Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Mila Ceriakan Bakal Pengantin Minggu Ini

Posted: 27 Feb 2012 09:09 PM PST

Bakal pengantin dijemput beramai-ramai hadir ke Festival Pengantin yang akan berlangsung di Aeon Au2 Setiawangsa (Jusco) daripada 2-4 Mac ini bermula 10 pagi – 10 malam bagi mendapatkan tawaran serta diskaun hebat demi melangsungkan hari bahagia anda.

Menurut pihak penganjur, pelbagai hadiah berupa TV Lcd, Blackberry dan pakej honeymoon ditawarkan kepada pengunjung yang bertuah. Pengunjung juga boleh mendapatkan door gift apabila membuat pendaftaran di kaunter informasi yang disediakan di hadapan pintu masuk.

Lebih 30 booth daripada pelbagai produk perkahwinan dibuka untuk memudahkan anda membuat pilihan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, pertunjukan model pakaian pengantin serta persembahan daripada artis tempatan turut menghiburkan anda.

Difahamkan, Mila akan muncul pada 3 Mac ini di lokasi terbabit untuk menghiburkan para pengunjung. Disamping berbelanja, jangan lupa temui Mila disana, ya!

Trailer: Filem “Chow Kit” Dedahkan Kehidupan Gelap, Di Pawagam Mei Ini!

Posted: 27 Feb 2012 08:33 PM PST

Dalam dunia ini ada pelbagai jenis orang, bermacam-macam kehidupan dan pengalaman, serta dugaan yang harus ditempuhi. Namun bukan semua tahu apa erti disebalik kehidupan gelap lorong-lorong di Chow Kit, kan?

Banyak cerita yang kita dengar dari mulut orang, berita yang kita lihat dalam suratkhabar dan kisah gelap dari Chow Kit. Ada pembunuhan, kongsi gelap, pelacuran, dan segala macam jenayah. Di waktu siang, Chow Kit hanyalah sebuah bandar biasa dan dihuni oleh orang biasa. Namun bila malam menjelma, golongan lain akan mula bekerja.

Dalam filem terbaru berjudul "Chow Kit", filem yang diilhamkan oleh penulis skrip Shahazril Hamzah (Kenit) dan Eenaz Mokhtar bakal mendedahkan kehidupan di sebalik cerita-cerita yang kita hanya pernah dengar, namun tidak dapat disaksikan. Filem "Chow Kit" juga akan memaparkan kisah kehidupan kanak-kanak yang sering kita lihat berkeliaran tanpa ibu bapa dan tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan yang mereka lalui? Adakah sama seperti kanak-kanak lain?

Filem ini bakal membariskan Dira Abu Zahar, Beto Kusyairi, Namron, dan Lana Nordin sebagai penggerak utama filem yang hampir setaraf dengan filem antarabangsa ini.

Filem ini diarahkan oleh dua pengarah berbakat, Dhojee dan Brando Lee. Ianya bakal ditayangkan pada 3 Mei tahun ini di hampir 60 buah pawagam serata negara. Jadi jangan lepaskan peluang anda dan mari kita saksikan trailer "Chow Kit" selepas ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Lagi kereta BMW untuk Fasha sebagai lambang cinta Jejai

Posted: 27 Feb 2012 07:01 AM PST

Sebelum nie,BMW milik Fasha yang dihadiahkan Jejai dah dicuri orang di depan salon Chinta milik Fasha..Jejai pun belikan BMW yang baru..ape de hal...

Gambar semasa Fasha dan Jejai di butik gaun pengantin...

Bertuah betul jika cantik jelita. Setiap masa diberi perhatian dan dihadiahkan dengan barangan mewah. Begitulah tentang pelakon cantik menawan, Fasha Sandha.

Fasha dihadiahkan kereta mewah jenama BMW sempena hari kekasih yang jatuh pada 14 Februari lalu. Siapa lagi yang hadiahkan kalau bukan kekasih hatinya, Jejai. Duda anak satu tersebut didakwa memberikan kereta mewah dengan plat RFS iaitu gabungan nama mereka - Rizal dan Fasha Sandha sebagai hadiah hari kekasih.

Bertuah betul, agaknya apalah hantaran yang Fasha akan dapat sempena hari perkahwinan tidak lama lagi. Tentu lebih meriah dan mewah. Kata orang, memanglah cinta dan kasih sayang tidak dapat dinilai dengan harta benda tetapi kemewahan jadi tanda kasih. Tak gitu?

Nampak mereka berdua ini memang dalam fana cinta. Sering bertukar-tukar mesej di laman sosial Twitter tentang rindu dan sayang. Semoga berkekalan sebegitu sehingga ke anak cucu.

Jejai memang sayangkan Fasha..so far sensasi nampak Jejai has stand up on certain issue mempertahankan Fasha dan marah few blogger yang buat fitnah about Fasha...owh so Schweett...

Bukan takat kereta jer..so many things yang Jejai belikan untuk buah hati tersayang..maklumlah bila dah sayang nampak pape benda pun mesti teringat si dia..Jejai belikan deck chair utk fasha..siap bejalan keluar masuk 9 kedai untuk carikan fav ice cream Fasha..


Malam nie Sensasi update blog denagn kisah2 chenta yang sweet-sweet belaka...

Gambar Selebriti yang hadir memeriahkan Majlis Lisa Dan Yusry

Posted: 27 Feb 2012 06:22 AM PST

Gambar Selebriti di PICC,semasa majlis persandingan Yusry dan Lisa

Zalif Sidek yang hadir memeriahkan majlis
Marion Counter & Suami
Dato' Yusof Haslam dan isteri
Sean & Nana
Nora Danish


Cheryl Samad
Liyana Jasmay turut hadir bersama ibu tercinta


Fizz Fairuz hadir berpakaian set melayu merah
Jaclyn Victor hadir sebagai penyanyi undangan
Sazzy Falak dan suami Nash Idrus
Norman Abd Halim dan Isteri
Julia Ziegler pun ada!..maklumlah..kan ke sebelum nie ada gossip Yusry bercinta dengan Julia Ziegler...

Kisah romantik:Yusry sudah tawar hati dengan cinta sehinggalah bertemu Lisa

Posted: 27 Feb 2012 06:13 AM PST

Sensasi tak sempat menonton program Astro tentang kisah Yusry dan Lisa..Sensasi suka tengok program sebegitu sebab so romantik membuatkn diri kita turut rasa suka,cemburu, dan tersenyu dengan kisah mereka..


Bermula dengan sapaan seterusnya berbalas khabar dan pendapat menerusi telefon bimbit sehinggalah terlahirnya bibit-bibit cinta di hati mereka, akhirnya aktres Lisa Surihani Mohamed sah menjadi ratu hidup Yusry Abdul Halim dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya selepas solat Isyak Khamis lalu.

Menurut Yusry, 39, ketika ditemui sejurus selepas majlis pernikahan selesai mengakui sedikit gugup dan gementar ketika ia berlangsung, tetapi bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.

"Terus-terang saya sedikit gugup tadi. Masa mula-mula masuk dewan, saya masih lagi bertenang. Namun apabila dah berdepan dengan jurunikah, lama-kelamaan perasaan tenang itu bertukar gementar. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan hanya sekali lafaz," jelas pengarah "Vikingdom" tersenyum di sisi isterinya.

Sementara itu Lisa, 26, ketika ditanya bagaimanakah perasaannya setelah sah bergelar isteri berasa bersyukur kerana hari bahagia mereka berjalan lancar seperti yang dirancang dan mengakui dirinya tenang sepanjang majlis berlangsung.

"Alhamdulillah, hari yang dinanti sudah pun selesai dan saya sangat bersyukur majlis berjalan lancar. Terima kasih kepada kaum keluarga dan mereka yang hadir memeriahkan majlis ini.

"Sejujurnya perasaan saya agak tenang sepanjang majlis berlangsung. Mungkin sebab pihak perempuan hanya mendengar berbeza dengan lelaki yang perlu melafazkannya," jelas aktres "Lagenda Budak Setan" ini lagi.


Apabila ditanya apakah keistimewaan Lisa di matanya, mantan suami Erra Fazira mengakui sudah lama tidak merasakan makna jatuh cinta sehinggalah bertemu wanita berkenaan.

"Sebelum ini saya pernah berborak dengan teman-teman rapat dan mengatakan sukar untuk jatuh cinta dan sekiranya mendirikan rumah tangga, mungkin ianya sekadar cukup syarat. Saya sendiri tidak tahu jika cinta itu masih wujud.

"Namun semuanya berubah selepas saya bertemu Lisa. Dia membuatkan saya berasa seperti seorang remaja yang baru bercinta. Saya merasakan Lisa adalah seorang wanita yang cukup istimewa sejak mula berkenalan lagi.

"Saya tahu tiada manusia yang sempurna tapi setakat ini apa yang saya lihat pada isteri saya, semuanya indah dan saya bersyukur dengan anugerah ini," ujar Yusry lagi.

Sementara itu Lisa mengakui dapat merasakan bahawa Yusry adalah lelaki terbaik buatnya sejak awal lagi.

"Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Cukuplah mengatakan sebaik mengenalinya, saya tahu bahawa dialah untuk saya.

"Dari awal perkenalan lagi, masing-masing sudah memberitahu kedudukan sebenar, sejauh mana hubungan ini dan sebagainya kerana saya enggan menjalinkan hubungan sekadar cuba-cuba sahaja

"Semakin lama saya mengenalinya, perasaan daripada seorang teman berubah kepada sayang yang semakin kuat dan itu membuatkan saya berani membawa hubungan ini ke tahap yang lebih jauh.

"Yusry seorang yang sangat penyayang, penyabar, berbudi bahasa dan menghormati orang tua. Apabila bersamanya, saya merasakan diri saya menjadi insan yang lebih baik," kata Lisa yang mempunyai impian untuk memiliki empat cahaya mata dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu pula.

Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah bertemakan 'Winter Garden' telah disaksikan oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa pengantin dan diserikan dengan kehadiran kira-kira 250 orang tetamu termasuklah penerbit Metrowealth International Group (MIG), David Teo

Galeri Gambar Pernikahan dan Persandingan Lisa dan Yusry

Posted: 27 Feb 2012 05:54 AM PST

Selesai sudah .Nikah dan Majlis persandingan Lisa dan Yusry..Sungguh menarik...Pasti Lisa dan Yusry skrg tengah hapi dan bahagia sah menjadi suami isteri..bangun pagi je ada di sebelah sang kekasih( suami/Isteri lahh)

Lisa sangat gojesss mengenakan dress weddingnya...mcm dress Kate Middleton gitu..Jom layan cuci mata tengok wedding Lisa dan Yusry..


Dengan Sekali lafaz,Lisa sah menjadi isteri Yusry...Sensasi doakan semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat..











lisa dan yusri

Cantiknyer Kek kahwin ...

lisa dan yusri

lisa dan yusri

lisa dan yusri

lisa dan yusri

lisa dan yusri

lisa dan yusri

eh..eksaited nampak..pasangan pengantin baru..

lisa dan yusri

lisa dan yusri

lisa dan yusri

lisa dan yusri

lisa dan yusri

Super Gojess..

Gambar-gambar Pernikahan Ana Rafali dan Aznaim

Posted: 27 Feb 2012 05:32 AM PST

Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah selamat bergelar suami isteri yakni akad nikah yang diadakan di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, KL. Ana menerima RM 11,412 sebagai mas kahwin pada majlis tersebut yang dihadiri lebih 500 orang tetamu.

Dalam pada itu, Naim berkata, dia akan terus menguruskan kerjaya seni isterinya secara sepenuh masa seperti biasa dan memberitahu akan lebih memudahkan pergerakan mereka berdua.

Ana tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat dan berserah kepada Allah mengenai perkara itu. Ana juga menjelaskan dia dan suaminya tidak meletakkan sebarang bilangan anak yang dimahukan namun sukakan kepada keluarga yang besar

gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali
gamar nikah ana rafali

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS