Harian Metro: Rap |
Posted: 18 Jan 2011 05:39 AM PST SEKALIPUN tidak banyak gosip menghambat diri, sesekali menerjah, ia cukup mendalam. Entah apa sebabnya, Miera dikatakan sudah pandai 'demand'. Namun, tatkala pertanyaan itu dilontarkan padanya, Miera terkejut dan dengan tegas menafikannya. Tanya dia, bila masa pula dia bersikap 'demand' dengan pihak produksi? "Bagi orang yang pernah kerja dan kenal saya, mereka tahu siapa Miera Leyana. "Saya seorang yang ringkas bergaya, berfikiran terbuka, profesional dan selamba. Setahu saya, selama bergelar pelakon belum pernah saya membuat perkara buruk dengan pihak produksi.
Menurut Miera, selagi perkara itu tidak mengaibkan keluarganya, ia bukan perkara mematahkan semangatnya untuk terus maju. Lagipun, semua rezeki ketentuan Tuhan. Sebagai manusia biasa saya reda dengan ujian yang datang. Katanya, dia bersyukur pada usia remaja sudah bijak berfikir secara matang. Apatah lagi, Miera sudah diberi peluang melakonkan watak mencabar dan dia juga seorang daripada pelakon filem Apokalips sebagai Qiqi. PROFIL NAMA: Miera Leyana Kasmi |
Posted: 18 Jan 2011 05:21 AM PST PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan mengaturkan satu pertemuan antara penerbit, pengedar dan pengusaha pawagam tempatan bersama Astro minggu ini, bagi mengkaji impak rangkaian terbaru dilaksanakan stesen berbayar itu, Astro First yang menyiarkan filem terbaru di televisyen dengan bayaran RM15. Perkara itu mendapat perhatian ramai termasuk penggiat sendiri apabila filem disiarkan menerusi rangkaian Astro First, dua minggu selepas diputarkan di pawagam.
Selain mempunyai kelebihan apabila dapat menyaksikan filem terkini selama 48 jam tanpa henti, ia juga dilihat memudahkan kerana pelanggan dapat menyaksikan filem terbaru tanpa had penonton dan lebih selesa di rumah. Selain keliru dengan mekanisma pelaksanaannya, ramai bimbang Astro First yang memulakan operasi 13 Januari lalu, akan memberi kesan kepada industri dalam jangkamasa panjang terutama membabitkan keengganan orang ramai ke panggung kerana berasakan menonton filem terbaru di rumah lebih mudah.
"Malah ada yang menunggu filem terbaru di televisyen. Cuma, penjelasan bagi menerangkan bagaimana ia dilaksanakan adalah perlu. Finas melihat perkara ini daripada sudut strategi pemasaran sesebuah filem. "Apa dilakukan Astro sebenarnya lebih kepada satu strategi baru bagi memasarkan filem tempatan kepada pelanggan mereka. "Kebimbangan juga mungkin membabitkan pengusaha panggung dan pertemuan dengan Persatuan Pemamer Filem Malaysia (Pemamer) dan Astro harus dilakukan secepat mungkin," katanya ketika ditemui sewaktu majlis Malam Bersama Bintang dianjurkan Finas, baru-baru ini. Setakat ini tiga syarikat penerbitan iaitu MIG Production Sdn Bhd, Tayangan Unggul Sdn Bhd dan KRU Studios Sdn Bhd sudah bersetuju filem terbitan mereka disiarkan di Astro First. Tiga filem boleh dilanggan iaitu Aku Masih Dara, Damping Malam dan Ngangkung manakala menanti tayangan, Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Kongsi, Kembar Siang, Tolong Awek Aku Pontianak, Senjakala dan Sini Ada Hantu. Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang hadir di majlis pelancarannya baru-baru ini menyatakan, saluran baru Astro itu sebenarnya membantu penerbit tempatan yang aktif menerbitkan filem. "Ia memberi peluang kepada penerbit filem pendapatan selain kutipan di pawagam. Contohnya, industri muzik suatu ketika dulu dikatakan hampir lumpuh kerana kaset dan cakera padat tidak boleh jual. "Namun apabila ada pasaran secara muat turun, industri muzik kembali hidup malah lebih menguntungkan pihak lain seperti komposer mahupun penyanyi kerana perolehan terhadap pelaburan dibuat diterima secara terus. "Tayangan di Astro First bukanlah keutamaan kerana kita masih bergantung kepada panggung. Namun Astro First menjadi pilihan selepas itu. Ia sama dengan memasarkan filem menerusi jualan hak tayangan kepada stesen televisyen dan cakera padat (VCD)," katanya. Presiden Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (Gafim), Ahmad Puad Onah pula berkata, banyak perkara perlu diberi penekanan terlebih dulu sebelum penerbit mahu menyertai Astro First, terutama membabitkan perjanjian kedua-dua pihak. "Gafim akan mengkaji perkara ini lebih mendalam kerana ia masih baru dan pertama kali dilaksanakan di Malaysia. Kami perlu duduk berbincang terlebih dulu bagi melihat segala sudut sebelum boleh memberi persetujuan untuk menayangkannya di Astro First. "Perkara paling asas, sudah tentu ia memberi kesan dan pengaruh kepada penonton untuk menyaksikan filem baru di pawagam. "Sebelum ini kita pernah berhadapan dengan masalah sama di mana kebanyakan orang malas menonton di pawagam dan lebih suka menunggu filem baru disiarkan di televisyen pada hari perayaan. "Namun sekarang, trend itu berubah apabila kini kita lihat filem tempatan mula mendapat sambutan dan kutipan dibuat cukup memberangsangkan. "Masalahnya, pasaran filem tempatan baru hendak pulih dan bimbang apabila adanya Astro First, orang sudah kembali duduk menonton filem di depan televisyen," katanya. Puad Onah tidak menafikan, dari sudut lain Astro First memberi kebaikan kepada penerbit, terutama apabila satu filem ditayangkan selang seminggu, mulai Mac ini. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |