Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Pelajar tidak pulang mati

Posted: 16 Oct 2010 09:00 PM PDT

TELUK INTAN: Kebimbangan seorang bapa terjawab apabila anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah sebaik ke sekolah pagi kelmarin ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, pagi semalam.

SIASAT... mayat mangsa ditemui di ladang.
SIASAT... mayat mangsa ditemui di ladang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya tidak menemui sebarang senjata tajam di lokasi kejadian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.


Beliau berkata, bapa mangsa, K Murali, 43, yang juga pengawal keselamatan di ladang berkenaan membuat satu laporan polis kelmarin bagi memaklumkan kehilangan gadis terbabit.


"Mengikut laporan itu, mangsa keluar ke sekolah kira-kira jam 7.30 pagi semalam (kelmarin) sebelum ke kelas tambahan di pekan Teluk Intan dan tidak pulang ke rumah seperti biasa sehingga membimbangkan bapanya," katanya ketika ditemui, di sini semalam.


Katanya, bapa mangsa mendakwa melihat Divya memasuki ladang berkenaan selepas turun dari bas menuju ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari pondok pengawal tempatnya bekerja.

Saksi kejadian memaklumkan menemui beg dan pakaian mangsa terlebih dalu sebelum menemui mayat mangsa dalam parit.


Katanya, beg mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat mayat mangsa ditemui, manakala sebahagian pakaiannya ditemui di tepi parit tidak jauh dari situ. "Pihak Jabatan Forensik dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) turut dikerah ke tempat kejadian bagi mengesan sebarang bukti yang boleh mengaitkan kematian mangsa. Mayat sudah di hantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat," katanya.


Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat, namun seorang remaja yang juga rakan sekelas mangsa dipercayai bekas teman lelakinya dipanggil untuk membantu siasatan.

Jangan pandang belakang lagi

Posted: 16 Oct 2010 08:58 PM PDT

DI atas kertas, semua­nya tampak indah dan menggembirakan kerana kontinjen negara akhirnya melakar kutipan pingat emas terbanyak dalam sejarah temasya Sukan Komanwel dengan 12 pingat emas di New Delhi berakhir Khamis lalu.

AMIRUL HAMIZAN IBRAHIM
AMIRUL HAMIZAN IBRAHIM

LEE CHONG WEI LEE CHONG WEI RIZAL TISIN RIZAL TISIN ELAINE KOON ELAINE KOON ROSLINDA SAMSU ROSLINDA SAMSU BIBIANA NG BIBIANA NG NICOL DAVID NICOL DAVID PANDALELA RINONG PANDALELA RINONG

LEE CHONG WEI


Namun, dengan perbelanjaan besar yang dikeluarkan bagi persiapan dan latihan atlet sejak empat tahun lalu, jumlah emas itu sepatutnya mampu dipertingkatkan lagi apatah lagi saingan Sukan Komanwel (dalam beberapa acara terutama badminton) tidak sehebat temasya lain.

Lantas, harapan dan impian lebih besar menanti atlet yang sebenarnya berdepan tugas sukar untuk mengulangi persembahan baik dengan temasya Sukan Asia Guangzhou berbaki kira-kira 26 hari lagi.


Kontinjen negara tidak harus mendabik dada dan berpuas hati dengan apa yang diraih di New Delhi sebaliknya berusaha lebih gigih kerana apa yang boleh dibanggakan adalah pingat emas pada temasya Sukan Olimpik London dua tahun lagi.




ANALISIS 14 ACARA


ANGKAT BERAT
2 Emas, 1 Perak, 2 Gangsa


AKSI temasya kali ini membuktikan keperkasaan badang negara untuk bersaing di pentas antarabangsa. Malah pingat pertama negara yang disumbang atlet senior, Amirul Hamizan Ibrahim pada hari pembukaan kejohanan seakan penyuntik semangat kontinjen negara melakar gemi­lang di New Delhi.

Kudrat Amirul nyata masih terus ditagih mes­kipun pernah melalui zaman gelap angkara penggantungan dua tahun positif penggunaan dadah terlarang dengan mengetepikan tekanan dua atlet tuan rumah untuk menjulang angkatan 257kg bagi menggenggam emas kategori 56kg.

Bagaimanapun atlet kelahiran Rompin, Pahang tidak boleh terlalu mendabik dada meskipun berjaya meneruskan penguasaan Malaysia dalam kategori itu sejak 2002 di Manchester memandangkan jumlah angkatannya itu masih jauh de­ngan rekod terbaik, 265kg di Sukan Olimpik Beijing 2008.

Malah Amirul sendiri pastinya menyedari, saingan yang bakal dihadapi selepas ini di Sukan Asia Guangzhou bulan depan lebih sukar berbanding lawan yang ditemui di Sukan Komanwel. Begitu halnya dengan Aricco Jumith, yang mendominasi acara 62kg.


BADMINTON
4 Emas, 1 Perak


SKUAD badminton memperbaiki pencapaian empat tahun apabila merangkul empat emas menerusi acara berpasukan, perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei, beregu lelaki, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan beregu campuran, Kien Keat/Chin Eei Hui berban­ding di Melbourne tiga emas, tiga gangsa.

Chong Wei mudah mempertahankan pingat begitu juga dengan beregu nombor satu negara dengan pujian harus diberikan terhadap beregu campuran kerana berjaya menghasilkan pingat selepas pulang dengan tangan kosong empat tahun lalu.

Begitupun cabaran berbeza dan sukar menanti mereka di Sukan Asia Guangzhou apabila perlu berdepan jaguh dari China, Korea Selatan dan Indonesia.

Khidmat Muhammad Hafiz Hashim dalam skuad negara perlu difikirkan semula dan mungkin sudah tiba masa BAM memberi peluang kepada barisan muda seperti Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Misbun Ramadan Misbun.

Prestasi Hafiz yang pernah merangkul emas di Sukan Komanwel Manchester cukup mengecewakan dan agak pelik dia tewas mengejut kepada pemain India.


BERBASIKAL
1 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa


KEJAYAAN skuad berbasikal trek negara di Komanwel, New Delhi adalah yang terbaik dalam sejarah pemba­bitan skuad berbasikal di temasya itu.

Pastinya pencapaian itu akan lebih diraikan jika emas yang dirangkul oleh Azizulhasni Awang tidak dibatalkan.

Satu emas, perak dan gangsa bagaimanapun melepasi sasaran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan keputusan membenarkan barisan skuad itu berkampung di Melbourne sebagai satu tindakan tepat menjelang Olimpik London 2012.

Kita sememangnya menanti-nanti aksi pelumba berbasikal muda negara di Sukan Asia Guangzhou.


BOLING PADANG

KEKECEWAAN paling besar yang dialami oleh kontinjen Malaysia adalah melalui acara boling padang yang gagal menyum­bang sebarang pingat emas walaupun Persatuan Boling Padang Malaysia meletakkan sasaran yang tinggi untuk empat pingat emas namun terpaksa akur dengan satu perak dan gangsa menerusi pairs wanita dan lelaki.

Sandaran menerusi pemenang dua pingat emas pada dua edisi Sukan Komanwel sebelum ini iaitu Siti Zalina Ahmad dan pemain nombor satu dunia, Mohd Safuan Said yang dikatakan sudah bersedia 'meletup' turut lebur. Semua itu janji kosong belaka.


GIMNASTIK
1 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa


KETIKA keyakinan ramai terhadap gimnas negara terhakis berikutan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) dikatakan gagal melahirkan atlet yang memenuhi standard, kejayaan dilakar ratu gimrama negara, Elaine Koon, membangkitkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi mereka 12 tahun dulu.

Kali terakhir gimnastik negara mencapai kejayaan hebat adalah ketika mereka meraih emas pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.

Elaine, 17, muncul sebagai atlet yang memenangi koleksi pi­ngat terbanyak dan bakal menerima imbuhan wang tunai tertinggi (RM180,000).

Kejayaan Elaine dianggap mampu menjadi pembakar semangat buat arena gimnastik negara mengekalkan kejayaan menjelang saingan Sukan Asia Guangzhou, kelak.


HOKI

MELIHAT aksi skuad hoki lelaki dan wanita negara pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi sebenarnya menerbitkan perasaan muak ramai pihak terhadap barisan anak buah Stephen Van Huizen serta Yahaya Atan itu.

Apa tidaknya, status selaku pemenang pingat gangsa bagi skuad hoki lelaki serta tempat keenam untuk skuad hoki wanita pada temasya empat tahun lalu di Melbourne, skrip itu tidak berulang di New Delhi sebaliknya prestasi kedua-dua pasukan jauh lebih buruk.

Apa yang pasti, alasan kedua-dua skuad yang menegaskan Sukan Komanwel hanyalah sebagai pentas menguji prestasi pasukan sebelum meletakkan sasaran sebenar di Sukan Asia, seolah-olah semacam satu kisah dongeng kerana cabaran di Guangzhou sebenarnya lebih perit.


MENEMBAK
2 Emas, 3 Perak, 3 Gangsa


HADIR ke Sukan Komanwel tanpa banyak harapan disandarkan, skuad menembak negara pulang ke tanah air dengan mengukir senyuman apabila mereka berjaya membuktikan potensi sebenar.

Kejayaan itu menghapuskan badi tanpa emas sejak kejayaan bekas penembak kebangsaan, Nurul Hudda Baharin pada 1998, di Kuala Lumpur dan dianggap tepat pada masanya ketika prestasi atlet negara diragui gara-gara aksi hambar di Sukan Sea Laos, tahun lalu.

Nur Suryani membuktikan dirinya masih layak diangkat sebagai penembak wanita nombor satu negara dengan gandingan bersama atlet muda, Nur Ayuni berjaya membidik emas yang pada awalnya dilihat tidak berada dalam jangkauan.

Sementara, atlet pistol turut menggegar hasil kebangkitan atlet berpengalaman, Bibiana Ng apabila meraih emas pertama pada penampilan keempatnya dalam temasya sukan ini.


MEMANAH
1 Perak


SASARAN satu pingat emas Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia yang diletakkan ke atas bahu pemanah utama negara, Cheng Chu Sian tidak kesampaian sebaliknya hanya sekadar meraih pingat perak di dalam acara recurve berpa­sukan bergandingan dengan Izzuddin Abd Rahim dan Arif Farhan Ibrahim Putra.

Namun secara keseluruhan skuad 12 pemanah kebangsaan yang turut menyertai kategori compound gagal menyerlah.


OLAHRAGA

WALAUPUN tidak diberikan harapan tinggi untuk meraih pingat pada Sukan Komanwel di New Delhi, skuad olahraga yang bertanding menerusi lima acara sepatutnya mempamerkan aksi terbaik iaitu setidak-tidaknya cuba memperbaiki rekod peribadi masing-masing.

Namun, aksi longlai semua atlet termasuk jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei serta Roslinda Samsu menerusi acara lompat bergalah wanita, sepatutnya menyedarkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) bahawa mereka perlu bekerja lebih keras selain mengambil kira pandangan atlet.


PING PONG
1 Gangsa


Ada sinar gemilang dicatatkan skuad ping pong negara yang pulang dengan satu pingat gangsa menerusi acara berpasukan wanita apabila mereka mengatasi England pada perlawanan penentuan pingat gangsa.

Ia satu catatan sejarah buat kem Malaysia kerana sejak acara ping pong diperkenalkan pada temasya 2002 di Manchester, ini kali pertama skuad negara tidak pulang penuh hampa. Namun skuad ping pong wanita masih menaruh harapan kepada pemain lama seperti Beh Lee Wei dan skuad lelaki pula gagal bertindak cemerlang.

Pendedahan lebih ba­nyak di peringkat antarabangsa perlu jika Malaysia mahu lebih berjaya di peringkat itu.


AKUATIK
1 Emas, 1 Perak, 2 Gangsa


SKUAD terjun negara gah di Sukan Komanwel New Delhi menerusi kehabatan Pandelela Rinong yang memenangi emas acara 10m platform wanita kemudian bergandingan dengan Leong Mun Yee acara 10m platform serentak.

Penampilan memukau skuad terjun turut disokong dengan kejayaan wakil lelaki hasil kemampuan Bryan Nickson Lomas menyumbang gangsa acara 10m platform lelaki. Dia sekali lagi berpasangan dengan Yeoh Ken Nee meraih gangsa.

Keupayaan skuad terjun negara yang berlatih di China menguatkan lagi keyakinan untuk melihat kejayaan di Sukan Asia Guang­zhou. Namun aksi hambar skuad renang cukup mengecewakan.


RAGBI

Pentas ragbi tujuh sebelah pada Sukan Komanwel nyata bukan milik Malaysia kerana mereka tumpas semua empat perlawanan dilalui, tiga pada peringkat kumpulan dan satu pada peringkat bowl.

Mereka tunduk kepada Kenya (0-40), Samoa (0-61) dan Papua New Guinea (10-56) selain di tangan Uganda (14-26) pada perlawanan peringkat bowl. Skuad ragbi tidak sepatutnya dihantar ke Sukan Komanwel jika inilah keputusan yang dicapai.


SKUASY
1 Emas, 1 Gangsa


KEJAYAAN Datuk Nicol David membawa pulang emas daripada temasya Sukan Komanwel New Delhi bukanlah sesuatu yang meme­ranjatkan kerana tahun ini, prestasi yang dipamerkan atlet itu benar-benar memberangsangkan kerana beberapa gelaran dunia sudah berada dalam genggamannya sejak awal tahun ini.

Ketika temasya Sukan Komanwel di Melbourne 2006, Nicol gagal meriah sebarang pingat dan hanya emas Sukan Komanwel yang belum berada di dalam koleksinya. Justeru, kejayaan Nicol bukanlah sesuatu yang memeranjatkan sebaliknya adalah satu tragedi andai dia tidak muncul juara pada edisi kali ini.

Skuasy juga mencatatkan satu gangsa menerusi sumbangan Nicol dan Ong Beng Hee menerusi acara beregu campuran.


TINJU

SELEPAS kejayaan Sapok Biki memenangi emas acara tinju Sukan Komanwel di Kuala Lumpur 1998, tiada lagi kilauan pingat ber­kenaan yang singgah di kem negara dan temasya di New Delhi juga gagal menamatkan badi yang sudah menjangkau hingga 12 tahun itu.

Sasaran yang ditetapkan di New Delhi ialah satu emas tetapi buat kesekian kalinya, pe­ninju Malaysia gagal lagi untuk mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh Sapok itu sekali gus memaksa kontinjen negara perlu menunggu sekurang-kurangnya empat tahun lagi untuk melihat sama ada kejayaan itu mampu diulangi atau tidak.

Cheryl benci tapi rindu

Posted: 16 Oct 2010 08:57 PM PDT

LONDON: Sambil teresak-esak menahan sedu, juri program televisyen realiti Britain, Cheryl Cole, mengaku masih menyayangi suaminya, Ashley Cole, walaupun bintang bola sepak Chelsea dan England itu terbukti curang.

IMEJ BARU...Cheryl muncul dengan rambut merah untuk ditemubual, semalam.
IMEJ BARU...Cheryl muncul dengan rambut merah untuk ditemubual, semalam.
COLE...langgan pelacur.
COLE...langgan pelacur.

Walaupun begitu, Cheryl mengakui dia sentiasa mencintai bekas suaminya dan hingga kini masih gagal menjelaskan mengapa rumah tangga mereka selama tiga setengah tahun boleh berantakan.


"Kerana itu saya masih saling berhubung dengan Cole walaupun ketika dalam krisis," katanya.


Pendedahan semalam adalah yang pertama dibuat Cheryl, 27, secara terbuka sejak kecurangan Cole didedahkan media baru-baru ini.


Perkahwinan Cheryl - Cole berakhir secara rasmi pada 3 September lalu.

Dalam temubual itu, Cheryl berkata, dia masih yakin Cole adalah seorang lelaki baik walaupun pelbagai kelakuan buruknya didedahkan media.


Kata Cheryl, dia berharap dapat kembali menjalin hubungan dengan Cole - tetapi terhad sebagai seorang rakan - selepas kemelut yang melanda reda.


"Mengimbau kembali detik kami bersama, saya rasa amat sedih. Perkahwinan dan rumah tangga kami amat hebat tetapi entah di mana silapnya.


"Hingga hari ini saya masih tercari-cari jawapannya," katanya.


Sementara itu, Cheryl enggan mengesahkan bahawa penari, Derek Hough, adalah lelaki terbaru yang berjaya mencuri hatinya.


Mengelak untuk terjebak dalam soalan Morgan, Cheryl berkata, dia tidak mahu mengesah atau menafikan sesuatu dalam sesi temubual itu.


"Anda boleh memilih untuk menganggap dia teman lelaki atau sekadar kawan biasa," katanya. Sementara itu, Cheryl mengakui dia menulis wasiat sebaik saja mendapat tahu dia menghidap malaria yang boleh mengancam nyawanya.

"Menurut doktor, saya mungkin mempunyai tempoh 24 jam untuk hidup jika penyakit itu gagal dirawat," katanya.

Lelaki paling berani

Posted: 16 Oct 2010 08:55 PM PDT

DENGAN semangat berani luar biasa, dia meletakkan dirinya dalam bahaya kerana ingin menyelamat 33 pelombong Chile yang terperangkap di bawah tanah sejak 69 hari lalu.

TAHNIAH...Manuel Gonzalez (kanan) berjabat tangan dengan Presiden negara itu, Sebastian Pinera sebelum menuruni lubang sedalam 622 meter.
TAHNIAH...Manuel Gonzalez (kanan) berjabat tangan dengan Presiden negara itu, Sebastian Pinera sebelum menuruni lubang sedalam 622 meter.

LUAS... imej Satelit menunjukkan lombong San Jose yang dikelilingi Kem Harapan  untuk misi menyelamat. LUAS... imej Satelit menunjukkan lombong San Jose yang dikelilingi Kem Harapan untuk misi menyelamat. MISI TERLAKSANA... Gonzalez melambai depan kamera sebelum menaiki kapsul ke permukaan. MISI TERLAKSANA... Gonzalez melambai depan kamera sebelum menaiki kapsul ke permukaan. TERAKHIR... Luis Urzua, yang bertanggungjawab mengawal makanan dan membantu menaikkan semangat rakan-rakannya, sepanjang tempoh mereka terperangkap. TERAKHIR... Luis Urzua, yang bertanggungjawab mengawal makanan dan membantu menaikkan semangat rakan-rakannya, sepanjang tempoh mereka terperangkap. CEKAL... Gonzalez memasuki kapsul sebelum menjadi anggota penyelamat pertama menuruni lombong San Jose yang runtuh, Ogos lalu. CEKAL... Gonzalez memasuki kapsul sebelum menjadi anggota penyelamat pertama menuruni lombong San Jose yang runtuh, Ogos lalu. LEGA... PINERA menutup lubang penyelamat selepas Gonzalez tiba di permukaan. LEGA... PINERA menutup lubang penyelamat selepas Gonzalez tiba di permukaan.

LUAS... imej Satelit menunjukkan lombong San Jose yang dikelilingi Kem Harapan untuk misi menyelamat.

Bekas pemain bola sepak profesional itu diikat dalam kapsul kecil yang diberi nama 'Phoenix' sebelum menuruni lubang sedalam 622 meter, tempat 33 pelombong berkenaan berlindung sepanjang tempoh mereka terperangkap, Rabu lalu.


Dia berikrar untuk kekal di bawah tanah itu sehingga semua pelombong berkenaan diselamatkan dan dia menunaikan ikrar itu apabila hanya naik semula selepas 33 pelombong dan lima anggota penyelamat lain sudah berada di atas.


Sambil melambai ke arah kamera, kemudian membongkok tanda hormat, dia memasuki Phoenix 2 dan ditarik naik ke atas.


Ketika muncul di permukaan dengan sambutan sorak orang ramai, rakannya berjenaka, bertanya kepadanya sama ada dia sudah memadamkan lampu dan mengemas katilnya di bawah tanah sebelum dia ditarik naik.

Dengan tepukan dan pelukan daripada Presiden Sebastian Pinera, lelaki Chile itu semalam menjadi orang pertama menguji kapsul berkenaan dan juga orang pertama menemui pelombong yang sudah terperangkap di bawah tanah itu selama 69 hari.


Gonzalez ialah pakar keselamatan lombong dari Codelco, sebuah syarikat tembaga milik kerajaan Chile.


Dengan berpakaian oren cerah, dia diturunkan perlahan-lahan menerusi lubang itu, memeriksa keadaan batu dan kelengkapan telekomunikasi yang dipasang pada kapsul berkenaan.


Sebaik tiba di bawah, kamera menunjukkan dia berjabat tangan dan memeluk pelombong yang terperangkap sebelum memberi penerangan kepada mereka mengenai pelan menyelamatkan mereka.


Apabila berjaya dinaikkan ke permukaan bumi semula, Pinera bertanya, apa yang difikirkan sepanjang perjalanan naik itu.


"Saya memikirkan bahawa saya berharap kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Perlu ada perubahan pada kegiatan perlombongan untuk mengelaknya berlaku lagi." Misi menyelamat itu berjalan lancar dan berakhir jauh lebih awal daripada yang dijangka. Satu persatu pelombong itu memasuki 'sangkar' sempit itu, jauh di perut bumi, selepas mencatatkan sejarah menjadi orang yang paling lama terperangkap di bawah tanah.


Menjelang awal pagi Khamis lalu, semua 33 pelombong berkenaan berjaya diselamatkan, dalam tempoh 22 jam, hampir separuh daripada masa yang dirancang.

Selepas 69 hari di bawah tanah, termasuk dua minggu mereka dikhuatiri sudah mati, pelombong itu muncul dengan sorakan rakyat Chile dan disaksikan oleh masyarakat seluruh dunia.


Suasana menjadi meriah apabila setiap pelombong tiba di permukaan lombong tembaga dan emas San Jose di kawasan padang pasir Atacama, utara Chile.


Namun, wujud kebimbangan mengenai kesan psikologi yang mungkin dihadapi pelombong itu.


Seorang dirawat kerana pneumonia dan dua lagi menghadapi masalah gigi. Tetapi, yang lain, dibenarkan pulang selepas dirawat di hospital selama sehari.


Operasi menyelamat itu adalah kejayaan besar bagi Presiden Sebastian Pinera yang menunggu di permukaan lubang penyelamat untuk menyambut dan memeluk setiap mangsa.


Kebimbangan pasukan penyelamat berakhir apabila Florencio Avalos, pelombong paling gempal dalam kumpulan 33 orang itu muncul dari kapsul berbentuk peluru berpandu, dalam keadaan tersenyum selepas melalui perjalanan dalam lubang sempit sejauh 622 meter ke permukaan.


Di tengah sorakan orang ramai, dia memeluk anak lelakinya berusia tujuh tahun yang menangis terisak-isak, isterinya dan kemudian Pinera, yang terbabit secara langsung dalam usaha menyelamat yang kini menjadi kebangaan Chile.


Di Santiago, ibu negara Chile, suasana begitu bingit apabila pemilik kenderaan membunyikan hon tanda gembira, Di Copiapo, tempat asal 24 pelombong terbabit, datuk bandarnya membatalkan sekolah supaya ibu bapa dan anak dapat menonton siaran secara langsung operasi menyelamat itu menerusi televisyen di rumah.


Hampir semua rangkaian televisyen dari Amerika Utara ke Eropah dan Asia Barat menyiarkannya secara langsung.

101 diimbang bebola besi 600 tan

Posted: 16 Oct 2010 08:54 PM PDT

JIKA anda berpeluang meronda sekitar daerah Da'an, Taipei, di Taiwan, jangan terkejut atau takut sekiranya terserempak seorang wanita lewat usia 50-an sedang menggenggam erat dua bilah pisau pemotong daging kerana dia bukan orang gila yang ingin mengamuk, sebaliknya pakar mengurut menggunakan senjata berkenaan.

pix_middle

KENANGAN...penulis bergambar di depan pintu masuk menara Taipei 101. KENANGAN...penulis bergambar di depan pintu masuk menara Taipei 101. MAHIR...Puan Lu mengurut pelanggan menggunakan pisau pemotong daging. MAHIR...Puan Lu mengurut pelanggan menggunakan pisau pemotong daging. ARTISTIK...patung singa tersergam megah di dataran Muzium Istana Kebangsaan Taiwan. ARTISTIK...patung singa tersergam megah di dataran Muzium Istana Kebangsaan Taiwan. BERSEJARAH...Muzium Istana Kebangsaan Taiwan. BERSEJARAH...Muzium Istana Kebangsaan Taiwan. SESAK...suasana di pasar malam Shida. SESAK...suasana di pasar malam Shida. PADAT...pemandangan bandaraya Taipei dari tingkat 89 menara Taipei 101. PADAT...pemandangan bandaraya Taipei dari tingkat 89 menara Taipei 101.

MAHIR...Puan Lu mengurut pelanggan menggunakan pisau pemotong daging.

Tanpa mempedulikan titisan demi titisan keringat yang mengalir, wanita itu yang hanya mahu dikenali Puan Lu, begitu fokus dan cekap menarah pisau ke belakang badan pelanggan yang dilindungi sehelai tuala mandi.


Menurut Puan Lu yang berpengalaman lebih 10 tahun menjadi 'tukang urut pisau', teknik urutan itu dapat melancarkan aliran darah dalam tubuh sekali gus membuat­kan pelanggan berasa sihat, segar dan bertenaga selepas menerima rawatan. Pisau yang digunakan tidaklah terlalu tajam atau berbahaya. Bayaran untuk perkhidmatan itu pula cukup berpatutan, cuma NT$100 (RM10) bagi setiap sesi rawatan.


"Saya melakukan kerja ini enam hari seminggu bermula jam 4 petang hingga 10 malam. Keba­nyakan pelanggan pasti datang semula selepas mencuba rawatan ini," tutur Puan Lu dalam bahasa Inggeris yang agak terbatas.


Biarpun tergerak hati ingin mencuba teknik urutan unik itu, penulis terpaksa membatalkan niat berkenaan kerana kesuntukan masa.

Pengalaman menarik menyaksikan urutan pisau pemotong daging itu dikutip dalam kunjungan penulis bersama enam wartawan dan kakitangan syarikat telekomunikasi terkemuka HTC ke Taiwan bagi mengikuti majlis pelancaran produk terbaru syarikat berkenaan, baru-baru ini.


Perjalanan menggunakan pesawat MAS dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memakan masa lima jam sebelum kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taiwan.


Setiba di lapangan terbang terbabit, kami dibawa menaiki bas ke hotel penginapan yang terletak di Da'an.


Lucu juga bila melihat gelagat pemandu bas yang agak kelam-kabut dan panik ketika mencari hotel penginapan kami. Mana tidaknya, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa tidak sampai sejam, berlanjutan hingga hampir dua jam kerana pemandu bas tidak menemui hotel yang dicari walaupun dilengkapi peranti GPS.


Selepas puas bertanya dan berpusing-pusing ke sana ke mari, akhirnya kami tiba di Hotel Les Suite kira-kira jam 4 petang (waktu di Taiwan sama dengan Malaysia).


Taiwan yang dulunya dikenali Formosa (diambil daripada perkataan Portugis Ilha Formosa yang bermaksud pulau indah), berkeluasan kira-kira 36,000 kilometer persegi dan mempunyai populasi penduduk seramai 23 juta orang, menjadikannya antara negara berpenduduk paling padat di dunia.


Selain mempunyai penduduk padat di kawasan bandar, negara pulau ini terkenal dengan kawasan pergunungan curam dan hutan subur.

Seperkara yang menarik mengenai Taiwan terutama di ibu negara­nya, Taipei, terdapat ribuan premis di merata-rata tempat dengan pelbagai barang dagangan.


Baik perkakasan elektrik, peralatan sukan, kedai makan, baju dan aksesori wanita, semua boleh didapati. Malah hampir setiap stesen pengangkutan awam MRT juga 'dibanjiri' peniaga.


Daripada pengamatan penulis, walaupun setiap premis mempunyai keluasan agak kecil, boleh dikatakan semua peniaga pandai menggunakan ruang sehingga kedai mereka tidak langsung kelihatan sempit.


Taipei juga terkenal dengan kemeriahan pasar malamnya. Jika berpeluang ke sana, jangan lupa mengunjungi Shilin, pasar malam paling tua dan terbesar di Taipei.


Pasar malam Shilin mempunyai suasana seakan-akan temasya pesta. Selain menawarkan pelbagai koleksi pakaian dan makanan laut, anda berpeluang bermain permainan antaranya menangkap ikan emas menggunakan jaring diperbuat daripada kertas tisu dan menembak tin menggunakan senapang angin.


Selain Shilin, pasar malam Shida tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak sebesar Shilin, pasar malam Shida yang terletak di daerah Taan ini menyediakan pelbagai barangan terutama pakaian dan makanan pada harga sangat berpatutan.


Pasar malam yang terletak berhampiran Universiti Kebangsaan Taiwan Normal ini biasanya dikunjungi pelajar tempatan dan asing yang ingin mencari pelbagai barangan keperluan asas.


Jika tidak puas mengunjungi dua pasar malam hebat itu, anda boleh singgah di pasar malam Jaoho yang terletak di daerah Sungshan, pasar malam Kungguan dan Tunghua.


Untuk ke semua pasar malam terbabit, anda boleh menaiki pengangkutan awam dan yang paling mudah, gunakan perkhidmatan sistem transit MRT.


Bagi mereka yang berminat dengan sejarah tamadun masyarakat Cina dan peminat barangan antik, jangan lepaskan peluang melawat Muzium Istana Kebangsaan Taiwan yang terletak di daerah Shilin.


Muzium ini menempatkan 677,687 koleksi tetap artifak dan seni masyarakat Cina purba sekali gus menjadikannya antara terbesar di dunia. Koleksi barangan meliputi pelbagai lapisan zaman, daripada zaman Neolitik hing­galah zaman Dinasti Qing.


Kunjungan ke Taiwan tidak akan lengkap jika tidak melawat Taipei 101, bangunan pencakar langit tertinggi di dunia dari 2004 hingga akhir 2009 sebelum dipintas Burj Khalifa di Dubai pada awal tahun ini.


Sungguhpun begitu, menara ini menyediakan lif paling laju di dunia dengan perjalanan dari tingkat lima ke tingkat ke-89 memakan masa hanya 40 saat.


Taipei 101 juga memegang rekod sebagai bangunan pertama dunia yang berketinggian melebihi setengah kilometer dan pencakar langit pertama dibina pada alaf ini.


Menara berkenaan mempunyai 101 tingkat dan lima tingkat bawah tanah. Ketika siap pada 2004, menara terbabit secara rasminya diiktiraf sebagai bangunan tertinggi dunia menggantikan Menara Berkembar Petronas.


Selain itu, Taipei 101 adalah antara bangunan paling stabil pernah dibina. Ini kerana bangunan berkenaan diimbangi dengan kewujudan bebola besi yang bertindak sebagai pengimbang setiap kali menara itu bergoyang.


Bebola besi seberat 600 tan metrik itu boleh disaksikan dari jarak dekat jika anda melawat tingkat 88 atau 92 bangunan pencakar langit itu.


Penulis tidak dapat melupakan perbualan dengan seorang wartawan dari Thailand yang bertanya sama ada Taipei 101 lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas.


Benak penulis secara automatik teringat jawapan pernah diberikan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika ditanya seorang wartawan asing ketika Taipei 101 dinobatkan bangunan tertinggi dunia dulu.


"Memang benar, Taipei 101 lebih tinggi, tetapi kami masih mempunyai bangunan berkembar tertinggi di dunia," jawab penulis sambil terse­nyum sinis.

Mr Keli bertambah masyhur

Posted: 16 Oct 2010 08:52 PM PDT

MENGELUH ketika diri berdepan ujian perkara yang sering berlaku. Berapa kerat di antara kita yang memandangnya daripada sudut positif iaitu laluan berliku itu sebenarnya lorong menuju kejayaan.

POTENSI...Mahadzir dengan produk keluarannya, Mr Keli, yang dipasarkan sejak setahun lalu.
POTENSI...Mahadzir dengan produk keluarannya, Mr Keli, yang dipasarkan sejak setahun lalu.

JAGA KUALITI...ikan keli diberi makan dan diperiksa. JAGA KUALITI...ikan keli diberi makan dan diperiksa. PROMOSI...Mahadzir (dua dari kanan) dan Nadzir (dua dari kiri) bersama kakitangan ketika mengikuti ekspo. PROMOSI...Mahadzir (dua dari kanan) dan Nadzir (dua dari kiri) bersama kakitangan ketika mengikuti ekspo. GUNA TEKNOLOGI...ternakan keli kanvas yang menghasilkan ikan lebih berkualiti dan bersih di segi pemakanan. GUNA TEKNOLOGI...ternakan keli kanvas yang menghasilkan ikan lebih berkualiti dan bersih di segi pemakanan.

JAGA KUALITI...ikan keli diberi makan dan diperiksa.


Ia bermula apabila abang­nya, Nazarul, 30, dan kakak, Siti Rafizah, yang mengusahakan ternakan keli kanvas di Temerloh, Pahang, menghadapi masalah pasaran iaitu pembeli yang tidak konsisten.

Enggan mengalah pada keadaan, penyelesaian yang ada ialah mengusahakan perniagaan baru yang kurang saingan tetapi mempunyai prospek baik iaitu memasarkan keli dalam tin.


"Sebelum ini, saya mengusahakan agensi pelancongan, tetapi bisnes itu tidak mampu bertahan lama kerana banyak saingan. Tidak sampai setahun berjuang, saya mengambil keputusan menutup perniagaan. Kebetulan, abang dan kakak yang menternak keli kanvas menghadapi masalah pasaran," katanya.

Daripada pelancongan beralih kepada industri makanan, anak kesembilan daripada 11 beradik itu menubuhkan Nation Lines Sdn Bhd untuk memasarkan produk keli dalam tin. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu memulakan perniagaan dengan modal RM100,000 menerusi bantuan dan sokongan keluarga.

Selepas membuat tinjauan di beberapa kilang bagi menghasilkan produk keli dalam tin serta melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kerjasama Mardi (Institut Penyelidikan dan Pertanian Malaysia), produk pertama dipasarkan lebih setahun lalu.

Pengarah Urusan Nation Lines itu dan kembarnya, Nadzir, yang bertindak sebagai pengurus gudang dan pengedaran bersama membangunkan jenama Mr Keli serta memperluaskan pasaran ke seluruh negara.

"Peringkat permulaan Mr Keli dipasarkan di kedai runcit sekitar Temerloh dan Jengka di Pahang, Kedah dan Pulau Pinang. Cabaran ketika mula memasarkan produk ialah ramai orang tidak makan keli kerana beranggapan ikan itu kurang bersih di segi pemakanan.

"Tugas saya ialah meyakinkan pengguna bahawa produk kami daripada keli yang diberi makan makanan bersih dan berkualiti. Kualiti ikan bermula dengan penjagaan makanannya.

"Keli perlu diberi makan dedak sebelum boleh ditinkan kerana jika diberi makanan lain seperti perut ayam, ikan akan banyak lemak, baunya kurang enak dan isinya hancur menyebabkan ia sukar ditinkan.

"Saya perlu yakinkan pembeli, ikan berkenaan diternak dalam keli kanvas dan diberi makanan bersih. Keli yang diternak dalam kanvas juga tidak meletup ketika digoreng kerana kurang lemak," katanya.

Mr Keli yang didatangkan dalam tiga perasa iaitu cili, tomato dan kari turut menembusi pasaran pasar raya besar. Ia boleh didapati di Mydin sejak sembilan bulan lalu, manakala Giant, lapan bulan lalu.

Ditanya mengenai saingan dengan produk makanan berkaitan terutama yang lebih dikenali, Mahadzir berkata, dia tidak gusar mengenai pasaran kerana produk makanan sentiasa ada permintaan.

"Isu penipuan dalam 'contract farming' banyak menjejaskan usaha memperkenalkan produk. Ikan keli juga sering dikaitkan dengan isu kebersihan selain rupanya yang ditakuti sebilangan orang.

"Ada kakitangan saya sendiri, pada mulanya tidak makan ikan keli, tetapi apabila selalu mengikuti promosi Mr Keli, dia teringin hendak makan dan kini boleh menerimanya," katanya.

Lebih manis, hampir setahun di pasaran, Mr Keli mulai kenali. Produk itu juga kini mempunyai perubahan daripada segi saiz tin dan rasa. Jika dulu ikan yang ditinkan tidak digoreng, tetapi kini digoreng menjadikan rasanya lebih sedap.

"Usaha memperkenalkan Mr Keli dilakukan dengan promosi berterusan kerana produk baru mengambil masa untuk dikenali. Apabila ke pasar raya, mereka akan tuju tempat barangan yang hendak dibeli saja. Menerusi promosi dengan memberi pelanggan mencuba produk, Mr Keli dapat diperkenalkan," katanya.

Mahadzir turut mengikuti pelbagai pameran di seluruh negara anjuran agensi berkaitan seperti Mara dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

"Pada pameran Mihas (Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa), baru-baru ini, ada pihak luar yang berminat dan meminta kami menghantar sampel keli kering ke Senegal, Afrika. Di sana, penduduknya makan ikan yang dikeringkan. Kami kini dalam proses memenuhi permintaan itu. Kami juga dalam proses membuat filet kerana terdapat permintaan dari Hong Kong dan Amerika Syarikat (AS). Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) banyak membantu mengembangkan pasaran ke luar negara," katanya.

Menurutnya, penghujung tahun ini, Nation Lines akan mengeluarkan makanan sejuk beku daripada keli seperti naget, sosej, burger, bebola dan filet selain roti keli dan samosa.

"Tidak ramai Bumiputera terbabit dalam pengilangan dan pemasaran produk dalam tin. Hasrat saya ialah menjadi pengusaha Bumiputera yang berjaya dalam industri pengeluaran dan pengilangan produk makanan," katanya.

Transplan rawatan paling berkesan

Posted: 16 Oct 2010 08:51 PM PDT

"BAPA saudara saya pernah jalani pembedahan penggantian buah pinggang di India pada 1979 atau 1980. Pendermanya, lelaki muda umurnya dalam pertengahan 20-an. Bagaimana dia mendapat penderma, siapa yang menguruskan atau berapa bayarannya; saya tidak tahu.

pix_middle

BEDAH... transplan perlu dilakukan oleh doktor dan hospital bertauliah bagi mengelakkan   kejadian tidak diingini. BEDAH... transplan perlu dilakukan oleh doktor dan hospital bertauliah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. SEKSA... pesakit buah pinggang perlu menjalani dialisis. SEKSA... pesakit buah pinggang perlu menjalani dialisis. DERMA... penerima buah pinggang perlu pastikan sumber  organ yang diterima adalah hasil derma bukan dibeli dari luar negara. DERMA... penerima buah pinggang perlu pastikan sumber organ yang diterima adalah hasil derma bukan dibeli dari luar negara.

BEDAH... transplan perlu dilakukan oleh doktor dan hospital bertauliah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


Malah dia juga tidak tahu punca kematian bapa saudaranya itu, namun antara kemungkinan ialah berlaku penolakan pada buah pinggang baru (kerana ia dianggap bahan asing), jangkitan penyakit (yang dihidapi penderma) atau buah pinggang yang diterima bukanlah dalam keadaan baik.

Ini adalah antara risiko yang dihadapi penerima jika pemindahan organ termasuklah buah pinggang tidak melalui prosedur ditetapkan kementerian kesihatan di sesebuah negara.


Semua ini boleh berlaku kerana dalam proses pendermaan organ secara haram, tiada pemeriksaan kesihatan dilakukan ke atas penderma untuk memastikan dia bebas daripada jangkitan, penyakit, kesesuaian dengan penerima atau status (tahap fungsi) organ yang hendak didermakan.

Menurut Perunding Nefrologi dan Penasihat Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, Datuk Dr Zaki Morad, pemindahan organ atau transplan adalah kaedah rawatan paling berkesan khususnya bagi pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir sama ada membabitkan hati, jantung dan paru-paru.

Bagi buah pinggang, walaupun ada pilihan lain seperti dialisis tetapi transplan adalah kaedah yang lebih baik di segi kos dan kualiti hidup. Kerana itulah ia menjadi rawatan yang sangat dikehendaki serta mendapat permintaan hangat.

Di seluruh dunia, organ yang sangat dikehendaki ialah buah pinggang dengan jumlah permintaan sebanyak 60,000 setahun diikuti hati (23,000) dan injap (5,000). Malangnya, di kebanyakan negara termasuk Malaysia, jumlah orang yang mahu menjadi penerima jauh melebihi angka yang sanggup menderma.

Pada 2004, berdasarkan laporan Jabatan Pembangunan Perubatan Kementerian Kesihatan, kadar pendermaan organ di Malaysia masih sangat rendah berbanding negara lain.

Di Sepanyol misalnya, kadar pendermaan organ mencecah 34.6 peratus, Amerika Syarikat (24.1 peratus), Belanda (15.5 peratus), Jerman (13 peratus), Britain (12.7 peratus), Arab Saudi (2.3 peratus) dan Malaysia (0.67 peratus)

Pendermaan organ selepas kematian (kadaverik) lebih diutamakan berbanding pendermaan ketika hidup. Ini kerana pendermaan sewaktu hayat mempunyai risiko dan hanya dibolehkan untuk satu buah pinggang dan sebahagian hati.

Selepas kematian, penderma boleh menderma apa saja organ dan tisu tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan padanya selain boleh menyelamatkan banyak nyawa dan memberi manfaat kepada orang lain.

Pendermaan ketika hidup hanya dibenarkan untuk ahli keluarga saja kerana ia boleh menimbulkan pelbagai isu berkaitan etika seperti penindasan kepada orang yang lemah atau miskin, paksaan dan jual beli.

Organ yang boleh didermakan di negara kita ialah jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, pankreas dan tangan manakala jenis tisu termasuklah kornea, injap jantung, salur darah (arteri dan vena), usus, tulang, tendon, ligamen dan kulit.

Buah pinggang daripada penderma kadaverik (selepas meninggal dunia) contohnya boleh menyelamatkan empat pesakit; dua yang menerima buah pinggang dan dua lagi akan mendapat tempat untuk rawatan dialisis.

Dengan ikrar penderma dan keizinan ahli keluarga, organ hanya boleh diambil apabila menderma sudah meninggal dunia mengalami kematian otak walaupun jantungnya masih berdenyut. Ramai yang tidak faham bagaimana perkara ini berlaku.

Menurut buku panduan pendermaan organ terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan, jantung kita mempunyai pacemaker atau perentak tersendiri daripada otak. Ia akan terus berdenyut selagi menerima bekalan oksigen.

Jika dikeluarkan daripada badan dan diletakkan dalam larutan tertentu serta diberikan bekalan oksigen, ia akan terus berdenyut bagi satu tempoh. Inilah sebabnya selepas mati otak, jantung akan terus berdenyut tetapi ia akan berhenti dalam satu tempoh walaupun bantuan maksimum diberikan.

Apabila seseorang disahkan mati otak, dia sebenarnya sudah meninggal dunia dan otaknya tidak lagi berfungsi. Kerana itu tindakan menghentikan alat bantuan pernafasan bukanlah penyebab kematian kerana ia hanya membuatkan jantung berdegup buat sementara.

Pilih transplan 'halal'

Oleh kerana transplan menjadi rawatan terbaik bagi kegagalan organ peringkat akhir, maka di seluruh dunia permintaan untuk prosedur ini amat tinggi. Malangnya ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan ia sebagai barang dagangan di pasaran gelap.

Mungkin masih ada yang ingat kisah tiga lelaki: Mohammad Salim Khan, 35, Shakil Ahmed, 30, dan Naseem Mohammad, 27, dari Ahmedabad, Gujarat, India semuanya bekerja sebagai buruh kasar diculik, diberikan suntikan pelali dan dibedah untuk diambil buah pinggang ketika mereka tidak sedar pada Januari 2008.

Dalam tempoh sembilan tahun, kira-kira 500 rakyat India diambil buah pinggang oleh doktor yang menjalankan pembedahan transplan secara haram dan membekalkan buah pinggang kepada orang kaya di negara itu dan rakyat asing.

China, India, Filipina, Mesir, Pakistan dan Colombia adalah antara destinasi untuk mendapatkan organ sama ada secara 'halal' iaitu mengikut prosedur ditetapkan kementerian kesihatan sesebuah negara atau haram (pasaran gelap). Secara purata satu daripada 12 transplan dijalankan secara haram.

Menurut Pakar Bedah Fakulti Perubatan Universiti Harvard yang juga Pengarah Hal-Ehwal Perubatan Persatuan Transplan Organ Antarabangsa, Prof Francis Delmonico, transplan yang dijalankan secara haram atau tidak mengikut peraturan mempunyai banyak risiko kesihatan seperti:

a. Risiko penerima

  • Oleh kerana ia melanggar undang-undang, organ daripada penjual haram ini biasanya dipindahkan kepada penerima di klinik atau hospital yang tidak mempunyai lesen untuk berbuat demikian atau dilakukan oleh doktor tidak bertauliah.

  • Hospital ini mungkin tidak memenuhi piawaian pembedahan dan perubatan negara berkenaan. Ini menyebabkan penerima organ berhadapan dengan pelbagai komplikasi ketika dan selepas pembedahan.

  • Risiko jangkitan. Banyak kes jangkitan dan kematian dilaporkan pada penerima buah pinggang yang dibeli. Ia mungkin disebabkan penderma tidak menjalani pemeriksaan kesihatan, masalah kesihatan penderma dirahsiakan dan masalah kebersihan.

    "Tiada jaminan buah pinggang yang dibeli itu selamat. Buah pinggang dari China berkemungkinan mempunyai virus Hepatitis B dan HIV kerana ia datang daripada banduan yang dihukum mati. Buah pinggang dari India dan Pakistan pula diambil daripada buruh kasar.

    "Siapa yang akan bertanggungjawab jika perkara sebegini berlaku? Doktor di negara yang menjalankan pembedahan transplan haram itu tidak akan buat rawatan susulan untuk anda. Doktor di negara itu tidak pedulikan keselamatan anda. Selepas pembedahan mereka terus lepas tangan," katanya.

    Jelasnya, oleh kerana ubat anti penolakan yang perlu diambil selepas pembedahan transplan melemahkan daya ketahanan badan, penerima akan lebih mudah terkena jangkitan; dia kemudian membawa ia balik ke negara asalnya dan membahayakan ahli keluarga.

    Apa yang membimbangkan ialah jangkitan mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap antibiotik dan rawatan lain. Dalam keadaan ini, ia boleh membawa maut.

  • Komplikasi ketika penerbangan balik. Pesakit yang baru menjalani pembedahan tidak digalakkan menaiki kapal terbang terutama jika tempoh penerbangan mengambil masa panjang kerana ia boleh menyebabkan komplikasi.

  • Penerima organ mungkin tidak diberikan ubat selepas pembedahan secukupnya.

  • Penerima organ tidak mendapatkan pemeriksaan kesihatan sama ada mereka cukup sihat untuk menjalani pembedahan transplan. Ini kerana penyakit jantung, jangkitan kronik dan kanser boleh menyebabkan maut jika tidak dirawat terlebih dulu.

    b. Risiko kepada penderma/penjual

  • Penderma (penjual) menjadi mangsa. Penjualan buah pinggang biasanya membabitkan golongan miskin bagi meringankan beban hidup. Bagaimanapun, keadaan ini biasanya tidak berlaku sebaliknya hidup penderma organ lebih terdesak.

  • Isu eksploitasi. Oleh kerana mereka miskin, penderma organ tidak tahu sepenuhnya prosedur pembedahan dan risiko yang mereka tanggung. Mereka mungkin terpaksa menjual organ ketika kesihatan tidak mengizinkan.

  • Jumlah wang yang diterima penjual organ hanyalah pecahan kecil daripada wang yang dibayar penerima. Sebahagian besar bayaran berkenaan jatuh kepada hospital dan orang tengah. Di Filipina pula, penjual organ tidak akan mendapat bayaran selagi mereka tidak membawa seorang lagi bakal penjual organ.

  • Penjual organ berhadapan risiko kemurungan dan rasa kesal yang tiada berpenghujung. Ini boleh memburukkan kesihatan mereka. Selain itu mereka biasanya tiada cara mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang baik.

    Cegah perdagangan organ

    "Perdagangan organ adalah salah walaupun ada persetujuan antara penjual dan pembeli. Ini kerana ia hanya akan memihak pembeli kaya manakala penjual atau pesakit yang miskin akan terus tertindas serta tidak dapat organ yang dinanti.

    "Apa yang membimbangkan apabila perdagangan organ memasuki peringkat global, maka wujudlah 'ahli perniagaan' baru yang akan menyelinap masuk ke negara lain untuk mencari mangsa. Maka jenayah yang lebih besar akan terjadi.

    "Untuk mencegahnya, setiap negara perlu ada program dan tabung pendermaan organ sendiri. Cara ini boleh menggalakkan penduduk sesebuah negara berikrar menjadi penderma, bukan mendapatkan organ dari negara lain. Jika organ diperoleh dari negara lain, mesti tahu dari mana sumbernya," kata Dr Delmonico lagi.

    Katanya, di setiap negara, banyak sumber organ yang tidak dimanfaatkan khususnya daripada mangsa kemalangan jalan raya. Secara purata negara kita mencatatkan 6,000 hingga 7,000 kes kemalangan jalan raya setahun yang kebanyakannya membabitkan golongan muda di mana organ mereka masih dalam keadaan baik.

    Setiap tahun kira-kira 2,500 kes kegagalan buah pinggang peringkat akhir dilaporkan dan sehingga tahun lalu, jumlah keseluruhan pesakit dianggarkan mencecah 20,000 orang dan 50 peratus daripadanya menunggu untuk pemindahan organ.

    Malangnya, di negara kita, tempoh menunggu untuk pesakit menerima buah pinggang baru adalah antara 16 hingga 20 tahun.

    Di kalangan pesakit yang menunggu untuk mendapat jantung, hati dan paru-paru, lebih 50 peratus meninggal dunia dalam penantian.

    Jika organ daripada mangsa kemalangan itu dimanfaatkan, kita sebenarnya mempunyai bekalan organ yang mencukupi untuk menyelamatkan nyawa pesakit di seluruh negara. Alangkah sayangnya jika organ yang masih 'muda' umurnya itu dibawa 'pergi' begitu saja.

    Sudah sampai masa kita mengubah konsep hidup. Andai kita bersedia menjadi penerima, kita juga semestinya sanggup berikrar menjadi penderma.
    Mudah-mudahan ia menjadi bekal amalan apabila kita sudah tiada.
  • I Tarj robot istimewa

    Posted: 16 Oct 2010 08:47 PM PDT

    KOMPUTER pelbagai guna terutamanya menterjemahkan perkataan rumi ke jawi sebelum ini tidak pernah terlintas difikiran mampu dihasilkan oleh individu kreatif dan berkemahiran tinggi dalam bidang berkenaan terutamanya oleh anak muda yang masih berada dibangku sekolah lagi.

    FUNGSI...Wan Abdul Hamid (dua dari kiri) diberi penerangan mengenai fungsi I Tarj oleh Kamaruzaman sambil diperhatikan oleh Bahtiar (tengah).
    FUNGSI...Wan Abdul Hamid (dua dari kiri) diberi penerangan mengenai fungsi I Tarj oleh Kamaruzaman sambil diperhatikan oleh Bahtiar (tengah).
    .pics { height: 300px; width: 300px; padding: 0pt; margin: 0pt; }.pics img { padding: 3px; border: 1px solid rgb(204, 204, 204); background-color: rgb(238, 238, 238); width: 300px; height: 300px; top: 0pt; left: 0pt; } Kamaruzaman dan Aisyah bersama hadiah kemenangan peringkat kebangsaan. BEGINI...Ahmad Bushra (tengah) menjalankan kerja meningkatkan kemampuan I Tarj ambil diperhatikan ahli pasukan SHAKS. BEGINI...Ahmad Bushra (tengah) menjalankan kerja meningkatkan kemampuan I Tarj ambil diperhatikan ahli pasukan SHAKS. CUBA...rakan-rakan juga tertarik dengan kemampuan I Tarj. CUBA...rakan-rakan juga tertarik dengan kemampuan I Tarj.
    BEGINI...Ahmad Bushra (tengah) menjalankan kerja meningkatkan kemampuan I Tarj ambil diperhatikan ahli pasukan SHAKS.




    Cover ~ GIGIS


    HEADING COVER: Tiga cipta robot pintar
    HEADING DALAM: I Tarj robot istimewa
    INTRO: Mampu menterjemah perkataan rumi kepada jawi Namun, tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) yang masing-masing baru berusia 14 tahun berjaya membuktikan keupayaan mereka dengan mencipta robot pintar yang mampu menterjemah perkataan rumi kepada jawi itu.

    Kebolehan robot diberi nama I Tarj itu sekali gus berjaya menobatkan sekolah mereka sebagai juara pertandingan robotik kategori sekolah menengah rendah peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Kejayaan itu melayakkan pasukan berkenaan yang dianggotai tiga pelajar tingkatan dua dibantu seorang guru mewakili negara ke pertandingan robotik dunia di Manila, Filipina, bulan depan.

    Pencapaian membanggakan itu menyusul selepas mereka mewakili negara pada pertandingan yang sama di Jepun dua tahun lalu dengan menyandarkan ciptaan robot bot yang berupaya menyedut tumpahan minyak di sungai, tasik dan kolam.

    Dengan tema pelancongan, kumpulan berkenaan sekali lagi tampil menaruh harapan ciptaan robot yang diperbuat daripada permainan Lego mencatat keputusan membanggakan bersaing dengan pasukan dari beberapa negara.

    Tiga pelajar SHAKS yang terbabit menghasilkan robot I Tarj berkenaan adalah adalah Kamaruzaman Mohd Hashim, Nor Athirah Mohd Zaradi dan Nuur Aisyah Mat Saman, mereka turut dibantu guru pembimbing, Ahmad Bushra Abdul Rahman.

    Ahmad Bushra yang berpengalaman luas dalam bidang rekaan, berkata dia dan pelajarnya mengambil masa lebih sebulan untuk mencipta robot yang berupaya membantu pelancong terutama negara Asia Barat menterjemah perkataan rumi kepada jawi.

    Menurutnya, dengan menggunakan komputer sebagai produk utama dan permainan Lego, robot berkenaan bukan saja mudah digunakan tetapi juga cepat menghasilkan terjemahan kepada perkataan jawi.

    Katanya, perbelanjaan lebih RM5,000 digunakan untuk menghasilkan robot I Tarj yang pertama di dunia dihasilkan menggunakan permainan Lego.

    "Sebelum bersaing di peringkat antarabangsa saya dan pelajar akan berusaha mengadakan beberapa kajian bagi menambah baik apa yang ada, kita tidak mahu masalah berlaku sehingga menjejaskan persembahan.

    "Kita juga akan berusaha untuk membolehkan robot I Tarj melakukan dua tugas iaitu menterjemahkan perkataan jawi kepada rumi selepas kejayaan menterjemah rumi kepada jawi," katanya.

    Menurutnya, sekiranya usaha membolehkan robot berkenaan melakukan dua tugas iaitu menterjemah perkataan rumi kepada jawi dan jawi kepada rumi, peluang untuk merangkul kejayaan di pentas antarabangsa akan menjadi kenyataan.

    Ahmad Bushra berkata, pihaknya mendapat sokongan padu daripada beberapa pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang mempunyai kepakaran dalam bidang elektronik selain pelbagai kemudahan lain.

    Ketua kumpulan pasukan berkenaan, Kamaruzaman pula berkata mereka mengambil masa sehingga 12 jam sehari untuk menghasilkan robot berkenaan yang sesuai digunakan oleh pelancong Asia Barat.


    Menurutnya, lima set Lego digunakan untuk menghasilkan I Tarj yang mudah digunakan selain cepat menterjemah perkataan jawi kepada rumi, selain digunakan oleh pelancong robot ini juga sesuai untuk pelajar sekolah.

    "Saya berharap peluang bertanding pada pertandingan robotik dunia di Filipina bulan depan akan memberi kejayaan membanggakan kepada negara seterusnya pihak sekolah yang banyak memberi sokongan.

    "Baki masa yang ada kini digunakan untuk menambah baik robot I Tarj bagi mencerahkan lagi peluang melakar kejayaan membanggakan kepada semua pihak," katanya yang sememangnya meminati bidang rekaan.

    Pengetua SHAKS, Bahtiar Sanusi berkata, selepas berjaya menewaskan 30 pasukan di peringkat kebangsaan, kini cabaran di pentas antarabangsa dijangka lebih hebat dan mendebarkan.

    "Selain usaha menambah baik robot yang ada, saya juga berharap peserta dapat memberi tumpuan kepada beberapa perkara seperti alat ganti yang boleh menjejaskan persembahan ketika pertandingan diadakan.

    "Sejarah hitam robot tidak mampu berfungsi dengan lancar pada pertandingan peringkat kebangsaan tahun lalu memberi pengajaran berguna untuk kita tidak mengulanginya," katanya.

    Sementara itu, Pegawai Pelajaran Kuantan, Wan Abdul Hamid Wan Muhamad berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian SHAKS selepas kali kedua terpilih mewakili negara pada pertandingan robotik dunia.

    "Pencapaian SHAKS diharap menjadi contoh dan ikutan kepada sekolah lain di daerah ini untuk turut sama melakar kecemerlangan dalam bidang kokurikulum seperti sukan, rekaan dan pasukan beruniform.

    "Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada sekolah yang berjaya mencipta nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya yang berharap pasukan SHAKS berjaya di Filipina nanti.

    INFO

  • SHAKS terletak kira-kira sembilan kilometer dari bandar Kuantan
  • Dibuka pada 2002
  • Pencapaian terbaik mewakili negara ke Pertandingan Robotik Dunia di Jepun pada 2008
  • SHAKS dikategorikan sekolah bestari
  • Mempunyai seramai 592 pelajar dan 61 guru


    >PROFIL
    NAMA: Kamaruzaman Mohd Hashim
    UMUR: 14 tahun
    ASAL: Kuantan, Pahang
    PENDIDIKAN: Tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan
    HOBI: Melukis dan mekanik robot
    CITA-CITA: Jurutera
    PENCAPAIN: Anggota pasukan yang menjuarai Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2010

    > PROFIL
    NAMA: Nor Athirah Mohd Zaradi
    UMUR: 14 tahun
    ASAL: Kuantan, Pahang
    PENDIDIKAN: Tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan
    HOBI: membaca dan layar Internet
    CITA-CITA: Saintis
    PENCAPAIN: Anggota pasukan yang menjuarai Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2010

    >PROFIL
    NAMA: Nuur Aisyah Mata Saman
    UMUR: 14 tahun
    ASAL: Kuantan, Pahang
    PENDIDIKAN: Tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan
    HOBI: Membaca komik
    CITA-CITA: Jurutera
    PENCAPAIN: Anggota pasukan yang menjuarai Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2010
  • Kadet UPNM tangkas

    Posted: 16 Oct 2010 08:46 PM PDT

    ACARA melompat merentasi gelung api dan simulasi letupan menjadi antara persembahan menarik dalam usaha 1,400 pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam memecah rekod Tempur Tanpa Senjata (TTS), baru-baru ini.

    GARANG...aksi sebahagian pegawai kadet UPNM.
    GARANG...aksi sebahagian pegawai kadet UPNM.

    KUAT...pegawai kadet wanita juga menunjukkan kekuatan dengan memecahkan pelapik simen. KUAT...pegawai kadet wanita juga menunjukkan kekuatan dengan memecahkan pelapik simen. BERANI...aksi melompat gelung api mendapat perhatian ramai. BERANI...aksi melompat gelung api mendapat perhatian ramai. LAWAN...antara aksi tempur tanpa senjata yang dipersembahkan. LAWAN...antara aksi tempur tanpa senjata yang dipersembahkan. SEKATA...barisan pegawai kadet mempamerkan aksi senamrobik. SEKATA...barisan pegawai kadet mempamerkan aksi senamrobik.

    BERANI...aksi melompat gelung api mendapat perhatian ramai.


    Hasilnya, usaha keras pegawai kadet berkenaan membuahkan hasil apabila cubaan mereka itu disahkan berjaya mengatasi rekod yang pernah dilakar oleh Akademi Tentera Malaysia (Atma) dengan 1,001 peserta.

    Kejayaan itu melayakkan kumpulan pegawai kadet berkenaan mendapat sijil pengiktirafan yang disampaikan oleh wakil The Malaysia Book of Records, Myra Dzaman kepada Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd Noor.

    Koleksi ala tentera

    Posted: 16 Oct 2010 08:45 PM PDT

    PENGUMPUL aksesori ala tentera atau pasukan khas tentunya meng­hadapi kesukaran untuk mendapatkan barangan kerana kurangnya premis yang menjual cenderahati untuk dijadikan koleksi peribadi.

    PELBAGAI...lambang bersulam turut diminati untuk koleksi.
    PELBAGAI...lambang bersulam turut diminati untuk koleksi.

    LENCANA...yang mewakili kemahiran anggota pasukan khas juga sesuai untuk dikumpul. LENCANA...yang mewakili kemahiran anggota pasukan khas juga sesuai untuk dikumpul. JADI PILIHAN...jam mirip kegunaan anggota pasukan keselamatan. JADI PILIHAN...jam mirip kegunaan anggota pasukan keselamatan. LENGKAP...antara aksesori yang pastinya menarik minat pengumpulnya. LENGKAP...antara aksesori yang pastinya menarik minat pengumpulnya. KOLEKSI...dompet dengan lambang pasukan khas. KOLEKSI...dompet dengan lambang pasukan khas.

    LENCANA...yang mewakili kemahiran anggota pasukan khas juga sesuai untuk dikumpul.


    Menjadi satu kebanggaan dan kepuasan diri kepada peminatnya sekiranya dapat mengenakan pakaian seperti baju, kasut, topi dan juga lencana yang memaparkan nama besar bagi pasukan keselamatan seperti itu.

    Bagi yang baru berjinak-jinak mengumpul aksesori seumpama itu, salah satu premis yang boleh memenuhi kehendak adalah di 'A' Team Store yang terletak di Kompleks Pertama di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


    Pelbagai barangan ditawarkan di premis berkenaan termasuk daripada pakaian, kelengkapan pasukan keselamatan hinggalah kepada aksesori seperti jam tangan serta dompet dengan lambang pasukan khas dari seluruh dunia.

    Bagi yang berminat boleh layari laman web, www.ateammilitarystore.com atau
    hubungi terus talian 03-26980206 dan juga boleh kunjungi terus premisnya yang dibuka, Isnin hingga Jumaat (11.30 pagi hingga 8 malam) atau Sabtu (11.30 pagi hingga 8.30 malam).

    Misteri Bukit Katil

    Posted: 16 Oct 2010 08:33 PM PDT

    KATIL pada bukit? Per­soalan itu pasti bermain di benak pengunjung yang melalui Kampung Bukit Katil di Melaka.

    pix_middle

    NAMA ASAL DIPEROLEH...bukit bersebelahan SK Dato' Demang Hussin di mana penduduk terdahulu dikatakan menemui batil emas terletak di atas batu berbentuk seakan katil sekali gus tercipta nama Kampung Bukit Katil. NAMA ASAL DIPEROLEH...bukit bersebelahan SK Dato' Demang Hussin di mana penduduk terdahulu dikatakan menemui batil emas terletak di atas batu berbentuk seakan katil sekali gus tercipta nama Kampung Bukit Katil. UNTUK PEMBANGUNAN UMMAH...Masjid Jamek Bukit Katil terletak di jalan masuk ke Solok Bukit Bayan dibina demi pembangunan ummah di kawasan terbabit. UNTUK PEMBANGUNAN UMMAH...Masjid Jamek Bukit Katil terletak di jalan masuk ke Solok Bukit Bayan dibina demi pembangunan ummah di kawasan terbabit. WARISAN SEJARAH...Masjid Lama Bukit Katil yang terletak di Solok Bukit Bayan adalah masjid pertama bagi penduduk Kampung Bukit Katil dan dibina pada 1918. WARISAN SEJARAH...Masjid Lama Bukit Katil yang terletak di Solok Bukit Bayan adalah masjid pertama bagi penduduk Kampung Bukit Katil dan dibina pada 1918.

    NAMA ASAL DIPEROLEH...bukit bersebelahan SK Dato' Demang Hussin di mana penduduk terdahulu dikatakan menemui batil emas terletak di atas batu berbentuk seakan katil sekali gus tercipta nama Kampung Bukit Katil.


    Sidang Kampung Bukit Katil, Abdul Ghani Maarof, 63, berkata dia mengetahui sejarah awal pembukaan kampung berkenaan berdasarkan cerita pengisahan yang disampaikan 'orang lama' di situ secara turun-temurun mengenai asal usul nama berkenaan.

    Menurutnya, berdasarkan cerita disampaikan, penduduk terdahulu dikatakan menemui batil emas (bekas simpanan air) seperti labu sayong yang terletak di atas batu berbentuk seakan katil di atas puncak bukit di situ (bukit terletak bersebelahan Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Demang Hussin).


    Justeru, katanya, penemuan batil emas di bukit terbabit sekali gus membawa kepada terciptanya nama Bukit Katil yang digabungkan antara bukit dan batu didakwa berbentuk katil, selain bekas menyimpan air yang ditemui pada masa itu.

    "Apa yang difahamkan nama Kampung Bukit Katil tercipta selepas kemasukan pihak British ke Melaka pada waktu dulu," katanya ketika ditemui Metro Ahad.

    Kampung Bukit Katil merangkumi empat solok iaitu Solok Bukit Bayan, Solok Telok, Solok Tambak dan Solok Balik Hutan (kini dikenali sebagai Solok Kampung Baru atau Kampung Desa Wawasan).

    Bagaimanapun, berdasarkan fakta sejarah, kampung asal Bukit Katil adalah Bukit Sama Tahu (selepas itu dikenali sebagai Solok Pantai) yang terletak di pinggir pertemuan Sungai Gapam dan Sungai Ayer Panas (Sungai Tehel).

    Fakta sejarah juga mencatatkan pertemuan dua sungai berkenaan yang bercantum dengan Sungai Duyong menjadi laluan askar kerajaan Melayu Melaka yang lari daripada serangan tentera Portugis selepas Melaka jatuh ke tangan penjajah.

    Ketika melarikan diri, sebahagian daripada tentera kerajaan Melaka ketika itu ada yang mudik ke Ulu Duyong manakala sebahagian lain pula meneroka kawasan di pinggir pertemuan Sungai Gapam dan Sungai Ayer Panas seterusnya membuka perkampungan di situ dan menamakannya Bukit Sama Tahu.

    Abdul Ghani berkata, berdasarkan pengetahuan silam seorang penduduk, Allahyarham Dalip Said dari Solok Balik Hutan, asal asul pembukaan Kampung Bukit Sama Tahu mempunyai versi agak unik apabila mereka yang mula meneroka tempat berkenaan dikatakan terjumpa seekor kijang bertanduk emas.

    "Bagaimanapun, disebabkan pantang-larang orang dulu kala yang pada masa itu dipegang teguh, maka mereka bertindak merahsiakan perkara berkenaan sesama mereka dengan berjanji bahawa... kita sama kita saja yang tahu.

    "Maka itu, kampung yang dibuka di situ pada masa itu diberikan nama Bukit Sama Tahu sempena rahsia disimpan di kalangan penduduk asal terbabit," katanya mengisahkan serba sedikit sejarah kewujudan Kampung Bukit Katil.

    Beliau berkata, selepas kampung berkenaan wujud barulah penempatan lain di kawasan berdekatan mula diterokai penduduk lain.

    Sejarah mengenai asal usul Kampung Bukit Katil mendapat nama tidak banyak berbeza dengan apa yang diceritakan seorang penduduk lain, Abu Samah Mohd, 64.
    Menurut cerita disampaikan kepadanya oleh bapa beliau, Mohd Lamin, yang lahir pada 1918, moyangnya yang berhij­rah dari Kedah dan menetap di Kampung Pengkalan Badak mendapati sudah ada rumah atau penempatan penduduk di kampung bersebelahan iaitu Kampung Bukit Katil.

    Katanya, nama Bukit Katil berkemungkinan diperoleh penduduk pertama yang menjumpai batil iaitu bekas menyimpan air ketika menebang pokok di puncak bukit apabila mula meneroka kawasan di situ.

    "Berkemungkinan juga penduduk pertama yang meneroka kawasan bukit di sini menamakannya seumpama itu selepas menjumpai batil di atas batu seakan bentuk katil sempena penemuan itu," katanya.

    Sorotan sejarah juga menunjukkan penghubung laluan kampung berkenaan untuk ke bandar Melaka pada masa lampau menggunakan laluan menerusi Sungai Gapam dan Sungai Duyong.

    Manakala jalan asal kampung terbabit adalah jalan kereta lembu yang digunakan penduduk dari Duyong melalui Solok Tambak ke Bukit Bayan hinggalah ke Bukit Sama Tahu dan Balik Hutan.

    Selepas penjajahan Inggeris pertama, maka pihak penjajah bertindak membina jalan di lokasi sedia ada untuk kemudahan penduduk mengangkut hasil getah dari Ladang Getah Bukit Katil Home Division ke bandar (pelabuhan) manakala Jalan Bukit Katil diturap pada 1960.

    Secara amnya, penduduk Kampung Bukit Katil pada waktu dulu kebanyakan menyara diri dengan menjual kayu api seperti kayu getah dan kayu gelam untuk memasak dan dihantar ke bandar menggunakan kereta lembu termasuk basikal yang ketika itu sebagai nadi pengangkutan utama. Selain itu, mereka turut bercucuk tanam termasuk menanam padi.

    Kawasan sekitar Kampung Bukit Katil pada suatu masa dulu dikelilingi pokok getah dan sawah padi kini membangun dengan pesat apabila dikelilingi pejabat agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kimia, sekolah, taman perumahan termasuk masjid.

    Malah, terdapat juga produk terbaru tarikan pelancong iaitu Rumah Melaka yang menempatkan pelbagai perabot kayu dan tradisional daripada seluruh negara kini diwujudkan di situ oleh kerajaan negeri.

    Namun di sebalik pembangunan pesat, terdapat seorang tokoh tempatan, Demang Hussin Maaji yang dikatakan pernah menabur bakti dengan menyumbang peranan penting dalam pembangunan ilmiah sehingga namanya diabadikan pada sebuah sekolah rendah.

    Sekolah berkenaan dulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Katil (sekolah atap diperbuat daripada kayu dan atap rumbia dan berlantaikan tanah) dibina pada 1924, tetapi lokasi asalnya terletak di Solok Tambak berhadapan Masjid Jamek Bukit Katil sekarang.

    Ketokohan Demang Hussin Maaji terbukti apabila beliau ketika hayatnya juga dikenali sebagai guru mengaji, guru besar sekolah diasaskannya selain pernah dilantik sebagai Ketua Penghulu atau Demang bagi Mukim Bukit Katil, Duyong dan Semabok di zaman penjajahan Inggeris.


    Bukit Katil, Melaka.

  • Jarak dengan Bandaraya Melaka sejauh tujuh kilometer.

  • Mengandungi empat solok dalam Kampung Bukit Katil merangkumi Solok Telok, Solok Bukit Bayan, Solok Tambak dan Solok Balik Hutan.

  • Pelbagai prasarana dan infrastruktur seperti pembinaan Masjid Sayyidina Ali (Masjid Daerah Melaka Tengah) selain produk tarikan pelancong terbaru Rumah Melaka yang menempat­kan pelbagai perabot kayu dan tradisional dari seluruh negara.

  • Dari segi ekonomi pula, industri perkilangan di Ayer Keroh dan banyak lagi termasuk dalam Mukim Bukit Katil selain terdapat pengusaha kecil dalam pembuatan perabot serta proses makanan.
  • Malique Di Mata Liyana Jasmay

    Posted: 16 Oct 2010 08:32 PM PDT

    Liyana Jasmay mencuba genre muzik rap reggae hasil kerjasama dengan Malique dan Aris (Colabr8).

    PETALING JAYA: Aktres dan penyanyi Liyana Jasmay menyanyikan sebuah lagu rap reggae bersama-sama Aris (Colabr8) dan Malique.

    Bermula daripada pelawaan aktres Melissa Maureen Rizal, isteri kepada penyanyi rap, komposer dan penulis lirik Malique pada bulan puasa lalu, Liyana mencuba nyanyian lagu genre itu.

    Kolaborasi dengan Aris dan Malique itu sebenarnya untuk lagu yang dimuatkan dalam album Aris yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Berpeluang bertemu mata dengan Malique, insan yang dianggap kreatif dan berbakat di mata Liyana, pelakon filem Papadom itu akui teruja apabila berpeluang bekerjasama.

    "Saya tak pernah menyanyi rap ala-ala reggae, dan liriknya pula sangat mendalam maksudnya kerana Malique menulis apa yang dia fikirkan.

    "Aris kata, lirik yang saya nyanyi memang dibuat khas untuk saya, apa yang saya rasa apabila orang kutuk nyanyian saya. Saya tak pasti tajuk lagu yang diberikan kerana lagu itu merupakan lagu Aris," katanya kepada mStar Online.

    Malique juga sempat memberikan nasihat kepada Liyana agar tidak mudah putus asa. Yang penting, saya perlu pandai membawa diri dalam industri muzik ini agar tidak ditipu oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

    "Malique seorang yang baik, tak suka dengan gosip dan lebih menumpukan kepada minat muziknya. Saya harap semua orang menghormati caranya dan lagu-lagunya," katanya yang turut mendapat bantuan Zain Ruffedge dalam industri muzik ini.

    Bercerita tentang perkembangan lain, penyanyi lagu Penyelamat Cinta dan Aku Tak Percaya Cinta ini membawa kenangan manis ketika menghadiri Festival Filem Australia Malaysia di Melbourne, Australia pada 2 hingga 7 Oktober lalu.

    Selain bertukar-tukar pandangan tentang industri perfileman dua negara ini, dia turut berpeluang menayangkan filem lakonannya berjudul Niyang Rapik di Australian Centre for the Moving Image (ACMI).

    Kunjungan Liyana turut disertai oleh Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Datin Orked Ahmad, adik kepada pengarah filem terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad.

    Selain Niyang Rapik, filem Setem, Rabun, 15Malaysia dan Sell Out! turut ditayangkan di sana.

    "Paling seronok untuk dikongsikan tentang pembahagian pawagam untuk filem perdana dan filem indie yang terdapat di sana dan tiada di Malaysia," ujarnya lagi.

    Dalam perkembangan lain, Liyana akan berlakon dalam teater Natrah dan berminat untuk mendalami teater muzikal pada masa akan datang.

    Shaheizy Sam Terbawa-bawa Watak Pelat Di Rumah

    Posted: 16 Oct 2010 08:31 PM PDT

    Shaheizy Sam

    PELAKON Shaheizy Sam Abdul Samad, 28, atau mesra disapa Sam mengakui tumpuan yang diberikan untuk membawa watak lelaki terencat akal iaitu Arman dalam filem terbaru Sekali Lagi... ternyata memberi kesan kepada dirinya sehingga ke luar lokasi penggambaran.

    Menurut Sam, gara-gara penghayatan yang diberikan terhadap watak seperti budak-budak itu, Sam terbawa-bawa reaksi aneh iaitu bercakap secara pelat apabila dia berbual selepas tamat penggambaran.

    "Keadaan saya bercakap secara pelat ini mula dikesan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila saya berbual dengan mereka, saya akan terbawa-bawa bercakap secara pelat seperti kanak-kanak.

    "Perubahan ini mula berlaku sejak terlibat dalam filem ini. Saya cuba memberikan tumpuan dan penghayatan sepenuhnya untuk watak lelaki terencat akal itu sehingga tidak sedar ia memberi kesan pula kepada saya di luar lokasi penggambaran.

    "Bagaimanapun, ia satu pengalaman yang yang paling menarik sepanjang saya bergelar pelakon. Keadaan tersebut bukanlah sesuatu yang serius pun cuma agak pelik juga bila difikirkan," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran filem itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Mengulas tentang cabaran dalam menggalas watak Arman, Sam berkata watak tersebut memang mencabar kemampuannya sebagai seorang pelakon. Dia bukan sahaja perlu mengawal gerak-geri dan pertuturannya seperti seorang yang terencat akal dan kebudak-budakan, malah watak itu juga menuntut Sam untuk bermain dengan ekspresi wajah dan emosi dalaman.

    "Saya akui watak ini memerlukan fokus saya pada segala aspek termasuk emosi, ekspresi wajah dan pergerakan tubuh. Memang bukan mudah sebenarnya sebab saya perlu sentiasa peka dengan cara bertutur dan gerak-geri seperti seorang budak-budak.

    "Tapi mujurlah saya mempunyai anak saudara di rumah yang berumur sekitar 9 tahun. Jadi saya banyak memerhatikan gerak-geri dan cara pertuturannya. Dari situ, saya tiru dan kembangkan lagi gaya budak-budak itu untuk menjayakan watak Arman," katanya.

    Diterbitkan oleh Metrowealth Pictures Sdn Bhd, filem arahan Hashim Rejab ini turut menampilkan gabungan muka baru dan lama seperti Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Kartina Aziz, Bront Palarae dan Bob Lokman.

    Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Lembah Kelang selama 25 hari ini dijangka menjengah pawagam pada tahun 2011.

    Imam Muda Asyraf Tunai Haji

    Posted: 16 Oct 2010 08:29 PM PDT

    Asyraf bersama-sama isterinya, Nurhusna Yusof ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

    PETALING JAYA: Juara Imam Muda, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji pada Ahad, pukul 1.30 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

    Menurut Asyraf, dia menunaikan haji atas tiket hadiah yang dimenanginya dalam program Imam Muda yang berakhir pada Julai lalu.

    "Saya pergi menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani isteri. Saya mohon maaf andai ada kesilapan. Doakan semoga saya mendapat haji mabrur dan sihat di sana.

    "Saya akan kongsikan dan kemaskini segala info di Facebook Imam Muda Asyraf dan laman web www.imamudasyraf.com. Insya-Allah, saya akan pulang ke Malaysia pada 30 November ini," katanya menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online.

    Selain hadiah pakej menunaikan haji, dia turut mendapat pakej menunaikan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi.

    Imam di Masjid Desa Petaling, Kuala Lumpur itu juga menerima biasiswa pakej 'Berlian' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah berserta sebuah kereta Proton Exora.

    Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

    Hashim Rejab Tertekan Pertama Kali Mengarah Filem

    Posted: 16 Oct 2010 08:28 PM PDT

    Pengarah filem Sekali Lagi... Hashim Rejab

    PENGARAH baru Hashim Rejab yang pertama kali diberi kepercayaan untuk menerajui filem Sekali Lagi... mengakui tertekan dan bimbang dengan sambutan penonton apabila filem ia ditayangkan kelak.

    Menurut Hashim, tanggungjawabnya sebagai pengarah drama untuk televisyen sebelum ini tidak adalah berbeza dengan tanggungjawab yang digalasnya kali ini.

    Jika sebelum ini, dia tidak perlu gusar atau pening kepala selepas menyiapkan sesebuah drama kerana ia sudah pun sedia dibeli oleh stesen tv, namun tanggungjawabnya sebagai pengarah filem adalah besar bagi memastikan filem itu bukan sahaj berkualiti malah berjaya menarik minat penonton untuk ke pawagam.

    "Tanggungjawab untuk mengarah filem memang berbeza dengan pengalaman mengarah drama tv. Kalau untuk drama tv, saya tidak perlu risau lagi selepas tamat penggambaran kerana produk itu sudah dibeli oleh stesen tv.

    "Berbeza bagi filem, tanggungjawab terhadap sesebuah filem itu tidak akan berakhir selagi filem itu belum ditayangkan. Memang saya tertekan untuk memastikan filem Sekali Lagi... ini bukan sahaja berkualiti tetapi yang lebih penting dapat memikat penonton untuk ke pawagam kelak," katanya.

    Bagaimanapun, pengarah yang berasal dari Kedah ini menganggap dirinya begitu bertuah di atas peluang yang diberikan oleh penerbit David Teo, selain dapat bekerjasama dengan pasukan produksi yang saling membantu sepanjang penggambaran berlangsung.

    "Sebelum ini saya banyak mengarahkan drama televisyen dan pernah menjadi Penolong Pengarah Filem untuk beberapa judul filem di bawah MIG. Walaupun sudah mempunyai 10 tahun pengalaman tapi saya akui pengalaman duduk di kerusi pengarah filem bukanlah satu tugas mudah.

    "Namun, saya berterima kasih kepada krew dan pelakon yang terlibat kerana kami bekerja sebagai satu pasukan dan sebarang keputusan yang hendak dibuat berkaitan aspek lakonan atau teknikal dicapai menerusi perbincangan bersama," katanya.

    Hashim merupakan pengarah muda ke-enam di bawah skim 10 Pengarah Muda yang diperkenalkan oleh syarikat produksi MIG selepas Pierre Andre, Norliana Shamsudin, Farid Kamil, Azhari Zain dan Ismail Bob Hasim. Sebelum ini, Hashim pernah mengarahkan drama bersiri popular Adamaya.

    Bang Bang Boom! Musim Ke-6 Masuk Kampung, Lebih Terhibur!

    Posted: 16 Oct 2010 08:27 PM PDT

    Tengku Mohd Ismail (enam dari kiri) bergambar dengan pengacara dan tenaga produksi Bang Bang Boom! di Sri Pentas TV3.

    PETALING JAYA: Program Bang Bang Boom! musim keenam (BBB6) memperkenalkan segmen terbaru iaitu Amekaw, temasya sukan kecil yang diadakan di kampung-kampung sekitar Semenanjung Malaysia.

    BBB6 selama 13 episod yang dihoskan oleh Reezman Esa atau Amat dan Ahmad Azahari Mohd Ali atau Azahari itu disiarkan di TV3 mulai 26 Oktober ini, setiap Selasa, pukul 10 malam.

    Selain itu, program yang mengetengahkan konsep santai dan lawak jenaka itu turut memuatkan segmen Mwahaha, Terima Kasih dan Bang dengan menjanjikan hiburan berpanjangan sepanjang segmen itu kepada penonton.

    Amat (kiri) dan Azahari memakai salah satu kostum khas semasa menjayakan segmen Amekaw.

    Amekaw merupakan pengubahsuaian daripada segmen Ada Berani dan Tak de Pasal Cari Pasal. Berbanding musim yang lepas yang hanya tertumpu di rumah-rumah peminat BBB, kali ini krew bertandang ke beberapa kampung di Bachok, Kelantan, Pahang, Kuala Kurau, Perak dan Pontian, Johor.

    Selain Amat dan Azhari, penyertaan daripada orang kampung dan beberapa selebriti jemputan seperti Sarah Raisuddin, Wan Sharmila, Yasmin Hani, Gambit dan Asry Azizan (Kapten Kit) turut membantu menjayakan segmen tersebut.

    "Menariknya, segmen Amekaw turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada orang kampung. Mereka turut sama-sama berarak dan meriuh-rendahkan segmen tersebut. Paling tidak disangka apabila kira-kira 5,000 penduduk di Pontian sanggup turun padang bagi menjayakan segmen ini.

    "Dengan sambutan yang diberikan, kami telah merancang untuk membuat segmen Amekaw ini dalam satu program khas untuk Amekaw sahaja pada tahun depan dan dihoskan oleh dua pengacara yang sama," kata penerbitnya, Tengku Mohd Ismail Tengku Ibrahim dalam sidang media di Sri Pentas TV3, Khamis.

    Antara permainan yang terdapat dalam segmen Amekaw.

    Rakaman untuk musim enam, tujuh dan lapan itu diadakan sejak bulan Mac lalu sehingga sekarang. Selepas lima musim bersiaran dan kini memasuki musim keenam, Ismail akui cabaran yang dihadapi dalam BBB semakin banyak.

    Setiap segmen menggunakan latar tempat dan masa yang berlainan. Jadi, sedikit-sebanyak ia menyukarkan tenaga produksi seperti mencari lokasi yang bersesuaian.

    Bagi melakukan kelainan dalam musim terbaru ini, mereka sentiasa menyerap lebih ramai para pelakon tambahan yang baru untuk membantu melancarkan segmen Mwahaha, Terima Kasih dan Bang yang lebih bersifat mengenakan orang.

    "Mereka yang terdiri daripada latar belakang pelakon teater ini tidak dikenali ramai dan sedikit-sebanyak membantu melancarkan perjalanan program ini. Jadi, secara tak langsung program ini mampu mendekatkan diri dengan penonton baru yang selama ini tidak mengetahui tentang BBB," katanya lagi.

    Sementara itu, Amat sentiasa seronok sepanjang mengikuti penggambaran dan rakaman program ini terutama di kampung-kampung.

    Paling digemarinya sewaktu menyediakan set dan alatan sebelum memulakan segmen Amekaw.

    "Ramai orang kampung yang turun padang dan sama-sama menolong kami menyediakan alatan. Jadi, secara tak langsung segmen itu telah mengeratkan hubungan kami dengan orang kampung itu serta orang kampung yang lain," ujarnya.

    Bagi Azahari, tenaga produksi banyak membantu dua pengacara itu mengendalikan segmen Amekaw. Selain itu, pengalaman yang ada dalam segmen Spontan dan Ada Berani sebelum ini juga sedikit-sebanyak membantu.

    Alicia Keys Lahirkan Bayi Lelaki Bernama Egypt

    Posted: 16 Oct 2010 08:27 PM PDT

    Alicia Keys dan suami Swizz Beatz dalam satu majlis yang mereka hadiri pada 30 September lalu.

    PENYANYI Alicia Keys dan suaminya, Swizz 'Kaseem Dean' Beatz begitu gembira dengan kelahiran anak lelaki mereka Egypt Daoud Dean yang dilahirkan pada 14 Oktober lalu di New York City, demikian menurut kenyataan daripada wakil pasangan itu.

    "Bayi itu adalah anak pertama bagi pasangan itu, walaupun Beatz sudah memiliki tiga orang anak daripada perkahwinannya terdahulu," kata wakil tersebut.

    Pasangan itu dilaporkan berkahwin dalam sebuah majlis tertutup yang bersaksikan hamparan Lautan Mediterranean, Julai lalu. Pada majlis tersebut, pasangan Keys dan Beatz masih belum mengetahui jantina kandungan penyanyi lagu Fallin itu tetapi mengakui sudah bersedia untuk mendirikan sebuah keluarga bersama.

    Angelina Jolie Jadi 'Cleopatra'?

    Posted: 16 Oct 2010 08:25 PM PDT

    Angelina Jolie

    PELAKON Angelina Jolie dilaporkan bakal menggalas watak utama sebagai Cleopatra dalam versi filem terbitan semula itu. Filem tersebut akan diarahkan oleh pengarah James Cameron.

    Menurut laporan, aktres berusia 35 tahun itu bagaimanapun bimbang untuk membawa watak yang pernah dilakonkan oleh bintang lagenda Elizabeth Taylor dalam filem asal yang diterbitkan pada tahun 1963 itu.

    Bagaimanapun, laman web Deadline.com melaporkan, Cameron, 56, dan Sony Pictures Entertainment semakin pasti untuk menyunting Jolie dalam filem yang akan dihasilkan dalam format 3D itu.

    Filem adaptasi daripada novelis Stacy Schiff yang berjudul Cleopatra: A Life itu bakal memaparkan kronologi hidup Cleopatra termasuk percintaannya dengan Julius Caesar, hubungan sulit yang terjalin bersama Mark Antony dan saat-saat kematiannya.

    Sebagai penulis, Schiff yakin bahawa Jolie adalah pilihan yang sesuai untuk membawa watak Cleopatra berdasarkan kepada kecantikan fizikal yang dimiliki oleh aktres itu.

    "Saya rasa dia (Jolie) adalah pilihan terbaik untuk watak itu dan berkemungkinan dia bakal menjulang anugerah Oscar pada masa akan datang," katanya yang dipetik daripada laporan di USA Today.

    Selain Jolie, Schiff juga berharap kekasih aktres itu, Brad Pitt turut terpilih untuk menjayakan watak Mark Antony, sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini, di mana Taylor berlakon di samping kekasihnya pada waktu itu, Richard Burton sebagai pasangan kekasih dalam filem terbitan 1963 itu.

    Anne, Darling kongsi debaran

    Posted: 16 Oct 2010 08:23 PM PDT

    Jika si kakak sedang meniti saat bahagia menghitung beberapa bulan yang tinggal, si adik pula berdebar menghitung hari yang tinggal. Begitulah situasi yang dialami Darling Ngasri dan Anne Ngasri kini yang sama-sama sedang berbadan dua.

    Anne yang kini sedang sarat mengandung hanya menanti hari untuk melahirkan anak ketiga yang dijangka perempuan. Manakala Darling pula yang baru selesai kes di mahkamah disahkan telah mengandung dua bulan.

    Anne dan Darling yang ditemui baru-baru ini semasa majlis kenduri doa selamat, rumah terbuka dan sambutan hari jadi adik bongsu, Baby di rumah ibu bapa mereka. Mereka juga mengakui saling bertukar cerita dan petua apatah lagi Anne sudah tiga kali melalui proses kehamilan manakala Darling yang pertama.

    Menurut Anne, Darling banyak bertanya mengenai proses kehamilan kepadanya. Walau bagaimanapun Anne mengakui menghalang Darling menemani semasa proses bersalin nanti.

    "Darling beria-ia mahu menemani saya semasa bersalin, tetapi bagi saya jika orang itu sedang melalui proses kehamilan pertama kali, seeloknya dia tidak perlu melihat proses kelahiran, bimbang nanti menakutkan dia.

    "Jadi saya cadangkan Darling melihat saya selepas bersalin saja nanti. Mungkin ibu saya (Habibah Jafar) yang akan menemani saya," ujar Anne membuka bicara tentang dirinya dan Darling yang kini berbadan dua kepada Sinar Harian.

    Menurut ibu kepada Abdul Warits, 4 tahun dan Abdul Wafri, 2 tahun ini, dia sudah mula berehat dalam sebarang aktiviti lakonan sejak tiga bulan yang lalu. Malah dia dijangka akan bersalin dalam tempoh seminggu saja lagi.

    "Anne teruja menanti kelahiran anak ketiga ini apatah lagi dua doktor mengesahkan anak dalam kandungan Anne ini perempuan. Anne sendiri memang berharap mendapat anak perempuan memandangkan Anne sudah ada dua hero.

    "Memandangkan dua anak Anne sebelum ini lelaki jadi persiapan untuk anak ketiga lebih sikit kerana membeli barang baru. Anne akan bersalin di hospital Tawakal dan akan berpantang di rumah sendiri," ujarnya yang akan kembali aktif selepas tempoh bersalin nanti.

    Umum mengetahui Anne kini sah bercerai Jun lalu ketika usia kehamilannya mencecah dua bulan. Namun Anne kelihatan tabah walaupun akan melahirkan anak tanpa suami di sisi.

    "Bohonglah kalau Anne kata tidak sedih tapi benda sudah lepas untuk apa dikenang lagi. Anne juga sudah bersedia dari segi mental, mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar dan tenang semasa Anne bersalin nanti.

    "Wafi juga tidak pernah mengabaikan nafkahnya terhadap anak dan kami juga ada beberapa kali keluar bersama dan selalu berbincang untuk membeli keperluan anak. Anne harap situasi ini akan berkekalan sampai bila-bila," katanya sambil tersenyum.

    FAM tentukan hukuman insiden Kelantan, Selangor

    Posted: 16 Oct 2010 08:23 PM PDT

    Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat keputusan Selasa ini mengenai kes pergaduhan sewaktu perlawanan suku akhir pertama di antara Selangor dan Kelantan, Selasa lalu.

    Naib presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata jika insiden 12 Oktober lepas di Stadium Shah Alam berulang, pihaknya mungkin juga mengambil tindakan seperti memotong tiga mata bagi setiap pasukan..

    "Kita (FAM) juga boleh mengambil tindakan denda maksimum sehingga RM100,000," katanya.

    Hamidin berkata, FAM juga akan mengadakan perjumpaan dengan kedua-dua pasukan pada hari berkenaan bagi membincangkan jumlah kos kerugian yang perlu ditanggung oleh kedua-dua pasukan itu berikutan kerosakan Stadium Shah Alam itu.

    Insiden berlaku selepas Selangor sebagai tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan.

    Walau bagaimanapun iaberjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

    Hamidin berkata, pada mesyuarat kelmarin yang dipengerusikan oleh Naib Presiden 1 Bola sepak Negeri Pahang, Datuk Dr Omar Othman, jawatankuasa itu bersetuju mengubah jadual perlawanan Liga Malaysia pada musim hadapan.

    "Kita telah bersetuju Liga Super pada musim hadapan akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat, Liga Perdana akan diadakan pada hari Rabu dan Ahad, manakala perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia pula pada Isnin dan Jumaat," katanya.

    Beliau berkata, Piala FAM pula akan diadakan pada Ahad dan Piala Presiden pada Sabtu.

    Hamidin berkata, perubahan jadual perlawanan dilakukan atas beberapa faktor termasuk mengambil kira jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), kos kewangan dan lain-lain.

    "Pasukan dan kelab yang bertanding dalam Liga-M diberi peluang memilih sama ada ingin bermain pada waktu petang atau malam tetapi tidak dibenarkan :menukar jadual perlawanan sewenang-we- nangnya.

    "Pilihan waktu ialah 4.15 petang untuk Sabah dan Sarawak, 5 petang untuk Semenanjung manakala 8 malam untuk Sabah dan Sarawak dan 8.45 malam untuk Semenanjung," katanya.

    Tiada bonus untuk penjawat awam

    Posted: 16 Oct 2010 08:22 PM PDT



    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar, iaitu RM3.1 bilion.

    Oleh itu, katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

    Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.

    "Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan membabitkan belanja RM3.1 bilion pada kerajaan. Kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

    "Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," katanya berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, semalam.

    Najib berkata, bantuan khas kewangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa untuk persiapan persekolahan anak-anak pada hujung tahun.

    "Wang RM500 ini sangat-sangat berguna sekali dan kerajaan akan bayar bantuan khas itu pada Disember ini," katanya.

    Menurutnya, kerajaan bermurah hati turut memanjangkan bantuan ini kepada pesara-pesara kerajaan, walaupun mungkin ada yang tiada lagi perlu menanggung anak-anak bersekolah.

    Beliau berkata, walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.

    Najib berkata, ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara.

    "Cuti bersalin ini hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga. Itu terpulang kepada mereka," katanya.

    Perdana Menteri berkata, kerajaan turut memberi faedah tambahan dari segi pinjaman perumahan di mana had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, agar penjawat awam lebih mampu membeli rumah lebih berharga.

    Mengenai pelbagai memorandum yang disampaikan kepada beliau untuk melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan perguruan, Najib berkata, beliau perlu sedikit masa menelitinya kerana melibatkan implikasi kewangan dan kumpulan guru yang besar.

    "Sebab itu saya perlu teliti bersama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kewangan. Banyak cadangan dikemukakan, sekiranya kerajaan mampu, saya akan bincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran), boleh buat pengumuman bila sampai pada masanya," katanya.

    Perbelanjaan terlalu besar

    Posted: 16 Oct 2010 08:21 PM PDT


    NAJIB diiringi Muhyiddin beramah mesra dengan sekumpulan guru pada Majlis Perhimpunan Guru 1Malaysia di Stadium Putra
    Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.

    Oleh itu katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.

    "Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan... kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

    "Sebab itu, yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," kata beliau ketika berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini semalam.

    Tiga beranak maut kemalangan

    Posted: 16 Oct 2010 08:20 PM PDT


    TIGA maut dalam kemalangan kereta Proton Saga yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 42.7 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Lahar, Lenggong semalam.


    LENGGONG – Tiga beranak maut manakala lima yang lain cedera apabila dua buah kereta bertembung di Kilometer 42.7, Jalan Kuala Kangsar-Lenggong dekat sini semalam.

    Dalam kejadian pukul 9.40 pagi itu, Mariah Ahmad, 61, dan cucu lelakinya, Mohd. Mukmin Abdul Lajis, 4, mati di tempat kejadian.

    Bapa Mohd. Mukmin yang juga pemandu kereta, Abdul Lajis Zakaria, 42, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Kangsar dekat sini kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

    Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Mahad Nor Abdullah berkata, empat lagi penumpang kereta itu, Norashikin Abdul Lajis, 17, Zakaria Yassin, 67, Khatimah Mun, 80, dan seorang lagi yang identitinya belum dikenal pasti cedera parah.

    Lima syarat penentu jenayah sihir

    Posted: 16 Oct 2010 08:19 PM PDT




    KUALA LUMPUR – Perbuatan sihir boleh dianggap perlakuan jenayah jika turut dilengkapi lima syarat.

    Kelima-limanya ialah peralatan yang digunakan, pelaku, perbuatan dan niat seseorang penjenayah sihir berkenaan.

    Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Islam Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail (gambar) berkata, elemen-elemen itu sama seperti yang terdapat pada perbuatan jenayah bukan sihir.

    Jika kelima-limanya saling melengkapi ia boleh dijadikan rujukan utama dalam menguatkuasakan Akta Sihir, katanya.

    "Dalam jenayah biasa, peralatan bermaksud alat yang digunakan untuk melaksanakan niat jahat seperti pistol, parang atau objek lain.

    "Dalam pelaksanaan sihir pula alatnya ialah makhluk halus terdiri daripada jin, syaitan dan iblis yang menjadi 'peluru' yang ditembak ke arah mangsa," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

    Logo halal pelaris perniagaan

    Posted: 16 Oct 2010 08:16 PM PDT


    PENGARAH Eksekutif Sireh Emas Marketing Sdn. Bhd., Husin Misnan (kiri) bersama seorang pengedar, Rosdee Mustafa menunjukkan produk keluaran syarikat itu yang dipamerkan pada Kempen 1Malaysia 1Halal.


    SEREMBAN - Golongan usahawan wajar memanfaatkan logo halal yang berpotensi membantu meningkatkan perniagaan hingga ke seluruh dunia berdasarkan kajian oleh Unit Penyelidikan Kualiti Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Penolong Pengarah Unit Pembangunan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd. Fitri Muhamed menjelaskan, industri halal semakin mendapat perhatian dan mempunyai potensi tinggi untuk diterokai.

    "Berdasarkan kajian UKM tersebut, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal mampu berkembang dan berpotensi mencatat jualan sebanyak AS$2.1 trilion (RM7.35 trilion) setahun," katanya.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS