Adsense

Sabtu, 28 Januari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Kumpulan Klangit Dari Malaysia Bukan Dari Seberang

Posted: 27 Jan 2012 09:18 PM PST

KL, 25 JANUARI 2012: Murai Batu percaya, pasti ada yang kurang familiar dengan nama band Klangit. Tapi dalam masa yang sama, pasti ramai yang sukakan lagu Sesal Mendua yang sudah mula hits di corong-corong radio sekarang ni bukan?

Tapi tahu kah anda, siapa yang menyanyikan lagu itu? Sebenarnya Murai Batu sendiri pun pada mulanya tertanya-tanya siapa penyanyi lagu Sesal Mendua ini.

Bukan apa, lagu ni memang dekat di hati Murai Batu. Selain sukakan bait-bait lagunya Murai Batu sukakan muziknya yang ala-ala band Indonesia ini.

Namun teka-teki Murai Batu terjawab secara kebetulan ketika Murai Batu bersama kawan lama Murai Batu di dalam kereta dan lagu ini pun berkumandang.

Kawan lama Murai Batu ini rupanya dah lama mengikuti band yang menyanyikan lagu Sesal Mendua ini iaitu Klangit.

Jangan salah anggap, rupanya band Klangit ni band dari Malaysia! Murai Batu terus gembira dan rasa bangga kerana ada juga bakat Malaysia yang jauh lebih baik dari Indonesia.

Menurut kawan lama Murai Batu yang suka bercerita, rupanya bukan Murai Batu sahaja yang ingat band ini datang dari Indonsesia kerana ramai juga yang menganggap perkara yang sama.

Menurutnya, ramai yang memberi komen di laman You Tube yang keliru bahawa mereka merupakan band dari Indonesia.

Tidak puas hati dengan keterangan kawan Murai Batu itu, Murai Batu pun terus cari sendiri band ini di internet dan ternyata band Klangit ni berasal dari Malaysia dan sudah bertapak beberapa tahun dalam industri muzik.

Murai Batu dapat tahu lagu Klangit yang terdiri daripada tiga orang jejaka muda yang dikenali sebagai Ary, Iwan dan Haris ini baru sahaja buat come back dengan single terbaru mereka Sesal Mendua.

Jadi tak salah rasanya jika sama-sama menyokong produk tempatan, jangan ingat indusrti muzik kita tidak boleh pergi jauh

Info : Murai

Video Kumpulan ini :

LAGU SESALAN MENDUA
LAGU GELISAH


ZoOM : Kesian dengan kumpulan ini, sebab ada ramai peminat seni diluar sana tidak mengenali mereka. ZoOm sendiri baru membaca dan mengetahui kumpulan bernama Klangit ni, namun kalau lagu "Sesalan Mendua" tu memang pernah dengar. Apa-apa pun semoga kumpulan ini berjaya dalam bidang yang diceburi, dan rajin-rajin la cari publisiti yer...jangan harap gossip je :) opsss laserrrr...!!!






Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Artis Malaysia : Peti Simpanan Gimnasium Sha`arin Dirompak

Posted: 27 Jan 2012 09:11 PM PST

KL, 26 JAN 2012: Ada kalanya Murai Batu tak faham,bagaimana ada manusia yang sangat licik melakukan perbuatan terkutuk seperti mencuri atau memukul, walaupun di dalam situasi yang mana adanya ramai orang di sekeliling mereka.

Lebih menjadikan Murai Batu hairan lagi, apabila ada individu yang sanggup mengambil kesempatan di tempat-tempat yang langsung tidak dijangka dan kesannya telah menyebabkan orang lain menanggung kesusahan.

Pengalaman yang agak mengejutkan telah terjadi kepada suami pelakon cantik molek, Yasmin Hani iaitu Sha'arin baru-baru ini, apabila locker atau peti simpanan barang miliknya di salah sebuah gimnasium terkemuka di ibu negara telah digeledah oleh individu tidak dikenali.

Apa yang Murai Batu ingin ketengahkan di sini, bukanlah sekadar menyatakan perasaan simpati dengan nasib yang dialami Sha'arin, tetapi kecuaian pihak gimnasium dalam menjaga keselamatan serta kebajikan penggunanya.

Kalau tak silap Murai Batu, kejadian mencuri atau memecah peti simpanan orang lain di dalam gimnasium bukanlah perkara baru dan kerana itu jugalah ianya tetap terjadi walau 'mungkin' penguat kuasaan telah dibuat.

Murai Batu kurang faham, bagaimana kejadian curi di dalam gimnasium yang memiliki ramai pengunjung dan juga kakitangan tetap terjadi? Apatah lagi setiap peti simpanan yang berisi telahpun dinasihatkan dikunci dengan kunci pemilik masing-masing?

Di mana agaknya peranan sebenar pihak pengurusan gimnasium? Adakah mereka hanya bergoyang kaki atau menganggap kejadian curi ini sebagai sambil lewa saja?

Begitu jugalah situasi yang terjadi oleh Sha'arin apabila dia telah kehilangan dompet dan juga jam tangan istimewa pemberian Yasmin Hani. Khabarnya, jam tangan itu adalah hadiah hantaran sempena persandingan mereka tahun lalu.

Bagaimanapun daripada informasi yang Murai Batu dapat tahu, Sha'arin telahpun melaporkan kejadian itu kepada pihak polis agar tindakan selanjutnya dibuat.

Khabarnya juga, Yasmin yang turut berada di tempat kejadian kelihatan cukup tenang menangani situasi berkenaan kerana mereka sama sekali tidak menyangka dalam mereka sedang asyik bersenam, ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Apapun, nasihat Murai Batu kepada pengunjung gymnasium supaya bersikap hati-hati dan pilihlah kunci yang berkualiti tinggi, teguh dan uph, supaya pencuri licik di setiap bilik locker ibu negara tidak akan dapat menjalani aktiviti hina mereka dengan jayanya.

Mungkin juga, Murai Batu boleh berkongsi petua di sini, agar mengelakan daripada menggunakan locker yang sama setiap kali ke gimnasium bagi mengelakan si pencuri sedar.

Malah elakan juga daripada menyimpan barangan beharga serta wang ringgit yang banyak di dalam peti simpanan berkenaan.


Info : Murai

ZoOM : Iskkk Iskkk sape la yang berani nak mencuri tu, macam tau-tau je dalam tu ada banyak duit dan sudah tentu pakar yang mencurinya. Apa-apa pun semoga beliau akan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Artis Malaysia : Zed Zaidi Sedih Tak Dapat Anak Kembar

Posted: 27 Jan 2012 09:05 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon filem Niyang Rapik, Zed Zaidi berasa sedih selepas mengetahui isterinya, Nelly Natalia tidak hamil anak kembar seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 31, berkata, isterinya yang mengandung tiga bulan telah melakukan pemeriksaan kali kedua di sebuah klinik dan diberitahu oleh doktor tentang perkara itu.
"Sebelum ini masa buat pemeriksaan awal, doktor kata mungkin isteri saya mengandung anak kembar tetapi selepas melakukan pemeriksaan semalam, hanya ada seorang bayi sahaja.
"Walaupun sedikit hampa tetapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan kepada saya dan isteri," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Tambah Zed, seperti kebanyakan ibu mengandung lain, isterinya, turut mengalami alahan teruk pada peringkat awal kandungan.

Pada satu tahap katanya, keadaan Nelly agak teruk apabila asyik mengalami muntah-muntah dan tidak berselera untuk menikmati makanan.
"Masa mula-mula mengandung saya agak risau juga kerana alahannya sangat teruk tetapi alhamdulillah, sekarang ia telah berkurangan dan berada di dalam keadaan baik.
"Nelly juga sudah mula mengidam untuk makan buah naga dan nasib baik dia tidak minta benda yang pelik-pelik," ujarnya.
Ditanya mengenai perasaannya bakal bergelar bapa pada Ogos nanti, Zed berkata dia teruja untuk menunggu saat tersebut kerana bayi yang bakal lahir itu nanti akan menjadi cucu pertama keluarga mertuanya.

Zed memberitahu, walaupun tidak kisah dengan jantina anak tetapi dia berharap akan kelahiran bayi lelaki.
"Saya mahukan anak lelaki sebagai anak pertama bukan apa kerana dia nanti boleh memimpin keluarga apabila saya tiada lagi di dunia.
"Bagaimanapun, saya menerima apa juga rezeki yang diberikan oleh Allah kerana anak adalah amanah buat saya dan isteri," ujarnya.

ZoOM : Sabar la kawan ku....sesungguhnya rezeki itu hanya ia yang menentukan, dan mungkin ada hikmah disebaliknya.Insyallah
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Artis Hollywood : Peminat Menangis Ketika Memeluk Daniel Radcliffe

Posted: 27 Jan 2012 09:00 PM PST

KEHADIRAN pelakon Harry Porter, Daniel Radcliffe pada majlis tayangan perdana filem terbarunya berjudul Woman In Black telah menjadi kecoh apabila dia diserang oleh peminat yang mahu bergambar dengannya.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku apabila Daniel sedang berjalan di karpet merah untuk masuk ke dewan tayangan di Royal Festival Hall dan kemudiannya berhenti untuk bersalam dengan para peminat.

Ketika sibuk melayan peminat-peminatnya, dia tiba-tiba dipeluk oleh seorang wanita sambil menangis teresak-esak yang tiba-tiba datang dari arah belakang.

Menyedari hal tersebut, Daniel segera berpaling ke arah wanita berkenaan dan cuba memujuknya supaya bertenang. Dia kemudian berjaya melepaskan diri daripada situasi itu sebelum terus beredar masuk ke dalam dewan.


Info : Mstar


ZoOM : Huh fanatiknya perempuan tersebut sampai macam tu sekali peminat dia ni ye....kalau kat Malaysia ada tak ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Artis Malaysia : Fazura Jadi Pelaris ‘Bujang Telajak Belum Terlanjur’ | Kutipan filem Bujang Terlajak

Posted: 27 Jan 2012 08:57 PM PST

PETALING JAYA: Penerbit Eksekutif filem Bujang Telajak Belum Terlanjur A. Latiff Mohaideen mengakui pesona dan populariti aktres Nur Fazura Sharifuddin menjadi pelaris filem itu sehingga mencatatkan kutipan lebih RM2 juta sejak ditayangkan pada 19 Januari lalu.

A. Latiff berkata, selain daripada kekuatan Fazura yang berjaya menarik minat penonton ke pawagam, jumlah kutipan itu juga dipengaruhi oleh gabungan trio pelawak Saiful Apek, Nabil dan Johan, selain genre komedi yang dekat dengan peminat filem Melayu.

"Kutipan yang baik diterima oleh filem ini dipengaruhi oleh aura Fazura yang sememangnya diminati ramai. Kemunculannya di layar perak amat dinantikan oleh penonton.

"Fazura juga jarang muncul dengan filem komedi dan gabungannya bersama Apek, Nabil dan Johan ternyata menghasilkan sajian komedi yang bersahaja dan dekat dengan penonton kita," katanya.

Ketika ditanya mengenai sasaran kutipan filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen itu, A. Latiff berkata sambutan yang baik daripada penonton selepas seminggu ia ditayangkan memberi petanda filem itu mampu untuk mengutip sehingga RM5 juta jika terus ditayangkan di pawagam untuk tempoh dua minggu lagi.

"Berdasarkan pengamatan kami, pola tontonan filem ini meningkat di antara 20 hingga 30 peratus setiap hari. Insya-Allah jika keadaan ini berterusan, saya yakin Bujang Telajak Belum Terlanjur mampu meraih sehingga RM5 juta.

"Lagi pun, pada waktu ini tiada filem komedi Melayu yang ditayangkan, sekaligus memberikan kelebihan buat filem kami," katanya.

A. Latiff yang juga adik kepada pengarah filem itu menambah, kejayaan Bujang Telajak Belum Terlanjur juga menyuntik keyakinan kepada syarikat produksi mereka, Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd untuk mengekalkan formula gandingan trio pelawak dan aktres jelita itu dalam filem akan datang.

"Kami sentiasa mencuba formula dan konsep baru dalam penerbitan filem dan nampaknya formula yang menggandingkan trio pelawak ala Three Stooges dan aktres jelita sebagai teraju utama diterima baik oleh penonton.

"Berkemungkinan kami akan mengekalkan formula ini dalam filem komedi yang akan datang. Cuma plot dan konsepnya yang berbeza.

"Yang pasti, kami akan hasilkan sebuah lagi filem komedi yang menggabungkan Fazura dan tiga pelawak itu," katanya.


Trailer filem bujang Terlajak :

Info : Mstar Online

ZoOM : Dah tengok filem ni, boleh la tahan dan lawak tetapi ZoOm nak komen pakaian Nabil yang sering kali menunjukkan seluar Boxer biru dia tu masa berlakon. Mungkin benda kecil je tetapi ia mencacatkan sedikit la, tapi yang bestnya cerita ini semasa 3 bujang terlajak yakni Apek,Nabil dan Johan memakai pakaian wanita semasa menyamar masuk ke rumah Fazura.....anyway 3 bujang tu pun pelaris utama  juga tau  :) 


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sinopsis dan Trailer Filem Sumpahan Kum Kum | Kutipan Filem Sumpahan Kum Kum

Posted: 27 Jan 2012 08:50 PM PST


Sinopsis Filem Sumpahan Kum Kum


Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.


Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.

Triller Filem Kum-Kum :



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Gossip : Tasha Shilla Kesal Tuduhan Menari Ghairah Di Kelab Malam

Posted: 27 Jan 2012 08:40 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

"Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan.

"Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam.

"Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.

Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan.

"Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Tasha mula dikenali selepas membintangi drama Gemilang di TV3 pada tahun lalu.

Info : Mstar Online

ZoOM : Setahu ZoOm laman portal tu yang post sebab terima info daripada salah seorang mamarazi atau paparazi yang mengatakan gadis bernama Tasha Shilla ni menari ala-ala tarian tiang dekat kelab malam semasa menyambut hari jadi beliau.No komen sebab tak ada bukti...apa kata anda ?Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Raja Lawak 6 : Kumpulan Ketupat Dan King Tersingkir

Posted: 27 Jan 2012 08:35 PM PST

Kumpulan Ketupat-TERSINGKIR

Kumpulan King -TERSINGKIR

KUALA LUMPUR: Kumpulan King dan Ketupat menjadi mangsa penyingkiran pertama gelanggang Raja Lawak musim keenam (RL6) selepas mendapat peratus undian terendah pada persaingan minggu ketiga yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat.

King mendapat 6.3 peratus undian, manakala Ketupat dengan undian tercorot, 5.7 peratus.

Satu lagi peserta yang berada pada kedudukan tiga terbawah iaitu kumpulan Albob (6.5), bagaimanapun terselamat daripada penyingkiran.

Mengulas mengenai penyingkiran dua peserta secara serentak pada minggu ini, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata keputusan itu diambil memandangkan tiada penyingkiran berlaku pada dua minggu pertama

"Kita mengikut format dan perancangan yang telah ditetapkan bagi musim ini. Kita memberi peluang kepada para peserta selama dua minggu untuk menunjukkan prestasi masing-masing.

"Pada minggu ini, kita putuskan untuk menyingkirkan dua peserta secara serentak.

"Bagaimanapun, itu tidak bermakna penyingkiran akan berlaku secara konsisten pada minggu-minggu akan datang. Ia bergantung pada kesesuaian dan keperluan," katanya.

Ketika ditanya mengenai prestasi persembahan tiga peserta tercorot itu, Nizam berkata dia berpuas hati dengan peningkatan persembahan yang ditunjukkan oleh semua peserta selepas tiga minggu berlangsung.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan persembahan semua peserta.

"Cuma mungkin aksi kumpulan Ketupat sahaja yang lemah, manakala King dan Albob sudah melakukan persembahan yang baik pada malam ini (malam Jumaat)," katanya.

Selain Albob, sembilan lagi peserta yang bakal meneruskan persaingan pada minggu hadapan adalah 2Yol, Zero, Skema, Cuit, Gman, Shiro, Riki, Selak dan peserta solo, Kodan.

Minggu ketiga RL6 mengangkat tema 'Zaman Sekolah'.



Masih lagi mengekalkan format permarkahan menerusi 100 peratus undian penonton, para peserta mendapat bimbingan pengarah filem Ahmad Idham selaku Cif Besar dan tiga Cif Kecik iaitu Yus, Angah dan Tauke.

Para peserta musim ini diadili tiga pengkritik tetap iaitu produser filem dan drama David Teo, pelawak Sathia dan produser dan pelakon Sheila Rusly.

RL6 diterajui oleh pasangan pengacara Johan dan Zizan dan disiarkan pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Paparan aktiviti mingguan para peserta pula disiarkan dalam Kapsul Raja Lawak pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 9.55 malam di saluran yang sama.







Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Pelantikan Datuk Ac Mizal Sebagai Duta Pelancongan Dipertikai

Posted: 27 Jan 2012 08:28 PM PST

IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.

"Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

ZoOM : HUrm...no komen sebab bukan orang perak...kamo komen la yo...

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Pinjaman Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

Posted: 27 Jan 2012 08:24 PM PST

Alhamdulillah satu lagi rezeki buat pasangan atau keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3 ribu sebulan,


Berikut beberapa info atau maklumat bagi anda yang berminat untuk membuat pinjaman Skim Amanah Rakyat ni :


1.Gaji Mestilah dibawah RM3000
2.Pinjaman yang ditawarkan ialah RM5 ribu
3.Bayaran balik selama  tahun
4.Keuntungan setahun 12 % setahun = RM 134 x12 x 60 = keuntungan anda ??
5.Selepas Matang peminjam/pelabur akan dapat RM 13 RIBU...
6.Permohonan bermula isnin ini (30/1/2012)
7.Bank yang perlu anda berurusan :


a)Maybank
b)CIMB
c)RHB
d)BSN


Dan dokumen yang perlu ada :



a)IC original dan Copy -pemohon & pasangan
b)Pengesahan pendapatan, jika tidak pengesahan daripada ketua kampung dll yg boleh.




Selamat membuat pelaburan yang sudah pasti meringankan beban anda.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!