Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kematangan hidup Kaer

Posted:

Kematangan hidup Kaer

Kematangan hidup Kaer

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar KOLEKSI PERIBADI KAER


KAER mengakui hatinya sudah dimiliki namun tidak mempunyai sebarang agenda untuk menamatkan zaman bujangnya.


EHILANGANNYA' dalam industri muzik sering kali menjadi tanda tanya sehingga ada segelintir pihak yang mengandaikan bahawa Kaer Azami sudah meninggalkan jauh bidang seni.

Apa yang dibekalkan untuk peminat tegarnya mengubat rindu hanyalah bingkisan lagu-lagu dendangannya. Tetapi tuan punya badan jauh berkelana ke bumi Indonesia.

Namun kini, Kaer kembali dan tekad tidak akan meninggalkan tanah air lagi kerana bekas finalis Akademi Fantasia musim kedua ini mempunyai misi yang perlu diselesaikannya.

Membuka bicara pada pagi pertemuan kami di salah sebuah pusat membeli-belah di ibu kota baru-baru ini, banyak perkara yang dibualkan.

Jika hendak dibandingkan dengan pertemuan pertama kami sekitar enam tahun lalu, ternyata bicara Kaer sudah menunjukkan kematangan yang sangat ketara.

"Selama empat tahun di Jakarta sebenarnya banyak mengajar saya tentang erti hidup. Saya menjadi seorang yang lebih matang dan sedar bahawa kehidupan ini terlalu singkat untuk memikirkan perkara yang remeh-temeh.

"Saya perlu bingkas bangkit untuk mengecapi kejayaan yang saya inginkan menerusi setiap satu perangan yang telah saya aturkan.

"Jiwa saya masih lagi dalam bidang seni tetapi semakin saya dewasa, saya harus sedar bahawa untuk terus hidup hanya dengan menyanyi, ia tidak mencukupi.

"Lantaran itu, saya kini sudah mengorak langkah untuk melebarkan lagi sayap perniagaan saya menerusi rangkaian label pakaian saya, Kazami Homme yang sudah hampir dua tahun beroperasi," kata pemilik nama penuh Wan Mohammad Khair Wan Azami ini penuh optimis.

Menceritakan lebih lanjut tentang Kazami Homme, jelas Kaer, semuanya berlaku tanpa disangka apabila dia mula menggayakan pakaian daripada jenamanya itu sewaktu menghadiri majlis-majlis di Jakarta.

Ketika itu jugalah, lensa kamera tertumpu kepadanya dan saat gambarnya terpampang di majalah, ramai yang mula bertanyakan tentang koleksi pakaian yang digayakan.

"Saya sendiri terkejut dengan penerimaan masyarakat di sana terhadap jenama saya. Bukan hanya golongan biasa tetapi ia juga mendapat perhatian golongan atasan dan artis di sana.

"Dari situ, saya mendapat idea untuk meluaskan lagi perniagaan saya dan ia telah memberi satu indikator bahawa saya mampu pergi jauh dengan Kazami Homme.

"Untuk itu, saya kini sedang mencari peluang untuk bekerjasama dengan 20 orang pereka fesyen tempatan dalam menubuhkan butik Kazami Homme di Malaysia," jelas Kaer sambil memberitahu salah sebuah butik di Plaza Indonesia turut tertarik untuk mengedarkan jenamanya.

Lebih menumpukan kepada pakaian untuk kaum Adam, kata Kaer, sebagai permulaan, Kazami Homme menawarkan koleksi gaya santai dan smart casual dengan harga yang berpatutan.

Sementara sebahagian besar material untuk penghasilan jenamanya itu diimport dari Indonesia dan China.

"Saya sentiasa mahu mencari peluang untuk perniagaan saya ini. Pantang ada yang mengajak untuk meninjau peluang dengan pelbagai pameran di luar negara, saya pasti tidak menolaknya," katanya yang merancang untuk ke Filipina dan Milan, Itali.

Melihatkan kerancakannya berbicara tentang perniagaannya itu, sengaja Kaer diusik apakah dia dia sudah tidak berminat lagi dengan dunia seni.

Di kala sebahagian besar teman alumni Akademi Fantasia yang lain semuanya hilang entah ke mana dan jauh meninggalkan bidang seni, Kaer boleh dianggap bertuah kerana masih lagi mempunyai kumpulan peminat yang berterusan menyokongnya.

Mukjizat

Sambil tersenyum, kata pemuda berusia 27 tahun ini, soal itu tidak pernah terfikir langsung buat masa ini kerana seni sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

"Saya mula berkecimpung dalam dunia seni sejak lapan tahun lagi dan seni saya tidak tertumpu kepada nyanyian semata-mata. Saya dididik dan didedahkan dengan pelbagai skop seni lantaran membuatkan saya mahu mencuba pelbagai cabang seni.

"Dalam aspek nyanyian, saya masih lagi mendapat tawaran menyanyi dan ada kalanya tawaran yang saya terima itu mencabar kredibiliti saya sebagai seorang penyanyi.

"Mereka mahukan saya menyanyi lagu-lagu jazz dan saya fikir ia adalah peluang terbaik buat saya meneroka bakat saya dengan lebih mendalam selain mengenali diri saya sendiri," kata penyanyi mula dikenali menerusi lagu Kembali Bersama itu lagi.

Cukup masyhur dengan lagu Izinku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik nukilan Sulu Sarawak, Kaer menggambarkan dirinya kini cukup matang dalam penghasilan muzik.

Mula muncul dengan album perdana, Menjelma pada tahun 2007 dan kemudian album susulan, A New Chapter, tahun lalu, Kaer benar-benar teruja dan gembira dengan sambutan yang diterima terhadap album-albumnya.

Biarpun dia tidak berada di Malaysia setiap masa untuk mempromosikan album-albumnya secara menyeluruh tetapi dia bersyukur dengan penerimaan positif daripada peminatnya terutama dari Singapura dan Brunei.

Kaer bagaimanapun mengakui bahawa ramai yang bagaikan tidak menyedari kemunculan album A New Chapter lantaran lagu-lagu di dalam album tersebut tidak mendapat perhatian stesen radio.

"Sudah tentu saya berasa sedih apabila lagu-lagu saya tidak dimainkan di radio. Hanya Izinku Pergi sahaja yang kerap dimainkan dan saya berterima kasih kerana mereka terus memainkan lagu itu.

"Bagi saya, dalam zaman ini, ia ibarat mukjizat seandainya lagu-lagu artis tempatan dimainkan di radio tempatan. Saya sendiri pun sudah beberapa kali menghantar lagu-lagu saya tetapi malangnya, tiada respons yang diterima.

"Daripada saya duduk bersedih, lebih baik saya teruskan hidup. Saya pun kini dalam proses untuk menyiapkan album ketiga saya yang dijangka berada di pasaran sekitar bulan Mei ini," jelas Kaer yang cukup menggemari lagu Pokok dendangan Meet Uncle Hussain dan Hazama yang disifatkannya sebagai sebuah karya unik.

Mencari protege

Sebagai kelainan, untuk bingkisan terbarunya itu, Kaer menjelaskan kali ini dia menghasilkan lagu dan liriknya sendiri kerana mahu menonjolkan sisi lainnya sebagai seorang karyawan.

Malah konsep muziknya juga berbeza dengan apa yang pernah dipersembahkan menerusi Menjelma dan A New Chapter yang mana muziknya disuntik dengan elemen baru.

