Adsense

Ahad, 2 Januari 2011

Sensasi

Sensasi


Baby Christiano Ronaldo mahu dituntut kembali oleh ibunya

Posted: 02 Jan 2011 08:20 PM PST

Sensasi: comelnyer anak lelaki Christiano Ronaldo kan.Nampaknye setelah "menjual" anaknyer kepada Christiano,ibu bayi tue mahukan kembali anaknyer..

Masa jual tak piker pulak.dah daoat Pound 10 juta,,huu,banyak,skrg nie nak balik anaknye.

Haih susah betul..tak tahu apa sbnarnye dlm hati pempuan nie,adakah dier jd mcm tue sbb dier rase 10 juta pound tak cukup,atau dier nakkan Christiano,atau die nakkan glamour,maklumlah christiano rahsiakan siapa ibu bayi tue.atau dier mmg2 nak baby dier balik...

susah sensasi nak faham,maklumlah,kdg2 manusia jd kabur dgn wang ringgit,bila hati x gembira dgn wang yang banyak hidup jd tertekan dan mula mencari dimana sbnarnye kebahagiaan.

mcm2


Ibu anak bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo semalam ialah pelajar Britain yang terdesak dan kini mahukan anaknya kembali.

Sehingga Ronaldo masih merahsiakan nama, usia dan kerakyatan ibu anaknya selepas wanita itu menyerahkan hak terhadap bayi itu sebagai balasan kepada bayaran sebanyak Pound 10 juta (RM50 juta).


Wanita itu yang hamil selepas mengadakan seks dengan Ronaldo dilaporkan bersedia memulangkan wang itu dengan menegaskan, dia sudah berubah fikiran mengenai persetujuan itu.

Enam bulan selepas mengambil keputusan menyerahkan bayi itu kepada pemain bola sepak paling mahal dalam sejarah, wanita itu kini bergitu tertekan.


Menurut beberapa rakannya, keadaan itu memaksanya menarik diri daripada pengajiannya.


Satu klausa dalam perjanjian yang ditandatanganinya dengan peguam Ronaldo tidak membenarkan dia memberitahu dia adalah ibu bayi yang kini dalam penjagaan keluarga pemain bola sepak itu, termasuk keluarganya.

Dia menghilangkan diri begitu saja apabila hamil. Sesudah melahirkan kandungannya, dia memberitahu orang ramai bahawa dia mendapat 'durian runtuh' secara tiba-tiba.


Apabila meminta untuk berjumpa dengan anaknya, Ronaldo dikatakan menempelaknya dan memberitahu, dia akan menimbang permintaannya, jika dia membayar semula sebahagian wang yang diterima sebelum ini.

Satu sumber yang rapat dengan wanita itu berkata: "Dia sentiasa menelefon Ronaldo pada lewat malam. Dia menangis sambil merayu kepada Ronaldo.


"Dia juga menelefon pemain itu selepas perlawanan bola sepak, untuk mengucapkan tahniah. Tetapi Ronaldo tidak mempedulikan, sebaliknya mempersendanya mengenai anak mereka.


"Dia merasakan dirinya seolah-solah sudah menjual 'rohnya.' Meskipun boleh hidup ala jutawan, tetapi dia tidak boleh menceritakan kepada rakan mahupun keluarganya mengenai apa yang terjadi. Ia menyebabkan dia keseorangan.


Seorang rakan Ronaldo berkata: "Bagi bintang bola sepak itu, apa yang terjadi adalah pilihan wanita itu dan dia yang memutuskan untuk menyerahkan anaknya.


"Ronaldo berkata, wanita itu sudah tidak mempunyai hak terhadap anaknya. Dia tidak akan dibenarkan menemui kanak-kanak itu.


"Tetapi Ronaldo masih melayani panggilan telefonnya kerana bimbang wanita itu akan cuba bertindak untuk membawa kes itu ke mahkamah." Beberapa rakan berkata, penyerang Real Madrid itu menemui wanita itu di sebuah kelab malam di London dan mengadakan seks di sebuah hotel.


Dia pernah bergurau dengan berkata: "Saya hanya menghabiskan masa dengannya dalam keadaan berbogel."

Selebriti Indonesia seksi mahukan pemain Bola Sepak Malaysia,Safee

Posted: 02 Jan 2011 05:54 PM PST


Seksi kew???Seksa lagi ader...eee..Rahma Azahari nie kalau korang google memang tak senonoh la.seksi meksi bahkan dia kerap bergambar tanpa pakaian.Rahma Azahari bintang sinetron dan model Indonesia merupakan adik kepada Aktress Ayu Azahari.Ayu Azahari nie pun sama je dengan Rahma Azahari nie,jenis x suka berpakaian..eww

Rahma mengaku terpikat dengan Safee,pemain bola sepak Harimau Malaya.


Rahma yang berusia 29 tahun tue mencurahkan isi hatinya itu di akaun Twitter miliknya sebelum perlawanan akhir antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu lalu.

"Sasaran saya seterusnya ialah SAFEE…," katanya.

Penyerang Malaysia yang dimaksudkan oleh bintang sinetron itu dipercayai ialah Mohd. Safee Bin Mohd. Sali.

Rahma dalam komennya di Twitter memberitahu, dia mahu keluar menonton wayang bersama Safee.

Sebelum ini, Rahma telah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan intim dengan beberapa lelaki tersebar di Internet.

Maizawati Kemalangan,patah tangan,cedera kedua kaki dan bengkak di kepala

Posted: 02 Jan 2011 05:37 PM PST

Sensasi:Sebelum ini semasa Maizawati kemalangan dan tidak sedarkan diri,ada yang membawa mulut mengatakan yang Maizawati telahpun meninggal dunia.Namun berita tergempar itu disangkal oleh suami Maiza,Yassin Ben.Maiza kini di hospital dan boleh keluar pada hari selasa selepas imbasan terhadap kandungannya dilakukan sekali lagi.

Maklumlah Maiza skrg nie dah 5 bulan mengandung,memang bahaya kalau ada hentakan kuat.Apatah lagi tangan patah,kedua2 kaki cedera,kepala bengkak.teruk jugak tue.

Tp doktor mengesahkan semuanya selamat.Alhamdulillah.Semoga Maiza cepat sembuh la hendaknye



"Sejurus kemalangan, Maizawati tidak sedarkan diri dan saya bimbangkan keselamatan kandungannya serta anak-anak tiri.

"Pada masa itu, saya berdoa semoga zuriat kami tidak mengalami masalah. Namun, sebaik doktor memaklumkan kandungan itu selamat, saya orang paling gembira," kata Mohd Yassin Ben@Abdul Rahim, 23, suami Maizawati Zainal, 35, selepas kereta yang dipandu isterinya itu bertembung sebuah kereta lain, Selasa lalu.


Menurutnya, ketiga-tiga anak tirinya ketika itu tidur di tempat duduk belakang dan dia sempat menahan mereka daripada terhentak pada kerusi depan sejurus rempuhan.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi di Jalan Sultan Azlan Shah di sini berdekatan Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah itu, Proton Gen.2 dipandu Maizawati merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U.


Berikutan itu, Maizawati patah tangan kiri dan cedera ringan kedua-dua kaki serta bengkak di kepala manakala suaminya serta tiga anak cedera ringan.


Ketika kejadian, Maizawati, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy memandu kereta yang dinaiki bersama Mohd Yassin serta tiga anak, Siti Nur Maisarah, 13, Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9 dan Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3.

Sementara itu, Maizawati ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam, berkata: "Doktor yang merawat saya mulanya tidak mengetahui saya hamil kerana kandungan tidak begitu kelihatan biarpun mencecah lima bulan. "Namun, sebaik dimaklumkan, doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil selepas ujian imbasan dilakukan.


"Ketika itu, suami orang yang paling gelabah kerana kandungan ini zuriat pertama saya bersamanya. Bagaimanapun, doktor mengesahkan kandungan tidak mengalami masalah dan doktor kini masih melakukan pemantauan," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan suami di Stesen Bas Medan Gopeng yang mahu menaiki bas ke Singapura.


Katanya, dia bersyukur kerana doktor mengesahkan kandungannya selamat biarpun berlaku hentakan kuat di perutnya.


"Saya paling bimbangkan kandungan ini. Suami paling gelisah sejurus kemalangan, tetapi kini lega kerana kandungan disahkan selamat.


"Saya baru selesai menjalani pembedahan di tangan petang tadi (semalam) selain terpaksa menerima beberapa jahitan di kedua-dua kaki," katanya Katanya, dia terkejut sebaik dimaklumkan uri mengalami pendarahan kecil, namun selepas diperiksa, doktor pakar sakit puan mengesahkan kandungannya tidak menghadapi masalah, sekali gus membuatkannya kembali ceria.


"Menurut doktor, pendarahan kecil itu tidak menjejaskan kandungan, tetapi jika pendarahan terus berlaku, mungkin memberi kesan kepada kandungan," katanya.


Menurutnya, Akhil Hayy sudah dimaklumkan kemalangan itu dan beberapa ahli keluarga bekas suami juga menziarahinya di hospital selepas kemalangan itu.

Faizal Yusuf (Bekas Suami Siti Nordiana) Meninggal dunia akibat Serangan Jantung

Posted: 02 Jan 2011 05:03 PM PST


Takziah diucapkan buat keluarga Faizal Yusuf dan bekas Isterinya Siti Nordiana atas pemergian arwah yang amat mengejutkan.

Faizal Yusuf baru sahaja berumur 33 tahun dan sebelum nie terkenal dengan drama Adamaya bersama Lisa Surihani,

Pada hari sabtu iaitu 1 January 2011,lebih kurang pukul 2ptg sensasi terima message dari kwn sensasi melalui BBM mengatakan yang Faizal Yusuf baru sahaja meninggal di Hospital Pusrawi akibat serangan jantung.

Sensasi memang terkejut dan kurang pasti betul ke Faizal nie meninggal maklumlah sebelum itu ada cerita Maizawati meninggal tapi rupanya Maizawati tak meninggal pun.

Namun akhirnya memang disahkan Faizal Yusuf telah meninggal.Umur masih muda bahkan isterinya Rosmunira kini sedang mengandung 5 bulan.

Sebelum itu Faizal dikatakan jatuh didalam bilik air kerana dadahnya sakit.Terus isterinya dan abangnya membawa ke hospital Pusrawi pukul 10 pagi.

Namun keadaan semakin kritikal menyebabkan dia akhirnya meninggal dunia.

5 hari sebelum meninggal Arwah sempat berpesan pada anaknya dalam telefon menyuruh anaknya Mohd Rayyan,2 tahun agar menjaga ibunya Siti Nordiana.

Masa tue Siti Nordiana dah rasa pelik dengan percakapan bekas suaminya itu.

Nampaknya ini kali kedua Siti Nordiana berdepan dengan kematian org yang pernah dekat dengannya iaitu Achik Spin dan kini bekas suaminya Faizal Yusuf,


Sensasi agak hairan lah jugak muda-muda lagi dah kene serangan jantung sebab doktor kata salah satu saluran jantungnya tersumbat.

Teringat kisah Brittany Murphy yang turut meninggal akibat serangan jantung,dan dia masih muda awal 30an semasa meninggal

Serangan jantung kepada org muda yang bukan obese mungkin disebabkan pengambilan ubat-ubatan yang terlebih dos,atau menjadi toksin sehingga menyumbat saluran darah dalam jantung.

Bahkan ada sesetengah ubat-ubatan(dadah) yang bercampur aduk pun boleh menyebabkan serangan jantung,Jadi berhati hatilah bila makan ubat,samada ubat kurus,ubat tido,dan sebagainya.




Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.