OHBULAN! |
(Gambar) Siti Nurhaliza Rupanya Ada Hobi Camwhore! Posted: 27 Jan 2011 10:23 PM PST Kredit gambar twitter Siti Nurhaliza. Camwhore, mengikut definisi wikipedia tidak mempunyai maksud yang enak. Namun, rata-rata pengguna internet tegar mengetahui maksud sebenar camwhore, dan tidak perlu kami ulas panjang kerana kami tahu anda memang bijak-bijak belaka. Pagi ini, kami diterjah dengan email pengirim yang mengatakan bahawa Datuk Siti Nurhaliza juga mempunyai hobi camwhore, satu sisi peribadi Siti Nurhaliza yang mungkin orang lain tidak nampak.
Empunya wajah cantik ini amat gemar meng-upload gambar di laman twitter sebagai pengubat rindu buat peminat. Selain itu, ramai juga yang merasakan mereka berasa lebih dekat dengan Siti Nurhaliza selaku penghibur no.1 tanah air. Tiada lagi kompromi atau protokol untuk mendekati artis kesayangan mereka. Nah 140 patah perkataan, kemungkinan besar Siti Nurhaliza akan menjawab sahutan anda. Enjoice koleksi gambar Siti Nurhaliza di Twitter & katakan hi kepada @siti_nur11. |
Farid Kamil & Diana Danielle Putus Cinta Kerana Tidak Matang? Posted: 27 Jan 2011 11:00 AM PST Kami tak endah seketika kisah putus cinta Fasha Sandha & Jejai untuk memberikan laluan kepada kisah putus cinta Farid Kamil & Diana Danielle pula. Ya, kami sudah faham anda sudah bosan dengan cerita pertelingkahan, dan mahu kan sesuatu yang lebih menjurus kepada kebahagiaan. Namun, jari kami tidak dapat menahan untuk memberikan laporan sensasi yang baru sahaja diterima sebentar tadi. Ketika beramah mesra dengan follower OHBULAN!, pemilik akaun @cutisikit menerjah timeline dengan info yang mendebarkan dada. Kata empunya akaun, "Farid Kamil dah dump Diana Danielle! LoL. Deserves her right!". Satu ayat yang pendek & padat, meninggalkan 1000 tanda tanya. OHBULAN! difahamkan, Farid Kamil ucapkan bye bye kepada Diana Danielle kerana lemas dengan perangai dia yang tidak matang. Pemberi maklumat menyatakan, Diana Danielle menunjukkan sikap kebudak-budakkan & merupakan gadis tipikal yang suka mencari gaduh ketika hubungan kedua-dua selebriti ini berlangsung. Fuh, kami nak percaya 100% pun ragu-ragu! Kami berjaya mendapatkan respon Diana Danielle berkenaan kisah putus cinta dia & Farid Kamil, dan apa yang dinyatakan sedikit berbeza dengan spekulasi gosip, malam tadi.
Kemudian kami bertanya sama ada kisah keanak-anakkan seperti yang digosipkan oleh pemberi maklumat tersebut adalah benar atau tidak.
Setakat ini, kami kenal Diana Danielle sebagai aktres yang paling rajin melayan peminat & sopan membalas semua respon media. Mungkin inilah suratan takdir, jodoh semua di tangan tuhan. Kita merancang, tuhan menentukan. Apa pun, berikan sokongan 100% anda melalui twitter Diana Danielle. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |