Adsense

Ahad, 2 Januari 2011

Zon Artis

Zon Artis


Azlan (The Typewriter) Sudah Bergelar Suami

Posted: 02 Jan 2011 02:51 AM PST

GAMBAR KAHWIN AZLAN AND THE TYPEWRITTER

Azlan atau lebih familiar dengan panggilan Lan sewaktu bersama kumpulan Meet Uncle Hussain suatu masa dulu telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya, Normala Hassan semalam (Sabtu – 01 Januari 2011). Ini bermakna, Lan kini sudah bergelar suami. Tahniah Lan.

Untuk info, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982. Pihak pengantin perempuan turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan dan dibalas juga dengan lapan.

Tahniah sekali lagi kepada Lan dan Normala kerana telah sah bergelar suami isteri. Selamat berbahagia dan kami doakan agar rumahtangga anda berkekalan hingga ke akhir hayat.

P/s: Kami dah cuba untuk dapatkan gambar pernikahan mereka tapi masih tak dapat lagi. Tapi jangan risau, kami akan update ASAP bila dah dapat. Sabar yer. Dan sebelum tu, apa kata anda tengok dulu gambar pertunangan mereka dahulu. KLIK DI SINI untuk tengok. Enjoy!

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Selebriti di Party Masquerade Media Hiburan

Posted: 02 Jan 2011 01:16 AM PST

Macam-macam gaya boleh Budiey saksikan ketika memijak kaki di Mega View Menara KL pada hari Khamis lalu. Apa taknya, semua yang join Party Masquerade Media Hiburan, semuanya tak mahu ketinggalan melaram dengan mengikut tema yang ditetapkan. Selain 250 tetamu yang hadir, event ini dimeriahkan lagi oleh Shaheizy Sam, Fara Fauzana, Linda Onn, Abby Abadi, Ifa Raziah, Maya Matahari, Haiza, Nubhan, Bob, Anding, Shila Amzah dan ramai lagi.

Menurut editor Media Hiburan, Meen Tahrin, sepanjang tahun 2010 ini, MH telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menggabungkan antara artis dan pembaca majalah nombor satu Malaysia ini.

"Dari awal tahun lagi, kami telah menetapkan syarat bahawa MH perlu ada aktiviti pada setiap bulan. Dan inilah yang telah kami jayakan. Malah, kadang-kadang dalam satu bulan tu, ada dua aktiviti yang kami anjurkan.

Artis di Party Masquerade

Inilah dia Meen Tahrin, editor Media Hiburan.

Kami mengganggap ini adalah sebagai salah satu cara untuk menghargai para pembaca dan artis yang selama ini banyak menyokong MH. Tanpa anda siapalah kami, Apatah lagi, pada tahun 2011, MH berusia 26 tahun, satu tempoh umur yang sudah cukup matang.

Dengan kematangan itu, perubahan demi perubahan kami cuba lakukan demi memuaskan hati semua pihak terutama dari segi pengisian majalah yang semakin sengit saingannya ketika ini. Namun kami yakin, MH tetap akan ada pengikutnya yang tersendiri."

Tambah Meen Tahrin lagi, pada tahun 2011 juga, pelbagai aktiviti telah dirancang. Antaranya, MH akan mengadakan lebih banyak road tour bagi bertemu dengan pembaca-pembaca MH terutamanya yang berada di luar Kuala Lumpur.

Untuk mengadakan road tour bukan mudah kerana kami perlukan penaja. Dan syukur kerana di saat ini telah ada beberapa penaja yang sudi bekerjasama dengan MH untuk turut meronda seluruh Malaysia.

Artis di Party Masquerade

Aurora Salwa yang akan menyanyikan lagu Ahmad buat pertama kalinya di Party Budiey 8 Jan ini.

Artis di Party Masquerade

Emma Akma & Raifa

Artis di Party Masquerade

Tasya & Ery, pelakon drama & artis MIG

Artis di Party Masquerade

Ini mat trumpet, anggota kumpulan Tilu.

Artis di Party Masquerade

Muaz, penyampai radio Radio Muzik dan pengacara.

Artis di Party Masquerade

Haiza

Artis di Party Masquerade

Shila Amzah

Artis di Party Masquerade

Dior

Artis di Party Masquerade

Cuba teka siapa ni?

Artis di Party Masquerade

Yeszaa, Joey rupanya.

Artis di Party Masquerade

Fazreen Rafi & tunangnya

Artis di Party Masquerade

Amran Ismail, pelakon Chukang

Artis di Party Masquerade

Syafie Naswip

Artis di Party Masquerade

Linda Onn

Artis di Party Masquerade

zoom in Linda Onn

Artis di Party Masquerade

Dewi Remaja

Artis di Party Masquerade

Anding

Artis di Party Masquerade

Selain penyanyi, Bob Yusuf juga kini bergelar pencipta lagu.

Artis di Party Masquerade

Artis di Party Masquerade

Artis di Party Masquerade

Artis di Party Masquerade

Artis di Party Masquerade

Artis di Party Masquerade

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Gambar Ifa Raziah di Party Masquerade Media Hiburan
  • Trivia: Siapa Nama Penyanyi Ni?
  • Fara Fauzana Pakai Kimono di Party Masquerade Media Hiburan
  • Shaheizy Sam Persis Samurai di Masquerade Party Media Hiburan
  • Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party AIM14
  • Gambar Selebriti di Party GLAM Swinging 60′s
  • Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan
  • Gambar Camelia di EH! 10 Yang Anggun 2009
  • Gambar Selebriti di Party 20 Eh! Yang Anggun Part 2
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Shahz Jaszle & Maria Farida Perang Twitter, Sah Putus Cinta

    Posted: 02 Jan 2011 12:34 PM PST

    maria farida shah Shahz Jaszle & Maria Farida Perang Twitter, Sah Putus Cinta

    Serius, ini memang kisah petang semalam, Maria Farida dikatakan mengamuk besar dengan Shahz Jaszle di laman Twitter, selepas terkantoinya kisah Shahz Jaszle bermesra dengan wanita lain di red carpet ASK 2010 tempoh hari. Sebenarnya, memang terjadi depan mata kami, tapi kami nak tunggu Maria Farida sendiri yang tahu kebenarannya.

    Melenting betul Maria Farida, beberapa tweet di bawah walaupun tidak ditujukan kepada Shahz Jaszle, masing-masing sudah dapat mengagak siapa penerimanya.

    Screen shot 2011 01 03 at 4.06.46 AM Shahz Jaszle & Maria Farida Perang Twitter, Sah Putus Cinta

    Beberapa mesej balasan daripada Shahz Jaszle melengkapkan lagi drama twitternya bersama Maria Farida.

    Screen shot 2011 01 03 at 4.10.02 AM Shahz Jaszle & Maria Farida Perang Twitter, Sah Putus Cinta

    Screen shot 2011 01 03 at 4.10.15 AM Shahz Jaszle & Maria Farida Perang Twitter, Sah Putus Cinta

    Iya'lah, tak tipu katanya. Apa-apa'lah Shahz Jaszle, bukan sikit mata yang memandang, kan?

    Screen shot 2011 01 03 at 4.14.16 AM Shahz Jaszle & Maria Farida Perang Twitter, Sah Putus Cinta

    Kami tabik dengan ayat terakhir penuh dramatik daripada Maria Farida yang berbunyi, "Been free from NONSENSE the 20 years I've been in this industry. Don't need it now. Especially frm newcomers…" EPIC WIN!

    pixel Shahz Jaszle & Maria Farida Perang Twitter, Sah Putus Cinta
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Anzalna Dewi Remaja & Shahz Jaszle Pernah Bercinta?

    Posted: 02 Jan 2011 10:48 AM PST

    63001 1328651751302 1681210947 671465 1647040 n Anzalna Dewi Remaja & Shahz Jaszle Pernah Bercinta?

    Ehem, gosip percintaan Anzalna & Shahz Jaszle sebagai penyedap sarapan anda pagi ini. Kami terima khabar angin bahawa Anzalna & Shahz Jaszle pernah dilamun cinta sekitar tahun lepas, namun tidak pernah terkantoi di pihak media, sehingga hari ini. Itu'lah kalau sudah bergelar sebagai selebriti, lambat-laun orang tetap akan tahu.

    Menurut ahli mesyuarat tingkap, mereka berdua bercinta tidak lama, dalam lingkungan tempoh 3-4 bulan. Ketika itu, Shahz Jaszle break-up dengan kekasih lama, jiwa kacau'lah kekdahnya. Namun tidak semena-mena, Shahz Jaszle ditakdirkan bertemu dengan Anzalna untuk photoshoot sebagai cover sebuah majalah lelaki. Sejak dari hari itu, mereka saling berhubungan dan jatuh cinta, happy ending…errk!

    Kisah percintaan mereka tidak pernah sampai ke pihak media, pandai sorok. Namun, sekeping gambar ini di atas ada cerita yang lebih berperisa di sebaliknya. Bukan main mesra lagi Anzalna & Shahz Jaszle peluk-peluk pinggang, takkan tiada apa-apa kot? Dengar cerita, gambar ini diambil setelah penat bermain paintball. Kool, Shahz Jaszle sekali tembak terus terkena hati Anzalna.

    Kalau betul pernah bercinta, kenapa taste Shahz Jaszle sekarang totally up-side-down? Dulu teenager, sekarang hot mum. Fuh!

    pixel Anzalna Dewi Remaja & Shahz Jaszle Pernah Bercinta?
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Sensasi


    Baby Christiano Ronaldo mahu dituntut kembali oleh ibunya

    Posted: 02 Jan 2011 08:20 PM PST

    Sensasi: comelnyer anak lelaki Christiano Ronaldo kan.Nampaknye setelah "menjual" anaknyer kepada Christiano,ibu bayi tue mahukan kembali anaknyer..

    Masa jual tak piker pulak.dah daoat Pound 10 juta,,huu,banyak,skrg nie nak balik anaknye.

    Haih susah betul..tak tahu apa sbnarnye dlm hati pempuan nie,adakah dier jd mcm tue sbb dier rase 10 juta pound tak cukup,atau dier nakkan Christiano,atau die nakkan glamour,maklumlah christiano rahsiakan siapa ibu bayi tue.atau dier mmg2 nak baby dier balik...

    susah sensasi nak faham,maklumlah,kdg2 manusia jd kabur dgn wang ringgit,bila hati x gembira dgn wang yang banyak hidup jd tertekan dan mula mencari dimana sbnarnye kebahagiaan.

    mcm2


    Ibu anak bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo semalam ialah pelajar Britain yang terdesak dan kini mahukan anaknya kembali.

    Sehingga Ronaldo masih merahsiakan nama, usia dan kerakyatan ibu anaknya selepas wanita itu menyerahkan hak terhadap bayi itu sebagai balasan kepada bayaran sebanyak Pound 10 juta (RM50 juta).


    Wanita itu yang hamil selepas mengadakan seks dengan Ronaldo dilaporkan bersedia memulangkan wang itu dengan menegaskan, dia sudah berubah fikiran mengenai persetujuan itu.

    Enam bulan selepas mengambil keputusan menyerahkan bayi itu kepada pemain bola sepak paling mahal dalam sejarah, wanita itu kini bergitu tertekan.


    Menurut beberapa rakannya, keadaan itu memaksanya menarik diri daripada pengajiannya.


    Satu klausa dalam perjanjian yang ditandatanganinya dengan peguam Ronaldo tidak membenarkan dia memberitahu dia adalah ibu bayi yang kini dalam penjagaan keluarga pemain bola sepak itu, termasuk keluarganya.

    Dia menghilangkan diri begitu saja apabila hamil. Sesudah melahirkan kandungannya, dia memberitahu orang ramai bahawa dia mendapat 'durian runtuh' secara tiba-tiba.


    Apabila meminta untuk berjumpa dengan anaknya, Ronaldo dikatakan menempelaknya dan memberitahu, dia akan menimbang permintaannya, jika dia membayar semula sebahagian wang yang diterima sebelum ini.

    Satu sumber yang rapat dengan wanita itu berkata: "Dia sentiasa menelefon Ronaldo pada lewat malam. Dia menangis sambil merayu kepada Ronaldo.


    "Dia juga menelefon pemain itu selepas perlawanan bola sepak, untuk mengucapkan tahniah. Tetapi Ronaldo tidak mempedulikan, sebaliknya mempersendanya mengenai anak mereka.


    "Dia merasakan dirinya seolah-solah sudah menjual 'rohnya.' Meskipun boleh hidup ala jutawan, tetapi dia tidak boleh menceritakan kepada rakan mahupun keluarganya mengenai apa yang terjadi. Ia menyebabkan dia keseorangan.


    Seorang rakan Ronaldo berkata: "Bagi bintang bola sepak itu, apa yang terjadi adalah pilihan wanita itu dan dia yang memutuskan untuk menyerahkan anaknya.


    "Ronaldo berkata, wanita itu sudah tidak mempunyai hak terhadap anaknya. Dia tidak akan dibenarkan menemui kanak-kanak itu.


    "Tetapi Ronaldo masih melayani panggilan telefonnya kerana bimbang wanita itu akan cuba bertindak untuk membawa kes itu ke mahkamah." Beberapa rakan berkata, penyerang Real Madrid itu menemui wanita itu di sebuah kelab malam di London dan mengadakan seks di sebuah hotel.


    Dia pernah bergurau dengan berkata: "Saya hanya menghabiskan masa dengannya dalam keadaan berbogel."

    Selebriti Indonesia seksi mahukan pemain Bola Sepak Malaysia,Safee

    Posted: 02 Jan 2011 05:54 PM PST


    Seksi kew???Seksa lagi ader...eee..Rahma Azahari nie kalau korang google memang tak senonoh la.seksi meksi bahkan dia kerap bergambar tanpa pakaian.Rahma Azahari bintang sinetron dan model Indonesia merupakan adik kepada Aktress Ayu Azahari.Ayu Azahari nie pun sama je dengan Rahma Azahari nie,jenis x suka berpakaian..eww

    Rahma mengaku terpikat dengan Safee,pemain bola sepak Harimau Malaya.


    Rahma yang berusia 29 tahun tue mencurahkan isi hatinya itu di akaun Twitter miliknya sebelum perlawanan akhir antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu lalu.

    "Sasaran saya seterusnya ialah SAFEE…," katanya.

    Penyerang Malaysia yang dimaksudkan oleh bintang sinetron itu dipercayai ialah Mohd. Safee Bin Mohd. Sali.

    Rahma dalam komennya di Twitter memberitahu, dia mahu keluar menonton wayang bersama Safee.

    Sebelum ini, Rahma telah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan intim dengan beberapa lelaki tersebar di Internet.

    Maizawati Kemalangan,patah tangan,cedera kedua kaki dan bengkak di kepala

    Posted: 02 Jan 2011 05:37 PM PST

    Sensasi:Sebelum ini semasa Maizawati kemalangan dan tidak sedarkan diri,ada yang membawa mulut mengatakan yang Maizawati telahpun meninggal dunia.Namun berita tergempar itu disangkal oleh suami Maiza,Yassin Ben.Maiza kini di hospital dan boleh keluar pada hari selasa selepas imbasan terhadap kandungannya dilakukan sekali lagi.

    Maklumlah Maiza skrg nie dah 5 bulan mengandung,memang bahaya kalau ada hentakan kuat.Apatah lagi tangan patah,kedua2 kaki cedera,kepala bengkak.teruk jugak tue.

    Tp doktor mengesahkan semuanya selamat.Alhamdulillah.Semoga Maiza cepat sembuh la hendaknye



    "Sejurus kemalangan, Maizawati tidak sedarkan diri dan saya bimbangkan keselamatan kandungannya serta anak-anak tiri.

    "Pada masa itu, saya berdoa semoga zuriat kami tidak mengalami masalah. Namun, sebaik doktor memaklumkan kandungan itu selamat, saya orang paling gembira," kata Mohd Yassin Ben@Abdul Rahim, 23, suami Maizawati Zainal, 35, selepas kereta yang dipandu isterinya itu bertembung sebuah kereta lain, Selasa lalu.


    Menurutnya, ketiga-tiga anak tirinya ketika itu tidur di tempat duduk belakang dan dia sempat menahan mereka daripada terhentak pada kerusi depan sejurus rempuhan.

    Dalam kejadian jam 5.15 pagi di Jalan Sultan Azlan Shah di sini berdekatan Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah itu, Proton Gen.2 dipandu Maizawati merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U.


    Berikutan itu, Maizawati patah tangan kiri dan cedera ringan kedua-dua kaki serta bengkak di kepala manakala suaminya serta tiga anak cedera ringan.


    Ketika kejadian, Maizawati, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy memandu kereta yang dinaiki bersama Mohd Yassin serta tiga anak, Siti Nur Maisarah, 13, Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9 dan Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3.

    Sementara itu, Maizawati ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam, berkata: "Doktor yang merawat saya mulanya tidak mengetahui saya hamil kerana kandungan tidak begitu kelihatan biarpun mencecah lima bulan. "Namun, sebaik dimaklumkan, doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil selepas ujian imbasan dilakukan.


    "Ketika itu, suami orang yang paling gelabah kerana kandungan ini zuriat pertama saya bersamanya. Bagaimanapun, doktor mengesahkan kandungan tidak mengalami masalah dan doktor kini masih melakukan pemantauan," katanya.

    Menurutnya, ketika kejadian dia bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan suami di Stesen Bas Medan Gopeng yang mahu menaiki bas ke Singapura.


    Katanya, dia bersyukur kerana doktor mengesahkan kandungannya selamat biarpun berlaku hentakan kuat di perutnya.


    "Saya paling bimbangkan kandungan ini. Suami paling gelisah sejurus kemalangan, tetapi kini lega kerana kandungan disahkan selamat.


    "Saya baru selesai menjalani pembedahan di tangan petang tadi (semalam) selain terpaksa menerima beberapa jahitan di kedua-dua kaki," katanya Katanya, dia terkejut sebaik dimaklumkan uri mengalami pendarahan kecil, namun selepas diperiksa, doktor pakar sakit puan mengesahkan kandungannya tidak menghadapi masalah, sekali gus membuatkannya kembali ceria.


    "Menurut doktor, pendarahan kecil itu tidak menjejaskan kandungan, tetapi jika pendarahan terus berlaku, mungkin memberi kesan kepada kandungan," katanya.


    Menurutnya, Akhil Hayy sudah dimaklumkan kemalangan itu dan beberapa ahli keluarga bekas suami juga menziarahinya di hospital selepas kemalangan itu.

    Faizal Yusuf (Bekas Suami Siti Nordiana) Meninggal dunia akibat Serangan Jantung

    Posted: 02 Jan 2011 05:03 PM PST


    Takziah diucapkan buat keluarga Faizal Yusuf dan bekas Isterinya Siti Nordiana atas pemergian arwah yang amat mengejutkan.

    Faizal Yusuf baru sahaja berumur 33 tahun dan sebelum nie terkenal dengan drama Adamaya bersama Lisa Surihani,

    Pada hari sabtu iaitu 1 January 2011,lebih kurang pukul 2ptg sensasi terima message dari kwn sensasi melalui BBM mengatakan yang Faizal Yusuf baru sahaja meninggal di Hospital Pusrawi akibat serangan jantung.

    Sensasi memang terkejut dan kurang pasti betul ke Faizal nie meninggal maklumlah sebelum itu ada cerita Maizawati meninggal tapi rupanya Maizawati tak meninggal pun.

    Namun akhirnya memang disahkan Faizal Yusuf telah meninggal.Umur masih muda bahkan isterinya Rosmunira kini sedang mengandung 5 bulan.

    Sebelum itu Faizal dikatakan jatuh didalam bilik air kerana dadahnya sakit.Terus isterinya dan abangnya membawa ke hospital Pusrawi pukul 10 pagi.

    Namun keadaan semakin kritikal menyebabkan dia akhirnya meninggal dunia.

    5 hari sebelum meninggal Arwah sempat berpesan pada anaknya dalam telefon menyuruh anaknya Mohd Rayyan,2 tahun agar menjaga ibunya Siti Nordiana.

    Masa tue Siti Nordiana dah rasa pelik dengan percakapan bekas suaminya itu.

    Nampaknya ini kali kedua Siti Nordiana berdepan dengan kematian org yang pernah dekat dengannya iaitu Achik Spin dan kini bekas suaminya Faizal Yusuf,


    Sensasi agak hairan lah jugak muda-muda lagi dah kene serangan jantung sebab doktor kata salah satu saluran jantungnya tersumbat.

    Teringat kisah Brittany Murphy yang turut meninggal akibat serangan jantung,dan dia masih muda awal 30an semasa meninggal

    Serangan jantung kepada org muda yang bukan obese mungkin disebabkan pengambilan ubat-ubatan yang terlebih dos,atau menjadi toksin sehingga menyumbat saluran darah dalam jantung.

    Bahkan ada sesetengah ubat-ubatan(dadah) yang bercampur aduk pun boleh menyebabkan serangan jantung,Jadi berhati hatilah bila makan ubat,samada ubat kurus,ubat tido,dan sebagainya.




    Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.