Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Black bakal umum tarikh nikah selepas raya

Posted: 10 Jul 2013 01:21 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM

BLACK... Bakal umum tarikh pernikahan dengan Chira Khairi, selepas Aidilfitri ini. - UTUSAN/JEFFRI IRAN

KUALA LUMPUR 10 Julai - Penyanyi Black, 26, akan mengumumkan tarikh

pernikahannya dengan Chira Khairi, 26, selepas raya ini.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah berkata, pengumuman

tersebut sepatutnya dimaklumkan pada 3 Julai lalu namun terpaksa ditunda

selepas raya kerana beberapa masalah.

"Saya agak terkilan juga sebab tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan

seperti yang dijadualkan. Apa pun saya berharap masalah yang terjadi akan

diselesaikan dengan kadar segera.

"Buat masa sekarang 50 peratus persiapan sudah siap dilakukan oleh

perancang perkahwinan, terutama dari segi rekaan konsep perkahwinan,"

katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Juara program Mentor musim ke tiga itu telah bertunang dengan Chira pada

26 Januari lalu. - UTUSAN ONLINE

Jadi suami? Belumlah!

Posted: 09 Jul 2013 11:07 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar AZMAN ASMAYATIM

Mahu dikenali sebagai penyanyi versatil yang turut berkemampuan untuk berlakon dan berinteraksi dengan baik sewaktu di pentas.

ORANGNYA cukup popular dan dikejar ramai perempuan, tetapi agak menghairankan apabila dalam usia 29 tahun dia masih sendirian. Tidak ada bayang-bayang mengatakan hati lelaki ini sudah dimiliki, jauh sekali bersedia untuk memiliki suri di hati. Kenapakah? Apakah terlalu sukar untuk dia memilih seorang wanita untuk dijadikan suri di hati atau terlalu memilih?

Menurut Hazama, ada sebab kenapa dalam usia yang sudah hampir memasuki 30 dekad dia masih tidak mempunyai isteri. Hazama juga menegaskan buat waktu ini dia tidak mahu terlalu berfikir tentang persoalan jodoh dan perkahwinan kerana baginya, dia belum sesuai untuk bergelar suami dalam waktu terdekat.

"Saya memang belum sedia untuk pikul tanggungjawab itu. Sungguhpun usia saya kini sudah mencecah 29 tahun, belum lagi layak untuk menjadi seorang suami dalam waktu terdekat ini.

"Bagaimanapun ini bukan bermakna saya tidak pernah memikirkan soal berkahwin. Tetapi buat waktu ini saya mahu fokus untuk mengukuhkan karier seni terdahulu, soal nikah kahwin ini perlu ditangguhkan dahulu," katanya.

Meskipun belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Hazama tidak menafikan yang dirinya kini sudah mempunyai kekasih hati. Secara jujur dia mengaku, seorang wanita kini telah bertakhta di hatinya dan mereka kini dalam fasa percintaan yang indah.

Bercakap tentang Hazama, sebenarnya, juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) ini adalah antara penyanyi yang mudah didekati dan tidak kurang kelakar orangnya.

Namun dalam sifat yang terpuji itu,agak mengecewakan apabila dia juga dikaitkan sebagai seorang yang suka melebih-lebih ataupun dalam bahasa pasar yang digemari anak muda, seorang yang menjengkelkan.

Hazama mengakui sebelum ini pernah mendengar cerita-cerita kurang manis seperti itu berhubung dirinya, tetapi tidak merasakan perbuatannya selama ini membolehkan dia tergolong dalam individu yang dibaca dalam bahasa slanga sebagai 'poyo'.

"Banyak kali juga saya dengar orang mengatakan Hazama seorang yang 'poyo', tetapi secara jujur saya hanya menjadi diri saya dan bukannya mahu menjadi orang lain.

"Tidak dinafikan mungkin ada segelintir masyarakat luar yang kurang menyenangi cara saya, tetapi secara individu itu adalah cara saya berkomunikasi dengan mereka, khususnya peminat-peminat.

"Lagipun saya sertai bidang ini dengan tujuan untuk berhibur dan menghiburkan orang lain. Saya percaya, perlakuan saya selama ini lebih banyak mendatangkan hiburan yang elok berbanding yang negatif," katanya pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Penglipur Lara, baru-baru ini.

Jelas Hazama lagi, mungkin sesetengah masyarakat mempunyai tanggapan yang salah terhadap dirinya berhubung perkara tersebut sebenarnya dia seorang individu yang mudah didekati.

"Mungkin mereka beranggapan sedemikian kerana tidak pernah bersemuka dengan saya dan hanya mengetahui perihal saya daripada media-media massa sahaja.

"Tetapi sekiranya mereka pernah bertemu dengan saya, mereka akan mengerti siapakah diri saya dan inilah cara saya berkomunikasi dengan peminat," katanya yang turut mengadakan sebuah konsert mini sewaktu melancarkan album barunya itu.

Album Penglipur Lara sudahpun berada di pasaran sejak seminggu lalu dan memuatkan sekitar sembilan buah lagu bergenre pop-rock Melayu antaranya lagu-lagu seperti, Ulek Sayang, Dengarlah, Majnun, Akhir Ceritera dan Penglipur Lara.

Mahu jadi penghibur serba boleh

Bagi Hazama, selain menyanyi sudah tentu dia mahu menampilkan persembahan pentas secara langsung dengan begitu baik demi memuaskan hati peminat.

Ternyata, perkara tersebut sedang diusahakan oleh anak muda kelahiran Ipoh, Perak ini agar dia dapat memberikan yang terbaik bukan sahaja buat peminatnya, tetapi juga buat dirinya sendiri.

"Selama tujuh tahun saya berusaha untuk menapak dalam industri ini, dan kini setelah mendapat peluang tersebut, saya mahu memberikan yang terbaik.

"Terbaik yang saya maksudkan di sini bukan hanya sekadar bernyanyi, tetapi juga sewaktu berkomunikasi.

"Ini kerana saya bercita-cita mahu menjadi seorang penyanyi yang versatil, yang akan meninggalkan kenangan manis kepada peminat yang hadir menyaksikan persembahan saya," katanya lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Berpuasa di New Zealand

Posted: 09 Jul 2013 04:50 PM PDT

Nabila tetap bekerja pada bulan puasa, sedih berjauhan dengan anak

Jika kebanyakan artis cuba memperlahankan kegiatan seni mereka sepanjang Ramadan, berbeza pula dengan pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 30, yang lebih suka bekerja biarpun sedikit kepenatan.

Bahkan, buat kali pertama, dia memulakan ibadat puasa di perantauan apabila menjayakan penggambaran drama bersiri, Jodoh Itu Milik Kita, di New Zealand sejak lebih seminggu lalu.
Saya teringin merasai sendiri pengalaman berpuasa di perantauan. Cuma yang tidak seronoknya apabila terpaksa berpisah dengan anak. Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya apabila berjauhan daripada anak, tetapi saya perlu kuat supaya dapat membesarkannya dengan sempurna" Nabila Huda, Pelakon

Nabila yang sememangnya gemar mengembara berkata, bekerja sambil berpuasa di negara orang bukanlah bebanan buatnya, yang sejak dulu lagi tidak betah untuk duduk diam. Dia sendiri akan rimas sekiranya tidak mempunyai sebarang tugasan buat tempoh waktu yang lama.

Katanya, paling lama dia berehat cumalah selama dua hari. Andai lebih daripada itu, hatinya mula tidak keruan lantaran sikapnya yang kuat bekerja sejak dari dulu.

"Saya memang tidak mempunyai perancangan langsung untuk berehat ketika Ramadan. Jika artis lain memilih untuk mengurangkan aktiviti lakonan, saya pula memilih untuk bekerja. Saya jadi rimas jika tidak melakukan apa-apa di rumah.

"Saya berada di New Zealand selama dua minggu, dengan tujuh hari daripadanya adalah pada bulan puasa. Memang saya sengaja menerima tawaran ini, walaupun tahu ia jatuh pada bulan puasa, kerana peluang menjejakkan kaki ke negara orang memang amat saya nantikan.
"Lagipun saya teringin merasai sendiri pengalaman berpuasa di perantauan. Cuma yang tidak seronoknya apabila terpaksa berpisah dengan anak (Kheisya Laila, 3 tahun). Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya apabila berjauhan daripada anak, tetapi saya perlu kuat supaya dapat membesarkannya dengan sempurna," katanya.

Selepas New Zealand, Nabila akan terbang pula ke Venice dan Milan, Itali, pada Hari Raya kelima untuk menjayakan penggambaran drama Sangkar, arahan Erma Fatima.

Tak serik bercinta

Mengenai kegagalan rumah tangga dan cintanya sebelum ini, Nabila menafikan dirinya takut kepada komitmen sehingga menyebabkan dua hubungan terbabit gagal bertahan lama. Sebaliknya, dia yang sudah biasa berdikari sejak di bangku sekolah menjadikan alasan sibuk sebagai faktor yang mendorong kepada perpisahan.

Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 ini bagaimanapun mengaku tidak serik untuk bercinta, pada masa sama tidak terburu-buru mencari pengganti.

Sebaliknya, buat sementara waktu, Nabila yang baru putus kasih dengan pelakon, Nas-T, mahu memberikan fokus kepada kerjaya lakonan yang kian berkembang, selain permata hatinya.

"Andai ditakdirkan bertemu lelaki sesuai, saya tidak mahu bercinta lama-lama, sebaliknya ingin terus bernikah.

"Selama ini pun saya bukanlah jenis yang mudah jatuh cinta. Bersama bekas suami dulu, lama juga kami bercinta. Saya tidak pernah dikaitkan dengan lelaki lain ketika bersama dengannya.

"Setelah beberapa tahun berpisah, barulah saya kembali bercinta, tetapi sayangnya hubungan dengan Nas-T tidak berpanjangan. Kami masih baik dan saya masih sayangkan dia sebagai kawan. Begitupun, apa yang berlaku pada hubungan kami biarlah menjadi rahsia. Saya tidak suka bercerita terlalu terperinci. Biar sedikit kisah hidup saya menjadi rahsia peribadi.

"Andai ditakdirkan bercinta kembali, saya tidak akan menyembunyikan daripada pengetahuan umum.

"Sebenarnya, saya tidak suka menjaja kisah cinta. Bila ada yang bertanya, saya akan menyatakan perkara sebenar. Saya tidak pandai berselindung, lagipun apa perasaan pasangan sendiri jika saya menafikan perkara yang benar," kata Nabila.

Skim insurans artis tertangguh?

Posted: 09 Jul 2013 04:43 PM PDT

Anak seni nanti pelaksanaan SIS, bimbang bantuan ihsan dilupus apabila Bajet 2014 diumum

Anak seni masih menanti pelaksanaan Skim Insurans Seniman (SIS) yang diluluskan Kabinet, Mac lalu dengan peruntukan RM1.1 juta.

Selepas diusulkan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) pada Mac tahun lalu diikuti kelulusan Kabinet, SIS yang mendapat mendapat sokongan anak seni belum menunjukkan tanda-tanda akan dilaksanakan. Malah, kerajaan dijangka mengumumkan Bajet 2014 pada 25 Oktober depan.
Semua penggiat seni tanah air sudah tahu SIS mendapat kelulusan kerajaan seperti diumumkan bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Mac lalu" Zed Zaidi, Presiden SENIMAN

Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata kementerian bertanggungjawab perlu menyelesaikan isu pelaksanaan SIS dengan segera sebelum pemberian ihsan kerajaan tidak dilupus dengan pengumuman Bajet 2014.

"Semua penggiat seni tanah air sudah tahu SIS mendapat kelulusan kerajaan seperti diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Mac lalu.

"Sehingga hari ini, saya masih didesak ahli SENIMAN untuk bertanya mengenai pelaksanaan SIS yang sudah empat bulan berlalu," katanya kepada HIP.

Isu pentadbiran lengahkan inisiatif?
Tambah merumitkan, Zed berkata, kementerian yang bertanggungjawab menguruskan pemberian ihsan kerajaan iaitu KPKK sudah berpecah kepada dua iaitu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) apabila kerajaan baru dibentuk.

"Apa yang membimbangkan ahli adalah hak mereka akan disalurkan kepada perkara lain. Lebih-lebih lagi Bajet 2013 akan berakhir dan kerajaan mengumumkan Bajet 2014," katanya.

Pada Mac lalu, Rais mengumumkan SIS mendapat kelulusan kabinet sebagai pemberian ihsan bagi membiayai insurans kemalangan diri dan hayat berkelompok semua penggiat seni tanah air.

Selain pelakon, penyanyi, pelawak, skim itu turut dinikmati penggiat seni seperti pelukis, penulis, pengukir dan pekerja belakang tabir yang mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Selain itu, Zed turut mempersoal skim bantuan kepada budayawan dan seniman dalam Bajet 2013 bernilai RM6 juta yang belum diagihkan sepenuhnya kepada semua persatuan seni tanah air.

"Setakat ini, cuma RM1 juta daripada bajet itu dikeluarkan kementerian terbabit. Saya meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui pegawai bertanggungjawab tampil membuat penjelasan," katanya.

SENIMAN mewakili lebih 100,000 ahli persatuan penggiat seni tanah air.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

macam macam hiburan terkini

sumber :-

macam macam hiburan terkini


Zizan Razak Tidak Berdisiplin Sengaja Diperbesarkan

Posted: 09 Jul 2013 07:04 AM PDT

PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara, Zizan Razak menganggap tuduhan kononnya dia sering menimbulkan masalah kepada krew produksi dan tidak berdisiplin hanyalah satu isu yang sengaja diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, berkata, tuduhan tersebut tidak adil buatnya kerana ramai pihak tidak mengetahui perkara sebenar di sebalik kehidupannya sebagai seorang selebriti.

"Saya bukan hendak menafikan tetapi cerita sedemikian cuma diperbesar-besarkan dan orang sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi di sebaliknya dan terus membuat pelbagai tanggapan yang tidak benar.

"Sukar untuk memuaskan hati semua orang dan perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia hiburan," katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Zizan bagaimanapun tidak menafikan ada kalanya dia terlambat ke sesebuah lokasi penggambaran atau pun program lain tetapi ia bukan disengajakan.

Jelas Zizan, kesibukan dan pertindihan pelbagai program dan aktiviti kadang-kala telah menyebabkan dia terlewat ditambah dengan sebab-sebab lain seperti kesesakan lalu lintas.

"Saya bukannya sempurna dan mengakui kadang-kadang terlewat dan ia bukan disengajakan.

"Bagaimanapun saya dengan rendah hati memohon maaf sekiranya ada pihak yang terguris hati jika ada apa-apa tindakan atau perbuatan saya yang menyentuh perasaan mereka," jelasnya.

Dalam pada itu Zizan berkata, dia baru sahaja dilantik sebagai duta produk Sony selama setahun selain akan terlibat dalam beberapa program rakaman untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos depan.

Ziela Jalil Akui Sukar Bergelar Ibu Tunggal

Posted: 09 Jul 2013 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penerbit drama dan pelakon Ziela Jalil mengakui sukar baginya menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal pada awal kematian suami, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pada tahun 2008.

Ziela, 43, berkata, kesukaran itu lebih kepada membesarkan dua anaknya iaitu Puteri Julia Nabilah, 21, dan Megat Jufri Nasrullah, 19, yang ketika itu masih kecil dan tidak dapat menerima ketiadaan bapa mereka.

"Pada awal-awal dulu saya akui memang sukar menjalani kehidupan tanpa suami dan perlu membimbing anak-anak yang sentiasa rindukan bapa mereka tambahan pula mereka sedang meningkat remaja.

"Namun ketika itu saya sedar bahawa tiada orang yang dapat membantu dan saya perlu bangkit dan kuatkan semangat demi masa depan anak-anak," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan iaitu Fizzcola dan Berry Slim di Restoran Rebung di sini, Isnin.

Megat Junid ialah bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Julia dan Jufri, Ziela turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Ibrahim Junit Abdullah yang kini berusia setahun enam bulan.

Sementara itu, Ziela berkata, dia bagaimanapun bersyukur berkat kesabaran dan pengorbanan untuk membesarkan anak-anak akhirnya membuahkan hasil apabila mereka semakin matang dan mampu berdikari.


Zieal bersama produk kesihatannya iaitu Fizzcola dan Berry Slim.
"Apa yang penting pada saya adalah anak-anak kerana itulah peninggalan yang paling berharga buat diri saya. Saya bersyukur mereka sangat berdikari dan mempunyai pemikiran yang matang terutama anak sulung saya Julia yang akan berangkat ke Dublin untuk melanjutkan pelajarannya di sana.

"Bagaimanapun sebagai seorang ibu saya tetap risaukannya dan berharap mereka akan menjadi insan berguna dan berbakti kepada keluarga dan agama," katanya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai Fizzcola dan Berry Slim, Ziela berkata, produk berasaskan kolagen itu yang pertama menggunakan formula yang mengandungi sodium karbonat selain buah epal dan beri yang mudah diserap oleh sistem badan manusia.

Malah kata Ziela, selain untuk kecantikan kulit dan mampu mengurangkan berat badan ia juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepada penghidap penyakit gastrik.

"Kami membuat kajian tentang penggunaan bahan selama beberapa bulan dan mencuba sendiri hasilnya sebelum mengambil keputusan untuk dipasarkan dan ia ditanggung halal.

"Malah rasanya juga berbeza daripada produk kesihatan lain kerana ia seperti air berkarbonat dan rasanya juga sedap seperti air buah-buahan," katanya.

Dikeluarkan sendiri oleh syarikat miliknya iaitu Ziela Jalil Trading (M) Sdn Bhd bersama seorang rakan kongsi, Fizzcola dan Berry Slim dijual pada harga RM128 sekotak yang mengandungi 18 paket dan boleh didapati di farmasi dan stokis kecantikan.

Dalam perkembangan lain, Ziela berkata, dia kini sedang sibuk menyiapkan sebuah drama adaptasi dari sebuah novel sebanyak 40 episod untuk siaran saluran Mustika HD (Astro 134) berjudul Jodoh Itu Milik Kita yang kini menjalani penggambaran di New Zealand.

Drama yang dibintangi oleh Farid Kamil, Tiz Zaqyah dan Zain Saidin itu akan menemui penonton selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Alhamdulillah rezeki pada tahun ini sangat murah dan selain Jodoh Itu Milik Kita, syarikat saya diberi kepercayaan untuk menerbitkan sebuah lagi drama untuk Astro iaitu Bukan Aku Tidak Cinta selain The Wedding Breaker untuk slot Akasia di TV3," katanya.

Malah dia juga baru selesai menjalani penggambaran sebuah drama iaitu I Heart Kurma untuk siaran TV9 dan akan muncul sebagai pengacara program bual bicara iaitu Tiga Rasa.

Rozita Che Wan Sangkal Bersikap 'Queen Control'

Posted: 09 Jul 2013 07:01 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menepis dakwaan kononnya dia bersikap 'queen control' terhadap kekasihnya Zain Saidin apabila dikatakan sering mengganggu dengan membuat panggilan telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika aktor itu berada di lokasi penggambaran.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, berkata, gosip tersebut adalah karut kerana dia dan Zain tidak pernah mencampuradukkan soal peribadi dan kerjaya dalam hubungan cinta mereka.

"Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami.

"Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Rozita mengulas mengenai dakwaan dia kononnya dia merajuk dengan kekasihnya itu yang tidak membalas panggilan telefon dan SMS ekoran sibuk dengan aktiviti lakonan.


Rozita (kanan) menganggap gosip yang melandanya dan Zain sebagai perkara remeh.
Dalam perkembangan sama, Rozita berkata, dia tidak tahu bagaimana gosip tentang mereka tersebar dan enggan melayan perkara yang disifatkan sebagai remeh.

Dia juga tidak pasti sama ada cerita itu sengaja disebarkan untuk memburukkannya atau ada pihak yang cemburu melihat hubungannya dengan Zain, 29.

"Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini," jelasnya ringkas.

Sementara itu, Rozita berkata, dia tidak akan berehat sepanjang bulan Ramadan nanti kerana sibuk dengan penggambaran drama bersiri Rumah Kedai selain beberapa projek lain sebelum bercuti berhari raya.

"Walaupun akan sibuk bulan puasa ini tetapi Alhamdulillah itu semua rezeki untuk saya dan keluarga malah saya hanya akan bercuti sekejap sahaja pada hari raya nanti," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS