Adsense

Isnin, 27 Februari 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Kelebihan dan Rahsia Di Sebalik Pengambilan Wudhu

Posted: 27 Feb 2012 09:26 AM PST

Sebut sahaja Wudhu, secara asas hambanya akan terpikir fardhu solat. Pernahkah ada terpikir apakah kelebihan wudhu? Maksud wudhu adalah sesuatu perbuatan yang mulia di sisi Allah S.W.T. Ia boleh mendekatkan diri kepada tuhannya serta mendapat keampunan. Antara kelebihan-kelebihan wudhu adalah seperti berikut :



1 – Sebahagian Dari Iman

Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash'ari r.a., Nabi S.A.W. bersabda:

"Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman..." (H/R. Muslim, no. 223)

2 – Wudhu' Yang Sempurna Menghapuskan Dosa

Pengambilan wudhu' yang sempurna bukan sahaja jaminan diterima solatnya tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W. : Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu' maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu' ia bersih dari dosa-dosanya." (H/R. Muslim, 1/148)

"Barangsiapa yang berwudhu' seperti ini (seperti wudhu'nya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala". (H/R. Muslim, 3/113)

Dari Abi Umamah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila seseorang muslim berwudhu' maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya." (H/R. Ahmad, 5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami' as-Saghir, No. 461)

3 – Wudhu' Mengangkat Darjat Manusia

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: "Ya, wahai Rasulullah". Maka Baginda S.A.W. pun bersabda: "Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu' walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…" (H/R. Muslim, no: 253)

4 – Wudhu' Dapat Membuka Pintu Ke Syurga

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu', lalu ia menyampaikan atau meratakan wudhu'nya, kemudian dia mengucapkan: "Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan 'Abduhu wa Rasuluh", melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki." (H/R. Muslim, no: 234)

5 – Wudhu' Memberi Cahaya Di Akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu'." (H/R. Muslim, no: 250)

6 – Wudhu' Dapat Membuka Ikatan Syaitan

Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W., bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah S.A.W. memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda S.A.W. :

"…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu' pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu', dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas." (H/R. al-Bukhari, no: 1091)

Antara kelebihan-kelebihan lainnya adalah seperti berikut :

- Orang yag tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa.
- Orang yang wuduk sebelum tidur, malaikat tidur bersamanya.
- Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama - Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) , sudah cerah lagi bersuluh.
- Doa selepas wuduk mengugurkan dosa.
- Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa antara 2 waktu solat.
- Air wuduk dan mandi junub menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.

Masalah RumahTangga Bawa ke Motor

Posted: 27 Feb 2012 09:16 AM PST

Sebelum tu aku gelak dulu hahahahahah!! Gaya begini memang rare di atas jalan. Tidak semua golongan professional sanggup memakai helmet cara begini kerana teknik memalukan ini memerlukan jiwa yang tegar hahaha!.

Macam-macam perangai sekarang nie, mungkin kerana inginkan perhatian yang lebih, sanggup buat lucu atas motor.

Berdasarkan gambar itu, sekali imbas macam ada masalah rumahtangga yelaa sekarang nie kan kegawatan ekonomi, apa yang menarik pakcik nie, mukanya tetap mantain apabila gambarnya di ambil. Mungkin dia merasakan populariti dirinya sedang meningkat naik :) hahah

Harapan saya jangan lah mat rempit pakai helmet cam nie, Lawak siut...!!

Keputusan Arsenal membelasah Tottenham 5 - 2

Posted: 27 Feb 2012 08:38 AM PST


Pada minit 35 minit terawal Arsenal telah ketinggalan 0-2 hasil daripada pertahanan Arsenal yang telah membuat beberapa kesilapan. Perlawanan yang berlansung di Stadium Arsenal, pasukan tersebut tidak mahu mengaku kalah pada babak awal permainan sebalinya sebelum perlawanan tamat di separuh masa pertama, Arsenal telah berjaya menyamakan kedudukan dengan 2-2.

Tottenham Hotspur bermainan dengan cantik pada awal permainan telah kehilangan sentuhan berbisa apabila kesilapan demi kesilapan yang di lakukan oleh pertahanan Tottenham telah menghukum pasukan tersebut.

Pada akhir perlawanan Arsenal telah menewaskan Tottenham dengan keputusan Arsenal 5 - 2 Tottenham Hotspur.


Video Perlawanan Arsenal dan Tottenham

Giliran Adam AF bakal Pengamal Perubatan Islam.

Posted: 27 Feb 2012 08:17 AM PST

Satu kenyataan laman web forum popular di Malaysia berceritakan penyanyi dan pelakon kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia 2 iaitu Adam AF bakal mengikut jejak langkah Ashraf Muslim sebagai pengamal perubatan Islam, Katanya Adam AF kini sedang bergiat mempelajari ilmu dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.


Petikan dari laman ADAMFCM

Kalau di'ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini kami ada peluang untuk menulis tentang kegiatan terbaru Adam AF ini.

Menurut sumber kami yang rapat dengan penyanyi ini, Adam AF kini sedang aktif mempelajari selok belok dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merupakan fasiliti perubatan yang di'miliki oleh Ashraf Muslim yang kita sedia maklum kini bergelar pengamal perubatan Islam.

Hasil carian Google tengah malam kami berjaya menemui satu entri pengalaman seorang pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan di'kejutkan dengan kehadiran Adam AF yang kelihatan membantu Ashraf Muslim merawat pesakit.

Tetapi, itu kisah hampir setahun yang lalu & mungkin'kah kini Adam AF sudah pun layak sepenuhnya untuk bergelar pengamal perubatan Islam? Kami akan cuba dapatkan kenyataan Adam AF secepat mungkin.

Ozlyn telah menyerang Johan Raja Lawak secara LIVE

Posted: 27 Feb 2012 07:46 AM PST

Raja Lawak yang sedang mengetop di Malaysia, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak yang sering kali mampu membuatkan peminat-peminat tidak kering gusi dengan lawak yang ditampilkan.

Lawak yang sambil lewa dibuatnya sudah menjadikan orang ramai terhibur dengan aksi dan keletah lucunya.

Walaubagaimanapun, dalam sikapnya yang bersahaja dan kadang-kadang 'lepas mulut' dalam mengeluarkan lawaknya, Johan tidak terlepas dari terkena 'balasan' dengan lawak sendiri.

Bulan lepas, sewaktu mengacarakan rancangan Riuh Pagi Era, Johan dengan 'selambanya' mengatakan sesuatu tentang perihal isterinya, Ozlyn di dalam segmen Sketsa Johan Di Era yang bersiaran dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Dalam segmen itu, Johan telah membuktikan kekuasaannya di rumah tentang bagaimana menjalankan 'kuasa' sebagai seorang suami.

Rakaman suara rancangan tersebut yang terdapat dalam Youtube memang membuatkan penulis tak tahan untuk gelak mendengarkan perbualan antara Johan dan isterinya di mana Johan secara tiba-tiba 'takut' dan menafikan cakap-cakapnya sebelum itu.

Akibat dari lawaknya, Ozlyn telah 'menyerang' Johan secara 'live' dengan membuat panggilan ke radio itu setelah mendengar siaran segmen tersebut di rumah dan menyamar sebagai orang lain.

Mungkin itu hanyalah gurauan antara pasangan tersebut yang sentiasa ingin mengharmonikan hubungan sesama mereka.

Cuba lihat rakaman tersebut memang terlalu lawak!

Gambar Seksi Aktress Korea Liu Yuxin Mendedahkan Puting Payudara

Posted: 27 Feb 2012 01:38 AM PST

Artis Sensari Korea Liu Yuxin, lebih kepada lakonan drama korea, memaparkan bagaimana uniqnya cara tidak memakai push up bra dengan mededahkan bahagian payudaranya dan menyebabkan kekocohan di negeri china.

Liu Yuxin bintang terkenal dalam siri Hunan Tv, adalah generasi pelakon baru dan namanya sedang meningkat naik.

Dalam kekecohan beluay di Festival Kecantikan memakai gaun yang menakjubkan, ramai mata menarik perhati ke dadanya yg menonjol, dan ramai yang mula mengkritik beliau dengan panggilan " BLUE VEIN BOOB"

Liu Yuxin berkata=
'When you're young and can flaunt it, then you should flaunt it. When you're old you can't flaunt it, even when you want to."


Gambar Liu Yuxin