Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Magis Edry

Posted: 21 Oct 2010 04:00 PM PDT

Hip

Filem sulung arahannya raih kejayaan besar pada FFM23

TIRAI Festival Filem Malaysia ke-23 yang disingkap malam kelmarin di Center Atrium e@Curve, Mutiara Damansara, menyaksikan filem terbitan KRU Studios, Magika, menguasai Anugerah Cipta dengan lima kemenangan.

Filem arahan Edry Abdul Halim itu mengungguli Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik iaitu Penyembuh Rindu, Anugerah Kostum Terbaik, Anugerah Penataan Seni Terbaik, Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dan Anugerah Pengarah Harapan. Satu pencapaian hebat buat sebuah genre filem muzikal yang masih boleh dianggap baru di negara ini.

Baru kali pertama menduduki kerusi pengarah, Edry mula menunjukkan kehebatannya apabila Magika meraih kejayaan besar pada malam berkenaan. Siapa sangka, di sebalik kehebatannya mencipta lagu, dia juga berbakat besar dalam bidang pengarahan. 'Bayi sulungnya' itu membuktikan hakikat berkenaan.

Lebih bermakna, kekuatan Edry dalam bidang pengarahan sendiri turut mendapat perhatian juri apabila mereka sebulat suara menobatkannya sebagai Pengarah Harapan. Satu kemenangan yang tak perlu dipertikaikan kerana Magika di bawah telunjuknya muncul sebuah filem yang membawa satu dimensi baru dalam dunia perfileman tanah air.

Magika yang ditayangkan pada 23 September lalu mendapat sambutan penonton apabila ia memungut RM3.4 juta. Filem berkenaan dilakonkan Mawi, Diana Danielle, Fimie Don, Aznil Nawawi, M Nasir, Maya Karin, Nabil, Ning Baizura, Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Vanidah Imran, Ziana Zain, Adibah Nor, Sabri Yunus dan ramai lagi.
Mengulas kemenangannya itu, Edry berkata, dia sendiri tidak menyangka percubaan pertamanya membuahkan hasil cukup menggembirakan.

"Selama ini saya menyangkakan saya hanya berbakat dalam bidang ciptaan lagu. Kemenangan ini membuktikan yang saya juga ada kebolehan untuk menjadi seorang pengarah dan saya tidak akan sia-siakan anugerah Allah ini.

"Kemenangan Magika dalam beberapa kategori lain juga turut membuatkan saya teruja dan sememangnya ia menjadi pendorong untuk saya terus berkarya," katanya yang melihat masa depan baik untuk filem muzikal terus diterima peminat negara ini.

Menurut Edry, dia kini dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah lagi filem muzikal yang akan memulakan penggambarannya awal tahun depan.

"Filem muzikal cinta ini diberi judul 29 Februari. Jika dalam Magika saya mengundang ramai penyanyi untuk menjayakannya, kali ini saya akan kumpulkan ramai pelakon yang hebat. Mereka akan diajar menyanyi untuk filem muzikal terbabit," dedah Edry.

Ditanya adakah dia kecewa apabila Ziana yang memegang watak Nenek Kebayan tidak menang pada malam itu, Edry berkata, perkara itu bukanlah satu isu besar buatnya.

"Ziana sudah memberikan yang terbaik dalam Magika dan saya berpuas hati dengan hasil lakonannya. Biarlah dia tak menang kali ini kerana dia sebenarnya sudah menang sebagai pelakon terbaik dalam hati saya," kata Edry yang turut gembira apabila filem My Spy, juga terbitan KRU Studios, memenangi anugerah Filem Komedi Terbaik.

Trofi bagi kategori utama, Pengarah Harapan dan Filem Komedi Terbaik, disampaikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Manglin Dennis D'Cruc, yang diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) merangkap Pengerusi FINAS, Datuk Mohamad Mohd Daud dan Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim.

Bagi kategori lain, anugerah disampaikan pemenang tahun lalu.

Nama lain yang turut diumumkan pemenang pada malam perasmian festival itu Rabu lalu ialah Sashi Tharan bagi kategori Pelakon Harapan Lelaki, Daphne Iking (Pelakon Harapan Wanita), Shaheizy Sam (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan Norliana Samsudin (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik).

Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian Dayang Nurfaizah, One Nation Emcees, Hafiz AF7, Zehra Zambry dan persembahan tarian oleh ASWARA. Acara malam perasmian FFM23 dikendalikan personaliti RTM, Nurul Alis.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Saingan sengit

Posted: 21 Oct 2010 03:55 PM PDT

Hip

Shout! Awards kedua terus semarakkan industri hiburan

KETIKA kali pertama diadakan tahun lalu, masih ramai yang tertanya-tanya apakah relevannya acara anugerah yang dianjurkan stesen 8TV ini. Maklum saja, di Malaysia sendiri terlalu banyak acara anugerah yang diadakan sehingga ramai bersikap skeptikal apakah anugerah ini hanyalah sekadar suka-suka, apatah lagu untuk membawa sebarang perubahan kepada industri hiburan.

Melihat kepada beberapa kategori yang dipertandingkan seperti Anugerah Hot Chick dan Hot Guy, seolah-olah membayangkan penganjur sebenarnya seperti main-main dan tidak serius dalam menganjurkannya. Apakah penganjuran Shout! Award ini sebenarnya tidak ubah seperti satu lambakan acara anugerah dan dilakukan sekadar menambahkan lagi acara hiburan di negara kita. Pendapat ini dinafikan sekeras-kerasnya Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim sambil menegaskan, anugerah ini sebenarnya turut membantu menyemarakkan lagi industri hiburan.

"Di samping membantu artis arus perdana, kita juga memberikan peluang kepada mana-mana artis indie untuk turut dicalonkan dalam anugerah ini. Dari segi pencalonan, ia lebih bersifat terbuka. Kami mahu memberi peluang kepada mereka yang mungkin lagunya tidak disiarkan di radio atau kaca televisyen untuk turut bersama-sama merebut pengiktirafan.

"Asalkan lagu mereka pernah tersiar di internet sekali pun, mereka tetap layak untuk dicalonkan. Kita sebenarnya memiliki ramai bakat baru berkarisma dan hasil kerja mereka berkualiti, tetapi disebabkan ada halangan tertentu menyebabkan lagu mereka tidak disiarkan di media konvensional. Sekali gus mereka tidak berpeluang untuk bertanding dalam anugerah yang menetapkan syarat tertentu," jelas Kim pada sidang media mengumumkan senarai enam finalis untuk 16 kategori yang dipertandingkan, di ibu kota, baru-baru ini.

Kata Kim lagi, sebagai mengikuti perkembangan semasa, mereka juga memperkenalkan anugerah Mobile Artiste Of The Year yang memberikan penghargaan untuk artis dengan lagu dimuat turun paling banyak.
"Memandangkan sekarang ini adalah trend muat turun secara digital, jadi kami juga tidak mahu melepaskan peluang memberikan anugerah kepada mereka yang layak. Anugerah ini satu galakan kepada mereka serta menyokong perkembangan muzik yang sudah mencapai satu tahap yang tinggi," katanya.

Antara artis yang tersenarai sebagai finalis dalam kategori itu ialah 6ixth Sense (Khatimah Cinta), Aril (Menatap Matamu), Saleem (Tinggal Kenangan), 6ixth Sense (Tanpa), Yuna (Dan Sebenarnya) dan Alif Satar (Cukup Indah).

Untuk tahun ini, sedikit perubahan berlaku apabila senarai finalis ditambah kepada enam, berbanding lima pada edisi pertama. Kata kim, mereka mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat begitu.

"Kami dapati senarai mereka yang bertanding hebat-hebat belaka. Jadi disebabkan persaingan agak sengit sewaktu sesi penjurian, maka kami sepakat memutuskan untuk menambah satu lagi finalis dalam setiap kategori. Ia memberikan peluang kepada mereka yang memang terbaik untuk bersaing dalam kategori yang dipertandingkan," terangnya.

Pemenang bagi anugerah ini akan dipilih menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan secara talian. Peminat boleh mengundi di laman sesawang www.shoutawards.com.my yang mula dibuka pada 18 Oktober lalu dan segala undian ditutup pada 19 November depan.

Jika tahun lalu mereka memilih pelantun lagu Beautiful Girl, Sean Kingston, untuk menyemarakkan lagi acara, kali ini, perkara yang sama akan dilakukan.

"Buat masa ini perbincangan masih lagi dilakukan bersama seorang artis antarabangsa. Memang kami mahu artis ini membuat persembahan untuk acara kami. Siapakah dia, kami akan umumkan kemudian," ujar Kim berahsia.

Pada majlis itu, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian oleh Giller Battle Crew dan Wakaka, serta alunan memukau Alyah dan Jaclyn Victor.

Malam Kemuncak Shout! Awards akan berlangsung pada 20 November ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, jam 8.30 malam. Anugerah berkenaan akan dimulakan dengan acara permaidani ungu yang bakal membariskan artis popular tanah air. Selain Celcom sebagai penaja, Shout! Awards 2010 disokong Fly FM, Hot FM, Red FM dan Suria FM.

INFO: Senarai nama pencalonan setiap kategori Shout! Awards 2010

  • Rockstar Award
    - Azlan & The Typewriter
    - Bunkface
    - Faizal Tahir
    - Hujan
    - Meet Uncle Hussein
    - Pop Shuvit
  • Popstar Award
    - Aizat
    - Datuk Siti Nurhaliza & Krisdayanti
    - Jaclyn Victor
    - Mizz Nina
    - Yuna
    - Zee Avi
  • Power Vocal Award
    - Azlan & The Typewriter
    - Black
    - Datuk Siti Nurhaliza & Krisdayanti
    - Faizal Tahir
    - Jaclyn Victor
    - Rithan (Deja Voodoo Spells)
  • Flava Award
    - Altimet
    - DJ Fuzz & Malique
    - Joe Flizzow
    - Malique
    - Mizz Nina
    - Sonaone
  • Music Video Award
    - Prom Queen (Bunkface)
    - Osaka (Disagree)
    - Do It, Duit (Joe Flizzow)
    - Mirage (Pesawat)
    - Marabahaya (Project EAR)
    - Cinta Kosmik (The Fabulous Cats)
  • Break Out Award (Artis Baru Terbaik)
    - Azlan & The Typewriter
    - Black
    - Mizz Nina
    - Monoloque
    - Yuna
    - Zee Avi
  • Best On Screen Chemistry Award
    - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
    - Upin & Ipin (Upin & Ipin)
    - Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih)
    - Farid Kamil & Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
    - Wakaka Crew & Giller Battle Crew (Showdown 2010)
    - Afdlin Shauki & Rashidi Ishak (Setem)
  • Fresh TV Series (New TV Series)
    - Adamaya (MIG Production)
    - Arjuna (KRU Studios)
    - Blogger Boy (Red Communications Sdn Bhd)
    - Gelora Di Hati Sara (Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd)
    - Nur Kasih (Flimscape)
    - Qalesya (Nusantara Seni Karya Sdn Bhd)
  • Breakthrough Feature Award
    - Cuci The Musical (Tall Order Productions)
    - Geng: Pengembaraan Bermula (Les' Copaque Production)
    - Lagenda Budak Setan (Sharad Khan)
    - Papadom (Gayathri Su-Lin Pillai)
    - Pisau Cukur (Lina Tan)
    - Setem (Gayatri Su-Lin Pillai)
  • Favorite TV Programme
    - Imam Muda
    - One In A Million Year 3
    - Melodi
    - Raja Lawak 4
    - Anugerah Juara Lagu 24
    - Showdown 2010
  • Favorite TV Personality Awards
    - Ally Iskandar (AJL 24)
    - Awal Ashaari (Fuhh!)
    - Aznil Haji Nawawi (Jangan Lupa Lirik)
    - Daphne Iking (The Breakfast Show)
    - Henry Golding (8TV Quickie)
    - Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)
  • Coolest Radio Announcer Award
    - Faizal Ismail (HotFM AM Krew)
    - Hafiz Hatim (FlyFM Night Flight)
    - Jeremy Teo (RedFM Evenings)
    - Hunny Madu (FlyFM Campur Chart)
    - Fara Fauzana (HotFM AM Krew)
    - Phat Fabes (FlyFM Pagi Show)
  • Favorite Radio Show Award
    - The Red FM Breakfast Show with JD & Dilly (JD & Dilly)
    - Fly FM Pagi Show (Phabes, Ben & Nadia)
    - Malaysia's Hottest Music - Hot 10@10 (Hunny Madu)
    - Fly FM Campur Chart (Hunny Madu)
    - Hot FM AM Krew (Fara, Faizal & AG)
    - Fly FM Rush Hour (Jules & Prem)
  • Hot Chick Award
    - Maya Karin
    - Mizz Nina
    - Nora Danish
    - Nur Fazura
    - Scha Al-Yahya
    - Vanidah Imran
  • Hot Guy Award
    - Faizal Tahir
    - Farid Kamil
    - Hans Isaac
    - Henry Golding
    - Remy Ishak
    - Shaheizy Sam
  • Mobile Artiste of The Year Award
    6ixth Sense - Khatimah Cinta
    Aril - Menatap Matamu
    Saleem - Tinggal Kenangan
    6ixth Sense - Tanpa
    Yuna - Dan Sebenarnya
    Alif Satar - Cukup Indah
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan