Adsense

Selasa, 16 November 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Model didakwa tampar wanita berebut teksi

Posted: 15 Nov 2010 12:00 PM PST

NEW YORK 27 Okt. – Model jelita yang disebut sebagai teman wanita kepada aktor Sean Penn, Jessica White (gambar), mengikuti jejak langkah rakan seangkatannya seperti Naomi Campbell apabila ditahan Sabtu lalu kerana bergaduh merebut teksi.

Ironinya, ketika White didakwa kerana melakukan serangan, Penn menerima anugerah malam semalam atas kerja-kerja kemanusiaan yang dilakukannya untuk mangsa gempa bumi Haiti.

Penn sendiri mempunyai sejarah dengan undang-undang termasuk beberapa daripadanya membabitkan kekerasan, yang terbaru Februari lalu apabila dia dihukum menjalani khidmat masyarakat selepas menendang seorang jurugambar.

Model Sports Illustrated berusia 26 tahun itu ditahan awal pagi Sabtu lalu selepas didakwa memukul muka seorang wanita selepas merebut teksi, kata laporan akhbar The New York Post.

Insiden berlaku di luar sebuah kelab malam di pusat bandar New York.

Saksi berkata, White meninggalkan kelab malam pada pukul 4.50 pagi dan memanggil teksi, sebelum berbalah dengan seorang wanita berusia 28 tahun.

Menurut aduan mahkamah, White menarik rambut mangsa dan menampar mukanya beberapa kali sehingga melecet, bengkak dan sakit.

"Laporan polis tidak menggambarkan sikap sebenar White dan dia kemungkinan besar telah diserang terlebih dulu," kata peguamnya, Jeffrey Mennen.

Khabar angin mengatakan model itu sering keluar bersama Penn kira-kira setahun selepas aktor itu bercerai dengan isterinya yang juga pelakon, Robin Wright. – AGENSI

/// utusanmalaysia ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.