Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


48 Jam: Ekstrem rimba

Posted: 10 Dec 2010 03:08 PM PST

Hip

Bukit Gambang Resort City (BGRC) saji 1,001 keseronokan, aktiviti di pusat percutian terbesar di pantai timur

DIKELILINGI rimba seluas 219 hektar, Bukit Gambang Resort City (BGRC) di Gambang, Kuantan menawarkan percutian dan hiburan keluarga berbeza dengan pengalaman sukar dilupakan.

Terletak kira-kira 35 kilometer (km) dari Kuantan menghala Kuala Lumpur, BGRC yang dibangunkan syarikat tempatan, Sentoria Themeparks And Resort Sdn Bhd menggamit kunjungan anda untuk sama-sama merasai keseronokan resort terbesar di pantai timur ini. Dibuka sejak setahun lalu, BGRC bukan saja menarik kunjungan pelancong, malah badan kerajaan, sektor korporat, institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah juga mula menjalankan pelbagai aktiviti di resort ini yang dilengkapi kemudahan dari A hingga Z.

Baru-baru ini, penulis berpeluang mengikuti program BGRC bersama media untuk melihat sendiri aktiviti yang disediakan di Active Academy (AA), Taman Air Bukit Gambang (TABG) serta menginap di pangsapuri mewah, Caribbean Bay Suites (CBS).

Ikuti catatan ini...

Ahad
1.30 petang : Perjalanan dari Kuantan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit melalui Jalan Kuantan-Gambang. Sebaik tiba di perkarangan pangsapuri Caribbean Bay Suites (CBS), penulis disambut mesra Pengarah Perhubungan Awam dan Acara BGRC, Nasiruddin Nasir sebelum menikmati hidangan tengah hari di Caribbean Coffee House.

Selepas menikmati juadah dengan menu ayam tandoori, kari kambing dan nasi jagung sempena sambutan Deepavali, kami diberi kunci bilik penginapan untuk berehat sebelum memulakan aktiviti.

3 petang : Selesai solat Zohor, penulis dan rakan media menuju ke Active Academy (AA) Centre berhadapan CBS untuk aktiviti outdoor. Kami diberi penerangan sebelum melakukan aktiviti panjat pokok dan berjalan di trek udara setinggi enam meter dari tanah. Sungguh menggerunkan!

Dalam debar dan gementar, penulis gagahkan kaki memanjat tali beluti menuju platform pertama sebelum memulakan cabaran. Tapak tangan dibasahi peluh dan untuk pertama kalinya, penulis berjalan di atas tali kabel sebesar ibu jari tangan orang dewasa dengan jarak 3.5 meter menuju platform kedua!

Dengan bantuan dan sokongan moral jurulatih Sky Trail AA, Azlan dan anak buahnya, kami semua berjaya melepasi 10 laluan penuh berliku antara platform sebelum melakukan 'flying fox' sejauh 137 meter menuju landasan!

Perjalanan udara ini benar-benar mencabar keberanian dan kemantapan fizikal kami di mana hampir dua jam dihabiskan untuk menyempurnakan aktiviti mencabar ini di pusat yang baru dibuka, September lalu.

6.15 petang : Tamat sudah cabaran hari pertama dan penulis bersama rakan lain bergegas ke bilik penginapan untuk membersihkan diri dan berehat seketika sebelum menghadiri majlis makan malam dan taklimat operasi BGRC.

8 malam : Masa untuk menikmati hidangan malam. Penulis hanya mengambil sup ayam dan buah-buahan serta secawan teh walaupun hidangannya cukup lazat dan menyelerakan dengan cita rasa Barat.

9 malam : Kami menghadiri taklimat berhubung tarikan BGRC yang beroperasi sejak setahun lalu. Tarikan utama pastinya Taman Air Bukit Gambang (TABG) yang sesuai dijadkan lokasi percutian keluarga. Selesai taklimat dua jam kemudian, kami pulang ke bilik masing-masing.

Isnin

6.30 pagi : Selesai solat Subuh, penulis meninjau di luar balkoni dan kelihatan kabus di puncak bukit. Suasana cukup tenang dan mendamaikan, malah tubuh dibaluti rasa dingin tatkala suria pagi menjengah.

8.15 pagi : Menikmati sarapan pagi di Caribbean Coffee House. Pengurus Besar BGRC, Sheppard Ku turut hadir melayani rombongan media. Penulis mengambil bubur nasi dan kacang panggang serta secawan teh-0 sebagai alas perut.

9 pagi : Kami dibawa meninjau persekitaran CBS termasuk melawat bilik mesyuarat utama yang boleh memuatkan sehingga 700 orang. Kami juga melihat bilik penginapan eksklusif dan studio di tingkat bawah pangsapuri CBS.

Lokasi bilik eksklusif dan studio di tingkat bawah itu berbeza dengan hotel dan resort lain yang memilih menyediakan kemudahan itu di aras lebih tinggi.

"Ramai tetamu suka dengan pilihan kami ini," kata Nasiruddin.

10 pagi : Kami menukar pakaian untuk melakukan aktiviti lasak iaitu memandu All Terrain Vehicle (ATV) dan 'target shooting' di AA.

10.20 pagi : Kami berkumpul di Dataran AA untuk mendengar penerangan mengenai cara mengendalikan ATV. Kami cukup teruja untuk memandu ATV walaupun tidak pernah melakukannya.

Selepas menghidupkan enjin, sesi memanaskan badan bermula di kawasan lapang. Kami dibawa ke litar 'fun ride' untuk sesi percubaan. Laluan memang mencabar kerana kedudukan litar di dalam hutan, penuh dengan selut dan lopak air berlumpur. Namun, semangat ingin mencuba menebal di hati.

Bagaikan kanak-kanak baru belajar mengayuh basikal, ATV kami bergerak perlahan, tersangkut dalam selut dan pakaian mula dipenuhi percikan air lumpur tetapi kami tidak mengendahkannya! Hujan lebat sehari sebelum itu menjadikan trek bertambah becak.

Penulis teruja memandu ATV yang kelihatan sukar pada peringkat permulaan, namun selepas tiga pusingan dengan jarak hampir 30 meter, penulis mula seronok malah mahu mencuba lagi pada masa depan.

11.30 pagi : Kami bergerak ke lokasi menembak target shooting. Masing-masing melepaskan tembakan menggunakan riffle paintball ke arah papan penanda yang digantung pada pokok. Pastinya tidak sukar melakukan tembakan jika sasaran pertama sudah mengena.

Kami juga berkesempatan meninjau Zon Perang Paintball yang terletak di dalam hutan kira-kira 300 meter dari Dataran AA. Kekangan waktu menyebabkan kami tidak berpeluang 'berperang', sebaliknya meninjau lokasi.

Selain memandu ATV dan 'berperang' di zon perang, AA juga menyediakan kawasan lapang untuk program team building dengan pelbagai permainan merempuh halangan yang dapat menguji ketahanan dan mental peserta.

Peminat aktiviti redah rimba dan night walk juga berpeluang meneroka hutan semula jadi sambil mencari flora dan fauna diiringi juru pandu hutan berpengalaman.

12.15 tengahari : Penulis sempat mencuci mata memerhati kelincahan dua pasang burung merak, arnab dan anak ayam yang dipelihara di Jungle Farm berhampiran Dataran AA.

Menurut Nasiruddin, lokasi itu baru saja beroperasi dan pihaknya bercadang menambah bilangan haiwan eksotik sebagai daya tarikan di AA.

1 petang : Kami menuju ke Taman Air Bukit Gambang (TABG) iaitu taman permainan air terbesar di pantai timur. Taman ini beroperasi di kawasan seluas 60 hektar dengan 1,001 keseronokan tersendiri. Kami melawat setiap tarikan taman air ini yang cukup popular di kalangan pelancong tempatan.

Kami kemudian menuju Coco Station untuk menjamu selera.

2.20 petang : Kami bersedia melakukan aktiviti di taman air. Dengan tema 'Stay Cool, Get Wet', penulis tidak ketinggalan merasai keseronokan Penguin Island di mana 'seekor ikan piranha' memuntahkan kira-kira 250 liter air menyirami kami.

Di pulau ini, pengunjung boleh menyertai pengembaraan dengan menyusuri sungai glasier sepanjang 380 meter (m) termasuk 50 meter di terowong ais.

Tree Top Hill pula menjanjikan cabaran lebih hebat dengan gelungsur air di celah pokok berusia ratusan tahun. Walaupun gayat dengan ketinggian dan pusingan gelungsur itu, penulis dan rakan tetap mencuba kerana peluang datang hanya sekali!

Seronok melihat gelagat pengunjung yang menjerit sama ada takut, teruja atau seronok hanyut bersama rakan dan ahli keluarga di atas pelampung yang menggelungsur laju di lungsur kanopi, galaksi dan kristal serta cabaran Family Raft sepanjang 220 meter, iaitu gelungsur terpanjang di Malaysia.

Bagi keselesaan pengunjung, 35 cabana (pondok tradisional) turut disediakan untuk berehat. Kolam telematch juga menanti pengunjung untuk aktiviti sukan air.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang ke Coco Beach yang menjanjikan permainan air lebih menyeronokkan iaitu gelombang lapan jenis ombak yang berbeza hasil teknologi Scotland.

Penat berendam dalam air, pengunjung boleh berehat sambil menjamu selera di Tin Mine Kopitiam, Coco Pizza, Penguin Express dan Coco Station.

4.30 petang: Kami bergerak meninggalkan TABG menggunakan khidmat 'tram' ke CBS selepas puas meneroka taman air yang penuh berwarna warni itu.

6.30 petang : Selesai menunaikan solat Asar, penulis mengambil keputusan bersiar-siar di sekitar CBS. Penulis meninjau ruang arked permainan yang menyediakan pelbagai permainan untuk kanak-kanak termasuk buai dan kuda berpusing 'mary-go-round'.

Ada sebuah kedai cenderamata disediakan untuk pengunjung yang mahu mendapatkan barangan cenderamata.

8.20 malam : Kami menikmati hidangan malam masakan barat di tepi kolam! Suasana cukup tenang dan mendamaikan. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik dan unggas bersahut-sahutan sehingga menimbulkan irama muzik yang syahdu tetapi menyegarkan.

Info: Pangsapuri Caribbean Bay Suites (CBS)

  • 578 unit suite tetamu
  • 420 unit suite keluarga
  • 140 unit suite studio
  • 18 unit suite deluxe tanpa menghadkan bilangan tetamu di setiap biliknya!

    Taman Air Bukit Gambang

  • Dibuka setiap hari mulai jam 11 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga Jumaat)
    10 pagi hingga 6 petang (Sabtu dan Ahad)
  • Tutup setiap Selasa kecuali musim cuti sekolah dan perayaan
  • Bayaran RM21.90 (dewasa) RM14.90 (kanak-kanak)

    Active Academy (AA):

  • Sky Trail pada ketinggian enam meter dari atas tanah dan Flying Fox sejauh 137 meter.
  • All Terrain Vehicle (ATV)
  • Paintball War Zone
  • Menunggang kuda
  • Jungle Farm

    Bukit Gambang Resort City
    Jalan Bukit Gambang Utama,
    26300, Kuantan
    Tel: 09-5488000
    Faks: 09-5486888
    laman web: http://www.bgrc.com.my.


  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Kembara mendebarkan

    Posted: 10 Dec 2010 02:39 PM PST

    Hip

    ANTARA babak dalam filem The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader.

    ANTARA babak dalam filem The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader.

    Watak menarik, visual hebat kuatkan filem ketiga Narnia

    Filem: The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

    Genre: Pengembaraan, Fantasi, Aksi Pengarah: Michael Apted Pelakon: Georgie Henley, Skandar Keynes, Will Poulter, Ben Barnes, Liam Neeson, Simon Pegg, Gary Sweet, Shane Rangi, William Moseley, Anna Popplewell, Tilda Swinton. Tayangan: Mulai 9 Disember.

    SELEPAS The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe ditayangkan pada Disember 2005, diikuti The Chronicles of Narnia: Prince Caspian pada pertengahan 2008, kini peminat siri filem Narnia dapat berhibur pula bersama siri ketiganya, The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader.

    Mula ditayangkan pada 2 Disember bagi versi 3D dan 9 Disember untuk versi 2D, filem arahan Michael Apted ini membariskan pelakon seperti Georgie Henley, Skandar Keynes, Will Poulter, Ben Barnes, Liam Neeson, Tilda Swinton dan Simon Pegg.

    Masih mengekalkan elemen pengembaraan dan aksi sebagaimana dua siri terdahulu, edisi ketiga Narnia mengisahkan bagaimana Edmund dan Lucy Pevensie bersama sepupu mereka, Eustace, tiba-tiba tenggelam dalam air yang muncul daripada bingkai lukisan gambar kapal Dawn Treader.
    Muncul di permukaan laut Narnia, ketiga-tiganya diselamatkan Putera Caspian dan anak kapalnya yang kali ini dalam pelayaran bagi menyelamatkan dunia mereka berserta penduduknya. Pelayar berani terbabit kini harus berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk godaan nafsu, makhluk mengerikan serta musuh yang kental, sebelum disatukan semula dengan rakan yang juga pelindung mereka, Aslan si singa perkasa.

    Filem terbaru ini dihasilkan berdasar buku ketiga tulisan CS Lewis yang diterbitkan pada sekitar 1950 dan 1956. Ia sebuah karya yang dilihat sebagai hasil kerja paling imaginatif dan kekal diminati dalam sejarah kesusasteraan dunia, dengan jualan melebihi 100,000,000 naskhah dalam lebih 50 bahasa.

    Tidak mahu kelihatan sama dengan dua hasil terdahulu, pengarahnya yang sebelum ini membikin judul hebat seperti The World Is Not Enough, Gorillas in the Mist dan Coal Miner's Daughter, dengan sokongan Walden Media dan 20th Century Fox menghasilkan siri ketiga dalam bentuk 3D. Namun begitu, ia juga ditayangkan dalam bentuk 2D dan 4D.

    Secara ringkas, Caspian dengan bantuan Lucy, Edmund, Eustace dan tikus yang bijak bermain pedang, Reepicheep, serta Tavros the Minotaur dan Kapten Lord Drinian mesti mencari tujuh bilah pedang milik tujuh raja Telmar untuk diletakkan di atas meja Aslan, sebelum Narnia dapat diselamatkan.

    Pengembaraan itu membawa mereka ke beberapa pulau yang menguji kekuatan diri, emosi dan persahabatan.

    Bukan saja kuat dengan elemen pengembaraan menarik yang membawa penonton berdepan dengan pelbagai bentuk halangan mahupun makhluk pelik, malah persembahan dalam bentuk 3D menambah markah yang diperoleh filem ini sebagai hiburan hebat buat peminat.

    Visual pemandangan yang dilalui mereka sama ada di lautan mahupun daratan tampak lebih menarik dengan gambar yang jelas serta kelihatan hidup, menerusi teknologi tiga dimensi. Apatah lagi apabila siri ketiga ini turut menyelitkan begitu banyak kesan visual yang menyemarakkan lagi persembahannya.

    Daripada sekadar pengembaraan, filem ini membawa penonton ke babak paling mendebarkan pada penghujungnya apabila kumpulan wira berhadapan dengan ular gergasi yang cuba menenggelamkan kapal. Babak terbabit memaparkan segala kecanggihan teknologi pembikinan filem terkini, dengan hasil yang cukup memuaskan hati.

    Manakala pelakon baru, Will Poulter yang memegang watak Eustace Scrubb, berjaya mencuri perhatian ramai. Wataknya yang kuat membebel dan merungut pada mulanya memang menyakitkan hati. Namun, dengan perkembangan cerita, dia kemudian berubah sedikit demi sedikit sehingga penonton akan jatuh hati padanya. Poulter juga banyak membantu menghidupkan suasana dengan sikap kelakar watak lakonannya.


    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Komen