Adsense

Ahad, 26 Februari 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Sekitar Majlis Resepsi Yusry & Lisa Surihani

Posted: 26 Feb 2012 08:31 PM PST

GAMBAR RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

Selepas diijabkabulkan pada 23 Februari lalu, pasangan sama cantik sama padan, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani Mohamed diraikan pula dalam satu majlis resepsi istimewa yang berlangsung malam tadi. Majlis tersebut berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, yang dihadiri kira-kira 1500 orang tetamu terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai, rakan artis dan para media.

GAMBAR RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

Majlis bertemakan 'French Vintage' yang bermula pada jam 9.00 malam itu menyaksikan ketibaan pengantin perempuan dengan diiringi alunan muzik Inggeris. Usai Lisa duduk di pelamin, kompang dipalu tanda ketibaan pengantin lelaki. Yusry kemudian diarak ke dewan sebelum berhenti di depan pentas pelamin bagi acara berbalas pantun antara Norman serta Edry dengan wakil dari pihak perempuan.

Selesai saja upacara berbalas pantun, Yusry duduk di tepi Lisa sebelum majlis diteruskan dengan selawat ke atas Nabi oleh kumpulan Rabbani serta bacaan doa dari anggota Rabbani, Mohd Asri bagi menambahkan lagi keberkatan majlis. Majlis pada malam itu kemudiannya diserikan lagi dengan upacara merenjis dan menepung tawar dari keluarga kedua-dua belah pihak.

GAMBAR RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

GAMBAR RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY

GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY

Pasangan mempelai kemudian berjalan ke meja beradab untuk menikmati santapan yang disediakan oleh Kuzie Catering. Sambil menikmati juadah, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan Forteen, Jaclyn Victor dan Aizat. Majlis diteruskan dengan acara memotong pulut kuning sebelum majlis diakhiri dengan ucapan khas dari pengantin baru, Yusry dan Lisa kepada tetamu yang hadir.

GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY

GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY

Psstt: Tahu siapa manusia paling kerdil di dunia? Ini jawapannya~

Related Posts with Thumbnails

Isteri Mawi, Ekin Dijangka Bersalin Hari Ini

Posted: 26 Feb 2012 03:42 PM PST

GAMBAR ANAK MAWI DAN EKIN

Isteri Mawi, Ekin atau nama sebenarnya Norashikin Rahmat yang rasanya semua orang tahu pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali berturut-turut sebelum ini dijangkan akan bersalin hari ini. Sama-sama kita doakan agar semuanya selamat dan baik-baik saja.

Psstt: Ada sesiapa yang boleh buat basikal daripada kayu macam ni?

Related Posts with Thumbnails