Hanya memuatkan lima buah lagu sahaja, untuk mendapatkan hasil terbaik, Kaer telah menggunakan khidmat Audi Mok dan Omar K untuk penggubahan lagu serta aspek penerbitan album.

Dalam masa yang sama, Kaer juga kini dalam misi mencari bakat-bakat baru untuk diserapkan dalam syarikatnya, Sphinx Flame.

"Saya melihat banyak bakat baru dalam arena muzik hari ini dan saya mahu memberi peluang serta platform kepada mereka untuk mengembangkan bakat seni mereka.

"Sudah pasti saya mencari mereka yang memiliki bakat tersendiri dan unik tanpa dibayangi mana-mana penyanyi popular. Lebih bagus jika mereka mampu menghasilkan muzik mereka sendiri.

"Namun saya lebih bersikap terbuka kepada mana-mana yang berminat kerana saya mengutamakan bakat. Mereka yang mahu mencuba nasib, bolehlah menghantar demo kepada saya di wankaer2@yahoo.com," kata pemilik ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian perniagaan itu lagi.

Kemenangan besar

Posted:

Kemenangan besar <i>The Artist</i>

Kemenangan besar The Artist

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

BIARPUN berdepan dengan saingan yang cukup sengit daripada pencabar lain, ternyata kualiti dan nilai estetika yang dimiliki oleh filem The Artist melangkaui segala-galanya.

Dengan hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Anugerah Academy Ke-84 berlangsung, The Artist terus menguasai musim anugerah ini apabila memenangi tujuh trofi dalam Anugerah Akademi Seni Filem dan Televisyen British Ke-65 (BAFTA) yang berlangsung di London, England, baru-baru ini.

Filem bisu hitam putih itu dianugerahkan sebagai Filem Terbaik dengan menewaskan empat filem lain termasuk pencabar terdekatnya, The Descendants selain Drive, The Help dan Tinker Tailor Soldier Spy.

Pengarahnya, Michel Hazanavicius pula menebus kekecewaannya apabila memenangi Pengarah Terbaik selepas gagal memiliki gelaran itu pada Anugerah Golden Globe Ke-69 apabila tewas kepada Martin Scorsese yang memenanginya menerusi filem Hugo.

Bukan itu sahaja, Hazanavicius juga memenangi kategori Lakon Layar Asal Terbaik untuk filem tersebut yang telah mengundang sedikit kejutan pada majlis penganugerahan itu.

"Saya benar-benar terkejut dengan kemenangan ini. Sejak The Artist muncul, saya telah menerima pelbagai komen sehingga ada yang mengatakan filem ini tidak mempunyai skrip hanya kerana para pelakonnya tidak melontarkan dialog.

"Jadi, nampaknya orang Inggeris cukup bijak menilai. Untuk itu, saya ucapkan tahniah kepada anda semua," ucap Hazanavicius sambil merujuk kepada tetamu yang memenuhi segenap ruang Royal Opera House di London yang disambut dengan hilai tawa dan tepukan gemuruh.

Selain Filem, Pengarah dan Lakon Layar Asal Terbaik, The Artist yang dicalonkan dalam 12 kategori dalam acara itu juga diiktiraf dalam kategori teknikal seperti Skor Muzik Asal, Sinematografi dan Rekaan Kostum Terbaik.

Pelakon utama The Artist, Jean Dujardin pula mengulangi kejayaannya di Golden Globe dan Screen Actors Guild apabila menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik.

Kemenangannya untuk kategori yang turut mencalonkan George Clooney, Michael Fassbender, Gary Oldman dan Brad Pitt itu ternyata mengejutkan Dujardin yang sebelum ini bukanlah nama besar di pentas perfileman antarabangsa.

"Untuk berada di dalam kelompok mereka yang terbaik dan hebat seperti mereka ini adalah satu penghormatan buat saya. Apatah lagi untuk menerima pengiktirafan sebesar ini.

"Sesungguhnya saya benar-benar terkejut dan terharu. Malah saya berbangga untuk berada bersama-sama dengan mereka yang cukup berbakat ini.

"Bagi saya, ini juga adalah kemenangan untuk filem The Artist yang merupakan sebuah karya kecil tetapi jiwanya cukup besar. Cintanya bersifat universal," jelas Dujardin yang berusia 39 tahun itu dengan penuh makna sekali.

Dengan kemenangan itu, Dujardin kini diletakkan sebagai calon utama untuk memenangi Oscar pada acara berprestij yang berlangsung pada 26 Februari ini.

Sementara itu, seperti yang diramal, Meryl Streep menjulang gelaran Pelakon Wanita Terbaik untuk wataknya sebagai bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher menerusi filem The Iron Lady.

Biarpun ditentang hebat oleh dua aktres yang dilihat sebagai pencabar terdekatnya iaitu Viola Davis yang dicalonkan untuk filem The Help dan Michelle Williams (My Week With Marilyn), ternyata aura Streep sukar digugat.

Anggun menyarungkan busana serba hitam rekaan Vivienne Westwood, Streep memberitahu audiens dia sememangnya cukup berbangga dengan penghasilan filem tersebut.

Apatah lagi, dia juga mengakui mempunyai keturunan British lantas filem The Iron Lady begitu dekat dengan dirinya.

"Sebahagian daripada diri saya adalah Streep dan selebihnya adalah keturunan Wilkinson dari Linconlshire. Sememangnya saya seperti ditakdirkan untuk membawa watak figura hebat seperti Margaret.

"Jujurnya juga, saya gemar melakonkan watak wanita seperti ini. Sekurang-kurangnya mereka yang begitu sukar untuk difahami karakternya ini memberi peluang untuk saya menterjemahkannya ke layar perak," katanya lagi.

Sudah pasti, Streep ada sebab tersendiri untuk meraikan kemenangannya dalam anugerah itu kerana ia merupakan trofi keduanya untuk Pelakon Wanita Terbaik selepas kali terakhir memenanginya 31 tahun lalu.

Pada tahun 1981, Streep memenangi trofi BAFTA pertamanya untuk filem The French Lieutenant's Woman dan dicalonkan sebanyak 14 kali sebelum ini.

Malam gemilang itu juga menyaksikan kemenangan berulang buat Octavia Spencer dan Christopher Plummer yang masing-masing memenangi Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik bagi filem The Help dan Beginners.

Walaupun tewas kepada Hazanavicius untuk gelaran Pengarah Terbaik, Scorsese nampaknya tidak berasa ralat apabila menerima pengiktirafan tertinggi iaitu The 2012 BAFTA Film Awards Fellowship.

Pengiktirafan tersebut diberikan kepada individu yang telah memberikan sumbangan terbesar dalam dunia perfileman. Antara nama hebat yang pernah diiktiraf dengan gelaran itu termasuklah Charlie Chaplin, Alfred Hitchcock, Steven Spielberg, Sean Connery dan Elizabeth Taylor.

Penerima lain adalah Stanley Kubrick, Anthony Hopkins, Laurence Olivier, Judi Dench and Vanessa Redgrave dan Christopher Lee.

"Ia merupakan satu penghormatan buat saya untuk diiktiraf oleh Akademi British dan bersama-sama dengan kelompok mereka yang telah memberikan sumbangan terbesar dalam dunia seni," ucap Scorsese sewaktu menerima trofinya.

BAFTA juga tidak melupakan warga seni British apabila mengiktiraf filem Tinker Tailor Soldier Spy sebagai Filem British Terbaik menewaskan empat karya lain iaitu My Week With Marilyn, Senna, Shame dan We Need To Talk About Kevin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Celebrity News

sumber :-

Celebrity News


Gossip Gambar Aril Beli Cincin Untuk Seseorang

Posted: 16 Feb 2012 09:32 AM PST

ARIL YANG DIKATAKAN SEDANG MEMBELI CINCIN

Kisah bekas artis kelahiran Akademi Fantasia bernama Khairil Azam Pilus atau Aril, kini kembali lagi tetapi ia bukan cerita sedih namun wajah gembira tampak diwahaj artis ini. Dikhabarkan Aril sedang memilih dan membeli sebentuk cincin khas untuk seseorang.

Namun Untuk siapa masih menjadi tanda tanya kepada sesiapa yang melihat gambar diatas.Menurut blog OHBULAN Aril sedang membeli cincin khas untuk memujuk kekasih lama dan jika berjaya beliau akan bertunang dengan bekas kekasihnya. Dan untuk pengetahuan anda harga cincin tersebut mencecah RM4 ribu lebih.

Tetapi hari ini Aril tampil dengan jawapan ini :

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 27, berkata dia tidak membeli cincin tersebut seperti yang didakwa, sebaliknya sekadar melihat untuk dibelikan buat ibunya.

"Memang saya ada menyimpan niat dan hasrat untuk bertunang tetapi bukan sekarang. Ia adalah dakwaan mengarut dan tidak berlaku pun.

"Saya hanya melihat cincin tersebut di kedai dan mempertimbangkan untuk membelinya sebagai simpanan bagi kegunaan pada masa akan datang.

"Itu tidak bermakna saya hendak bertunang. Bagaimana pula saya hendak bertunang sebab tiada calon kekasih buat masa ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

K
etika ditanya mengenai hasratnya untuk bertunang, Aril berkata sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, selepas kematian abangnya, penyanyi Izwan Pilus pada 20 Januari lalu, sudah tentu ibu bapanya teringin untuk melihat dia melangkah ke alam perkahwinan.

"Sebelum ini saya memang ada kekasih tetapi kami sudah berpisah kerana tiada persefahaman. Walaupun saya berniat untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, saya lebih selesa serahkan urusan itu pada ibu.

"Biarlah ibu buat pilihan yang terbaik sebab pada waktu ini saya memang tiada teman istimewa," katanya.

Susulan gosip itu, Aril mengakui niatnya yang mahu bergurau dengan merakamkan gambar dia memegang cincin tersebut telah membawa padah sehingga memaksa dia menjelaskan segala kekeliruan yang timbul.

"Saya akui ini kesilapan paling dangkal yang saya pernah buat. Walhal, tujuan saya dan seorang kawan merakamkan gambar itu adalah untuk suka-suka sebagai simpanan saja.

"Tak sangka pula ia tersebar dan mencetuskan spekulasi begini. Jenuh juga saya hendak menjelaskan perkara sebenar. Saya harap semua pihak faham dengan penjelasan ini," katanya.

ZOOM : Yer je la Aril...kalau betul pun apa salahnya....carilah seseorang yang pandai menjaga hati sendiri dan keluarga. Insyallah anda akan bahagia...apa pula kata anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Arwah Razak , DJ IKIM FM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Posted: 16 Feb 2012 09:21 AM PST



Ini berita yang baru ZoOM baca mengenai DJ Razak IKIMfm yang meninggal dunia akibat kemalangan, marilah kita sama-sama sedekahkan surah AL-Fatihah untuk beliau.

AL-FATIHAH

Dan Berita Mengenai Kemalangan Beliau dibawah 


IKIMfm menerima berita yang menyedihkan di awal pagi tadi apabila penyampainya Dj Abdul Razak Arbain telah menyambut panggilan ilahi. Beliau dikatakan terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lagi motosikal. Difahamkan menjadi rutin arwah untuk menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi dengan motorsikalnya. Beliau meninggal dunia dalam usia 46 tahun.

Arwah yang merupakan Juruhebah Sambilan di IKIMfm telah berkhidmat sejak 3 Julai 2006. Sebelum berkhidmat di IKIMfm, beliau merupakan anggota tentera dan pernah ditempatkan di beberapa kem tentera seperti di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Rasah, Kem Wira Waja Janda Baik dan
lain-lain. Beliau juga pernah bertugas sebagai juruhebah Radio Kementah (Mindef) di Cawangan Perhubungan Awam(PR).


Arwah Razak cukup disenangi peminat kerana begitu mesra melayan setiap panggilan dan permintaan pendengar. Beliau seorang yang tidak lokek senyum dan amat mesra dengan setiap orang ditemui. Di kalangan rakan sekerja, beliau merupakan rakan yang suka menolong dan membantu orang lain, walaupun ada ketikanya menyusahkan diri beliau sendiri.

Setiap kali pertolongan diperlukan dari beliau, jarang beliau membantah atau memberi alasan tidak mampu melaksanakannya melainkan beliau menghulurkan bantuan dengan sepenuhnya. Ini diakui sendiri oleh Pengarah Radio IKIMfm, Encik Nik Roskiman Abdul Samad, bahawa arwah adalah antara rakan sekerja yang terbaik dan sentiasa mudah mengikut arahan.

Arwah juga sentiasa ikut serta turun padang bersama para penyampai IKIMfm yang lain. Terbaharu dan terakhir ialah apabila beliau bersama dalam program Bonanza Amal Hope 2 Walk di Muzium Negara, program anjuran Islamic Aid Malaysia dan IKIMfm dalam mencari dana membantu adik Annur yang mengidap Celebral Palsy.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar untuk IKIMfm dan bukan sahaja ditangisi oleh rakan sekerja tetapi oleh ribuan pendengar setia IKIMfm dan peminat beliau yang sentiasa ternanti-nanti kemunculan beliau di ruang udara.

Beliau yang dilahirkan pada 13 Mac 1966 meninggalkan seorang balu, Rosnani binti Haji Dali dan tiga orang anak, 2 perempuan dan seorang lelaki.

Moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Abdul Razak Arbain dan menempatkan rohnya bersama orang-orang solihin. Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah untuk almarhum.
dari FB Ikim.FM...
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Komen Ziana Zain Mengaku Guna Kolagen Mencantikan Wajah

Posted: 16 Feb 2012 09:07 AM PST

SELEPAS

Tanpa berselindung, Ziana Zain yang cukup berseri-seri mengakui bahawa dia telah mendapatkan nasihat doktor pakar kecantikan bagi meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu di wajahnya.

"Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat. 
"Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai," katanya tanpa berselindung.

Sedar kecantikannya semakin dimamah usia, Ziana Zain bagaimanapun memilih sikap berhati-hati sebelum mendapatkan suntikan tersebut kerana gusar sekiranya memberi kesan sampingan bukan saja kepada raut wajahnya, malah juga kesihatan.

SEBELUM

Jelas Ziana, dia mengambil masa yang agak lama untuk yakin dengan suntikan kolagen, meskipun beberapa individu yang rapat dengannya termasuk doktor kosmetiknya dan adiknya Anuar Zain, telah lama menasihatinya untuk mendapatkan suntikan berkenaan.

"Saya sedar, pada zaman sekarang ramai wanita yang berusia 20-an pun sudah berani membuat suntikan, tetapi tidak buat saya. 
"Sebelum membuat suntikan, saya terlebih dahulu banyak membaca berkenaan kelebihan serta keburukan suntikan kolagen termasuk juga jenis-jenisnya. Ada yang datang dari kategori A, B, C dan saya bukannya suka-suka mengambilnya. 
"Saya perlu tahu kandungan di dalam kolagen. Bagaimana ada sesetengah individu yang telah mendapat kesan yang berbeza. Ada juga yang tidak menjadi apabila suntikan itu dikenakan pada wajah mereka. Semua itu saya perlu ambil tahu puncanya. 
"Malah selepas menerima suntikan ini tahun lalu, saya menunggu beberapa bulan untuk melihat kesannya dan selepas saya tahu kesannya sangat baik buat saya, barulah saya berani bercerita mengenainya kepada orang luar seperti sekarang," katanya bersungguh-sungguh.

T
idak perlu terbang jauh ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan suntikan berkenaan, sebaliknya percaya dengan kebolehan doktor pakar kecantikan tempatan yang ditemui di ibu negara.

Tidak perlu juga berbelanja ratusan ribuan ringgit, terang Ziana Zaian, suntikan yang diambilnya itu dibayar pada harga sangat berpatutan, apatah lagi kesannya akan kekal untuk jangkamasa dua tahun lamanya.

"Saya tidak mensyorkan kepada sesiapa, tetapi cukuplah saya katakan tepuk dada tanyalah selera. Saya tahu apa yang saya lakukan dan saya rasa suntikan kolagen ini sudah biasa diamalkan dalam kehidupan masa kini. 
"Jadi saya tak rasa ianya akan menjadi perkara besar bila saya menggunakannya. Alhamdulillah selepas menggunakannya wajah saya tampak segar, kulit muka saya kembali tegang dan ianya nyata telah mengembalikan keremajaan saya. 
"Tidak bermakna pula saya melupakan rawatan tradisioanl lain kerana bagi saya ianya tetap penting bagi penjagaan dalaman. Jika anda berusia 40-an barulah anda faham kepentingannya. Apa yang penting saya lebih berkeyakinan," katanya.


Credits: murai.com.my

ZoOM : APa-apalah akak Ziana Zain ku....asal ia tidak memudaratkan, jangan nanti ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan macam Tuttttt yang rosak dan pecah tu. Namun jika ada diantara pembaca yang arif mengenei pengambilan Kolagen ni marilah berkongsi bersama pembaca di ZoOMartis.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Lirik Lagu Hatiku Milikmu – Nera AF9

Posted: 16 Feb 2012 06:04 AM PST


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Gossip Raja Azura Atau Kak engku Kembali Kepada Bekas Suami Adzmin Osman

Posted: 15 Feb 2012 06:57 PM PST


Ini berita terbaru yang ZOoM baca mengenai Raja Azura atau nama glamour Kak Engku,Gossip panas mengenai penyampai radio Sinar FM yang dikatakan sudah kembali kepada bekas suami. Namun empunya diri tampil dengan jawapan berikut apabila ditanya oleh wartawan mengenai kisah hubungan beliau dengan bekas suami :
"Peluang (kepada bekas suami) sudah diberikan sebelum ini tetapi... Saya sudah malas hendak fikir lagi mengenai perkara itu.

"Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Lagipun saya sibuk dengan anak-anak dan kerja. Perkara lain tidak menjadi keutamaan saya," ujarnya kepada mStar Online di pada majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di sini, Rabu.
INSYALLAH....

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan kononnya dia dan bekas suaminya sering dilihat bersama dan berpegang tangan, Kak Engku berkata, ia adalah semata-mata untuk mengaburi mata anak-anaknya yang masih kecil dan tidak mengetahui perceraian tersebut.
GAMBAR BERSAMA ANAK-ANAK

Tambahnya, walaupun telah bercerai dia dan bekas suami masih berkawan baik demi anak-anak mereka yang sedang membesar.

"Saya akui ada memegang tangan Adzmin di khalayak sewaktu keluar bersama anak-anak. Tetapi itu hanya untuk menjaga hati mereka yang masih kecil. Anak-anak tidak mengetahui mengenai penceraian tersebut," katanya.
KISAH PENCERAIAN KAK ENGKU DI MUKA HADAPAN AKHBAR

Bagaimanapun ujar kak Engku, dia tidak menolak seandainya suatu hari nanti akan berbaik-baik semula dengan bekas suaminya jika masih mempunyai jodoh.
"Walaupun sudah tidak mengharapkan apa-apa namun saya tidak menolak jika bertemu jodoh dengannya suatu hari nanti. Tetapi situasi sekarang sudah cukup membuatkan saya gembira," ujarnya.

KETIKA GOSSIP PANAS PENCERAIAN

Raja Azura dan Adzmin berpisah pada 28 September 2010 selepas hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,10, Megat Luqman Hakim,9, dan Puteri Mkia Maizurah, 6. Adzmin merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman A
 DISAAT BAHAGIA DI PELAMIN..

ZoOM : Mendoakan semoga hubungan Kak Engku dan bekas suami akan bersatu semula demi anak-anak.Sama-samalah kita doakan kebahagian Kak Engku..Insyallah.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Shakira Digigit Singa Laut | Gambar Shakira Digigit Singa Laut

Posted: 15 Feb 2012 05:44 PM PST

Berita terbaru mengenai penyanyi Hollywood yang dikhabarkan digigit ketika mengambil gambar anjing laut disebuah Zoo di Cape Town. Dan Berikut berita mengenai artis seksi dan hot daripada Hollywood ini mengenai kisah beliau digigit oleh anjing laut :

Penyanyi lagu Hips Don't Lie itu memuat naik gambar-gambar insiden yang berlaku ketika dia sedang bercuti pada hujung minggu lalu di Cape Town, Afrika Selatan itu di dalam blognya. 

 
"Pada tengah hari ini saya melawat beberapa ekor singa laut dan anjing laut di zoo. Saya teringin untuk mengambil gambar-gambar haiwan itu kerana kecomelan mereka, lalu saya cuba mendekati mereka dengan menuruni kawasan batuan di situ.

"Secara tiba-tiba, seekor singa laut melompat keluar dari air dan menuju ke arah saya dengan jarak antara kami hanya satu kaki sahaja. Ia merenung tajam dengan wajah yang bengis, mengaum dalam keadaan yang marah dan cuba menggigit saya.


"Semua pengunjung termasuk saya menjerit ketakutan. Saya terpaku dan tidak mampu untuk bergerak pada saat-saat cemas itu sementara abang saya 'Super Tony' datang mengalihkan saya daripada haiwan itu. Tangan dan kaki saya bercalar kerana terlanggar batu ketika mahu melindungi diri daripada diserang.

"Saya percaya haiwan itu keliru dengan bayangan telefon bimbit Blackberry yang saya gunakan untuk mengambil gambar dan menyangka ia adalah ikan. Ia sangka saya mengusiknya dengan makanan," katanya dalam entri blog itu.

Tidak lama selepas itu, Shakira memuat naik pula gambarnya bersama beberapa ekor penguin di dalam blog yang sama. Dia menulis: "Hari ini saya bergambar dengan beberapa penguin yang lebih peramah!" -


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Himpunan Kisah Sensasi

sumber :-

Himpunan Kisah Sensasi


Awal Ashaari Putus Asa Untuk Jadi Penyanyi

Posted: 15 Feb 2012 05:43 PM PST

awal Awal Ashaari Putus Asa Untuk Jadi Penyanyi

SUBANG JAYA: Pengacara Awal Ashaari sudah berputus asa dalam usaha mengembangkan kerjaya nyanyiannya akibat kegagalan 'single' lagu pertamanya, Memori.

'Single' itu diterbitkan pada awal 2010.

Awal berkata, hal tersebut membuatkan dia sedar kerjaya nyanyian tidak sesuai dengannya melainkan berlakon dan mengacara.

"Sejujurnya, saya dah putus asa untuk meneruskan kerjaya di bidang nyanyian dan serik untuk muncul dengan lagu baru.

"Mungkin juga karier seni nyanyian tidak sesuai dengan jiwa saya. Jadi buat macam mana sekalipun, hasilnya tetap sama.

"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya saya cuba melakukan sesuatu yang baru walaupun ia tidak berjaya," katanya.

Tambah Awal, antara sebab lain Memori kurang mendapat sambutan menggalakkan apabila ia kurang dipromosikan dengan meluas.

Walaupun gagal dalam nyanyian, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang sebagai seorang pengacara dan pelakon.

Kekasih pelakon Scha Al-Yahya ini berkata, pada tahun ini dia akan lebih memberi fokus dalam bidang lakonan memandangkan dia banyak memberikan komitmen sebagai pengacara pada tahun lalu.

"Ramai yang anggap saya dah tak berlakon sedangkan saya masih lagi menerima tawaran lakonan jika jadual kosong. Harap-harap, tahun ini murah rezeki saya, Insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu, Awal dan Scha bakal melangsungkan pernikahan mereka pada pertengahan tahun ini dan masih lagi mencari tarikh yang sesuai untuk majlis berkenaan.

///mstar///

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

macam macam hiburan terkini

sumber :-

macam macam hiburan terkini


Hubungan Cinta Tiz Zaqyah & Remy Ishak Belum Berakhir

Posted: 15 Feb 2012 06:03 AM PST






PETALING JAYA: Pelakon jelita Tiz Zaqyah menjelaskan dakwaan kononnya hubungan cintanya dengan aktor Remy Ishak sudah berakhir hanyalah sekadar gosip semata-mata.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 23, berkata spekulasi berhubung keretakan hubungan mereka yang dikatakan berlaku sekitar dua minggu lalu itu mula tersebar di Twitter dan Internet ekoran salah faham pengikut laman sosial kedua-dua artis tersebut.

"Ia hanya khabar angin dan gosip. Hakikatnya, tiada apa yang berlaku antara kami.

"Spekulasi yang mendakwa hubungan kami berakhir baru-baru ini adalah salah faham daripada orang ramai sehingga menyebarkan perkara yang tidak berasas itu," katanya kepada mStar Online.

Tiz ditemui pada majlis pra tonton filem terbarunya Cinta Kura-Kura yang berlangsung di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, di sini, malam Selasa.

Pihak media sebelum ini gagal mendapatkan Tiz mahupun Remy bagi mengulas khabar angin tersebut kerana kedua-dua mereka dipercayai mengelak untuk memberi komen mengenai hal berkenaan.

Malah mereka juga tidak menjawab panggilan telefon dan kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diajukan berhubung desas desus itu.

Ketika diminta menjelaskan secara terperinci mengenai kesahihan dakwaan berkenaan, Tiz bagaimanapun enggan untuk mengulas mengenainya.

"Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana tuduhan itu tidak berlaku.

"Apa yang terpampang dalam kemas kini akaun Twitter milik saya sebelum ini tiada kaitan dengan hubungan kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang melonjak naik menerusi drama bersiri Nur Kasih ini, berkata pengalaman membintangi filem sulung arahan Nizam Zakaria itu mencabar dan menyeronokkan.

Tiz yang bergandingan dengan aktor Aeril Zafrel, Zizan Razak dan Fizz Fairuz dalam filem tersebut mengakui berhadapan kesukaran untuk berkomunikasi dengan kura-kura sepanjang penggambaran berlangsung.

"Ini adalah pengalaman pertama saya perlu berkomunikasi dengan haiwan iaitu kura-kura di dalam filem.

"Ia adalah proses yang rumit dan mencabar serta menuntut imaginasi yang tinggi bagi membayangkan watak-watak yang tidak wujud di depan mata," katanya

Aliff Aziz Mengaku Intim Dengan Anne Ngasri Sebulan Lalu

Posted: 15 Feb 2012 06:01 AM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz menjelaskan keintimannya dengan pelakon Anne Ngasri sejak sebulan lalu bertitik-tolak daripada sikap prihatin dan mengambil berat aktres itu terhadapnya yang kini menetap sendirian di negara ini.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 21, berkata sejak dia berhijrah ke Malaysia bagi mengembangkan kerjaya nyanyian, Anne banyak membantu selain menjadi teman bercerita ketika mengisi kesunyian.

"Saya akui rapat dengannya (Anne). Dia sangat baik dan mengambil berat terhadap saya. Sejak pindah ke Kuala Lumpur, saya tinggal bersendirian. Selain pekerja di Sony Music, Anne dan keluarganya yang mengisi kesunyian dan membantu saya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sini.

"Sikapnya yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya untuk fokus dan bekerja keras menyebabkan saya selesa," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai Anne yang berstatus ibu tunggal itu Aliff berkata, perkara tersebut bukan satu isu yang boleh menghalang mereka daripada berkawan.

"Sejak dulu saya mudah tertarik pada wanita yang lebih berusia dan matang. Saya masih muda dan memerlukan teman yang bukan sahaja mengambil berat malah turut membimbing saya menjadi lelaki yang lebih baik.

"Dia seorang wanita yang positif dan saya belajar banyak perkara daripadanya sejak kami rapat. Saya boleh merasai keserasian itu setiap kali kami bersama. Keluarga kami juga tiada sebarang halangan," katanya.

Diusik mengenai reaksinya berhubung dakwaan orang ramai yang kerap melihat mereka keluar berdua-duaan, Aliff berkata dia tidak kisah dilihat bersama kerana ia adalah lumrah kehidupan selebriti yang sering menjadi perhatian umum.

"Sebagai selebriti sudah tentu orang akan kenal pada kita, jadi tidak perlulah saya hendak menafikan atau menyorok kerana ia bukan perkara yang buruk.

"Ia bukan halangan untuk kami keluar makan atau menonton wayang bersama seperti yang didakwa. Saya tidak melihat persahabatan kami sebagai satu masalah atau isu pun," katanya.

Sempat diusik mengenai perkembangan kes kontroversi antara dia dan pelakon Zarina Anjoulie yang tercetus baru-baru ini, Aliff menegaskan dia tidak akan memberikan sebarang penjelasan berhubung isu tersebut buat masa ini dan hanya akan tampil menjawab kontroversi itu pada waktu paling sesuai kelak.

"Orang boleh cakap apa sahaja tentang kes itu tetapi saya tidak akan memberi penjelasan pada waktu ini. Syarikat rakaman Sony Music sedang meneliti kes ini dan apabila sampai waktu saya akan umumkan kepada semua.

"Namun, itu tidak bermakna saya seorang yang pengecut atau mahu lari daripada masalah. Saya lelaki yang tidak akan lari daripada masalah yang melibatkan saya. Cuma kena tunggu waktu yang sesuai," katanya.

Sharnaaz Selesa Ditemani Keluarga Shila Untuk Berdating

Posted: 15 Feb 2012 06:00 AM PST



KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui tidak pernah keluar secara berdua-duaan dengan kekasihnya, penyanyi Shila Amzah sejak menjalinkan hubungan cinta kira-kira dua bulan lalu.

Sharnaaz sebaliknya berkata, sejak awal perkenalan lagi mereka sering ditemani oleh ahli keluarga Shila jika hendak ke mana-mana.

"Sebelum mengenali Shila pun dia memang ditemani oleh ibunya ke mana sahaja dia pergi dan perkara itu tidak akan berubah hanya semata-mata dia bercinta dengan saya sekarang.

"Kalau kami nak berjumpa dia pasti akan ditemani oleh ibu atau adiknya dan saya tidak mempunyai masalah mengenai perkara itu," ujarnya.

Sharnaaz ditemui ketika majlis sidang media telefilem Patah Seribu arahan Michael Ang di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia tidak pernah berasa terkongkong dengan situasi tersebut sebaliknya merasakan ia adalah peluang kepadanya untuk mengenali ahli keluarga Shila.

Sharnaaz memberitahu, dia senang dengan situasi berkenaan selain dapat merapatkan hubungan mereka.

"Setakat ini tidak pernah timbul isu kami rasa tidak selesa dengan kehadiran ahli keluarga jika kami hendak ke mana-mana malah saya berasa selesa keluar 'dating' bersama-sama ibu dan ahli keluarganya yang lain kerana ia dapat mendekatkan hubungan kami," ujarnya.

Malah katanya, ibu Shila yang mesra dikenali sebagai Kak Zie itu banyak menasihati mereka jika mempunyai sebarang masalah.

Ditanya penerimaan bapa Shila iaitu penyanyi, ND Lala mengenai hubungan cinta tersebut, Sharnaaz berkata, penyanyi itu menerimanya dengan baik namun meletakkan batas dalam pergaulan mereka.

"Alhamdulillahlah bapa Shila menerima saya dengan baik tetapi sebagai seorang ketua keluarga saya faham bahawa dia (ND Lala) perlu meletakkan sedikit jurang dan tegas dalam melindungi anak gadisnya.

"Saya hormati prinsipnya dan menyedari batas-batas pergaulan yang perlu dijaga supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari," ujarnya.

Panas baran

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia senang dengan Shila kerana wanita berusia 22 tahun tersebut banyak mengajarnya mengenai erti bersabar ekoran sikapnya yang panas baran.

Katanya, belum pernah ada individu yang berjaya meredakan sikap buruknya itu melainkan Shila dan situasi itu menambahkan keyakinan bahawa wanita tersebut sesuai dengannya.

"Dia seorang yang sangat penyabar dalam semua perkara dan saya pula berbeza dengannya. Namun dia berjaya mengubah saya menjadi seorang yang lebih tenang dalam semua perkara," katanya.

Dalam perkembangan lain, pasangan bercinta itu bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Patah Seribu pada 23 Februari ini. Ia akan disiarkan pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria.

Selain Sharnaaz dan Shila, drama tersebut turut dijayakan oleh Sharifah Shahora, Amar Baharin, Jihan dan Reza Mohd.

Rita Rudaini Tuntut Pemilik Twitter Mohon Maaf Kerana Menghina

Posted: 15 Feb 2012 05:59 AM PST




PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menuntut seorang pemilik Twitter @bob_azuan segera membuat permohonan maaf kepadanya kerana menghina, memfitnah serta memalukannya melalui laman Twitter akaun tersebut.

Rita berkata, tindakan individu itu benar-benar menjatuhkan maruahnya kerana turut terlibat untuk campur tangan dalam krisis rumah tangga yang sedang dihadapinya ketika ini.

"Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf kepada saya dengan seberapa segera.

"Saya telah diaibkannya dengan kata-kata kesat berbau penghinaan menerusi komen-komennya dalam Twitter berkenaan," katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini, Selasa.

Rita diminta mengulas tindakan seorang individu yang menggunakan identiti @bob_azuan melemparkan kata-kata aib terhadapnya termasuklah menggelar Rita dengan perkataan "Ritaik".
Antara kata-kata individu yang dikenali sebagai bob_azuan terhadap Rita Rudaini. Bagaimanapun akaun tersebut telah dipadamkan pada pagi Selasa.

Pemilik Twitter tersebut turut memberi komen untuk mendedahkan kisah Rita bagi tujuan memalukannya selain menggunakan gambar adik ipar pelakon tersebut iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai gambar profil Twitter berkenaan.

Rita berkata individu tersebut mendakwa bekerja sebagai jurugambar sebuah syarikat produksi yang turut merakamkan gambar Zaquan Adha dan isterinya pelakon Ayu Raudhah ketika menjalani penggambaran drama di Sabak Bernam awal bulan ini.

Rita yang mendakwa mengenali pemilik Twitter berkenaan memberitahu, individu itu telah memohon maaf kepadanya melalui seorang kawan dan telah menutup akaun Twitter tersebut selepas mendapat kritikan daripada peminat-peminat yang melahirkan perasaan marah dengan tindakan itu.

"Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia kawan kepada pasangan Aidil Zaquan dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur masalah rumah tangga saya," katanya.
Zaquan Adha (kanan) dan isterinya Ayu Raudhah (dua dari kanan) turut bergambar bersama dua pelakon ketika penggambaran sebuah drama di Sabak Bernam awal Februari ini. Gambar dipetik daripada akaun Twitter milik Zaquan Adha.

Sementara itu Zaquan Adha dalam Twitter miliknya tidak mengulas panjang mengenai perkara itu sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyangka kononnya dia telah menyamar menjadi @bob_azuan.

"Terima kasih di atas andaian anda. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui kebenaran. Tak perlu nak meraih simpati orang," katanya menerusi entri pada pukul 12.36 tengah hari, Selasa.

Masalah rumah tangga Rita dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang juga kembar kepada Zaquan Adha masih belum selesai apabila suaminya itu telah keluar rumah dan tidak pulang sejak awal Januari lalu.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia sepuluh bulan.

Shahrizal Jaszle Buat Hal Di Lokasi 'Atas Nama Cinta'

Posted: 15 Feb 2012 05:56 AM PST



PETALING JAYA: Penggambaran drama Atas Nama Cinta yang dijalankan di Perth, Australia pada awal Januari lalu berhadapan dengan cabaran apabila berlaku pelbagai masalah melibatkan pelakonnya, Shahrizal Jazle atau sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jaszle.

Pengurus Produksi, Zeel Production, yang dikenali Fendi London berkata, antara masalah tersebut ialah kesukaran Shahrizal memenuhi jadual penggambaran dan juga pernah tertinggal kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Perth.

"Memang kami sering berhadapan masalah masa dengan Shahrizal lebih-lebih lagi dia sukar untuk bangun pagi kerana mempunyai masalah sukar tidur malam.

"Justeru itu, jika penggambaran bermula di waktu pagi, pihak produksi perlu mengingatkannya sebelum tidur.

"Ada kalanya dia tepati masa, ada kalanya dia 'terbabas' dua hingga tiga jam," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Fendi, Shahrizal juga perlu diawasi kerana sering menghilangkan diri apabila bertukar lokasi.

"Memang karakternya sedikit kebudak-budakan kerana kami perlu mengawasinya. Cuma apa yang bagus tentang Shahrizal, dia tidak akan bersuara jika dimarahi pengarah atas kelewatannya itu. Kami bangga lakonannya juga memuaskan hati semua pihak," ujarnya.
Shahrizal bersama dua pelakon utama 'Atas Nama Cinta', Shah Iskandar dan Fiza.

Bagaimanapun kata Fendi, masalah itu bukanlah perkara besar buat mereka kerana jadual penggambaran dapat berjalan pada waktu yang ditetapkan.

Malah apa yang penting katanya, Shahrizal berjaya menghasilkan mutu lakonan yang amat baik sekali dalam drama bersiri itu.

"Walaupun timbul masalah, ia dapat diatasi dengan baik," jelasnya.

Drama yang menjalani penggambaran selama dua minggu di Australia tersebut turut disertai pelakon utamanya, Shah Iskandar, Fiza (Elite), Tasha Shila dan Aida Aris.

Atas Nama Cinta mengisahkan tentang cinta tiga segi di antara Cinta (Fiza), Ghaz (Shah), Tengku Farezz (Shahrizal) dan Balkish (Tasha Shila).

Cinta dan Ghaz mula berkawan sejak kecil lagi dan sering melindungi Cinta jika diganggu oleh kanak-kanak nakal di kampung.

Kemudian, timbullah bibit-bibit cinta antara kedua-dua mereka. Bagaimanapun cinta mereka tergantung apabila Ghaz dibawa lari oleh keluarga angkatnya ke Perth. Cinta pula ditipu kononnya Ghaz telah meninggal dunia dalam kemalangan.

Selepas 15 tahun berlalu, Cinta berpeluang untuk menyertai sebuah kursus di Perth selama dua minggu lalu bertemu lelaki yang pernah menyelamatkannya dahulu, Tengku Farezz.

Farezz memperkenalkan Cinta kepada teman karibnya, Ghaz. Bermula di situlah, Cinta dan Ghaz merasai sesuatu bahawa mereka pernah mengenali antara satu sama lain.

Drama yang diarahkan oleh Shaffi Khan (episod 1 hingga 6) dan Raja Ahmad Alauddin (episod 7 hingga 24) itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis bermula 13 Februari 2012.

Ia harus ditonton oleh seluruh peminat drama.

Ika Nabila Perjelas Dakwaan Minum Arak

Posted: 15 Feb 2012 05:55 AM PST




PETALING JAYA: Pelakon baru, Ika Nabila berkata dakwaan bahawa dia seorang peminum arak seperti dalam foto yang tersebar di internet merupakan satu fitnah semata-mata.

Ika menjelaskan air dalam gelas tersebut bukanlah minuman beralkohol sebaliknya ia adalah jus sparkling.

Ika yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) berkata, dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak seperti yang digambarkan pada foto berkenaan.

"Sebenarnya air dalam gelas tersebut adalah jus sparkling. Saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar kerana ia hanya dipaparkan dalam gambar profil mesej Blackberry (BBM) saya.

"Dan air itu bukanlah air arak seperti yang disangkakan. Malah, saya bersama Mimi Haris (penyanyi) ketika itu di sebuah pusat karaoke.

"Saya percaya ini perbuatan khianat individu yang tidak berpuas hati dengan saya," jelasnya yang dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Gambar Ika Nabila yang tersebar di internet. Foto Rotikaya.com

Ika berkata demikian ketika mengulas foto yang disebarkan oleh sebuah blog hiburan.

Dalam foto tersebut, Ika bersama rakan-rakannya termasuk Mimi Haris menghadiri sebuah parti sambil memegang gelas yang didakwa alkohol.

Tambah Ika, dia tahu walaupun telah memberikan penjelasan, masih ada orang yang akan percaya perkara yang tidak dilakukannya itu.

"Terpulanglah apa orang nak kata, yang penting saya telah membuat penjelasan dan tahu batas-batas sebagai seorang artis yang perlu dijaga.

"Saya tak tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok tentang saya.

"Bagaimanapun saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan peribadi kita," tuturnya.

Pelakon yang sedang meningkat naik itu kini menjalani penggambaran drama 'Apa Celop' yang bakal disiarkan pada 20 Februari nanti di TV3.

Berlakon, Cara Johan As'ari Berdakwah

Posted: 15 Feb 2012 05:54 AM PST



PETALING JAYA: Pelakon Johan Arrif As'ari, 26, meminta umum tidak memandang skeptikal terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni walaupun berkelulusan tahfiz di negara seberang.

Johan berkata, berdakwah tidak semestinya memerlukan dia memakai jubah atau berkopiah sebaliknya dia menjadikan tanda status pelakon sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej positif.

"Saya bukanlah hebat mana pun kerana hanya berjaya menghafal satu juzuk setengah kitab Al-Quran sahaja.

"Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini," tegasnya.

Johan yang juga merupakan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) dalam kategori Artis Baru Terbaik merupakan pelajar Pondok Persantren As-Syuhada, Pasar Lubok Landai, Muara Bungo, Jambi, Indonesia pada tahun 2008 dan 2009.

Tambah Johan, sebagai seorang pelakon juga, dia tetap menjaga batasannya selain ingin berdakwah kepada golongan anak-anak muda yang leka dengan gejala-gejala sosial.

"Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri.

"Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan," katanya lagi.

Sementara itu, Johan yang baru sahaja selesai penggambaran filem Juvana membuat keputusan untuk berehat untuk beberapa minggu bagi merehatkan badan yang sentiasa memenuhi tawaran lakonan sejak menjadi perhatian menerusi watak Botak dalam drama Juvana yang dilakonkannya pada tahun lalu.

"Sudah tiba masanya untuk saya berehat. Insya-Allah pada bulan Mac nanti saya akan bercuti ke Tokyo, Jepun.

"Kenapa Tokyo? Saya ingin mengenali dunia luar selain ingin merehatkan minda saya buat seketika," tuturnya.

Farhan & Rashdan Kahwin Tahun Depan

Posted: 15 Feb 2012 05:53 AM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi Farhan Azizan, 28, dan Ahmad Rashdan Suhaimi, 28, akan melangsungkan pernikahan pada awal tahun depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di Cafe Flora, AmWalk, di sini, Ahad.

Farhan berkata perhubungan cinta yang agak lama iaitu selama enam tahun itu membuatkan dia dan Rashdan memutuskan untuk menjalinkan ikatan pertunangan sebelum meneruskan ke fasa perkahwinan.

"Buat masa ini, kedua-dua belah pihak keluarga telah bersetuju untuk melangsungkan pernikahan kami pada tahun hadapan, tetapi belum memilih tarikh yang sesuai.

"Majlis resepsi pula akan diadakan di dua tempat iaitu di rumah Rashdan di Kuantan dan Kuala Lumpur pula di pihak saya.

"Jangka masa setahun pertunangan ini dibuat kerana Rashdan baru sahaja memulakan kerjanya sebagai Pengurus Akauntan di syarikat Petronas dan dia ingin mengukuhkan kariernya dahulu sebelum bergelar suami," katanya.
Farhan bersama bakal ibu mertuanya, Faridah Hussin. Foto UTUSAN

Rashdan sebelum ini melanjutkan pengajiannya dan bekerja di United Kingdom (UK) selama tiga tahun.

Pada majlis tersebut, Farhan mengenakan busana rona kelabu dan ungu rekaan Syarakim.

Selain itu, bekas Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu turut menerima sebanyak lima dulang hantaran iaitu sirih junjung, kek cawan, potpurri, buah buahan dan wang hantaran permulaan (mengikut adat keluarga Farhan di Johor).

Manakala Farhan pula membalas tujuh dulang hantaran yang antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, kek, kek cawan, sejadah, coklat dan dua buah kitab Al-Quran.

Tambah Farhan, dia bersyukur apabila perhubungannya dengan Rashdan yang agak lama itu sudah hampir ke fasa perkahwinan walaupun melalui pelbagai dugaan cinta.

"Diakui, bukannya mudah apabila berjauhan, lebih-lebih lagi Rashdan berada di UK selama tiga tahun. Kami menggunakan pelbagai kemudahan untuk berhubung seperti menerusi SMS, Skype, BBM, Yahoo Messenger, Facebook dan sebagainya yang boleh membuatkan kami berkomunikasi.

"Malah kami pernah bergaduh sehinggakan tidak berhubung selama dua bulan, namun perhubungan kami kembali normal selepas Ras

Bekas Kekasih Tak Tahu Awi Rafael Buat Lagu Tentangnya

Posted: 15 Feb 2012 05:51 AM PST






PETALING JAYA: Penyanyi Awi Rafael memberitahu walaupun lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta mengisahkan tentang bekas kekasihnya di Australia begitu popular, namun sehingga kini wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu tidak tahu mengenai kewujudan lagu-lagu tersebut.

Awi yang tidak sangka lagu-lagunya kini menjadi pilihan penggemar-penggemar muzik tempatan berkata, dia berharap agar satu hari nanti bekas kekasihnya itu tahu tentang kewujudan lagu-lagunya itu.

"Ketika saya menetap di Australia dahulu, diakui, bekas kekasih saya itu adalah sebahagian daripada inspirasi buat saya mencipta lagu.

"Begitu juga dengan lagu Pulanglah, Bila Aku Jatuh Cinta dan yang terbaru, Bukankah Aku, ia sudah lama dihasilkan.

"Cuma yang peliknya, sehingga kini, bekas kekasih saya itu tidak tahu pun tentang kehadiran lagu-lagu ini, apatah lagi popular di industri muzik tempatan," katanya.

Bagaimanapun, tambah Awi, memandangkan dia kini kembali solo, ilham lagu-lagu yang dihasilkannya itu datang daripada teman-teman rapat yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

Ditanya pula adakah dia sudah pun menemui seorang wanita yang bertakhta di hati, kata Awi, dia enggan memikirkan tentang cinta buat masa terdekat ini.

"Setakat ini saya mempunyai ramai kawan, tetapi saya masih lagi solo, Saya ingin memberikan fokus sepenuhnya dalam kerjaya buat masa ini.

"Bagaimanapun, andaikata ada yang berkenan di hati, saya tidak menolak,"ujarnya.

Awal Ashaari Putus Asa Untuk Jadi Penyanyi

Posted: 15 Feb 2012 05:49 AM PST



SUBANG JAYA: Pengacara Awal Ashaari sudah berputus asa dalam usaha mengembangkan kerjaya nyanyiannya akibat kegagalan 'single' lagu pertamanya, Memori.

'Single' itu diterbitkan pada awal 2010.

Awal berkata, hal tersebut membuatkan dia sedar kerjaya nyanyian tidak sesuai dengannya melainkan berlakon dan mengacara.

"Sejujurnya, saya dah putus asa untuk meneruskan kerjaya di bidang nyanyian dan serik untuk muncul dengan lagu baru.

"Mungkin juga karier seni nyanyian tidak sesuai dengan jiwa saya. Jadi buat macam mana sekalipun, hasilnya tetap sama.

"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya saya cuba melakukan sesuatu yang baru walaupun ia tidak berjaya," katanya.

Tambah Awal, antara sebab lain Memori kurang mendapat sambutan menggalakkan apabila ia kurang dipromosikan dengan meluas.

Walaupun gagal dalam nyanyian, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang sebagai seorang pengacara dan pelakon.

Kekasih pelakon Scha Al-Yahya ini berkata, pada tahun ini dia akan lebih memberi fokus dalam bidang lakonan memandangkan dia banyak memberikan komitmen sebagai pengacara pada tahun lalu.

"Ramai yang anggap saya dah tak berlakon sedangkan saya masih lagi menerima tawaran lakonan jika jadual kosong. Harap-harap, tahun ini murah rezeki saya, Insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu, Awal dan Scha bakal melangsungkan pernikahan mereka pada pertengahan tahun ini dan masih lagi mencari tarikh yang sesuai untuk majlis berkenaan.

Ahmad Idham Ambil Mat Rempit Berlakon 'Apa Celop'

Posted: 15 Feb 2012 05:48 AM PST





PETALING JAYA: Pengarah popular Ahmad Idham Ahmad Nadzri memberitahu dia sering mengambil golongan remaja seperti mat rempit untuk berlakon dalam filem mahupun drama yang membabitkan genre aksi yang dihasilkannya.

Idham berkata, penglibatan golongan itu sekali gus dapat memberi peluang bekerja selain membersihkan mereka daripada gejala lumba haram yang pernah disertai dahulu.

"Sebenarnya saya telah mengambil golongan rempit ini berlakon bagi menunjukkan skil-skil hebat mereka sejak menghasilkan filem Remp-it lagi.

"Dan sehingga kini, khidmat mereka masih diperlukan dalam filem-filem saya termasuklah drama aksi komedi baru saya, Apa Celop.

"Selain itu, saya dapat mendalami jiwa 'geng rempit' ini dan mengupas kisah-kisah mereka dalam karya saya," katanya yang ditemui pada pelancaran drama Apa Celop di One Utama, di sini, Selasa.

Tambah Idham, sehingga ini, penglibatan golongan mat rempit dalam Apa Celop adalah kumpulan yang kelima.
Barisan para pelakon 'Apa Celop'

Apa Celop, drama berbentuk aksi komedi, bakal disiarkan setiap Isnin mulai 20 Februari, pukul 9 malam di TV3.

Di bawah terbitan Excellent Pictures, drama bersiri 13 episod tersebut merupakan cetusan idea Idham yang bertindak sebagai pengarahnya manakala skrip ditulis oleh Meor Shariman.

Ia memaparkan pelbagai dilema dan masalah pelumba-pelumba haram yang menjalani kehidupan mereka di kota Kuala Lumpur.

Padat dengan aksi yang memukau mata, Apa Celop turut menyelitkan elemen-elemen komedi dan kisah cinta yang romantis.

"Drama ini mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella).

"Namun, niat baik mereka terhalang selepas Aman memenangi perlumbaan itu di mana dia terpaksa membawa pulang seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) yang dijadikan habuan kepada pemenang.

"Saya percaya ramai yang menganggap Apa Celop merupakan drama yang diadaptasi daripada Hantu Bonceng tetapi sebenarnya tidak. Ia sebuah kupasan baru tentang mat-mat rempit ini yang belum lagi saya paparkan kepada umum," ujarnya.

Penonton yang terlepas menyaksikan drama ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS