Celebrity News |
- Gossip Gambar Aril Beli Cincin Untuk Seseorang
- Arwah Razak , DJ IKIM FM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
- Komen Ziana Zain Mengaku Guna Kolagen Mencantikan Wajah
- Lirik Lagu Hatiku Milikmu – Nera AF9
- Gossip Raja Azura Atau Kak engku Kembali Kepada Bekas Suami Adzmin Osman
- Shakira Digigit Singa Laut | Gambar Shakira Digigit Singa Laut
Gossip Gambar Aril Beli Cincin Untuk Seseorang Posted: 16 Feb 2012 09:32 AM PST ARIL YANG DIKATAKAN SEDANG MEMBELI CINCIN Namun Untuk siapa masih menjadi tanda tanya kepada sesiapa yang melihat gambar diatas.Menurut blog OHBULAN Aril sedang membeli cincin khas untuk memujuk kekasih lama dan jika berjaya beliau akan bertunang dengan bekas kekasihnya. Dan untuk pengetahuan anda harga cincin tersebut mencecah RM4 ribu lebih. Tetapi hari ini Aril tampil dengan jawapan ini : "Memang saya ada menyimpan niat dan hasrat untuk bertunang tetapi bukan sekarang. Ia adalah dakwaan mengarut dan tidak berlaku pun. Ketika ditanya mengenai hasratnya untuk bertunang, Aril berkata sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, selepas kematian abangnya, penyanyi Izwan Pilus pada 20 Januari lalu, sudah tentu ibu bapanya teringin untuk melihat dia melangkah ke alam perkahwinan. "Sebelum ini saya memang ada kekasih tetapi kami sudah berpisah kerana tiada persefahaman. Walaupun saya berniat untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, saya lebih selesa serahkan urusan itu pada ibu. ZOOM : Yer je la Aril...kalau betul pun apa salahnya....carilah seseorang yang pandai menjaga hati sendiri dan keluarga. Insyallah anda akan bahagia...apa pula kata anda ? Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Arwah Razak , DJ IKIM FM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Posted: 16 Feb 2012 09:21 AM PST AL-FATIHAH Dan Berita Mengenai Kemalangan Beliau dibawah IKIMfm menerima berita yang menyedihkan di awal pagi tadi apabila penyampainya Dj Abdul Razak Arbain telah menyambut panggilan ilahi. Beliau dikatakan terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lagi motosikal. Difahamkan menjadi rutin arwah untuk menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi dengan motorsikalnya. Beliau meninggal dunia dalam usia 46 tahun. Arwah yang merupakan Juruhebah Sambilan di IKIMfm telah berkhidmat sejak 3 Julai 2006. Sebelum berkhidmat di IKIMfm, beliau merupakan anggota tentera dan pernah ditempatkan di beberapa kem tentera seperti di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Rasah, Kem Wira Waja Janda Baik dan lain-lain. Beliau juga pernah bertugas sebagai juruhebah Radio Kementah (Mindef) di Cawangan Perhubungan Awam(PR). Arwah Razak cukup disenangi peminat kerana begitu mesra melayan setiap panggilan dan permintaan pendengar. Beliau seorang yang tidak lokek senyum dan amat mesra dengan setiap orang ditemui. Di kalangan rakan sekerja, beliau merupakan rakan yang suka menolong dan membantu orang lain, walaupun ada ketikanya menyusahkan diri beliau sendiri. Setiap kali pertolongan diperlukan dari beliau, jarang beliau membantah atau memberi alasan tidak mampu melaksanakannya melainkan beliau menghulurkan bantuan dengan sepenuhnya. Ini diakui sendiri oleh Pengarah Radio IKIMfm, Encik Nik Roskiman Abdul Samad, bahawa arwah adalah antara rakan sekerja yang terbaik dan sentiasa mudah mengikut arahan. Arwah juga sentiasa ikut serta turun padang bersama para penyampai IKIMfm yang lain. Terbaharu dan terakhir ialah apabila beliau bersama dalam program Bonanza Amal Hope 2 Walk di Muzium Negara, program anjuran Islamic Aid Malaysia dan IKIMfm dalam mencari dana membantu adik Annur yang mengidap Celebral Palsy. Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar untuk IKIMfm dan bukan sahaja ditangisi oleh rakan sekerja tetapi oleh ribuan pendengar setia IKIMfm dan peminat beliau yang sentiasa ternanti-nanti kemunculan beliau di ruang udara. Beliau yang dilahirkan pada 13 Mac 1966 meninggalkan seorang balu, Rosnani binti Haji Dali dan tiga orang anak, 2 perempuan dan seorang lelaki. Moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Abdul Razak Arbain dan menempatkan rohnya bersama orang-orang solihin. Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah untuk almarhum. dari FB Ikim.FM... Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Komen Ziana Zain Mengaku Guna Kolagen Mencantikan Wajah Posted: 16 Feb 2012 09:07 AM PST SELEPAS Tanpa berselindung, Ziana Zain yang cukup berseri-seri mengakui bahawa dia telah mendapatkan nasihat doktor pakar kecantikan bagi meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu di wajahnya. "Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat. "Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai," katanya tanpa berselindung. Sedar kecantikannya semakin dimamah usia, Ziana Zain bagaimanapun memilih sikap berhati-hati sebelum mendapatkan suntikan tersebut kerana gusar sekiranya memberi kesan sampingan bukan saja kepada raut wajahnya, malah juga kesihatan. SEBELUM "Saya sedar, pada zaman sekarang ramai wanita yang berusia 20-an pun sudah berani membuat suntikan, tetapi tidak buat saya. "Sebelum membuat suntikan, saya terlebih dahulu banyak membaca berkenaan kelebihan serta keburukan suntikan kolagen termasuk juga jenis-jenisnya. Ada yang datang dari kategori A, B, C dan saya bukannya suka-suka mengambilnya. "Saya perlu tahu kandungan di dalam kolagen. Bagaimana ada sesetengah individu yang telah mendapat kesan yang berbeza. Ada juga yang tidak menjadi apabila suntikan itu dikenakan pada wajah mereka. Semua itu saya perlu ambil tahu puncanya. "Malah selepas menerima suntikan ini tahun lalu, saya menunggu beberapa bulan untuk melihat kesannya dan selepas saya tahu kesannya sangat baik buat saya, barulah saya berani bercerita mengenainya kepada orang luar seperti sekarang," katanya bersungguh-sungguh. Tidak perlu terbang jauh ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan suntikan berkenaan, sebaliknya percaya dengan kebolehan doktor pakar kecantikan tempatan yang ditemui di ibu negara. Tidak perlu juga berbelanja ratusan ribuan ringgit, terang Ziana Zaian, suntikan yang diambilnya itu dibayar pada harga sangat berpatutan, apatah lagi kesannya akan kekal untuk jangkamasa dua tahun lamanya. "Saya tidak mensyorkan kepada sesiapa, tetapi cukuplah saya katakan tepuk dada tanyalah selera. Saya tahu apa yang saya lakukan dan saya rasa suntikan kolagen ini sudah biasa diamalkan dalam kehidupan masa kini. "Jadi saya tak rasa ianya akan menjadi perkara besar bila saya menggunakannya. Alhamdulillah selepas menggunakannya wajah saya tampak segar, kulit muka saya kembali tegang dan ianya nyata telah mengembalikan keremajaan saya. "Tidak bermakna pula saya melupakan rawatan tradisioanl lain kerana bagi saya ianya tetap penting bagi penjagaan dalaman. Jika anda berusia 40-an barulah anda faham kepentingannya. Apa yang penting saya lebih berkeyakinan," katanya. Credits: murai.com.my ZoOM : APa-apalah akak Ziana Zain ku....asal ia tidak memudaratkan, jangan nanti ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan macam Tuttttt yang rosak dan pecah tu. Namun jika ada diantara pembaca yang arif mengenei pengambilan Kolagen ni marilah berkongsi bersama pembaca di ZoOMartis. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Lirik Lagu Hatiku Milikmu – Nera AF9 Posted: 16 Feb 2012 06:04 AM PST Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati Pernahkah engkau mengertikan diriku ini Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku Disisimu ku terdiam seribu bahasa Dihatiku bergetar sejuta rasa Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu Nafasku terhenti bila melihat dirimu Terasa pantas degupan jantungku Mungkinkah hatiku milikmu jua Ku sayang padamu Kan ku abadikan dikau Sewaktu kenangan yang manis Yang tak mungkin aku lupa Untuk selamanya Dalam sanubariku ini Agar jadi yang terindah Di dalam hidupku ini Disisimu ku terdiam seribu bahasa Dihatiku bergetar sejuta rasa Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu Nafasku terhenti bila melihat dirimu Terasa pantas degupan jantungku Mungkinkah hatiku milikmu jua Sayang padamu Bagai bahtera dilanda badai Gelora cinta mengoncang jiwaku Berombak mencari daratan yang damai Oh Cintaku Disisimu ku terdiam seribu bahasa Dihatiku bergetar sejuta rasa Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu Nafasku terhenti bila melihat dirimu Terasa pantas degupan jantungku ini Mungkinkah hatiku milikmu jua Sayang padamu Kanku coretkan kenangananmu Dalam sanubariku ini Agar jadi yang terindah Di dalam hidupku ini This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Gossip Raja Azura Atau Kak engku Kembali Kepada Bekas Suami Adzmin Osman Posted: 15 Feb 2012 06:57 PM PST "Peluang (kepada bekas suami) sudah diberikan sebelum ini tetapi... Saya sudah malas hendak fikir lagi mengenai perkara itu.INSYALLAH.... Dalam pada itu, menjawab pertanyaan kononnya dia dan bekas suaminya sering dilihat bersama dan berpegang tangan, Kak Engku berkata, ia adalah semata-mata untuk mengaburi mata anak-anaknya yang masih kecil dan tidak mengetahui perceraian tersebut. GAMBAR BERSAMA ANAK-ANAK Tambahnya, walaupun telah bercerai dia dan bekas suami masih berkawan baik demi anak-anak mereka yang sedang membesar. "Saya akui ada memegang tangan Adzmin di khalayak sewaktu keluar bersama anak-anak. Tetapi itu hanya untuk menjaga hati mereka yang masih kecil. Anak-anak tidak mengetahui mengenai penceraian tersebut," katanya.KISAH PENCERAIAN KAK ENGKU DI MUKA HADAPAN AKHBAR Bagaimanapun ujar kak Engku, dia tidak menolak seandainya suatu hari nanti akan berbaik-baik semula dengan bekas suaminya jika masih mempunyai jodoh. "Walaupun sudah tidak mengharapkan apa-apa namun saya tidak menolak jika bertemu jodoh dengannya suatu hari nanti. Tetapi situasi sekarang sudah cukup membuatkan saya gembira," ujarnya. KETIKA GOSSIP PANAS PENCERAIAN Raja Azura dan Adzmin berpisah pada 28 September 2010 selepas hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,10, Megat Luqman Hakim,9, dan Puteri Mkia Maizurah, 6. Adzmin merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman A DISAAT BAHAGIA DI PELAMIN.. ZoOM : Mendoakan semoga hubungan Kak Engku dan bekas suami akan bersatu semula demi anak-anak.Sama-samalah kita doakan kebahagian Kak Engku..Insyallah. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Shakira Digigit Singa Laut | Gambar Shakira Digigit Singa Laut Posted: 15 Feb 2012 05:44 PM PST Penyanyi lagu Hips Don't Lie itu memuat naik gambar-gambar insiden yang berlaku ketika dia sedang bercuti pada hujung minggu lalu di Cape Town, Afrika Selatan itu di dalam blognya. "Pada tengah hari ini saya melawat beberapa ekor singa laut dan anjing laut di zoo. Saya teringin untuk mengambil gambar-gambar haiwan itu kerana kecomelan mereka, lalu saya cuba mendekati mereka dengan menuruni kawasan batuan di situ. "Secara tiba-tiba, seekor singa laut melompat keluar dari air dan menuju ke arah saya dengan jarak antara kami hanya satu kaki sahaja. Ia merenung tajam dengan wajah yang bengis, mengaum dalam keadaan yang marah dan cuba menggigit saya. "Semua pengunjung termasuk saya menjerit ketakutan. Saya terpaku dan tidak mampu untuk bergerak pada saat-saat cemas itu sementara abang saya 'Super Tony' datang mengalihkan saya daripada haiwan itu. Tangan dan kaki saya bercalar kerana terlanggar batu ketika mahu melindungi diri daripada diserang. Tidak lama selepas itu, Shakira memuat naik pula gambarnya bersama beberapa ekor penguin di dalam blog yang sama. Dia menulis: "Hari ini saya bergambar dengan beberapa penguin yang lebih peramah!" - Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Cerita Artis | Isu Semasa | Tutorial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |