didepan sang puteri.

    Meskipun tidak mengerti, pemuda itu mengikuti saranan Ninon, pada sebuah pesta, ia menggandeng seorang gadis yang sangat cantik (yang disediakan oleh Ninon). Pasangan ini segera menarik perhatian banyak orang diruangan, termasuk perhatian sang Countess yang memandang dengan cemburu.
    Tidak hanya itu, Ninon juga mengirim beberapa wanita cantik lainnya untuk mengelilingi sang pemuda dalam pesta tersebut.

    Pesan yang disampaikan adalah, Pemuda ini seorang yang sangat istimewa yang diingini oleh para gadis tercantik dari seluruh Perancis, gadis yang boleh mendapatkannya adalah gadis yang sangat beruntung.
    Ninon sangat tahu bahawa tak ada wanita yang sudi mendapatkan seorang lelaki yang tak laku.


    Strategi ini memperbaiki kesalahan yang dilakukan oleh sang pemuda saat merendahkan diri dengan mengejar-ngejar si Countess dahulu.
    Kini posisinya berbalik, Countess itulah yang merasa harus boleh mendapatkan sang pemuda dengan cara apapun.

    Tidak lupa Ninon terus mencatat progress perkembangan kemajuan hubungan cinta mereka, ia (dan mata-matanya) mencatat setiap kali sang Puteri tertawa akan Joke-joke yang diceritakan oleh sang pemuda dan setiap kali sang puteri melirik kearah pemuda tersebut yang sedang sibuk dengan gadis-gadis lain.

    Pada saat Ninon yakin bahawa hati gadis tersebut sudah mulai terbuka, ia melanjutkan dengan strategi lebih lanjut iaitu...

    3. Menimbulkan rasa rindu
    Ninon melarang pemuda itu untuk terus menerus berada didekat sang Puteri.
    Dibanyak pesta dan pertemuan dimana seharusnya mereka bertemu, justru sang pemuda tidak muncul.
    Ninon memaksa pemuda itu untuk menghilang, kadang hingga 2 minggu, dan boleh juga sampai sebulan sebelum tiba-tiba muncul dan mengejutkan sang putri.

    Strategi ini benar-benar berhasil, kerana dalam hidup rutin yang membosankan, rasa rindu pada seseorang akan membakar perasaan cinta yang begitu besar didalam hati seorang gadis.


    Ninon sangat berhasil menjadi penasihat cinta, namun seperti kisah-kisah perang dimanapun, Sang Jendral selalu berakhir tragik saat menjadi terlalu percaya diri dan mengabaikan sang penasihat...

    ...Karena merasa sudah sangat diatas angin, pemuda itu mengabaikan Ninon dan nekad menjumpai sang Puteri sesuai kata hatinya.
    Saat mereka berduaan, ia mengungkapkan semua isi hatinya dan berkata bahawa ia sangat mendambakan sang Puteri...

    Saat itu juga tiba-tiba the Countess berubah sikap, ia tidak lagi melihat sang pemuda sebagai seorang pujaan hati yang misteri dan berkarisma, ia nampak sama seperti puluhan pemuda lainnya yang sibuk memohon-mohon cintanya...

    Sang Putri meninggalkan pemuda itu begitu saja dan tidak pernah lagi mahu ditemui.

    sumber

    Asyik bermesraan kena sambar petir

    Posted: 03 Dec 2011 03:00 AM PST

    Sepasang kekasih yang sedang asyik bermesraan di Kabupaten Pasuruan tersambar petir, Minggu (13/11/2011). Akibat kejadian tersebut, Tono (17), salah seorang pelajar kelas 3 SMK Yayasan Pandaan tewas seketika di lokasi kejadian. Sementara kekasihnya hanya mengalami pengsan.

    Informasi yang berhasil dihimpun, peristiwa nahas yang dialami sepasang kekasih tersebut, terjadi saat hujan lebat di wilayah Pandaan. Lantaran hujan, sepasang kekasih itu pun kemudian memutuskan berteduh di sebuah warung di sebelah Kantor Balai Desa Pelintahan, Kecamatan Pandaan.

    "Saat kejadian, korban Tono sedang asyik memainkan handphone dan mendengarkan musik dengan headset. Sementara cewek korban, berada di sampingnya. Tiba-tiba petir menyambar handphone di tangan Tono, hingga dia terjatuh ke tanah," kata Eko Priono, seorang warga yang rumahnya berada di dekat balai desa.

    Eko menjelaskan, begitu terjungkal, korban sempat ditolong oleh Dadang, warga setempat yang kebetulan saat itu sedang melalui tempat itu. Namun, nyawa korban tak tertolong.

    "Ketika dibawa ke puskesmas terdekat, sepertinya Tono sudah meninggal dunia. Tubuh korban kaku dan matanya tak boleh dipejamkan. Sedangkan badannya, tidak gosong," terangnya.

    Sementara itu, Kepala Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Pasuruan, Yudha Triwidya Sasongko berkata. "Kejadiannya di warung sebelah Balai Desa Pelintahan. Jenazah sudah dibawa ke puskesmas terdekat," ungkapnya.

    sumber

    Jill Price: Wanita yang mempunyai ingatan superkuat [Video]

    Posted: 03 Dec 2011 02:00 AM PST

    Mahu punya kekuatan super? Bagaimana jika kamu diberikan kekuatan memori super sehingga kamu memiliki kemampuan untuk mengingat semua hal yang terjadi dalam kehidupanmu? Apakah kekuatan tersebut merupakan anugerah buatmu atau malah menjadi beban?

    Hal ini benar-benar dialami oleh Jill Price, 42 tahun, yang berasal dari California, Amerika Syarikat. Dia boleh mengingat secara kronologis semua peristiwa dalam hidupnya. Memori super yang dimiliki Jill didapatnya ketika dia berusia 12 tahun.

    Dia boleh mengingat segala sesuatu yang terjadi padanya, mengingat acara di televisyen, berita utama dunia, dan lain sebagainya. Jika kita menyebut sebuah tarikh, misalnya, dari 10 tahun yang lalu, Jill boleh langsung menyebutkan hari dan peristiwa apa yang terjadi pada tarikh tersebut.

    Namun, bagi Jill memori super yang dia miliki dirasakannya sebagai sebuah beban. Sekitar 8 tahun yang lalu, dia menghubungi spesialis dari University of California-Irvine untuk mengatasi keadaannya.

    Pada awalnya, Dr. James McGaugh, ketua pasukan yang menangani Jill, tidak yakin akan klaim yang diberikan Jill. Baru pada saat mereka melakukan ujian, iaitu dengan memberinya berbagai pertanyaan tentang peristiwa sejarah, Jill dapat menjawabnya dengan benar. Bahkan, dia membetulkan kesalahan yang terjadi dari daftar pertanyaan.

    "Ingatanku telah mendominasi kehidupanku. Aku selalu teringat akan masa lalu. Seperti memutar film yang tidak pernah berhenti," kata Jill. Malang baginya, tidak hanya ingatan, tetapi juga kenangan selalu menghantuinya, kenangan baik mahupun kenangan buruk. Hidupnya menjadi sulit kerana tidak boleh melupakan kenangan buruk yang dialaminya.

    Saat ini, para ahli masih belum menemukan penjelasan mahupun cara untuk menyembuhkan keadaan Jill.


    sumber: Oddity Central

    Akan Dibuat, Facebook Khas Umat Muslim

    Posted: 03 Dec 2011 01:00 AM PST

    Sekelompok pengusaha Muslim di Turki berencana membuat situs jejaring sosial khusus warga muslim.

    Seperti yang dikutip dari YN, Salamworld.com, situs jejaring sosial Muslim tersebut akan mulai dilancarkan tahun depan.

    "Situs jejaring sosial tersebut akan menyatukan visi bersama umat Islam," ujar Akhmed Azimov, Vice-President dari SalamWorld.

    SalamWorld yang berpejabat pusat di Istambul, akan memiliki pejabat kordinator di Moscow dan Cairo yang akan mengatur gerakannya di seluruh dunia. Situs ini pun berharap dapat miliki 50 juta pengguna dalam waktu tiga tahun.

    "Inti dari projek ini adalah untuk mebuat jaringan tanpa kandungan yang dilarang oleh agama Islam," ungkap Azimov.

    Azimov juga mengatakan bahawa untuk pendanaan ke depannya, mereka akan mendapat bantuan kewangan dari para pengusaha muslim di seluruh dunia.

    Selain itu, SalamWorld juga akan menawarkan jasa lain seperti konsultasi keagamaan, pencarian lokasi masjid dan toko makanan halal.

    "Selain itu, kami juga akan membuat sebuah ensiklopedia online, yang mirip dengan Wikipedia," pungkas Azimov.

    Ajaib! Model Berjerawat ini Buat Wajahnya Mulus Dalam Waktu Sekelip Mata

    Posted: 03 Dec 2011 12:00 AM PST

    Model berusia 19 tahun ini punya wajah yang penuh jerawat. Jerawat juga menghiasi lehernya. Tapi saat akan show, dia boleh membuat wajahnya mulus seketika. Bagaimana caranya?

    Seperti dikutip dari Daily Mail, model dari California itu boleh dengan cepat menutupi wajahnya yang penuh jerawat hanya dengan kosmetik. Cassandra Bankson, begitulah nama si model berjerawat.

    Melalui YouTube, Cassandra memberitahukan bagaimana dia mencantikkan wajahnya yang berjerawat menjadi mulus seketika. Video trik make-up tersebut sampai saat ini sudah ditonton lebih dari 1,7 juta kali.

    "Aku merasa tidak nyaman kalau tak memakai make-up, kerana jerawatku. Sekarang sudah lebih baik, tapi tetap saja masih membuatku terlihat jelek," ujarnya dalam video berjudul 'Foundation Routine Flawless Skin (Full Coverage, Fingertips) Acne Scaring'.

    Setelah mengucapkan beberapa kata pengantar, Cassandra muncul mengenakan jubah mandi. Wajahnya benar-benar tidak ditutupi make-up dan dihiasi jerawat berwarna kemerahan.

    "Jerawatku ini sudah lebih baik ketimbang sebelumnya. Meskipun masih juga ada di dada, punggung dan masih banyak lagi. Kalian boleh melihatnya ada di bawah leherku, bahkan di dekat telingaku," tuturnya sambil menunjukkan berbagai jerawat yang ada

    Ia kemudian mulai mengaplikasikan make-up ke wajahnya. Model yang hobi naik gunung itu mulai dengan make-up dasar, lalu dilanjutkan dengan foundation, bedak tabur dan terakhir spray. Dalam video tersebut dia menunjukkan brand make-up apa saja yang dipakainya.

    Perubahan drastik terlihat setelah ia mengaplikasikan foundation. Cassandra memang memakai cukup banyak foundation di wajahnya yang tentu saja untuk menutupi jerawatnya. Di akhir video, sudah terlihat wajah Cassandra benar-benar mulus dan cantik, tanpa sedikitpun terlihat ada jerawat di sana.

    "Voila! Aku sekarang memiliki wajah mulus. Aku berharap kalian boleh menikmati video ini. Aku berharap kalian boleh punya kulit mulus juga," katanya di depan kamera.




    Selain video trik menutupi jerawat dengan foundation, Cassandra juga mempublikasikan beberapa video lainnya di YouTube. Video-video berisi petunjuk mengenakan make-up itu sudah ditonton lebih dari 4 juta kali.

    Pada Mail Online, Cassandra mengatakan dia memang sengaja mendokumentasikan kesehariannya soal penggunaan produk kecantikan dan jerawat. Dia ingin mengajak penonton videonya, melihat perjalanan panjangnya dalam mengatasi jerawat tersebut, menunjukkan mereka berbagai produk berbeda, idea-idea radikal, pengubatan dan terapi holistic yang dilakukannya.

    "Aku berharap punya kesempatan untuk mempelajari lebih jauh soal kulit sehingga boleh membantu remaja dan orang dewasa lainnya yang berjerawat, suatu hati ini, memperbaikinya dari sumbernya," kata model yang ingin sekolah kejururawatan itu.

    Hadiah khas yang lelaki dewasa idamkan

    Posted: 02 Dec 2011 11:00 PM PST

    Jika seorang lelaki itu normal,ane yakin 1000 peratus, pasti ingin dapat hadiah seperti ini:




    JOM KITA LIHAT HADIAHNYA:








    Anak Dibunuh Hanya kerana Nama Sama

    Posted: 02 Dec 2011 10:00 PM PST

    NEW DELHI, TRIBUN - Seorang anak dari kasta rendah di negara bahagian Uttar Pradesh India dibunuh kerana memiliki nama yang sama dengan anak dari keluarga kasta yang lebih tinggi. Mereka mengatakan ayah Neeraj Kumar, Ram Sumer diminta untuk mengganti nama dua anak lakinya kerana sama dengan nama anak Jawahar Chaudhary.

    Mayat Neeraj, 14 tahun, ditemukan pada 23 Nov lalu di satu lapangan.

    Dua rakan keluarga Chaudhary telah ditahan. Chaudhary sendiri menyanggah keluarganya terlibat dalam pembunuhani itu. Ia mengatakan keluarganya diperangkap polis.

    Keluarga Neeraj Kumar berasal dari kasta dalit yang berada dalam posisi pale rendah dalam sistem kasta di India. Diskriminasi kasta merupakan hal yang ilegal namun masih banyak masalah yang terjadi terkait perbezaan sosial ini. Pembunuhan tersebut terjadi di desa Radhaupur di kawasan Basti.

    Ram Sumer dan Jawahar Chaudhary memiliki dua putera dengan nama sama Neeraj dan Dheeraj namun masalah ini jadi perdebatan besar antara kedua negara, kata polis Praveeen Kumar.

    Chaudhary yang berasal dari kasta yang lebih tinggi memberikan sejumlah peringatan kepada Sumer agar segera mengganti nama dua puteranya itu.

    Tanggal 22 Nov lalu, Neeraj meninggalkan rumah untuk menonton televisyen di rumah kawannya namun tidak pernah kembali. Mayatnya ditemukan satu hari kemudian.

    Polis mengatakan ia dicekik. Putra Chaudhary -Neeraj dan Dheeraj menghilang– dan polismenahan dua rakan keluarga yang mereka perkirakan terlibat dalam pembunuhan itu. (bbc)

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS