Adsense

Rabu, 19 September 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Yuna Zarai Tercalon Dalam MTV EMA 2012

Posted: 18 Sep 2012 10:14 PM PDT

Yuna Zarai Tercalon Dalam MTV EMA 2012
Yunalis Zarai, atau lebih dikenali dengan nama Yuna, yang popular dengan lagu "Terukir Di Bintang" sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila dicalonkan dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012 di Festhalle, Frankfurt, Jerman pada 11 Nov ini. Yuna akan merebut gelaran juara untuk "Best Asian Act" di MTV EMA 2012 bersama sama empat calon yang cukup popular seperti Super Junior, EXILE, Han Geng dan Jolin Tsai.

Pemenang kategori "Best Asian Act" ini akan mewakili Asia dalam voting "Best Act" di seluruh dunia. Undian yang hanya boleh dilakukan secara atas talian boleh dibuat di mtvema.com/vote sehingga 9 Nov nanti.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah, sebelum ini turut dicalonkan dalam 25th Nickelodeon Kids' Choice Awards.

Jadi buat peminat Yuna, Vote la untuk Yuna yang pastinya mendapat saingan sengit dengan Super Junior yang turut popular di Malaysia..

Mamat Sepah Jauhkan Diri Daripada Jepp dan Shuib

Posted: 18 Sep 2012 09:28 PM PDT

Mamat Sepah Jauhkan Diri Daripada Jepp dan Shuib
Sikap Mamat sepah yang seakan-akan menjauhkan diri daripada dua lagi sahabatnya iaitu Jepp dan Shuib menjadi tanda tanya apabila Mamat sukar dihubungi oleh dua lagi sahabatnya sejak mereka disahkan berpecah sebelum ini… Jepp dan Shuib yang telah berbelas tahun berkawan dengan Mamat binggung mencari punca dan ingin menyelamatkan persahabatan mereka..

"Entah sebab apa jadi begitu, saya kurang pasti? Orang lain telefon dia jawab, kalau kami yang telefon pula, dia tidak mahu mengangkat. Tapi kami dengan hati tulus masih lagi ingin berkawan dengannya."

"Tambahan pula saya dah berbelas tahun menjadi sahabat dengan Mamat. Kalau boleh tak mahulah perhubungan ini menjadi keruh,"

"Setakat ini kami tidak ada apa-apa isu. Malah sepanjang penggambaran filem Sepah The Movie pada tahun lalu, kami bersikap profesional walaupun pada awalnya tiada keserasian antara kami," (Mstar)

Bagaimanapun tambah Jepp lagi, dia mengambil hal itu secara positif dengan menganggap Mamat mungkin sibuk kerana pelbagai urusan kerja.