Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gossip Zizan Bercinta dengan Kaka

Posted: 20 Feb 2012 11:02 PM PST

Setelah berjauhan dengan kekasihnya yang kini jauh di perantauan, Zizan Razak dengar-dengarnya sudah ada cinta baru yang berbunga dalam hatinya? Mungkin dia dah tak tahan merindu kekasihnya yang jauh. Atau mungkinkah Zizan dah jemu dan bosan dengan cinta jarak jauh? Lalu kini, Zizan bercinta dengan seorang penyanyi baru yang bernama Kaka.

Siapakah gerangan Kaka ni? Budiey pun google la sebab nak tahu siapakah Kaka ni. Unik betul nama Kaka ni, macam nama pemain bola sepak kan? Google punya google, Budiey terjumpa dengan akaun twitter beliau @kakaazraff. Pergh! Terbaek! Budiey terjumpa dengan sebuah lagu yang mana Zizan berkolaborasi dengan Kaka.

Oh, rupanya apa yang Budiey dengar Zizan bercinta dengan Kaka hanyalah sekadar cerita-cerita gimik untuk memperkenalkan single pertama hasil duet Zizan Razak bersama dengan Kaka.

Kiranya, Zizan Razak ni bercinta dalam lagu terbaru mereka Bawaku Pergi la ya. Terbukti hubungan mesra mereka terpancar jelas dari poster promo single terbaru ini. Jyea!

Zizan Kaka

Rasanya ni kali kedua Zizan buat rapping dalam lagu. Sebelum ni pernah Zizan nyanyi rap dalam lagu bersama Dina.

Boleh layan gak la lagu ni, korang rasa?

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Video Kaka Slank Buka Seluar di APM2009
  • Dafi AF5 Cinta Sama Gita Gutawa Anak Erwin Gutawa?
  • Gossip Aida Aris Cinta Zul Handy Black
  • Siti Saleha Pelakon Drama 5 Jingga Kekasih Baru Jehan Miskin?
  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
  • Gossip Zizan Raja Lawak Enggan Hadir di Sesi Fotografi
  • Zizan Nin Akan Kahwin Sebelum Mei 2010
  • CINTA RIMA MELATI, FAHRIN AHMAD, MARCELL, LINDA ONN
  • Gossip Penyanyi Bercinta Dan Akan Kahwin Dengan Kerabat?
  • Nasha Aziz Bercerai Lalu Bercinta Dengan Ahli Perniagaan?
  • Songlap Bakal Ditayangkan Di Dua Festival Filem Antarabangsa

    Posted: 20 Feb 2012 10:29 PM PST

    Songlap Bakal Ditayangkan Di Dua Festival Filem Antarabangsa

    SONGLAP, filem penutup 2011 yang mendapat banyak komen positif dari para pengkritik filem tanahair, telah dipilih untuk menyertai dua festival filem antarabangsa yang berprestij iaitu Udine Far East Film Festival ("Udine FEFF"), Itali dan Los Angeles Asian Pacific Film Festival ("LA APFF"), Amerika Syarikat.

    SONGLAP akan ditayangkan di Udine FEFF ke-14 yang akan berlangsung dari 20 hingga 28 April 2012. Udine FEFF dilancarkan pada tahun 1999 dan merupakan filem festival yang dibiayai bersama oleh Centro Espressioni Cinematografiche ("C.E.C."), sebuah organisasi kebudayaan di bawah naungan kerajaan Itali, daerah Friuli Venezia dan Majlis Perbandaran dan Wilayah Udine.

    Movie Still Songlap

    Setiap tahun, matlamat C.E.C adalah untuk menayangkan filem-filem yang berkualiti kepada umum menerusi lima pawagam di serata Udine.

    Filem-filem Malaysia yang sebelum ini mendapat perhatian Udine FEFF termasuklah Pontianak Harum Sundal Malam, Kala Malam Bulan Mengambang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

    Pada bulan berikutnya, SONGLAP akan mengambil bahagian dalam LA APFF ke-28 yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 20 Mei. LA APFF yang bermula pada tahun 1983 diasaskan oleh Visual Communications, sebuah pusat kesenian media, yang bertanggungjawab untuk mempromosikan filem-filem dari Asia dan Asia Pasifik. Lebih daripada 3,000 buah filem serta video telah disajikan kepada para pengunjung sejak penubuhannya. Flower in the Pocket, arahan Liew Seng Tat, merupakan filem Malaysia terakhir yang ditayangkan di LA APFF pada tahun 2008.

    Filem SONGLAP diterbitkan bersama oleh Grand Brilliance dan Red Films, dan diarahkan oleh gandingan suami-isteri, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak. SONGLAP mendalami kisah kehidupan dua beradik, lakonan Shaheizy Sam dan Shafie Naswip, yang terjerat di dalam kancah sindiket pemerdagangan manusia. Filem ini telah ditayangkan pada 15 Disember 2011 di 77 buah pawagam dan mendapat sambutan yang amat baik dari peminat filem serta pihak media, dan diiktiraf sebagai filem terbaik Malaysia 2011.

    Movie Still Songlap

    Movie Still Songlap

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Songlap
  • SONGLAP Kutip RM1.5 Juta Untuk 4 Hari Tayangan
  • Tayangan BUNOHAN di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam
  • Filem Songlap Lakonan Shaheizy Sam Tamat Pengambaran
  • Filem Bunohan Dilancarkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto
  • Shaheizy Sam Abang Yang Tak Bertanggungjawab?
  • Chermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival
  • Future Music Festival Asia
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    (Al-Fatihah) Latif Ibrahim Meninggal Dunia

    Posted: 20 Feb 2012 03:15 AM PST

    LATIF IBRAHIM MENINGGAL DUNIA

    Penyanyi Abdul Latif Ibrahim, 62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Petaling Jaya, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

    Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

    Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).

    Berita lengkap menyusul

    Salam takziah dari kami kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga anda semua tabah dan redha diatas pemergiannya. Al-Fatihah dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

    Related Posts with Thumbnails

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Part 1:Gambar-gambar Percutian Ke Hong Kong Disneyland pada 6 hingga 8 January 2012 yang sangat menyeronokkan

    Posted: 19 Feb 2012 07:26 PM PST

    Pada 6 hingga 8 Januari 2012 yang lepas, Sensasi berpeluang untuk bercuti di Hong Kong Disneyland seperti yang pernah sensasi katakan sebelum ini..

    http://my-sensasi.blogspot.com/2012/01/sensasi-bakal-bercuti-ke-hong-kong.html

    Pernerbangan seawal pukul 6.30 pagi dari LCCT,KLIA dan sampai di Hong Kong pada pukul 10.15 pagi.Perjalanan selama hamper 4 jam terasa bagaikan hanya sebentar kerana Sensasi berasa sangat teruja untuk bercuti ke Hong kong Disneyland.

    Setibanya di Airport Hong Kong memang sejuk dan menyegarkan,bulan Januari merupakan musim sejuk disana.Suhu mencapai sehingga 10 darjah Celcius. Kebetulan waktu Sensasi ke sana merupakan kemuncak musim sejuk di Hong Kong. Dari Hong Kong International Airport, sensasi menaiki bas ke Disneyland Resort. Di sini terdapat dua hotel yang kengkawan boleh tinggal iaitu Hong Kong Disneyland Hotel atau pun Disney's Hollywood Hotel. Sensasi telah memilih Disney's Hollywood Hotel sebagai tempat penginapan selama 3 hari 2 malam.

    Permandangan hadapan Hotel yang Sensasi tinggal. Sangat comel semua ade shape Mickey. Kerusi pun ade bentuk Mickey. Tak caya, tengok lah gambar ni. Cute sangat kan….

    Sempat berposing di pintu hadapan Disney's Hollywood Hotel.

    Taraaaaaa….. Ini die bilik hotel yang sensasi tinggal. Comel kan sana sini ade Mickey mouse.Bilik Hotel di tempat kami menginap sangatlah besar dan selesa..Sesuai kalau pergi dengan keluarga.Jom Tengok keadaan Bilik yang cantik.Semuanya bertemakan Disney.Mickey dan Minnie Mouse.

    Sejurus selepas check in, Sensasi tak nak buang masa, Sensasi terus ke restaurant Crystal Lotus yang terletak di Hong Kong Disneyland Hotel. Kat sini dim sum die sedap dan pork free. Shuttle disediakan secara percuma di dalam resort ini, jadi senang nak berulang alik dari hotel ke hotel dan juga ke park. Tengah beratur pun sempat posing jap…




    Sensasi makan tengah hari di Restaurant Crystal Lotus. Suasana dalam restaurant sangat menarik dan menenagkan. Makanan pun sedap sedap belaka. Siap ada "Duffy" Steamed Lotus Red Bean Puree Bun bentuk Duffy the Disney Bear, sangat comel, sayng je rasa nak makan…

    Makan Lunch di Lotus Crystal Rest,di Hotel bersama dengan rakan blogger iaitu Budiey dan isteri.

    Malam pertama sensasi berpeluang dinner di Corner Cafe yang terletak di Main Street USA dalam Disneyland park. Makanan sedap2 dan sangat menarik.Disini makanan yang dihidangkan adalah makanan barat ,western style kate orang and sangat sedap dengan pelbagai jenis pemanis mulut yang menggiurkan boleh didapati disini.


    Suasana dlm Corner cafe.

    Yummy…lobster & mixed grill….western food…sgt lazatttt….

    Jom tengok menu apa lagi yang ada disini

    Mocha with Creamer

    Salad

    Main street Combo

    Dada Itik dengan Kentang

    Makanan kesukaan ramai,Ayam tapi sensasi lupa nama hidangan nie..

    Meat Cheese Pasta

    Grilled Salmon Pasta

    Jom tengok pemanis mulut yang super yummy…

    Chocolate Marble Cheese cake..

    Chrismas Pudding Ice Cream..

    Macam mana menarik tak antara hidangan yang ada disini…tak perlu Sensasi nak cakap panjang lebar lagi..biar gambar yang menceritakan semuanya..Banyak lagi yang sedap-sedap disini..

    Malam ke 2 makan kt walt's cafĂ©..Walts cafe terletak kt Hong Kong Disneyland Hotel. Kami dinner kt sini…


    appertizer…kelihatan sangat menarik dan sedap..


    dessert

    Esok paginya Sensasi berpeluang breakfast di Enchanted Garden yang terletak dalam Hong Kong Disneyland Hotel. Di sini kami di hidangkan dengan breakfast buffet. Makanan sangat menarik dan Sensasi berkesampatan bertemu dan bergambar dengan beberapa Disney karektor Klasik seperti Mickey Mouse, Goofy dan Daisy Duck. Best sangat….Apalagi mestilah ambik gambar sebagai kenang-kenangan..Jom tengok Gambar.

    Selesai breakfast sensasi sempat bergambar di halaman Disneyland Hotel, Hotel ni berbeza dengan hotel tempat sensasi tinggal iaitu Disney's Hollywood hotel. Hollywood hotel lebih kepada ala ala cartoon…sana sini ade bentuk Mickey…manakala hotel Disneyland lebih kepada rupa bentuk macam istana ….sangat cantik dan terpegun melihat keindahan bangunan hotel ini. Terasa bak berada di istana kayangan bagaikan tuan puteri yang menanti putera dating meminang…eh…silap2 tak available dah…hehe.. Mari tengok tengok gambar di sekitar hotel istana ini…

    Berposing di taman halaman Hotel Disneyland Hong Kong yang ala ala istana ini…cantik kan bunga bunga ini…macam nak petik je… Ha yang paling sensasi suke ade Mickey Maze kat taman ni…tengok lah…gambar ni, sempat sensasi main main kat maze tu…besar jugak kalau budak kecil mau sesat dalam tu.







    Satu lagi tarikan di hotel ini, di sini ade perkhidmatan mak up budak perempuan jadi karektor princes seperti Snow White, Princess dan repunzel…baju disediakan dan di make up kan utk sesi photography. Menarik sangat….

    Ini dia bilik make up utk kanak kanak bertukar menjadi princess.

    Kanak kanak yang sedang di make up kan.

    Kedai souvenir barangan Disney yang terletak dalam hotel. Tengok lah banyak nye barang semua cute2…sensasi rambang mata nak pilih.

    sempat berposing dgn pak guard Hong Kong Disneyland Hotel


    Gambar kenangan bersama patung Mickey yang cute.

    Bersama teman blogger yang lain di lobi hotel.

    Bermulanya penjelajahan Sensasi ke Hong Kong Disneyland park. Selesai saja makan tgh hari Sensasi terus ambil shuttle ke park.


    Tiket/Pas Masuk ke Disneyland Hong Kong selama Dua hari. Sehari memang tak cukup untuk menerokai seluruh Hong Kong Disneyland park.

    Yeyyyyyy….Sensasi sudah pun berada di Hong Kong Disneyland!!!!!!!!!!!!!!! Impian sudah menjadi kenyataan…pengalaman pasti diterokai dan senyuman sentiasa terukir panjang ketika berada di sini.

    Cantik sungguh suasana dan permandangan sekitar pintu masuk Hong Kong Disneyland. Trdapat patung patung dan air pancut mickey…trpegun Sensasi…terasa bertuah dapat menjejak kan kaki di sini. Tengok lah gambar gambar ini semua, pasti kengkawan teringin untuk ke sana.

    Bergambar di hadapan Sleeping Beauty Castle.sungguh menakjubkan. Sensasi terasa seolah olah berada di alam fantasi. Binaan bangunan yang cantik, sama seperti dalam movie movie Disney yang kita lihat di kaca tv mahupun panggung wayang. Memang berbaloi habiskan cuti di sini.

    Disneyland memang merupakan taman tema keriangan yang menjadi tumpuan ramai.Memang seronok sangat bercuti di Disneyland.Macam-macam yang menarik disini.Dari pertunjukan,perarakan ,Istana ,permainan yang menyeronokkan,river cruise,rakit,Musical,kedai cenderamata..memang best sangat.

    Antara tarikan di Disneyland Hong Kong adalah seperti Toy story Land,yang baru dibuka 18 November 2011.so skrg dah siap,dan sensasi dahpun melawat.Enjoy sangat.

    Ada juga Main street USA, Fantasyland, Tommorrowland ,dan Adventureland..

    Jom tengok gambar di Main street USA

    Lilo and stitch

    Buzz Lightyear dari Toy Story

    Snow White ,Cinderella dan Rapunzel

    Kedai Souvenirs di Mainstreet USA

    Okey Jom Ke Fantasyland.yang menjanjikan kenangan manis berada di alam fantasy Disney.

    Disini kita boleh tengok Istana Sleeping Beauty.

    Disney In the Stars,bunga api di Istana Sleeping Beauty

    Banyak lagi yang menarik di Fantasy Land..kalau nak tahu lebih lanjut..Mesti pergi dan rasai keseronokan berada di Disneyland.

    Untuk part 2 nanti Sensasi akan ceritakan tentang Taman Tema yang lain seperti Toy Story Land,Adventureland dan Tomorrowland...

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS