Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


'Tak timbul soal kahwin'

Posted: 10 Jan 2013 02:30 PM PST

Bohong andai dikatakan hatinya tak tersentak setiap kali timbul cerita kurang enak membabitkan anak kesayangan, Shila Amzah dan pelakon, Sharnaaz Ahmad diperkatakan peminat.

Namun, sebagai bapa, N D Lala sebolehnya mahu bersikap rasional - tidak sesekali mengherdik atau memarahi Shila yang makin memuncak popularitinya sekarang. Misalnya, insiden berbalas mesej Twitter antara Shila dan Sharnaaz sejurus memenangi trofi pada Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura, baru-baru ini, disifatkan berpunca daripada keghairahan anaknya meraikan kejayaan hingga alpa dengan apa yang diluahkan dalam forum sosial itu.

Enggan menyalahkan sesiapa, N D Lala menganggap kesilapan dilakukan Shila mengajarnya menjadi lebih matang dan berhati-hati ketika meluahkan isi hati.

Malah, N D Lala juga menegur sikap anak sulungnya itu yang sering menyebut cinta hati tatkala menjulang anugerah. Ini kerana bagi N D Lala yang berpengalaman luas dalam dunia seni, ungkapan itu suatu publisiti murah yang tidak perlu dilakukan.

Tak pernah duduk berbual

Mengakui anaknya intim dengan Sharnaaz, N D Lala bagaimanapun tidak pernah menganggap mereka adalah pasangan bercinta.

N D Lala juga tidak menghalang anaknya berkawan rapat dengan sesiapa saja asalkan dia mengawasi Shila.
Saya tidak kenal siapa Sharnaaz secara mendalam. Jadi, tidak adil untuk saya memberi komen sama ada suka atau tidak kepada dia. Tidak timbul soal jodoh atau perancangan masa depan mereka. Ini kerana tidak pernah berlaku perbincangan antara kedua-dua keluarga.

Dia (Sharnaaz) sering datang ke rumah kalau ada majlis atau kenduri. Tetapi saya dan dia tidak pernah duduk bersembang atau berbual. Kalau jumpa di rumah pun dia cuma tegur Hi Uncle.

N Lala berkata, dia sering sering mengingatkan anak-anak bahawa soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut ditentukan Allah.

Saya berpesan jangan sesekali menghebahkan sebarang perancangan bagi perkara yang tidak pasti. Mungkin esok atau lusa dengan orang lain, kita tidak tahu dan ia akan menjadi buah mulut orang, katanya.

Buang isu remeh

Menyedari Shila sedang meniti puncak seni, N D Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah lebih selesa memfokuskan perhatian kepada perjalanan seni anaknya itu daripada mengambil tahu hal remeh membabitkan peribadi Shila.

Sering dilihat menemani Shila di setiap majlis sejak akhir-akhir ini bukanlah bererti N D Lala mahu menghalang anaknya bersama Sharnaaz.

Dua belas tahun Shila menantikan saat ini. Takkanlah dia nak melepaskan peluang yang ada dengan masalah peribadi? Soal kontrak dia dengan pihak di China, saya yang uruskan dan ini soal perniagaan. Jadi, saya cakap pada dia, kalau nak berjaya dan mencapai impian yang diingini, buang perkara remeh yang boleh menjejaskan karier.

Dia masih muda dan apabila meraih kejayaan, dia jadi teruja sampai terkeluar ungkapan yang tidak sepatutnya. Tetapi dia sudah belajar daripada kesilapannya itu. Saya cakap pada dia, ini bukan kesalahan tetapi kesilapan yang tidak disengajakan dan kalau berlaku kali kedua, itu baru kesalahan.

Tidak timbul soal saya menghalang atau melarang Shila berkawan dengan sesiapa pun kerana itu kehendak dia. Hari ini berlakon dengan orang lain, esok menyanyi dengan orang ini pula. Jadi, dengan sesiapa saja dia boleh berkawan atau keluar tetapi saya kena ambil tahu, sebab dia masih tanggungjawab saya sebagai seorang bapa selagi dia belum berumah tangga, katanya.

Susun strategi mulai 2013

N D Lala teruja berbicara soal masa depan Shila. Menurutnya, anaknya mahu memberi perhatian serius kepada karier seninya dan mengejar impian menjadi artis bertaraf antarabangsa.

Menganggap Shila seorang anak yang kuat berusaha dalam menggapai impiannya, N D Lala tidak mahu melihat cita-cita anaknya itu terkubur.

N D Lala tidak mahu lagi melihat anaknya terlalu memberi tumpuan kepada hal peribadi. Ini kerana dibimbangi ia akan memberi kesan kepada karier dan kontraknya dengan Shanghai Media Group.

Banyak perancangan yang saya cuba aturkan untuk perjalanan karier seni Shila sepanjang tahun ini seperti menanti tarikh World Music Awards 2012 di mana Shila tercalon dalam dua kategori iaitu Worlds Best Female Artist dan Worlds Best Entertainer Of The Year.

Shila juga berulang-alik ke Shanghai untuk belajar bahasa Mandarin serta merakamkan album Mandarin dan Inggeris di sana. Manakala, album Melayu akan dilancarkan dalam tempoh terdekat, katanya yang sibuk menguruskan Shila dan syarikatnya, The Right Entrepreneur Sdn Bhd.

Bukan seperti remaja lain

Masih dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, N D Lala menganggap tumpuan diberi terhadap Shila sekarang menjadi petunjuk untuk dia mengembangkan kariernya.

Tidak mahu terperangkap dalam kepompong dunia seni tempatan yang kecil, N D Lala mahu melihat bakat Shila diangkat di peringkat antarabangsa. Baginya, kepuasan Shila dalam menggapai apa yang diingini adalah matlamatnya.

Mengakui Shila membesar tidak seperti remaja lain kerana banyak menumpukan kepada bidang seni, ia sebenarnya bukanlah kemahuan N D Lala dan isteri, Fauziah Sarman.

Sebaliknya, ia adalah kehendak anak-anaknya sendiri. Baginya, apa saja kemahuan dan kehendak anak-anak, sebagai ibu bapa mereka sentiasa menyokong dan tidak pernah melarang.

Mahu Shila jadi isteri

Posted: 10 Jan 2013 02:26 PM PST

Pelakon Sharnaaz Ahmad memaklumkan dia menyimpan hasrat untuk memperisterikan Shila Amzah apabila tiba masanya. Justeru, dia juga akan hanya memperkatakan soal perkahwinan, bukan lagi cinta, bagi mengelakkan kontroversi.

Tidak menyatakan tarikh untuk berumah tangga, sama seperti Shila, aktor ini bagaimanapun ingin memberikan tumpuan kepada kerjayanya terlebih dulu.

Ketika yang sama lelaki ini ingin membersihkan diri daripada cerita panas, yang agak kerap melanda dirinya sepanjang tahun lalu.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai gosip mengatakan dia suka mengongkong penyanyi wanita terbabit, Sharnaaz dengan selamba berkata, dia bersikap demikian kerana Shila ialah bakal isterinya.

Sharnaaz ditemui ketika menghadiri majlis tayangan filem Juvana di Mutiara Damansara, kelmarin. Selain dirinya, turut membintangi filem arahan Faizal Ishak, terbitan Kabir Bhatia itu ialah Zahiril Adzim, Johan Asari, Syazwan Zulkifly, Shafie Naswip, Adlin Aman Ramlie, Shera Aiyob, Adam Shah dan Khairul Mohamed.

Lakonan memberangsangkan

Boleh diberi pujian, lakonannya sebagai Lan Todak cukup memberi impak pada jalan cerita.
Mana tidaknya, kongsi Sharnaaz, ketika dia menjayakan watak antagonis itu, dia tidak bergaul langsung dengan pelakon lain kerana mahu kekal dengan karakter yang psiko.

"Ketika penggambaran, saya bersama stuntman saya saja. Saya tidak bersembang dengan pelakon lain sebab menghayati watak yang perlu saya bawa. Sedangkan Shila pada waktu itu pun tidak suka karakter yang saya bawa, apatah lagi orang lain?

"Saya jadi cepat marah pada masa itu. Sebab itu saya menjauhkan diri daripada orang. Namun begitu, saya berterima kasih pada abang Faisal dan penerbit sebab memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa watak Lan," katanya.

Tumpu pada filem

Selain Juvana, Sharnaaz juga akan muncul dengan filem Sembunyi pada tahun ini. Ketika ini pula dia sibuk menjayakan penggambaran drama bersiri, Ruby.

Jika tiga filemnya ditayangkan pada tahun lalu, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini berhasrat untuk tampil dengan enam atau tujuh filem pada 2013. Lakonan filem memang menjadi tumpuannya sepanjang tahun ini.

"Tidak bermaksud saya menolak untuk berlakon drama. Srama atau telefilem pun saya akan ambil, tapi penghayatan lebih kepada filem.

"Namun begitu, lihat juga pada karakter yang diberikan. Jika saya boleh bawa, saya terima. Saya takkan terima watak yang tidak boleh saya lakonkan, nanti ia memalukan saya juga, katanya yang mengaku sering membawakan watak lelaki psiko kerana sukakan cabaran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS