Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


48 jam bikin filem ke Cannes

Posted:

48 jam bikin filem ke Cannes

48 jam bikin filem ke Cannes

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AZLI AHAD


PARA pembikin filem pendek yang terbabit pada KL 48 Hour Film Project selepas pelancarannya di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.


PENGANJURAN 48 Hour Film Project merupakan pertandingan filem pendek antara yang terbesar di dunia apabila disertai 40,000 pembikin filem dengan 3,000 filem di 76 bandar seluruh dunia pada 2009.

Biarpun sudah 10 tahun dianjurkan tetapi pertandingan itu belum terlambat bagi menarik penyertaan para pembikin filem pendek tanah air menyertainya pada tahun ini.

Menerusi pertandingan di negara ini dengan judul KL 48 Hour Film Project itu, ia diharap boleh dijadikan platform karyawan filem tempatan memperkenalkan produk masing-masing.

Menurut Pengarah Projek pertandingan itu, Shahril Fahazmi Musa, juaranya akan mewakili negara ini pada dipertandingkan di Filmapalooza, Miami, Amerika Syarikat tahun depan.

"Ini bukan sahaja antara pertandingan filem pendek yang terbesar di dunia tetapi ia juga agak unik kerana setiap pembikin filem hanya diberi masa 48 jam bagi menyiapkannya.

"Sebuah filem pendek yang menang pertandingan ini akan dipertandingkan di Filmapalooza Miami International Film Festival. Semua kos membawa dua pembikinnya ditanggung oleh penganjur.

"Malah, selepas itu filem tersebut juga akan ditayangkan di Short Filem Corner di Festival Filem Cannes, Perancis juga pada tahun depan," katanya kepada Hits baru-baru ini.

Pada pertemuan di Hulu Klang, Selangor itu, Shahril berkata, filem pendek dengan durasi empat minit yang berjaya pergi ke dua festival bolehlah dianggap sebagai suatu penghormatan.

Jelasnya, ini kerana para pembikin terbabit akan mendapat lebih banyak pendedahan dan peluang apabila mereka membawa serta menyertai dua festival filem yang terkenal itu.

"Bukan setakat itu sahaja, Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) juga akan memberi geran kepada pemenang KL 48 Hour Film Project bagi menerbitkan filem pendek.

"Pertandingan ini semakin berkembang pesat dan pada tahun ini dijangkakan 130,000 pembikin filem akan terbabit dengan menerbitkan sekitar 6,000 buah filem pendek.

"Untuk penyertaan di negara ini, saya jangkakan lebih 30 filem pendek akan bersaing merebut peluang ke Miami dan Cannes bagi mewakili negara," ujarnya.

48 Hour Film Project mengenakan bayaran pendaftaran RM400 dan akan memulakan pertandingannya pukul 7 malam 29 Oktober ini dan berakhir 31 Oktober 7.30 malam.

Dalam tempoh itu, setiap peserta akan diberi genre filem yang berbeza dan sedikit dialog bagi diolah menjadi sebuah karya dan seterusnya dipertandingan pada pertandingan itu.

Pertandingan itu bukan sahaja akan mengangkat wakil dari Malaysia ke Miami dan Cannes tetapi filem-filem yang mewakili bandar-bandar lain juga akan menghantar wakil masing-masing.

Antara bandar yang menyertai pertandingan ini ialah Casablanca, Colonge, Granada, Ho Chi Minh, Johannesburg, Lima, Toulouse, Ulan Bator dan Singapura.

Tambah Shahril, sebelum pemenang KL 48 Hour Film Project diumumkan filem-filem yang disenarai pendek akan ditayangkan di Dewan Kuliah Utama, Aswara, Kuala Lumpur pada 6 November ini.

"Untuk penjurian filem-filem mewakili Malaysia ia akan diadili oleh penerbit, Lara Ariffin, pengarah, Saw Teong Hin dan pengarah kreatif, Douglas Khoo.

"Kami harap lebih ramai pembikin filem pendek di negara ini menyertai pertandingan ini kerana ia suatu peluang yang boleh mengangkat karya mereka di peringkat antarabangsa," jelasnya.

Selain berpeluang bertandang ke Miami dan Cannes, pemenang KL 48 Hour Film Project juga akan menerima hadiah bernilai RM22,000 sumbangan penaja utamanya, Canon.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sutradara Malaysia, Ahmad Ibrahim yang hadir pada majlis pelancaran KL 48 Hour Film Project menasihatkan para peserta pertandingan itu agar tidak lupa menyelitkan elemen-elemen Malaysia di dalam karya masing-masing.

"Saya harap anda semua tidak lupa menyelitkan 'wajah-wajah Malaysia' dalam filem pendek yang akan anda hasilkan nanti. Sekurang-kurangnya ada dua atau tiga saat adegan itu.

"Contohnya paparan tentang makanan, budaya atau sekurang-kurangnya tunjukkan sekejap bendera Malaysia atau apa sahaja produk keluaran negara ini.

"Ia bukan sahaja bagi mempromosikan negara ini tetapi juga salah satu elemen jati diri di kalangan peserta pertandingan ini. Ini adalah sumbangan kita sebagai rakyat Malaysia," ujarnya.

Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran dan pertandingan itu sila layari laman sesawang www.kl48hourfilm.com atau pun www.facebook.com/kl48hourfilmproject.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Filem Terbaik FFM23 Estet atau Magika?

Posted:

Filem Terbaik FFM23 Estet atau Magika?

Filem Terbaik FFM23 Estet atau Magika?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


FILEM Magika mempunyai harapan cerah mengungguli kategori Filem Terbaik dengan saingan terdekatnya filem Estet.


SENARAI pendek atau Top 5 kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik tidak dikeluarkan oleh pihak penganjur Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) pada tahun ini.

Ia bukan pertama kali berlaku dalam sejarah penganjuran FFM. Malah, secara tidak langsung ia juga menyulitkan sedikit perkiraan para peramal dalam meneka calon atau pemenang bagi dua kategori utama dalam Anugerah Perdana pesta filem itu.

Festival filem berprestij anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) itu akan berlangsung pada 24 Oktober (malam esok) di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor mulai pukul 8 malam.

Klimaks pada Malam Kemuncak FFM23 itu juga nanti tentunya bagi kategori Filem Terbaik yang menawarkan hadiah berupa trofi dan wang tunai RM50,000 kepada penerbit filem tersebut.

Banyak petunjuk yang boleh meramalkan filem cereka manakah yang akan diangkat sebagai Filem Terbaik pada festival kali ini. Ia antaranya berdasarkan pencalonan dan kategori-kategori yang telah dimenangi oleh filem terbabit menerusi Anugerah Cipta FFM23 Rabu lalu.

Setakat ini, filem Magika dan Estet memperlihatkan petanda cerah untuk salah satu daripadanya mengungguli pesta filem yang diiktiraf kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu.

Magika contohnya, terlebih dahulu mengungguli kategori Penataan Seni Terbaik di mana kategori ini sedikit sebanyak menyumbang kepada gaya persembahan yang menarik dalam sesebuah filem.

Pengarah Magika, Edry Abdul Halim juga merangkul kategori Pengarah Harapan menerusi filem arahannya itu. Di sini panel juri boleh dikatakan agak 'nakal' kerana memberikan 'kemenangan awal' itu kepada Edry.

Secara psikologinya, ia secara tidak langsung 'boleh menidakkan' peluang anggota KRU itu untuk terus mara termasuklah memenangi kategori Pengarah Terbaik atau Filem Terbaik pada festival tersebut.

Alasannya mudah sahaja. Mana mungkin Edry yang merupakan pengarah baru dan Magika pula filem pertama arahannya melangkaui pengarah-pengarah lain yang lebih berpengalaman terutamanya Mamat Khalid?

Selain itu, panel juri yang diketuai oleh Tan Sri Kamarul Ariffin Yassin tentunya akan mendapat banyak kritikan kalau Edry diangkat sebagai Pengarah Terbaik selepas dia Rabu lalu telahpun mengungguli kategori Pengarah Harapan.

Tanpa adanya kemenangan Pengarah Terbaik menerusi Magika, berapa banyak lagikah ruang untuk filem itu bagi melayakkannya diangkat sebagai Filem Terbaik?

Cabaran dan persoalan buat juri di sini ialah, adakah Pengarah Terbaik mampu mengangkat filem arahannya muncul sebagai Filem Terbaik?

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan