Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur

Posted: 20 Jun 2011 05:32 AM PDT

PESTA NEGERI TERENGGANU @ MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan Pesta Negeri Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur dari 18 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011.

Ianya akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pesta Negeri Terengganu ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal dan pelbagai produk keluaran tempatan.

"Di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya negeri Terengganu, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di Terenganu" kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

"Marilah kita bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan saya mengambil kesempatan ini menjemput semua rakyat Malaysia ke Menara Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan lagi Pesta negeri Terengganu ini", tambah beliau lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5454 / 03-2020 5448 dan layari laman sesawang di www.menarakl.com.my

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pesta Negeri Perak Di Menara Kuala Lumpur
  • Kempen Kurang Gula Kurang Belanja
  • Promosi Cuti Sekolah Menara Kuala Lumpur
  • MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL
  • Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009
  • 09.09.09 Lucky Number Wedding at Kuala Lumpur Tower
  • The Fabulous Cats ABP Berita Harian Road Tour Kuala Terengganu
  • Gambar Jamal Abdillah di Sidang Media Minggu Setiausaha Menara KL
  • Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009
  • PESTA JORAN TAHUN MELAWAT KEDAH 2008
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    DiGi Taja Konsert Rock GIG TV9 di i-City

    Posted: 20 Jun 2011 03:37 AM PDT

    GiG PENCETUS KREATIVITI REMAJA!

    Para remaja kita kini begitu menginginkan pembaharuan, khususnya penonton setia TV9. Kesedaran ini telah mencetuskan idea antara TV9 dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd ("DiGi") untuk menghasilkan satu acara yang pasti menggegarkan persada seni tanah air iaitu karnival dan konsert rock GiG pada 9 dan 10 Julai 2011 bertempat di I-City Shah Alam.

    DiGi selaku penaja utama kini sedang berusaha untuk mendekatkan diri kepada golongan remaja dan begitu juga TV9 kerana para remaja inilah yang bakal menjadi peneraju negara.

    Para remaja masa kini amat kreatif dan minat mereka terhadap muzik amat mendalam sekali. Karnival dan konsert rock GiG yang dibawakan oleh DiGi selama dua hari ini merupakan salah satu cara untuk mereka mengekspresikan diri dengan lebih kreatif iaitu menerusi muzik. Antara aktiviti menarik disediakan untuk mereka adalah pertandingan "Battle of the Indie Bands", sesi Karaoke, bengkel muzik yang dikendalikan oleh pemuzik yang berpengalaman dan profesional serta dua (2) konsert untuk 2 hari berturut-turut sebagai acara kemuncak.

    GIG logo final

    Selain daripada itu, bazaar indie juga turut disediakan kepada para remaja yang ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan mengusahakan produk-produk mereka yang tersendiri.

    Konsert GiG pertama yang berlangsung pada 9 Julai 2011 (Sabtu) akan menampilkan kumpulan Indie Rock tempatan yang popular seperti AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewriter, Drama Band dan Projek Pistol. Konsert ini akan dihoskan oleh deejay popular Hotfm iaitu Ikhwan dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.

    Kumpulan Hujan

    Manakala bagi hari keduanya pula, iaitu 10 Julai 2011 (Ahad), Konsert GiG ini akan dijayakan oleh kumpulan muzik yang mempunyai nama besar dan terkenal di persada seni tanah air seperti Wings, Hujan, Aizat, Bunkface dan 6ixth Sense. Konsert meriah pada malam kedua ini akan diceriakan oleh Faizal Ismail selaku pengacaranya. Lebih menggegarkan adalah apabila konsert ini akan dibawakan oleh DiGi secara langsung di TV9 pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

    Menurut Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Feisal Malik, "Kami percaya generasi muda kini lebih kreatif dan inovatif dalam mengekspresikan diri mereka dari pelbagai segi. Muzik terutamanya dapat meluahkan perasaan serta menyampaikan pesanan positif oleh seseorang dan itu yang ingin kami lakukan, iaitu memberi titik permulaan kepada golongan remaja Malaysia yang sedia menyahut cabaran ini."

    "GiG ini bertujuan untuk menghargai penonton sasaran remaja kami dan mengubah persepsi orang ramai perubahan TV9 yang kini lebih segar dan kontemporari. Perubahan ini mengaktifkan para remaja untuk sentiasa berinteraksi menerusi muzik. Ini juga merupakan permulaan kepada mereka untuk bertapak dalam memajukan diri mereka di dalam bidang yang diminati, dan paling utama, orang ramai sedar akan kewujudan mereka," tambah beliau lagi.

    Sementara itu, Ketua Pengurusan Perhubungan Pelanggan & Analisis, Francis Chang pula berkata, "DiGi sentiasa mencari peluang untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti menarik dan relevan dengan gaya hidup para remaja seperti muzik yang dapat membuka peluang untuk mereka berinteraksi dan berkongsi pengetahuan bersama rakan-rakan remaja yang lain. Pada masa yang sama, aktiviti ini mungkin juga menjadi platform bagi mereka menukar menjadikan minat kepada peluang kerjaya."

    Untuk memeriahkan lagi acara GiG, DiGi akan menganjurkan peraduan "Konsert GiG – VIP Treatment" khas untuk pengguna perkhidmatan prabayar DiGi yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan DiGi perlu melanggan pakej CallerTunes DJ GiG dengan hanya RM1 seminggu dan mengaktifkan Super Reload Social RM15 diantara 13 hingga 30 Jun 2011.

    Dua (2) peserta yang membuat isian semula tertinggi dalam tempoh pertandingan akan dipilih sebagai pemenang. Bersama dengan 4 orang rakan mereka, pemenang yang bertuah akan mendapat hadiah yang berupa layanan VIP termasuk 5 pas VIP ke Konsert Rock GiG, penginapan 2 malam di hotel 5 bintang di Shah Alam, perkhidmatan pemandu peribadi dari hotel ke lokasi konsert, 5 helai kemeja-T edisi terhad dan 5 helai poster GiG.

    Battle of the Indie Bands yang akan diadakan pada 9 Julai akan menampilkan lapan (8) kumpulan Indie yang bakal bertanding bagi merebut tempat untuk meneruskan persembahan mereka pada keesokan hari. Kumpulan-kumpulan Indie tersebut adalah Skudap Skudip, Oh Chentaku, Bintang Batu, Pheelers, Broken Riffs, The Jespers, BeforeAfters dan Pop Konspirasi. Juara pertandingan Battle of The Indie Bands ini akan menerima wang tunai RM 8000.

    Untuk memulakan kehangatan acara GiG ini, satu showcase GiG TV9 telah diadakan di Klang Parade pada 18 Jun 2011 lalu bersama Aizat dan diikuti dengan kemunculan kumpulan Hujan di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 25 Jun depan dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

    Noh Hujan

    Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En Izham Omar

    Ketua Pengurusan Perhubungan Pelanggan & Analisis, Francis Chang

    upacara menandatangani gitar

    _DSC4541

    bersama kumpulan yang akan terlibat dalam Konsert GiG TV9

    8 kumpulan terpilih untuk Battle of the Indie Bands (2)

    Pesawat

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pelancaran Novel dan Soundtrack Filem Duyung
  • Poster Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Konsert Ella di Istana Budaya
  • MTV World Stage Malaysia With 30 Seconds To Mars & Pop Shuvit
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • ROCK THE WORLD 10 di Stadium Bukit Jalil
  • Wings Cipta Sejarah Siar Konsert Live Streaming
  • Gambar Sekitar Konsert Search Di Awan Biru di Johor Bahru
  • DiGi Live K-pop Party 2011
  • Konsert Ungu di Ruums Life Centre Kuala Lumpur 9 Ogos
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    (Gambar) Bunga Citra Lestari Selepas Pantang, Cantik Gila!

    Posted: 20 Jun 2011 10:45 PM PDT

    Menurut forumer Cari yang dikenali sebagai Tupperware, beberapa minggu lalu dia bercuti di negara seberang & sempat mencuit sebuah majalah, Femina edisi Jun 2011. Majalah ini menampilkan Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari sebagai cover couple.

    Bunga Citra Lestari berkongsi pengalamannya menurunkan berat badan selepas bersalin dengan menjaga corak pemakanannya secara sihat. BCL kelihatan cantik, namun dia masih berazam untuk menurunkan berat sebanyak 10kg lagi.

    Kalau nak dibandingkan dengan dulu, kurus kering sangat, kan? Pada kami, BCL dah cukup ohsem dengan bentuk badannya yang terkini. Semua baby fat berada di tempat-tempat yang sepatutnya. Just nice!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Aplikasi OHBULAN! Kini Boleh Dimuat Turun. Percuma!

    Posted: 20 Jun 2011 09:13 PM PDT

    Aplikasi OHBULAN! Kini Boleh Dimuat Turun. Percuma!

    Aplikasi OHBULAN! kini boleh dimuat turun secara percuma untuk semua peranti Symbian Nokia di store.ovi.com/content/137559. Aplikasi ini sekaligus membolehkan anda membaca info atau gosip terkini mengenai dunia hiburan tempatan dengan gaya yang lebih kool, keunggulan.

    Antara fungsi menarik yang menjadi tumpuan ialah kebolehan one click sharing artikel OHBULAN! di laman Facebook atau Twitter kepunyaan anda. Selain itu, anda boleh melihat galeri gambar secara slide, menjanjikan pengalaman yang mengiurkan.

    Aplikasi OHBULAN! telah dibina secara in-house oleh pihak Nerd Attack & Nokia sebagai satu kerjasama padu untuk memenuhi kehendak pembaca hari ini. Pihak Nerd Attack pernah membuat aplikasi untuk syarikat tempatan seperti TV3, 8TV, Fly FM, Hot FM & Air Asia.

    Download aplikasi OHBULAN! di store.ovi.com/content/137559 sekarang & jangan lupa ajak kawan, atuk, nenek, abah & mak sekali. Okay?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    aReaL&Celebrity

    sumber :-

    aReaL&Celebrity


    Gambar Kemalangan Kereta Lamborghini Murcielago SV640 Dan BMW M5 Di Highway Sepang

    Posted: 20 Jun 2011 09:01 AM PDT

    Kemalangan Kereta Mewah Di Malaysia Teramatlah Jarang Kita Dapat Tengok Kat Malaysia Ni.. Oleh Kerana Bilangan Kereta Ini Cuma Terdapat Bebera Biji Jer Kat Malaysia Ni.. Kereta Yang Aku Maksudkan Ialah Jenis BMW M5 Dan Sebuah Lamborghini Murcielago SV640 Yang Telah Terlibat Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Sepang Putrajaya. Kejadian Ini Sempat Disaksikan Oleh ERICMAXMAN Yang Kebetulan Menggunakan Lebuhraya Yang Sama Setelah Tamat Menyaksikan JapanGT di Litar Formula 1 Sepang. Katanya, Kedua-Dua Kenderaan Ini Dipandu Laju Sebelum Kedua-duanya Bergesel-Gesel Manja Dan Terlanjur Dan Terbabas.. Fuhh... Sayang Kot Kereta Lambok Tu.. Tah Boleh Claim Insurance Ke Tak....!!!! Hambek Ko, Saper Suruh Hampa Dok Race Kat Jalan Raya Yang Orang Awam Pon Dok Guna Gak.. Nasib Baik Orang Lain Tak Menjadi Mangsa Kebodohan Korang Yang Suka Race Haram Macam Ni....

    Kereta Ini Kelihatan Begitu Angkuh Memotong Kereta Yang Dinaiki Mr.Ericmaxman, Dia Pon Tanpa Berlengah Masa Terus Mencapai Kamera Yang Sentiasa DiSisinya.. Kelihatan Kelibat Amoi Cun Di Tempat Duduk Sebelah Pemandu Kereta BMW M5 Itu... Dari Raut Wajahnya Yang Cool, Macam Dah Biasa Jer Race-Race Ni... Hehehe....

    Tup-Tup... Sampai Jer Kat Depan Dia Nampak Kemalangan Kedua-Dua Kereta Berikut.. Malang Tak Berbau Kan...!!!


    Keadaan Kereta Lambok Yang Total Lost.. Buleh Jual Kat Kedai Besi Buruk.. Dia Kira Sekilo 50Sen.. Hehe..





    Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku.. Nasib Baik Der... Diharap Perkara Ini Sedikit Sebanyak Memberi Kesedaran Kepada Kedua-Dua Pemandu Ini.. Dan, Kesedaran Kepada Kita Semua Juga.. Ingatlah, Kalau ALLAH Nak Tarik Balik Kesenangan Yang Kita Ada, Sekelip Mata Jer Kereta Berjuta Nilainya Dah Jadi Besi Buruk... Renung-Renungkan Dan Selamat Beramal... Peace No War... Big Thank To ERICMAXMAN from Lowyat forum ,@SMFAISLA10 Dan @ChelsiaNG Dari Twitter Dan Blog Serius

    P/s:Aku BMW M5 Takde, Motor Honda EX5  Tu Ade Ler... Hehehe...

    Kongsi Gambar Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Pakar pukau bantu penari tiang mengoda

    Posted: 20 Jun 2011 09:00 PM PDT

    HUDDERSFIELD, Britain - Seorang pakar pukau, Grant Saunders dipanggil untuk membantu penari-penari tiang menggoda pelanggan, lapor sebuah akhbar semalam.
    Menerusi kepakaran pakar pukau itu, pelanggan-pelanggan akan memberikan lebih banyak wang kepada mereka selepas persembahan erotik berakhir.
    Khidmat Saunders digunakan pemilik kelab tarian Cleopatra's Lounge di sini untuk membantu meningkatkan pendapatan premis itu yang merosot sejak kebelakangan ini.
    "Penari-penari di sini akan menggunakan teknik yang dikenali sebagai 'berlabuh'. Minda bawah sedar pelanggan akan dibuka semasa melihat paha mereka (penari bogel)," kata Saunders, 34.
    "Para pelanggan akan mengikut permintaan penari itu ketika dia bercakap dengan dan menyentuh bahu atau lutut mereka," tambah pakar berkenaan.
    Namun, dia menyangkal teknik tersebut akan menyebabkan pelanggan dipukau sepenuhnya seperti yang biasa dilakukan pada sesi hipnotis lain.
    "Teknik ini cuma membantu mereka untuk menjadi jurujual yang lebih baik," katanya. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Pasangan lesbian pertama di nepal

    Posted: 20 Jun 2011 08:00 PM PDT

    KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.
    Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.
    Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.
    Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.
    Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. - AP
    sumber kosmo online

    Bebas pilih nama domain

    Posted: 20 Jun 2011 07:00 PM PDT

    SINGAPURA: Penyelaras Internet global semalam meluluskan penggunaan alamat laman web yang akan berakhir dengan nama korporat.
    Pengguna tidak lagi terhad kepada domain .com, .net atau .org.

    Langkah itu ialah rombakan terbesar mengenai bagaimana laman web beroperasi.
    Perbadanan Internet bagi Pengendalian Nama dan Angka (ICANN) mengundi menyokong cadangan berkenaan di satu mesyuarat di Singapura meskipun wujud kebimbangan peralihan itu akan mencetuskan kekalutan dan memihak kepada syarikat besar.

    "Ini ialah perubahan terbesar dalam nama domain sejak pembentukan '.com' 26 tahun lalu," kata Theo Hnarakis, Ketua Eksekutif Melbourne IT Digital Brand Services, sebuah syarikat yang berpusat di California. Pemerhati industri berkata, syarikat besar global seperti Apple, Toyota dan BMW mungkin menjadi perintis dalam melancarkan laman web dengan nama domain mereka sendiri, berakhir dengan '.apple', '.toyota' dan '.bmw', seperti juga sebuah bandar atau jenama.

    Pengerusi ICANN, Peter Thrush memberitahu sidang akhbar, sistem penamaan baru itu akan membuka peluang besar untuk orang ramai menguasai aspek penjemanaan mereka dan membangunkannya mengikut cara mereka sendiri.
    Lembaga ICANN mengundi 13-1 menyokong perubahan itu dengan dua berkecuali, kata seorang jurucakap.

    George Sadowsky, satu-satunya anggota pengarah yang menolak cadangan itu berkata: "Saya percaya bukan tugas ICANN untuk mempengaruhi pihak yang menang dan kalah dalam persaingan seumpama itu." Ketua Eksekutif ICANN, Rod Beckstrom berkata, aplikasi bagi akhiran baru laman web akan dibuka pada 12 Januari tahun depan dan ditutup 90 kemudian.

    "Jika anda melihat senarai itu anda akan menyaksikan beberapa pemilik jenama besar, beberapa syarikat besar di dunia, beberapa jenama besar, bandar raya, wilayah dan pelbagai jenis komuniti yang lain," kata Beckstrom. - Reuters

    Parkir asmara jadi pakir berdarah

    Posted: 20 Jun 2011 06:00 PM PDT


    KOTA BHARU: 'Parkir asmara' sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar 'parkir berdarah', apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam.
    Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada 'ditawan' bekas suami yang memandu kenderaannya.
    Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

    Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan wanita itu dipercayai diekori bekas suaminya dari sebuah pusat beli-belah di sini, sehingga ke lot parkir pasar raya itu.

    "Bekas suaminya menerpa masuk ke dalam kereta dan menikamnya menggunakan gunting hingga menyebabkan dia cedera di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta muka.
    sumber : myMETRO

    Angsa Liar di New York Akan Ditangkap Dan Jadikan Santapan

    Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

    NEW YORK - Kota New York berencana untuk menangkap angsa yang mengganggu penerbangan di lapangan terbang dan akan dimasak untuk dijadikan makanan bagi kaum miskin.

    Rencana tersebut bertujuan untuk menghindari insiden seperti yang pernah terjadi pada Januari 2009 lalu yang memaksa pesawat harus mendarat di Sungai Hudson, setelah sekelompok angsa masuk ke dalam mesin pesawat.

    Pihak kota pun akan memberikan bayaran demi usaha penangkapan para angsa tersebut dan akan langsung didistribusikan ke bank makanan di Pennsylvania.

    "Daripada angsa itu dibuang, kami hanya ingin memastikan bahawa angsa tersebut tidak sia-sia," ujar juru cakap Departemen Perlindungan Lingkungan seperti dilanpor Reuters, Isnin (20/6/2011).

    Pihak berwajib kini tengah melakukan kajian wilayah mana saja yang memiliki banyak angsa.

    Musim semi lalu, usaha untuk mengumpulkan angsa dengan memberikan gas diprotes oleh para aktivis haiwan.(rhs)

    Relaks betul 'abang' atas motor

    Posted: 20 Jun 2011 11:01 AM PDT


    Waduh…Gara-Gara Dikencingi Orang, Tasik Ini Dikeringkan

    Posted: 20 Jun 2011 10:30 AM PDT

    Tasik Pristine, Amerika Syarikat. (virginiafineproperties.com)

    VIVAnews - Danau Pristine di negara bahagian Oregon, Amerika Syarikat, terpaksa dikeringkan hanya kerana seorang lelaki kencing di tasik tersebut. Walaupun para ahli mengatakan air kencing tidak akan berpengaruh terhadap kualiti air minum, namun pengeringan tasik tetap dilakukan.

    David Shaff, dari biro air minum Portland, mengatakan tasik harus segera dikeringkan. Bukan kerana masalah kesihatan, namun kerana Joshua Seater, 21, membuat banyak orang jijik meminum air olahan dari tasik itu.

    "Saya tidak bisa membayangkan banyak orang yang berkata 'saya bikin jus jeruk pakai air tasikpagi ini'. Apakah kalian mahu meminum air kencing? Banyak orang yang akan marah," ujar Shaff dilapor dari laman The Telegraph, Minggu, 19 Jun 2011.

    Pengeringan tasik yang menampung lapan juta gallon air tersebut menghabiskan biaya sebesar US$36.000 . Para ahli menilai tindakan ini terlalu berlebihan,

    Mereka mengatakan bahawa kencing di tasik tidak akan merusak kualiti air minum. Mereka mengatakan bahwa air kencing yang hanya seberat lapan ons akan dengan cepat terurai di dalam air.

    Seater mengaku bersalah atas tindakan tersebut. Dia mengaku tidak tahu bahwa tasik itu tempat penampungan air minum. "Saya melakukan tindakan bodoh. Saya tidak tahu kalau itu penampungan air minum, saya kira hanya saluran air."

    Ulahnya ini tidak sampai membuatnya di penjara, namun dia akan dikenakan denda.

    Dikira palsu, wang dikoyak dan dibuang ke Toilet

    Posted: 20 Jun 2011 09:35 AM PDT

    TEMPO Interaktif, Scotland-Seorang peniaga membuang wang ke toilet. Ceritanya, ketika wang itu akan disimpan ke Royal Bank of Scotland (RBS), pegawai bank memberitahu bahawa wang itu palsu. Tak percaya dengan bank itu, ia pun mencuba menyimpan wang itu ke bank lain. Dan ternyata sama. Bank lain pun menolaknya. Kerana beberapa juruwang telah menyatakan wangnya palsu, ia pun langsung memutuskan untuk membuang wang itu ke toilet.

    Seperti ditulis laman The Telegraph, beberapa saat setelah peristiwa itu, polis setempat melakukan investigasi tentang peredaran wang palsu. Hasilnya menakjubkan? Polis menyatakan wang yang dibuang itu ternyata asli!

    Keaslian ini didapat setelah polis menyerahkan wang itu ke Agen Anti Kejahatan Teroganisir Berat. "Ini merupakan kekacauan luar biasa yang disebabkan oleh RBS dan Bank of Scotland," kata lelaki yang telah membuang wang itu. Menurut lelaki yang tak mahu disebut namanya itu, pihak bank telah gagal melatih pekerjanya dalam mengenali wang palsu.

    Sebelum membuang wang yang dikira palsu itu, peniaga merobek-robek uangnya, lalu membuangnya ke toilet. Itu ia lakukan untuk mencegah wang beredar luas.

    Ia merasa itu adalah kewajibannya, namun ia sekarang tidak tahu bagaimana membuktikan bahawa dia telah membuang wangnya ke toilet untuk mendapatkan kompensasi.

    Tak hanya dia yang ditolak RBS dan bank lainnya. Warga Scotland lainnya juga ada yang mengalaminya.

    Ketua polis Northern Constabulary, Robbie MacDolnald menyatakan semua uang sempat ditolak oleh bank adalah asli. Agen Anti Kejahatan juga telah melakukan verifikasi.

    Sementara pihak Bank of Scotland mengakui mereka melakukan sesuatu yang tidak konsisten dan penolakan sejumlah wang adalah bentuk pencegahan. Mereka berjanji akan memperkuat prosedur bank mereka.

    Keasyikan Bercuti, Tak Sedar Air Laut Pasang

    Posted: 20 Jun 2011 08:00 AM PDT

    NORTH EAST - Malangnya nasib dua warga dari Australia yang sedang menikmati percutian mereka ke Lindisfarnce, Inggris kerana mereka salah memperkirakan bila air laut akan pasang.

    Lindisfarnce adalah suatu daratan cantik yang berada di pinggir pantai Northumberland, Inggris. Di sana terdapat sebuah castle yang berdiri kukuh di dataran yang lebih tinggi di hamparan wilayah tersebut.

    Dua warga Australia ini ketika itu sedang menikmati suasana Lindisfarnce yang menyenangkan. Namun sayangnya mereka salah memperhitungkan waktu untuk segera beranjak dari tempat itu sebelum air laut pasang.

    Akhirnya mereka dapat segera menjauh dari wilayah yang unik itu dengan kereta mereka mengapung dengan ketinggian sekira 300 meter.

    Untungnya, mereka boleh diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

    "Pemandu nampaknya tidak menyedari tentang bahaya yang akan mendatangi mereka. Mereka  hanyut dengan kereta hingga ke Laut Utara," kata ujar Ian clayton, salah seorang daripada pasukan penyelamat, sebagaimana dilapor Dailymail, Isnin (20/6/2011).
    (rhs)

    Rumah Yang Terbuat Dari Water Tower

    Posted: 20 Jun 2011 07:00 AM PDT

    Rumah ini tadinya merupakan sebuah water tower. Rumah itu terletak di 1st Anderson.St, Sunset Beach, CA. Pemilik rumah ini bernama Jerry Wallace. Pada awalnya rumah ini dipakai untuk Memperbaiki atau men'service' Kereta wap. Rumah ini dibuat sekitar tahun 1980'an.



    Anak Pukul Kepala Ibu dengan Tongkat Kerana Tolak Jual Tanah

    Posted: 20 Jun 2011 06:45 AM PDT

    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki menyerang ibu kandungnya dan mengancam akan membakar rumah tempat tinggal mereka jika tak mahu menjual sebagian tanah warisan. Demikian diberitakan The Star, Isnin (20/6/2011).

    T Chellam (64) mengatakan bahawa anaknya memaksa menjual tanah seluas 0,5 hektar yang dibeli mendiang suaminya pada tahun 2001.

    Tak tahan, sang ibu kemudian melapor kejadian ini ke balai polis dengan laporan yang anak laki-lakinya mengancam membakar rumah dan sempat memukul dengan tongkat dan membuat adik perempuannya terluka yang cuba menolong si ibu.

    (Foto) Detik-detik Ketika Seekor Katak Melahap Bulat-bulat Seekor Burung

    Posted: 20 Jun 2011 05:38 AM PDT

    Dalam alam liar memangsa dan simangsa adalah sesuatu yang biasa, ketika insting untuk bertahan hidup muncul maka seluruh kemampuan dari haiwan tersebut muncul juga, seperti ketika seekor katak dewasa melahap bulat-bulat seekor burung yang melintas didepannya.



    Hebat patung ni boleh apa sahaja dengan kepala dan kakinya

    Posted: 20 Jun 2011 04:30 AM PDT
















    Wow,Rumah LamaTanpa Toilet dan Bilik Mandi Laku £ 250 ribu

    Posted: 20 Jun 2011 03:30 AM PDT

    TEMPO Interaktif, London - Rumah ini tidak memiliki bilik mandi, pemanas, paip saluran pembuangan, atau toilet. Bahkan, sudah hampir tak tersentuh dalam 100 tahun! Tapi, hal itu tidak menyurutkan sejumlah pembeli. Mereka bahkan ada yang berani menilainya £ 250 ribu .

    Lokasinya yang menakjubkan di Yorkshire Dales, membuat rumah itu bernilai £ 1,5 juta setelah diubahsuai.

    Pembelinya, Dandra Garth, akan mendapatkan sebuah rumah dengan empat bilik tidur seperti milik bangsawan di abad ke-16. Loteng besar rumah itu digunakan sebagai tempat pelayan ditambah sebuah gudang terpisah dan tiga hektar tanah.

    Rumah itu semula milik Walter Harper, yang pindah ke sana bersama keluarganya pada tahun 1942 untuk bertani di tanah sekitarnya.

    Ayahnya meninggal dunia pada 1968 dan ibunya menyusul pada 1972. Namun, Harper terus bertani sampai awal 1980-an.

    Sekarang dia berusia 92 dan baru-baru ini pindah ke rumah perawatan. Sebelumnya dia cukup senang tinggal di rumah yang tidak memiliki utiliti atau kemewahan itu.

    Ia cukup puas menghangatkan diri di depan perapian terbuka dan mendidihkan air untuk mengisi bak mandi di dapur.

    Harper dipujuk menggunakan elektrik di properti itu 10 tahun lalu. Sebelumnya dia menggunakan lampu gas.

    Agen properti Tim Brown dari George F. White mengatakan, "Ada peminat yang luar biasa, tapi saya tidak terkejut. Tempat ini hampir tak tersentuh oleh abad ke-20 dan 21. Sifat seperti ini sangat aneh."

    "Ini salah satu tempat yang paling indah di Yorkshire Dales National Park dan memiliki potensi besar," tuturnya.

    Pencuri aiskrim yang sukar polis nak tangkap

    Posted: 20 Jun 2011 02:20 AM PDT

    Cuba lihat reaksi mangsanya...












    Oops…400 Orang Berbogel di Pantai

    Posted: 20 Jun 2011 01:48 AM PDT

    TEMPO Interaktif, London -Sebanyak 400 orang menciptakan rekod dunia dengan berenang telanjang di pantai South Wales, Inggris Sabtu, 18 Jun 2011. Lelaki dan wanita datang dari berbagai negara untuk menciptakan rekod berenang di pantai Rhossili tanpa seutas benang pun.

    Secara selambamereka melepaskan pakaian sebelum pukul 08.00 waktu setempat. Setelah itu, mereka berteriak dan melompat kegirangan tanpa rasa malu dan gentar meski angin bertiup cukup kencang.

    "Saya terbang dari Australia melalui Brazil untuk join," kata Lizzy White, 25 tahun, salah satu peserta yang dikutip oleh Daily Mail, Sabtu, 19 Jun 2011. Lizzy mengaku merasa senang meski kedinginan.

    Steven Absalon, 29 tahun, peserta lainnya sempat malu kerana dia belum pernah berenang telanjang sebelumnya, apalagi di depan 400 orang. Namun sebenarnya di antara perenang telanjang tidak ada rasa malu satu sama lain.

    Steven merasa bangga boleh mengikut menciptakan rekod dunia. Nantinya ia akan menceritakan kepada anak cucuknya.

    Penyelenggara acara tersebut menyatakan peristiwa itu memang harus diverifikasi oleh pencatat rekod dunia Guiness, tetapi mereka meyakini acara itu telah memecahkan rekod sebelumnya yang hanya diikuti oleh 250 orang saja.

    Acara ini tadinya hanya akan diikuiti oleh 300 orang saja, tetapi mendekati hari penyelenggaraan, jumlah peserta bertambah menjadi 400. Acara ini bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi yayasan kanser Marie Curie

    Wanita ini selamba calarkan kereta jirannya

    Posted: 20 Jun 2011 12:45 AM PDT















    sumber : stomp.com.sg

    STOMPer Scratch To Win has sent in a video of a woman caught scratching a car. He said this is the actual footage showing Hoo Siew Cheng, 35, who was fined $1,000 for scratching her neighbour's car after a feud.

    Said the STOMPer:

    "Yes this video is authentic.

    "I got it from the owner got permission from him to upload this clip.

    "This is the first time that this video has been uploaded."

    According to The Straits Times report, Hoo, an operations manager, had been feuding with the owner of the car, Madam Lim Cheng Yong, who lived directly above her.

    She blamed Madam Lim, who is in her 50s, for making loud noises at night and for water seeping through the ceiling.

    Madam Lim then began discovering scratches on her car in January last year. After installing a hidden video camera in her car, she caught Hoo scratching the left side of the vehicle in front of Block 190, Punggol Central, at 9.35pm on May 7 2010.

    Hoo pleaded guilty to committing mischief by damaging the paintwork of the car with a sharp object.

    She was fined $1,000 and ordered to pay Madam Lim $500 in compensation.

    Kerana Kelaparan Buat Burung Ini Jadi Kanibal

    Posted: 19 Jun 2011 11:00 PM PDT

    INILAH.COM, London – Untuk menghadapi sejumlah keadaan tertentu untuk bertahan hidup, apa pun boleh dilakukan. Termasuk burung hitam ini yang menjadi menjadi kanibal kerana musim kering.

    Burung hitam memakan anak-anaknya untuk bertahan hidup ketika musim kering di musim semi dan awal musim panas. Cuaca memaksa cacing yang menjadi makanan burung ini berada jauh di bawah tanah.

    Alhasil, burung ini pun memangsa anaknya sendiri kerana putus asa untuk menghindari kelaparan. Selain anaknya sendiri, burung ini juga memangsa katak dan anak tikus. Semuanya kerana cuaca panas.

    Paul Stancliffe dari British Trust for Ornithology mengatakan, kajian tahunan pada 250 burung menunjukkan, rata-rata berat burung hitam menurun drastis dari 130 gram menjadi 90 gram tahun ini. "Jika cuaca tak berubah, keadaan akan makin memburuk," ujarnya.

    Juru cakap Royal Society for the Protection of Birds mengatakan, hal ini akan membuat penurunan tajam populasi burung ini. Tahun ini, Inggris mengalami musim semi terpanas dan terkering dalam sejarah.

    Ajaib! Lelaki Ini Boleh Melihat Setelah 55 Tahun Buta

    Posted: 19 Jun 2011 10:00 PM PDT

    TRIBUNNEWS.COM, NEW YORK - Keajaiban terjadi. Seorang lelaki yang mengalami kebutaannya di mata kanannya berhasil sembuh dan mampu kembali melihat.

    Dilapor BBC,  Journal of Medical Case Reports menyebut retina mata kanan pesakit tersebut rosak terkena batu ketika berusia lapan tahun. Sejatinya, retina yang terlepas dari mata untuk waktu yang lama akan rosak permanen, sehingga menampalkannya kembali tidak akan memulihkan penglihatan.

    Doktor mengatakan pemulihan yang terjadi setelah retina mengalami kerosakan seperti ini adalah yang pertama. Lelaki yang berusia 63 tahun itu mendatangi sebuah klinik mata dan pendengaran di New York kerana mengalami rasa sakit dan mata menjadi merah.

    Mata kanannya bengkak, berdarah, dan muncul tekanan kerana cairan yang menggumpal.

    Setelah mencuci mata dan melakukan perawatan untuk mencegah terbentuknya pembuluh darah baru, mata itu dari yang sebelumnya buta  menjadi mampu menyerap sinar.

    Melihat hal ini, para doktor kemudian memutuskan untuk mencoba menampalkan kembali retina ke mata itu. Usai proses operasi selesai ternyata mata itu kemudian berfungsi normal kembali.

    Diyakini kesuksesan ini dikeranakan sejak awal retina itu tidak rosak keseluruhan dari mata.

    Atuk 91 tahun penari balet tertua di Britain

    Posted: 19 Jun 2011 09:30 PM PDT

    LONDON - Seorang datuk berusia 91 tahun, John Lowe (gambar) yang pernah berkhidmat sebagai askar Britain di Malaya kini menjadi penari balet yang paling tua di negara ini, lapor sebuah akhbar semalam.

    Lowe mempunyai empat orang anak dan 11 cucu tetapi isterinya, Catherine sudah meninggal dunia 25 tahun lalu.

    "Cucu saya suka dengan apa yang saya lakukan ini," katanya.

    Namun, kata Lowe, dia dinasihatkan oleh anak-anaknya supaya tidak terlalu aktif dan melarangnya memusingkan badan sehingga 360 darjah.

    Lowe belajar tarian balet sejak 11 tahun lalu dan menghadiri kelas tiga kali seminggu.

    Dia turut berlatih di rumahnya di Elly, Cambridgeshire.

    Namun, dia tetap mengingati kenangan pahitnya semasa ditahan tentera Jepun ketika bertugas di Malaya pada 1942.

    Menurutnya, dia ditahan selepas anggota-anggota pasukannya menyerah diri kepada Jepun.

    Lowe berkata, dia dihantar ke pusat tahanan tentera Jepun di Changi, Singapura sebelum dihantar ke Taiwan.

    Dia kemudian dibebaskan selepas bandar Nagasaki dan Hiroshima dibom oleh Tentera Berikat yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS). - Agensi

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS