Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


(Gambar) Sekitar Majlis Resepsi Yusry & Lisa Surihani

Posted: 26 Feb 2012 08:31 PM PST

GAMBAR RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

Selepas diijabkabulkan pada 23 Februari lalu, pasangan sama cantik sama padan, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani Mohamed diraikan pula dalam satu majlis resepsi istimewa yang berlangsung malam tadi. Majlis tersebut berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, yang dihadiri kira-kira 1500 orang tetamu terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai, rakan artis dan para media.

GAMBAR RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

Majlis bertemakan 'French Vintage' yang bermula pada jam 9.00 malam itu menyaksikan ketibaan pengantin perempuan dengan diiringi alunan muzik Inggeris. Usai Lisa duduk di pelamin, kompang dipalu tanda ketibaan pengantin lelaki. Yusry kemudian diarak ke dewan sebelum berhenti di depan pentas pelamin bagi acara berbalas pantun antara Norman serta Edry dengan wakil dari pihak perempuan.

Selesai saja upacara berbalas pantun, Yusry duduk di tepi Lisa sebelum majlis diteruskan dengan selawat ke atas Nabi oleh kumpulan Rabbani serta bacaan doa dari anggota Rabbani, Mohd Asri bagi menambahkan lagi keberkatan majlis. Majlis pada malam itu kemudiannya diserikan lagi dengan upacara merenjis dan menepung tawar dari keluarga kedua-dua belah pihak.

GAMBAR RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

GAMBAR RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY

GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY

Pasangan mempelai kemudian berjalan ke meja beradab untuk menikmati santapan yang disediakan oleh Kuzie Catering. Sambil menikmati juadah, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan Forteen, Jaclyn Victor dan Aizat. Majlis diteruskan dengan acara memotong pulut kuning sebelum majlis diakhiri dengan ucapan khas dari pengantin baru, Yusry dan Lisa kepada tetamu yang hadir.

GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY

GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY

Psstt: Tahu siapa manusia paling kerdil di dunia? Ini jawapannya~

Related Posts with Thumbnails

Isteri Mawi, Ekin Dijangka Bersalin Hari Ini

Posted: 26 Feb 2012 03:42 PM PST

GAMBAR ANAK MAWI DAN EKIN

Isteri Mawi, Ekin atau nama sebenarnya Norashikin Rahmat yang rasanya semua orang tahu pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali berturut-turut sebelum ini dijangkan akan bersalin hari ini. Sama-sama kita doakan agar semuanya selamat dan baik-baik saja.

Psstt: Ada sesiapa yang boleh buat basikal daripada kayu macam ni?

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Oscars 2012 The Winners

Posted: 26 Feb 2012 05:51 PM PST

Oscars 2012

Congrats to all #Oscars nominees & winners!

octavia

Best Cinematography: Hugo

Art Direction : Hugo

Best Achievement in Costume Design : The Artist

Best Make Up : The Iron Lady: Mark Coulier And J. Roy Helland

Best Foreign Film : A Separation, Iran

Best Supporting Actress: Octavia Spencer – The Help

Best Achievement in Editing: The Girl with the Dragon Tattoo: Angus Wall, Kirk Baxter

Best Achievement in Sound Editing: Hugo: Philip Stockton, Eugene Gearty

Best Achievement in Sound Mixing: Hugo: Tom Fleischman, John Midgley

Best Animated Feature Film of the Year: Rango : Gore Verbinski

Best Visual Effects: Hugo

Best Supporting Actor : Christopher Plummer – Beginners

Best Original Score: The Artist

Best Original Song: The Muppets: Bret McKenzie – Man or Muppet

Best Adapted Screenplay : The Descendants

Best Original Screenplay: Midnight in Paris: Woody Allen

Best Live Action Short Film : The Shore wins

Best Documentary (Short) : Saving Face

Best Animated Short Film : The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore

Best Director : The Artist – Michel Hazanavicius

Best Honorary Oscar Winners : Oprah Winfrey, James Earl Jones & Dick Smith

Best Actor in a Leading Role : Jean Dujardin – The Artist

Best Picture: The Artist

Jennifer Lopez and Cameron Diaz

Jennifer Lopez and Cameron Diaz strike a pose during their #Oscars presenting duties

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Photos Red Carpet Oscars LIVE
  • List Winners for the Oscars 2010 82nd Annual Academy Awards
  • Oscars 2011 Complete List of Winners
  • Photo Anne Hathaway @ Oscars 2007
  • Winners of the 2008 MTV Asia Awards
  • Miss Universe Malaysia
  • Spider-Man Andrew Garfield First Look!
  • Adira Hafiz Najwa Latif dalam Klip Klip 2012
  • Win a Trip to Watch QPR vs Liverpool Contest
  • Top Chef Masters
  • Photos Red Carpet Oscars LIVE

    Posted: 26 Feb 2012 05:02 PM PST

    Jennifer Lopez #Oscars Red Carpet Look. Jennifer Lopez in a Zuhair Murad, like it better from this angle :)

    Jennifer Lopez #Oscars Red Carpet Look

    Gwyneth Paltrow wearing Tom Ford at the 2012 Academy Awards. So Gwyneth Paltrow wore a cape. Love it or Hate it?

    Gwyneth Paltrow wearing Tom Ford at the 2012 Academy Awards.

    Angelina Jolie & Bratt Pit.

    Angelina Jolie & Bratt Pit

    Octavia Spencer #Oscars Red Carpet

    Octavia Spencer #Oscars

    Natalie Portman is wearing 1954 Dior… an informal print on a formal dress and its a winner.

    Natalie Portman Oscars

    Cameron Diaz in Gucci at #oscars. The photo pit is going cray-cray for Cameron Diaz, she does look super sexy with her strapless nude gown, + cute bob. She actually wearing a naked dress. You can see her nipples through there. LOL

    Cameron Diaz in Gucci at #oscars

    Melissa McCarthy arrives at the 84th Annual Academy Awards in Hollywood, CA.

    Angelina Jolie arrives at the 84th Annual Academy Awards in Hollywood, CA.

    Milla Jovovich wearing a Elie Saab dress is by far my favorite dress for the Oscars.

    Milla Jovovich

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Photos Mila Kunis 2011 Oscars Red Carpet
  • Photos Cate Blanchett 2011 Oscars Red Carpet
  • Fouziah Gous Bergaun Emas di Red Carpet FFM23
  • Top 10 Selebriti Lelaki Paling Meletop di AJL25
  • Photo Anne Hathaway @ Oscars 2007
  • Oscars 2012 The Winners
  • Gambar Linda Onn di Red Carpet ABP 2008
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah Festival Filem Malaysia 23
  • Top 20 Selebriti Wanita Paling Gorgeous di AJL25
  • Gambar Fara Fauzana di Red Carpet ABP 2008
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Betina ini boleh digilir oleh 14 jantan setiap hari

    Posted: 26 Feb 2012 09:15 PM PST

    Tupai merah betina nampak begitu berghairah 'mengahwini' 14 tupai jantan setiap hari. Alasannya sangat sederhana, tupai merah jantan selalu bersedia untuk 'kahwin', bila-bila pun.

    Berdasarkan penelitian di Royal Society Journal Biology Letters, perilaku dari tupai betina itu tidak ada hubungannya dengan gen. Sebelumnya mereka berfikir bahawa genetik telah mendorong tumpai betina untuk sering 'kahwin' tapi ini salah. Ketika muncul keinginan 'kahwin' oleh tupai merah jantan muncul, tupai merah betina tidak pernah menolak.

    "Perilaku mereka sangat dipengaruhi oleh kesempatan," ujar Eryn McFarlane, ilmuwan di University of Guelph. Meskipun menjadi jantan yang gemar melakukan hubungan seks seringkali dianggap sebagai keistimewaan, namun perilaku ini boleh menimbulkan kematian.

    "Memiliki lebih banyak pasangan bererti lebih banyak mengeluarkan tenaga untuk 'kahwin', ini meningkatkan paparan bagi pemangsa, serta meningkatkan potensi penyebaran penyakit menular melalui seksual," tegasnya.

    Strategi perkahwinan yang optimal hanya terjadi jika unsur genetik ikut  untuk menjaga agar kepentingan masing-masing individu terus berjalan. Bahkan, gen manusia telah berevolusi untuk membantu mengawall hormon dan faktor biokimia terkait keinginan seksual. Namun begitu tupai betina belum mampu berevolusi untuk mengatakan 'tidak' kepada pasangannya .

    McFarlane dan pasukan penyelidikannya menemukan bahawa lebih banyak tupai jantan di suatu kawasan yang tertarik untuk 'kahwin', maka semakin banyak pula betina yang bersedia. "Tidak ada ikatan yang kuat antara perilaku kahwin dan genetik pada diri tupai merah. Ada indikasi bahawa perkembangan tingkat pergaulan mereka masih berjalan lambat."

    Kereta Lelaki Ini Dipijak Perempuan Bogel

    Posted: 26 Feb 2012 09:00 PM PST


    SAN FRANCISCO - John Knight terpaksa memperbaiki kereta Volvo miliknya kerana seorang perempuan bogel berbadan besar memijak bahagian hadapan keretanya dan berjalan di atasnya hingga memijak kaca depan keretaJohn.


    Ketika John sedang memandu di jalanan di Kota San Francisco, Amerika Syarikat (AS), seorang perempuan bogel dengan berat badan 125 kilogram muncul dan melompat ke kereta milik John. Perempuan itu langsung berjalan di depan hingga memijak kaca keretaJohn.


    Para warga setempat langsung terkejut ketika melihat penampakan perempuan besar itu. Pada awalnya, tubuh perempuan itu terbalut oleh selimut, dirinya pun dikelilingi warga. Namun, perempuan besar itu langsung melepas selimutnya dan menghampiri kereta John.


    "Dia berjalan dan naik ke atas kereta saya. Dia pun memija kaca depan dalam keadaan bogel," ujar John, seperti dikutip Daily Mail, Senin (27/2/2012).


    Perempuan  itu mencoba untuk menghancurkan kaca depan kereta John . Beberapa tendangan dilakukan oleh perempuan itu hingga akhirnya petugas polis datang dan mengamankan perempuan itu dan memaksanya turun dari kereta John.


    Setelah diamankan, perempuan itu langsung dibawa ke rumah sakit jiwa dan hingga saat ini, belum jelas apakah polis akan menahan perempuan itu. John juga tidak mendakwa perempuan itu kerana merosak keretalnya.(AUL)

    Kenapa akhbar The Star siar gambar ini?

    Posted: 26 Feb 2012 08:48 PM PST



    KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

    "Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?" demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.

    Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

    Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

    Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

    Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

    sumber : harakahdaily

    Ajaib seorang lelaki koma sedar untuk beritahu identiti penembaknya dan dia kemudian meninggal dunia

    Posted: 26 Feb 2012 08:45 PM PST


    CAIRO - Tidak ada yang mustahil untuk terjadi di dunia ini. Seperti kisah yang dialami oleh seorang lelaki Mesir ini.


    Dia yang mengalami koma hampir selama tujuh bulan akibat luka tembak di kepala, tiba-tiba sedar dan dengan cepat mengidentifikasi pelaku yang menembak kepalanya. 


    "Lelaki itu tiba-tiba terbangun dan menjelaskan pelaku penembakan terhadap dirinya bernama Muhammad yang berprofesi sebagai seorang tukang cukur. Tak lama setelah itu polis pergi untuk menangkap pelaku dan lelaki itu pun meninggal dunia," ungkap sebuah Surat Khabar Mesir seperti dikutip emirates247 Minggu, (26/2/2012).


    Lelaki yang bekerja sebagai pegawai di salah satu instansi pemerintahan Mesir itu ternyata hanya sedar beberapa minit saja untuk mengungkapkan identiti pelaku penembakan terhadap dirinya sebelum akhirnya dia meninggal dunia.(rhs)

    Toilet Dengan Pemandangan Bangunan Pencakar Langit di Frankfurt

    Posted: 26 Feb 2012 08:30 PM PST




    Bangunan pejabat pusat Commerzbank di Frankfurt, Jerman, mempunyai toilet yang unik. dimana para pekerja yang menggunakan bilik kecil dapat melihat pemandangan kota dari ketinggian ratusan meter.


    Toilet tersebut terletak di tingkat ke-49 pada bangunan yang memiliki tinggi 260 meter ini, sehingga para pekerja tidak perlu merasa khuatir ada yang mengintip mereka dan dapat sepuasnya menikmati pemandangan kota dari atas gedung pencakar langit itu.


    Diketahui, Commerzbank Tower selesai pada tahun 1997 dan menjadi gedung pencakar langit tertinggi di Eropah sampai 2005.

    Lelaki Benggong Nekad Menembak Perutnya untuk Uji Jaket Anti Peluru

    Posted: 26 Feb 2012 08:15 PM PST


    Entah apa yang berada di fikiran lelaki yang satu ini, saat ia memutuskan untuk menembak perutnya dari jarak dekat, hanya untuk menguji sebuah jaket anti peluru.
     Untungnya jaketanti peluru tersebut benar-benar bekerja melindungi tubuh lelaki itu dari terjangan peluru, meskipun pada akhirnya ia harus mengerang kesakitan kerana impaknya.


    Lelaki yang tidak diketahui namanya ini menguji jaket anti peluru dengan sebuah pistol Glock 10mm, dan kemudian merakam seluruh kejadian ini dengan kamera.


    Video aksi nekadnya ini telah menuai beragam komen di YouTube, dimana beberapa orang mengagumi keberaniannya, namun yang lain mencela dan mengatakan bahawa tindakan yang dilakukannya ini adalah sesuatu yang bodoh.


    Pelik...Seorang Ayah Ditahan Hanya Kerana Anaknya Melukis Senjata

    Posted: 26 Feb 2012 08:00 PM PST


    Seorang lelaki dari Kitchener, Kanada  terkejut s dirinya ditangkap oleh pihak berwajib setempat, hanya gara-gara puterinya yang berusia 4 tahun melukis sebuah senjata di sekolah.


    Jessie Sansone ditangkap saat berada di sekolah puterinya pada Rabu (22/02), dan petugas membawanya ke balai polis dan kemudian menggeledahnya.


     "Saya saat itu sedang menjemput puteriku, dan hal terakhir yang saya ketahui bahawa saya kemudian ditahan," kata lelaki berusia 26 tahun tersebut.
     Sansone mengakui bahawa dirinya terkejut bahawa ia ditahan hanya kerana sang puteri melukis senjata pada sehelai kertas, dan menggambarkan penahanannya ini sebagai sesuatu yang diluar akal sihat.


    Guru Besar sekolah, polis dan petugas perlindungan anak membela tindakan ini. Mereka mengatakan harus diadakan investigasi apakah Sansone memiliki senjata di rumahnya yang dapat diakses oleh sang anak.


    Menurut detektif puterinya yang berusai empat tahun itu melukis seorang lelaki yang memegang senjata, dan ketika ditanyai sang guru siapakah lelaki yang memegang senjata tersebut, gadis cilik itu menjawab bahawa lelaki itu adalah ayahnya, yang menggunakan benda itu untuk menembak orang jahat dan monster.


     Namun ternyata senjata yang membuat Sansone ditahan adalah sebuah pistol mainan, dan ia kemudian dibebaskan setelah petugas menggeledah rumahnya, dan tidak menemukan sesuatu yang mencurigakan.

    Nick Vujicic Seorang cacat Dengan kehidupan yang luar biasa

    Posted: 26 Feb 2012 07:45 PM PST


    Kehidupan luar biasa yang membuat banyak orang takjub ,Vujicic lahir tanpa anggota badan, cacat yang melumpuhkan itu berarti dia memiliki sedikit harapan seperti orang normal lainnya.Vujicic menderita Tetra-amelia sindrom yang ditandakan dengan tidak adanya kedua lengan dan kaki.


    Nick Vujicic berbulan madu di Hawaii dengan pengantin baru Kanae Miyahara yang berparas cantik. Pasangan ini menikah di California pada tanggal 10 Februari kini mereka tinggal di California.






    Pekerjaan sehari-hari dalam kehidupan sebagai orang yang berbadan tidak normal menunjukkan bahawa ia dapat melakukan segala sesuatu termasuk menulis, menaip, bermain drum , memberus giginya.


    Saat usia 17 ia mulai memberikan ceramah di sebuah kelompok gereja dan melanjutkan untuk menemukan pengalamannya untuk membantu orang lain.Pada tahun 2005 Vujicic dinominasikan untuk 'Australia young of the Year' Award.dan kini ia telah menemukan kebahagiaan sejati dan menikah.


    Vijucic dan  istrinya Kanae Miyahara berparas cantik,Dan hari ini, penulis terlaris dan  istrinya Kanae Miyahara, terlihat memiliki waktu hidup mereka, kerana mereka mulai hidup menikah di Hawaii.


    Pada halaman Facebook Nick, komen selamat mengalir dari para penggemar dari seluruh dunia. Nick, 29, telah menjawab lebih dari tiga juta orang di 25 negara.sumber:dailymail

    Sambil Bogel Kevin Curi Kenderaan Pemadam Kebakaran

    Posted: 26 Feb 2012 07:30 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki yang tak mengenakan sehelai pakaian pun nekad mencuri sebuah kenderaan pemadam kebakaran. Ia lalu membawa kenderaan itu dalam keadaan kelam kabut di jalan hingga melanggar beberapa kendaraan, pejalan kaki, dan pohon.


    Kalvin Hunt, (26), dari Sumter, Carolina Selatan itu, diam-diam naik ke atas sebuah kenderaan pemadam kebakaran yang diparking di depan sebuah apartemen. Kevin beraksi kala para awak mobil tersebut tengah menjawab panggilan gawat darurat, di hari Sabtu (25/2/2012)


    Ia segera melarikan kenderaan pemadam tersebut dengan kecepatan tinggi tanpa memperdulikan kenderaan yang dikendarainya telah melanggar beberapa kereta Kevin juga menabrak seorang pejalan kaki sebelum akhirnya menghentam pohon.


    Pejalan kaki nahas tersebut, diidentifikasi bernama Justin Nicholas Miller, (28), warga Port Royal. Ia langsung tewas ditempat setelah dilanggar kendaraan berbadan besar tersebut.


    Setelah melanggar pohon, dua petugas polis serta seorang petugas paramedis, berusaha untuk menangkapnya. Namun Kalvin cuba melawan.


    Setelah berhasil ditahan, Kelvin dilarikan ke hospital untuk menerima perawatan medis.


    Menurut pihak keluarga Kelvin, saudaranya tersebut merupakan bekas anggota marine yang menderita penyakit mental dan tengah berhenti memakan ubat.

    Aksi Telanjang Dada 3 Wanita Cantik Demo Di Pameran Pakaian Versace

    Posted: 26 Feb 2012 07:15 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM - Tiga orang wanita cantik menggadakan demonstrasi di depan arena pakaian Versace, Fashion Week Womenswear di Milan, Itali, Sabtu (25/2/2012).


    Mereka memprotes pihak Versase kerana menggunakan model-model kurus yang menghidap kelainan aneroksia. Aksi mereka dilakukan lewat cara yang ekstrim, bertelanjang dada sambil memegang poster buatan tangan tinggi-tinggi lalu menyerukan sejumlah seruan, diantaranya, "mode=fasis."


    Polis Itali menahan ketiga aktivis Femen, yang juga model tersebut, ketika berupaya mendekati pintu masuk ke arena pameran pakaian Versace yang menampilkan koleksi pakaian musim gugur dan dingin 2012-2013. Seperti dikutip dari Dailymail, Minggu (26/2/2012).


    Rumah mode Versace menuai kontroversi, dalam pameran koleksi mereka sebelumnya, atas penggunaan model bertubuh sangat kurus.


    Femen merupakan gerakan perempuan berbasis di Kiev, Ukraine, yang didirikan pada tahun 2008 oleh Anna Hutsol.


    Organisasi ini menjadi dikenal secara internasional untuk mengadakan protes terhadap pelancung bertelanjang dada, lembaga pernikahan internasional, seksisme dan penyakit sosial, nasional dan internasional lainnya.

    Uniknya Supermodel 14 Tahun Dari Brazil yang Super Cantik

    Posted: 26 Feb 2012 07:00 PM PST

    Muda, cantik, memikat dan menarik. Itulah gambaran supermodel asal Brazil yang baru berusia 14 tahun ini. Di usianya yang begitu muda gelaran supermodel sudah disandangnya. Mahu lihat koleksi foto si gadis cantik ini, berikut foto-fotonya:







    Rempit bertudung hina Muslimah?

    Posted: 26 Feb 2012 06:45 PM PST


    SS percaya ramai yang seronok menonton filem Adnan Sempit lakonan berkesan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham dan Angah Raja Lawak sehinggakan filem ini berjaya mencatat kutipan pecah panggung. Malah, rakan-rakan media perempuan SS pun ada yang sampai terjatuh cinta dengan Sam gara-gara lakonan selambanya menerusi filem ini.
    Jadi, sebaik sambungan filem ini dibuat dan diadakan sesi pratonton pada Rabu lalu, ramai yang teruja nak menonton. Semua sudah bersedia untuk ketawa berdekah-dekah dek karakter Adnan (Sam) yang sengal bersama kawan-kawannya ini.
    Rakan SS pun tak ketinggalan turut memeriahkan majlis pratonton ini.


    SS ingin jugalah bertanyakan kehebatan filem ini dari rakan SS dan katanya Adnan Sempit 2 tetap menghiburkan biarpun ada sedikit perbezaan daripada versi pertama. Namun katanya, ada satu babak yang mungkin pada sebahagian kita anggap ia sebagai hiburan, tapi pada sesetengah orang mungkin ia sangat sensitif. 


    Filem ini menemui peminat pada 23 Februari (Khamis) lalu dan SS difahamkan sambutan begitu menggalakkan. Seperti dijangka, meja RAP sudah dihujani dengan e-mel daripada peminat. Mereka meluahkan perasaan tak puas hati kerana filem ini memaparkan aksi wanita bertudung sebagai Minah Rempit. 
    Ada peminat yang mempertikaikan kewajaran babak ini diadakan kerana ia seolah-olah memberikan imej negatif kepada wanita bertudung. Kata mereka, wanita bertudung yang hebat membuat aksi seperti mana Mat Rempit ini boleh memalukan imej wanita Islam keseluruhannya. Sudahlah sebelum ini wanita bertudung dipandang serong oleh sebahagian masyarakat kerana berkelakuan sumbang.

    Tambah mereka, masih banyak isu lain yang boleh ditonjolkan untuk dijadikan bahan komedi, tapi kenapa pula wanita bertudung yang dipilih sebagai topik filem ini? Memang wanita bertudung terbabit dengan aktiviti lasak, tapi buka terbabit merempit kerana gelaran ini sangat negatif di mata masyarakat.

    Susah sebenarnya menghasilkan filem kerana sensitiviti masyarakat juga perlu dijaga. SS faham idea dan kreativiti pengarah dalam menjadikan filem mereka menarik tapi kadangkala ia tak disenangi oleh masyarakat. Apa kata pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pasal adegan begini?



    sumber : myMetro

    Bayi di Surabaya lahir dengan jantung di luar

    Posted: 26 Feb 2012 06:30 PM PST


    JAKARTA - Doktor-doktor pakar di Hospital Dr Soetomo Surabaya sedang menangani kes seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berada di luar badan, suatu keadaan yang dikenali sebagai Pentalogy of Cantrell.
    Bayi perempuan berusia 15 hari itu, yang dirujuk ke hospital berkenaan pada Sabtu, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), untuk distabilkan
    keadaannya.
    Media tempatan melaporkan bahawa bayi bernama Febryana Omega Hayati itu merupakan anak kelima pasangan Ishak Manu, 44, dan Nur Hayati, 34, yang merupakan penduduk Surabaya.
    Ketua Bahagian Neonatologi hospital itu, Dr Agus Harianto berkata, kes bayi seperti itu adalah yang ketiga diterima Hospital Dr Soetomo.
    Seorang doktor pakar jantung, Yan Efrata Sembiring dilaporkan berkata, kelainan kelahiran itu sangat jarang berlaku iaitu nisbah satu berbanding lima juta kelahiran bayi.
    Bagi menangani kes seumpamanya, yang perlu dilakukan pada peringkat awal adalah mengelakkan organ yang berada di luar badan itu daripada terkena jangkitan dan setelah keadaannya bertambah baik, pasukan doktor akan segera melakukan pembedahan bagi menutup organ itu. - Bernama

    sumber : sinar harian

    Bapa dakwa terbeli susu tiruan

    Posted: 26 Feb 2012 06:15 PM PST


    GEORGE TOWN - Seorang bapa terkejut apabila mendakwa dua kotak susu tepung yang dibeli untuk anaknya dari sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini, pada 16 Februari lalu rupa-rupanya bukan susu sebaliknya hanya serbuk putih yang menyerupai susu tepung.
    Mohd. Faisal Mohd. Kassim, 30, mendakwa, sebaik sahaja membuka setiap bungkusan susu berjenama terkemuka itu, dia mendapati plastik lutsinar itu mengandungi tepung berwarna putih yang berbeza dengan susu tepung asli yang biasanya dibungkus dengan plastik aluminium dan serbuk susunya berwarna krim.
    "Bukan itu sahaja, susu tepung itu tidak mempunyai bau dan rasa seperti yang dibeli pada setiap bulan, sejak anak sulung, Muhammad Afiq Hafizuddin berusia dua bulan.
    "Mujur kami berjaya mengesan lebih awal dan tidak sempat memberinya minum lagi," katanya sambil menyatakan susu tepung itu dibeli pada harga diskaun iaitu RM16.99 bagi setiap 700 gram.
    Dalam pada itu, Mohd. Faisal turut memaklumkan masalah tersebut kepada pihak pasar raya terbabit pada 18 Februari lalu dan mereka turut mengesan susu tepung lain berjenama sama yang bungkusannya mencurigakan.
    "Pihak pasar raya terbabit memberitahu akan mengambil tindakan termasuk menghubungi syarikat pembekal susu itu untuk memaklumkan perkara tersebut.

    sumber : kosmo online

    Model veteran miliki RM1b

    Posted: 26 Feb 2012 06:00 PM PST


    LOS ANGELES: Seorang jelitawan veteran membuat kejutan apabila diumum sebagai supermodel paling kaya mengalahkan ramai model terkemuka lain, termasuk Gisele Bundchen dan Cindy Crawford.
    Berusia 48 tahun, Kathy Ireland menjadi perhatian dalam industri fesyen apabila disahkan sebagai model menerima bayaran paling lumayan di dunia.

    Dalam senarai terbaru dikeluarkan Forbes, kekayaan Kathy dianggar bernilai RM1 bilion, meninggalkan Gisele di tempat kedua dengan harta RM761 juta.


    Tempat ketiga diduduki Cindy (RM306 juta) dan Tyra Banks berada di posisi keempat (hampir RM273 juta).

    Supermodel lain yang berada dalam kedudukan 10 teratas senarai CelebrityNetWorth.com ialah Christie Brinkley, Heidi Klum, Kate Moss, Naomi Campbell, Elle Macpherson dan Claudia Schiffer.


    Kathy muncul memperagakan pakaian mandi dalam 13 edisi berturut-turut majalah Sports Illustrated sepanjang kerjayanya.



    Bagaimanapun, dia mengumpul kekayaan dengan memberi lesen menggunakan namanya untuk lebih 15,000 produk, termasuk tilam dan tingkap.

    Produk yang menggunakan jenama Kathy begitu berpengaruh dan menjana jualan luar biasa bernilai RM6.2 bilion setiap tahun.


    Dalam temubual sebelum ini, Kathy mendedahkan rahsia kejayaannya.

    "Saya agak bagus sebagai model. "Saya tidak akan anggap saya super walaupun saya pernah bekerja dengan beberapa penerbitan yang hebat," katanya.


    Menurut Kathy, pada zaman kemuncaknya, ada ramai model yang boleh dianggap supermodel.


    "Saya terbabit dan berminat dengan bisnes sebelum membabitkan diri dalam bidang peragaan.


    "Saya melihat pemodelan satu cara untuk seseorang boleh menyimpan wang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau memulakan perniagaan," katanya. - TS



    sumber : myMetro

    Lembu ‘naik’ Wira

    Posted: 26 Feb 2012 05:45 PM PST


    KULIM: Nasib nyata tidak menyebelahi dua lelaki apabila tindakan mereka mencuri dua lembu dengan menyumbatnya dalam Proton Wira Aeroback tidak berjaya apabila kenderaan terbabit terbabas dalam longkang di Kawasan Industri Kelang Lama di sini, semalam.
    Kejadian berlaku jam 3.30 pagi menyebabkan dua lelaki berusia 20-an itu berputih mata apabila terpaksa melarikan diri meninggalkan kereta mereka bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

    Sumber berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai sebuah kereta terbabas dalam longkang di hadapan sebuah kilang di kawasan berkenaan.


    Menurutnya, kereta terbabit dipercayai dipandu laju, hilang kawalan akibat jalan licin dan tersekat dalam longkang terbabit.

    "Kedua-dua mereka melarikan diri meninggalkan dua lembu itu dalam keadaan lali.


    "Pemeriksaan lanjut mendapati tempat duduk belakang diubah suai. Kerusinya dibuang memudahkan mereka menyumbat lembu terbabit.



    "Dua ekor lembu termasuk seekor anak yang ditemui dalam kereta itu lemah kesan ubat pelali," katanya.

    Menurutnya, polis turut menemui dua batang sumpit dan ubat pelali yang dipercayai digunakan suspek untuk menangkap lembu terbabit.


    "Polis belum mengesan pemilik dan lokasi haiwan berkenaan dicuri. Kami kini sedang menjejaki kedua-dua suspek yang menghilangkan diri bagi membantu siasatan," katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.



    sumber : myMetro

    'Diana Danielle' dapat ayam hidup

    Posted: 26 Feb 2012 05:30 PM PST


    KUALA LUMPUR: Memiliki wajah jelita persis artis terkenal Diana Danielle memberi tekanan emosi kepada seorang gadis apabila diganggu peminat misteri yang mengirimkan pelbagai barangan, termasuk seluar dalam dan ayam hidup ke rumahnya.
    Suspek mula mengganggu gadis yang mahu dikenali sebagai Wani, 21, itu sejak dua minggu lalu dengan menghantar pelbagai barangan seperti cincin dan rantai leher dengan meletakkannya di dalam peti surat di rumahnya di Setapak Jaya, di sini.
    Mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat teknologi maklumat berkata, peminat misteri itu kerap menghantar objek pelik ke rumahnya, terutama ketika dia keluar bekerja.

    Katanya, gangguan pertama apabila dia mula menerima sekeping nota tertulis nama pelakon Diana Danielle.



    "Gangguan kedua berlaku Selasa lalu apabila saya menerima sampul surat berisi seluar dalam terpakai lelaki yang dimasukkan di dalam peti surat rumah," katanya yang membuat laporan polis pertama di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, malam kelmarin.



    sumber : myMetro

    Parah..dalam minyak masak ada tuala wanita

    Posted: 26 Feb 2012 05:15 PM PST


    JELEBU: "Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita," kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.
    Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.
    "Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.

    "Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan," katanya.



    Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya.



    sumber : myMetro

    Gila..bapa lakukan aksi seks depan anak di ruang tamu

    Posted: 26 Feb 2012 05:00 PM PST


    KANGAR: Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.
    Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi 'bersama' mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

    Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.


    Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

    "Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.


    "Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka," katanya.



    Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

    Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.


    "Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

    "Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi 'bersama' mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian," katanya.


    Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.


    Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.


    Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.


    "Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri," katanya.


    Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.


    Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.


    "Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.


    "Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan," katanya.


    Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.


    Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.


    "Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya," katanya.



    sumber : myMetro

    Peminat buat-buat sakit

    Posted: 26 Feb 2012 04:45 PM PST


    KUALA TERENGGANU: Kemaruk bertemu pelakon pujaan, beberapa peminat fanatik sanggup menyamar sebagai pesakit kononnya memerlukan rawatan alternatif berasaskan al-Quran yang dikendalikan Ashraf Muslim di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
    Tindakan mereka yang sanggup menipu semata-mata mahu menemui pelakon kacak itu bukan saja mengundang gelisah kepada Ashraf, malah menyusahkan pesakit lain yang beratur lama untuk berubat.

    "Ada peminat saya yang tidak sakit pun, tapi saja datang untuk berjumpa. Tapi waktu berubat, saya tegas dan minta mereka beransur dengan cara baik," katanya ketika ditemui pada slot 'Seketika Cuma' Bersama Ashraf Muslim sempena Pesta Perakaunan 2012 anjuran Kelab Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kelab Mahasiswa Perakaunan di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini, kelmarin.


    Bagaimanapun, Ashraf berkata dia sudah lali dengan cabaran itu kerana ketika aktif berlakon lagi dia sudah dikerumuni peminat, cuma cabarannya kini berbeza ketika bertugas merawat pesakit.

    "Peminat ini banyak kategori, ada yang sukakan personaliti dan ada pula yang mengagumi lakonan. Bagi saya, ia tiada masalah berkaitan populariti kerana saya kini cuma berbeza pemikiran ke arah lebih baik tetapi personaliti masih sama," katanya.


    Mengulas mengenai rawatan berasaskan al-Quran dikendalikannya itu, Ashraf berkata, ada di kalangan artis dan menteri bertemunya untuk merawat pelbagai penyakit seperti gangguan misteri, hubungan suami isteri dan penyakit fizikal.



    Menurutnya, golongan artis mungkin berasa dia lebih dekat dengan mereka kerana pernah bergelar pelakon yang memahami status dan privasi golongan berkenaan menyebabkan dia menjadi pilihan.

    Katanya, lebih 45 peratus daripada pesakit yang bertemunya di klinik kendaliannya di Setiawangsa dari Isnin hingga Khamis serta Jumaat dan Sabtu di Kuala Ibai di sini, menghidap kanser dan dia berikhtiar sebaik mungkin membantu menyembuhkan penyakit itu berasaskan ilmu al-Quran.


    "Zaman Nabi dulu mana ada ubat seperti pil, tetapi mereka manusia seperti kita juga yang pernah sakit. Jadi rawatan ketika itu hanyalah berasaskan al-Quran dan inilah yang ingin saya ketengahkan kembali ketika berubat," katanya


    sumber : myMetro

    Wanita gigit hingga putus lidah suaminya yang berusia 79 tahun

    Posted: 26 Feb 2012 04:30 PM PST

    Kesian atuk ini tak pasal-pasal lidahnya putus.....

    MILWAUKEE,  Seorang perempuan dari Wisconsin, Amerika Syarikat, yang berusia 57 tahun menggigit hingga putus setengah lidah suaminya yang berusia 79 tahun ketika berciuman. Perempuan tersebut,telah ditangkap atas dakwaan melakukan kejahatan.

    Potongan lidah telah ditemukan dan lelaki itu dibawa ke sebuah hospital. Para doktor mencuba untuk menyambung kembali lidah yang terputus tersebut, kata polis Sheboygan, Milwaukee utara, Wisconsin.

    Perempuan itu memberi tahu petugas kecemasan bahawa dia telah menggigit lidah suaminya sampai putus. Suami telah memberitahu  polis bahawa, isterinya menggigit lidahnya sewaktu dia mencium isterinya itu.Ciuman itu diberikan kerana untuk mengucapkan selamat malam.

    Ketika polis hendak menahan perempuan tersebut ,dia sedang menyanyikan lagu-lagu Natal dan meniup terompet Tahun Baru. Suaminya mengatakan, isterinya telah bertindak aneh dalam beberapa hari terakhir ini.-(link)

    [Gila] Lelaki ini memang hebat

    Posted: 26 Feb 2012 04:15 PM PST

    Wim Hof tak pernah memerlukan jaket tebal ketika memasuki kawasan bersalji. Lelaki yang berusia 50 tahun berasal daripada Belanda ini tiadak akan merasakan sejuk, walaupun berada di lkawasan bersuhu beku ekstrem.

     Hof menjadi bulan setelah menunjukkan kemampuannya berjalan sejauh 100 km di Kutub Utara hanya mengenakan seluar pendek, pada tahun 1999.

    Tiga tahun setelah itu, dia mencatatkan diri di Guinness World Record setelah berhasil melepasi waktu terlama berenang di bawah balok ais di Kutub Utara sejauh 80 meter. Dua kali lebih panjang kolam renang kelas olimpiade.

    Hof tidak pernah mengalami serangan dingin atau hipotermia. Selain dua pengalaman 'gila' di atas, dia juga pernah mendaki Mount Everest hanya berseluar pendek. Aksi ini jelas membuat banyak orang ternganga kerana ramai  orang meninggal akibat tak tahan melawan suhu dingin di gunung ais itu.

    Doktor tak mampu mendiagnosis keadaan Hof. Normalnya, ketika seseorang terpapar suhu beku, tubuh akan memasuki fasa 'berjuang hidup'. Pengaliran darah ke jari, kaki, telinga, dan hidung biasanya terhenti demi mempertahankan aliran darah ke organ-organ inti.

    Keadaan itu umumnya tak boleh dibiarkan terlalu lama. Jika suhu tubuh tak  normal, seseorang jelas akan mengalami hipotermia. Dan ketika itu dia akan meninggal dalam bebrapa minit. Namun nyatanya, Hof mampu melampaui keadaan itu.

    Hof tak pernah mengalami gangguan kesihatanketika menjalani berbagai aksi 'gila' itu. Semua organ tubuhnya tetap berfungsi normal. "Semua ini masih menjadi misteri di dunia perubatan. Beberapa doktor masih bekerja keras untuk menjelaskan diagnosisnya," kata Dr Ken Kamler, yang memeriksa kesihatan Hof  ketika beraksi bertahan hidup lebih satu jam di dalam timbunan ais.

    Lempar kambing,pukul angsa,bayi menangis,festival pelik

    Posted: 26 Feb 2012 04:00 PM PST

    Festival Melempar Kambing 


    Festival ini berlaku di Sepanyol di desa kecil bernama Manganeses de la Polvorosa. Secara turun temurun masyarakat sekitar telah melakukan festival atau ritual "aneh" demi menghormati St. Vincent de Paul, pelindung suci mereka. Festival ini dinamakan Melempar Kambing dan diadakan setiap tahun baru di hari Minggu terakhir bulan Januari. Ritualnya melibatkan  pemuda yang naik ke menara gereja untuk kemudian melemparkan kambing dari atas. Kambing itu harus ditangkap oleh orang-orang yang berkerumun di bawah dengan menggunakan kain . Aksi ini jelas mengundang protes dari pecinta haiwan. Bahkan ada juga penduduk sendiri telah melarang namun tidak dipedulikan oleh penduduk setempat. Aneh!


    Festival Memukul Angsa


    Jerman juga punya festival yang unik, kita mengenal Love Parade di Berlin dan Beer Festive di Munich. Namun salah satu festival yang telah dirayakan sejak lama oleh penduduk Bavaria adalah festival Memukul Angsa. Sampai sekarang, festival tahunan ini diadakan di Jerman dimana seekor angsa diikat kakinya dan dipukul orang ramai sehingga kepalanya putus. Kerana adanya protes dari aktivis pecinta haiwan, festival ini sekarang dilakukan dengan memukul angsa yang sudah mati. Kegiatan yang sama diadakan di Sepanyol setiap tahun di mana orang menggantunggkan angsa sampai kepalanya putus. Festival dari Sepanyol ini bernama Antzare Eguna dan telah ada sejak tiga setengah abad yang lali.


    Festival Bayi Menangis 




    Tradisi yang dilakukan setiap tahunnya merupakan tradisi yang sudah 400 tahun.Ibu bapa di Jepun yakin bahawa bayi yang selalu menangis baik bagi kesihatannya dan terhindar dari roh jahat.

    Bayi-bayi yang ikut didukung oleh para ahli sumo.Mereka cuba menakutkan  bayi-bayi tersebut sehingga menangis.Bayi yang menangisnya paling kuat dan lama dianggap sebagai pemenangnya.

    Agaknya ini handphone khas untuk perompak

    Posted: 26 Feb 2012 03:45 PM PST

    2 dalam 1 pistol dan handphone sekaligus....

    Cara ampuh nak sejukkan laptop anda

    Posted: 26 Feb 2012 03:30 PM PST

    Tak kira apa pun jenama laptop anda....
    cara ini boleh digunakan untuk menyejukkannya..
    mudah,murah.....



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS