Adsense

Selasa, 26 Julai 2011

Sensasi

Sensasi


Video Kontroversi Lindsay Lohan

Posted: 26 Jul 2011 01:35 PM PDT

Kontroversi yang menyelubungi aktres Lindsay Lohan masih belum berakhir dengan terbongkarnya pita pengawasan yang membabitkannya.

Namun begitu pita pengawasan yang dimaksudkan adalah pembongkaran gambar Lindsay Lohan mencuri rantai dari pemilik kedai barang kemas Geoff dan Sofia Kaman.

Pemilik kedai barang kemas di mana Lohan didapati mencuri kalung tersebut, sedang berperang dengan seorang lelaki yang cuba menjaja pita pengawasan.

Lohan Stealing

Sumber dalaman Hollywood mengesahkan tuntutan mahkamah pasti akan berlaku di antara Geoff, Sofia Kaman dan Christopher Spencer, lelaki yang memegang pita pengawasan bukti kecurian dilakukan oleh Lohan.

Geoff dan Sofia Kaman, pemilik kedai barang kemas Kamofie & Company, telah mengupah broker Christopher Spencer, untuk membeli pita pengawasan tertsebut.

Walaubagaimanapun Spencer telah mencapai perjanjian dengan Associated Press (AP), dan bersetuju untuk menjual pita rompakan kalung Lindsay Lohan tersebut kepada media.

Britney Spears didakwa berbogel dan menggoda pengawal peribadinya

Posted: 26 Jul 2011 01:17 PM PDT

Popstar Britney Spears sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila beliau didakwa sengaja berbogel dan menggoda bekas pengawal peribadinya, Fernando Flores.

Fernando kini telah mengambil tindakan saman ke atas beliau atas gangguan seksual dan telah berhenti dari memberi perkhidmatan sebagai pengawal peribadi Britney.

Fernando Flores, Britney Spears

Fernando Flores (di belakang) mendukung salah seorang anak Britney Spears.

Britney Spears bagaimanapun menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan bekas pengawal peribadinya sebagai gila dan penipu besar.

Fernando turut mendakwa beliau sering melihat Britney Spears berbogel di dalam rumah. Malah beliau juga sering berbogel diluar halaman rumah dengan aksi menggoda.

Fernando juga berkata Britney masih lagi mengalami masalah ketagihan dadah, tidak menjaga kebersihan diri dan sering berkelakuan aneh.

Sebelum itu, akhbar The Sun (UK) turut mendedahkan perkara yang sama aksi berbogel Britney Spears di hadapan Fernando Flores dan cubaan menggoda ke tempat tidur.

"Britney sering berkelakuan menggodanya dan Fernando tahu akibat yang akan menanti. Akhirnya beliau memberi notis perletakan jawatan minggu lepas dan akan mengambil tindakan mahkamah atas gangguan seksual," mengikut artikel The Sun (UK).