Adsense

Selasa, 21 Disember 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jags Juara Pertandingan Cheer4Christmas Sungei Wang Plaza

Posted: 21 Dec 2010 05:15 PM PST

Pada 19 Disember lalu, Budiey sempat hadir untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Cheer4Christmas di ruang concourse, Sungei Wang Plaza yang bermula pada jam 2 petang.

Pertandingan kali pertama anjuran Sungei Wang Plaza ini bersempena dengan perayaan Krismas yang bakal disambut tak lama lagi. Kemeriahan sambutan boleh dilihat dengan hiasan dalaman pusat membeli belah terkenal ini. Dengan tema Cheer-y Merry Christmas, pihak Sungei Wang Plaza begitu meraikan para pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk membeli belah.

Untuk pertandingan akhir Cheer4Christmas ini, sebanyak 9 pasukan telah terpilih. Mereka ialah Muriel2, Starlites, Muriel 1, Xylurf, Zenith, The Rebel, Jags, Rebel 2 dan Star Jump. Di kalangan mereka, ada satu pasukan lelaki, 3 pasukan yang semuanya perempuan dan 5 pasukan campuran wanita dan lelaki.

Pertandingan diadili oleh

  1. Mr K K Lim – Promotions / PR Senior Manager of Sungei Wang Plaza
  2. Mr Chin Kim Heong – Coach for gymnastic, sport aerobic, rope skipping and International gymnastic coach
  3. Ms Lee Wai Wai Min – selected as a cheerleader to be part of Team Malaysia in 2009

Budiey nak ucapkan tahniah kepada pasukan Jags yang telah berjaya dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang RM3,000 tunai. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh The Rebels dengan mendapat hadiah wang tunai RM2,000 dan tempat ketiga pula disandang oleh Muriel 1 dengan mengondol hadiah wang tunai RM1,000. Tahniah. Memang persembahan mereka mantap.

Cheer4u sungei wang plaza

Pasukan yang diangkat menjadi juara iaitu Jags. Congrats!

Cheer4u sungei wang plaza

The Rebels dengan mendapat hadiah wang tunai RM2,000

Cheer4u sungei wang plaza

Muriel 1 dengan mengondol hadiah wang tunai RM1,000

Gambar Sekitar Pertandingan Final Cheer4Christmas

Cheer4u sungei wang plaza

Persembahan pasukan Jags yang kini bergelar Juara

DSC_0064

DSC_0087

DSC_0144

Cheer4u sungei wang plaza

Cheer4u sungei wang plaza

Cheer4u sungei wang plaza

Cheer4u sungei wang plaza

Cheer4u sungei wang plaza

Cheer4u sungei wang plaza

Cheer4u sungei wang plaza

Persembahan selingan

Cheer4u sungei wang plaza

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • MaJAZZtic Aidilfitri di Sungei Wang Plaza
  • Pertandingan Ratu Jumbo 2010 di Sungei Wang Plaza 26 Oktober
  • Samsung Sponsor Sungei Wang Year End Countdown 2011 Street Party
  • Cheer4Christmas Performance at Sungei Wang Plaza
  • Gambar Pemenang Jumbo Queen Malaysia 2010
  • The Fabulous Cats, Imran Ajmain, Nurul dan Liyana Jasmay di Samrah Aidilfitri
  • Gambar Diana Danielle @ Pelancaran Filem Revolusi KL Drift
  • Dafi AF5 & Diana Danielle di Pasangan Romantis Rafflesia Suria FM
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • PERTANDINGAN BINTANG KECIL 2008 PERINGKAT ZON TENGAH
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Raikan Musim Cuti dengan Astro Fiesta

    Posted: 21 Dec 2010 04:40 PM PST

    Raikan Musim Cuti dengan Astro Fiesta
    14 program. 7 hari. 1 saluran percuma eksklusif untuk pelanggan Astro

    Bagi menyambut perayaan akhir tahun dan tahun baru yang akan menjelang tidak lama lagi, Astro tidak mahu ketinggalan dalam meraikan para pelanggannya dengan menghadiahkan 14 buah program selama 7 hari melalui sebuah saluran percuma untuk tempoh terhad; Astro Fiesta (saluran 110) yang akan bersiaran dari 27 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011.

    Hebatnya; Astro Fiesta akan memberi kelebihan kepada semua jenis pelanggan apabila pelbagai program Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang terpilih akan disediakan dalam bentuk definisi biasa dan tinggi untuk kelebihan para pelanggan Astro Byond.

    Pelbagai program menarik akan menanti anda seperti telefilem Rendang Tok Wan serta filem-filem hebat seperti New Police Story, Shinjuku Incident, Raavanan, Sivaji The Boss dan 3 Idiots dijangka akan mendapat sambutan Hangat.

    Para penggemar siri konsert pula pasti akan terpesona dengan rangkaian program konsert antarabangsa dan tempatan oleh artis-artis ternama yang disediakan sepanjang tempoh terhad ini. Di antara rakaman-rakaman konsert yang akan menanti para penonton ialah seperti Konsert Sheila Majid – 25 Years At The Top With The MPO, MTV World Stage: Live in Malaysia, Kim Jeong – Eun's Chocolate Concert, Hit Man: David Foster and Friends, Josh Groban Awake LIVE, Michael Buble Caught In The Act, Andre Rieu at Schonbrunn Vienna dan Gorls Aloud Tangled Up LIVE 2008.

    Jangan lupa untuk saksikan saluran Astro Fiesta (saluran 110) bermula pada 27 Disember 2010 hingga 2 Jan 2011bagi menambahkan kerancakkan musim perayaan.

    KONSERT SHEILA MAJID -25 YEARS AT THE TOP BERSAMA MPO
    Genre: Konsert
    Tayangan Perdana: 12.00 tengah malam
    Tarikh: 27 Disember 2010
    Orkestra Filharmonik Malaysia meraikan ulangtahun ke-25 Sheila Majid sebagai penyanyi dengan sebuah persembahan eksklusif yang menggabungkan penyanyi berprestij ini dengan sebuah kumpulan orkestra pada hari Jumaat, 1 Oktober 2010.

    Menampilkan pelbagai lagu kegemaran daripada koleksi albumnya termasuklah intrepetasi terhadap lagu-lagu popular Tan Sri P. Ramlee serta alunan lagu klasik pastinya mampu memikat penonton untuk terus terpesona dengan Sheila Majid mengimbas perjalanan seninya selama ini. Konsert ini merupakan pengalaman muzik yang julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur sempena sambutan 25 tahun Sheila Majid dalam industri hiburan.

    Sivaji The Boss (2)

    SIVAJI THE BOSS
    Genre: Film
    Bahasa: Tamil
    27/12/10
    Sivaji pulang dari Amerika Syarikat ke Chennai sebagai seorang arkitek sistem perisian. Dia membawa pendapatannya yang berjumlah sehingga 200 crore, dengan niat untuk membina sebuah badan kebajikan, Yayasan Sivaji. Organisasi ini bertujuan membina hospital dan institusi pendidikan untuk digunakan oleh masyarakat miskin tanpa dikenakan bayaran. Adiseshan, seorang usahawan yang sangat berpengaruh, melihat Yayasan Sivaji sebagai musuh perniagaannya. Sementara itu, Sivaji jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Tamizhselvi. Pada mulanya, keluarga Tamizhselvi bimbang dan marah dengan kesombongan keluarga Sivaji. Tamizhselvi menolak untuk bertunang demi Sivaji, namun dia berjaya menenangkan kebimbangannya dan meyakinkan dirinya untuk mengahwini Sivaji. Adiseshan mempersendakan Sivaji dan mencabarnya untuk bertahan dengan hanya memberinya wang syiling satu rupee. Pada plot yang berlainan, Sivaji menetapkan untuk mengubah nasibnya dan membalas dendam terhadap Adiseshan. Melalui hanya satu panggilan telefon, dia menganggarkan bahawa memperoleh sehingga dua ribu juta INR secara haram, wang tanpa cukai dari seluruh negara. Sivaji melaporkan kepada Jabatan Cukai Pendapatan tentang butiran wang haram yang dimiliki. Musuhnya berusaha untuk mengetahui cara dia menukar wang haram mereka ke bentuk yang boleh digunakan dengan mengancam Tamizhselvi untuk membahayakan kehidupan Sivaji. Kerana takut, dia mendapatkan semua maklumat mengenai pelbagai transaksi wang kepada pihak berkuasa. Dengan bukti rapi, Sivaji ditangkap dan kembali adegan ke permulaan filem dengan Sivaji di penjara. Di situlah dia diseksa dan rancangan dibuat untuk membunuhnya.

    Pelakon: Rajinikanth, Shriya Saran, Suman, Vivek, Raghuvaran and Nayantara.

    MTV WORLD STAGE: LIVE IN MALAYSIA
    27/12/10
    MTV World Stage kembali ke Malaysia dengan memberi peluang kepada peminat untuk menonton persembahan muzikal terhebat dunia! Barisan artis terbaik bakal menggegarkan pentas muzik seperti Bunkface, Katy Perry, Tokio Hotel dan Wonder Girls. Bukan itu saja, konsert terbuka menampilkan tujuh kumpulan muzik iaitu Kasabian, The All-American Rejects, Boys Like Girls, Hoobastank, Pixie Lott, Raygun dan Estranged. World Stage merupakan konsert yang ditungguh-tunggu oleh peminat muzik untuk merasi pengalaman berhibur dengan artis terbaik dunia dengan hanya menontonnya di televisyen.

    SHINJUKU INCIDENT
    Genre: Film
    Bahasa: Mandarin
    27/12/10

    Steelhead bekerja sebagai seorang pemandu truk di China yang memasuki Jepun untuk mencari kekasihnya Xiu-xiu. Dia tinggal bersama rakan karibnya Jack (Daniel Wu) yang juga merupakan pendatang asing dari China. Apabila Steelhead hampir berputus asa mencari Xiu-xiu dan mengetahui bahawa kekasihnya itu sudah berkahwin dengan wakil pemimpin Jepun,Eguchi. Dia membuat keputusan untuk terus menetap di Jepun dan meningkatkan taraf hidup dirinya dan kesemua pendatang China. Dia kemudian menemui cinta baru bersama pemilik bar, Lily. Berdasarkan kepimpinan Steelhead, masyarakat Cina membina komuniti dan kuasa mereka dengan aktiviti yang tidak sah menurut undang-undang untuk meningkat 'kualiti' kehidupan mereka. Namun secara tidak sengaja, Steelhead ingin kembali ke pangkal jalan dan sudah tiba masanya dia pulang ke kampung halamannya. Namun segala-galanya sudah terlambat

    Pelakon: Jackie Chan, Naoto Takenaka Daniel Wu, Chin Kar-lok, Xu Jinglei, Fan Bingbing, Masaya Kato Jack Kao, Yasuaki Kurata, Lam Suet, Kenneth Low, Kenya Sawada Paul Chun, Teddy Lin, Wong Wai-Fai.

    KONSERT KIM JUNG-EUN'S CHOCOLATE
    Genre: Konsert (Korea)
    Konsert Kim Jung-Eun's Chocolate, sebuah program muzik yang diacarakan oleh pelakon terkenal kim jung Eun yang akan menampilkan persembahan secara langsung barisan artis popular Korea serta bintang-bintang yang baru menyinar. Chocolate merupakan bual bicara muzikal yang mana penonton akan melihat penyanyi beraksi termasuklah selebriti lain seperti pelakon dan ahli sukan. Kim Jung Eun juga akan berbual-bual bersama tetamu sebelum melakukan persembahan. Ini akan memberikan penonton ruang untuk lebih mengenali artis kesayangan mereka.

    Raavanan (1)

    RAAVANAN
    Genre: Film
    Bahasa: Tamil
    27/12/10
    Raavanan mengisahkan Raavan yang menunggu peluang untuk membalas dendam terhadap Ram, seorang pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap kamatian adik perempuannya. Pada masa yang sama Ram telah berkahwin dengan bekas kekasihnya Janaki. Tapi sehari selepas perkahwinannya, Raavan menculik Janaki dan melarikannya. Kemudian Janaki menyedari siapakah Ram sebenarnya dan jatuh cinta terhadap Raavan. Raavan Vikram akhirnya tewas di tangan Ram Prothvi. Namun Ram gagal mendapatkan semula Janaki yang ingin bersama Raavan.

    Veeraiyya atau Veera, seorang yang berpewatakan jahat telah menguasi seluruh Vikramasingapuram. Keseluruhan kawasan ini merupakan wilayahnya dan polis tidak terikat langsung dengan undang-undang dan keadilan. Deva, seorang polis yang jujur cuba untuk meruntuhkan kekuasaannya. Kemaraan ini menyebabkan adik perempuan Veera dan bermula siri membalas dendam. Isteri kepada Dev, Raghini diculik dan membuka seterusnya episode membalas dendam yang penuh emosi dan drama .

    Pelakon: Vikram, Aishwarya Rai, Priyamani, Prithviraj, Prabhu, Karthik, Munna, Ranjitha.

    josh groban

    JOSH GROBAN AWAKE LIVE
    Genre: Konsert
    27/12/10

    Josh groban amat terkenal diseluruh dunia dengan pengaruhnya sebagai penyanyi pop dengan kesempurnaan lirik baritonnya. Groban menyerlah pada tahun 2001 dengan pencapaian 5x platinum diikuti pada tahun 2003 dengan 5x-platinum Closer dan 2x-platinum Awake pada tahun 2006. Awake Live menampilkan pemenang Anugerah Grammy ini membuat persembahan sehingga kehabisan tiket konset di Energy Solution Arena, Salt Lake City dengan jumlah penonton dianggarkan seramai 15,000 orang pada 28 Ogos 2007. Awake Live boleh diangkat sebagai sebuah Adult Cotemporary paling popular zaman ini. Lebih daripada itu, Awake Live merupakan persembahan penyanyi antarabangsa pertama yang ditayangkan di layar perak.

    NEW POLICE STORY
    Genre: Filem
    Bahasa: Mandarin
    27/12/10
    Kisah dimulakan dengan sekumpulan penjahat yang kaya dan sering melakukan jenayah dan mencabar pihak polis untuk menangkap mereka dengan selamat. Ketua kumpulan ini, Lue berjaya memikat Inspektor Kanan Wing dengan helahnya. Pasukan Wing telah dihapuskan termasuklah abang teman wanitanya, Hong. Teman wanitanya Hoi Yee juga tidak boleh menghentikan tabiat jahat dan perangai kaki botolnya.

    Kehadiran Frank sebagai pasangan baru Wing amat mengejutkan setelah menyedari dalam keadaan mabuk dan putus asa tanpa melakukan sebarang aksi. Frank bertekad untuk membantu bekas idolanya kembali beraksi. Bersama dengan polis Sasa mereka bertemu dengan geng yang ketagih dengan X-Games dan permainan video online. Para pembunuh berdarah dingin ini kembali ke pasukan pembunuhan polis untuk sebuah permainan video online mengerikan. Sehinggalah Sasa, memainkan peranannya untuk memilih langkah selanjutnya yang berbahaya.

    Filem ini memenangi beberapa anugerah di Golden Horse 2004 untuk Pilihan Penonton, Pelakon Pembantu Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Aksi Koreografi Terbaik

    Pelakon: Jackie Chan, Nicholas Tse, Charlie Yeung, Daniel Wu, Charlene Choi, Dave Wong, Hayama Go, Terence Yin, Yu Rongguang, Coco Chiang, Andy On, Liu Kai-Chi, John Shum, Ken Lo

    RENDANG TOK WAN
    Genre: Telefilem
    Bahasa: Melayu

    Tayangan Perdana: 27 Disember 2010, 4.00 petang
    Tok Wan merupakan seorang wanita murni dan tinggal di sebuah pekan dan memiliki gerai makanann dan menjual rending yang sangat popular. Gerai ini juga menjadi tempat orang ramai untuk berkumpul untuk minum dan bergosip. Jirannya, Lijah dan Limah sering mengecohkan keadaan dengan menunjuk-nunjuk kekayaan sehinggalah suami mereka memotong elaun bulanan mereka. Alicia tukang eletrik, Ah Chong budak penghantar dan beberapa yang lain mempengaruh dua jiranya ini untuk mendesak Tok Wan untuk berkongsi resepi dan memulakan perniagaan untuk mendapatkan duit dengan cepat. Untuk menamatkan persaingan mereka, Tok Wan berkongis resepi itu tetapi dengan ramuan yang tidak mencukupi. Ini menambahkan lagi permusuhan mereka dan menyebabkan berlakunya adegan sabotaj. Akhirnya, Tok Wan Sudi untuk membantu mereka tetapi dengan syarat satu yang perlu dipatuhi

    Pelakon: Halimah, Ah Chong (Sweet Child), Nadia (AF 6), Tania Zainal, Amiza Adnan, Sulaiman Yasin, Imuda, Jihan (Raja Lawak), Ketampi Raja Lawak, Haziq, Alicia, Amarjit, Jonathan Lim, Hafiz, Yus, Ning Baizura

    ANDRE RIEU AT SCHONBRUNN, VIENNA
    Genre: Konsert
    27/12/10
    Sebuah konsert bersama Andre Rieu di padang berdepan dengan emperial Hofburg di tengah kota Vienna sememangnya amat mengasyikkan. Program ini menampilkan komposisi terhebat daripada komposer terbaik Vienna berlatarbelakangkan pemandangan indah.

    3 idiots

    3 IDIOTS
    Genre: Filem
    Bahasa: Hindi
    27/12/10
    "Three idiots' mengisahkan kelucuan dua sahabat Madhavan dan Sharman Joshi yang sedang dalam misi mencari kawan mereka, Rancho yang hilang. Di kolej, mereka bertiga merupakan rakan satu asrama. Rancho dulu merupakan seorang yang berfikiran terbukayang sentiasa mengeluarkan idea-idea yang bernas tetapi sering bertelagah dengan mentor yang zalim dan kejam bernama Viru Sahastrabudhhe. Pada suatu hari, Rancho lenyap selamanya dan mengejutkan kawan-kawannya dan kekasihnya Pia. Dua rakan mereka menanamkan azam untuk mencari Rancho dan memulakan perjalanan mencari rakan mereka yang hilang melalui perlbagai situasi yang menakjubkan. Antaranya mereka telah merosakkan majlis perkahwinan dan pengebumian menjadi huru hara. Perjalananan ini juga mendekatkan mereka sebagai seorang sahabat setelah melalui pelbagai dugaan yang melucukan. Mampukah mereka menemui Rancho, sahabat yang banyak mengubah kehidupan mereka dan menjadi inspirasi mereka untuk berfikir di luar kebiasaan dan menjadi seorang yang kreatif?

    Pelakon: Aamir Khan, Kareena Kapoor, R. Madhavan, Sharman Joshi, Boman Irani, Omi Vaidya, Parikshit Sahni, Javed Jaffrey, Mona Singh, Sanjay Lafont, Rahul Kumar, Amardeep Jha, Farida Dadi, Jayant Kripalani and Arun Bali.

    GIRLS ALOUD TANGLED UP LIVE FROM O² 2008
    Genre: Konsert
    28/12/10
    Tangled Up Tour merupakan konsert bergerak kali keempat oleh kumpulan pop British, Girls Aloud untuk menyokong kehadiran album keempat mereka, Tangled Up. Konsert bergerak ini dimulakan dengan pengumuman bahawa mereka akan pergi ke serata United Kingdom dan Ireland pada November 2007. Menyokong album Tangled Up mereka, konsert ini menampilkan persembahan hebat selama dua jam. Dimulakan dengan aksi 'terbang' diikuti dengan lagu dari album pertama, "Sexy No No No…" Mereka menambahkan lagi daya penarik pada lagu tersebut dengan lari daripada versi asal lagu tersebut diselang selikan dengan sentuhan jazz hingga ke Biology dan nyanyian Trick Me daripada Kelis sehinggalah Control Of The Knife. Dengan empat bahagian persembahan yang hebat ini, setiap satunya menggunakan pakaian yang berlainan, Girls menyampaikan dengan baik setiap lagu klasik mereka dan lagu kesukaan peminat daripada album mereka, Tangled Up.

    michael buble

    MICHAEL BUBLE CAUGHT IN THE ACT
    Genre: Konsert
    27/12/10
    Penyanyi Kanada yang berkarisma dengan ini menerima pencalonan Grammy menerusi album Caught in the Act untuk Best Traditional Pop Vocal. Michael menyanyikan lagu klasik termasuklah lagu hits nombor satunya, "Home". Dia menyertai Josh Groban sebagai penghibur undangan disamping Chris Botti dan Laura Pausini. Buble juga mendendangkan lagu persis Sintara seperti "Feeling good" dan "Can't Buy Me Love," and berduet bersama penyanyi Italia Laura Pausini dengan alunan "You'll Never Find Another Love Like Mine". Inilah persembahan kegemaran semua penonton pelbagai lapisan generasi, penghibur yang menggunakan keseluruhan pentas dengan persembahan terbaiknya dalam carta Contemporary Jazz and Adult Contemporary untuk tahun 2005.

    David Foster0002

    HIT MAN: DAVID FOSTER AND FRIENDS
    Genre: Konsert
    27/12/10
    David Foster, penulis lagu lagenda, penerbit dan maestro kepada banyak bintang ternama, telah menghasilkan beberapa muzik terbaik yang dikenali di serata dunia sepanjang lebih tiga dekad kariernya. Bagi meraikan pencapaian luar biasanya ini, beberapa nama besar dalam muzik kontemporari berkumpul untuk sebuah konsert pada satu-satunya malam yang menampilkan hits nombor 1, lagu – lagu terbaik dan pelbagai lagu oleh beberapa individu yang mewarisi muzik yang diterbitkan David Foster. Foster merupakan salah satu tokoh yang paling berpengaruh pada lewat 20an an dan abad ke-21 dalam industri rakaman Amerika dalam membantu dan mencipta juga membentuk kerjaya nama-nama besar seperti Celine Dion, Michael Buble, Kenneth "Babyface" Edmonds, Josh Groban dan Boz Scaggs. Penyanyi-penyanyi ini akan muncul bersama ramai yang lain sebagai penghormatan kapada dirinya . Menjadi perhatian pastinya Blake Shelton untuk "Wildflower", Katherine McPhee untuk "Somewhere", Babyface Edmonds dan Kevon Edmonds untuk "I Swear" dan gabungan penyanyi-penyanyi ini untuk "Got to be Real".

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Astro Fiesta di saluran 808 dan 809 Saluran Percuma Astro
  • Mawi dan Akhil Hayy Dalam Program Raya 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan
  • Gambar Selebriti di Fiesta Media Idola
  • Gambar Rekaan Nik Erwan Roseli di Fiesta Fesyen Kuala Lumpur
  • Gambar Dafi di Fiesta Aidilfitri 2008
  • ASYIKFM MERIAHKAN JIS PAI DENGAN MALAM GERENTI ASYIK
  • Kisah Budak KL Masuk Kampung
  • Astro Anjur Karnival Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K
  • Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA Afrika Selatan 2010™ in 3D
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Sensasi


    Gambar Diana Danielle Beraksi Lasak belajar silat

    Posted: 21 Dec 2010 04:07 PM PST

    Dua org mamat nie dah rupe macam mat bangla pulak kat sini...hehe..teringat satu Drama bertajuk "Sabar" kat Astro,dimana Remy Ishak berlakon jadi Bangla..memang menjadi habis,.kelakar...Remy memang berbakat.

    Bila Remy dah tak pakai Spek baru nampak kemelayuan nyer...Diana Danielle bersungguh seungguh belajar silat sebab minat.Ini semua untuk persediaan Drama baru bertajuk Bara Jiwa




    Perbualan tentang Pelacuran di Ruang Chat

    Posted: 21 Dec 2010 03:44 PM PST

    Selalu kita pernah mendengar tentang kes Remaja/Pelajar yang tidak bekerja hidup mewah kerana aktiviti pelacuran tapi kita kurang pasti bagaimana aktiviti sebegini bermula..
    Sensasi tak pasti samada si Lelaki dalam perbualan di bawah nie memang betul2 dalang aktiviti pelacuran atau sekadar menyamar untuk memuaskan diri sendiri sebab desperate sgt..huhu

    Dan sekiranya perempuan tue bodoh dan bersetuju,memang rosaklah akhlak dan kemungkinan boleh jadi mangsa rogol.Maklumlah berani sgt jumpa org asing untuk benda mcm nie...tak semestinya dia betul2 bayar.Ish ish..jangan rosakkan diri sendiri.


    untuk wanita wanita diluar sana sayangilah diri anda..Ingatlah perbuatan mcm nie hanya akan menambah bala,seperti penyakit Aids yang tiada pengubatnya bahkan,di jauhi dan dipandang serong oleh masyarakat.

    Sensasi rasa kalau korang berhadapan dengan situasi begini di offer menjadi pelacur ,lebih baik ambik maklumat org tue dan laporkan kepada polis.




    Klik sini ..

    Video kelakar:mengamuk mcm Dinosaur bila emaknya tutup akaun Warcraft

    Posted: 21 Dec 2010 03:01 PM PST



    HAHAHA..kelakar jer...mengamuk2 dier sebab mak dier close warcraft accountnyer..
    Tapi dier takde la sampai pecahkan barang..just nak keluarkjan kemarahan dengan menjerit2...

    Pastu cuba memasukkan remote control..dan ckp i hate my life...haha

    Bunyi dier mengamuk mcm dinosaur T-rex yang sensasi tengok kat Jurrasic jer

    Lisa Sughihani dan Awal Ashaaghi dlm Maghi Managhi

    Posted: 21 Dec 2010 02:37 PM PST



    Sensasi perasan jugak loghat "r" lisa yang kedengaran mcm "gh" ...Sensasi ingatkan dalam filem jer.maklumlah sensasi tak menonton pun rancangan nie.

    Layan~

    Video Menarik: Bagaimana Cara untuk meng-kawankan dua ekor kucing

    Posted: 21 Dec 2010 02:14 PM PST



    Haha..sensasi memang biasa bela kucing dua tiga ekor,empat lima ekor pun ade,wpun sensasi sebenarnye allergik dengan kucing....

    memang pada mulanya kucing kalau tak kenal derang mcm nak bergaduh jer...ada kalanyer sampai dah bertahun2 tinggal serumah pun masih tak mesra antara satu sama lain sebab kucing nie kuat cemburu...

    Sekarang sensasi ada dua ekor kucing persian..Masa baby dulu,derang mcm nak bergaduh,si jantan tue takut kat si betina,and kucing sensasi yang betina tue suka buli kucing jantan tue,,

    Tp sensasi biarkan derang duduk berdua je,lama2 derang mesra,skrg dah mcm adik beradik,tidur sama2,main sama2 makan sama2..haha..

    Video Comel: Kanak-kanak temban menyanyi

    Posted: 21 Dec 2010 02:03 PM PST



    Tembam sangat budak nie sampai hampir menghimpir hidung dan mulut dier..ehe..

    Comel..tp sensasi difahamkan kalau budak tembam terlampau mcm nie adalah disebabkan oleh penyakit..ye ker?

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    (Video) Hanis Zalikha 10 Selebriti Paling Dicari Google, Dan Stalker?

    Posted: 21 Dec 2010 08:02 PM PST

    Hanis Zalikha, seorang model dan juga blogger terkenal tanah air merupakan salah seorang daripada 10 selebriti yang paling dicari di Google bagi tahun 2010. Dan, kerana populariti, Hanis Zalikha turut diikuti oleh seorang mamat bergelar AH secara diam-diam.

    Amat jarang kita dengar artis Malaysia diikuti oleh peminat fanatik ala-ala spy, senang cakap, stalker. Namun, ini'lah yang terjadi kepada Hanis Zalikha, apabila kehidupan peribadi dia menjadi penawar hati buat jejaka bernama AH. AH, atau lebih dikenali sebagai Aziz Hazmi mendedikasikan 4 buah video sebagai hadiah buat Hanis Zalikha, jalan cerita memang menarik. Sweet gitu!

    Mula-mula, saspen juga. Apakan tidak, ada stalker weyh! Apabila kami bertanyakan kepada Hanis, dia menjawab, video-video tersebut dihasilkan oleh 2 pelajar Aswara (Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan) untuk projek assignment mereka. Malah, video-video tersebut memang mendapat perhatian oleh Hanis Zalikha untuk dijadikan topik projek. Fuh, pandai betul geng-geng Aziz Hazmi memilih topik, nak yang cantik letup-letup je!

    Projek video berjudul Lagenda Budak Vidiyo ini mendapat sambutan daripada gadis-gadis remaja yang inginkan teman lelaki seperti AH. Kata mereka, lelaki zaman ini tidak romantik, tak pernah dedikasi'kan sebarang video untuk mereka. Eh, kalau macam tu, kami ni romantik'lah juga eyh? Perasan!

    Layankan 3 video Lagenda Budak Vidiyo selepas ini, mungkin ada yang meluat. Tetapi, lihat dari aspek hiburan, memang nice!

    pixel (Video) Hanis Zalikha 10 Selebriti Paling Dicari Google, Dan Stalker?
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Anzalna, Dewi Remaja 2010 & Teman Lelaki Mat Saleh

    Posted: 21 Dec 2010 06:58 PM PST

    anzalna1 (Gambar) Anzalna, Dewi Remaja 2010 & Teman Lelaki Mat Saleh

    Beberapa keping gambar Anzalna, peserta Dewi Remaja 2010 bersama teman lelaki warga Mat Saleh mengintai email kami pagi tadi. Babak romantis pasangan ideal ini pasti menjadi idaman kalian, terutama'nya anda yang sering termimpikan wajah Edward Cullen, Johnny Depp & Tom Cruise.

    Anzalna (22), kelahiran Pulau Pinang berkebolehan berbahasa Perancis, mungkin sering bertutur dalam bahasa tersebut bersama teman lelaki'nya. Ini yang buat kami berkobar-kobar nak belajar Perancis, tetapi apa nak buat, lidah dah kelu.

    Kami pun tertanya-tanya, berapa ramai gadis Melayu yang berkebolehan berbahasa, serta mempunyai wajah yang cantik? Kalau anda berkebolehan seperti Anzalna, kongsikan pengalaman anda bersama kami di ruangan komen.

    p/s: Kami boleh berbahasa Mandarin, Abang Nara boleh berbahasa Korea. Kredit penuh buat Beautifulnara untuk gambar spy, selepas ini.

    anzalna14 (Gambar) Anzalna, Dewi Remaja 2010 & Teman Lelaki Mat Saleh

    anzalna12 (Gambar) Anzalna, Dewi Remaja 2010 & Teman Lelaki Mat Saleh

    anzalna13 (Gambar) Anzalna, Dewi Remaja 2010 & Teman Lelaki Mat Saleh

    anzalna15 (Gambar) Anzalna, Dewi Remaja 2010 & Teman Lelaki Mat Saleh

    pixel (Gambar) Anzalna, Dewi Remaja 2010 & Teman Lelaki Mat Saleh
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.