My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia |
Mohd Faizal Yusup meninggal dunia akibat sakit jantung Posted: 01 Jan 2011 12:18 PM PST
Serangan jantung berlaku ketika Mohd Faizal dikatakan tiba-tiba rebah semasa berada di bilik air rumahnya di Sentul. Mohd Faizal kemudianya dikejarkan ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.. Sebaik sampai di Pusrawi, Faizal terus dimasukkan ke ICU dan dia sempat bertemu dengan anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2 tahun yang dibawa oleh Nana.. Selepas beberapa jam, Doktor mengesahkan yang Mohd Faizal sudah pun meninggal dunia akibat masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini (Ahad) di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi ini.. MyGosip ingin mengucapkan salam Takziah buat keluarga dan sahabat Allahyarham Mohd Faizal.. MyGosip berharap isteri Allahyarham yang dikatakan sedang hamil 5 bulan, bersabar dengan pemergian secara mengejut Allahyarham ni… Buat semua pembaca MyGosip, sama-sama la kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Faizal, semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman oleh Allah S.W.T. |
You are subscribed to email updates from My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |