Adsense

Selasa, 21 Disember 2010

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Sabrina Ali dan Kekasih serta perancangan berkahwin Tahun Depan !!?

Posted: 21 Dec 2010 08:10 AM PST

Setahu ZoOm Sabrina baru bercerai dengan suami, tapi apa salahnya kalau ingin membina mahligai indah bersama pasangan beliau ini. Walaupun hanya berkenalan selama 6 bulan, bukan 6 tahun tau...si jejaka sudah berniat ingin memperisterikan Sabrina ni.


Berikut "statement" Pasangan ini apabila ditanya oleh wartawan mengenai hubungan mereka:


Jejaka:


"Saya tidak main-main. Kalau saya keluar dengan lelaki itu, memang saya serius untuk bersamanya. Saya bukannya jenis yang akan keluar dengan semua lelaki.


"Kami berjumpa semasa di birthday party kawan dan sejak itu kami mula berkawan. Namun hanya sebulan selepas itu barulah kami rapat. Kami boleh ngam sebab komunikasi kami lancar dan masing-masing boleh faham apa yang diinginkan.


Sabrina :

"Dia mengatakan akan mengahwini saya tahun depan, namun saya masih fikirkannya. Maklumlah saya baru bercerai dan pernah melalui pengalaman buruk perpisahan. Saya masih perlukan masa untuk berfikir. Tapi syukur saya lihat dia rapat dengan keluarga terutama anak saya, Ariyana," ujar Sabrina yang menonjol sekali lakonannya dalam Khurafat.



Amir pula ketika ditemui hanya tersenyum tatkala ditebak pelbagai soalan berkait hubungan intimnya bersama pelakon jelita ini. Kata jejaka kacak yang juga bekas model ini, Sabrina menunjukkan dirinya yang sebenar sepanjang perkenalan mereka.

Jejaka :

"Sporting, jujur dan tak hipokrit, itulah Sabrina. Saya sukakannya begitu. Saya sudah sedia menerimanya sebagai isteri dan besar kemungkinan jika tiada aral melintang, tahun depan saya akan melamarnya. Mungkin kami akan terus bernikah," tutur anak kelahiran Pahang ini.



Info : Manggaonline


ZoOM : Hantar je rombongan dik :) 

Maya Kantoi Dengan Yusry !!!!

Posted: 21 Dec 2010 07:55 AM PST

Ops....kat pawagam je :) , Betul ke pasangan ini bercinta !!!! Entahlah...baca je la cerita dari Murai website ni


Bagaikan sudah lali dengan asam garam hidup sebagai seorang selebriti, pelakon, penyanyi dan model jelita, Maya Karin tiada jawapan lain selain daripada mengakui saja kepada pihak media bahawa dia pernah keluar bersama produser dan pelakon popular Yusry Abdul Halim sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Bukan sekali, malah pelakon teater muzikal Natrah itu turut mengakui telah dua kali keluar bersama Yusry untuk menonton wayang di salah sebuah pawagam di Putrajaya.

Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Maya apabila timbul gosip yang mengatakan dirinya dan Yusry telah keluar menonton wayang bersama-sama, baru-baru ini.

"Ya, memang betul saya keluar menonton wayang bersama Yusry. Kali pertama dulu, kalau tak silap saya iaitu 2 bulan lalu dan terbaru ialah dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Kami sama-sama pergi menonton filem Narnia.



"Bukannya tak mahu menonton di Kuala Lumpur, tapi kebetulan pula pejabat Yusry tak jauh dari Putrajaya. Daridapa dia datang ke Kuala Lumpur, apa salahnya saya sendiri ke sana. Tambahan pula saya senang ketika itu," terus terang Maya.

Dia ditemui pihak media sempena majlis perlantikannya sebagai duta terbaru produk minuman kesihatan InnerShine Prune Plus di Hotel Carcosa Seri Negara, di sini petang tadi.

Menjawab soalan portal murai.com.my bahawa pertemuannya itu ada kaitannya dengan urusan kerja atau mungkin berhubung projek filem besar terbitan KRU Studios, pelakon bermata bulat itu sama sekali menafikan.

Sebaliknya menurut Maya, pertemuan itu tidak lain hanyalah sebagai jalinan persahabatan yang telah lama termeterai sejak mereka dipertemukan menerusi sesi fotografi muka hadapan majalah Media Hiburan sekitar tahun 2001.

"Tak ada projek filem, kami hanya berjumpa saja. Adatlah sebagai kawan, bila berjumpa pasti banyak yang kami bincangkan. Ada berkenaan industri, kerjaya saya, kerjaya dia dan apa saja berkenaan kehidupan.

"Seperti juga tema-teman yang lain, kami akan keluar lebih kerap. Ikutlah keselesaan masing-masing. Kerana apa yang lebih penting sekarang, saya ikhlas berkawan dengannya. Bukan saja Yusry, tapi begitu juga dengan teman yang lain.

"Kami saling menyokong antara satu dengan yang lain. Dia sokong kerja saya dan sebagai kawan saya turut menyokong kerjayanya," kata Maya yang tidak mahu disalah ertikan keakraban mereka itu.

Sebagai wanita biasa, dia juga berhak menjalani kehidupan seperti mana manusia lain yang bebas menjalani aktiviti harian mahupun menonton wayang, tanpa sesekali perlu bersikap hipokrit dengan diri sendiri.

Bagaimanapun sebagai hamba Tuhan, dia tidak mahu menidakkan takdir illahi sekiranya suatu hari nanti jodohnya jatuh di tangan Yusry.

"Mungkin perkara seumpama itu akan terjadi dan mungkin juga tidak. Apa yang akan terjadi pada masa depan saya, sukar sukar untuk saya ramalkan. Apa yang penting sekarang, saya cuba sedaya upaya untuk menjadi diri sendiri.

"Saya sudah tak kisah keluar dengan sesiapa termasuk Yusry, meskipun secara terbuka. Soal berkahwin atau bercinta biarlah saya tolakkan ke tepi dulu. Kerana sebagaimana yang sedia maklum saya baru saja mengalami penceraian.

"Jadi untuk melihat saya berkahwin dalam tempoh setahun, itu tidak akan berlaku. Biarlah saya menjalani kehidupan 2011 dengan penuh ketenagan dan tiada gosip," katanya.



ZoOm : Kalau betul apa salahnya...suka tgk pasangan ni :) Apa kata anda ?

[STORY] Kisah seorang penulis Blog

Posted: 21 Dec 2010 07:49 AM PST

ZoOm : Copy dari satu laman blog mengenai kisah seorang pelajar meluahkan perasaannya didalam blog :) pelik tapi benar ..


Suatu hari, dah lama dah. Masa tu tak salah saya cuti semester. Seperti biasa pukul 1 baru saya bangun. Lepas mandi, saya keluar sidai baju. Saya pun siap la pakai towel tak pakai baju. Ala, sidai luar rumah je. Kejap je pun. Takkan la nak pakai baju taekwondo.

Keluar rumah saya tak kunci pintu. Ala, dekat je. Depan rumah. saya pun keluar ikut pintu tepi.

Masa tu bapak saya ada dekat rumah. Dia balik tido. Seperti biasa, saya tak pedulik pun kat dia. Dia yg tengah tidur pun tak peduli kat saya. Kami mmg keluarga bahgia.

Saya pun continue sidai baju sambil cuba memahami isi hati seorang housewife. Takde keja. Hari-hari sidai baju, masak cekodok, tengok telenovela. bahagia betul. Takyah fikir psl kerja ke, assignment ke, rilek ajer.


Kemudian, saya terdengar enjin kereta bapak saya distartkan. Kemudian, bunyi pintu gate ditutup dan kereta yg memecut laju memecah salju. Saya pun tak ambil port. Huh, tu je kerja dia. Balik. makan, tido, pastu keluar balik. Pok pek pok pek...bebel saya dalam hati.

Ya, makin lama cuti semester makanya saya semakin memahami hati nurani makcik surirumah.

Saya pun dah habis sidai baju. Buang air lebih2 dalam baldi, ketatkan ikatan towel. Saya pun nak masuk rumah balik. Nak panaskan lauk.

Tiba-tiba hati saya rasa syahdu. Rupa-rupanya bapak saya keluar tadi dia kunci pintu. Kunci semua dlm rumah. Dia tak sedar saya ada kat luar sidai baju. Saya dah terkunci dari luar. Terpenjara di mahligai rindu. Takleh masuk. Jadi, saya pun panik la apa lagi.

Nak call bapak saya, telepon semua dalam rumah. Nak keluar carik public phone saya mmg takde seposen pon. takkanla nak telepon bomba suruh dia telepon bapak saya antar kunci. Dah la pakai towel je. Nanti anjing jahat gigit macam mana?

Setelah pikir masak-masak, saya mendapat satu idea. Iaitu putus asa. Tunggu je bapak saya balik kerja pukul 5 nanti. Sekarang baru pukul 2. Apa nak buat 3 jam ni?

Fakta sains: apabila anda bosan, anda akan melakukan perkara2 yg jarang2 anda lakukan untuk 'membunuh' masa. Misalnya, tolong siram pokok bunga, sapu sampah depan rumah, susun selipar, bersihkan akuarium dan baca paper lama yg berlonggok tepi rak kasut.

Setelah melakukan semua itu, jam baru pukul 4. Saya pun buat bodoh selama hampir sejam. Tak lama kendian, nak dekat pukul lima baru bapak saya balik.

Setelah menceritakan kisah malang saya, bapak saya tanpa sebarang perasaan bersalah pun membuka pintu.  Saya pun cepat2 terus masuk rumah dan bukak TV. Pasal cerita Betty dah nak start.

Gambar Galang atau Randy dan Kirana !!!

Posted: 21 Dec 2010 07:43 AM PST

Akhirnya peminat cerita Indonesia "Kirana" mampu tersenyum kerana pria dan si gadis bernama Kirana akhirnya disatukan dengan pasangannya Galang atau nama sebenar Randy. ZoOM bukannya menyokong filem seberang tetapi hanya memuji jalan cerita yang sudah pasti membuatkan mata si penonton tidak senang duduk melihat jalan cerita drama "Kirana".



Namun dalam drama ini selain "Happy Ending" ada juga terselit unsur komedi yang menunjukkan RAKA menjadi mangsa Kirana ketika bersalin, dan disaat Kirana dihantar ke Hospital ketika ingin melahirkan. ZoOM hanya mampu tersenyum melihat telatah pelakon Indonesia ini. Alangkah baiknya jika drama "Kirana" lahir daripada artis Malaysia/Pengarah..Semoga ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti..


ZoOm : Apa kata Anda ??

Kutipan Filem Ngangkung Mencapai 8 Juta hanya Sebulan di tayangkan

Posted: 21 Dec 2010 07:32 AM PST

Wow....memang superb dan menakjubkan filem arahan Ismail Hasim syarikat MIG mengegarkan pawagam di Malaysia. Kutipan ini menjadikan filem Ngangkung antara filem melayu yang mencatat kutipan paling tinggi  mengatasi filem Adnan Sempit.


Bagi ZoOm Aura Shaheizy atau Sam sudah pasti membuka mata peminat filem Malaysia, mungkin ada diantara anda diluar sana yang setuju dengan pandangan ZoOM. Selain daripada jalan cerita dan komedi
yang menarik selain waktu cuti sekolah.


Apa kata anda ?