Adsense

Isnin, 20 Februari 2012

borak kosong

borak kosong


Nenek 90 Tahun Menari Untuk Hormati Whitney Houston

Posted: 20 Feb 2012 09:00 PM PST


Dari sekian banyak penghormatan menyentuh kepada Whitney Houston yang meninggal secara tragik pada 11 Februari lalu, salah satu penghargaan dari seorang nenek berusia 90 tahun adalah yang paling menonjol.
 Nenek yang diketahui bernama Jeanne dengan emosional memberikan tribute-nya kepada sang penyanyi  "I Will Always Love You" pada sebuah video YouTube.
 Dengan mata yang berkaca-kaca ia mengatakan didepan kamera, "Aku melakukan ini untuk menghormati Houston Whitney. Sangat sulit untuk memikirkan telah kehilangan dirinya".
 "Dia (Whitney) adalah sesorang yang spesial. Saya amat menikmati caranya bernyanyi, tidak peduli lagu apa yang ia nyanyikan. "
 Untuk menghormati Whitney, Jeanne yang menderita degenerasi makula parah yang membuatnya buta dan tuli, kemudian menari dengan di iringi salah satu lagu Hit Whitney yaitu 'I Wanna Dance With Somebody'
 Sejak dimuat naik pada 12 Februari lalu, rakaman YouTube ini telah dilihat lebih dari 280.000 kali.
 Diketahui, penyanyi berusia 48 tahun tersebut ditemukan tewas di tab mandi di Beverly Hilton Hotel di California Sabtu (11/02) lalu.



Musang tembak pemburu yang memburunya

Posted: 20 Feb 2012 08:45 PM PST

Seekor musang yang terluka menembaki pemburu yang melepaskan tembakan ke arahnya dalam sebuah insiden yang terjadi di Grodno, Belarus. Tembakan ini dilepaskan saat pemburu itu hendaknya membunuh haiwan tersebut.

Disaat  pemburu hendak memukul musang yang sudah tidak berdaya itu dengan gagang senapannya, tiba-tiba saja si musang melawan dan tidak sengaja menyentuh pelatuk senjatanya.

SenapanG yang dipegang oleh pemburu itu meletus dan tembakannya mengenai bahagian kaki lelaki malang tersebut. Pemburu yang didekati oleh musang setelah tertembak tersebut, akhirnya dirawat di hospital.

"Haiwan tiba-tiba saja melawan dan tidak sengaja menarik pelatuk senjata saya dengan cakarnya," ungkapnya  t seperti dikutip Reuters.

Perburuan musang memang amat popular di wilayah Belarus yang berbatasan dengan Poland. Ini merupakan kali pertama seekor musang buruan mampu melukai pemburunya.

Wanita lelong seluar dalam dan kondom yang digunakan suaminya beselingkuh dengan perempuan lain di eBay

Posted: 20 Feb 2012 08:30 PM PST

Patah hati memang sangat menyakitkan. Patah hati kerana faktor perselingkuhan jelas memberikan rasa pahit yang teramat sangat. Beberapa orang ada yang berusaha melupakannya dengan menenangkan diri. Beberapa ada yang tidak terima diperlakukan tidak adil dengan adanya perselingkuhan. Golongan yang kedua ini bahkan ada yang melakukan tindakan-tindakan balas dendam yang membuat orang terkejut. Inilah cara balas dendam ke bekas kekasih paling gila yang pernah ada di dunia ini.


Menampalkan poster di seluruh penjuru Itali




Seorang perempuan bernama Valeria A memutuskan untuk mencampakkan tunangannya setelah sehari sebelum hari pernikahannya ia melihat sebuah foto yang memperlihatkan tunangannya itu sedang memegang buah dada seorang wanita di Facebook. Valeria ini menurut media Itali mulai menampalkan poster di seluruh penjuru Itali dengan sebagai tindakan balas dendam kepada bekas kekasihnya tersebut. Poster tersebut menampilkan foto diri bekas kekasihnya bertuliskan "Untung ada Facebook! Setidaknya saya boleh mengetahui bahawa kamu adalah pengkhianat, tepat sebelum menikah! Tertanda, bekas tunannganmu dan 548 tamu pernikahan," tulis Valeria, 28 tahun.


Melelong seluar dalam selingkuhan




Seorang perempuan Australia melakukan balas dendam kepada suaminya yang berselingkuh. Cara yang dia lakukan adalah dengan meletakkan foto seluar dalam selingkuhan suaminya untuk dilelong di eBay. Dalam eBay, ia juga menjelaskan bahawa ia menjual gambar seluar dalam dan kondom habis pakai "ukuran kecil" yang ditemukan di tempat tidurnya setelah sang suami berhubungan seks dengan wanita lain.

Bogel di dalam kedai ,lelaki ditahan polis

Posted: 20 Feb 2012 08:15 PM PST


Seorang lelaki dengan berat 150 kilogram terlihat berjalan dalam keadaan bogel dan tertangkap oleh kamera intai CCTV. Polsi setempat  menyerang lelaki itu dengan alat pengejut elektrik.


Rakaman video yang heboh muncul di Kota Exton, Penssylvania, Amerika Syarikat (AS), ketika Verdon Taylor berada di dalam kedai Walmart tanpa mengenakan pakaian. Dalam video itu, Taylor nampak melucuti pakaiannya ketika berjalan.


Lelaki berbadan besar berusia 32 tahun itu dengan santai berjalan di kedai tersebut sambil melepaskan pakaiannya dan beberapa orang juga nampak menjauhinya. Taylor pun mengambil sepasang sarung kaki dan meletakannya di cashier. Pada saat yang sama, secara perlahan Taylor memakainyai di kaki dan berjalan.


Polis akhirnya masuk dan memerintahkan Taylor agar diam di tempat, namun Taylor menolaknya. Taylor bahkan bertengkar dengan salah seorang anggota polis dan akhirnya polis itu pun marah dan menggunakan alat pengejut untuk melumpuhkan Taylor. Demikian seperti diberitakan Daily Mail, Isnin (20/2/2012).


Taylor akhirnya didakwa atas tuduhan penyerangan terhadap polis, pencurian, menerima barang curian, dan tidak menaati peraturan yang berlaku. Lelaki berkulit hitam itu akhirnya dikirim ke penjara di Chester County dan didenda puluhan ribu dolar. Pada 21 March, Taylor dikhabarkan akan muncul di pengadilan.


Sumber : http://international.okezone.com

Seorang Lelaki Menyaman Pak Ciknya Kerana Foto Memalukan di Facebook

Posted: 20 Feb 2012 08:00 PM PST


Hampir semua orang yang mempunyai akaun di jejaring sosial Facebook pernah ditandai dengan foto-foto yang memalukan, tetapi hampir tidak ada yang menyaman kepada orang yang menandai foto tersebut kepada mereka.
 Namun, lelaki dari Minneapolis, iaitu Eric Olson memilih untuk bertindak dan menyaman orang yang menandai akaun Facebooknya dengan foto memalukan yang tidak lain adalah pak ciknya sendiri, Randall LaBrie.


 Menurut Newser.com, LaBrie memposting foto masa kecil Olson di depan pohon Natal dan menambahkan komen  memalukan, membuat Olson marah dan menyaman pak ciknya kerana melakukan pelecehan.


 Namun sayang bagi Olson, kerana tidak hanya ia kalah dalam kes tersebut, namun upaya banding-nya ke pengadilan yang lebih tinggi juga telah ditolak.
 Pengadilan  memutuskan bahawa "komen yang buruk dan tidak sopan, ditambah dengan foto keluarga tidak mempengaruhi keselamatan seseorang, keamanan, atau privasi nya…" dan oleh sebab itu maka tidak dihitung sebagai pelecehan, menurut blog Above The Law.

Berita kematian Madonna mengejutkan

Posted: 20 Feb 2012 07:45 PM PST


Baru sahaja mengumumkan akan melakukan konsert tour tahun ini, industri hiburan dikejutkan dengan kematian Madonna menerusi laman sosial Twitter. Dalam waktu singkat, RIP Madonna menjadi topik hangat di seluruh dunia.
"RIP Madonna. She released the cover for her last single before passing away (Berehat dengan aman Madonna. Dia melancarkan single terakhir sebelum mati)," demikian kenyataan @LGMonsterFacts di akaun Twitternya.
 
Bagaimanapun, kenyataan itu hanya sindiran terhadap Madonna oleh kelab peminat Lady Gaga (Little Monster) setelah Madonna mengumumkan bakal mengeluarkan sebuah album baru bersama LMFAO.
 
Namun, kenyataan palsu itu nyata menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak yang beranggapan kenyataan itu sangat biadab. Apatah lagi, dunia baru sahaja kehilangan penyanyi berbakat besar, Whitney Houston.
 
Malah ada beberapa peminat yang membalas kenyataan tersebut dan beranggapan ia bukan perkara lucu untuk di buat mainan.
 
"Aku sama sekali tidak menganggap TT RIP Madonna ini lucu, kita baru saja kehilangan Whitney Houston. Ini bukan saatnya untuk bergurau. RT jika kalian setuju," komen @dekendrickS.

sumber : sinar harian

Posh abadi nama anak pada beg tangan

Posted: 20 Feb 2012 07:30 PM PST


Penyanyi yang kini bergelar pereka fesyen iaitu Victoria Beckham (Posh) menamakan salah satu rangkaian jenama beg tangan terbarunya adalah Harper Seven bersempena nama anak perempuannya.
Wanita berusia 37 tahun itu mempamerkan koleksi musim luruh-sejuk terbarunya di Minggu Fesyen New York dan mendedahkan kepada umum untuk menamakan salah sebuah koleksi tersebut bersempena nama anaknya yang berusia tujuh bulan.
 
"Ia (beg) berkaitan tentang penciptaan dan kualiti. Koleksi itu mengandungi pengaruh elemen perkakasan tentera. Saya sangat teruja dengan beg Harper. Saya reka sendiri apa yang saya inginkan dan tidak sabar untuk memakainya," katanya.
 
Koleksi beg Victoria itu turut merangkumi elemen feminin, corak yang bersesuaian, dilengkapi perincian unsur ketenteraan dan kasut but penunggang motosikal, di mana sebahagiannya dipengaruhi oleh suaminya, bintang bola sepak David Beckham.

sumber : sinar harian

Kesian..Sepasang kekasih kena bogel selepas dibelasah

Posted: 20 Feb 2012 07:15 PM PST


DUNGUN – Malang menimpa sepasang kekasih apabila mereka bukan sahaja dipukul, malah turut dipaksa berbogel sebelum gambar mereka dirakam sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di kawasan pantai Sura Hujung di sini Sabtu lalu.
Kejadian berlaku ketika pasangan berusia 20-an itu sedang bermadu kasih di dalam sebuah kereta pada pukul 3 pagi sebelum didatangi tiga lelaki yang terus memasuki kereta mereka dan memukul kedua-dua mangsa.
Takut dicederakan lebih teruk, kedua-dua mangsa kemudian menuruti arahan suspek dengan menanggalkan pakaian sebelum aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.
Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek juga bertindak meminta wang sebanyak RM2,000 daripada mangsa sekiranya pasangan itu tidak mahu gambar bogel mereka didedahkan.

sumber : kosmo online

Dipukul Kerana Dikira Perompak, Seorang Lelaki Terima 3,5 Juta Dolar

Posted: 20 Feb 2012 07:00 PM PST


Rodolfo Valladares awalnya bermaksud pergi ke bank untuk menunaikan cek sebesar 100 dolar , namun akhirnya ia menjadi seorang jutawan kerana menerima wang sebesar 3,5 juta dolar .
 Namun, hal tersebut didapatkannya bukan tanpa penderitaan, kerana Valladares harus lebam-lebam terlebih dulu ketika ia dipukuli oleh polis, seorang juruwang salah mengenalinya sebagai seorang penjahat dan memanggil polis, sehingga ia menyaman bank tersebut sebesar 3 juta dolar .


 Diketahui, Valladeres berada di Bank of America di Florida pada bulan Julai 2008, ketika seorang juruwang keliru mengenalinya sebagai seorang perampok yang fotonya telah beredar setelah beberapa kali melakukan aksi perompakan di daerah tersebut.


 Pekerja Bank tersebut kemudian mengaktifkan alarm senyap, dan memanggil polis yang kemudian  memukul Valladares saat mereka menahannya.


 Akhirnya para juri memutuskan bahawa pihak bank telah lalai  dalam alarm dan gagal untuk membatalkannya.


 Berdasarkan keterangan peguam kepada Miami Herald, polis menyerbu bank dan menendang Valladares di kepala saat mereka menahannya. Ia kemudian dibebaskan setelah pekerja bank dan polis menyedari kesalahan mereka.


 Dijelaskan oleh peguam Russell S. Adler, akibat kejadian tersebut lelaki berusia 50 tahun itu terus mengalami sakit kepala serta penglihatannya kabur.


 Tapi Bank of America berencana untuk melakukan rayuan atas keputusan tersebut, dan mengatakan mereka berpikir bahwa tindakan pekerja mereka cukup masuk akal untuk memanggil polis.
 "Kami kecewa dengan putusan dan berencana untuk merayu," kata juru bicara Bank of America Shirley Norton dalam sebuah pernyataan.

Tentera Pakistan hasilkan ‘iPad’ tempatan

Posted: 20 Feb 2012 06:45 PM PST


KAMRA, Pakistan – Di dalam sebuah kompleks tentera udara kawalan ketat yang membina jet-jet pejuang dan sistem senjata api, tentera Pakistan kini mempunyai empayar komersial tambahan, iaitu komputer tablet iPad versi tempatan.
Pengeluran komputer itu melibatkan kerjasama jurutera-jurutera Pakistan dan perkakasan komputer.
Jurutera-jurutera penerbangan memasang komputer tablet iPad versi tempatan itu, PACPAD 1 di sebuah pangkalan tentera udara di Kamra, utara Pakistan.
"Asalnya iPad, salinannya ialah PACPAD 1," kata Mohammad Imran yang meletakkan produk itu di kedai kecil komputer dan telefon bimbitnya di sebuah pusat beli-belah di Rawalpindi tidak jauh dari sini. Komputer itu menggunakan satu sistem yang dihasilkan Google, Android 2.3 secara percuma.
Pada harga AS$200 (RM607.79), PACPAD 1 murah lebih separuh harga daripada komputer Apple atau Samsung dan komputer tablet keluaran China di pasaran.
Nama singkatan PAC adalah merujuk kepada Kompleks Aeronautikal Pakistan.
Hanya beberapa ratus produk itu telah dibuat setakat ini walaupun kumpulan baharu komputer tersebut akan disiapkan dalam tempoh tiga bulan lagi.
"Industri pertahanan cuba untuk menunjukkan kehadirannya dengan melakukan lebih daripada hanya untuk mengeluarkan senjata," kata penulis kajian penglibatan tentera dalam perniagaan, Ayesha Siddiqa. – AP

sumber : kosmo online

Syarikat penerbangan ambil kesempatan atas pelanggan

Posted: 20 Feb 2012 06:30 PM PST


LONDON: Syarikat penerbangan didapati sibuk mengaut keuntungan sehingga RM1.3 juta sehari melalui transaksi kad debit dan kredit sebelum ia diharamkan pelaksanaannya di Britain.
Media semalam melaporkan, syarikat penerbangan seperti Ryanair dan Aer Lingus aktif mengumpul keuntungan lumayan daripada pelanggan tanpa disedari sesiapa sebelum akhir tahun ini apabila dagangan seumpama itu mula dilarang.

Tinjauan pakar mendapati, banyak syarikat penerbangan memperoleh sehingga RM312 juta melalui caj kad debit dan kredit sejak kerajaan bercadang mengharamkan amalan itu Jun tahun lalu.


"Beberapa syarikat penerbangan seperti Ryanair, Flybe, bmibaby dan Jet2 juga menaikkan surcaj masing-masing sejak itu," lapor media. - ST


sumber : myMetro

Remaja hina wanita disebat

Posted: 20 Feb 2012 06:15 PM PST


HARARE: Sebuah mahkamah di Zimbabwe semalam menghukum sebat terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun selepas dia memuatnaikkan gambar seorang wanita dengan kapsyen yang menggelarnya pelacur.
Akhbar The Herald melaporkan, Majistret Tinashe Ndokera mendapati remaja itu bersalah atas tuduhan menghina dan mengarahkan dia dikenakan dua sebatan.

Remaja terbabit yang berasal dari bandar Chiredzi, tenggara Zimbabwe, mengaku bersalah mengambil gambar wanita itu tanpa pengetahuannya ketika dia membuat panggilan telefon di pejabatnya pada 6 Februari lalu. - AFP



sumber : myMetro

Gila...Guru campak anak dari jambatan

Posted: 20 Feb 2012 06:00 PM PST


BRISBANE: Seorang pengadil ragbi antarabangsa yang mengajar di sebuah sekolah eksklusif, mencampak bayi lelakinya dari sebatang jambatan sebelum melompat membunuh diri, semalam.
Jason Lees, 40, mencampak anak lelakinya yang baru berusia dua tahun dari ketinggian 74 meter di Jambatan Story sebelum dia melompat dan terdampar di pinggir tebing Sungai Brisbane. Ketika hidup, Lees mengajar di Sekolah Menengah Gereja Anglican di bandar raya Brisbane, selain menjadi pengadil Kesatuan Ragbi Antarabangsa.

Pengetua sekolah itu, Jonathan Hensman, berkata Lees seorang guru dihormati dan disayangi.




"Kehilangan Lees sangat dirasai di kalangan penduduk setempat serta semula pelajar yang pernah mendapat bimbingannya," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Queensland berkata, Lees menunggang basikal dan memasuki laluan pejalan kaki di sisi jambatan berkenaan pada awal pagi.


Lees kemudian mencampak anaknya melepasi palang keselamatan jambatan.



"Dia kemudian memanjat palang itu sebelum melompat," katanya.

Kejadian itu sama dengan insiden pada 2009 apabila Arthur Freeman, 37, mencampak anak perempuannya - berusia empat tahun - dari Jambatan Westgate di Melbourne.


Bagaimanapun, Freeman tidak membunuh diri, sebaliknya menyerah diri kepada polis sebelum dihukum penjara seumur hidup.

Saksi berkata, Lees membunuh diri kira-kira jam 3.30 pagi.


Katanya, orang awam menghubungi polis dan pasukan keselamatan berkejar ke tempat kejadian.


"Tetapi tiada apa yang dapat dilakukan terhadap Lees atau anaknya," katanya.


Difahamkan, Lees berasal dari Kanada.


Polis yakin bayi malang itu tidak terbabit dalam pertikaian hak penjagaan kerana siasatan mendapati, keluarga Lees hidup bahagia sebelum ini.


Ia berbeza seperti insiden membabitkan Freeman.


Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian. - DM



sumber : myMetro

Isteri kelar muka suami jatuh flat

Posted: 20 Feb 2012 05:45 PM PST


GEORGETOWN: Pertengkaran antara sepasang suami isteri bertukar tragedi apabila si isteri terjatuh dari tingkat lima rumah mereka di sebuah pangsapuri di Desa Permata, Bandar Baru di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, wanita warga China berusia 37 tahun terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman selepas jatuh dari pangsapuri berkenaan manakala suaminya tidak sedarkan diri dipercayai diserang wanita terbabit menggunakan objek tumpul dan pisau.

Difahamkan, sebelum itu pasangan terbabit bertengkar kerana masalah peribadi dan si suami, Ang Seal Hin, 44, yang ketika itu mabuk dipukul serta dikelar mukanya dengan pisau oleh isterinya.


Akibat pukulan itu, Ang tidak sedarkan diri dan wanita terbabit yang panik melihat muka suaminya berlumuran darah cuba melarikan diri melalui tingkap, tetapi tergelincir dan terjatuh dari tingkat lima.

Seorang pengawal keselamatan yang mahu dikenali sebagai Ang, berusia 50-an berkata, dia terdengar bunyi bising di tingkat lima pangsapuri terbabit, dipercayai suara pasangan itu bertengkar.


"Saya tidak mahu campur rumah tangga mereka kerana pernah beberapa kali pasangan itu bertengkar.



"Namun, tidak lama selepas itu tiada lagi bunyi bising dan saya terdengar sesuatu jatuh ke atas jalan," katanya.

Menurutnya, dia meninjau kawasan berkenaan dan terkejut apabila melihat tubuh seorang wanita terlentang tidak bergerak.


"Saya panik dan menjerit memanggil penduduk yang kemudian turun untuk melihat apa yang berlaku sebelum mereka menghubungi polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian wanita terbabit kerana mangsa tergelincir ketika cuba melarikan diri.


"Siasatan polis di rumah itu menemui kesan darah suami wanita terbabit, tetapi tiada tanda mangsa diserang suaminya," katanya.



sumber : myMetro

17 peluru bidik 3 sahabat

Posted: 20 Feb 2012 05:30 PM PST


GOMBAK: Tiga lelaki terselamat daripada maut walaupun dihujani tembakan bertubi-tubi daripada tiga lelaki bertopeng yang menyerang mereka kerana menyangka mangsa adalah individu yang disasarkan dalam kejadian di Apartmen Gardenia Court, Taman Sri Gombak, malam kelmarin.
Malah, seorang daripada mangsa sempat naik semula ke tingkat lima kediaman berkenaan untuk berjumpa rakannya yang juga pemilik kereta dipinjam mereka bagi meminta bantuan sebelum mereka dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan selepas cedera terkena tembakan.
Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa yang masing-masing berusia 18, 23 dan 29 tahun berada dalam sebuah Honda Accord di kawasan tempat letak kereta selepas menghadiri majlis hari jadi rakannya tidak sempat menyelamatkan diri apabila tiba-tiba sebuah kereta Pajero dinaiki suspek terus melepaskan 17 das tembakan ke arah mereka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek mudah melepasi kawalan pengawal keselamatan apabila memberitahu ingin berjumpa dengan seseorang.



Menurutnya, suspek yang bertopeng kemudian menghala ke tempat letak kereta sebelum menjumpai kereta mangsa dan terus melepaskan tembakan tanpa menyedari mereka tersilap orang.



sumber : myMetro

Kereta tersangkut atas bumbung

Posted: 20 Feb 2012 05:15 PM PST


KUCHING: "Tiba-tiba rumah bergegar dan sebaik membuka pintu, saya terkejut apabila melihat sebuah Toyota Vios tersangkut di bumbung garaj," kata penghuni sebuah rumah yang dihempap kereta terbabas di Jalan Simpang Tiga, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, penghuni rumah berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia dan seorang rakan menonton televisyen di ruang tamu, sebelum terdengar dentuman kuat dari depan rumah.

"Saya terkejut apabila melihat kereta tersangkut pada bumbung rumah dan ia adalah kejadian kedua, kerana beberapa tahun lalu pagar rumah pernah dilanggar kereta terbabas," katanya.


Difahamkan, kereta dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Robert, 30, dari Jalan Rock dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin ketika hujan menyebabkan ia merempuh besi penghadang jalan dan kedai peralatan pengantin sebelum 'mendarat' di bumbung garaj rumah berkenaan.

Namun pemandunya bernasib baik apabila hanya cedera ringan sebelum dibawa ke klinik dengan bantuan rakannya.


Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Mendu, beberapa minit kemudian pada malam sama.



Kemalangan berlaku hanya 300 meter dari tempat kejadian pertama apabila pemandu, Lim Chin Kwong, 42, dari Jalan Arang gagal mengawal kenderaannya lalu berpusing sebelum merempuh pembahagi jalan serta tiang lampu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera ringan sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


Satu lagi kemalangan berlaku membabitkan sebuah Proton Wira apabila pemandunya, Mohammad Ali Tambi, 44, hilang kawalan lalu merempuh penghadang sebelum berhenti di tengah-tengah jambatan, di Sejingkat.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan bersama seorang rakan, Mustapha Hassan, 27, dalam perjalanan ke Kampung Geobilt bertemu rakannya, pada jam 1 pagi.


Kemalangan dipercayai berpunca keadaan jalan licin menyebabkan kenderaan dinaiki berpusing beberapa kali.



sumber : myMetro

Peragut hantar sms,salahkan mangsa letak beg dalam raga

Posted: 20 Feb 2012 05:00 PM PST


ALOR SETAR: "Dia cuma berani di belakang, orang macam ini perlu diberi pengajaran," kata Muhamad Hafiz Azizan, 23, suami mangsa ragut di Jalan Gelam-Jalan Datuk Kumbar, di sini, Jumaat lalu.
Muhamad Hafiz berkata, hatinya geram apabila menerima SMS dipercayai daripada peragut yang menggunakan telefon bimbit isteri yang berada di dalam beg diragut.
SMS berbunyi 'Kami minta maaf, bukan niat kami benda nak jadi tak diduga, kami Mat Rempit tak diiktiraf tapi itulah salah dia (mangsa) sampai menggadai nyawa.'

Dia berharap, peragut terbabit ditangkap polis dan dihadapkan ke muka pengadilan.



SMS itu juga membuatkan, isterinya, Nuramiza Ezzanie Azmi, 21, semakin marah kerana peragut menyalahkan dirinya.



sumber : myMetro

Kepala jurujual tudung berjahit dipukul 20 lelaki

Posted: 20 Feb 2012 04:45 PM PST


MELAKA: Akibat persaingan perniagaan, seorang jurujual tudung parah di kepala hingga menerima lima jahitan apabila dipukul dengan kayu selepas dikepung lebih 20 lelaki.
Mangsa, Junaidah Maidin, 25, bagaimanapun, bernasib baik apabila suspek berusia 20-an yang memukulnya melarikan diri selepas kayu digunakan untuk memukulnya patah sebelum dia dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

Menurut Junaidah, kejadian jam 11.15 malam, 11 Februari lalu itu berlaku ketika dia bersama kakaknya, Julaiha, 42, adik, Muhammad Saufee, 20, dan Muhammad Nor, 23, serta anak saudaranya berusia sembilan tahun bersama seorang pekerja menutup premis milik keluarganya di kaki lima sebuah pasar raya di Ayer Keroh.


Katanya, selepas lampu pasar raya berkenaan dipadamkan, lelaki warga Pakistan berusia 30-an yang juga suami seorang peniaga wanita di kawasan itu mengepung mereka bersama 20 rakannya.

Menurutnya, belum sempat ditanyakan tujuan mereka, lelaki warga asing terbabit yang memanjat kerusi di luar pasar raya itu menolaknya manakala seorang rakan lelaki itu berusia 20-an memukul kepalanya dengan kayu hingga patah. "Kumpulan terbabit bertempiaran lari dan lelaki Pakistan itu melarikan diri dengan Honda Prelude hijau," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah, 15 Februari lalu.



sumber : myMetro

[Canggih] Lamar kekasih guna iPad 2

Posted: 20 Feb 2012 04:30 PM PST

CALIFORNIA – Ingin melamar kekasih anda dengan cara yang unik sekaligus mengikuti perkembangan zaman? Ikuti saja cara Jordan C yang baru saja melamar kekasihnya melalui ukiran di iPad 2 miliknya.

"Saya hanya ingin membagi kegembiraan saya kerana gadget magik terbaru Apple telah membawa sedikit keajaiban dalam hidup saya," cerita Jordan pada web 9to5Mac.

Jordan bercerita, malam sebelum dia mengutarakan lamarannya kepada sang kekasih, Jessica, ia mengaku tidak boleh tidur. Padahal dia telah memesan sebuah iPad dengan ukiran kalimat 'Mahukah Kamu Menikah Denganku?'

"Keesokan harinya saya menerima iPad itu dan mengajak kekasih saya ke National Redwood Forrest di California Utara. Setelah menyeberangi sungai dan meelalui hujan, saya menemukan pohon terbesar di dunia. Saya pun berlutut dan mengerahkan upaya terbaik saya untuk melamarnya," cerita Jordan penuh semangat.

Ia mengaku sangat gugup ketika ingin mengutarakan keinginannya menikahi Jessica. Di bawah pohon itu, dalam keadaan berlutut, Jordan pun mengumpulkan keberaniannya untuk bertanya kepada sang kekasih. Satu tangan memegang jari jemari Jessica, sedangkan tangan lainnya mengarahkan iPad berukir kalimah 'will you marry me?'. Jordan membiarkan produk buatan Apple itu yang bertanya kepada Jessica.

"Entah kerana kata-kata saya atau 'Keajaiban Apple', dia (Jessica) langsung berkata YA," ujar Jordan.

"Ya! Aku mahu menikahimu. Cepat berikan iPad itu padaku!" lanjut Jordan seraya menirukan perkataan Jessica.

Anjing ini menitiskan air mata bila dapat jumpa tuannya kembali

Posted: 20 Feb 2012 04:15 PM PST

BOSTON, KOMPAS.com — Lola, seekor anjing Dachshund, selamat dari kebakaran api yang menghanguskan apartment pemiliknya di Boston dan bertahan hidup selama sebulan dalam runtuhan sebelum ditemukan.

Terisa Acevedo (24) terpaksa tinggal di tempat saudaranya setelah kebakaran yang terjadi . Minggu lalu, dia kembali ke bekas apartmentnya kerana pemilik apartment memintanya mematikan alarm kereta di tepi jalan. Ketika itu dia mendengar suara dari bekas rumahnya, mengangkat runtuhan yang menutupi pintu, dan menemukan Lola.

Menurut Acevedo, anjing yang baru berusia satu tahun itu melompat ke pelukannya dan menitiskan air mata. Doktor haiwan di Angell Animal Medical Center Boston mengatakan, anjing itu menemukan air dan sisa makanan untuk bertahan hidup. Mereka mengatakan, anjing berbulu hitam itu diharapkan segera pulih.

Panjang betul lidah ikan ni

Posted: 20 Feb 2012 04:00 PM PST

image

Betul-betul panjang…pertama kali lihat lidah ikan panjang begini….

Pasangan kembar prematur selamat setelah 100 kali berhenti bernafas

Posted: 20 Feb 2012 03:45 PM PST


VIVAnews - Pasangan Leela dan Anthony Sr. merasa terharu melihat bayi kembar mereka, Willow dan Stanley,membesar dengan sihat. Kedua bayinya lahir prematur dalam keadaan yang sangat rapuh.

Willow dan Stanley lahir ketika usia kandungan Leela masih 26 minggu, 14 minggu lebih cepat daripada perkiraan doktor. Hanya dua minggu lebih lama dari batas pengguguran yang  ditetapkan di England.

Willow lahir secara normal. Sementara Stanley melalui proses caesar, 20 minit setelah Willow keluar pada 24 September 2010.

Kelahiran prematur memperlihatkan keadaan Willow dan Stanley yang masih terlampau mungil. Hanya dengan berat masing-masing 0,9 kilogram, lengan keduanya bahkan dapat masuk ke lubang cincin pernikahan ayah mereka.

Dengan keadaan demikian, bayi kembar itu harus berjuang hidup di awal kehidupannya. Willow harus menjalani operasi paru-paru. Bahkan, keduanya sempat berhenti bernafas 100 kali.

"Saat melihat keduanya di antara berbagai macam kabel dan peralatan, saya merasa sangat sakit. Saya sangat ingin menggendong dan memeluk mereka namun tak boleh. Saya hanya boleh menyaksikan mereka dirawat doktor dan jururawat," ujar Lela, seperti dikutipDaily Mail.

Willow dan Stanley terpaksa menjalani rawatan intensif sehingga 143 hari di Hospital Poole. Keduanya baru diperkenankan meninggalkan hospitalt tepat di hari Valentine 14 Februari 2011.

Meski sudah pulang ke rumah mereka di Bournemouth, Dorset, keduanya tetap harus menjalani rawatan susulan kerana paru-paru mereka belum berkembang sempurna.

"Mereka telah melalui begitu banyak rintangan Kami merasa sangat bangga dengan mereka," ujar sang ibu yang berbahagia.

Kerana berpakaian seperti mak nyah seorang Diplomat sedia letak jawatan

Posted: 20 Feb 2012 03:30 PM PST

Mulanya untuk berseronok tetapi akhirnya diri sendiri
yang terperangkap..


BANDAR RAYA PANAMA: Seorang diplomat Panama yang memakai gaun renda bersama sebiji pisang di dadanya umpama mak nyah ketika mengambil bahagian dalam karnival di Sepanyol menawar untuk meletak jawatan selepas perlakuannya mencetuskan kritikan. 

Italo Afu, konsul Panama di Pulau Canary Sepanyol kelmarin memohon berbanyak maaf. 

"Tidak bolehkah beliau berpakaian seperti lanun atau kelasi malah Donald Duck," kata Menteri Luar, Juan Carlos Varela. – AFP





Sanggup tawar isteri pada bos untuk naik pangkat

Posted: 20 Feb 2012 03:15 PM PST

Kenapa lelaki ini sanggup berbuat begini?


gambar hiasan

MANAMA: Polis Kuwait menyiasat dakwaan seorang wanita Arab yang melaporkan suaminya menawarkan dirinya kepada majikan lelaki itu sebagai pertukaran untuk kenaikan pangkat. 

Menurut laporan yang dibuat, wanita Arab itu dibawa suaminya ke Kuwait dua bulan lalu menggunakan visa lawatan.


Lelaki itu kemudian memperkenalkan isterinya kepada majikannya dan meminta wanita berkenaan melakukan hubungan seks dengan majikannya supaya dia mendapat kenaikan pangkat, lapor akhbar Al-Watan, semalam. Wanita itu yang terkejut dengan tindakan suaminya melarikan diri dan meminta bantuan di kedutaan negaranya di Kuwait. - AN

[Gila] Seekor Anak Anjing Dikirim Melalui Pos

Posted: 20 Feb 2012 03:00 PM PST

GEORGIA - Seorang perempuan didakwa atas tindakan kejamnya keatas binatang kerana mengirim anak anjing yang hidup melalui bungkusan  pos. Dia mengirim anjing ini dari Minneapolis ke Atlanta, Amerika Syarikat (AS).

Stacey Champion membungkus anak anjing dalam kotak yang biasanya digunakan untuk mengirim surat dan benda mati. Perempuan berusia 39 tahun itu hampir saja berhasil mengirim anjing itu, jika tidak kerana petugas pos tidak menyedari paket yang mereka terima.

Petugas pos melihat paket milik Stacey bergerak dan mengeluarkan suara. Beberapa minit kemudian petugas pos pun membongkar paket yang tertutup rapat tadi dan mengeluarkan anak anjing yang baru berusia empat bulan.

Menurut petugas polis Angela Dodge, setidaknya butuh waktu dua hari untuk paket tersebut tiba di tempat tujuannya. Meskipun paket yang tertutup rapat itu disediakan lubang udara, tetap saja anjing itu boleh mati jika lubang udaranya tertutup oleh selotip.

"Ini tindakan gila. Seharusnya (paket) ini menjadi hadiah ulang tahun yang menggembirakan anggota keluarga. Akan menjadi pengalaman trauma bila isi paket tersebut diterima dalam keadaan tak bernyawa," ungkap Sarjan Dodge seperti dikutip Orange,

Ironisnya Stacey menulis paket tersebut dengan pesan yang isinya amat sensitif dan harus hati-hati menanganinya. Bahkan paket itu juga jelas menyebutkan ditujukan kepada anak perempuannya yang akan menyambut ulangtahun yang ke-11.

Kini anak anjing tersebut diamankan di tempat penampungan haiwan dan akan dijaga oleh peminatnya.

sumber : http://international.okezone.com