Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Hos Without Boundaries, Henry Golding “Diserang” Ikan Jerung

Posted: 10 Jul 2011 09:22 PM PDT

Meletakkan pengacara popular Henry Golding sebagai hos untuk program ini sememangnya keputusan yang sangat bijak kerana Henry sememangnya gemar mengembara dan sangat 'adventurous'. Personaliti Henry yang selamba, peramah dan berani memcuba benda-benda baru membuatkan program ini kelihatan santai.

Without Boundaries memuatkan 10 episod yang padat dengan info dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang berada di pulau dan pantai. Antara destinasi-destinasi yang dimuatkan di dalam program ini Pulau Perhentian, Pulau Redang, Tenggol, Lang Tengah, Pulau Tioman, Pulau Rawa, Cherating, Pulau Langkawi dan Pangkor Laut.

Henry juga akan membawa anda ke Sabah yang cukup dikenali dengan keindahan pulau-pulau di sana antaranya Pulau Manukan, Pulau Sapid dan juga Pulau Tiga yang cukup popular kerana menjadi lokasi penggambaran rancangan realiti popular 'Survivor'. Tidak lengkap sekiranya tidak menyelam di Sipadan dan Mabul. Henry berkesempatan ke Sipadan dan Mabul dan turut ke Pulau Layang-Layang!

Henry yang mempunyai sijil menyelam akan membawa anda mengenali dan menikmati keunikan dunia di dasar laut tidak ketinggalan menyaksikan keindahan alam semulajadi yang pasti memukau pandangan anda!

Bila ditanya apakah memori atau pengalamannya yang paling sukar dilupakan, Henry bercerita bagaimana dia terserempak dengan ikan jerung Hammerhead semasa menyelam di Pulau Layang-Layang. Sambungya lagi " kami sedang menyelam di sepanjang terumbu karang dengan kedalaman 35m, tiba-tiba entah dari mana, muncul ikan jerung Hammerhead di hadapan dan saya terkedu! Saya berfikir dalam diri sendiri "besar ikan ni. Eh kejap..dekatnya ia!

Bila saya mengetuk tangki oksigen untuk menarik perhatian mereka yang lain, ikan jerung itu sudah pun berenang pergi.

Tidak hanya berseronok, Henry juga terlibat dalam kerja-kerja amal sepanjang produksi berlangsung antaranya membantu menyelamatkan penyu-penyu, batu karang, menjaga kebersihan pantai dan banyak lagi. Pelbagai informasi dan tips-tips menarik yang turut dipaparkan dalam program ini. Segalanya tanpa batasan dalam Without Boundaries!.

Ikuti perjalanan penuh 'adventure' Henry Golding dalam rancangan Without Boundaries, setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 13 Julai 2011 eksklusif di 8TV.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Video) Hatimu Milikku Nera Cover Piano, Champion Habis!

Posted: 10 Jul 2011 09:00 PM PDT

Home > Video > (Video) Hatimu Milikku Nera Cover Piano, Champion Habis!

Sebenarnya, banyak bakat-bakat baru tempatan yang boleh membuatkan anda berkata "wow", tapi berkemungkinan besar exposure yang diberikan oleh media tidak meluas. Apa yang membezakan OHBULAN! dengan blog lain, kami sememangnya mempunyai minat yang tinggi terhadap bakat-bakat baru. Pada kami, setiap bakat mempunyai peluang untuk menonjolkan bakat kalau kena dengan caranya.

Imbas kembali, minggu lepas kami paparkan video instrumental gitar Kisah Hati – Alyah. Setakat hari ini, video tersebut telah mencatat 22 400 viewers sejak dipaparkan dalam OHBULAN!,  ohsem!

Hari ini, kami paparkan pula video instrumental piano Hatimu Milikku – Nera AF9 daripada AffanAizatMusic. Empunya video ini dikatakan amat rajin membuat cover yang mantap, ditambah lagi dengan rakaman video yang berkualiti. Tak adil untuk sebuah video yang baik, hanya menerima 1500 viewers.

Enjoice and appreciate the music, after this jump!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Movie Date Natasha Hudson Bersama Peminat SEKALI LAGI

Posted: 10 Jul 2011 08:41 AM PDT

Pada jam 1.30 petang tadi, Budiey sempat singgah di Cathay Cineleisure untuk bertemu dengan pelakon terkenal Natasha Hudson yang menganjurkan Movie Date bersama peminatnya menonton filem Sekali Lagi. Seramai 30 orang peminat telah dipilih melalui akaun twitter milik beliau iaitu @natasha_hudson dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Cuma mungkin ada beberapa orang peminat yang tak dapat datang tanpa memberitahu Natasha, bagi Budiey itu perkara biasa kerana Budiey juga pernah mengalami masalah yang sama setiap kali buat Movie Day Out bersama pembaca. Mesti ada sorang dua yang tak datang. Sabar je lah eh.

Apa yang penting, Movie Date yang julung kali diadakan ini dapat merapatkan lagi hubungan Natasha Hudson bersama peminatnya.

Kenapa filem Sekali Lagi? Ya, walaupun Natasha Hudson tak terlibat langsung dengan filem ini, namun, beliau rasa adalah satu tanggungjawabnya untuk menyokong industri dengan mengajak peminat menonton. Yang bestnya, peminat yang hadir tak perlu membayar apa-apa pun sebab semua tiket dibeli sendiri oleh wang saku Natasha Hudson.

Hadir sama ialah anak Natasha Hudson, Nessa Helena yang makin membesar. Comel.

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Me & @natasha_hudson di Movie Date Sekali Lagi

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Natasha Hudson Pakai Rekaan Zery Zamry di ABP2010
  • Trivia: Nur Fatimah & Datin Natasha Hudson
  • Carleed featuring Natasha Hudson Jika Ku Boleh Ubah Dunia
  • Natasha Hudson Pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri Hamil 4 Bulan
  • Gambar Wedding Natasha Hudson & Mohd Faiz
  • Jennifer Hudson Red Carpet 2011 Grammy Awards
  • Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari Berkahwin 4 Ogos?
  • Selamat Datang ke Dunia Blog, Natasha Hudson!
  • Selebriti di Pengumuman Hos Penyampai & Persembahan Artis ABP 2010
  • Gambar Natasha Hudson di Sidang Media Muzikal Ibu Zain
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Aizat Amdan di Malam Gala SimplySiti

    Posted: 10 Jul 2011 04:53 AM PDT

    Bak kata Dato' Siti Nurhaliza semasa mahu menjemput Aizat berduet bersama beliau untuk lagu LAGU KITA, penyanyi ini dulunya BESAR tapi sekarang dah KECIL. Dulu, masa Aizat kecil lagi, famili dan keluarga Aizat tak lupa untuk mengunjungi rumah Dato' Siti di hari raya. Aizat kan peminat setia Tok Ti dari dulu lagi.

    Masa Malam Gala SimplySiti, Aizat menghiburkan hadirin dengan lagu Years From Now, Sungai Lui dan sebuah lagu LAGU KITA dinyanyikan bersama Siti Nurhaliza. Satu kolaborasi yang boleh dilayan gak la.

    Selain berduet dengan Aizat, Malam Gala SimplySiti menyaksikan kolaborasi hebat antara SimplySiti bersama institusi pengajian tinggi terulung, UiTM. Ini adalah satu tanda sokongan dan usaha amal bagi mengumpulkan dana bagi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM, sebuah inisiatif untuk membiayai pelajar-pelajar yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke UiTM.

    Aizat Amdan

    Aizat Amdan

    Aizat Amdan

    Aizat Amdan

    Aizat Amdan

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Aizat Amdan, Ana Raffali & Amy Search di Malam Gala SimplySiti
  • Siti Nurhaliza di Malam Gala SimplySiti UiTM Shah Alam
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbaru SimplySiti Vogue Edition
  • Siti Nurhaliza Beri Hadiah Peribadi di Malam Gala SimplySiti
  • Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Aidilfitri SimplySiti
  • Gambar Fara Fauzana di Rumah Terbuka SimplySiti
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama
  • Aizat Bakal Berlakon Filem Animasi Firefly
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Belajar Di UiTM

    Posted: 10 Jul 2011 10:17 PM PDT

    DATO SITI NURHALIZA SAMBUNG BELAJAR DI UITM SHAH ALAM

    Tabik spring kami kat Dato' Siti Nurhaliza kerana walaupun beliau sudah boleh dikatakan sebagai seorang yang sangat berjaya dalam kariear'nya, namun semangat untuk belajar masih kuat.

    Terbaru, Dato' Siti Nurhaliza dilaporkan akan mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang muzik tidak lama lagi.

    Seperti yang semua orang tahu, Dato' Siti Nurhaliza mula serius dalam bidang nyanyian sebaik sahaja dia tamat SPM dan mungkin kerana kekangan masa, pengajian'nya terhenti di situ.

    Kepada Dato' Siti Nurhaliza, kami doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Jangan peduli apa orang nak kata.

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Gambar-gambar sekitar Demonstrasi Bersih 2.0 9 Julai 2010.

    Posted: 10 Jul 2011 12:40 PM PDT


    Komik Comel: Harapan nak kahwin dengan Puteri raja

    Posted: 10 Jul 2011 12:22 PM PDT

    Kisah Suami Lepas tangan,isteri dipergunakan?

    Posted: 10 Jul 2011 12:01 PM PDT

    KALAU dulu pesan ibu, wanita mesti bersyukur dapat suami bekerja dan bertanggungjawab, tapi zaman sekarang pesanan itu tidak boleh diguna pakai lagi. Sebabnya, ramai suami sekarang lupa fungsi mereka sebagai ketua keluarga, sebaliknya mereka yang patut bersyukur kerana dapat isteri bekerja, baik dan bertanggungjawab.

    Oleh kerana itu Azurin dalam emelnya mencadangkan lebih banyak kursus tentang fungsi dan tugas suami diadakan khas untuk kaum lelaki, tak kiralah ketika ceramah di masjid atau surau, mahupun ketika khutbah Jumaat. Lelaki punya tanggungjawab besar kepada anak-anak dan keluarganya. Tetapi lelaki kini banyak yang leka kerana mereka berkahwin dengan wanita bekerja, berbanding zaman ibu kita dahulu.

    ''Contohnya bekas suami saya melepaskan semua tanggungjawabnya daripada memberi makan minum dan susu untuk anak-anak, hinggalah membayar sewa rumah, duit untuk penjaga anak seterusnya membayar ansuran motorsikalnya.

    ''Dia pandai, mula-mula kata minta tolong bayar ansuran motor sebab duitnya habis kena baiki motor selalu rosak, bila dia tengok kita tak membantah, dia suruh bayar sewa rumah, katanya dia terpaksa bantu emaknya nak buat rumah baru. Lepas tu sedikit demi sedikit dia buat leka dan terus suruh saya buat semua, sebab dia tahu saya ada duit.

    ''Empat lima bulan saya boleh sabar, tapi kalau dah memanjang suruh kita bantu, tentulah gaduh. Sedangkan dia sibuk di luar rumah. Lepas tu saya dapat tahu dia tak pernah kirim duit untuk emaknya apa lagi nak buatkan rumah baru. Semuanya bohong.

    ''Bila anak bertambah dua, beban semakin berat, dan saya tak boleh bersabar lagi, kami sering berperang, akhirnya bercerai. Lepas dua bulan bercerai dia menyesal nak rujuk semula, tapi saya tak mahu, sebaliknya saya rasa lebih senang sendirian.

    ''Tetapi lain halnya dengan kawan saya punyalah sayang suami hingga jadi bodoh. Nora memang cantik, kulit kuning langsat, pandai masak, ada tiga anak dan pandai cari duit dengan kemahirannya memasak. Pendapatan saya dan Nora sama, begitu juga suami Nora, walaupun berlainan jabatan.

    ''Dia lebih bertuah kerana emaknya tinggal bersama, jadi tak ada masalah menjaga anak, selain membantunya bila ada tempahan memasak. Kalau pasal masak beriani, lauk pauk, kuih muih semua Nora boleh buat, memang sedap. Nora mewarisi kemahiran emaknya.

    ''Tetapi sedihnya Nora tak enjoy dengan wang yang diperolehinya. Semuanya suami yang pegang. Termasuk pakaiannya dan anak-anak semua ditentukan suaminya mereka hanya bertukar pakaian pada hari raya. Begitu juga dalam urusan lain.

    ''Saya pernah mempelawa Nora beli baju yang dijual seorang teman di pejabat, tetapi Nora tolak, katanya dia tak ada duit kerana gajinya suaminya simpan. Bukan itu sahaja semua keputusan tentang dirinya diputuskan oleh suaminya. Emak Nora pernah balik kampung malas nak menguruskan anak-anak Nora, tetapi dia kasihankan Nora yang terpaksa uruskan semua perkara di samping ambil tempahan memasak yang disuruh suaminya.

    ''Mungkin terlalu banyak mengambil tempahan memasak, Nora jadi penat, mengantuk dan kurang beri tumpuan kepada kerja di pejabat, pernah dia dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana kerja lebih penting. Pernah juga Nora jatuh sakit dan terlantar di hospital, dan sejak itu dia kurang ambil tempahan memasak.

    ''Malangnya sejak kurang dapat tempahan memasak perangai suaminya turut berubah. Kalau dulu dia sering pergi ke pasar dan kedai untuk membeli barang keperluan, tetapi kini suaminya suka berhiburan di luar rumah. Hinggakan sesekali bila ada tempahan buat kuih, Nora sendiri terpaksa ke kedai mendapatkan barang keperluan. Suaminya tak ambil peduli.

    ''Perubahan itu berlaku sejak hampir dua tahun lalu, Nora sering bercerita kerana dia tak ada duit nak buat belanja, hinggakan dia terpaksa tumpang kawan ke pejabat. Kata Nora dia kasihankan suaminya kerana sejak tak berniaga suaminya jadi muram, sering tak berduit.

    ''Saya tumpang sedih dengar cerita Nora, sebab kami tahu suaminya ada teman wanita yang istimewa. Bukan saya seorang nampak, bahkan ada kawan-kawan lain pun terserempak juga, malangnya kami terpaksa mengelak dari bertembung, takut suami Nora nampak. Sedihnya tak ada seorang pun berani bercerita pada Nora.

    ''Bukan kami takut, tetapi kami tak sampai hati nak beritahu Nora, sebab kami kasihankan dia kerana dia terlalu sayangkan suaminya. Malah dia tumpang sedih bila melihat suaminya bersedih. Kata Nora suaminya sering mengeluh tak ada duit sejak tak ada bisnes.

    ''Saya jadi hairan kerana gaji Nora dia yang simpan tak keluar buat belanja pun apa lagi gajinya sendiri. Nak kata Nora habiskan duit, dia tak pernah pegang gajinya semua suaminya yang urus, termasuk duit tempahan memasak.

    ''Saya tak tahu apa jadi pada Nora kalau dia tahu suaminya ada kekasih? Lebih sedih kami takut kalau Nora kena cerai, dia tak ada duit dalam tangan, dan amat menakutkan lagi baru-baru ini suaminya minta dia jadi penjamin pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM30,000. Itu cerita Nora. Katanya dia jadi penjamin sebab kasihan suaminya tak ada duit nak bantu emaknya nak pergi ke Mekah dan nak besarkan rumah dapur. Tetapi saya jadi lebih sedih kerana saya bimbang mungkin suaminya nak buat belanja kahwin.

    ''Dalam keadaan Nora saya rasa orang yang lebih bersalah adalah dirinya sendiri, kerana kebodohannya terlalu mencintai suaminya hingga sanggup menutup mata perbuatan suami di belakangnya. Nora juga takut bertanya tentang jumlah simpanan duit suaminya selama ini. Katanya dia tidak pernah curiga kepercayaan terhadap suaminya.

    ''Nora pernah bercerita duit gajinya dan suami semuanya

    Patutkah isteri seperti Nora dianiaya setelah anda kumpul wang ringgit dari titik peluhnya selama ini. Kesihanilah isteri yang terlalu jujur dan amat sayangkan anda,'' demikian cerita Azurin tentang Nora dan wanita sama waktu dengannya.


    Sensasi: Kehidupan berumahtangga perlukan pengorbanan,perlukan kesefahaman dan paling penting bersedia memberikan komitment dan bertanggungjawab.

    Ramai yang berkahwin tp tak bersedia utk jadi seorang yg bertanggungjawab...tanggungjawab lelaki untuk memberi tmpt perlindungan,makan pakai anak isteri,nafkah zahir dan batin isteri,manakala tanggungjawab isteri untuk taat dan menjaga hati dan maruah suami dan keluarga .Bila suami yang berusaha tapi tak mampu dan isteri yang taat dan kasihkan suami pastilah akan membantu suami sekiranya isteri tue berkerjaya.. hati pompuan bukannya keras,bila suami syg dan berusaha utk jaga rumahtangganya,isteri pasti mebalas dgn lebih lagi kasih syg.. dari sinilah sikap saling berkongsi masalah akan membantu perkahwinan .jangan ada sikap mempergunakan dan lepas tangan dlm berumahtangga..yang penting,isteri mesti hormat suami dan suami pun mesti jaga isteri dgn baik.

    Gambar Selebriti Hollywood dan handbag mereka

    Posted: 10 Jul 2011 10:37 AM PDT

    Perempuan kalau tak kasut,mesti handbag menjadi minat mereka..kadang2 ada yang jadi hobi kumpul handbag..

    Bagi Sensasi,handbag memang menjadi aksesori yang menonjolkan lagi penampilah seseorang.

    Bukan selebriti Hollywood je yang bergaya dengan pelbagai jenis handbag, selebriti tempatan pun beli handbag beribu jugak..huhu..

    Beyonce
    Hitmaker 'Single Ladies' ini tampil feminin dengan dress bermotifkan flora sambil 'ditemani' beg tangan bermotif ular sawa rekaan Jimmy Choo berharga RM 13,000.00++. Mak aihhh!!


    Zoe Zaldana
    Beg tangan berharga RM8,200.00++ jenama Miu Miu yang diperbuat daripada kulit burung unta ini menjadi pilihan heroin filem "Avatar".


    Jessica Alba
    Selesa mengenakan beg tangan jenama Valentino rona coklat + Rockstud berharga RM6,200.00++, pemerhati fesyen tak kisah filem lakonannya kurang hit coz dalam dunia fesyen, Jessica simply amazing!


    Kim Kardashian
    "I boleh jadi seorang yang trendy dan ada kalanya boleh menjadi seorang sofistikated," ujar bintang TV, Kim Kardashian ketika bercakap tentang stail fesyennya. Kalau dah trendy & sofistikated, antara beg pilihan Kim pastinya beg tangan rekaan Jimmy Choo bermotif harimau berharga RM8,000.00++!


    January Jones
    Aktress "X-Men: First Class" ini pula tampil dengan imej Boho + Hippies sambil menyandang beg Hobo berumbai rekaan Versace berharga RM6,000.00++! Makk aihh kalau nak beg yang fesyen macam ni, apakata korang usha Pasar Seni.


    Sarah Jessica Parker
    Wah kalau Tupai ada beg tangan macam SJP ni, confirm para 'buaya darat' yang handsome macam Christiano Ronaldo pun Tupai tak pandang! Green crocodile rock! Always & forever stylista, SJP memakai beg tangan Fendi Silvana diperbuat daripada kulit buaya berharga RM21,000.00++!!


    Diane Kruger
    Aktres super chic ni pula memilih beg Chanel Mademoiselle berharga lebih kurang RM10,000.00.


    Rihanna
    Oh na na what's my name? Kalau dah namanya Rihanna, memang tak 'Rihanna' tanpa pilihan beg 'gah' signifikan dengan dirinya. Tentu saja beg Givenchy bermotif harimau RM10,000.00++ jadi pilihan 'sexylicious' ni.


    Nicole Kidman
    Beg tangan aktres kelahiran Aussie ni memang satu statement! Sangat2 suka dengan padanan rona beg tangan Prada Madras berharga RM8,000.00 dengan trench coat yang disarung di tubuh Nicole, nak2 lagi rona kulit porselinnya. Sangat2 kontra!


    Charlize Theron
    Aktres A-list ni tampil ranggi dengan hanya mengenakan jaket kulit, seluar jeans dan beg sandang Prada berharga RM RM6,440.00.


    Emma Stone
    "Besar & senang nak masuk banyak barang!" Ujar Emma ketika ditanya tentang pilihan beg kegemarannya. Dengan tangan Fendi Chamelon berharga RM7,437.00 disandang kemas di tangannya, Emma ternyata seorang yang telus!

    tomok raja jawa tomok raja jawa tomok raja jawa tomok raja jawa tomok raja jawa tomok raja jawa tomok raja jawa tomok raja jawa tomok raja jaw

    Posted: 10 Jul 2011 09:45 AM PDT


    tomok raja jawa

    tomok raja jawa

    tomok raja jawa

    tomok raja jawa

    tomok raja jawa

    tomok raja jawa

    tomok raja jawa

    tomok raja jawa

    tomok raja jawa

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS