Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Brad Pitt Tertarik!

Posted: 17 Jun 2013 06:59 PM PDT

"Apa yang akan anda lakukan jika anda bangun keesokan harinya dan semua benda tidak berfungsi lagi. Tiba-tiba anda terpaksa berlari sepantas-pantasnya untuk menyelamatkan diri, berlari untuk menyelamatkan keluarga anda. Apa yang akan anda lakukan?" tanya Brad Pitt selaku penerbit dan juga teraju utama filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini, 'World War Z'.

"Itulah adalah pembukaan kepada babak-babak awal 'World War Z' dan begitulah rentak ceritanya dari awal hingga akhir."

Jelas Pitt, pada awalnya dia tertarik dengan projek 'World War Z' kerana meminati aspek penceritaannya yang mengetengahkan aksi yang mendebarkan serta perlumbaan watak protagonis terhadap masa dalam misinya menyelamatkan dunia.

"Cerita tentang kemusnahan dunia sebenarnya agak menakutkan tetapi itu yang penonton inginkan. Semua ini juga berpunca daripada keinginan saya untuk menghasilkan sebuah filem yang akan disukai anak-anak lelaki saya sebelum mereka berumur 18 tahun."

Sesuai dengan statusnya sebagai ayah, Pitt yang mempunyai enam anak bersama Angelina Jolie, turut mendedahkan satu lagi faktor yang membuatkannya tertarik kepada watak Gerry Lane, seorang bekas penyiasat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Dia bukan seorang 'typical hero'. Sebaliknya, dia seorang ayah yang berusaha untuk memastikan keselamatan keluarganya. Seorang insan biasa yang cuba melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa dikurniakan sebarang kuasa luar biasa.

"Dia tidak boleh terbang, dia tidak boleh membelasah orang jahat. Dia hanya boleh bergantung pada akal, naluri dan pengalamannya untuk menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, saya boleh menjanjikan filem ini adalah filem paling 'intense' dan menyeronokkan yang anda akan tonton di pawagam."
'World War Z' akan menemui penonton di pawagam bermula 20 Jun ini.

Wanita aneh hantui Shah Jaszle

Posted: 17 Jun 2013 03:22 PM PDT

Pelakon, Shah Jaszle, 25, enggan berdiam diri walaupun menyedari dia tidak sepatutnya berbuat demikian memandangkan kes khalwat membabitkannya kini akan dibicarakan di mahkamah.

Dia yang dihubungi semalam berkata, tindakan seorang wanita yang tampil membuat kenyataan kepada sebuah program hiburan hujung minggu lalu sebagai keterlaluan serta boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Bagi menjelaskan apa yang berlaku, pelakon itu berhasrat mengadakan sidang media dalam waktu terdekat untuk mendedahkan segala-galanya, termasuk dakwaan mengatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan wanita terbabit.

"Saya akan mengemukakan semua bukti, termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur paksaan yang dihantar kepada saya. Dia hanya menunjukkan sebahagian SMS saja, tetapi kenapa tidak kemukakan semua sekali apa yang dihantar kepada saya?

"Lagipun apa bukti menunjukkan saya penghantar SMS itu, sedangkan tiada nombor yang tertera pada paparan skrin telefon?

"Sepatutnya saya dan peguam mahu memberikan fokus pada kes khalwat, tetapi nampaknya wanita itu bertindak melampau.

Dia sudah keterlaluan, jadi saya tidak boleh berdiam diri walaupun dinasihatkan menutup mulut," katanya.
Selama berkenalan dengan wanita itu, kata pelakon ini, dia tidak pernah berjanji apa-apa dengannya.

"Dia memang suka mendesak, malah sanggup ke rumah keluarga untuk mencari saya," katanya sambil menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan wanita 'misteri' itu, seperti didakwa.

Menurut pelakon Azura 2012 itu, dia keliru kenapa wanita berkenaan berani mengeluarkan kenyataan sedemikian, sedangkan mereka baru berkenalan tidak sampai sebulan?

Baru kenal tiga minggu

Menurutnya, dia mengenali wanita yang juga seorang kru dan pelakon tambahan itu ketika terbabit dalam penggambaran drama Lembayung Kasih Mu. Mungkin sikapnya yang mudah mesra membuatkan wanita terbabit menyalah tafsir niatnya.

"Kami kenal tiga minggu saja, jadi bagaimana dia boleh mendakwa kami mempunyai hubungan istimewa? Dia mengeluarkan gambar kami berdua, seolah-olah hendak membuktikan kami mempunyai hubungan intim. Memang saya mengaku itu gambar saya, tetapi ia diambil sewaktu di lokasi penggambaran.

"Saya rasa dia psiko. Dia sengaja mahu memutuskan hubungan saya dengan tunang, Redzwani Puteri. Sebelum kes khalwat ini, memang dia ada berjumpa dengan tunang saya, untuk mendedahkan mengenai hubungan yang kononnya wujud antara kami.

Tetapi, tunang saya tidak layan, malah tidak juga melatah.

Mungkin kerana masih gagal memisahkan kami, dia menggunakan cara lain pula untuk memburukkan lagi keadaan.

"Memang saya sangat terkejut dengan tindakannya dan ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan saya pada kerja. Mujur tunang saya memahami dan mengenali siapa saya.

"Dia seorang yang pelik kerana selepas kes khalwat itu, dia tidak menunjukkan rasa bimbang atau serba-salah dengan apa yang berlaku. Seumur hidup, saya belum pernah berjumpa dengan manusia seanehnya," katanya.

Shah Jaszle dan wanita berkenaan ditahan kerana dipercayai berkhalwat pada 16 Mei lalu, menerusi serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Pangsapuri Taman Sri Subang, kira-kira jam 3.30 pagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS