Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Penyanyi “Waka Waka” Shakira, Hamil Anak Pertama

Posted: 19 Sep 2012 09:09 PM PDT

 

Pada tanggal 19 September 2012 semalam, penyanyi Hollywood yang terkenal dengan lagu ""Whenever, Wherever" dan  "Waka Waka" (lagu rasmi untuk FIFA World Cup 2010), Shakira atau nama sebenarnya Shakira Isabel Mebarak Ripol, 35 telah berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertama menerusi website rasminya sendiri.

Menerusi website tersebut, penyanyi ini telah memaklumkan bahawa dirinya dan kekasih, Gerard merasa begitu gembira dan tidak sabar menunggu kelahiram bayi pertama mereka. Buat masa ini mereka juga ingin memberikan sepenuh perhatian dan keutamaan kepada detik-detik indah ini dengan menunda segala aktiviti promosi dan kerjaya masing-masing.

Memandangkan Shakira telah membuat keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada kandungannya, ini membuktikan bahawa dia tidak akan terlibat untuk Festival iHeartRadio Music di Las Vegas pada Jumaat dan Sabtu ini. Namun begitu, Shakira berjanji akan tetap mengikuti perkembangan festival tersebut dan berharap agar peminat boleh memahami situasinya sekarang ini.

Shakira dan kekasihnya Gerard, 25, pemain pertahanan untuk kelab bola sepak Barcelona telah menjalinkan hubungan sejak bulan Mac tahun lalu.

Bagi anda yang sudah terlupa lagu "Waka Waka", jom dengar lagu ini!

Serlah Aura Santai Dengan Seluar Kembang Palazzo!

Posted: 19 Sep 2012 08:43 PM PDT

Imej yang santai dan ringkas menjadi pelengkap kepada si cantik tatkala bergaya. Imej yang ringkas memudahkan si cantik melangkah dengan lebih berkeyakinan. Berteraskan seluar kembang palazzo dan baju singkat tummy-baring cropped top, Ohbulan membawakan beberapa fesyen yang boleh memberikan panduan kepada si cantik tatkala bergaya.

Baju singkat putih dengan corak lambang hati dipadankan dengan seluar palazzo kembang daripada rona berwarna merah jambu mampu memberikan keayuan kepada si cantik.

Hasil kombinasi pakaian tersebut ditambahkan dengan aksesori memikat iaitu subang bulu berjurai, cincin siperkemaskan dengan bentuk bunga rose merah, sandal putih ikatan istimewa dan sebuah beg bimbit daripada warna pastel. Pasti anda tampak cantik!

Hitam putih kehidupan member aura keserian terhadap penampilan. Hasil gabungan seluar palazzo berbintik hitam putih dan baju singkat berwarna putih, ianya mampu menaikkan seri si jelita.

Tidak lengkap sekiranya tiada aksesori pada tubuh badan, jadi lengkapkanlah imej anda dengan sebuah beg tangan rotan, sepasang sandal putih, subang bulu berjurai dari rona hitam dan coklat dan sebuah kaca mata hitam memikat!

Inginkan penampilan ceria dan menarik? Tirulah gaya ini dimana anda hanya perlu memadankan seluar palazzo berbunga dengan baju singkat berjurai daripada rona oren lembut.

Hasil gaya tersebut akan lebih memikat jika dipadankan dengan sepasang sandal berwarna perak, sebuah beg tangan daripada anyaman buluh, seutas gelang tangan yang menarik, lilitan leher  yang mempersona  dan subang juraian berbulu yang terbaik!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


(Gambar) Ning Baizura Hamil 5 Bulan

Posted: 19 Sep 2012 06:17 PM PDT

GAMBAR NING BAIZURA MENGANDUNG

Jika sebelum ini Ning Baizura enggan mengulas lanjut mengenai kehamilannya, akhirnya pada majlis sidang media yang dibuat khas di Restoran Bijan, Jalan Ceylon kelmarin mengesahkan yang dia kini hamil dengan usia kandungan yang sudah memasuki hampir lima bulan.

"Banyak sangat spekulasi yang timbul di luar sana mengenai kehamilan saya dan di sini saya ingin berkongsi yang saya sedang hamil lima bulan. Alhamdulillah, doa kami selama ini telah dimakbulkan dan kami sangat teruja dengan berita gembira ini,"

GAMBAR NING BAIZURA HAMIL

Walau bagaimanapun, Ning Baizura yang menginginkan anak perempuan menyatakan jantina bayi masih belum diketahui. Tapi menjelaskan yang dia dan suami tidak kisah mengenai jantina.

"Buat masa ini kami masih belum tahu jantina anak kerana mungkin anak kami masih malu. Namun, kalau boleh saya inginkan anak perempuan manakala suami ingin anak lelaki. Walau apapun, kami tak kisah jantina anak asalkan dia sihat walafiat."

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Lisa Surihani & Irma Hasmie di Rumah Terbuka Garnier

Posted: 19 Sep 2012 11:12 AM PDT

Komuniti Garnier menunjukkan sisi prihatin di musim Raya ini
Kanak-kanak perempuan daripada tiga buah rumah anak yatim menyambut Hari Raya dengan peminat Garnier dan rakan-rakan selebriti

Jenama antarabangsa penjagaan diri dan kulit, Garnier, mengakhiri tahun yang penuh dengan aktiviti amal menerusi program Sinar Cahayaku hari ini dengan sambutan Raya yang meriah dan menyentuh hati. Acara yang dihadiri lebih daripada 50 orang anak yatim, turut dimeriahkan oleh para peminat dari laman serta beberapa orang selebriti termasuklah , Lisa Surihani, penyanyi dan usahawan Heliza Helmi, serta pelakon dan hos TV Irma Hasmie.

Sinar Cahayaku dimulakan oleh Garnier pada bulan Januari tahun ini dengan matlamat untuk memberikan hubungan persahabatan dan adik-beradik, sokongan dan nasihat bagi anak yatim perempuan ketika mereka meningkat dewasa. Tiga buah rumah anak yatim telah dipilih untuk menyertai program ini, iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai, dan Rumah Amal Siraman Kasih.

Gambar Lisa Surihani di Rumah Terbuka Garnier

Semenjak permulaan program ini, Garnier telah berusaha mendekati anak-anak perempuan dari rumah tersebut, yang berumur di antara dua tahun sehingga lewat remaja, dengan bantuan daripada komuniti prihatin pengguna wanita Garnier, peminat Facebook, duta Garnier Lisa Surihani serta rakan-rakan selebriti yang lain. Aktiviti yang diadakan tahun ini termasuklah mengunjungi tiga buah rumah amal tersebut, pemberian hadiah serta pelaksanaan kerja-kerja membetulkan rumah dan jemputan kepada peminat Facebook Garnier untuk menghantar ucapan Raya mereka bagi anak-anak perempuan tersebut.

Dalam kata-kata aluannya di sambutan Raya tersebut, Low Chooi Hoon, Pengurus Besar bagi Bahagian Produk Pengguna L'Oreal Malaysia berkata bahawa Sinar Cahayaku diilhamkan daripada prinsip jenama Garnier iaitu 'Take Care' – yang membawa mesej untuk menjaga diri, orang di sekeliling anda serta persekitaran anda.

Low berkata: "Di Malaysia, Garnier merealisasikan kepercayaan ini melalui pemerolehan sijil 'halal' daripada JAKIM bagi rangkaian produk Garnier Light, bagi meyakinkan pengguna Muslim untuk mengguna produk kulit dan penjagaan diri yang konsisten dengan tuntutan agama mereka."

"Kepercayaan Garnier dalam 'menjaga orang di sekeliling serta persekitaran anda' turut direalisasikan melalui program Sinar Cahayaku, di mana jenama ini memainkan peranan sebagai 'kakak' untuk menawarkan galakan, keprihatinan dan persahabatan bagi anak-anak yatim perempuan di rumah-rumah terpilih. Malah, peserta wanita dari komuniti Garnier yang terlibat dalam program ini digelar sebagai kakak angkat; manakala anak yatim perempuan pula dirujuk mesra sebagai adik angkat," tambahnya lagi.

Bagi memulakan hari sambutan tersebut, sebuah bengkel di mana adik angkat berpeluang berinteraksi bersama kakak angkat masing-masing telah diadakan. Mereka diberikan ceramah motivasi oleh Heliza Helmi, serta turut menyertai dalam sesi bermain dan bergembira dengan Lisa Surihani dan Irma Hasmie.

Lisa Surihani yang mengetuai usaha meningkatkan kesedaran bagi program bermakna ini melalui video dalam talian merupakan kakak angkat pertama yang melawat rumah-rumah anak yatim bagi program Sinar Cahayaku sebelum ini.

"Sebagai duta Garnier dan bergelar isteri kini, saya lebih memahami erti menjaga seseorang yang lain, bukannya diri sendiri sahaja, serta bimbingan yang dihulurkan sekarang merupakan panduan hidup kelak. Seseorang itu sentiasa memerlukan bimbingan pada setiap tahap dalam kehidupannya, tidak kira semasa kecil atau dewasa – setiap tahap, ada rintangannya yang tersendiri. Menerusi program ini, ia memberi saya peluang untuk menghulurkan bimbingan buat adik angkat dalam program ini," kata Lisa.

