Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Impian besar Agnes

Posted: 10 May 2013 04:59 PM PDT

Impian Agnes Monica, 26, untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa sudah lama digembar-gembur.

Namun, semuanya tinggal tanda tanya. Baik daripada pihak Agnes sendiri, impian yang berkemungkinan besar bakal menjadi kenyataan itu terus dibiar tergantung tanpa sebarang pengesahan nyata.

Di laman sosial miliknya seperti di Twitter mahupun di Instagram, penyanyi lagu Matahari ini terus membuatkan peminat tersayangnya yang menggelarkan diri mereka NIC (NEZindaClub Official) jadi teruja dan tertunggu-tunggu mengenai buah tangan terbarunya yang difahamkan diberi judul Carried sekitar Jun ini.

Malah tarikh album itu bakal dipasarkan juga terus mencipta spekulasi.

Tak kurang juga yang menulis komen berseloroh di Twitter iaitu peminat penyanyi Timbaland sendiri mengenai tarikh kemunculan album Agnes. Tetapi pada akhirnya komen itu dianggap hanya sekadar gurauan April Fool.

Tetapi ironinya kini, Agnes yang sedang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang sibuk menyiapkan 'sesuatu' seperti yang diharapkan penggemar muziknya. Beberapa komen di laman Twitternya jelas membayangkan apa yang diperkatakan itu.

Teruja dengan muzik baru
"Tak sabar untuk memperdengarkan kalian muzik baru saya. Jangan lupa untuk sentiasa percayakan apa yang anda impikan," katanya yang pernah berkolaborasi dengan Timbaland.

Namanya sudah utuh di negara kelahiran sendiri selain dihargai di beberapa peringkat Asia. Tetapi katanya, bukan penghargaan yang menjadi manifesto perjuangannya.

"Buat saya, yang paling penting sebenarnya karyanya sendiri.

Penghargaan memang jadi salah satu indikator, tapi bukan jadi tujuan utama saya. Tujuan utama saya adalah saya mahu menjadi insan yang lebih baik setiap hari," tutur Agnes kepada Majalah Rolling Stone Indonesia.

Mengesahkan kepada tanda tanya itu, laman Twitter MTV Hot News sendiri menaikkan status mereka berbunyi: "Berita panas, album terbaru Agnes berjudul Carried akan dilancarkan 18 Jun ini. Agnes juga menulis lagu dengan Justin Bieber."

Mengukuhkan mengenai komen Twitter MTV Hot News ialah sejak Februari lalu sudah mula tersebar cerita dan gambar Agnes bertemu dengan Scooter Braun. Braun yang juga orang kuat muzik di persada antarabangsa bukan asing lagi di kalangan peminat Bieber.

Selain Bieber, Braun juga mewakili nama penyanyi popular lain seperti PSY, Carly Rae Jepsen dan juga The Wanted. Agnes sendiri menaikkan status di Twitter berbunyi meluangkan masa dengan Braun dan disambut lelaki itu sendiri di laman Twitter miliknya.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Cinta Di Enterprise

Posted: 10 May 2013 11:11 AM PDT

ADVERTORIAL

Filem 'Star Trek Into Darkness' yang bakal menemui penonton di pawagam semestinya menjanjikan pelbagai aksi yang mendebarkan. Selain pertempuran minda antara Kapten James T. Kirk dan John Harrison yang dinanti-nantikan para peminat tegar, turut menjadi tumpuan adalah hubungan romantis di antara Spock dan Uhura.

Di dalam filem 'Star Trek' (2009), tidak disangkal terdapatnya tarikan di antara Spock dan Uhura, dan hubungan mereka terus disingkap di dalam 'Star Trek Into Darkness'.

Bagi Zachary Quinto yang membawa watak Spock, hubungannya dengan Uhura memberi penonton imbasan ke dalam jiwa insan yang separuh manusia dan separuh Vulcan itu, yang jarang didedahkan kepada sesiapa.

"Terdapat satu babak di dalam 'Star Trek Into Darkness' di mana Uhura sedang menjelaskan kepada Spock mengapa dia begitu kecewa dengan kesanggupan Spock mengorbankan nyawanya. Spock pula menjawab, 'Kamu fikir saya membuat keputusan ini dengan mudah. Percayalah, ia bukan semudah itu.' Babak tersebut cukup meninggalkan kesan pada saya."

Seperti Quinto, Zoe Saldana yang memainkan watak Uhura juga terpikat dengan idea membawa hubungan Spock dan Uhura ke peringkat seterusnya.

"Hubungan mereka di dalam 'Star Trek' telah mengejutkan ramai tetapi jika mereka ingin bersama mereka perlu melalui dugaan yang akan menguji hubungan mereka. Dan cara ia berlaku di dalam 'Star Trek Into Darkness' pasti tidak akan diduga penonton."
Tambah Saldana, Uhura terpikat dengan Spock kerana keperibadian mereka yang serupa. Dia juga seorang individu yang hidup mengikutkan prinsip dan peraturan.

Jika Uhura dipadankan dengan Spock, bagaimana pula dengan Kirk? Jika anda masih ingat, Uhura telah menolak pelawaan romantis Kirk selepas pertemuan pertama mereka di dalam 'Star Trek'.

Ini sekaligus memberi ruang kepada para penulis untuk memperkenalkan watak Pegawai Sains Carol Marcus di dalam 'Star Trek Into Darkness'. Buat peminat siri asal 'Star Trek', anda pasti mengenali Carol sebagai bakal isteri dan juga ibu kepada anak-anak Kirk. Tetapi adakah jalan cerita mereka berdua diteruskan seperti di dalam siri asal?

Chris Pine bila ditanya jika Kirk sempat menjalinkan hubungan romantis dengan Carol memberitahu mtv.com, "Apa yang boleh saya katakan tentang filem ini, banyak perkara yang berlaku dari segi aksi dan plot cerita pada kadar yang begitu pantas hinggakan tidak banyak masa untuk Kirk melakukan benda-benda lain kecuali menyelamatkan krew dan dirinya.

"Tetapi setia dengan jati diri Kirk, dia seorang lelaki yang menyukai wanita berambut perang dan Carol seorang jelitawan. Jadi, usikan main-main, godaan di antara mereka pasti ada. Terpulang pada penonton untuk melihat sejauh mana usikan dan godaan itu akan bawa mereka. Namun begitu, kehadiran Carol bukanlah sekadar pasangan cinta Kirk tetapi pengetahuannya dalam bidang sains memainkan peranan utama dalam menyelesaikan krisis yang dihadapi."

Jika anda ingin tahu sejauh mana perkembangan hubungan cinta Spock dan Uhura serta Kirk dan Carol, pastikan anda menyaksikan 'Star Trek Into Darkness' bermula 16 Mei depan di pawagam berdekatan anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS