Adsense

Jumaat, 3 Disember 2010

Celebrity News

Celebrity News


SInopsis dan trailer Misteri Jalan Lama - Ditayangkan pada 2011

Posted: 03 Dec 2010 08:47 AM PST

Kalau abang Afdlin Shauki kita mengarah...jangan tunggu beli je tiket..sure ada je cerita menarik daripada filem arahan beliau. Sebelum tu saksikanlah trailer filem Misteri Jalan Lama ini.

Sinopsis:
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang.  Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar.  Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long.  Hidupnya kini diburu gangster.  Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh 'seseorang' ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu.  Ilya
seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya.  Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.   
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya.  Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu.  Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster.  Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.
Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki 'dunia lain'.  Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut.   Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan.  Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?


Pengarah : Afdlin Shauki 
Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd. 
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka 
Genre : Keluarga, Drama 
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum 
Tarikh Tayangan : 2011 

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Gambar Perkahwinan Pelawak Zaibo Dan Isteri Siti Hawa

Posted: 03 Dec 2010 08:03 AM PST

Alhamdulillah, kahwin juga abang Zaibo kita ni...lepas ni adalah orang yang jaga makan minum beliau dikala berdua. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat. Berikut berita yang ZoOm dapat dari akhbar kegemaran ZoOm iaitu Mstar






BATU PAHAT: Pelawak Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo menamatkan zaman bujangnya pada usia 54 tahun apabila selamat bernikah dengan Siti Hawa Shawal, 45, di Pejabat Agama Islam, Batu Pahat, Jumaat.
Dengan dua kali lafaz, pelakon veteran yang dikenali dengan gelaran Pak Selamat menerusi sitkom Spanar Jaya itu bernikah dalam satu majlis tertutup yang ringkas di kampung pengantin perempuan dengan dihadiri oleh rakan dan saudara terdekat.


"Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya saya menemui teman hidup pada usia sekarang. Inilah yang dikatakan jodoh," ujar Zaibo yang mengenali isterinya selama 10 tahun lalu.
Siapa sangka, hubungan yang pada mulanya sekadar abang dan adik akhirnya membawa pasangan ini ke jinjang pelamin.

"Pada mulanya, saya menganggap dia sebagai adik saya dan begitu juga dia tetapi Tuhan mempunyai perancangan lain untuk kami. Kami mula rapat beberapa tahun lalu dan memutuskan untuk berkahwin pada Ramadan lalu," kata pelakon teater Caught In The Middle, Tun Mahathir, Penyu Menangis, TokPerak, Anak Tanjung, I remember ....The Rest House dan Demi Zaitun itu.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Zaibo dan yang kedua bagi Hawa.


Hasil perkahwinan pertama, Hawa dikurniakan sembilan orang anak berusia antara 3 hingga 26 tahun.
Bagaimanapun, pelakon popular itu enggan menghebahkan jumlah wang hantaran mahu pun dulang hantaran yang diberikan kepada isterinya.


"Saya boleh katakan, penyanyi Aishah menguruskan semua hantaran manakala selebriti Habsah Hassan dan Rubiah Suparman turut memberikan sumbangan lain. Biarlah hantaran yang diberikan kepada isteri saya menjadi rahsia," ujar aktor kelahiran Perlis yang pernah berlakon lebih 15 buah filem termasuk Soalnya Siapa?, Putera, Soal Hati, Senario Asam Garam, Cuti-cuti Cinta, Magika, Lu Pikirlah Sendiri dan Pontianak Harum Sundal Malam 2.


Ditanya tentang destinasi bulan madu, Zaibo menjawab: "Itu sangat rahsia. Bagaimanapun, saya akan sibuk dengan penggambaran filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki dan terlibat dengan program masakan Pelik Tapi Sedap musim kedua bermula minggu depan."


Zaibo telah menetapkan untuk mengadakan majlis perkahwinan ringkas tanpa upacara persandingan.
Biarpun begitu, selepas upacara akad nikah, pasangan itu diraikan dalam satu resepsi kecil di rumah pengantin perempuan pada sebelah petangnya di mana tetamu dihiburkan dengan persembahan kuda kepang.
"Saya rasa gembira kerana telah bergelar seorang suami sekarang. Gelaran ini datang dengan maruah dan saya akan menggalas tanggungjawab perkahwinan dengan sebaiknya," janji pengacara Pelik Tapi Sedap ini yang turut muncul dalam drama Tari Tirana dan Under One Roof.

Dayang Nurfaizah sudah 5 Tahun Tak Pakai Telefon Bimbit @ Handphone

Posted: 03 Dec 2010 06:29 AM PST

Lain daripada yang lain, boleh dikatakan hampir 99 % artis di Malaysia ataupun didunia memiliki telefon yang canggih ataupun biasa. Namun lain pula bagi artis kelahiran Sarawak ini yang lebih selesa tidak memakai telefon bimbit untuk kegunaan seharian. Berikut "Statement" beliau ketika ditemuramah oleh wartawan.


"Jangan salah anggap, saya bukan dikongkong oleh pengurus saya (Shaliza), cuma saya selesa dengan hidup begini.
"Kalau orang ingin bercakap dengan saya, mereka boleh menghubungi saya melalui Shaliza atau keluarga kerana mereka sentiasa bersama-sama dengan saya.
"Apa-apa pun, saya bukanlah seorang yang tidak ambil tahu tentang gajet dan saya bukannya ketinggalan zaman. Saya juga memiliki barang-barang seperti I-Pod, permainan play station mudah alih (PSP), mahupun komputer riba, tetapi bukan telefon bimbit," katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Revolusi Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) di TV3 di sini, Khamis.
Tambah Dayang, dia mungkin akan memiliki telefon bimbit jika dirinya sudah mempunyai kekasih.


ZoOm : Macam manalah kalau Dayang ni dalam keadaan kecemasaan yer...


1. Adakah dia pergi "Public Phone" ?
2. Pinjam telefon bimbit orang ?
3. Menggunakan internet ( Skype, YM, MSN, Facebook dll )


Apa kata anda ??

Waris P.Ramlee Dapat Royalti RM50,000

Posted: 03 Dec 2010 06:20 AM PST

Alhamdulillah rezeki yang diberi oebanyak RM50,000 daripada syarikat membuat duit syiling, KLMint Sdn Bhd (KLMint) kepada 



Dua orang cucu Allahyarham yang juga anak kepada Allayharham Nasir P.Ramlee iaitu, Gurlina,39, dan Gurnarisasca,32, menerima cek tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif KLMint, Othman Abdullah.
Royalti tersebut berdasarkan kepada penjualan wang syiling kenang-kenangan program "Siri Warisan, P.Ramlee On Coins" yang telah dilancarkan pada 11 November lalu oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.



Syiling tokoh seni itu dijual dalam tiga koleksi yang bersalut emas, perak dan tembaga.


Info : Mstar

Jawatan Kosong : Iklan jawatan kosong di Kolej Risda

Posted: 03 Dec 2010 05:52 AM PST

Tarikh tutup 10 Disember 2010

1. JAWATAN PENSYARAH (KONTRAK)

i. JABATAN AGRO SAINS
ii. JABATAN SAINS KOMPUTER
iii. JABATAN PENGURUSAN PERNIAGAAN
iv. JABATAN PENGAJIAN UMUM

2. SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN
Calon-calon bagi lantikan ini hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun

c) Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan.


Jabatan (i)

* Landskap Arkitek

* Pertanian & Keusahawanan
* Biologi
* Fizik
* Agribusiness
* Sains Pertanian

Jabatan (ii)

* Sains Komputer
* Teknologi Maklumat

Jabatan (iii)

* Ekonomi & Kewangan Islam
* Perakaunan
* Pengurusan Perniagaan

Jabatan (iv)

* TESL / Linguistic
* Kesusasteraan
* Matematik / Statistik

DAN

d) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Iklan lengkap jawatan kosong di Kolej Risda

dapatkan lebih banyak maklumat disini: jawatan kosong kerajaan: jawatan kosong Kolej Risda 

Jawatan Kosong : Iklan jawatan kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia

Posted: 03 Dec 2010 05:49 AM PST

Tarikh tutup 20 Disember 2010

Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL N41

Iklan lengkap jawatan kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia

dapatkan lebih banyak maklumat disini: jawatan kosong kerajaan: jawatan kosong UKM 

Jawatan Kosong : Majlis Bandaraya Ipoh P

Posted: 03 Dec 2010 05:47 AM PST

Iklan jawatan kosong di Majlis Bandaraya Ipoh
Tarikh tutup 6 Disember 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan berikut:-

1.JURUTERA
2.AKAUNTAN
3.PEGAWAI PENILAIAN
4.PENOLONG JURUTERA (UKUR BAHAN/ ELEKTRIK/ AWAM)
5.PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
6.JURUTEKNIK LANDSKAP
7.JURUTEKNIK(UKUR BAHAN/ ELEKTRIK/ AWAM)
8.JURUTEKNIK KOMPUTER
9.ARTIS BUDAYA
10.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
11.PEMBANTU PERPUSTAKAAN
12.TUKANG K2

13.TUKANG K3
14.PEMANDU KENDERAAN


Iklan lengkap jawatan kosong di Majlis Bandaraya Ipoh


dapatkan lebih banyak maklumat disini: jawatan kosong kerajaan: jawatan kosong MBI 

Harga Minyak RON95 dan RON 97 Naik Lagi !!!

Posted: 03 Dec 2010 04:21 AM PST

Alahai harga minyak @petrol naik 5 sen kepada RM2.20 berkuatkuasa hari ini, Selasa, 2 November 2010. Kenaikan tersebut adalah disebabkan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia dan tiada subsidi bagi petrol RON 97.

Walau bagaimanapun, harga minyak@petrol RON 95 masih kekal pada harga RM1.90. So rasanya OK kot kenaikan ini hanya melibatkan RON 97 yang mana tak ramai yang menggunakannya. Apa pandangan semua mengenai kenaikan ini?
ZoOm : Tensioonnnnn !!!! Kalau pakai air dah lama masukkannnn dalam kete and motor ZoOm !! Nasib baiklah tak pakai RON97 ...