"Terdapat ramai anak-anak perempuan yang bercakap dengan saya hari ini dan saya tidak letih mendengar kisah mereka dan menjawab soalan-soalan mereka. Saya harap kami telah berjaya menjadikan Raya 2012 mereka sebagai sesuatu yang bermakna, kerana mereka menjadikan Raya saya ini amat bermakna dan sukar dilupakan," tambahnya.

Heliza Helmi berkongsi kisah bagaimana dia telah menetapkan objektif pada setiap tahap berbeza dalam hidupnya menerusi ceramah motivasinya, yang kini telah membantunya mencapai impian untuk menjadi penyanyi dan usahawan. "Saya berharap dengan berkongsi apa yang telah saya pelajari daripada pengalaman peribadi saya agar adik-adik angkat ini mendapat ilham dan galakan untuk berusaha demi masa depan mereka," kata Heliza.

Dia meneruskan: "Melalui ceramah yang diberikan, saya harap mereka akan menyedari kepentingan menetapkan objektif dan berusaha mencapainya, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian; sama ada dalam tugasan di sekolah, mengukuhkan iman atau mengejar impian!"

Irma Hasmie, sangat menggemari sesi bergembira dan berinteraksi bersama adik angkat, meluahkan rasa gembiranya dijemput Garnier untuk melawat rumah-rumah terpilih tersebut.

Katanya: "Saya gembira saya dapat memberikan sokongan kepada program Sinar Cahayaku Garnier dan sambutan Raya ini lebih bermakna dengan senyuman ikhlas adik-adik yang menyentuh hati saya. Sebagai isteri dan penerbit buku baru, saya telah diberikan banyak bimbingan dan sokongan. Oleh itu, saya memahami betapa pentingnya sokongan sebegini dan pasti sukar bagi mereka untuk membesar tanpa elemen sokongan, perlindungan dan kasih sayang, yang ramai di antara kita tidak hargai sepenuhnya. Jadi saya rasakan program ini bagus kerana kakak angkat dan Garnier dapat meluangkan masa dengan mereka untuk menunjukkan kasih sayang dan sokongan bagaikan seorang kakak."

"Saya berharap dapat berjumpa mereka lagi, namun saya percaya bahawa menerusi interaksi dengan mereka hari ini, kami telah pun dapat menjadi contoh bagi mereka untuk meneruskan kehidupan dan menjadi wanita yang baik dan prihatin terhadap masyarakat satu hari nanti," katanya tersenyum.

Selain daripada para selebriti, komuniti Facebook Garnier juga hadir memberikan sokongan kepada anak-anak perempuan di sana. Pada bulan Julai, mereka yang menyokong program ini digalakkan untuk menghantar ucapan Raya mereka kepada adik angkat yang terlibat. Mereka yang berjaya menghantar mesej yang paling ikhlas dan bermakna dijemput untuk menikmati jamuan Raya bersama adik-adik angkat.

"Kami telah menerima pelbagai kad ucapan Raya yang cantik dan bermakna setelah kami membuka peluang untuk berbuat demikian di laman Facebook Garnier. Mereka ini merupakan wanita Malaysia yang sememangnya baik hati serta berminat dalam berkhidmat pada masyarakat dan Garnier gembira dapat menyediakan peluang ini bagi mereka," kata Low dalam penglibatan peminat Facebook Garnier.

Sebagai sebahagian daripada program ini, Garnier berjanji untuk menyediakan sumbangan kewangan kepada ketiga-tiga rumah anak yatim yang dipilih. Setelah bengkel diakhiri, Garnier secara rasminya memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 bagi setiap rumah tersebut.

"Sebelum ini kami komited dalam menyediakan bantuan kewangan bagi semua rumah yang terlibat dalam program Sinar Cahayaku dan kami gembira dapat memberikan mereka sumbangan tersebut hari ini. Kami berharap ini dapat membantu kanak-kanak perempuan ini secara signifikan dan bermakna, seperti keseluruhan program ini," kata Low setelah menyampaikan cek kepada setiap wakil rumah.

Sambutan Raya Garnier ini diakhiri dengan hidangan yang lazat bersama selebriti dan adik-adik tersebut. Selebriti dan ahli-ahli Garnier juga menyampaikan hadiah Raya kepada setiap adik-adik yang hadir sambil mengucapkan Selamat Hari Raya dan saling bersalaman.

Gambar Lisa Surihani di Rumah Terbuka Garnier

Gambar Lisa Surihani di Rumah Terbuka Garnier

Tags: , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Drama Bersiri The Slap di Sundance Channel

Posted: 19 Sep 2012 10:29 AM PDT

THE SLAP Pada siapa anda berpihak?

The Slap merupakan drama bersiri lapan episod yang memaparkan akibat buruk daripada satu insiden yang berlaku ke atas sekelompok keluarga dan kawan-kawan. Drama yang diadaptasikan dari novel terlaris ini memberikan gambaran potret kehidupan yang sebenar masyarakat kelas pertengahan Australia, moraliti dan nilai hidup mereka yang membentuk masyarakat moden dan majmuk negara tersebut.

Kisah bermula dengan gambaran majlis makan-makan sekumpulan keluarga dan kenalan rapat yang meraikan ulangtahun kelahiran Hector yang ke-40. Kelihatan pelbagai makanan dan wain tersedia, di mana para tetamu sedang menikmati makan tengah hari dengan santai dan panjang sambil berdebat tentang pelbagai perkara dari drama opera sehinggalah ke isu persekolahan.

Apabila mendapati kanak-kanak di majlis tersebut telah bosan bermain Playstation dan mula membuat perangai, Hector mengajak mereka untuk bermain kriket di halaman belakang rumahnya. Pada mulanya, semua berjalan dengan baik sehinggalah Hugo, seorang kanak-kanak berumur 4 tahun mengambil tempat untuk membuat pukulan namun akhirnya gagal dan tersingkir. Sejurus selepas itu, permainan kriket tersebut mengakibatkan satu pergaduhan, yang menyebabkan Harry, sepupu Hector menampar Hugo yang bukan merupakan anaknya.

Berikutan insiden ini seluruh keluarga dan kenalan dalam kelompok tersebut menerima akibat yang sangat mendalam. Rosie dan Gary yang merupakan ibu bapa Hugo berasa sangat tersinggung dan marah dengan keganasan Harry sehingga mereka menghubungi pihak polis untuk membawa kes tersebut ke mahkamah. Kelompok tersebut terurai dan berpecah-belah lantas memaksa mereka untuk memilih pihak. Hector dan Aisha yang merupakan tuan rumah dan orang penting dalam kelompok tersebut merasa tersepit disebabkan kejadian tersebut kerana Harry merupakan sepupu Hector manakala Rosie pula adalah teman baik Aisha.

Setiap episod merungkai kesan dari ʻtamparanʼ tersebut dan akibat berikutannya yang diceritakan dari sudut pandangan lapan berbeza yang menghadiri majlis makan-makan tersebut. Berikutan kejadian tersebut, Hector terpaksa menjadi saksi di perbicaraan mahkamah tanpa kerelaannya. Penglibatannya dalam kejadian tersebut menjejaskan perkahwinan dan hubungan kekeluargaannya, di mana Hector terpanggil untuk memeriksa semula perlakuan, kelemahan dan penyesalannya dalam hidup.

Melihat akibat daripada kejadian tersebut, Anouk yang merupakan teman rapat Aisha berasa tertekan dan berada dalam dilema apabila mendapati dirinya hamil dalam umur 41, lantas terpaksa membuat keputusan sama ada dia benar-benar hendak mempunyai zuriat. Dia merasakan dirinya semakin tersisih dari kawan-kawannya dan tertekan untuk mengutuk tamparan tersebut, meskipun dia sendiri sering terasa untuk menampar anak kawan-kawannya. Saat kemarahan pendek yang dialami Harry, si penampar telah merosakkan segala-gala yang telah dia usahakan. Dia risau bagaimana tuduhan kekasaran yang diterimanya akan menjejaskan reputasi, cara hidup, dan yang paling penting keluarganya.

Bagi Connie pula, seorang remaja dan pekerja sambilan di klinik haiwan Aisha, tamparan tersebut memberi kesedaran kepadanya akan hubungan sulit yang dijalin dengan Hector, dan juga beban yang ditanggung kerana menyimpan rahsia tersebut.

Kemarahan Rosie, yang merupakan ibu Hugo terhadap apa yang dianggap sebagai penyiksaan Harry terhadap anaknya telah bertukar menjadi satu obsesi yang mengancam untuk menguasai dirinya. Perasaan tersebut telah mengenepikan kepentingan suaminya Gary, kawan-kawannya dan semua orang di sekelilingnya.

Ayah Hector, Manolis, seorang lelaki yang sedang menghampiri kematian, berpendapat kejadian tersebut telah menyerlahkan sifat pentingkan diri sendiri dan ketamakan generasi anak-anaknya. Dia terkejut bagaimana insiden tamparan tersebut telah menyebabkan satu jurang pemisah di antara ahli keluarganya, lantas merasakan perlunya untuk dia menggunakan hubungan istimewa di antaranya dan menantunya Aisha untuk membantu dan menjernihkan semula keadaan.

Akhir sekali, bagi Richie, teman baik Connie yang merupakan seorang gay, insiden tamparan tersebut dan kesannya terhadap semua orang di sekelilingnya telah mencabar segala apa yang dia fikir dia tahu mengenai manusia. Dia yang bergelut dengan perasaan sukanya terhadap Hector dan tanggungan beban menyimpan rahsia hubungan sulit Connie, telah dengan tidak sengaja memulakan rantaian kejadian yang membawa semua ketegangan, penipuan kekeluargaan dan perkahwinan, dan kebenaran yang dirahsiakan kepada satu pertembungan.

The Slap mencungkil apa yang berlaku apabila kesedaran sivil yang mengikat kita sebagai satu masyarakat diancam oleh satu kejadian yang tidak diduga. Ia membawa ke hadapan persoalan penting mengenai penjagaan anak-anak, hak kanak-kanak, bangsa, kelas sosial, seksualiti dan perbezaan perspektif di antara lelaki dan wanita. Sambil cerita ini berkisar dan memaparkan perspektif berbeza setiap watak-wataknya, kita dapat melihat bagaimana insiden yang berlaku di majlis makan-makan pada musim panas tersebut memaksa setiap watak untuk menghadapi kebenaran yang sebenar tentang diri dan kehidupan mereka, dan bagaimana mereka semua telah merasai ʻtamparanʼ berikutan kejadian tersebut.

Matchbox Pictures
www.matchboxpictures.com
Sydney: 48 Charles Street Petersham NSW 2049 Australia Ph: +61 3 9560 2968 Melbourne: 4-26 Riddell Pde Elsternwick VIC 3185 Australia Ph: +61 3 9523 7222
Penerbit: Tony Ayres, Helen Bowdent, Michael McMahon
Pengarah: Tony Ayres, Robert Connolly, Jessica Hobbs, Matthew Savill
Penulis: Emily Ballou, Alice Bell, Brendan Cowell, Kris Mrksa, Cate Shortland
Penerbit Eksekutif: Penny Chapman y Carole Sklan. Penolong Produser: Christos Tsiolkas Ketua Fiksyen ABC TV: Carole Sklan. Sebuah terbitan Matchbox Pictures untuk ABC TV.

NOTA-NOTA WATAK
HECTOR, yang mengadakan majlis makan-makan sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-40 kelihatan seperti seorang lelaki yang telah berkahwin yang gembira. Kacak dan mempunyai kewangan yang stabil, dia sudah berkahwin dengan Aisha, seorang doktor haiwan dan dikurniakan dengan dua anak. Hector sedar kehidupannya lebih teruk daripada apa yang ditampil sebagai kehidupan keluarga Greek yang ideal. Sepanjang tahun lepas, dia telah menjalinkan hubungan sulit dengan Connie, pekerja sambilan di klinik isterinya yang berumur 17 tahun. Insiden tamparan yang berlaku telah memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya dan memaksanya untuk menilai kembali akan sikap, kelemahan dan penyesalannya.

ANOUK, teman baik Aisha, mendapati dirinya hamil pada usia 41 tahun dan terpaksa membuat keputusan sama ada dia benar-benar hendakkan anak tersebut. Dia, Aisha, dan Rosie ibu Hugo telah berkawan semenjak mereka masih remaja lagi di Perth. Walau bagaimanapun, Anouk merasakan dirinya semakin tersisih dari kawan-kawannya kerana pilihan hidupnya – misalnya untuk tidak mendirikan rumahtangga dan untuk mendampingi jejaka-jejaka yang jauh lebih muda. Anouk merasa terdesak untuk membenci insiden tamparan tersebut secara terbuka, meskipun dia sendiri kerap teringin untuk menampar anak-anak kawannya juga.

HARRYsepupu Hector, adalah seorang yang berjaya hasil usahanya sendiri, dan seorang mekanik yang mempunyai perniagaannya sendiri. Dia mempunyai isteri idaman ramai, anak idaman ramai, dan rumah di tepi laut yang sempurna. Walau bagaimanapun, dia mendapati pencapaiannya bakal musnah kerana disebabkan amarahnya menampar seorang anak kecil. Harry beranggapan apa yang dilakukan adalah berpatutan dengan apa yang patut diterima oleh kanak-kanak itu. Dia berang dengan tuduhan kekasaran yang dikemukakan ibu bapa Hugo terhadapnya dan risau akan akibat yang yang akan menjejaskan reputasi, cara hidup, dan yang paling penting keluarganya berikutan kejadian tersebut.

CONNIE,berumur 17 tahun, merupakan anak yatim kepada pasangan biseksual yang radikal. Kod etika libertarian yang diamalkan ibubapanya kemungkinan tidak cukup menyediakannya untuk melalui kecabaran hidupan luar bandar Australia yang jelas bukan bohemian. Cintanya terhadap lelaki yang dua kali ganda umurnya menjadikan Connie seorang mangsa yang dipinggirkan. Dia tinggal dengan makciknya, Tasha, sambil menghabiskan tahun akhir di sekolah menengah. Connie sering merasa terbeban untuk merahsiakan hubungan sulitnya dengan Hector dari kawan-kawan rapat dan majikannya (isteri Hector).

ROSIE,ibu Hugo, seorang wanita yang kehidupannya telah berubah sepenuhnya dengan kelahiran anaknya. Bagi Rosie, tanggungjawab seorang ibu adalah kerjaya yang serius, dan merupakan sebuah peluang untuk pembaharuan. Kemarahannya terhadap kekasaran Harry kepada anaknya berubah menjadi satu obsesi yang mengancam untuk menguasai dirinya, suaminya, kawan-kawannya dan dunia sekelilingnya. Dia memfailkan tuduhan ke atas Harry dan membayangkan hari di mahkamah di mana dia diberi peluang mempertahankan segala pilihannya sebagai seorang ibu.

MANOLIS, ayah kepada Hector, ialah seorang lelaki yang semakin hampir dengan penghujung hidupnya. Kebanyakan kawan-kawan lama di sekelilingnya sudahpun meninggal. Dia mendapati dirinya keliru dengan sikap pentingkan diri sendiri dan ketamakan generasi anak-anaknya. Dia menyesal anak buahnya Harry telah menampar Hugo tetapi lebih terkejut melihatkan bagaimana insiden tersebut memecah-belahkan keluarganya, terutamanya ketegangan di antara Hector dan Aisha susulan insiden tersebut. Dia menampung harapan terhadap hubungan baiknya dengan menantu perempuannya dan yakin hanya dia yang mampu membetulkan keadaan.
AISHA,seorang wanita profesional yang berjaya dalam bidang perubatan haiwan. Ketabahannya telah menyatukan keluarganya selama ini. Kini dalam usianya yang menjangkau 40-an, dia diancam oleh keraguan mengenai perkahwinan dan masa depannya. Insiden tamparan tersebut telah membuatnya tersepit di antara kesetiaan terhadap suaminya dan kepada salah seorang teman lamanya. Hector dan Aisha akhirnya membuat keputusan untuk bercuti di Byron Bay bagi menyelesaikan masalah perkahwinan dan keluarga mereka. Pada penghujung percutian tersebut, Aisha terpaksa memutuskan yang mana lebih utama: cinta terhadap suaminya atau kesetiaan kepada kawannya.

RICHIE adalah teman baik Connie di sekolah. Seorang gay yang gigih mencintai seni, dia mengharapkan dunia ini sebagai tempat yang harmoni dan ringkas. Dia keliru dengan perspektif berbeza golongan dewasa di sekelilingnya impak ekoran insiden tamparan tersebut. Dia juga terpaksa menjadi satu-satunya individu yang mengetahui rahsia Connie. Richie dengan tidak sengajanya mencetus satu rantaian kejadian yang menyebabkan semua ketegangan, penipuan kekeluargaan dan rumahtangga, semua kebenaran yang tidak terungkai ke arah satu pertembungan.

HECTOR:JONATHAN LAPAGLIA
Jonathan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik yang membesar di Adelaide, Selatan Australia. Beliau mendapat ijazah dalam perubatan daripada Universiti Adelaide, dan bekerja sebagai doktor selama tiga tahun di Adelaide, Sydney dan London. Beliau membuat keputusan untuk mengikut jejak langkah abangnya Anthony untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan setelah merasakan kerjayanya tidak memberi kebebasan. Pada tahun 1994, beliau berpindah ke bandar New York di mana dia menyertai The Circle In The Square Theatre School. Beliau mendapat kerja pertamanya pada 1996, apabila menjadi salah seorang pelakon dalam siri TV New York Undercover. Sejak itu, Jonathan telah membintangi banyak siri TV di Amerika Sayarikat termasuk Cold Case, Burn Notice, Castle, Bones, NCIS, Law and Order: Criminal Intent, The District dan Sopranos.

ROSIE:MELISSA GEORGE
Kerjaya Melissa bermula dengan siri asal HBO yang dinanti-nantikan dan terkenal, In Treatment bersama Gabriel Byrne dan Diane Weist, di mana dia melakonkan watak kompleks seorang wanita yang ketagih seks dan jatuh cinta dengan doktornya (Byrne). In Treatment telah memenangi dua anugerah Emmy dan menyenaraikan Melissa dalam pencalonan Golden Globe.

Melissa juga pernah berlakon di samping Josh Hartnett dan Danny Huston dalam filem Sony Pictures 30 Days of Night, membintangi filem Fox Turistas bersama Josh Duhamel dan The Amityville Horror bersama Ryan Reynolds. Lain-lain filem lakonannya termasuklah komedi Sugar and Spice dan Down with Love, di samping Ewan McGregor dan Renee Zellweger, filem Dark City yang turut dibintangi Kiefer Sutherland, Jennifer Connelly dan William Hurt, filem The Limey di samping Terrence Stamp dan diarahkan oleh Steven Soderbergh, filem arahan David Lynch, Mulholland Drive bersama Naomi Watts, dan filem Derailed yang turut dibintangi oleh Clive Owen dan Jennifer Aniston. Antara kemunculan di kaca TV Melissa yang paling diingati adalah siri TV Amerika Syarikat Friends, Alias dan Greyʼs Anatomy di mana dia berlakon sebagai "Sadie".

Pada usia 16 tahun, Melissa berlakon dalam siri televisyen popular Australia Home and Away, di samping Guy Pearce dan mendiang Heath Ledger. Bakatnya diiktiraf dengan kemenangan beberapa Logie Awards, Peopleʼs Choice Award untuk Pelakon Wanita Terbaik dan pencalonan BAFTA di atas lakonannya sebagai watak utama, "Angel Brooks".

HARRY:ALEX DIMITRIADES
Kemunculan pertama Alex dalam filem bermula dengan lakonannya dalam The Heartbreak Kid, yang diarahkan oleh Michael Jenkins. Seterusnya beliau menjayakan watak sebagai seorang yang bermasalah, Ari dalam filem arahan Ana Kokkinos, Head On dengan baiknya. Lakonannya telah mencalonkan beliau dalam pencalonan AFI pada 1998 dan mendapatkan beliau anugerah Film Criticsʼ Circle of Australia Award pada 1999. Beliau juga menerima pencalonan AFI pada 2001 di atas lakonannya dalam filem La Spagnola. Alex juga turut membintangi filem Australia Three Blind Mice, yang ditulis dan diarahkan oleh Matthew Newton.
Pada 2009, Alex melakonkan sekuel filem Wog Boy, Kings Of Mykanos di Greece, bersama-sama Nick Giannopoulos dan Vince Colosimo. Seterusnya beliau berlakon di samping Rachel Taylor dalam filem Australia Summer Coda.

Alex telah membintangi banyak drama televisyen Australia terbaik. Di antaranya termasuklah Blue Murder, Wildside, Young Lions, Love my Way, Underbelly dan Rescue Special Cops. Beliau juga turut muncul dalam telemovie Stepfather of the Bride dan Society Murders.

Di antara kredit terhadap lakonan teater Alex termasuklah produksi Griffin Theatre, The Woman with Dogʼs Eyes, Hurlyburly, The Emperor of Sydney and The Night Watchman, dan juga Ensemble Theatreʼs Rain Man di mana beliau melakonkan watak utama sebagai "Charlie Babbit".

ANOUK:ESSIE DAVIES
Essie Davis telah menjadi salah seorang pelakon filem, teater dan televisyen Australia yang dihormati dan terkenal semenjak beliau menjadi graduan NIDA. Di antara kemunculan filem beliau termasuklah Girl with a Pearl Earring, The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions, Code 46, Charlotteʼs Web, Isolation, Baz Luhrmannʼs Australia, The Wedding Party dan South Solitary, yang juga telah memenangi beliau anugerah Film Criticsʼ Circle sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Di antara kemunculan Essie di televisyen termasuklah Sweeney Todd untuk BBC, The Silence, After the Deluge, yang juga telah mendapatkan beliau anugerah AFI Award untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, dan Halifax f.p: The Spider and the Fly di mana beliau mendapat pencalonan anugerah AFI Award untuk Persembahan Terbaik dari Pelakon Wanita.

Essie juga terkenal melalui watak daripada lakon layar teater. Lakonannya sebagai "Stella" dalam produksi National Theatre (London) A Streetcar Named Desire telah membuatkan Essie memenangi Olivier Award, dan pada 2004 beliau telah dicalonkan untuk Tony Award di atas persembahannya sebagai Dottie dalam pentas Broadway National Theatre (London), yang merupakan sebuah produksi Jumpers. Beliau juga telah membintangi Tot Mom and The School for Scandal untuk STC, di mana beliau dicalonkan untuk Helpmann Award. Persembahannya dalam Cat on a Hot Tin Roof untuk MTC juga telah mencalonkan beliau anugerah Green Room Award untuk Pelakon Wanita Terbaik.

Pada tahun ini, Essie muncul sebagai "Dolly Pickles" dalam filem Cloudstreet dan filem arahan Jonathan Tepilzky, Burning Man.

AISHA:SOPHIE OKONEDO
Mendapat latihan dari Royal Academy of Dramatic Art (London), Sophie Okonedo telah membintangi kedua-dua produksi British dan Amerika termasuklah Mrs. Mandela, Secret Life of Bees, Aeon Flux, Hotel Rwanda, Dirty Pretty Things, The Jackal dan telemovie Tsunami: The Aftermath di mana Sophie telah dicalonkan sebagai Pelakon Terbaik untuk Siri-Mini atau Gambar Bergerak untuk Televisyen di Golden Globes pada tahun 2007.

Pada tahun 1991, beliau memulakan lakonan pertamanya dalam drama ʻcoming-of-ageʼ British terkenal Young Soul Rebels. Pada tahun 2004, beliau mendapat pujian besar di atas lakonannya sebagai Tatiana Rusesabagina, isteri kepada pengurus hotel "Rwanda" Paul Rusesabagina dalam filem drama genosid Hotel Rwanda. Wataknya telah mendapatkan beliau pencalonan Academy Award bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk Watak Sampingan. Sophie juga telah mendapat beberapa pencalonan untuk anugerah termasuklah Golden Globes, BAFTAs, Screen Actors Guild dan MTV Awards. Pada tahun 2010, beliau telah dicalonkan untuk anugerah BAFTA bagi Pelakon Wanita Terbaik di atas wataknya sebagai ʻMrs Mandelaʼ dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Criminal Justice.

MANOLIS:LEX MARINOS
Dilahirkan di Wagga Wagga, NSW kepada sebuah keluarga pemilik kafe Greek, Lex melanjutkan pelajaran ke University of NSW dan menerima ijazah Drama dengan kepujian. Semenjak itu, beliau telah bekerja dalam semua bidang di industri hiburan, termasuklah sebagai pelakon, pengarah, penulis dan pembaca berita. Terkenal di kaca televisyen melalui Kingswood Country, Lex telah muncul dalam banyak drama tempatan dan produksi komedi, termasuklah watak kebiasaan dalam siri City West, Embassy, S.C.O.O.P, Live & Sweaty, Ballzup, World Series Debating; Histrionics, dan Late Night Legends.

Lakonan filem beliau termasuklah Cathyʼs Child, Goodbye Paradise, Last Days of Chez Nous, Bedevil dan beberapa filem pendek. Di atas pentas teater, Lex telah muncul dalam The King and I dan juga bersama Nimrod Theatre, STC, MTC, dan Company B. Beliau juga merupakan pelakon dengan syarikat komuniti seni inovatif Big hART, dan mempelopori King OʼMalley Theatre Company bersama-sama Bob Ellis dan Michael Lynch.

Pencapaian Lex sebagai pengarah termasuklah dalam filem An Indecent Obsession, siri televisyen Bodyline (di mana beliau turut merupakan penulis), Embassy, A Country Practice, dan beberapa dokumentari. Lex merupakan pengarah Carnivale dan festival seni pelbagai budaya NSW dari 1996-99, dan mengarahkan salah satu segmen Sydney Olympics Opening Ceremony pada tahun 2000. Pada tahun 1994, Lex was telah dianugerahkan dengan anugerah OAM di atas sumbangannya terhadap seni persembahan, dan pada 2001 dengan sebuah medal Centenary of Federation.

CONNIE:SOPHIE LOWE
Bakat Sophie Lowe semakin ketara semenjak beliau memainkan watak filem pertamanya, Beautiful Kate. Filem tersebut telah mendapat komen yang menggalakkan pada pembukaan Sydney International Film Festival tahun 2009, dan juga telah terpilih untuk ditayangkan di Toronto International Film Festival. Persembahan Sophie telah mendapatkan beliau pencalonan AFI untuk Pelakon Wanita Terbaik. Sophie juga telah terlibat dalam projek tanpa henti termasuklah filem Blessed yang diarahkan oleh Anna Kokkinos yang menbariskan para pelakon hebat seperti Miranda Otto, Deborra-lee Furness dan Frances OʼConnor, filem The Clinic di samping Andy Whitfield, dan juga filem Road Train with Xavier Samuel and Blame.

RICHIE:BLAKE DAVI
Blake Davis telah menyerlah sebagai salah seorang pelakon remaja yang menarik di Australia pada masa kini. Beliau menimba ilmu drama selama beberapa tahun di Screen Actorsʼ Studio, The Rehearsal Room, Victoria Youth Theatre dan The National Theatre. Pada tahun 2007, beliau menyertai Open Program untuk remaja di NIDA dan terkini beliau berlatih di The Australian Film & Television Academy.

Beliau mendapat watak jemputan pertama dalam Blue Heelers pada 2005 dan seterusnya watak jemputan dalam Bed of Rose (ABC1) dan Rush. Beliau juga muncul dalam beberapa filem pendek termasuk Wiccan and The Gidji. Blake berjaya mendapat watak Max dalam siri TV terkenal Tangle for Showcase, bersama-sama Ben Mendelsohn, Catherine McClements dan Kat Stewart pada tahun 2008. Ini dituruti dengan watak utama dalam produksi bersama ABC/BBC, Dead Gorgeous dan watak Max untuk siri kedua Tangle pada awal tahun 2010.

Pada akhir 2010 Blake membuat kemunculan pertama pentas professional di samping Alison Whyte dan Wendy Hughes dalam produksi MTC, All About My Mother, di bawah arahan Simon Phillips di mana beliau telah mendapat pujian yang memberangsangkan di atas persembahan tersebut.

GARY:ANTHONY HAYES
Seorang pelakon sejak berumur 9 tahun, Anthony Hayes telah muncul di skrin filem dan televisyen selama lebih 20 tahun, di antara karya lakonannya adalah Animal Kingdom, Beneath Hill 60, Rabbit Proof Fence, Bootmen, Ned Kelly, Heroes Mountain, Changi, dan The Last Bullet. Dia turut membintangi The Boys di samping Toni Collette and David Wenham, di mana beliau berjaya mendapat pencalonan untuk AFI dan Film Critics Circle Award. Anthony juga telah memenangi AFI Awards untuk lakonan beliau dalam feature terkenal Look Both Ways dan Suburban Mayhem serta mendapat pencalonan AFI dan Film Critics serta pencalonan untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di atas persembahannya dalam The Square. Pada tahun ini, beliau akan beraksi dalam Burning Man di samping Matthew Goode.
Anthony telah menulis dan mengarahkan New Skin; sebuah filem 56 minit yang telah memenangi anugerah berprestij Dendy Award di Sydney International Film Festival pada tahun 2002. Beliau membawa pulang anugerah IF Award untuk Pengarah Baru Terbaik dan mendapat geran Gloria Payten/Gloria Dawn Foundation untuk seniman muda. Hasil kerja Anthony yang pertama Ten Empty telah ditontonkan di World Premiere di Sydney International Film Festival pada tahun 2008 dan telah diterbitkan oleh Mel Gibsonʼs Icon Films. Lakon layarnya pula telah dicalonkan untuk 2007 Queensland and 2008 Victorian Premiers Literary Award.

SANDI:DIANA GLENN
Diana mandapat Ijazah dalam Seni dari Monash University (Melbourne). Semenjak itu, beliau mempunyai kerjaya yang baik dalam kedua-dua televisyen dan filem. Kemunculan filem beliau termasuklah dalam filem thriller/seram Black Water, Lennie Cahill Shoots Through, Oyster Farmer yang merupakan pilihan rasmi untuk Toronto International Film Festival tahun 2004 dan juga filem yang memenangi AFI Award, SOMERSAULT yang diarahkan oleh Cate Shortland. Kemunculan televisyen beliau termasuklah dalam Home & Away, Carla Cametti PP di mana beliau melakonkan watak utama, The Elephant Princess, Canal Road, Satisfaction, Company Town, Secret Life Of Us, White Collar Blue dan Neighbours. Terkini, beliau menjayakan watak sebagai seorang isteri kepada peguam yang dimalukan, Andrew Fraser dalam Killing Time, lakonan bersama David Wenham.

EPISOD 1: HECTOR
PENULIS: KRIS MRKSA PENGARAH: JESSICA HOBBS
Sempena harijadi ke-40 Hector, isterinya Aisha merancang satu majlis makan bersama-sama kawan- kawan dan keluarganya. Semua berjalan dengan lancar pada mulanya, tetapi keadaan di majlis tersebut semakin terurai dan tegang menjelang petang. Hector ingin menikmati hari ulangtahun kelahirannya, tetapi Aisha terlalu sibuk menyediakan makanan dan kecewa kerana dia terpaksa melakukan semua kerja bersendirian. Aisha pula terkilan apabila ibu Hector, Koula muncul dengan membawa banyak makanan walaupun dia telah memasak banyak makanan untuk semua tetamu, malah telahpun mengingatkan ibu mertuanya untuk tidak membawa apa-apa. Ketegangan memuncak apabila Koula menghadiahkan Hector dengan pakej percutian sekeluarga ke Greece, yang kebetulannya bertembung dengan percutian yang dirancang oleh Hector dan Aisha ke Bali. Aisha berang kerana Hector menyebelahi ibu bapanya, dan kesetiaan Hector menyebelahi keluarganya dan bukan dengan dirinya. Hector pula mencari jalan keluar dari tegangan tersebut dengan menggoda Connie yang berumur 17 tahun. Dia sudahpun menjalin hubungan sulit dengan remaja tersebut.

Sedang masa berlalu dan makin ramai tetamu tiba di majlis tersebut, pergeseran semakin jelas di antara golongan dewasa dan kanak-kanak. Hugo, kanak-kanak berumur empat tahun anak lelaki Rosie dan Gary sering bergaduh dengan kanak-kanak lain di majlis tersebut. Dia memulakan pergaduhan dan mengganggu permainan kanak-kanak lain serta enggan mengikuti peraturan permainan mereka. Rosie menyebelahi anaknya Hugo dan tidak mahu mengakui kesalahan anaknya yang menyebabkan pergaduhan tersebut. Di saat itu, ternyata sekali bahawa terdapat jurang perbezaan bangsa, kekayaan dan moral di kalangan orang dewasa. Hector, bertindak untuk mengambil peluang untuk mengajak semua kanak-kanak ke halaman belakang rumahnya untuk bermain kriket apabila mereka mula berbalah antara satu sama lain. Namun Hugo berang apabila Rocco, anak Harry mula menyingkirnya dari permainan kriket tersebut. Dia enggan beredar dari permainan itu, malah mula menghayunkan kayu kriket ke arah kanak-kanak lain. Hugo enggan meletakkan kayu kriketnya. Apabila melihat anaknya berada dalam bahaya, Harry bertindak untuk menampar Hugo. Keadaan semakin buruk apabila Rosie dan Gary marah dengan tindakan Harry memukul anak mereka, dan menuduh Harry melakukan penderaan kanak- kanak. Susulan dari insiden tersebut adalah satu situasi penuh emosi yang memaksa setiap orang yang berada di tempat kejadian untuk memilih pihak.

EPISOD-EPISOD SETERUSNYA
EPISOD 2: ANOUK Penulis: Emily Ballou Pengarah: Jessica Hobbs
EPISOD 3: HARRY Penulis: Brendan Cowell Pengarah: Matthew Saville
EPISOD 4: CONNIE Penulis: Alice Bell Pengarah: Matthew Saville
EPISOD 5: ROSIE Penulis: Cate Shortland Pengarah: Robert Connolly
EPISOD 6: MANOLIS Penulis: Kris MrKsa Pengarah: Tony Ayres
EPISOD 7: AISHA Penulis: Emily Ballou Pengarah: Robert Connolly
EPISOD 8: RICHIE Pengarah: Tony Ayres Penulis: Brendan Cowell

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


''Ibunda Kate Middleton Lebih Seksi dibanding Dua Anaknya''

Posted: 19 Sep 2012 09:00 PM PDT



Pereka terkenal Karl Lagerfeld pernah berkata tidak menyukai wajah adik Kate Middleton, Pippa Middleton. Dia berkata lebih menyukai nampak belakang adik Duchess of Cambridge tersebut daripada nampak depan.

Kini, Karl Lagerfeld berkomen tentang anggota keluarga Middleton lainnya, iaitu ibunda Kate dan Pippa bernama Carol Middleton (57). Desainer dari rumah mode Chanel berusia 78 tahun tersebut menyebut mertua Putera William ini seksi.

"Saya fikir Carole sangat seksi. Saya fikir sang ibu lebih seksi daripada anak perempuannya," tutur Lagerfeld dalam sebuah wawancara terbaru dengan majalah Grazia Inggris.

Lagerfeld berfikir bahawa salah satu pemilik event organizer "Party Pieces" yang telah memiliki tiga anak (Kate, Pippa, dan James) dari hasil pernikahan dengan lelaki bernama Michael tersebut penuh dengan kehidupan.

"Ada sesuatu yang penuh dengan kehidupan tentang dirinya. Bagi seorang wanita yang pastinya berusia 50 tahun atau lebih itu, saya fikir dia hebat. Penuh energi," lanjut Karl.

Dalam wawancaranya, desainer eksentrik tersebut juga kembali ditanya tentang pernyataannya mengenai Pippa. Awal tahun ini, desainer berkuncir kuda itu mengomen gaya Pippa Middleton. Karl mengakui bahwa dia hanya mengagumi bahagian belakang Pippa.

Menurut The Sun, Karl mengatakan, "Kate Middleton memiliki siluet yang bagus dan dia adalah gadis yang tepat untuk lelaki itu (Putera William). Saya suka tipe wanita seperti itu, saya suka keindahan romantis. Di sisi lain, tidak dengan adiknya (Pippa). Saya tidak suka wajah adiknya. Pippa harusnya hanya menunjukkan punggungnya."

Dalam wawancara dengan Grazia ini, Lagerfeld menegaskan bahwa apa yang dimaksud adalah bahawa dia tidak suka cara Pippa memakai make-up.

"Saya hanya bermaksud, saya tidak berpikir make up-nya benar. Dia memiliki wajah bulat dan mata bulat. Dia harus memilih make up lain untuk matanya," ucap Karl.

Dalam wawancara itu, Lagerfeld, yang baru saja meluncurkan kosmetik dengan berkolaborasi bersama Shu Uemura, juga membuat pernyataan jelas tentang anggota paling terkenal dari keluarga Middleton, Kate.

"Saya suka Kate Middleton. Dia bisa mencoba segalanya. Untuk make up, dia tidak memiliki batas!" seru Karl, seperti dilansir Dailymail. (tty)

Aktres Innocense of Muslims saman penerbit, Google

Posted: 19 Sep 2012 08:45 PM PDT

LOS ANGELES - Seorang pelakon wanita yang muncul dalam filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, memfailkan saman ke atas penerbitnya berhubung unsur penipuan dan fitnah, dan pada masa yang sama mahu Google mengeluarkan treler dari pangkalannya.

Tuntutan Cindy Lee Garcia, yang difailkan di Los Angeles semalam, mendakwa dia telah diperdaya oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang dikatakan menerbitkan filem tersebut.

Nakoula telah pun ditahan polis minggu lalu untuk siasatan berhubung isu ini. Sebelum ditahan, Nakoula juga dilaporkan telah menghilangkan diri sejak protes besar-besaran tercetus awal minggu lalu.

Dalam tuntutannya, Garcia mendakwa dia tidak tahu yang kandungan filem itu menjurus ke arah mesej anti-Islam.

Malah katanya, skrip yang diterimanya juga tidak menyebut langsung nama Nabi Muhammad SAW.

Kata Garcia, dia telah memberi respons kepada satu iklan dan berpandangan bahawa dia akan muncul dalam filem zaman silam Mesir, sedangkan jalan ceritanya telah diubah kemudian dan membawa mesej anti-Islam.

"Filem ini sangat teruk dan keji," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam dokumen yang difailkan di mahkamah.

"Kes saman ini bukan satu serangan ke atas perlembagaan (Amerika) atau kebebasan rakyat Amerika untuk mengatakan apa yang mereka fikir, tetapi mahu kandungan yang menyinggung perasaan dikeluarkan dari Internet," katanya.

Peguam-peguam Garcia juga bercadang memohon injunksi ke atas filem itu hari ini.

Pelakon itu berkata dia menerima ancaman bunuh sejak treler itu menarik perhatian jutaan orang sejak awal bulan ini.

Ekoran ancaman itu, katanya, dia tidak dapat melawat cucunya.

Selain itu katanya, filem tersebut telah menjejaskan reputasi dan membawa satu penghinaan ke atas dirinya.

Akhbar Herald Sun  memetik firma guaman yang mewakili Nakoula enggan mengulas perkembangan terbaru ini.

Menurut laporan itu, firma tersebut tidak mewakili Nakoula dalam kes sivil setakat ini.

Nakoula telah disabitkan kesalahan jenayah menipu bank dan kini diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun.

sumber : sinar harian

Pembedahan pertama pemindahan rahim ibu kepada anak di dunia

Posted: 19 Sep 2012 08:30 PM PDT


STOCKHOLM - Sepasukan doktor di Sweden berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim daripada ibu kepada anak perempuan yang pertama di dunia, kata satu pasukan perubatan kelmarin.
Universiti Gothenburg menyatakan, dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an menerima rahim daripada ibu mereka dalam pembedahan di Hospital Sahlgrenska, barat Sweden pada hujung minggu lalu.
Identiti mereka tidak didedahkan.
"Lebih sepuluh orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar ini," kata ketua pasukan pakar bedah berkenaan, Mats Brannstrom.
Beliau merupakan seorang profesor Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg.
Menurutnya, rahim seorang wanita itu telah dibuang bertahun-tahun lalu akibat kanser servik. Sementara wanita kedua pula dilahirkan tanpa rahim.
" Kedua-dua pesakit yang menerima rahim baharu berada dalam keadaan baik tetapi penat selepas menjalani pembedahan. Ibu mereka sudah boleh berjalan dan akan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi," jelas Brannstrom.
Pihak universiti berkenaan memberitahu, dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 wanita di Sweden tidak dapat mengandung kerana ketiadaan rahim.
Pasukan perubatan tersebut memberitahu, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia. Berdasarkan teori tersebut, mereka menjelaskan, rahim wanita yang sudah mengalami menopaus boleh menampung kehamilan.
Seorang penerima rahim tersebut yang dikenali sebagai Anna berkata, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.
"Satu perasaan hebat kerana dapat merasai pengalaman ini (mempunyai rahim)," katanya dalam komen yang disiarkan di laman web Hospital Sahlgrenska.
Menurutnya, tiada jaminan dia dan teman lelakinya akan dapat menimang cahaya mata selepas prosedur tersebut.
"Namun, kami ada peluang yang baik. Jika saya hamil, ia adalah bonus buat kami," katanya.
- Reuters
sumber : kosmo online

Korea Selatan haramkan novel lucah Perancis

Posted: 19 Sep 2012 08:15 PM PDT


SEOUL - Korea Selatan mengharamkan penjualan sebuah novel lucah hasil nukilan penulis dan bangsawan Perancis abad ke-18, Marquis de Sade (gambar) kerana mengandungi kelucahan keterlaluan, kata seorang pegawai semalam.
Pegawai Kanan Suruhanjaya Etika Penerbitan Korea, Jang Tag-Hwan berkata, pihaknya meminta penerbit novel The 120 Days of Sodom menarik balik bahan bacaan itu daripada pasaran.
Beliau juga mengarahkan semua salinan novel tersebut dimusnahkan.
Novel itu mengisahkan tentang pesta seks liar oleh empat individu kaki perempuan kaya yang merogol, menyiksa dan membunuh kebanyakan mangsa remaja.
Bahan bacaan tersebut mula dijual di sini bulan lalu.
"Sebahagian besar kandungan novel itu amat lucah dan kejam. Ia melibatkan penderaan seksual, sumbang mahram, perbuatan kebinatangan dan tarikan seksual terhadap mayat.
"Paparan secara meluas tentang aksi seksual melibatkan individu bawah umur membuktikan ia sebahagian daripada penerbitan berbahaya," kata Tag-Hwan.
Tambah Tag-Hwan, ini merupakan tindakan pertama pihaknya mengharamkan sebuah novel yang tidak termasuk dalam bahan bacaan kartun sejak tahun 2008.
Bagaimanapun, pihak penerbit berikrar untuk merayu dan merancang membawa kes itu ke mahkamah jika rayuan ditolak.
"Novel ini bukan mempromosikan bahan lucah dan keganasan. Ia mempersenda dan mengkritik sisi gelap sifat manusia di sebalik perbuatan seperti itu," kata Editor Kanan Dongsuh Press, Lee Yoong.
Jelasnya, novel berkenaan boleh didapati secara meluas di kebanyakan negara termasuklah Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jepun.
"Banyak novel lucah boleh didapati di mana-mana sahaja. Saya tidak faham kenapa novel ini yang sesuai untuk penyelidikan akademik oleh pakar psikiatri atau pakar sastera harus menerima layanan berbeza," kata Yoong.
Novel The 120 Days of Sodom berada di pasaran ketika pengharamannya masih dalam peringkat rayuan. - AFP
sumber : kosmo online

Jerman larang penggunaan Internet Explorer

Posted: 19 Sep 2012 08:00 PM PDT


FRANKFURT - Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet Explorer milik Microsoft Corp.
Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam.
Masalah yang menjejaskan beratus-ratus juta pengguna Internet Explorer di seluruh dunia itu dikatakan timbul pada pada hujung minggu lalu.
Menurut Microsoft, penggodam boleh mengeksploitasi virus untuk menggodam komputer seseorang yang melayari satu laman web yang mengandungi virus, sebelum mengambil alih komputer mangsanya.
Pejabat Persekutuan Keselamatan Maklumat Jerman (BSI) menyatakan bahawa pihaknya sedar mengenai sasaran serangan tersebut.
"Virus yang tersebar dengan pantas itu amat membimbangkan," kata pihak berkuasa Jerman dalam satu kenyataan.
BSI menasihati semua pengguna Internet Explorer supaya menggunakan pelayar web alternatif sehingga Microsoft Corp. mengeluarkan satu perkembangan mengenai keselamatannya. - Reuters

sumber : kosmo online

Sumbat kokain dalam gula-gula

Posted: 19 Sep 2012 07:45 PM PDT


ACCRA: Pengedar dadah sanggup mempertaruhkan nyawa kanak-kanak apabila mereka tergamak menyeludup kokain dalam gula-gula lolipop bagi mengaburi pihak berkuasa.
Semalam, ratusan bungkusan gula-gula itu yang mengandungi kokain ditemui Pasukan Pengawal Sempadan Britain (UKBF) di sebuah lapangan terbang di Ghana. Dadah itu - dianggarkan bernilai �200,000 (RM992,000) - ditemui disembunyikan dalam lolipop berwarna-warni dan dibungkus dengan beg plastik. Anggota UKBF berpangkalan di lapangan terbang itu menemui kokain berkenaan selepas memotong lapisan luar gula-gula berkenaan.

Seorang lelaki Ghana berusia 29 tahun ditahan selepas bungkusan berkenaan ditemui dalam beg pakaiannya. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Mark Harper, berkata penemuan itu menunjukkan bagaimana pengedar dadah tergamak meletakkan kanak-kanak dalam risiko semata-mata mahu melepasi kawalan pihak berkuasa dalam aktiviti mereka menyeludup dadah.


"Dagangan dadah antarabangsa adalah perniagaan keji dan UKBF memainkan peranan penting menghalangnya," katanya.

Pihak berkuasa Britain bekerjasama dengan Ghana sejak enam tahun lalu bagi membanteras aktiviti penyeludupan dadah menggunakan negara Afrika Barat sebagai laluan ke Britain.


Sepanjang tempoh itu, mereka merampas 860 kilogram kokain dan 323 kilogram heroin, selain menahan 170 pembawa dadah. Pengarah Kastam UKBF, Tom Dowdall, berkata sesiapa yang termakan gula-gula berisi kokain itu boleh menemui ajal.



"Penemuan terbaru ini amat mengejutkan dan berbahaya," katanya. - TS

sumber : mymetro

Gara-gara buka video seks, pekerja diarah ikuti kursus

Posted: 19 Sep 2012 07:30 PM PDT


TAIPEI: Hampir 1,000 kakitangan awam Taiwan diwajibkan menghadiri kelas mengenai keselamatan siber selepas termasuk dalam perangkap yang disediakan majikan masing-masing.
Kerajaan Bandar Raya Baru Taipei, berhampiran Taipei, ibu negara Taiwan, menghantar e-mel kepada kakitangannya bulan lalu yang dikatakan mengandungi video seks.

Ia bertujuan menguji ketelitian 6,000 kakitangannya melindungi komputer masing-masing daripada digodam atau diserang virus.


Walaupun larangan keras dikenakan terhadap membuka e-mel yang tidak ada kaitan dengan kerja, hampir 1,000 kakitangan membuka fail palsu itu, berkait dengan skandal seks selebriti yang kini menjadi tumpuan di Taiwan.

Mereka yang gagal dalam ujian berkenaan diwajibkan menghadiri kursus keselamatan Internet selama dua jam.


Skandal seks selebriti itu kini disiasat pihak pendakwa raya. Ia didakwa membabitkan seorang sosialit Taipei yang memberikan dadah dan melakukan serangan seksual terhadap beberapa wanita, termasuk model dan aktres. - AFP


sumber : mymetro

Jurutera pakai 302 helai seluar dalam untuk cipta rekod dunia

Posted: 19 Sep 2012 07:15 PM PDT


LONDON: Gara-gara mahu mencipta nama dalam rekod dunia, seorang bapa berusaha menyarung lebih 300 seluar dalam untuk mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness.
Menggelar dirinya "Pantsman," Gary Craig berjaya memakai 302 seluar sekali gus dan usaha itu membolehkan namanya tercatat dalam rekod dunia Guinness. Berasal dari Whitburn, Tyneside Selatan, Craig, 52, tahun lalu pernah mencatat rekod dunia bagi kategori sama dengan memakai 211 seluar dalam . Bagaimanapun, rekodnya diatasi Janine Keblish yang mengenakan 252 seluar dalam pada Februari lalu. Craig seorang jurutera mencipta rekod baru itu di Gypsies Green di Shields Selatan. - DM

sumber : mymetro

Pekerja ladang ditahan kerana berasmara dengan keldai

Posted: 19 Sep 2012 07:00 PM PDT


TALLAHASSEE (Florida): Seorang pekerja ladang ditahan semalam selepas dia disyaki melakukan hubungan seks dengan keldai kerdil bernama Doodle.
Carlos Romero dikatakan leka berasmara dengan haiwan itu di sebuah bangsal yang menjadi tempat tinggalnya di Ocala.

Menurut sumber, pemilik ladang berkenaan ternampak Romero, 31, menanggalkan seluarnya dan berada di belakang keldai berusia 21 bulan itu.


Romero ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti seksual dengan haiwan.

Dia juga berdepan tuduhan melakukan kekejaman ke atas haiwan. Bagaimanapun, kata sumber, Romero menafikan menyetubuhi Doodle, sebaliknya mendakwa menunggu keldai itu "menjadi matang." "Romero cuma mengaku rasa seronok bulu haiwan itu menyentuh kulitnya dan dia menganggap Doodle merangsang nafsunya," katanya. Romero juga mendakwa, DNA dia berada dalam badan Doodle "secara tidak sengaja." Sementara itu, media juga melaporkan, Romero berdiri di belakang Doodle dan melakukan onani apabila haiwan itu terangsang. Menurut sumber, Romero menggunakan jarinya untuk membersihkan kemaluan Doodle dan keldai itu akan terangsang akibat perbuatannya.


Katanya, Romero melakukan perbuatan itu lima atau enam kali sejak Doodle dibeli majikannya dua bulan lalu. Sumber berkata, Romero mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan kuda ketika dia berusia 18 tahun. "Dia tidak melakukan perbuatan sama ke atas Doodle kerana menganggap keldai berkenaan belum bersedia dan haiwan itu dalam proses menjadi matang," katanya. Dia ditahan di penjara daerah Marion sejak pada 17 September lalu. - TS


sumber : mymetro

Wanita separuh bogel mati dijerut

Posted: 19 Sep 2012 06:45 PM PDT


PENAMPANG: Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan apabila bukan saja lehernya dijerut, malah kaki dan tangannya turut diikat menggunakan tali dalam kejadian di Pangsapuri Delta Heights, di sini, petang semalam.
Mangsa, Rozaidah Lajalo, 28, dari Tawau, yang hanya berbaju dan berseluar dalam ditemui tertiarap oleh sepasukan polis dalam sebuah bilik, jam 6 petang.

Menurut sumber, sebelum itu, kakak mangsa dikatakan datang ke rumah di tingkat dua pangsapuri berkenaan selepas wanita terbabit tidak hadir ke tempat kerjanya di sebuah pusat hiburan, di sini.


"Kakak mangsa yang curiga masuk ke rumah berkenaan sebelum terhidu bau busuk dari sebuah bilik yang berkunci sebelum menghubungi polis.

"Polis memecah pintu bilik berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap dalam keadaan tangan dan kakinya terikat manakala ada kesan jerut di lehernya," katanya, di sini, semalam.


Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Difahamkan, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan ahli keluarga serta kenalan mangsa dan sedang mengenal pasti motif kejadian.

sumber : mymetro

Objek mirip janin disahkan bangkai haiwan

Posted: 19 Sep 2012 06:30 PM PDT


SEREMBAN: Objek mirip janin manusia yang ditemui di tangga flat kediaman Blok C, Kelompok 8, Kuarters KLIA, di sini, kelmarin, disahkan bangkai seekor haiwan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusof Awang berkata, pakar bedah Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) memeriksa objek berkenaan dan mendapati ia bukan janin manusia, tetapi bangkai haiwan. "Kami tidak membuka kertas siasatan selepas didapati ia hanya bangkai, bukan janin manusia," katanya ketika dihubungi.

Semalam, akhbar melaporkan seorang pegawai Jabatan Imigresen terkejut apabila menemui objek menyerupai janin manusia di tangga flat kediamannya.


Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Saiful Nizam Abas, 40, mulanya menemui tompokan darah pada lantai di depan rumahnya di tingkat bawah sebelum membuat pemeriksaan lanjut dan menemui janin berkenaan di anak tangga keempat tingkat satu flat berkenaan.

Dalam kes berasingan, Mohd Yusof berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan terhadap seorang penganggur berusia 48 tahun berhubung dakwaan merogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Lelaki terbabit kelmarin dilepaskan dengan bon jaminan bercagar RM15,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah sementara menunggu didakwa terhadap empat tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.


"Sebaik dibebaskan, kita menahan lelaki itu yang kini direman tujuh hari sehingga 25 September bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.

sumber : mymetro

‘Temu duga’ untuk perkosa

Posted: 19 Sep 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.
Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani 'temu duga' di bilik hotel bajet di ibu negara.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun.

Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama.


"Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara.

sumber : mymetro

Wanita tua ditemui mati berkemban atas katil

Posted: 19 Sep 2012 06:00 PM PDT


ALOR GAJAH: "Dia pernah berpesan supaya pecahkan pintu rumahnya jika tiada sahutan dari dalam apabila dipanggil," kata Zaiton Baba, 67, yang menemui mayat jirannya di sebuah kampung di Melekek, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa, Timah Tahir, 78, yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu, ditemui dalam keadaan berkemban atas katil.

Zaiton berkata, dia tergerak hati ke rumah jirannya itu pada pagi kejadian untuk bersembang selepas hampir seminggu tidak mengunjungi selepas mengetahui arwah uzur.


"Selesai mengemas rumah dan menyiram pokok bunga, saya ke rumah mangsa yang tinggal bersebelahan sebelum memberi salam.

"Selepas berkali-kali memberi salam dan memanggil namanya tetapi tiada jawapan, saya kemudian berjalan mengelilingi rumahnya sebelum terhidu bau busuk," katanya, semalam.


Menurutnya, dia yang tidak sedap hati meminta bantuan seorang jiran untuk memecahkan pintu sebelum menemui mayat arwah yang sudah membengkak.



Katanya, sebelum ini, arwah ada mengadu mengalami gout, tetapi masih mampu berjalan dan kerap ke rumahnya untuk bersembang. Cucu mangsa, Sabariah Karim, 36, berkata kali terakhir dia bertemu neneknya minggu lalu selepas arwah menyatakan hasrat untuk menikmati masakannya.

"Saya sempat memasak mi goreng dan ayam masak kicap kegemarannya dan saya juga difahamkan nenek sempat meminta seorang penduduk membelikan barang keperluannya beberapa hari lalu," katanya.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan laporan penemuan mayat warga emas itu. Katanya, berdasarkan siasatan awal, arwah tinggal seorang diri di rumah berkenaan lebih 20 tahun lalu dan pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang kesan jenayah.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes berkenaan dikategorikan sebagai mati mengejut," katanya.



SUMBER : MYMETRO

Dibelasah akibat selisih faham

Posted: 19 Sep 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Kepong di sini, menjadi mangsa pukul kumpulan samseng pada Ahad lalu, yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan seorang ahli kumpulan terbabit.
Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal secara tiba-tiba dilanggar dari arah belakang hingga terjatuh oleh sekumpulan lima lelaki yang turut menaiki motosikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata selepas terjatuh, remaja terbabit kemudian dibelasah hingga mengalami kecederaan pada belakang badan.


"Kejadian berlaku di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan Sentul.

Katanya, berdasarkan laporan dibuat mangsa, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan seorang suspek berusia 22 tahun yang juga jiran kepada mangsa.


"Suspek ditahan di rumahnya di Jinjang Utara, jam 5.30 pagi tadi (semalam)," katanya


sumber : mymETRO

Gadis Cantik Ini "Berubah" Jadi Lelaki Di Usia 16

Posted: 19 Sep 2012 05:30 PM PDT


"Saya adalah seorang laki-laki yang terperangkap dalam tubuh seorang perempuan." Meyakini keadaan itu, Nicola segera memotong habis rambutnya. Gadis cantik 16 tahun itu
juga menanggalkan semua barang keperempuanannya seperti skrit, aksesori, dan make up.

Dengan balutan seluar maskulin dan tshirt ketat untuk menekan payudaranya agar tak menonjol, Nicola mulai memperkenalkan diri ke lingkungan sosialnya sebagai Jason Cooper.

Terlahir dengan alat kelamin perempuan, ia sudah mencoba menjadi gadis remaja pada umumnya. Tapi, ia selalu tersiksa. Ia pun pernah berkasih dengan laki-laki ketika berusia 15 tahun. Tapi, sama sekali tak ada gairah untuk mencium kekasihnya. Hubungan itu pun kandas dalam satu bulan.
"Episod hidup yang sangat buruk, tapi itu justru membuat saya yakin bahawa saya tak boleh terus menjalani hidup sebagai perempuan lagi," kata Jason, seperti dikutip dari laman mirror.co.uk.

Menjadi Jason adalah akhir dari pergulatan batin selama bertahun-tahun. Ia beruntung kerana teman-temannya sangat menyokong keputusan besar itu. Teman-temannya pula yang kemudian membantunya meyakinkan sang ibu untuk menerima perubahan tersebut.

Alison, sang ibu, cukup terkejut melihat puteri cantiknya berubah menjadi susuk yang sangat maskulin. "Saya menangis kerana merasa seperti kehilangan anak perempuan. Tapi akhirnya saya sedar, dia telah menjadi anak laki-laki yang mengagumkan, saya kagum dengan keberaniannya mengambil keputusan penting dalam hidup," kata sang ibu.

Demi menunjukkan dukungan pada putrinya, Alison pun menemani Jason berkunjung ke doktor spesialis . Di klinik itu, Jason mendapat suntikan testosteron untuk menyempurnakan statusnya sebagai laki-laki. Perlahan, Jason tak lagi datang haid, suaranya bertambah berat, dan tumbuh halkum.

Suntikan hormon laki-laki itu membuat Jason semakin percaya diri. Sembari menunggu kesempatan untuk melakukan operasi pembuangan payudara dan perubahan genital, Jason tak ragu menjalin hubungan asmara dengan gadis cantik bernama Rebecca Green. "Memiliki Rebecca di samping saya membuat saya lebih mudah menjalani hidup," ujar Jason.
Sumber : VIVAnews

Gaun dibuat daripada buku cerita kanak-kanak

Posted: 19 Sep 2012 05:15 PM PDT

VIVAnews – Lembaran-lembaran kertas buku cerita anak yang sudah tak terpakai, umumnya langsung dibuangkan. Tapi, ini tidak berlaku bagi Ryan Novelline. Dengan sedikit kreativiti dan imajinasi, artis yang menetap di Boston itu menjadikan buku  jadi gaun menakjubkan.

"Jujur, saya hanya berharap punya sesuatu yang boleh dipakai," kata Novelline yang dikutip dari laman thestir.cafemom.com.

Gaun yang diciptakan Novelline sepenuhnya dari bekas buku cerita Little Golden Books. Dia memanfaatkan ilustrasi warna-warni dalam buku itu. Lalu mempolanya sedemikian rupa. Sehingga jadilah karya fashion yang benar-benar dapat dipakai.

Menurutnya, ini bukan hanya idea yang luar biasa. Tapi benar-benar menakjubkan.

Bahagian atas gaun karya Novelline, dengan model korset, dirancang untuk meniru foil emas yang mengikat tulang belakang. Sedangkan bagian rok, dirancang dari halaman buku-buku cerita.



Selain buku bekas, kertas bekas scan foto anak-anak di mall juga dapat dimanfaatkan untuk busana. Misalnya dirancang menjadi sebuah kaus.

Pakai baju ala pembantu rumah,anak artis China ini kena kutuk di internet

Posted: 19 Sep 2012 05:00 PM PDT

HANGZHOU - Puteri bintang China, Xu Jiao dikecam netizen kerana mengenakan pakaian pelayan saat menghadiri pameran komik, dan games di Hangzhou.

Kedatangan puteri Xu Jiao yang namanya dirahasiakan mengenakan pakaian pelayan ke pameran dianggap menyamakan pakaian pembantu rumah tangga dengan karakter komik, yang jelas berbeza. Demikian seperti dilansir Sina.

Para netizen itu mengtakana, kalau pembantu tidak termasuk dalam karakter kostum animasi. Puteri Xu Jiao diejek dengan kata-kata kasar oleh netizen yang kesal melihat aksinya itu.

Mendapati kostum yang dipakainya menuai kontroversi, gadis berusia 14 tahun itu memposting permintaan maaf, dan menyebutkan kalau dia tidak seorang profesional. Namun, hanya penggemar buku komik.

Sejumlah besar orang netizen meninggalkan komen untuk mendukung, mengatakan dia lucu dan cantik.
(efi)

Adakah ini cara yang betul untuk elak kereta dicuri?

Posted: 19 Sep 2012 04:45 PM PDT



Hebat lukisan 3D ni...

Posted: 19 Sep 2012 04:30 PM PDT









hebat lukisan ni...

Bila dah marah....

Posted: 19 Sep 2012 04:15 PM PDT




Bila perasaan marah @ hilang kesabaran tidak dapat di kawal lagi,hilang sifat belas kesian.Baik lelaki ataupun perempuan.Mereka sanggup berbuat apa saja,asalkan kemarahan dapat diluahkan.Cuba lihat gambar di atas dan di bawah ini.Lelaki dibaling batu sampai mati kemudiannya dibakar hidup-hidup.









Haruan dan anak

Posted: 19 Sep 2012 04:00 PM PDT



Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...


Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.


Bedah : Ya bapak, ada apa?


Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.


Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)


Bapak : Dengar tak bapak kata.....


Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.


Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.


Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...


Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.


Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.


Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.


Bedah : Apa???!!!


Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.


Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)


Bapak : Bedah, tengok ni


Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.


Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.



Hubungan yang ekstream

Posted: 19 Sep 2012 11:00 AM PDT


Jangan ditiru  ???











Aksi nenek 80 tahun yang gempak

Posted: 19 Sep 2012 10:30 AM PDT

This 80-year old Chinese woman is doing gym on the street and I want to say – what a flexibility! I'd like to be able to do that when I'll reach her age… well, I'd simply like to be able to do that right now…
1


2 You can see 80-year old people doing gym in the street in China! (10 pics)


3You can see 80-year old people doing gym in the street in China! (10 pics)


4You can see 80-year old people doing gym in the street in China! (10 pics)


5You can see 80-year old people doing gym in the street in China! (10 pics)


6You can see 80-year old people doing gym in the street in China! (10 pics)


7You can see 80-year old people doing gym in the street in China! (10 pics)


8You can see 80-year old people doing gym in the street in China! (10 pics)


9You can see 80-year old people doing gym in the street in China! (10 pics)


10 You can see 80-year old people doing gym in the street in China! (10 pics)

Wanita cuba dirogol oleh perompak yang berpura-pura untuk menyewa apartmentnya (full pic)

Posted: 19 Sep 2012 10:15 AM PDT


The woman being rescued.


The man in black clothes arrested.






Blood all over the floor.



Injured hands.
November 3rd, living on the top floor of a residential apartment building of a residential community on Yayi Street in Guangzhou's Tianhe District, Zeng Li made posted on the internet an advertisement to sublet her apartment, never thinking the prospective tenant would be a robber, who after hurting her and robbing her money would also try to rape her.
As luck would have it, the window the robber closed attracted the attention of neighboring Xiao Huang and afterwards the Tianhe Police appeared on the scene to arrest the robber.

sumber : chinasmack.com

Generasi yang rosak,projek dalam kelas

Posted: 19 Sep 2012 10:00 AM PDT





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS