Adsense

Rabu, 26 Januari 2011

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Besok Fasha Sandha akan beri respon beserta bukti

Posted: 25 Jan 2011 07:39 PM PST

fasha sandhaSedang kami tengok-tengok tweet daripada artis-artis popular Malaysia dekat Celebrity Tweets, kami terbaca satu tweet daripada Fasha Sandha yang agak meragukan kami.. Tertanya-tanya kami kepada siapakah tweet itu ditujukan.. Seperti yang kita sedia maklum, semalam kecoh pasal berita perpisahan Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya Jejai.. Adakah tweet itu ditujukan khas buat Jejai atau pun orang lain…

Wah, kalau tweet itu ditujukan kepada Jejai, memang kami tidak sabar untuk menunggu hari esok.. Ingin juga kami tahu apakah respon dan bukti yang akan Fasha sandha lampirkan.. Ni mesti kes berat sampai berbukti-bukti bagai.. Sama-sama la kita tunggu apa respon daripada Fasha sandha besok.. Tapi sebelum tu korang baca la dulu screenshot tweet daripada Fasha Sandha kat bawah ni…

Psst: Rasa-rasa korang, apa bukti yang nak dilampirkan ni?..

fasha sandha tweet

fasha sandha tweet cont


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Filem Haq

Posted: 25 Jan 2011 04:52 PM PST

Artis Malaysia filem  | 26 January, 2011

poster filem haqSinopsis Haq:- Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.

Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.

Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.

Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

Tajuk Filem:
Haq

Pengarah:
Clhor, Jumaatun Azmi

Penerbit:
Kasehdia Sdn Bhd

Dipawagam:
27 Januari 2011

Pelakon Haq:
Zul Huzaimy
Adyputra
Nanu
Raja Farah
Fatimah Abu Bakar
Zulkifli Ismail
Ammar Adli Bin Mohamed Norin
Amirul Adli Bin Mohamed Norin

Trailer Haq:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.