Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Irama kerohanian di Muzik Aktif

Posted:

Irama kerohanian di Muzik Aktif

Irama kerohanian di Muzik Aktif


RAIHAN


SEMPENA Aidiladha hari ini, Saluran Muzik Aktif (saluran 180, Astro) mengambil peluang menghiburkan anda sekeluarga dengan pelbagai program menarik.

Mulai hari ini hingga 21 November ini, pelbagai program menarik telah disusun di saluran berkenaan.

Bersesuaian dengan saluran muzik, maka penonton akan dihidangkan dengan pelbagai program muzikal di saluran itu.

Seawal pukul 10.30 pagi ini, empat program menarik akan disiarkan bermula dengan Muzikal Aidiladha.

Muzikal Aidiladha merupakan rancangan hiburan yang menyiarkan lagu-lagu kerohanian nyanyian artis-artis popular tanah air.

Sebuah lagi konsert kerohanian, Konsert Kurnia Aidiladha 2007 yang dijayakan oleh artis-artis terkenal tempatan akan menemui penonton pada pukul 2 petang ini.

Kerancakan Aidiladha diteruskan oleh saluran itu dengan menayangkan Evolusi Damai pada pukul 5 petang.

Evolusi Damai akan membawa perhatian penonton pada sebuah terjemahan keluhuran jiwa anak seni.

Saluran Muzik Aktif juga tidak lupa memberi perhatian pada artis-artis yang pernah menempa zaman kemayshuran mereka.

Program Dia... Aishah misalnya akan membawa penonton mengimbas semula kisah penglibatan penyanyi terkenal, Aishah dalam bidang seni.

Pelbagai kisah tanah air sepanjang kariernya akan disiarkan pada pukul 9 malam dengan turut menampilkan klip-klip video penyanyi popular itu.

Keesokannya pula (18 November) Saluran Muzik Aktif akan membawakan sebuah lagi muzikal yang menyajikan lagu-lagu ketuhanan dan kemanusiaan pada pukul 10.30 pagi.

Program Nur menampilkan persembahan artis popular tahun 1980-an seperti Ramli Sarip, Fauziah Nawi dan Rahimah Rahim.

Program menarik diteruskan dengan Konsert Antara Dunia iaitu rancangan hiburan muzikal yang menyiarkan lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan oleh artis-artis popular tanah air seperti Raihan dan Hijjaz pada pukul 2 petang.

Konsert Ruhani 2009 yang disiarkan pada pukul 9 malam pula sekali lagi menampilkan artis tempatan membawakan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan kerohanian.

Pada pukul 2 petang Sabtu ini, Zoom In Khas Aidiladha, rancangan khas dendangan lagu-lagu kerohanian dipersembahkan oleh barisan artis-artis nasyid tanah air seperti Rabbani, Waheeda, In Team, Akhbar dan Yasin menemui penonton.

Bagi peminat setia legenda Datuk Ahmad Nawab pastikan anda tidak lupa temu janji dengan saluran berkenan.

Rancangan khas Ahmad Nawab Goes To Live akan menemui penonton pada pukul 5 petang hari Sabtu ini.

Ia merupakan sebuah konsert yang menyajikan anda lagu-lagu ciptaan seniman itu yang dinyanyikan oleh artis tersohor tanah air seperti Syafinaz dan Jamal Abdillah.

Istimewa Bersama Raihan yang disiarkan pada pukul 9 malam pula merupakan sebuah rancangan muzikal yang membawakan lagu-lagu nasyid nyanyian Raihan.

Diakhiri pada hari Sabtu, 21 November, program Konsert Gambus 2 Fusion, konsert yang menampilkan Fauziah Gambus sebagai artis utama akan disiarkan pada pukul 9 malam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Di sebalik fenomena Iron Maiden

Posted:

Di sebalik fenomena Iron Maiden

Di sebalik fenomena Iron Maiden

MINGGU lalu hingga saat ini, laman sosial Facebook di Malaysia, Singapura dan Indonesia menjadi bualan ramai peminat muzik metal yang bercakap tentang konsert Iron Maiden - The Final Frontier World Tour 2010.

Topik semakin rancak apabila kumpulan heavy metal yang ditubuhkan di England 30 tahun lalu itu mengesahkan konsert pertama mereka di Stadium Tertutup Singapura pada 15 Februari tahun depan.

Sembang di Facebook semakin memuncak apabila penganjurnya iaitu LAMC Productions kini telah pun menjual tiket-tiket berharga S$178 (RM427), S$148 (RM355), S$128 (RM307) dan S$98 (RM235).

Difahamkan, dalam masa sehari tiket paling murah, RM235 habis dijual menerusi Internet pada minggu lalu dan jualannya semakin laju biarpun konsert itu akan diadakan lagi tiga bulan.

Di Facebook ramai peminat yang sudah membeli tiket konsert Iron Maiden yang kini dalam rangka konsert bergerak di 26 bandaraya di lima benua itu tersenyum bangga sambil menayangkan tiket masing-masing.

Namun, sebelum itu ramai yang kecewa kerana tiada penganjur persembahan pentas tempatan yang sanggup membawa Iron Maiden mengadakan konsert kumpulan enam anggota itu di Kuala Lumpur.

Para peminat tempatan terpaksa menyeberangi Tambak Johor semata-mata mahu menonton konsert itu dengan membayar kos yang tinggi termasuklah harga tiket, tambang perjalanan dan hotel di Singapura kelak.

Alangkah baiknya kalau konsert itu diadakan di Kuala Lumpur kerana peminat kumpulan yang tampil dengan album ke-15 berjudul The Final Frontier itu lebih ramai peminat di negara ini berbanding Singapura.

Agak menghairankan apabila para penganjur konsert di negara ini yang seolah-olah tidak melihat 'penangan' Iron Maiden sebagai kumpulan pemuzik berkaliber dunia dan mempunyai ramai peminat.

Buktinya tahun lalu, Iron Maiden mengadakan konsert Somewhere Back In Time World Tour di 38 buah negara dengan ditonton hampir dua juta penonton, malah album-album mereka dijual lebih 85 juta unit sejak tiga dekad lalu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan para penganjur persembahan pentas di negara ini tidak peka dengan konsert-konsert artis dari luar negara yang mereka anjurkan selama ini.

Kebanyakan mereka membawa artis-artis Barat yang sudah lama atau tidak popular ke negara ini mungkin bagi mengelakkan kos yang tinggi ataupun sekadar memenuhi permintaan segelintir pihak tertentu sahaja.

Penganjur konsert tempatan haruslah rasional serta berani dalam mengetengahkan artis-artis dari luar negara yang ternama dan terbukti bakat serta pencapaian mereka.

Mungkin juga kurangnya kefahaman tentang trend muzik semasa dan tiada kajian terperinci terhadap artis-artis yang patut diketengahkan di atas pentas konsert punca perkara itu berlaku.

Ekoran tiket-tiket konsert Iron Maiden di Singapura yang semakin laris jualannya ramai peminat di negara ini yang tiada pilihan selain terpaksa menontonnya di negara lain.

Selepas Singapura, kumpulan yang dianggotai oleh Bruce Dickinson (penyanyi), Steve Harris (bass), Nicko McBrain (dram), Adrian Smith (gitar), Dave Murray (gitar) dan Janick Gers (gitar) itu akan mengadakan konsert mereka di Jakarta dan Pulau Bali, Indonesia.

Jika tiket konsert di Singapura itu habis, ramai peminat Iron Maiden tempatan akan berasa lebih kecewa melainkan bagi mereka yang sanggup pergi ke Indonesia atau Soundwave Festival di Australia bagi menontonnya.

Namun, hasrat untuk menonton konsert Iron Maiden di Soundwave Festival pula terpaksa dilupakan juga kerana kesemua tiket-tiket sebanyak 130,000 keping telah lama habis dijual!

Pada masa depan, pihak penganjur haruslah sentiasa peka dengan permintaan para peminat tempatan yang sentiasa menantikan kehadiran ramai artis yang kini sedang popular bagi mengadakan konsert di sini.

Pendekatan itu akan memberi pulangan kepada para penganjur, malah para peminat juga dapat menyaksikan sesuatu konsert itu secara lebih dekat dan murah di negara ini.

Iron Maiden akan datang ke Singapura dengan menaiki pesawat Boeing 757 mereka sendiri yang diberi nama Ed Force One dengan dipandu oleh vokalis, Bruce Dickinson itu mendapat publisiti meluas di seluruh dunia.

Konsert bergerak yang bermula sejak 11 Februari lalu di Moscow, Rusia itu sebenarnya memberi banyak signifikan daripada industri muzik termasuklah para peminat heavy metal di seluruh dunia.

Sayangnya, para peminat di Malaysia kurang bernasib baik kerana belum ramai penganjur konsert tempatan yang betul-betul berani dan faham dalam menyajikan hanya konsert artis-artis yang benar-benar terbaik sahaja sepatutnya diadakan di negara ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan